You are on page 1of 6

LATAR BELAKANG TOKOH Ishak Haji Muhammad menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Tengah, Temerloh dalam

tahun 1919 sebelum melanjutkan pelajaran di Sekolah Inggeris Clifford di Kuala Lipis dari tahun 1924 1928. Beliau lulus Sijil Persekolahan Cambridge dalam tahun 1929 di Sekolah Inggeris Raub.

Pada tahun 1930, beliau melanjutkan pelajarannya di Maktab Melayu, Kuala Kangsar untuk berlatih menjadi pegawai tadbir Melayu (Malay Administrative Service). Pada tahun 1931, beliau bertugas sebagai pegawai dalam latihan selama setahun di Pejabat Daerah Temerloh sebelum ditukarkan ke Pejabat Daerah Bentong sebagai Timbalan Penolong Pegawai Daerah pada tahun berikutnya. Dengan itu beliau dilantik sebagai Majistret Kelas III dan pemungut hasil tanah. Setelah berkhidmat selama tiga bulan di Bentong, beliau telah ditukarkan ke Daerah Kecil Rembau, Negeri Sembilan. Kira-kira setahun setengah kemudian, beliau ditukarkan pula ke Kuala Lumpur sebagai Majistret Kelas III sehinggalah beliau meletakkan jawatan tersebut pada tahun 1935.

Selepas bebas daripada jawatan kerajaan, Ishak menjadi guru bahasa Melayu kepada pegawai-pegawai Inggeris di Polis Depot dan kemudian beliau mengembara ke seluruh tanah air selama tiga tahun. Sewaktu menjelajah tanah air inilah beliau mula menceburkan diri dalam bidang penulisan. Pada tahun 1937, Ishak mula bertugas dengan Warta Malaya, di Singapura sebagai pengarang dan penterjemahan. Dari situ beliau terus meningkatkan kegiatannya dalam bidang penulisan. Pada tahun inilah beliau menghasilkan novel sulungnya yang berjudul Putera Gunung Tahanyang dicetak oleh Jamaliah Press, Muar pada tahun 1938.

Ishak Haji Muhammad ialah orang pertama yang bercita-cita menerbitkan akhbar Utusan Melayu dan seterusnya menjadi pengasas penerbitan akhbar tersebut. Beliau berhenti dari Warta Malaya pada 1 April 1939 lalu menjelajah ke negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu untuk memberi penerangan kepada masyarakat tentang cita-cita beliau untuk menerbitkan sebuah akhbar kebangsaan. Usahanya ini telah mendapat sokongan dan dukungan yang hangat daripada masyarakat dan pada 29 Mei 1939, lahirlah akhbar Utusan Melayu.

Muhammad Haji Ishak adalah antara penulis sebelum Perang Dunia Kedua. Beliau menghasilkan novel, cerpen, esei, dan memoir. Beliau menghabiskan seluruh usianya sebagai penulis rencana Utusan Melayu di Kuala Lumpur. Ishak Haji Muhammad terkenal dengan nama samarannya seperti Pak Sako, Hantu Raya, Isako San dan Pak Pandir Moden. Beliau merupakan tokoh wartawan negara dan pejuang sastera.

Pada tahun 1941, Ishak yang terlibat dengan Kesatuan Melayu Muda(KMM) telah ditangkap oleh pihak British dan dibebaskan apabila Jepun berjaya menakluk Singapura pada tahun yang sama. Beliau kemudian menjadi Ketua Pengarang Berita Malai di samping turut menyumbangkan rencana dan cerpen dalam Semangat Asia dan Fajar Asia.

Ishak menjadi semakin aktif dalam arena politik dan bidang kewartawanan sesudah tamat perang. Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945 pernah menerima Ishak sebagai salah seorang anggota pucuk pimpinannya. Apabila darurat diisytiharkan pada tahun 1948, kegiatan Ishak dianggap membahayakan keselamatan negara lalu beliau ditangkap sekali lagi dan

ditahan di Penjara Pudu, Kuala Lumpur. Dari Penjara Pudu, Ishak dipindahkan ke beberapa buah khemah tahanan lain. Ishak kemudiannya telah dibebaskan tanpa syarat dalam bulan Mei 1953.

Setelah bebas dari tahanan, Ishak bertugas di Malayan Film Unit (MFU) di Kuala Lumpur sebagai penulis skrip hingga bulan Disember 1955. Mulai 6 Mac 1958, Ishak dilantik sebagai Ketua Pengarang Semenanjung di Singapura. Walau bagaimanapun minatnya terhadap politik tanah air tidak pernah malap terutama apabila beliau dilantik mengetuai Parti Buruh Malaya dan Socialist

Front. Dalam pilihan raya umum 1959, Ishak bertanding bagi kawasan Bukit Bintang pada tahun 1964 tetapi gagal untuk memenangi sebarang kerusi.

Sewaktu tercetusnya konfrontasi antara Malaysia dengan Indonesia pada tahun 1965, Ishak telah ditahan sekali lagi. Selepas dibebaskan pada tahun 1966, beliau kembali bergiat dalam bidang penulisan. Ishak kemudiannya ditawarkan bertugas dengan Utusan Melayu sebagai penulis khas. Tulisannya yang amat popular ialah Kenangan Hidup Pak Sako yang disiarkan secara bersiri dalam Mingguan Malaysia, dan ruangan Di Simpang Jalan dengan menggunakan nama Pak Pandir Moden. Beliau juga pernah menjadi penulis ruangan pojok Pepatah Petitih dalam majalah Gila-gila.

