You are on page 1of 6

LAPORAN BINA INSAN GURU FASA 4

LAPORAN SEBELUM PROGRAM DIJALANKAN


TARIKH

: 8 Mac 2015 (Ahad)

MASA

: 8.00 11.00 pagi

TEMPAT

: Dewan Seri Melati, IPG Kampus Ipoh.

Pada semester 7 ini, kami sekali lagi diwajibkan untuk menjalankan Program BIG Fasa 4 (i) dan
(ii). Kami telah mendapat taklimat di Dewan Seri Melati yang bermula pada jam 8.00 hingga
11.00 pagi. Pelajar PPG Kohort 2 dari kursus Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan
Islam, Sains, Pendiddikan Jasmani dan Pendidikan Seni digabungkankan di dalam dewan ini ini
bagi mendengar taklimat berkaitan pelaksanaan program BIG Fasa 4 . Di bawah kelolaan unit
kokurikulum, kami diberi taklimat tentang program ini yang perlu kami laksanakan dan diberi
penerangan tentang cara penyediaan folio program BIG yang bakal kami jalankan bagi
memenuhi tuntutan sukatan pengajian kami. Taklimat disampaikan oleh setiausaha BIG iaitu
En. Yusri Bin Mat Johor mengenai Guru dan Perundangan serta Ciri-Ciri Perundangan
Manakala penyelaras BIG iaitu En. Mohd Radzi Bin Johari pula memberi penerangan tentang
perancangan untuk membuat Lawatan Penanda Aras tersebut.
Bagi melancarkan program Bina Insan Guru Fasa 4 ini, setelah selesai taklimat, kami
dikehendaki berada dalam kumpulan masing-masing untuk mengadakan mesyuarat dan
perbincangan bersama dengan pensyarah pembimbing iaitu En. Mohd Sharifuddin Bin Abdul
Aziz. Kami telah sebulat suara bersetuju untuk mengadakan program ini pada 29 April 2015.
Seterusnya kami juga bersetuju untuk mengutip sejumlah wang daripada setiap ahli kelas
sebagai dana untuk menampung perbelanjaan mengadakan aktiviti ini dan seterusnya kami
telah melantik jawatankuasa induk dan jawatankuasa kerja bagi melancarkan lagi aktiviti yang
bakal kami jalankan nanti.
Program ini menyerlahkan lagi sifat kepimpinan dalam diri kami. Bermula daripada
taklimat, kami seterusnya merancang untuk memilih sekolah dan tajuk aktiviti yang bersesuaian
dengan sasaran kami. Walaupun waktu sangat mencemburui kami, ditambah dengan bebanan
untuk menyiapkan tugasan bagi semua subjek , namun perancangan untuk menjayakan
program Bina Insan Guru ini akhirnya terlaksana dengan sikap kerjasama dan terpuji yang
ditunjukkan oleh rakan-rakan . Ternyata, hasil kerjasama daripada kami semua, memudahkan
lagi tugasan kami pada kali ini. Setelah beberapa buah sekolah menjadi pilihan, akhirnya kami
1

LAPORAN BINA INSAN GURU FASA 4


memilih Sekolah Kluster Kecemerlangan yang terletak di Taiping iaitu Sekolah Kebangsaan
Klian Pauh.
Antara sebab kami memilih sekolah tersebut, adalah kerana terdapat dua orang guru
cemerlang di situ iaitu Guru Cemerlang Bahasa Inggeris dan Guru Cemerlang Bahasa Melayu.
Ini memudahkan kami membuat lawatan penanda aras fasa 4 dengan menggabungkan
bersama kedua-duanya sekali iaitu lawatan penanda aras sekolah cemerlang dan guru
cemerlang.

