You are on page 1of 21

1.

0 LATAR PENULIS

A. RASHID NGAH
(Abdul Rashid bin Ngah, Haji, Datuk, Rosbiwo)
LAHIR: 16 September 1937 di Kampung Seberang Takir,
Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
ALAMAT: A194, Lorong Haji Mat Ali, Seberang Takir,
21300 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

A.RASHID NGAH mulai terkenal sebagai pengarang

apabila novelnya berjudul Di Bawah Alunan Ombak

diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1961. Novel ini telah diulang cetak

27 kali dan pernah dijadikan buku teks untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia selama

beberapa tahun. Selepas itu, novel ini menjadi teks tambahan bagi pelajar-pelajar sekolah

menengah.

A. Rashid Ngah dilahirkan di sebuah perkampungan nelayan di pantai timur

Semenanjung Malaysia. Beliau mendapat pelajaran asas dari sekolah di kampong

kelahirannya, Sekolah Melayu Seberang Takir mulai tahun 1947 hingga tahun 1952. Dengan

kelulusan darjah lima, iaitu kelulusan paling tinggi waktu itu, beliau dilantik menjadi guru

pelatih, dan mengajar di sebuah sekolah di Kuala Terengganu Utara.

Semasa menjadi guru pelatih, beliau mula berminat mempelajari Bahasa Inggeris di

kelas petang di Sekolah Zainal Abidin. Pada pertengahan tahun 1953, beliau dipilih

melanjutkan kursusperguruan di Maktab Sultan Idris, Tanjong Malim hingga tahun 1956.

Setelah tamat dari maktab tersebut, beliau ditempatkan mengajar di Sekolah Melayu Bukit

Tunggal.

Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, kerajaan telah

menubuhkan Maktab Perguruan Bahasa dalam usaha untuk memaju dan memperkembang

penggunaan bahasa Melayu yang terpilih untuk mengikuti kursus di maktab ini.

1
Sekembalinya dari maktab beliau ditempatkan mengajar di Kemaman. Semasa bertugas

sebagai guru di Kemaman, beliau telah melibatkan diri secara aktif dalam gerakan politik

dengan memasuki parti UMNO. Beliau telah dipilih menjadi Setiausah UMNO bahagian

tersebut. Pada masa yang sama, beliau turut aktif dalam pergerakan belia MAYC negeri

Terengganu.

A.Rashid Ngah sangat memandang berat terhadap soal akademik dirinya. Pada tahun

1967, beliau lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan dan diterima belajar di Universiti

Malaya dalam jurusan Ekonomi. Beliau telah berjaya memperoleh ijazah Sarjana Muda

Ekonomi pada tahun 1970.

Setelah tamat pengajiannya di universiti, beliau mengajar di Dungun selama setahun,

kemudian dilantik pula menjadi Guru Besar Sekolah Menengah Seberang Takir. Beliau

meletakkan jawatannya sebagai guru pada bulan Julai 1973 untuk memegang jawatan

Pengarah Urusan Terengganu Garam Sendirian Berhad. Pada waktu yang sama, beliau

semakin aktif dalam pergerakan politik UMNO. Beliau kemudian telah dilantik menjadi

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu Utara. Pada tahun 1973, A. Rashid

Ngah telah dipilih oleh parti UMNO untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan

Undangan Negeri bagi kawasan Kuala Nerus berikutan kematian wakil rakyat kawasan

tersebut. A. Rashid Ngah telah berjaya dalam pilihan raya itu.

A.Rashid Ngah tidak sahaja giat dalam bidang politik, tetapi juga giat dalam bidang

politik, tetapi juga giat dalam persatuan penulis. Beliau adalah pengasas Persatuan

Sasterawan Muda Terengganu (PELITA). Beliau pernah menganggotai Jawatankuasa

GAPENA selaku Ketua Dua pada tahun 1975.

A.Rashid Ngah merupakan satu-satunya Ahli Dewan Undangan Negeri di Malaysia

yang memenangi tujuh penggal pilihan raya, iaitu bagi tahun 1973, 1974, 1978, 1982, 1986,

2
1990, dan 1995. Beliau telah dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

Terengganu mulai tahun 1978 hingga 2004.

Selain menulis novel, beliau menulis cerpen. Karya-karya cerpennya pula, di samping

menceritakan kehidupan nelayan, juga merakamkan kehidupan buruh, pekerja-pekerja bergaji

rendah dan golongan masyarakat bawahan.

Kerana jasa dan khidmatnya kepada masyarakat dan negara, beliau telah dianugerahi

darjah kebesaran Hari Keputeraan Sultan Terengganu yang ke-53 pada tahun 1983 yang

membawa gelaran “Datuk”.

