You are on page 1of 17

BML 3113 : SEJARAH BAHASA KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

2013

PERMAKAHAN

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2013 / 2014

BML 3113 : SEJARAH BAHASA KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

TAJUK:

TUGASAN 2

KUMPULAN : UPSI 03 NAMA NORELLIANA BINTI ABDUL RAZAK NO MATRIK D20112055369 NO TELEFON 0124859369

NAMA TUTOR E-LEARNING : DR. AZHAR BIN HJ. WAHID

BML 3113 : SEJARAH BAHASA KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

2013

ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK MUKA SURAT 1 PENGENALAN 3 2 3 4 5 6 SASTERA RAKYAT CERITA BINATANG JENIS-JENIS CERITA BINATANG PENGGOLONGAN CERITA BINATANG FUNGSI CERITA BINATANG PERANAN MELAYU 7 8 9 CONTOH CERITA SANG KANCIL KESIMPULAN BIBLIOGRAFI 12 14 17 SANG KANCIL DALAM CERITA BINATANG 4 5 6 9 10

BML 3113 : SEJARAH BAHASA KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU 1. PENGENALAN


1

2013

Sastera rakyat ialah hasil-hasil sastera Melayu lama yang disampaikan secara lisan

iaitu dipertuturkan. Sastera rakyat merupakan hasil sastera yang dimiliki masyarakat Melayu disebarkan dan dituturkan daripada satu generasi ke satu generasi secara lisan. Sastera rakyat dilahirkan dikalangan rakyat yang tidak mengetahui tulisan. Oleh itu, sastera rakyat juga disebut sastera lisan atau folk literature. Masyarakat Melayu yang menghasilkan sastera lisan masih bersifat tradisional, ketinggalan dari segi teknologi, masyarakat yang masih mengamalkan sistem sosial yang terikat kepada semangat kerjasama dan kolektif, masyarakat yang masih statik serta tidak banyak hubungan dengan masyarakat luar.
2

Sastera rakyat ialah kesusasteraan yang lahir di kalangan rakyat. Pada lazimnya,

sastera rakyat merujuk kepada kesusasteraan rakyat daripada masa lampau, yang telah menjadi warisan kepada sesuatu masyarakat. Sastera rakyat adalah sebahagian daripada kehidupan budaya bagi masyarakat lama. Misalnya dalam masyarakat Melayu lama cerita rakyat merupakan satu bentuk hiburan yang penting untuk orang kampung.

Masyarakat Melayu yang menghasilkan sastera lisan masih bersifat tradisional, ketinggalan dari segi teknologi, masyarakat yang masih mengamalkan sistem sosial yang terikat dengan semangat kerjasama dan kolektif, masyarakat yang masih statik serta tidak banyak hubungan dengan masyarakat luar.

Sastera lisan merupakan hak milik bersama (kepunyaan) Bangsa Melayu. Ia hidup dalam masyarakat Melayu tradisional secara lisan atau secara dituturkan. Sebab itulah sastera lisan ini tidak diketahui nama pengarang atau penulisnya. Juga tidak diketahui bilakah ia dicipta. Sebagai sastera yang tersebar secara lisan sastera banyak mengalami perubahan dan tokoktambah serta penyesuaian. Tokok-tambah dan penyesuaian dilakukan bagi menyesuaikan cerita tersebut dengan situasi setempat.

1 2

http://smsotutong.tripod.com/sastera_melayu/id3.html http://ms.wikipedia.org/wiki/Sastera_rakyat

BML 3113 : SEJARAH BAHASA KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

2013

Perubahan masa dan zaman membawa perubahan kepada corak penyebaran secara lisan. Pada masa kini, hasil-hasil sastera lisan telah dibukukan, yakni ditulis. Tradisi lisan yang mencirikan karya-karya sastera lisan telah menerima perubahan kepada bentuk

bertulis. Sungguhpun, masyarakat telah mengamalkan sistem tulisan, namun tradisi lisan tetap hidup didalamnya. Sastera lisan tetap merupakan sastera lisan sekalipun telah menjadi bahan tertulis. Karya-karya sastera lisan yang telah dibukukan masih mengekalkan ciri-ciri kelisannannya, malah mempunyai ciri-ciri tersendiri. Pada masa kini, kita boleh membaca ceritacerita rakyat ini melalui buku-buku yang dihasilkan dari kemajuan media cetak.

