You are on page 1of 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

BANDAR DARULAMAN

06000 JITRA, KEDAH

PSIKOLOGI PENDIDIKAN

EDUP 2023

TUGASAN 1 : LAPORAN PBS

NAMA PELAJAR : LUQMAN BIN ISMAIL


ANGKA GILIRAN :
NO KAD PENGENALAN : 880724-06-5191
KUMPULAN : DPLI TAHFIZ
AMBILAN : NOVEMBER 2017
JABATAN : JABATAN ILMU PENDIDIKAN
PENSYARAH : PUAN HAJAH SUHAILAH BINTI SHARIFF
TARIKH SERAHAN : 15 MAC 2018
LAPORAN

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Pendahuluan

Para pendidik selalunya akan mempunyai pengalaman berhadapan dengan pelajar yang
lemah di dalam pelajaran sewaktu sesi pengajaran. Kelemahan ini selalunya berkait rapat dengan
perkembangan semasa mereka yang akan turut mempengaruhi emosi, moral dan tingkahlaku
mereka. Hal ini kerana, emosi, moral dan tingkahlaku mereka akan berubah-ubah seiring
perkembangan yang berlaku ke atas diri mereka dan perubahan ini berbeza di antara individu
dengan individu yang lain.
Sewaktu saya menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), saya telah ditugaskan
untuk mengenalpasti tiga orang murid yang berprestasi rendah di dalam kelas untuk dikenalpasti
masalah yang dihadapi mereka meliputi pelbagai perspektif.

Lapangan Kajian

Tugasan ini dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau, Arau, Perlis.
Kelas yang di pilih adalah kelas 2 Othman yang mempunyai 23 orang pelajar. Borang kaji selidik
digunakan bagi tujuan kajian.

Responden

Tiga orang responden telah dipilih iaitu:

1. Muhammad Anas Aimin Bin Mohd Radzi


2. Ikhwan Hazim Bin Hilmi
3. Alif Aiman Bin Aminuyaddi

Responden masing-masing berumur 14 tahun, mempunyai fizikal yang berbeza.


Dapatan Kajian

a. Responden pertama

Mohd Anas seorang pelajar yang kurus, tinggi, berkulit sawo matang dan aktif di dalam aktviti
sukan, terutamanya bola sepak. Seorang yang menjaga gaya pemakanan. Beliau condong
terhadap minat kendiri dan tidak suka minatnya diganggu. Kurang untuk fokus dalam
pelajaran walaupun melakukan ulangkaji secara berseorangan, namun masih memerlukan
bantuan guru untuk menjadikan dirinya lebih berdisplin dalam pelajaran dan seorang pelajar
yang suka bergaul dengan rakan-rakan dan guru. Dari segi moral, beliau seorang yang baik,
tetapi mempunyai sedikit masalah emosi berikutan ibu dan ayahnya sering bertengkar.

b. Responden kedua

Ikhwan Hazim, berkaca mata, mempunyai kulit yang cerah, mempunyai fizikal yang tidak
terlalu gempal dan kurang aktif di dalam aktiviti sukan. Ikhwan Hazim merupakan seorang
yang kurang menjaga gaya pemakanan, kerap makan pada waktu malam. Beliau seorang
yang kurang mampu berdikari di dalam pelajaran, memerlukan pemantauan dan dorongan
guru, suka berkawan walaupun kurang mahir dalam bersosial. Cenderung mengikuti nasihat
guru walaupun terpaksa mengorbankan minatnya. Mempunyai moral yang baik. Agak
terganggu dari segi emosinya kerana ayahnya telah meninggal dunia.

c. Responden ketiga

Alif Aiman pula seorang yang sederhana tinggi, berkulit sawo matang, juga aktif di dalam
sukan bola sepak. Beliau mempunyai gaya pemakanan yang kurang baik iaitu kerap makan
pada waktu malam dan kurang makan makanan yang berkhasiat. Dari segi kognitifnya, beliau
seorang yang mampu berdikari dan mampu fokus dalam pelajaran walaupun tanpa
pemantauan guru. Namun tidak suka minatnya dihalang serta masih memerlukan sokongan
orang lain sebagai motivasi untuk beliau terus berjaya. Dari segi moral, Alif seorang yang
berdisplin. Namun emosinya kurang baik kerana berada jauh dengan ibubapanya.

Kesimpulan
Setelah meneliti dapatan kajian yang dilakukan, saya mendapati bahawa sosio emosi ketiga-tiga
murid ini memberi pengaruh besar terhadap pencapaian mereka. Emosi yang tidak stabil
menyebabkan mereka menghadapi kesukaran untuk fokus di dalam pelajaran. Maka, kestabilan
emosi memainkan peranan penting untuk seseorang mempunyai kekuatan dalam mengatur urus
kehidupan mereka.

(473 patah perkataan)

You might also like