KARYA

1. Novel Di Bawah Alunan Ombak, diterbitkan oleh Dewan Bahasa,1961,27 kali cetakan
2. Satu Penilaian ekonomi ke atas jalan pintasan Kuala Terengganu dan Jambatan
Sultan Yahaya Putera, 1969
3. Tahun 1977, menghasilkan buku cerita kanak-kanak, Orkid Bulu Kucing.
4. Tahun 1982, menghasilkan Kumpulan Cerita Sahabat Nabi : Harga Sebuku Roti.
5. Tahun 1984, buku Fisiologi Manusia.
6. Tahun 1985, buku Kumpulan Cerita Sahabat Nabi : Pemegang Pedang Rasulullah
dan dicetak untuk 3 edisi.
7. Buku rujukan sekolah menengah iaitu Jambatan Bahasa: Pengetahuan Bahasa Untuk
Sekolah-sekolah Menengah Tingkatan 1.
8. Karyanya bertajuk al-Idarah ti al-Islam diterbitkan 4 kali antara tahun 1991 dan 2004
dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.
9. Tahun 2003, menerbitkan buku Sumbangan PELITA Kepada Perkembangan Sastera.
10. Pada 2014, beliau telah menghasilkan sebuah novel berjudul Ibu dan diterbitkan untuk
2 edisi.

Cerpen: 1. Pelita Sebuah, Pulau Pinang, 1981


2. Mawar Merah (antologi bersama-PELITA), 1983
3. Titisan Indah di Bumi Merkah (antologi bersama), 1985

3
2.0 SINOPSIS NOVEL DI BAWAH ALUNAN OMBAK

Penulis bersiar-siar di Pekan Kuala Terengganu bersama rakannya, Man dari Kedah

yang mahu melihat keindahan di Pantai Timur Tanah Melayu. Pada petang itu, ketika mereka

berpusing-pusing di pekan kecil itu dengan mengayuh basikal. Mereka telah berhenti sebentar

di sebuah panggung untuk melihat poster wayang. Penulis berfikir elok sekiranya dia

menamatkan lawatan kawannya itu dengan menonton wayang ‘Semerah Padi’ pada jam 6.30

petang nanti. Memandangkan masih ada masa lagi sejam. Mereka telah beredar ke tepi

Sungai Terengganu yang terletak seratus ela dari panggung itu. Tidak jauh dari situ, terdapat

sederet kedai makanan dan beberapa buah motokar yang menanti giliran. Daerah itu dikenali

sebagai Pangkalan Tambang.

Penulis berasa hairan kerana kawannya itu berdiri dan tangannya menunjukkan ke

arah sesuatu di tengah sungai itu. Di tengah sungai itu terdapat benda bulat yang berwarna

merah putih. Tujuan benda itu diletakkan untuk menandakan bahaya kepada kapal, motobot

dan sebarang kenderaan air yang melalui sungai itu. Kerana di situlah tempat paling dalam

sekali dan di bawahnya juga terbenam bangkai sebuah kapal kayu yang telah tenggelam

hampir tiga belas tahun yang lalu. Ketika itu angkatan udara Pihak Berikat memperhebatkan

serangan untuk membinasakan pertahanan Jepun di Terengganu dan kapal itu merupakan

mangsa serangan terakhir. Kemudian penulis menunjukkan dua buah tangki minyak besar di

sebelah barat yang menjadi matlamat utama serangan kapal terbang Tentera Berikat, tempat

itu dipanggil Pulau Kambing.

Penulis teringat akan penderitaan dan ketakutan yang menyelubungi orang kampung.

Kenangan duka dari serangan yang membawa jatuhnya pertahanan Jepun di Kuala

Terengganu tidak mudah dilupakan oleh penulis. Bertitik tolak dari pertanyaan kawannya

tentang bangkai kapal itu mengingatkan kembali penulis pada zaman pendudukan Jepun di

Tanah Melayu. Ketika itu penulis masih bersekolah dalam darjah 5. Ketika itu penulis tidak

4
banyak perhatian tertumpu pada pendudukan Jepun tetapi yang diketahui dan diingati

bagaimana susahnya mendapatkan makanan dan pakaian ketika itu. Sebilangan besar orang

kampung bekerja sebagai nelayan. Pendek kata orang laki-laki dan perempuan berusaha

setekun-tekunnya, berbuat apa terdaya untuk meneruskan hidup dalam masa yang serba

sempit dan serba susah. Murid sekolah pula perlu mempelajari bahasa Jepun.

Suatu hari pada waktu pelajaran pertama selepas rehat, tiba-tiba suasana sekolah

senyap sepi. Dari laut kedengaran bunyi enjin kapal terbang berderu-deru disusuli bunyi

bedilan yang kuat. Murid-murid bertempiaran melarikan diri. Penulis tidak ingat bagaimana

dia dapat melarikan diri sampai ke rumah. Setibanya di rumah dia mendapati suasana

sekitarnya sunyi dan lengang. Penulis cepat masuk ke bawah rumah selepas namanya

dipanggil. Dia mendapati di bawah rumah terdapat ibu, abang, kakak, datuk dan nenek.

Tetapi dia tidak terlihat kelibat ayahnya. Kerana pagi tadi ayahnya turun ke laut. Suasana

semakin cemas selepas Tengku Ngah menceritakan lima buah motobot Jepun dibom di

pantai. Penulis dan keluarga takut sekiranya ayah mereka menerima kecelakaan. Tidak lama

kemudian ternampak kelibat ayah pulang dengan langkah longlai dan basah kuyup.

Akibat daripada serangan yang dahsyat itu. Ketua kampung telah mengarahkan

penduduk kampung menggali lubang untuk dibuat kubu berlindung dari serangan kapal

terbang kerana bersembunyi di bawah rumah dirasakan tidak lagi selamat. Ayah dan

beberapa orang kampung bertungkus-lumus menyiapkan kubu yang dijangka siap keesokan

harinya. Selepas solat Jumaat, Ketua Kampung ada memberitahu yang orang di bandar telah

berundur ke darat tetapi Ketua Kampung merasakan mereka tidak perlu ke mana-mana.

