You are on page 1of 8

Silir Daksina

Sinopsis Keseluruhan (Nizar Parman)

Haiqal berbekalkan sebuah manuskrip lama yang diterima daripada


seorang gadis berbangsa Cina yang tidak dikenalinya telah pergi ke
kampung halaman ayahnya, Abdullah Kayan. Haiqal dilahirkan di kampung
itu sebelum menetap di Kuala Terengganu. Manuskrip yang separuh jalan
itu menarik minatnya untuk mengenali ayahnya dengan lebih dekat
walaupun mendapat tentangan daripada uminya yang seolah-olah mahu
melenyapkan nama Abdullah Kayan dalam hidup Haiqal.

Kehadirannya di Kampung Seri Purnama diterima dengan baik oleh


masyarakatnya. Di kampung itulah dia mula membongkar kehidupan
sebenar ayahnya melalui orang-orang yang rapat dengan ayahnya. Watak-
watak yang dilukiskan oleh ayahnya dalam manuskrip lama itu seolah-olah
cerminan watak-watak sebenar yang wujud di kampung itu.

Abdullah Kayan bukan hanya penggiat aktiviti kebudayaan di kampung


itu, malahan beliau merupakan seorang guru yang aktif menulis sehingga
pernah mewujudkan Aksara di kampungnya. Oleh sebab kecintaannya
terhadap bidang itu, beliau sanggup meninggalkan keluarganya di
Terengganu dan berpisah dengan Haiqal. Perjuangan itu kini diwariskan
kepada Haiqal. Mampukah Haiqal melaksanakan hasrat ayahnya itu?
Manuskrip lama itu menyimpan banyak rahsia yang perlu dihuraikan.

Tema

Novel ini membawa tema kekeluargaan. Konflik keluarga yang dialami oleh
Haiqal berpunca daripada perceraian ibu bapanya menyebabkan dia
dipisahkan oleh ibunya daripada ayah kandungnya iaitu Abdullah Kayan.

Persoalan

1. Persoalan kegigihan seorang remaja untuk merungkaikan misteri


kehidupan sebenarnya ayahnya.

Haiqal berusaha untuk mengetahui sejarah kehidupan ayah kandungnya


yang terpisah sejak kecil setelah mendapat manuskrip yang dikirimkan oleh
Ong See Hwa.

2. Persoalan usaha untuk mengangkat kesenian tarian zapin.


Abdullah Kayan dan penduduk Kampung Seri Purnama telah berusaha
untuk mengangkat kesenian tarian zapin di kampung tersebut.

3. Persoalan kasih sayang seorang ayah kepada anaknya.

Abdullah Kayan terlalu sayang akan anaknya Haiqal yang dipisahkan oleh
isterinya sehinggakan dia sentiasa merindukannya dan menghasilkan
manuskrip cerita tentang perasaan rindu kepada anaknya.

4. Persoalan sikap kerjasama penduduk kampung.

Penduduk Kampung Seri Purnama sentiasa bekerjasama menjayakan


setiap aktiviti dan acara yang dijalankan di kampung tersebut seperti majlis
sambutan Hari Kemerdekaan peringkat mukim di situ

5. Persoalan hubungan baik antara dua bangsa walaupun berbeza


kebudayaan.

Hubungan Tauke Lim dengan Amirulnizam dan penduduk kampung begitu


baik walaupun mereka berlainan bangsa.

Watak Utama :

Haiqal Hakimi / Aiman

– Anak kepada Umi dam Abdullah bin Kayan

Seorang remaja yang berbakat dalam bidang seni sastera.


Haiqal sering memenangi pertandingan mendeklamasikan puisi dan
menulis sajak serta puisi.

Seorang anak yang penyayang.


Dia sayang umi,walid,ayah kandungnya dan adik tiri.

Seorang yang baik hati


Haiqal telah memujuk Ratna yang menangis kerana mendapat keputusan
SPM yang kurang cemerlang.

Seorang yang bijak dalam pelajaran.


Dia berjaya melanjutkan pelajaran di university selepas tamat tingkatan 6.

