You are on page 1of 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

0600, JITRA KEDAH

SK KAMPUNG KUPANG 95400 SARATOK, SARAWAK

JURNAL REFLEKSI MINGGUAN


MINGGU : 10 (14 - 18 OGOS 2023)

NAMA : NURUL HAFIZATULHUSNA BINTI MOHD HALIN


PENGKHUSUSAN : PENDIDIKAN ISLAM
NAMA GURU PEMBIMBING : MOHAMAD ADIKA BIN ROSLAN
NAMA PENSYARAH/ PENYELIA : MOHD SHAHIDAN BIN RAMLI / MOHD FIKRI BIN ISMAIL

TAJUK : CABARAN MINGGU TERAKHIR PRAKTIKUM

1. ISU YANG DIFOKUSKAN:


Minggu ini merupakan minggu kesepuluh iaitu minggu terakhir saya menjalani
praktikum. Kali ini saya ingin mengetengahkan isu yang dihadapi iaitu cabaran yang perlu
saya peruntukkan masa untuk mengemaskini buku rancangan harian (RPH), Fail Portfolio
dan Penulisan Jurnal. Selain itu,minggu yang amat sibuk bagi guru pendidikan Islam di
sekolah saya kerana sekolah saya akan mengadakan beberapa program antaranya ialah

JURNAL
program Kem Bestari Solat dan Kem Celik Jawi. Secara tidak langsung saya perlu pandai
untuk menyusun masa agar dapat menyiapkan semua tugasan pada masa yang ditetapkan

2. ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU):


Antara punca berlaku masalah ini adalah kerana saya tidak dapat membahagikan
masa dengan baik dan kerja yang terlalu banyak menyebabkan saya berasa sedikit tertekan
akan keadaan ini.

3. KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN


ATAU KAJIAN LEPAS):
Menurut Sapora Sipon (2007), menyatakan bahawa guru yang gagal mengawal diri
akibat tekanan akan memberi kesan kepada perhubungan antara guru dengan pelajar dan
juga kualiti dalam aspek pengajaran dan pembelajaran guru itu sendiri. Keadaan ini
sekaligus boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga profesion perguruan dan ini secara
tidak langsung akan membantutkan usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu
membawa negara ke tahap yang lebih cemerlang dan gemilang khususnya mutu
pendidikan. Tekanan kerja yang tinggi akan membawa kepada rasa tidak puas hati
terhadap kerja yang dilakukan dan akhirnya sikap suka mengelak dan mengabaikan kerja
akan terhasil. Ia juga akan menyebabkan suasana kerja yang teruk dan membawa kepada
keinginan untuk meninggalkan profesion keguruan

4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH:


Bagi mengatasi masalah ini, terdapat beberapa cadangan yang dapat
menyelesaikannya antaranya ialah saya perlu banyak bertanya kepada guru-guru yang
berpengalaman dalam membahagikan masa untuk melakukan tugasan yang banyak.
Selain itu, saya perlu membuat jadual dengan mendahulukan kerja yang lebih penting
5. TEMPOH MASA PENYELESAIAN:
Tempoh masa yang dijangkakan ialah 1 minggu

6. TINDAKAN SUSULAN:
Saya akan cuba meminta pandangan guru-guru yang berpengalaman dalam
mengendalikan isu ini. Selain itu, saya juga akan memerhatikan keberkesanan idea dan
cara penyelesaian masalah yang saya laksanakan.

7. TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN:


15 Ogos 2023

8. KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN:


Berdasarkan kepada tindakan serta cadangan yang diusulkan untuk menyelesaikan masalah
ini, saya melihat semua jalan penyelesaian yang dicadangkan mempunyai potensi
yang amat tinggi untuk dilaksanakan.

9. KESIMPULAN / REFLEKSI (KESAN TINDAKAN (PERLU) DAN HALANGAN:


Kesimpulannya guru yang cemerlang akan sentiasa mencari jalan dan menempuh segala
cabaran yang dihadapi demi melahirkan anak-anak murid yang cemerlang, gemilang dan
terbilang.

RUJUKAN
Mohd Majid Konting.(2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur
:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sapora Sipon (2007). Pendidik Mesti Bijak Emosi.dlm.”Utusan Malaysia. 27 Julai 2007.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

__________________________ __________________________
Tandatangan Tandatangan
Nama : _____________________ Nama : _____________________

You might also like