Mereka hanya perlu bersembunyi di dalam kubu. Dia juga sempat menasihati sesiapa yang

turun ke laut hendaklah memakai songkok atau mengangkat bendera hitam apabila ternampak

kapal terbang datang supaya orang putih mengenali orang Melayu. Petang itu juga, penulis

dimarahi oleh datuknya kerana degil untuk ke sekolah juga walaupun dalam keadaan itu.

5
Paginya sebelum ke sekolah, penulis mendengar berbagai-bagai-bagai kata dari mulut

keluarganya yang menghalang dari pergi ke sekolah. Ayahnya mengizinkan ke sekolah tetapi

jangan pulang lambat kerana tiada sesiapa sanggup mencari dan melindunginya dalam

keadaan kecemasan ini. Dalam perjalanan ke sekolah, penulis teringat wajah abang dan

isterinya, Kak Sum yang merupakan anak saudara Mak Teh, jiran mereka yang telah

berpindah ke Besut. Isterinya telah ke rumah emaknya di Besut. Perkahwinan abang dan Kak

Sum tidak direstui mak mertuanya, Mak Bedah. Patutlah sehari dua abang termenung dan

gelisah kerana teringatkan nasib isteri yang jauh di sisi.

Semasa di sekolah guru-guru kelihatan letih dan tidak berminat untuk mengajar lagi

kerana masing-masing dalam ketakutan. Tepat pukul sepuluh pagi, kedengaran bunyi

semboyan panjang dan menggerunkan. Murid-murid semuanya gelisah dan memandang guru

dengan muka sedih minta cepat dilepaskan pulang. Sebentar kemudian serentak murid-murid

keluar dari bilik darjah. Ini menandakan serangan kali kedua telah dilancarkan. Penulis

berlari ke rumah dan memasuki bawah rumah jelas terpancar riak marah di wajah

keluarganya. Tetapi abang dan ayah tidak ada bersama. Rupanya ketika kejadian abang dan

ayah berlindung di bawah rumah Ketua Kampung. Mereka melihat kapal terbang B-29 telah

mengebom tangki minyak di Pulau Kambing. Semakin hari semakin gelisah dirasakan setiap

orang, masing-masing bertungkus-lumus menyiapkan kubu tetapi masih belum siap bahagian

atapnya kerana hari makin gelap.

Ketika keadaan perang itu, penulis dan keluarga hanya menjamah nasi yang dicampur

ubi. Datuk sentiasa merungut ketika makanan itu dihidangkan. Tapi tidak ada apa yang boleh

dijelaskan oleh ibu kerana ketika itu harga beras semakin meningkat dan ibu tidak mahu

berhutang dengan Pak Haji Busu. Kubu yang dibina oleh orang kampung telah siap dibina

tetapi tidak tahu bagaimana keadaan di dalamnya nanti sekiranya kapal terbang datang

menyerang.

6
Tengku Ngah sudah pulang dari Kampung Ibai dan membawa sekali Ibrahim orang

kampungnya. Petang itu, penulis dan abangnya, Kamal telah berkunjung ke rumah Tengku

Ngah dan berbual-bual dengan Ibrahim. Menurutnya, orang Jepun telah berpindah ke Dungun

kerana tidak tahan lagi untuk bertahan di Pulau Kambing. Katanya tempat-tempat lain kurang

bahaya, kecuali Pulau Kambing. Dia beranggapan kapal B-26 akan datang menyerang hari

ini, namun tidak kunjung tiba. Dia berharap kapal terbang datang lagi kerana banyak tempat

pertahanan Jepun belum dihancurkan dan orang Jepun sudah ramai lari ke hutan. Penulis dan

abangnya terkejut kerana Ibrahim mengetahui semua hal pertahanan Jepun. Rupa-rupanya

Ibrahim merupakan MP Jepun atau lebih dikenali sebagai Kempeitai.

Keadaan semakin cemas apabila berlaku kemalangan di laut. Penulis, abang dan Kak

Sum dibedil kapal terbang. Seorang anak perahu menunjukkan ke arah angkasa. Ketakutan

kian merasuk hampir seluruh penumpang. Pak Su mengarahkan menyiapkan bendera hitam.

Tetapi tiada sehelai pun kain hitam di atas perahu itu. Kapal terbang semakin dekat. Dicelah

ketakutan itu, seorang anak perahu telah mengibarkan bendera merah dan segera dihalang

oleh Pak Su menyuruhnya menjatuhkan kain itu. Namun semua telah terlambat, kapal terbang

B-29 menjunam rendah ke arah perahu dan ditembak dahsyat dan ngeri bunyinya. Perempuan

menjerit, anak-anak kecil menangis meraung-meraung, semuanya menjadi suasana semakin

kalut. Dua tiga orang jatuh tersungkur. Pak Su jatuh tersembam di atas lantai berlumuran

darah. Kak Sum memeluk leher abang seerat-eratnya tetapi kedua-duanya luka dan tidak

sedarkan diri lagi. Kapal terbang itu menyerang untuk kali kedua dan memuntahkan

pelurunya sehingga penumpang tidak bermaya lagi. Penulis bernasib baik tersisih dari

bahaya, namun dia turut ikut mengalami sendiri, menderita dan tersayat hati demi mendengar

jeritan kesakitan, rintihan sedih yang terdengar di dalam perahu itu.