LAPORAN SEMASA PROGRAM

TARIKH

: 29 APRIL 2015

TEMPAT

: SEKOLAH KEBANGSAAN KLIAN PAUH, TAIPING, PERAK

KUMPULAN

: BM03

PENSYARAH

: 1 ORANG (EN. MOHD SHARIFUDDIN B. ABDUL AZIZ)

PELAJAR PPG BM03

: 20 ORANG

Seperti yang dirancang seawal jam 8.00 pagi lagi, kami sudah berkumpul di perkarangan
Sekolah Kebangsaan Klian Pauh.

Taklimat ringkas diberikan oleh pengerusi program kami

iaitu Pn. Rohaidah bt Mustafa. Program BIG Fasa 4 ini merupakan program melawat sekolah
cemerlang terpilih dan guru cemerlang. Melalui aktiviti ini, guru dapat menggunakan ilmu dan
kemahiran dalam melaksanakan sesuatu program. Kursus Bina Insan Guru (BIG) ini juga
merupakan satu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang
dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan
Guru. Program ini telah mendapat kerjasama dari pihak sekolah, pentadbir dan guru-guru.
Rombongan kami disambut oleh Cik Norhaslina bt Abdul Manaf , penyelaras kluster SK Klian
Pauh yang juga merupakan guru bimbingan dan kaunseling sekolah itu.
Program Penanda Aras Sekolah Cemerlang
Program dimulai dengan ucapan Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Klian Pauh iaitu Pn.
Nazimah Binti N. Anver Batcha . Beliau mewakili guru besar yang tidak dapat hadir atas urusan
kerja. Beliau menceritakan tentang sejarah, latar belakang, guru-guru dan enrolmen murid SK
2

LAPORAN BINA INSAN GURU FASA 4


Klian Pauh. Seterusnya beliau bersama dengan Penolong Kanan Kokurikulum, Pn. Khairiah
Binti Abdul Samad memberikan taklimat Perkongsian Kejayaan dan Kecemerlangan Sekolah
dan Pengurusan Sekolah Cemerlang.
Sekolah Kebangsaan Klian Pauh dulunya dikenali sebagai Sekolah Rendah Convent
Klian Pauh. Pada tahun 2000, Jabatan Pendidikan Negeri telah membeli sekolah ini daripada
mubaligh Kristian lalu ditukarkan nama kepada SK Klian Pauh. Jumlah muridnya ialah 187
orang yang terdiri daripada semua murid perempuan kecuali murid prasekolah yang
mempunyai murid lelaki. Bilangan gurunya 30 orang dan hanya seorang sahaja guru lelaki.
Sekolah ini telah diiktiraf sebagai

sekolah kluster kecemerlangan pada bulan Jun

2014. Menurut Pn. Nazimah, hasil kejayaan sekolah ini adalah daripada penat-lelah dan kerja
berpasukan dalam kalangan guru-guru, komitmen yang tinggi serta pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Di samping itu peranan PIBG

juga menyumbang kepada

kejayaan sekolah ini. Kami juga diberi penerangan serba ringkas tentang program akademik
yang dijalankan di sekolah tersebut, iaitu ;

Perdana Emas dan Mesra Elit


Gemilang Emas
Intelek Emas
SPA ( Special Pada Anda )
Support Me
Kami Boleh
Gemilang Sains

Kebitaraan mata pelajaran sekolah ini ialah Sains dan Muzik dengan tema 1 Murid 1
Eksperimen bagi Sains dan 1 Murid 1 Angklung bagi Muzik. Program diteruskan dengan sesi
soaljawab. Melalui sesi soaljawab ini, kami diberitahu yang sekolah ini tidak mengalami
masalah kehadiran murid, tidak mengalami masalah sahsiah dan disiplin yang mana membawa
kepada kecemerlangan akademik. Selain itu, guru-gurunya juga mempunyai disiplin yang tinggi
dan sentiasa kreatif. Contohnya pada tahun 2014, Pn. Hajjah Rohani Binti Samhuri yang juga
merupakan Guru Cemerlang Kemahiran Hidup telah berjaya menjadi Mentor Terbaik Peringkat
Negeri bagi Pertandingan Robotik.
Kami juga diberi peluang melawat bilik-bilik khas dan persekitaran sekolah dan
mengambil gambar.

