You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN KURSUS ORIENTASI DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP)
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM) DAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH
RENDAH (KSSR)

(SEMAKAN 2017) SECARA DALAM TALIAN

Makluman kepada semua JPN, di mohon semua guru yang telah dikenal pasti oleh JPN untuk
mengambil Kursus Orientasi DSKP ini. Maklumat adalah seperti berikut:

Platform: Google Classroom

Bahan diperlukan: ID Google Classroom (DELIMA), sebuah laptop/ komputer, internet

Tarikh: 9 Oktober 2020 hingga 9 November 2020

Peserta diwajibkan mengikuti SEMUA slot dan pastikan menjawab semua soalan ujian yang
diberikan. Maklumat lanjut boleh didapati di slot-slot tersebut.

Langkah-langkah:

1. Login google classroom dengan menggunakan ID google classroom (DELIMA) masing-masing


(pastikan yang diberi oleh KPM dan bukan ID google persendirian).

2. Klik pada tanda + dan pilih “Join Class”.

3. Masukkan class code mengikut mata pelajaran masing-masing.

4. Baca arahan di muka hadapan Stream Class.

5. Klik pada tab “Classwork” dan peserta dikehendaki membaca semua slot-slot yang terdapat
dalam google classroom tersebut serta menjawab semua soalan yang terdapat dalam slot-slot
tertentu.

6. Akhir sekali, sila e-melkan bukti telah melengkapkan kursus kepada JPN masing-masing bagi
mendapatkan link SPLKPM. Link SPLKPM hanya akan diberikan kepada peserta yang telah
melengkapkan kursus sahaja.
7. Segala pertanyaan boleh diajukan kepada admin google classroom masing-masing mengikut mata
pelajaran.

You might also like