2. SASTERA CERITA RAKYAT BINATANG


Cerita binatang melayu adalah merupakan sastera rakyat(sastera lisan) yang disampaikan atau disebarkan secara lisan dari satu generasi kepada generasi yang akan datang. Cerita binatang ini dipercayai cerita tertua,sama usianya dengan cerita asal usul. Cerita binatang ialah hasil sastera lisan yang diwarisi daripada masyarakat manusia sejak zaman purba semasa manusia masih lagi hidup di gua-gua. Adapun cerita binatang ini sukar untuk menentukan tentang asal usul cerita binatang itu yang sebenarnya. Cerita-cerita binatang melayu mengambil binatang sebagai watak utama yang dipersonafikasi,binatang diceritakan dan berinteraksi dengan manusia.

Semua sifat yang dimiliki oleh manusia biasa dimiliki oleh binatang dalam ceritacerita binatang melayu seperti bercakap,menipu,berbincang,berfikir dan sebagainya. Dalam cerita-cerita tersebut terdapat kisah yang berlaku antara binatang sesama binatang dan terkadangkadang lakonannya terjadi antara binatang dengan manusia. Watak manusia dalam cerita-cerita binatang melayu hanya sebagai watak sampingan sahaja. Watak-watak yang lazim digunakan ialah pelanduk,buaya,gajah,harimau,anjing,ular,arnab,kura-kura,musang,haling,ayam,burung

bangau,kambing,lembu dan kerbau.

BML 3113 : SEJARAH BAHASA KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

2013

Sebahagian daripada cerita binatang itu bercorak mitos yang membicarakan tentang asal usul binatang. Cerita binatang juga mengisahkan tentang konflik antara binatang dengan binatang atau antara binatang dengan manusia. Cerita binatang melayu memberi gambaran bahawa walaupun binatang yang kecil dan lemah dapat mengalahkan binatang yang besar dan kuat dengan menggunakan akal fikiran yang dapat menjadi senjata untuk menentang binatang yang besar dan kuat itu.

3. JENIS-JENIS CERITA BINATANG


i. Cerita asal usul

Cerita binatang ialah cerita yang menerangkan asal-usul kejadian sesuatu sifat yang dimiliki oleh binatang tertentu. Contohnya, Cerita Anjing Bermusuhan Dengan Kucing, Mengapa Harimau Berbelang dan Mengapa Burung Puyuh Tidak Mempunyai Ekor.

ii.

Cerita fable

Merupakan cerita yang bercorak teladan dan mengandungi kritikan secara tidak langsung terhadap masyarakat. Contohnya Cerita Arnab dengan Kura-Kura, Anjing dengan Bayang-bayang, Katak Membunuh Gergasi, Gajah dengan Harimau dan sebagainya.

iii.

Cerita epik

Cerita binatang bermotifkan kebijaksanaan untuk memperdayakan lawannya. Binatang ini dianggap bijak dan pintar berbanding dengan binatang-binatang lain. Dalam masyarakat Melayu Tradisional, cerita epik adalah paling popular kerana berdasarkan ceritanya seperti Hikayat Sang Kancil, dan Hikayat Pelanduk Jenaka. Antara jenis-jenis cerita binatang yang popular di kalangan masyarakat Melayu ialah : A. Sang Kancil dengan Buaya B. Sang Kancil dengan Monyet C. Sang Kancil dengan Harimau D. Sang Kancil dengan Kerbau

BML 3113 : SEJARAH BAHASA KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU 4. PENGGOLONGAN CERITA BINATANG

2013

i.

