You are on page 1of 1

Pak Pandir 

merupakan salah satu bentuk Sastera Rakyat Melayu . Ia merujuk kepada seorang lelaki yang bernama Pak Pandir yang mempunyai sifat yang lurus bendul.
Dia mempunyai seorang isteri yang terpaksa menahan segala perbuatan bendulnya. Kisahnya menceritakan kejadian yang menimpa diri dan keluarganya.

Cerita Pak Pandir telah dimasukkan ke dalam buku bertajuk "Cherita Jenaka" yang turut memuatkan beberapa cerita-cerita rakyat popular yang lain seperti Pa'
Kadok, Pa' Pandir, Lebai Malang, Pa' Belalang, Si-Lunchai oleh Sir R. O. Winstedt dan A. J. Sturrock pada tahun 1908. Cetakan ini diulang cetak sebanyak beberapa kali
dengan edisi ketiga pada tahun 1914 dengan 159 halaman.[1][2]

Amat menarik mengenai cerita lelucuan adalah ia merupakan satu genera cerita yang terdapat dalam banyak kebudayaan sehinggakan zaman moden. Sebagai contoh
Don Quixote dalam kebudayaan Sepanyol, 3 Stooges dalam budaya Amerika Syarikat, Mr Bean dalam budaya British.

Terdapat kemungkinan bahawa genera cerita sebegini merupakan satu cara manusia melepaskan ketegangan dalam kehidupan seharian, atau sebagai cara
membayangkan apa yang akan terjadi sekiranya mereka melakukan apa yang tersemat di dalam hati mereka. Atau satu lagi kemungkinan, ia merupakan sindiran
bahawa seseorang itu tidak boleh terlalu jujur / lurus bendul sehinggakan dia diambil kesempatan oleh mereka yang berniat jahat. Walau apapun sebabnya, wujudnya
genera cerita sedemikian dalam pelbagai kebudayaan menunjukkan terdapatnya satu persamaan dalam tarikan cerita lelucuan yang merentasi halangan pelbagai
budaya.

You might also like