You are on page 1of 2

REFLEKSI BIG (BENCHMARKING SK SAUJANA IMPIAN)

Sebagai memenuhi syarat program bina insan guru (big) untuk semester 6, saya bersama rakan-rakan dari pismp ambilan januari 2011 telah mengadakan lawatan benchmarking ke sekolah cemerlang dan sekolah harapan iatu ke sekolah kebangsaan saujana impian yang terletak di kajang pada 2 oktober 2013 (rabu). Lawatan ini telah disertai oleh beberapa kumpulan pelajar bersama naqib dan naqibah yang terlibat. Kami telah bertolak meninggalkan ipg kampus pendidikan islam pada pukul 8.00 pagi. Tujuan program lawatan benchmarking ini diadakan adalah untuk member peluang kepada guru-guru pelatih bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan jelas mengenai pengurusan dan pentadbiran sekolah dan jga pengurusan di pusat sumber sekolah oleh guru media pusat sumber. Antara pengisian yang dijalankan dalam program benchmarking ini adalah mendengar tak limat daripada beberapa orang wakil guru mengenai latar belakang sekolah ini serta pencapaian yang diraih oleh sekolah ini dan melawat sekitar kawasan sekolah. Berdasarkan program benchmarking ini, saya telah mendapat banyak manfaat dimana saya dapat mengetahui bagaimana untuk mengurus dan mentadbir sesebuah sekolah bagi memastikan ianya sentiasa terurus dan maju dalam setiap pencapaian yang diperoleh. Pengetahuan tentang pengurusan dan pentadbiran sekolah telah disampaikan oleh guru besar sekolah tersebut iatu puan hjh roslina. Berdasarkan apa yang telah disampaikan kepada kami, saya dapat merasakan bahawa beliau adalah seorang yang sangat tegas dalam mengendalikan sekolah dan guru-guru di sekolah itu. selain itu, saya juga turut kagum dan bangga dengan guru cemerlang yang turut berada bersama-sama kami dalam menyampaikan sedikit sebanyak tentang pengalaman beliau menjadi seorang guru. Beliau adalah puan nawal syakirah iatu guru penyelaras bagi tahun 6. Beliau telah menceritakan pelbagai pengalaman dan kisah sepanjang beliau menjadi guru. Berdasarkan apa yang telah disampaikan oleh beliau, terdetik di hati saya bahawa tidak semudah yang disangka untuk menjadi seorang guru cemerlang di sesebuah sekolah.

Di samping itu juga, saya telah mengetahui beberapa perkara penting yang disampaikan oleh guru penolong kanan sekolah itu dimana jadual bagi setiap sujek dan kelas perlu dirancang dan disiapkan pada bulan disember sebelum tahun baru bermula pada setiap tahun. Hal itu adalah ianya sebahagian daripada prosedur yang perlu dipatuhi dalam mengurus dan mengendalikan sesebuah sekolah. Sebagai tambahan, beliau ada menyatakan bahawa setiap guru wajib mendapat tugas sebagai guru ganti sekiranya terdapat ramai guru yang tidak hadir pada hari-hari tertentu. Guru yang ditugaskan untuk menggantikan kelas dipertanggungjawabkan untuk mengawal keadaan murid-murid dalam kelas semasa ketiadaan guru subjek yang sepatutnye mengajar pada masa tertentu bagi mengelakkan daripada sebarang kecederaan atau kecelakaan berlaku di kalangan murid-murid yang akan menyusahkan banyak pihak kelak. Akhir sekali, saya telah mendengar taklimat daripada seorang guru media pusat sumber sekolah. Berdasarkan apa yang saya dengar, saya telah mendapat sedikit sebanyak ilmu pengetahuan untuk mengurus dan mengendalikan sebuah pusat sumber di sekolah sekiranya kita dilantik sebagai guru media pusat sumber. Menurut beliau, guru media pusat sumber diberi banyak keistimewaan di atas sebab tertentu yang akan memfokuskan mereka terhadap pusat sumber sekolah sahaja.

You might also like