Ketika tersedar dari pengsan, penulis memandang sekeliling dan orang ramai sibuk

dan bercakap-cakap. Penulis menanti kedatangan ibu dan ayahnya untuk menjemput mereka

7
pulang. Didapati beberapa orang ditutupi dengan kain putih. Penulis mendengar abangnya

memanggil Kalsum. Penulis berasa lega kerana abangnya selamat dan isterinya juga

terselamat. Orang datang dan pergi namun tidak seorang pun dikenali atau mengenali penulis.

Mengingatkan hal itu menyebabkan penulis menangis berharap ibu dan ayahnya datang

segera melihat abang dan Kak Sum yang masih tidak sedarkan diri. Ketika hari makin gelap

ibu dan ayah sampai bersama Tengku Ngah dan isterinya. Ibu teresak-esak menangis melihat

anaknya yang masih tidak sedarkan diri dan penulis turut memeluk ibunya sambil menangis.

Selepas dua hari pulang ke rumah, malam itu abang dan Kak Sum tidur awal.

Kemudian penulis terdengar bunyi tembakan meriam. Bunyi itu tidak tahu datang dari mana

tetapi kedengarannya amat jauh dari kampung. Penulis sekeluarga berkumpul rapat-rapat

mengelilingi orang sakit. Mereka bertegas tidak turun ke tanah mencari perlindungan kerana

tidak sanggup meninggalkan abang dan Kak Sum yang tidak terdaya di bawa mereka

berlindung di kubu. Menjelang pagi, Tengku Ngah dan Ibrahim kempeitai memberitahu kapal

selam dari laut yang menembak Pulau Kambing malam tadi.

Keadaan abang dan Kak Sum beransur baik. Mereka sekarang mula kemaruk makan

dan minum. Bagaimanapun, sesuatu yang menyedihkan pula sakit datuk bertambah buruk.

Ini menyebabkan datuk tidak dapat mengawal diri. Kadang-kadang marah dan berleter kerana

layanan tidak memuaskan. Dia sudah tidak begitu senang lagi dengan nasi campur ubi dan

kadang-kadang sanggup berlapar. Jadi terpaksalah mak mencari beras untuk datuk, abang dan

Kak Sum. Abang menangis terkenangkan kedua belah kakinya yang luka itu kerana dia takut

tidak dapat membuat satu apa kerja pun. Hidup yang nanti dirempuhnya memberi harapan

yang amat tipis baginya. Terdengar suara halus nyaring memanggil Kak Leha di luar rumah.

Nenek perlahan-lahan keluar dan melihat dan terkejut melihat Cik Bedan dan Cik Teh

berkunjung ke rumah dari Besut. Kedatangan mereka mengejutkan dan amat hairan.

Rupanya, ketika mereka mahu belayar ke Kuala Terengganu dari Besut, Mak Teh berasa

8
tidak sedap hati dan tak senang duduk ketika menghantar mereka sebab itulah dia datang

kemari untuk memastikan mereka sampai dengan selamat. Namun hal sebaliknya telah

berlaku.

Sudah lima hari berturut-turut kapal terbang B-26 memuntahkan peluru. Kiralah

betapa sukarnya dan beratnya penderitaan orang kampung. Barang-barang keperluan dan

harian sukar didapati. Masa itu jarang orang dapat menyediakan makanan lebih dari tiga hari.

Di sana sini tersebar berita orang kelaparan dan kebuluran bermaharajalela. Kalau pun ada

barang keperluan dan makanan harian, jumlahnya sedikit benar dan perlu mendapatkannya

dengan harga yang sangat mahal. Nilai mata wang Jepun juga merosot. Dalam serangan lima

hari itu, Pulau Kambing menjadi sasaran. Pada hari pertama serangan, keluarga penulis tidak

turun ke tanah bersembunyi. Orang kampung mula menyedari betapa besar ertinya kubu itu.

Mereka dapat bersembunyi selama dua hingga tiga jam di dalam itu. Hari pertama dan kedua

itu juga, mereka masih tidak terdaya untuk menyediakan nasi untuk abang, Kak Sum dan

datuk. Malah untuk mereka sendiri hanya makan nasi bercampur ubi. Ayah pula jarang-

jarang ada di rumah mencari ikhtiar untuk memperoleh keperluan hidup di luar sana. Identiti

Ibrahim sebagai Kempeitai juga terdedah pada petang itu apabila dia menceritakan tentang

hal-hal peperangan ini.