Isi karya

Mana-mana cerita binatang, isi karyanya adalah mengenai binatang-binatang yang diberikan sifat-sifat manusia biasa. Binatang-binatang ini biasanya digambarkan hidup dalam suatu kelompok dan boleh bertutur, berfikir atau bertindak seperti manusia. Contohya jelas dalam Hikayat Sang Kancil dimana isi karyanya adalah mengenai binatang yang diberi sifat seperti manusia biasa. Cerita binatang ini mengambil watak pelaku yang diberi sifat manusia seperti bertutur, berfikir dan memainkan peranan yang tertentu.

ii.

Plot/susunan cerita

Bagi mana-mana cerita binatang, plot/susunan ceritanya tersusun dengan teratur kerana cerita akan bermula dengan bahagian pengenalan diikuti dengan bahagian perkembangan cerita dan diakhiri dengan bahagian penyelesaian cerita. Setiap cerita binatang mempunyai masalah yang diselesaikan yang tertumpu di bahagian perkembangan cerita. Bahagian penyelesaian cerita biasanya watak utama berjaya menyelesaikan masalah tersebut.

Terdapat sesetengah cerita binatang yang mempunyai episod/siri tertentu. Setiap episod dalam cerita ini merupakan sebuah cerita yang lengkap iaitu bermula dengan bahagian pengenalan, bahagian perkembangan dan bahagian akhir. Walau bagaimanapun, watak utama dalam siri/episod ini masih pada binatang yang sama. Hal ini jelas dalam cerita Hikayat Sang Kancil dan Hikayat Pelanduk Jenaka. Kesimpulannya, plot bagi cerita binatang terdiri daripada 3 bahagian iaitu: a) Bahagian pengenalan b) Bahagian perkembangan c) Bahagian penyelesaian

BML 3113 : SEJARAH BAHASA KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

2013

Contohnya jelas dalam cerita Katak Membunuh Gergasi. Plotnya bermula apabila Gergasi membuat kekacauan di dalam hutan sehingga menganggu kehidupan haiwan-haiwan lain. Cerita terus berkembang apabila katak merancang untuk membunuh Gergasi apabila berlaku kematian dalam kalangan kelompoknya ketika Gergasi cuba melarika diri ke hutan kerana kuatir rumahnya akan runtuh. Cerita ini tamat apabila, Katak dan rakannya berjaya membunuh Gergasi tersebut.

iii.

Watak dan perwatakan

Secara

keseluruhannya,

mana-mana

cerita

binatang,

watak-watak

yang

memainkan peranan penting ialah binatang. Binatang ini diberi sifat seperti manusia biasa, hidup dalam kumpulan dan mempunyai peranan masing-masing. Dari sini, lahirlah watak utama dan juga watak sampingan dalam cerita binatang. Dalam masyarakat Melayu Tradisional, watak binatang yang paling popular ialah Sang Kancil dan Pelanduk. Watak ini berperanan sebagai watak utama dalam cerita tersebut.

Selain watak binatang, terdapat juga watak manusia untuk membantu perkembangan cerita tetapi watak manusia ini tidak diutamakan. Selain itu, terdapat juga sesetengah cerita yang menggambarkan watak nabi iaitu Nabi Sulaiman a.s. yang dikatakan memahami bahasa binatang.

Contohnya jelas dalam cerita Katak Membunuh Gergasi. Watak utamanya merupakan seekor binatang iaitu Katak yang digambarkan mempunyai akal fikiran yang bijak apabila merancang membunuh gergasi. Manakala, watak sampingan dalam cerita ini harimau, ular dan sebagainya yang turut membantu dalam rancangan katak membunuh gergasi.