Walaupun sekolah ini masih kurang dari segi keceriaan, namun

suasananya sangat nyaman dan selesa mata memandang. Tidak kedengaran suara muridmurid bising. Kesimpulannya sekolah ini serba-serbinya nampak menarik , ada jaringan, jalinan

LAPORAN BINA INSAN GURU FASA 4


dan keantarabangsaan, sistem pengurusan dan pentadbiran yang baik dan mutu kerja yang
harus dipuji.
Program Penanda Aras Guru Cemerlang
Sekolah Kebangsaan Klian Pauh mempunyai 2 orang guru cemerlang iaitu Guru Cemerlang
Bahasa Melayu dan Guru Cemerlang Bahasa Inggeris. Kami amat bertuah kerana dapat
berjumpa dan berkongsi pengalaman dengan kedua-dua guru tersebut.

Guru Cemerlang

Bahasa Melayu ialah Pn. Norwiza Binti Ahmad Bedawi dan Guru Cemerlang Bahasa Inggeris
ialah Pn. Oon Lay Wah.
Pn. Norwiza Binti Ahmad Bedawi mendapat anugerah Guru Cemerlang Bahasa Melayu
berkat sokongan padu daripada Guru Besar SK Klian Pauh terdahulu iaitu Pn. Noorhasimi Binti
Ramlee yang ingin menjadikan S.K Klian Pauh sebagai sebuah sekolah kluster. Beliau
merupakan Ketua Panitia bahasa Melayu S.K. Klian Pauh dan guru bahasa Melayu tahun 6.
Menurut Pn. Norwiza, pengajaran dan pembelajaran beliau lebih tertumpu pada bahasa Melayu
Pemahaman dan bahagian C bagi bahasa Melayu Penulisan. Ini kerana murid-murid sekolah ini
kurang cemerlang dalam kedua-dua bahagian tersebut.
Beliau juga menerangkan tentang teknik-teknik pengajaran yang digunakan kepada
murid-murid yang masih belum menguasai kemahiran yang diajar iaitu teknik Kumpulan Elit.
Teknik ini berbentuk pembimbing rakan sebaya (PRS) di mana dibentuk sebuah kumpulan
murid-murid yang bijak dan telah menguasai pembelajaran dan kumpulan ini akan membantu
rakan-rakan mereka yang belum menguasai.

Selain itu, beliau juga menggunakan format-

format tertentu untuk memudahkan penguasaan dan meningkatkan kefahaman murid dalam
Penulisan terutamanya dalam membina ayat dan huraian nilai-nilai murni.
Seterusnya kami bersama pula dengan Pn. Oon Lay Wah, Guru Cemerlang Bahasa
Inggeris yang berusia 57 tahun. Begitu bersemangat beliau menceritakan latar belakang,
kejayaannya dan pembabitannya dalam program sekolah serta aktiviti luar. Pn. Oon Lay Wah
mula berkhidmat di S. K. Klian Pauh pada 1 Ogos 2014. Beliau memulakan kerjayanya sebagai
seorang guru di S.K. Sri Siakap, Kuala Kurau, Perak pada tahun 1979. Selama 4 tahun
berkhidmat di sekolah itu, beliau berpindah ke S.K. Selama, Jalan Menteri dan merupakan
sekolah paling lama beliau berkhimat iaitu 29 tahun. Banyak kejayaan dan memori indah beliau
di S.K. Selama. Pada tahun 2012, beliau berpindah pula ke S.K. Bendang Siam, Trong dan

LAPORAN BINA INSAN GURU FASA 4


akhir sekali di S.K. Klian Pauh. Menurut Pn. Oon, beliau akan bersara di sekolah ini pada 2016
nanti. Beliau telah menjadi Guru Cemerlang Bahasa Inggeris sejak tahun 2011.
Beliau tidak lokek untuk berkongsi maklumat dengan kami dengan menunjukkan contohcontoh laporan yang beliau sediakan untuk setiap program yang dijalankan di sekolah. Pn. Oon
Lay Wah merupakan seorang guru yang aktif. Selain bertugas sebagai pendidik, beliau turut
terlibat dalam pelbagai tugas lain dalam dunia pendidikan. Beliau begitu aktif dalam Bulan
Sabit Merah Malaysia (BBSM). Tips beliau sebagai guru cemerlang ialah Kecemerlangan
Berterusan Pada tahun 2008, beliau telah dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K).