Seorang yang taat pada perintah agama.


Haiqal solat subuh apabila tiba di stesen bas Batu Pahat sebelum tiba di
kampung ayahnya.

Watak Sampingan :

1. See Hwa / Ai Ling

– Anak kepada Tauke Ling

Seorang yang pandai mendeklamasikan puisi.


Dia pernah memenangi pertandingan mendeklamasi sajak semasa di
sekolah rendah.

Seorang yang fasih Bahasa Melayu.


Dia boleh bercakap Bahasa Melayu tanpa ada pelat Bahasa Cina.

Seorang yang suka membaca


Dia suka membaca kisah-kisah nabi sewaktu di sekolah rendah.

Seorang yang suka memasak


Dia suka memasak makanan yang pedas-pedas.

2. Abdullah bin Kayan / Amirulnizam

– Ayah kandung Haiqal

Seorang yang cintakan sastera.


Dia sanggup berpisah daripada isterinya berbanding bidang sastera.

Seorang yang penyayang


Dia sangat merindui dan menyayangi Haiqal.

Seorang penari zapin.


Dia juga seorang penari zapin di Kampung Seri Purnama.

3. Tauke Ong / Tauke Lim

Seorang yang sangat rajin


Tauke Lim membuat dua pekerjaan iaitu pada waktu pergi dia akan
menorah getah manakala pada waktu petang menjual pisang dan pinang di
pekan.

Seorang yang murah hati.


Dia suka belanja kawan-kawannya di warung.

Seorang yang tahu membalas budi.


Dia melayan Haiqal sangat baik sebagai membalas budi pertolongan datuk
dan ayah Haiqal.

Seorang yang jujur dan amanah.


Dia menguruskan harta peninggalan ayah Haiqal dengan baik.

4. Ratna

1. Seorang yang minat dalam bidang perniagaan.

Ratna telah mengambil alih pengurusan gerai makan daripada ibunya.

Seorang yang suka mengusik.


Dia selalu mengusik Haiqal semasa Haiqal sedang berkhayal.

Seorang pendengar setia.


Dia sentiasa sudi mendengar masalah yang dihadapi oleh Haiqal.

Seorang yang baik hati.


Dia sanggup menghantar Haiqal ke stesen bas semasa Haiqal ingin pulang
ke kampung.

5. Umi

– Ibu kepada Haiqal

– Bercerai dengan ayah kandung Haiqal sejak Haiqal masih kecil dan
berkahwin dengan walid.

Seorang usahawan berjaya


Umi mempunyai kedai batik di Pasar Payang.

Seorang yang penyayang


Dia sangat sayang Haikal sehingga tidak membenarkan ayah kandung
Haiqal menjaga Haiqal.

Seorang yang ego.


Dia tidak suka dan menghargai bakat seni bekas suaminya.

Seorang pemarah.
Dia melarang Haqal untuk pulang ke kampung ayah kandungnya.

Nilai :

Nilai setiakawan
Haiqal dan Ratna berkawan rapat.

Nilai tanggungjawab
Tauke Ong tidak mahu membeli kereta baharu dan menggunakan wang
tersebut untuk membesarkan anak-anaknya.

Nilai kasih sayang


Haiqal amat sayang akan ayahnya.

Nilai ketaatan
Haiqal akan keluar makan selepas menunaikan solat.

Nilai budi bahasa


Ai Ling dan Ratna melayan Haiqal dengan baik semasa baru berkenalan.

Pengajaran :

Kita hendaklahcinta akan seni dan budaya bangsa


Abdullah bin Kayan sanggup berpisah dengan isterinya semata-mata untuk
memulihara tarian zapin

Kita mestilah menghargai persahabatan.


Haiqal dan Ratna saling menghargai persahabatan mereka

Kita hendaklah tabah melaksanakan sesuatu kerja.


Abdullah sangat tabah dan berusaha untuk menghidupkam kembali
tarianzapin.

Latar Tempat
a) Kuala Terengganu (rumah umi dan walid).
Contoh: Tempat tinggal Haiqal bersama-sama dengan umi, walid, dan adik
tirinya iaitu Nurul Asiah di Kuala Lumpur.

b) Kampung Seri Purnama (rumah ayah kandung Haiqal).