BML 3113 : SEJARAH BAHASA KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU


iv. Latar

2013

Latar temapat bagi cerita binatang adalah melibatkan latar di hutan belantara atau kawasan-kawasan yang berkaitan dengan tempat tinggal binatang tersebut. Hal ini bermakna latar tempat bagi cerita binatang adalah di alam nyata. Latar masanya adalah melibatkan zaman dahulu dan latar masyarakatnya adalah merangkumi masyarakat masyarakat/kelompok binatang yang biasanya mempunyai ketua.

Contohnya jelas dalam Cerita Katak Membunuh Gergasi di mana latar tempatnya adalah di dalam hutan belantara yang merupakan kawasan tempat tinggal binatang-binatang tersebut. Manakala, latar masanya adalah pada zaman dahulu dan latar masyarakanya melibatkan sekelompok binatang yang terdiri daripada seorang ketua (katak) yang mempunyai kepintaran dalam membunuh gergasi.

v.

Gaya bahasa

Cerita binatang menggunakan bahasa Melayu klasik tetapi bahasanya mudah difahami. Kadang-kadang diselitkan dengan beberapa puisi Melayu lama. Hal ini dikaitka dengan cerita binatang lebih dikhususkan pada peringkat kanak-kanak. Contohnya: Maka sempah Raja Gajah "Ya Tuan Syeikh, bilakah kiranya binatang-binatang itu akan sampai ke mari".

BML 3113 : SEJARAH BAHASA KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU 5. FUNGSI CERITA BINATANG
i. Sebagai hiburan

2013

Cerita binatang amat digemari oleh kanak-kanak kerana di dalamnya terselit kisahkisah kepintaran binatang dalam menyelesaikan masalah sehingga menimbulkan kelucuan. Di sini jelas menunjukkan funsi hiburan apabila pendengar mengikuti cerita binatang. Kepintaran binatang lebih ketara apabila binatang kecil dapat mengalahkan binatang yang lebih besar. Contonya, dalam Cerita Katak Membunuh Gergasi, di mana seekor semut menggigit telinga gergasi sehingga membuatkan gergasi itu meronta-ronta kesakitan.

ii.

Sebagai Pengajaran

Cerita binatang biasanya mempunyai pengajaran tertentu kerana sifat-sifat yang diberikan kepada binatang adalah sama seperti manusia. Oleh itu, segala tindakan yang dilakukan oleh binatang adalah sama seperti manusia. Jadi, segala tindakan yang dilakukan oleh binatang boleh dijadikan sebagai pengajaran kepada manusia.

Contohnya dalam cerita Katak Membunuh Gergasi dimana menunjukkan nilai kerjasama yang ditunjukkan oleh binatang dapat menyelesaikan sesutu masalah. Hal ini jelas menunjukkan apabila semua binatang(dalam hutan) berkerjasama dengan katak dalam rancangan membunuh Gergasi.

iii.

Sebagai Kritikan/sindiran

Hal ini berkaitan dengan sifat-sifat buruk yang cuba ditonjolkan oleh binatang yang sebenarnya mempunyai sindiran /kritikan secara halus. Sindiran ini disampaikan secara tidaklangsung kepada pembaca. Contohnya, dalam Cerita Katak Membunuh Gergasi dimana menyindir orang yang berkuasa akan jatuh pada masanya apabila melakukan kejahatan.

BML 3113 : SEJARAH BAHASA KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU


1. Sebagai gambaran masyarakat

2013

Cerita binatang menggambarkan hidup dalam kelompok masyarakat binatang tetapi digambarkan menyerupai manusia. Oleh itu, melalui cerita-cerita ini dapat digambarkan tentang kehidupan masyarakat pada zaman tersebut.

6.

PERANAN SANG KANCIL DALAM CERITA BINATANG MELAYU

Dalam masyarakat Melayu cerita binatang yang digemari ialah cerita Sang Kancil dan cerita mengenai Pelanduk. Cerita berkenaan dikumpul di bawah judul : Hikayat Sang Kancil dan Hikayat Pelanduk Jenaka.