Selepas lima hari kemudian, suasana kampung kembali tenang. Ramai yang turun ke

laut mencari rezeki. Ayah turut turun ke laut walaupun dihalang oleh mak, Mak Bedah dan

Mak Teh. Namun, ayah tetap perlu ke laut, supaya kami semua tidak kelaparan. Dalam

beberapa hari itu, Tuhan menurunkan rahmat kepada anak-anak laut. Setiap hari hasil

tangkapannya amat lumayan. Kelihatan sebuah kapal kayu Jepun masuk ke Sungai

Terengganu dan berlabuh bersetentang dengan Pangkalan Tambang dan menjadi penunggu

tunggal di tengah-tengah sungai. Pagi itu kabus tebal menyelubungi dan ayah telah turun ke

laut. Hanya ibu seorang yang sempat melihat ayah ke laut. Pukul sepuluh pagi, semboyan

9
berbunyi dan kapa terbang B-29 berlegar di udara. Tengku Ngah memanggil kami untuk

bersembunyi di kubu. Ibu dan Mak Teh mengiringi Kak Sum turun ke kubu. Abang pula

menggunakan tongkat untuk turun ke kubu dan merupakan orang terakhir masuk kek kubu

kerana pergerakannya terbatas. Semasa di dalam kubu semua membaca Fatihah dan

Qulhuwallah. Keadaan di dalam kubu sangat sesak, panas dan sukar untuk bernafas. Hampir

setengah jam mereka berlindung di dalam kubu. Ketika tidak kedengaran lagi kapal terbang

semua orang keluar dari kubu dan mendapati Tengku Ngah dan Ibrahim Kempeitai tiada di

atas. Belum sempat masing-masing menaiki ke rumah. Kapal terbang B-29 datang

menyerang lagi bertempiaran orang ramai masuk semula ke dalam kubu. Masing-masing

tidak berani untuk keluar walaupun keadaan sudah reda. Sehinggalah Tengku Ngah datang

mengarahkan untuk keluar kerana keadaan sudah terkawal. Ayah tidak kelihatan pulang lagi.

Tengku Ngah memberitahu kapal kayu Jepun di sungai yang dibom oleh Jepun. Tengku Ngah

juga memberitahu bahawa ayah tidak kelihatan di sungai. Kami menunggu sabar kepulangan

ayah. Setibanya ayah di rumah di cerita ketika kapal terbang menyerang di laut dan bergegas

pulang kuala. Ketika di muka kuala, kapal terbang menyerang lari menyebabkan dia terjun ke

sungai dan berlindung di bawah rumah orang di Hujung Tanjung. Dan selepas itu ayah berlari

pulang sekuat-kuatnya. Nenek berharap cepatlah Jepun mengaku kalah. Keesokannya

tersebar berita Jepun mengaku kalah dengan tidak bersyarat kepada Pihak Berikat. Hati

berasa gembira menyambut tamatnya perang. Kami cintakan keamanan dan bencikan

peperangan.

10
3.0 PEMIKIRAN DAN HALA TUJU PENULIS

1. Aliran Realisme

Penulis menggunakan aliran realisme. Apa yang diungkapkan oleh penulis adalah hal-hal

yang nyata, yang pernah terjadi, bukan imajinatif belaka. Pemikiran yang hendak

disampaikan oleh penulis adalah kesempitan hidup kaum nelayan di Terengganu semasa

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Penulis mahu menggambarkan kesusahan, kesempitan

dan penderitaan masyarakat yang hidup semasa zaman peperangan. Kesemua jalan cerita di

dalam novel ini adalah pengalaman yang dialami oleh penulis sendiri. Novel Di Bawah

Alunan Ombak menceritakan keperihan hidup semasa zaman peperangan menyebabkan

mereka terputus bekalan makanan dan terpaksa menahan kelaparan sehingga kebulur. Penulis

menterjemahkan peristiwa yang dilaluinya melalui penulisan yang digarap dengan sangat

rapi. Contohnya:

‘Yang ku ketahui dan yang ku ingat ialah bagaimana susahnya mendapat makanan dan
pakaian ketika itu’ muka surat 8

‘Sebilangan besar murid-murid darjah tiga, dan sedikit-sedikit murid darjah empat
mengipas-gipas tubuhnya dengan buku. Dan ada yang langsung membuka baju
mendedahkan tubuh kerana panas. Tulang-tulang dada kelihatan timbul akibat tidak cukup
makan.’ muka surat 9

‘Alangkah terkejutnya, aku dapati nasi panas yang terhidang bukanlah semuanya nasi.
Sebenarnya nasi sudah dicampur ubi kayu yang dipotong halus-halus’ muka surat 49

Apabila pembaca membaca penulisan yang dikarang oleh penulis. Pembaca dapat

menggambarkan keadaan kesusahan ketika itu, dan pembaca turut dapat merasai keperitan

dan kepedihan yang ditanggung oleh penulis.

11
Penulis juga ingin menyampaikan bahawa ketika zaman peperangan itu juga berlaku

penindasan terhadap masyarakat oleh peniaga yang menaikkan harga keperluan harian dan

keperluan makanan. Contohnya:

‘Orang kampung dapat membeli beras daripada Pak Haji Busu dan sekali-skala boleh
berhutang tetapi harus dibayar dalam masa yang sesingkat-singkatnya. Masa membayar dia
sendiri menentukan. Kiranya ada yang lewat, bererti tertutuplah peluang mengambil
berasnya lagi’ muka surat 47

Penindasan juga berlaku dalam masyarakat ketika itu apabila berhadapan dengan

ancaman dan ugutan oleh Kempeitai. Penulis menonjolkan nya pada watak Ibrahim yang

sanggup menjadi tali barut Jepun. Contohnya:

‘ “Ayah si Rafiah diugutnya hendak diadukannya kepada Jepun. Saya tau hal itu masa saya
pulang ke kampung. Sekali-sekali, rasanya, mahu saya mencarinya dan …” Ibrahim tidak
dapat meneruskan kata-katanya. ’ muka surat 63.