Contoh: Ayah Haiqal tinggal di Kampung Seri Purnama selepas berpisah
dengan umi Haiqal.

c) Balai Raya Kampung Seri Purnama


Contoh:Tempat simpanan album,novel bahan sastera yang menunjukkan
kegiatan ayah Haiqal dalam bidang sastera dan budaya adalah di balai
raya Kampung Seri Purnama.

d) Gerai makan milik Ratna.


Contoh: Haiqal dan Ratna telah berbual-bual di gerai makan milik Ratna
sambil menikmati makanan yang disediakan.

e) Restoran mamak.(See Hwa dan Haiqal telah makan di restoran


mamak, Parit Raja sewaktu perjalanan ke kampung ayahnya.
Contoh: See Hwa dan Haiqal makan di restoran mamak yang terletak di
Parit Raja selepas Haiqal tiba dari Terengganu.

f) Pusara Abdullah bin Kayan.


Contoh: Haiqal membaca yasin dan berdoa agar roh arwah bapanya
ditempatkan di sisi orang yang baik-baik.

g) Rumah Tauke Ong.


Contoh: Haiqal ke rumah Tauke Ong untuk memujuk See Hwa supaya
berpasangan dengannya manari Zapin. Dia terkejut apabila melihat See
Hwa menggosook baju zapin.

h) Stesen Bas Batu Pahat.


Contoh: Haiqal tiba di stesen bas Batu Pahat dari Terengganu untuk ke
kampung arwah bapanya.

Latar Masa

a) Petang
Contohnya: peristiwa Haiqal teringat akan peristiwa dia hampir terlanggar
seorang budak kecil.

b) Usia enam tahun


Contohnya: Umi memberitahu Haiqal bahawa walid bukan ayah
kandungnya.
c) Malam
Contohnya: Cik Zam berbual-bual semasa tamat latihan zain di Warung
Pak Dolah.

d) Pagi
Contohnya: Taukey Lim dan isteri menoreh getah.

e) Lapan belas tahun


Contohnya: Taukey Lim sudah tinggal di Kampung Seri Purnama 18 tahun.

Latar Masyarakat

a) Masyarakat peniaga.
Contoh: Tauke Lim menjalankan perniagaan dengan meraih pisang dan
pinang di kampung lalu menjualnya di pekan.

b) Masyarakat yang cinta akan sastera dan seni budaya bangsa.


Contoh: Pak Cik Bakar, Haji Salim, dan Cikgu Zam melibatkan diri
dalam seni tarian zapin bagi memperkasa seni warisan Melayu.

c) Masyarakat yang berpendidikan.


Contoh: See Hwa belajar di kolej manakala Haiqal belajar di tingkatan
enam.Haiqal juga meninggalkan Kampung Seri Purnama lalu sambung
belajar di menara gading.

d) Masyarakat yang berbilang kaum.


Contohnya: Pak Cik Bakar, Wak Min, Haji Salim , Tauke Lim dan See
Hwa tinggal di Kampung Seri Purnama.

f) Masyarakat penyayang.
Contohnya: Cikgu Zam amat menyayangi dan merindui anaknya Haiqal
yang tinggal berjauhan setelah bercerai dengan isterinya. Cikgu Zam
meluahkan perasaan sayang akan anaknya pada manuskrip.

Keistimewaan watak utama sehingga menimbulkan perasaan kagum .

Novel yang saya pelajari bertajuk Silir Daksina karya Nizar


Parman.Watak utama novel ini ialah Farisha.Dia sangat sayang akan
abangnya ,Azraai.Walaupun Azraai bukanlah abang kandungnya.Dia
menagis kesedihan apabila mendapat tahu abangnya menghidap penyakit
jantung.

Perwatakan , Farisha ini sangat istimewa kerana dia tetap menyayangi


Azraai walaupun mereka bukan adik beradik kandung.Azraai telah
menjaganya sejak dia masih kecil lagi.(ULASAN!!!)

You might also like