Hikayat Sang Kancil mengandungi cerita-cerita seperti Sang Kancil Menipu Buaya, Sang Kancil Menipu Hariuman, Sang Kancil berlawan Minum air dengan Gajah,Sang Kancil menyelasaikan pergaduhan kerbau dengan buaya, Sang Kancil menyelasaikan perbalahan seorang Saudagar dengan Bapa eorang Kanak-Kanak, Sang Kancil Menyelasaikan Perbalahan Peminjam Beliung, Cerita Kancil Tertipu oleh Bangau dan Sang Kancil Berlumba dengan Siput.

Hikayat pelanduk Jenaka mengandungi kisah Pelanduk Melantik Dirinya sebagai Syah Alam di Rimba, Pelanduk Mengaman Perbalahan Antara Kambing dengan Hariuman, Pelanduk Membunuh Gergasi , Pelanduk Menunba Buaya dan Pelanduk berlawan minum Air dengan binatang-binatang di Rimba.

Dilihat dari perkembangan cerita-cerita Sang Kancil di atas dapat kita perhatikan ada tiga peranan yang dimainkan oleh Sang Kancil dalam cerita binatang Melayu;

i.

Sang Kancil sebagai hero iaitu dapat mengalahkan binatang-bintang yang lebih besar darinya. Misalnya Sang Kancil melepaskan kaki kerbau digigit buaya,menipu harimau menyuruhnya memukul sarang tebuan iaitu katanya sarang tersebut ialah gong Nabi Sulaiman, menyuruh harimau memlilitkan ular dengan

10

BML 3113 : SEJARAH BAHASA KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

2013

menyatakan itu tali pinggang Nabi Sulaiman, Sang Kancil menipu buaya dengan mengatakan yang digigitnya buaya itu ialah ranting kayu dan bukan kakinya. Sang Kancil menipu harimau dengan mengatakan tahi kerbau adalah santapan Nabi Sulaiman dan sebagainya.

ii.

Sang Kancil berperanan sebagai hakim. Seperti menyelasaikan perbalahan saudagar dengan bapak kanak-kanak.masalahnya kanak-kanak itu menjadi sihat kerana tercium bau masakan sikaya. Begitu juga Kancil menyelasaikan perbalahan seorang peminjam yang tidak mahu mengembalikan beliung yang dipinjamnya. Dikatakan sudah habis dimakan bubuk. Kancil melumurkan badannya dengan habu. Bila Nabi Sulaiman bertanya kenapa ia berbuat demikian ia mengatakan sewaktu ia hendak mandi sungai terbakar. Jadi badannya penuh dengan habu. Nabi Sulaiman tidak percaya. Sang Kancil bertanya pula bagaimana Nabi Sulaiman dapat mempercayai kata-kata si peminjam tersebut yang mengatakan beliungnya dimakan bubuk? Dan sebagainya.

iii.

Sang Kancil dikalahkan oleh binatang kecil, conotohnya ia tertipu oleh bangau apabila menyebarang sungai di atas kerak nasi, Sang Kancil berlumba dengan siput dan sebagainya.

Mengapa cerita Sang Kancil memainkan peranan penting dalam cerita-cerita binatang Melayu kerana :

1. Sebagai sebuah cerita binatang, Sang Kancil merupakan punca hiburan, pembaca dan pendengar berasa gembira kerana Sang Kancil binatang kecil dan lemah dapat mengalahkan binatang-binatang yang lebih besar.

2. Terdapat kecerdasan berfikir dan bertinmdak pada Kancil untuk mengatasi sebarang masalah.

11

BML 3113 : SEJARAH BAHASA KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

2013

3. Masyarakat Melayu lama tinggal berhampiran dengan hutan dan latarbelakang cerita Sang Kancil idak asing lagi bagi mereka.