2. Tema Yang Diangkat Tentang Kerjasama Antara Masyarakat

Pemilihan tema oleh penulis sangat jelas iaitu kerjasama antara masyarakat. Penulis

mahu mengetengahkan pemikirannya tentang masyarakat yang saling bekerjasama walaupun

dalam keadaan genting. Contohnya pada watak Tengku Ngah seorang yang baik hati,

peramah dan berani. Contohnya:

“Tengku?” Tanya ayah ragu-ragu.

“Ya saya. Abang Man tak turun ke kubu?”

“Tidak. Tak dapat tinggal”, jawab ayah, suaranya sedih. “Jemputlah naik.” muka surat 125

‘ “Keluar! Keluar! Tak ada apa-apa lagi.” Kami kenal suara itu suara Tengku Ngah. Kami
keluar. Tengku Ngah kelihatan lelah, tetapi air mukanya tidak sedikit pun membayangkan
kecemasan dan ketakutan.’ muka surat 164.

Dialog-dialog diatas menunjukkan sikap prihatin Tengku Ngah terhadap jiran-jirannya.

12
Penulis juga ingin menyampaikan pemikiran bahawa kita perlulah membantu mereka

di dalam kesusahan. Contohnya:

‘ “Mendengar katanya itu, cepat-cepat ibu ke dapur dan keluar membawa beras secupak,
Ketika memberikan beras itu kepadanya, Ibu berkata dengan penuh kasihan: “Tak usahlah
digaduhkan membayar beras ini. Kalau tiada diganti pun, terimalah ini pemberian saya.” ’
muka surat 48.

Sifat kerjasama antara masyarakat juga ditimbulkan pada peristiwa jiran tetangga

bertungkus-lumus mengali tanah untuk membuat kubu. Contohnya:

‘Lima atau enam buah rumah berkongsi menggali kubu. Ini bermakna berpuluh-puluh buah
kubu akan tergali di kampungku, seperti suatu tempat pertahanan tentera layaknya nanti.’
muka surat 22.

Bukan sahaja orang lelaki bekerjasama dalam menyiapkan kubu pertahanan tetapi

orang perempuan juga sibuk menyiapkan makanan untuk dimakan bersama selepas penat

menggali tanah. Contohnya:

‘Air kopi gula kelapa dan ubi kayu yang diracik halus-halus bercampur kelapa parut sedia
terhidang. Makanan itu disediakan oleh jiran-jiran perempuan.’ muka surat 24

Akhir sekali, penulis ingin menyentuh kehidupan masyarakat yang saling bantu-

membantu orang yang mengalami kecelakaan. Contohnya:

‘Tuan rumah lalu menceritakan kepada ayah dengan jelas bagaimana kami diselamatkan.
Dia dengan perasaan sedih, berlinang-linang air matanya menceritakan bahawa perahu
kami tenggelam sebaik sahaja sampai ke pantai. Orang kampung sebenarnya sudah siap
menanti di pantai sejak melihat perahu kami datang dengan tidak berketentuan arah. Dalam
kecemasan dan dengan segala tenaga yang ada, kami diselamatkan dari mati lemas’ muka
surat 116.

Penulis juga ingin menunjukkan kecekalan seorang ayah yang sanggup meredah

ancaman untuk mencari makanan supaya keluarganya tidak berlapar. Contohnya:

13
‘Dalam segala hal ini, ayah bertanggungjawab. Dialah yang menyara kehidupan kami
semuanya. Segala kesusahan yang ditanggungnya hampir tidak pernah diperlihatkannya
kepada sesiapa pun. Berdaya upaya dia berusaha semata-mata untuk kesenangan kami.
Jarang-jarang dia duduk di rumah, kecuali kami memerlukannya. Di luar rumah dia
berikhtiar memperoleh segala keperluan hidup.’ muka surat 149.

Pemikiran yang ingin disampaikan adalah kehidupan masyarakat nelayan yang

dihimpit dengan peperangan menyebabkan penderitaan dalam kehidupan. Seterusnya,

walaupun diuji dengan dugaan sebegitu mereka tetap memikirkan jiran tetangga dan saling

bekerjasama antara satu sama lain. Mereka juga tidak lupa tanggungjawab sebagai ketua

keluarga dalam menyediakan keperluan untuk keselesaan hidup.

3. Gaya Bahasa

Karya sastera bermazhab realisme sentiasa menggunakan gaya bahasa yang realis,

tidak menonjolkan gaya bahasa yang mengagungkan keindahan dan perasaan. Bahasa

disusun mengalir apa adanya, tidak seperti dalam romantik yang mengagungkan perasaan

melalui diksi dan gaya bahasa. Begitu juga gaya bahasa yang digunakan A. Rashid Ngah

dalam novel ini. Dalam novel ini, gaya bahasa dan diksi disusun seperti mengalir apa adanya,

tanpa menonjolkan hal-hal yang bersifat puitis. Dengan demikian, tidak diperlukan

kefokusan yang ekstra pada pembaca ketika membacanya untuk dapat memahami apa yang

dituliskan.