Latar Belakang Keris Mas Kamaludin Muhamad, atau lebih dikenali sebagai Keris Mas ,adalah salah seorang sasterawan negara yang tersohor.Beliau dilahirkan di Bentong, Pahang pada 10 Jun 1922 dan menerima pendidikan di Sekolah Melayu Bentong; Tawalih School, Sumatera; Kolej Kulliahtul Muallimin Al-Islamiah, Sumatera; dan Pitman College,

Singapura. Pujangga ini pernah berkhidmat di akhbar Melayu Raya dan Warta Negara sebelum berpindah ke Utusan Melayu. Beliau pernah juga berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka sehinggalah bersara pada tahun 1977.

Keris Mas dalam berkarya telah menghasilkan 60 buah cerpen dengan cerpen sulungnya berjudul Wasiat Orang Bangsawan, tersiar di majalah Suluh Malaya (1946). Semua cerpen-cepennya terkumpul dalam antologi cerpen: Mekar dan Segar (1959), Dua Zaman (1963), Patah Tumbuh (1963) dan Pertentangan (1968).Antara novel penghasilan Keris Mas ialah Pahlawan Rimba Malaya (1946), Korban Kesuciannya (1949), Anak Titiwangsa (1967), Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur (1983) dan Rimba Harapan (1985)

Keris Mas atau Kamaludin Muhamad kembali kepada yang Maha Kuasa pada 9 Mac 1992. Perjalanan Keris Mas sebagai sasterawan dapat didasarkan pada empat anjakan kepengarangan. Pertama peringkat kehadiran diri, iaitu antara 1946 hingga 1950. Dalam era ini banyak cerita berputar sekitar soal cinta yang menunjukkan tendensi zaman yang romantis. Zaman permulaan ini, adalah dalam proses pencarian subjek dan diri. Seperti juga anak-anak muda yang lainnya, memiliki serangkaian kisah cinta, K eris Mas juga terdorong menghasilkan teks-teks percintaan. Malah tematik dan subjektiviti cerpen Melayu dewasa itu, menjadikan cinta sebagai persoalan perdana. Ini bererti aroma romantisisme kuat menguasai pencerpenan Melayu.

Kedua, peringkat perlanggaran dan pengukuhan antara 1950 hingga 1957, iaitu konteks membina kekhasan diri. Ini memperlihatkan zaman prolifik dalam pembaharuan dan pematangnya. Peringkat ini menyaksikan diri Keris Mas sebagai cerpenis.

Ketiga, zaman pascamerdeka, Keris Mas mula kurang berkarya, tetapi ia sudah mempunyai kepengarangan yang idealistik dan memiliki individualisme. Karyakarya yang dihasilkan mantap dan kuat. Pada waktu ini, ia banyak terlibat dalam pengurusan seperti urusan Dewan Bahasa dan Pustaka dan mengurus beberapa hadiah sastera tanah air.

Keempat, peringkat selepas persaraan. Keris Mas pernah bertugas sebagai Karyawan Tamu di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nama sebenar A. Samad Said ialah Abdul Samad Muhammad Said. Beliau dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian

Tunggal Melaka. A. Samad Said memperoleh pendidikan awal di Sekolah Melayu Kota Raja sehingga lulus darjah IV (1940-1946). Kemudian beliau meneruskan pengajian dalam kelas petang di sekolah Inggeris iaitu Victoria Institution di Singapura hingga memperoleh sijil Senior Cambridge pada tahun 1956. Pengalaman kerjaya A. Samad Said bermula sebagai kerani di Hospital Umum Singapura sebelum menjadi wartawan setelah lulus Senior Cambridge pada tahun 1956. Beliau juga pernah The menjadi Straits pengarang ketua di Utusan pengarang

Melayu, Berita Harian ,Kumpulan

Times dan

akhbar Warta Tebrau. Semasa menjadi pengarang Berita Harian, beliau pernah menyertai kursus korporat di Ashridge Management College, England. Jawatan terakhir A. Samad Said ialah sebagai ketua pengembangan sastera

dalam Kumpulan Akhbar The New Straits Times, Kuala Lumpur. Kini, A. Samad Said menjadi penulis sepenuh masa yang aktif berkarya.

Sejak di bangku sekolah lagi, minatnya terhadap sastera mula berputik apabila beliau berjinak membaca karya sastera dalam dan luar negara seperti karya Ajip Rosidi, Rendra, Pramoedya, Achdiat, Hamzah dan Wijaya Mala. Beliau juga membaca karyakarya terkenal barat seperti Oliver Twist, Wuthering Height danAlmayers Folly. Novel-novel dari penulis tempatan juga turut mendapat perhatian beliau seperti Cinta Gadis Rimba, Balik Dari Medan Perjuangan , Dayang Fatimah, dan Rumah Itu Duniaku. Minat dan kegemaran A. Samad Said dalam pembacaan karya-karya sastera tidak pernah luntur dan berkurangan. Penglibatan A. Samad Said dalam bidang penulisan bermula dengan karya-karyanya yang dihantar ke majalah remaja. Cerpennya yang pertama Hari Ini Hari Gembira disiarkan dalam Mingguan Suasana, 8 Oktober 1954. Bermula detik persekolahan hingga kini, A. Samad Said tidak pernah jemu menghasilkan puluhan karya dalam genre novel, puisi, drama, cerpen, dan esei untuk mewarnakan dunia sastera di persada tanah air dan antarabangsa. Antara karya besar yang dihasilkan ialah Salina ( novel ), Al-Amin ( puisi ), Hati MudaBulan Muda ( cerpen ), Lantai T Pinkie ( drama ), Antara Bulan dan Wira ( esei ),Warkah Eropah ( warkah ). Dalam bidang penulisan, A. Samad Said juga menggunakan nama pena seperti Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra, dan Shamsir.

You might also like