7. CONTOH CERITA SANG KANCIL

Cerita Sang Kancil dengan Buaya

Pada zaman dahulu Sang Kancil adalah merupakan binatang yang paling cerdik di dalam hutan. Banyak binatang-binatang di dalam hutan datangkepadanya untuk meminta pertolongan apabila mereka menghadapi masalah. Walaupun ia menjadi tempat tumpuan binatang- binatang di dalam hutan, tetapi ia tidak menunjukkan sikap yang sombong malah sedia membantu pada bila-bila masa saja.

Suatu hari Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan untuk mencari makanan. Oleh kerana makanan di sekitar kawasan kediaman telah berkurangan Sang Kancil bercadang untuk mencari di luar kawasan kediamannya. Cuaca pada hari tersebut sangat panas, menyebabkan Sang Kancil berasa dahaga kerana terlalu lama berjalan, lalu ia berusaha mencari sungai yang berdekatan. Setelah meredah hutan akhirnya kancil berjumpa dengan sebatang sungai yang sangat jernih airnya. Tanpa membuang masa Sang Kancil terus minum dengan sepuas-puasnya. Kedinginan air sungai tersebut telah menghilangkan rasa dahaga Sang Kancil.

Kancil terus berjalan-jalan menyusuri tebing sungai, apabila terasa penat ia berehat sebentar di bawah pohon beringin yang sangat rendang di sekitar kawasan tersebut. Kancil berkata didalam hatinya "Aku mesti bersabar jika ingin mendapat makanan yang lazat-lazat". Setelah kepenatannya hilang, Sang Kancil menyusuri tebing sungai tersebut sambil memakan dedaun kegemarannya yang terdapat disekitarnya. Apabila tiba di satu kawasan yang agak lapang, Sang Kancil terpandang kebun buah-buahan yang sedang masak ranum di seberang sungai."Alangkah enaknya jika aku dapat menyeberangi sungai ini dan dapat menikmati buahbuahan tersebut" fikir Sang Kancil.

12

BML 3113 : SEJARAH BAHASA KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

2013

Sang Kancil terus berfikir mencari akal bagaimana untuk menyeberangi sungai yang sangat dalam lagi deras arusnya. Tiba-tiba Sang Kacil terpandang Sang Buaya yang sedang asyik berjemur di tebing sungai. Sudah menjadi kebiasaan buaya apabila hari panas ia suka berjemur untuk mendapat cahaya matahari.Tanpa berlengah-lengah lagi kancil terus menghampiri buaya yang sedang berjemur lalu berkata " Hai sabahatku Sang Buaya, apa khabar kamu pada hari ini?" buaya yang sedang asyik menikmati cahaya matahari terus membuka mata dan didapati sang kancil yang menegurnya tadi "Khabar baik sahabatku Sang Kancil" sambung buaya lagi "Apakah yang menyebabkan kamu datang ke mari?" jawab Sang Kancil "Aku membawa khabar gembira untuk kamu" mendengar kata-kata Sang Kacil, Sang Buaya tidak sabar lagi ingin mendengar khabar yang dibawa oleh Sang Kancil lalu berkata "Ceritakan kepada ku apakah yang engkau hendak sampaikan".

Kancil berkata "Aku diperintahkan oleh Raja Sulaiman supaya menghitung jumlah buaya yang terdapat di dalam sungai ini kerana Raja Sulaiman ingin memberi hadiah kepada kamu semua". Mendengar saja nama Raja Sulaiman sudah menggerunkan semua binatang kerana Nabi Sulaiman telah diberi kebesaran oleh Allah untuk memerintah semua makhluk di muka bumi ini. "Baiklah, kamu tunggu di sini, aku akan turun kedasar sungai untuk memanggil semua kawan aku" kata Sang Buaya. Sementara itu Sang Kancil sudah berangan-angan untuk menikmati buah-buahan. Tidak lama kemudian semua buaya yang berada di dasar sungai berkumpul di tebing sungai. Sang Kancil berkata "Hai buaya sekelian, aku telah diperintahkan oleh Nabi Saulaiman supaya menghitung jumlah kamu semua kerana Nabi Sulaiman akan memberi hadiah yang istimewa pada hari ini". Kata kancil lagi "Beraturlah kamu merentasi sungai bermula daripada tebing sebelah sini sehingga ke tebing sebelah sana".