Gaya bahasa realis boleh dilihat pada petikan tersebut:

‘Di rumah sunyi dan lengang. Rumahku dan rumah jiran berkunci. Kemudian aku teringat
kubu yang baharu digali, lalu mataku melirik kearahnya. Sedihnya ; kubu belum siap lagi,
pasir merah tetap merah. Mataku beralih ke bawah pokok sena. Di situ terletak piring,
cawan dan tempat rokok daun. Cangkul dan penggali tersandar di pangkal pokok itu. Piring,
cawan dan tempat rokok itu kelihatan tenang tetapi manusia takut dan bimbang. Mereka

14
dikejar-kejar oleh bayang kapal terbang yang sekejap lagi akan sampai dan memuntahkan
peluru yang tidak mengenal kasihan.’ muka surat 40.

Nampaklah dalam petikan di atas, bahawa gaya bahasa dalam novel ini tidak
mempunyai makna tersirat. Pembaca akan dengan sangat mudah memahami isi cerita
tersebut. Hal inilah antara salah satu ciri realis yang terkandung dalam novel ini, kerana
seperti yang diketahui, dalam realisme gaya bahasa yang digunakan kadang kala diksi yang
menonjolkan unsur-unsur puitis jarang digunakan.

4. Pengaruh Teks Kepada Persekitaran

Teks yang digunakan akan mempengaruhi persekitaran. Masyarakat akan sedar

bahawa peperangan hanya membawa kepada penyeksaan, kepedihan dan penderitaan hidup

kepada rakyat. Memetik kata-kata pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka ketika itu iaitu Syed

Nasri bin Ismail, “Dan yang mustahak sekali buku ini menanamkan benih kebencian

terhadap perang, di samping menyuburkan bibit keberanian dan ketabahan dalam dada

anak-anak.” Belum banyak pengalaman-pengalaman penderitaan dikisahkan secara

mendalam oleh penulis-penulis novel dan belum pula banyak diceritakan dengan cara yang

menarik hati serta memberikan gambaran yang sesuai untuk bacaan pelajar yang sedang

meningkat umur belajar berfikir.

Jalan ceritanya memang mudah tetapi sarat dengan gambaran pengalaman penderitaan

hidup pada zaman Pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Pengalaman-pengalaman dalam

masa pendudukan Pemerintahan Tentera Jepun di tanah air kita waktu Perang Dunia 2 dahulu

adalah pengalaman yang luar biasa. Luar biasa dari segi penderitaan hidup dan luar biasa dari

segi jiwa dan rohani setiap orang yang hidup waktu itu.

15
4.0 KESESUAIAN TEKS KEPADA MASYARAKAT UMUM, PELAJAR DAN

FALSAFAH PENDIDIKAN

1. Kesesuaian Teks Kepada Masyarakat Umum, Pelajar

Penulis berjaya menghasilkan sebuah novel dengan pemilihan kata yang mudah di

fahami oleh semua lapisan umur dan masyarakat. Penulis berfikir melalui perbandingan dan

ibarat yang menjadi perencah kepada pemantapan bahasa dan kematangan berfikir.

Penggunaan kata ibarat ini memudahkan pembaca menggambarkan perilaku dan peristiwa

yang berlaku. Contohnya:

‘Dengan tidak payah disuruh arah lagi, mereka telah melarikan diri seperti anak ayam
ketakutan helang.’ muka surat 10.

‘Mereka duduk rapat-rapat seperti anak ayam di bawah sayap ibunya. Abang ku tegak
berdiri seperti patung, …’ muka surat 11.

‘Abang menurut dan patuh seperti seekor kuda sarkas melakukan setiap arahan gembala
nya.’ muka surat 23

Seterusnya, penulis juga menggunakan unsur alam yang diulas dengan rapi supaya

pembaca dapat mengimaginasikan suasana. Contohnya:

‘Perahu kami belayar dengan lajunya mengharungi Laut China Selatan, terumbang-ambing
dipukul ombak. Panas matahari seperti membakar kulit kami, tetapi angin laut melembutkan
panas terik itu. Sekarang kelihatan laut semata, kiri kanan kaki langit menyerkup. Dalam
hatiku terasa sepi, ada kalanya terasa takut dan ngeri.’ muka surat 98.

Penulis juga menggunakan teknik imbas kembali pada bab 1 supaya terdapat

kesinambungan di antara sesebuah penceritaan. Contohnya:

‘Tiga belas tahun dahulu.

Ketika itu zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu, aku masih bersekolah di dalam darjah
lima.’ muka surat 8.

16
Penulis menggunakan dialog yang pendek supaya perkara yang ingin disampaikan

mudah difahami oleh pembaca. Contohnya:

‘Melihat hal itu kakak bertanya : “Sudah makan, Mal?”

“Sudah,” jawab abang.

“Di mana engkau makan?” tanya ibu tidak senang hati dengan jawapan itu.

“Di rumah kawan di Losong tadi.” ’ muka surat 52.

Akhir sekali penulis menggunakan laras bahasa yang bersesuaian untuk semua lapisan

umur. Laras bahasa secara kasarnya dapat dikaitkan dengan penggunaan bahasa penyampaian

yang bersesuaian dengan bidang dan situasi bahasa atau konteks pengucapan. Laras ialah

bentuk bahasa yang wujud akibat situasi sosial berlainan merujuk kepada cara penggunaan

sesuatu bahasa dan variasi bahasa mengikut bidang dan situasi seseorang penutur sewaktu

berbahasa, sama ada secara lisan atau tulisan.