LAPORAN SELEPAS PROGRAM


Pengerusi bagi program ini iaitu Pn. Rohaidah Binti Mustafa telah menyampaikan ucapan
penghargaan dan terima kasih kepada pihak sekolah kerana menerima kehadiran kami. Beliau
juga menghargai apa yang telah disampaikan oleh kedua-dua guru cemerlang yang mana
menaiikan semangat kami untuk terus meningkatkan mutu pengajaran dan prestasi sekolah ke
tahap yang membanggakan.
Pensyarah pembimbing, En. Mohd Sharifuddin Bin Abdul Aziz juga mengucapkan
penghargaan dan berharap agar program seperti ini akan diadakan dari semasa ke semasa
bertujuan untuk semarakkan jiwa kami untuk terus berjuang dalam bidang pendidikan.
Cenderamata dihulurkan kepada pihak sekolah

dan kepada guru cemerlang tanda

penghargaan dan kenangan. Pihak S.K. Klian Pauh juga telah memberi cenderahati kepada
pensyarah pembimbing sebagai tanda kenangan.

PENILAIAN SELEPAS PROGRAM


Kekuatan
Melalui program ini, kami dilatih untuk menimbulkan sifat kerjasama sesama kami. Sifat
bekerjasama yang diterapkan dalam diri kami ini sebenarnya boleh dijadikan contoh tauladan
kepada murid-murid dan sememangnya guru harus menjadi role model kepada anak didiknya.
Di samping itu juga, sepanjang program ini berlangsung, ia dapat memperkasakan lagi mental
dan fizikal kami. Kekuatan mental kami dapat dilihat melalui aktiviti yang dijalankan

LAPORAN BINA INSAN GURU FASA 4


Paling penting ianya dapat membantu kami membina jati diri sebagai seorang pendidik
yang berkarisma tinggi. Ini adalah satu pengalaman yang sangat bermakna kerana kami dapat
mengendalikan program yang dirancang dengan jayanya. Sesungguhnya, tugas dan
tanggungjawab dalam melaksanakan BIG adalah tugas bersama, bekerja dalam satu pasukan.
Yang pasti, kami seramai 20 orang peserta berasa sangat gembira kerana dapat berkumpul dan
berganding bahu menjayakan program ini.
Kelemahan
Kami mengalami masalah kekangan masa untuk menguruskan perjalanan program ini. Selain
itu berlakunya kelewatan masa pada hari lawatan kerana jarak perjalanan yang jauh.
Peluang
Kami mendapat sokongan dan kerjasama yang erat daripada pihak pentadbir dan guru-guru
Sekolah Kebangsaan Klian Pauh untuk memastikan kejayaan program. Semua ahli kumpulan
berganding bahu serta bergilir-gilir menjalankan tugas supaya tidak berlaku pertindihan.
Ancaman
Tiada sebarang ancaman.

PENUTUP
Akhir kata, kami pelajar PPG BM03 berasa berbesar hati atas sokongan dan kerjasama
pelbagai pihak terutamanya pihak tuan rumah iaitu warga S.K. Klian Pauh yang membantu
menjayakan program ini secara langsung atau tidak langsung.

Program ini telah berjaya

mencapai objektifnya dan berjalan dengan begitu sempurna sekali. Kekurangan dan kelemahan
yang telah dikenalpasti akan diambilkira dan penambaikan akan dilakukan untuk programprogram lain

You might also like