Oleh kerana perintah tersebut adalah datangnya daripada Nabi Sulaiman semua buaya segera beratur tanpa membantah. Kata Buaya tadi "Sekarang hitunglah, kami sudah bersedia" Sang Kancil mengambil sepotong kayu yang berada di situ lalu melompat ke atas buaya yang pertama di tepi sungai dan ia mula menghitung dengan menyebut "Satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk" sambil mengetuk kepala buaya begitulah sehingga kancil berjaya menyeberangi sungai. Apabila sampai ditebing sana kancil terus melompat ke atas tebing sungai sambil bersorak kegembiraan dan berkata" Hai buaya-buaya sekalian, tahukah kamu bahawa aku

13

BML 3113 : SEJARAH BAHASA KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

2013

telah menipu kamu semua dan tidak ada hadiah yang akan diberikan oleh Nabi Sulaiman".

Mendengar kata-kata Sang Kancil semua buaya berasa marah dan malu kerana mereka telah di tipu oleh kancil. Mereka bersumpah dan tidak akan melepaskan Sang Kancil apabila bertemu pada masa akan datang. Dendam buaya tersebut terus membara sehingga hari ini. Sementara itu Sang Kancil terus melompat kegembiraan dan terus meniggalkan buaya-buaya tersebut dan terus menghilangkan diri di dalam kebun buah-buahan untuk menikmati buahbuahan yang sedang masak ranum itu.

8. RUMUSAN
Sebagai keseluruhannya,cerita binatang ini adalah cerita yang tergolong dalam cerita rakyat ataupun sastera rakyat.cerita binatang ini jugaa dikatakan sastera yang berbentuk lisan kerana ianya disampaikan dalam bentuk penceritaan oleh golongan tua dari satu generasi ke satu generasi yang lain.Sebagai kesimpulanya , cerita binatang ini mengandungi kebikan-kebaikannya antaranya ialah Memberi pengajaran kepada manusia, memberi hiburan kepada masyarakat, memberi sindiran dan juga menerapkan nilai-nilai murni dalam diri setiap manusia.

Kesemua kebaikan ini adalah bertujuan untuk menyedarkan manusia dan membuatkan manusia berfikir dalam melaksanakan sesuatu perkara.Cerita binatang ini juga dikatakan dapat mengajar manusia hidup dalam suasana aman dan damai tanpa sebarang perselisihan faham.Ianya juga mengajar manusia supaya tidak bercakap besar dan suka menindas golongan yang lemah.

Oleh yang demikian kesemua cerita binatang ini merupakan cerita yang dapat memberi iktibar kepada manusia dan memberikan kesedaran dalam diri manusia.namun

walaubagaimanapun cerita binatang ini masih lagi wujud sehingga sekarang yaang berfungsi memberikan pendidikan dan juga nilai-nilai murni yang patut ada dalam diri seseorang itu.Sebagai kesimpulan akhir, cerita binatang mempunyaai kebaikan-kebikan yang dapat dijadikan contoh teladan kepada manusia

14

BML 3113 : SEJARAH BAHASA KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

2013

Selain itu dalam cerita binatang lain juga banyak memaparkan mesej pengajaran kepada masyarakat melayu.Antaranya adalah melalui cerita Hikayat Bayan Budiman ,1993 : Balai Pustaka.Dalam cerita ini mengishkan burung bayan yang tidak mendengar kata ibunya yang menyuruhnya tidak berkawan dengan monyet, tetapi anaak burung bayan itu degil tanpa mendengar nasihat ibunya.Akibatnya anaak burung bayan itu dimakan oleh monyet yang pada ketika itu mahu menyembuhkan penyakit anaknya.Pengajaran ini dapat diterapkan kepada manusia itu sendiri.