Penggunaan laras bahasa ditentukan oleh dua faktor. Pertama, situasi luaran

berdasarkan latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa. Kedua, situasi

persekitaran berdasarkan aspek-aspek yang terlibat dalam penggunaan bahasa mengikut

empat faktor iaitu cara penyampaian (lisan, bertulis, bahasa isyarat dan sebagainya),

hubungan sosial dan peribadi antara pengguna bahasa, bahan yang diperkatakan dan fungsi-

fungsi sosial perlakuan bahasa (rasmi/ tidak rasmi).

Laras bahasa yang digunakan laras bahasa sastera/kreatif. Bentuk bahasa yang terhasil

daripada cetusan imaginasi dan pengalaman penulis. Laras bersifat imaginatif dan figuratif.

Mementingkan pemilihan diksi yang berkesan. Istilah-istilah khusus yang berkaitan dengan

sastera. Bahasa yang indah dan puitis.

17
2. Kesesuaian Teks Kepada Falsafah Pendidikan

“ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.”

Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara di atas. Pemilihan teks di dalam novel ini

adalah untuk mengharmonikan teks ini untuk santapan jiwa. Melalui pembacaan novel ini

para pelajar dapat meningkatkan intelek mereka melalui daya pemikiran yang logik dan

analitis, pelajar akan menanam sifat-sifat rohani dan juga melahirkan emosi melalui

pembacaannya dengan menghayati nilai-nilai murni dan norma masyarakat dan menggunakan

jasmani dengan menggunakan anggota dan tenaga fizikal sendiri untuk berdikari dan hidup

bermasyarakat. Bakat-bakat ini perlu dicungkil, diperkembangkan dan dipertingkatkan secara

berterusan.

Yang paling utama adalah keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Melalui pembacaan novel ini terdapat banyak nilai dan pengajaran yang ingin diterapkan.

Masyarakat Malaysia yang mengamalkan sikap toleransi di antara satu sama lain,

bekerjasama, hormat-menghormati dan mencapai perpaduan kaum. Dengan adanya

perpaduan muncul keadaan yang aman, tenteram dan stabil. Suasana yang sihat dan positif

membantu dan menjamin perkembangan ekonomi dan kemajuan di dalam semua bidang

kehidupan.

18
5.0 RUMUSAN

Melalui pengamatan saya, sesebuah karya itu dihasilkan mempunyai matlamat dan

tujuan penulisannya. Matlamat penulis adalah untuk menanam nilai-nilai yang positif di

dalam masyarakat dan menjadikan pengajaran yang terdapat di dalam karya sebagai

sempadan untuk kemajuan hidup.

Sesungguhnya pemikiran yang cuba disampaikan oleh penulis adalah norma-norma

yang berlaku dalam masyarakat sebenar yang tidak nampak oleh mata kasar manusia. Tetapi

selepas diselami dengan hati nurani. Barulah pembaca dapat melihat apa yang disampaikan

oleh penulis.

Seterusnya, pemilihan kata atau teks dalam penghasilan penulisan perlu sesuai dengan

peringkat umur yang disasarkan. Bahasa yang digunakan mestilah kemas supaya difahami.

Hal ini kerana sekiranya teks itu terlampau panjang akan menyebabkan pembaca hilang fokus

dan tidak memahami maksud yang ingin disampaikan. Perlulah bermain dengan kata-kata

atau gaya bahasa sebagai penambah perisa dalam penulisan agar pembaca dapat berimaginasi

dan mengagak situasi atau peristiwa yang ingin disampaikan.

Akhir sekali, penulisan kreatif memerlukan seseorang itu meletakkan daya intelek

yang tinggi supaya dapat menjelmakan pemikiran yang teguh dalam penghasilan sesebuah

cerita. Juga, perlu kaya dengan kosa kata agar dapat mencipta ayat yang puitis dan

melahirkan emosi pada pembaca. Penulisan yang terkesan di hati, menyentuh perasaan dan

berkualiti akan diingati sepanjang zaman.

19
RUJUKAN

A. Rashid Ngah. (1992). Di Bawah Alunan Ombak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Baharudin Zainal, Safian Hussain, Sarah Sadon & A. M. Thani. (2005). Wajah: Biografi
Penulis (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Guru Bahasa Melayu. (2009). Laras Bahasa Melayu. Daripada laman web
http://gurubahasamelayu.blogspot.com/2009/07/laras-bahasa-melayu.html?m=1

Maryam. (2012). Di-Bawah Alunan Ombak, A.Rashid Bin Ngah. Daripada laman web
http://thatwrongroad.blogspot.com/2019/01/di-bawah-alunan-ombak-arashid-bin-
ngah.html?m=1

Online Library Computer Centre. (n.d). A. Rashid Ngah (Abdul Rashid Ngah) 1937-.
Daripada laman http://worldcat.org/identities/lccn-n86064085/

20
LAMPIRAN

Muka depan Novel Di bawah Alunan Ombak

Dato’ Haji Abdul Rashid Ngah 3 dari kiri

21

You might also like