Melalui cerita ini,pengarang mahu menyedarkan masyrakat bahawa patuh dan taat pada perintah ibu bapa dan mendengar nasihat ibu bapa.Jika kita melawan dan tidak mendengar kata ibu bapa maka kita akan merasa menyesal di kemudian hari kelak.Oleh itu kita janganlah bersikap seperti burung bayan yang tidak mendengar kata ibunya itu.Kesannya membawa kepada penyesalan semata-mata.Oleh yang demikian cerita binatang ini mempunyai pengajaran daripada peristiwa yang diceritakan oleh pengarang.

Begitu juga dengan cerita cerita binatang yang lain yang mempunyai pengajaran yang lain.Misalnya, menyuruh manusia melakukan kebaikan,menyuruh manusia bekerjasama dalam melaksnakan sesuatu perkerjaan yang sukar dan rumit.,Menyuruh mnusia agar tidak bersifat sombong daan bercakap besar dengan memandang rendah terhadap kebolehan orang lain.

Memang benar dikaatakan bahawa cerita binatang adalah salah saty cerita yang menghiburkan hati manusia terutama hati kanak-kanak.Cerita bintn ini mampu memberikan hiburan dan membuatkan seseorang itu atau masyarakat ketawa dengan apa yang

dibacanya.Maka tidak hairanlah bahawa Salah satu kebaikan cerita binatang ini adalah sebagai hiburan pada masa yang lapang.Kebiasaannya mereka akan mendengar cerita-cerita ini melalui datuk nenek mereka ataupun orang-orang tua yang dikatakan mempunyai banyak cerita meaarik yang boleh menghiburkan hati pendengar apabila mendengarnya pada masa dahulu.

15

BML 3113 : SEJARAH BAHASA KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

2013

Buktinya ialah cerita Arnab Dengan Kura-kura .Dalam cerita ini menceritakan kisah dimana arnab yang begitu pantas berlari dapat ditewaskan oleh seekor kura-kura yang amat perlahan pergerakannya.unsur atau peristiwa ini membuatkan masyarakat tertawa.Hal ini kerana tidak masuk akal atau tidak dapat diterima oleh akal bahawa arnab yang begitu kuat dan pantas dapat dikalahkan oleh seekor kura-kura yang perlahan pergerakannya.Unsur inilah yang akan menghiburkan manusia dan dapat menggembirakan hati manusia.

16

BML 3113 : SEJARAH BAHASA KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU 9. BIBLIOGRAFI

2013

BUKU

1. Amy Suzani Ainuddin, (2004) , Asal Usul Kucing , Selangor : Aura Productions Sdn.Bhd. 2. Amer Haji Matsom, (2001) , Cerita Rakyat ASEAN , Selangor : Aura Productions Sdn.Bhd. 3. Aripin Said, Othman Putih, (1995), Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia, Kuala Lumpur : Utusan Publication 4. Aripin Said , ( 1996 ) , Koleksi Terpilih Cerita Rakyat Zakaria Hitam , Selangor : Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka. 5. .Rubiah Jusoh , ( 2006 ) , Melaka mendapat Nama , Selangor : Junior Pages Publication. 6. Siti Hajar Abdul Aziz , (2011) , Bahasa Melayu 1 , Shah Alam : Oxford Fajar. 7. Siti Zaleha M. Hashim, (2013), Mengenali Cerita Rakyat, Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad

INTERNET
1. http://1001kisah.blogspot.com/ 2. http://ceritafabel.blogspot.com/ 3. http://kmtppuintan.blogspot.com/2011/08/cerita-binatang.html 4. http://sasterasmso.tripod.com/id1.html

17

You might also like