You are on page 1of 2

Baca dengan jelas dengan intonasi yang betul. Kemudian jawab soalan yang diberikan secara spontan.

KENALI SATSTERAWAN NEGARA.

Sasterawan Negara Malaysia merupakan anugerah yang diberikan kepada mereka yang menyumbang
dalam bidang sastera bahasa Melayu di Malaysia. Anugerah Sastera Negara yang pertama diadakan pada
tahun 1981 hasil gesaan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Hussein Onn yang menginginkan sebuah
hadiah sastera yang berprestij demi mengangkat martabat sastera di negara kita. Anugerah Sastera
Negara dipilih oleh Urusetia Panel Anugerah Sastera Negara yang ditunjangi oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka, di bawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Menurut Kamus Dewan Bahasa, sasterawan memberi makna:


(1) orang yg menghasilkan karya sastera; pengarang; pujangga; ahli sastera.
(2) orang yang ahli tentang sastera.
(3) (3) orang yang cerdik pandai.

Keris Mas

Jika disebut Kamaluddin Muhamad, mungkin ramai tidak mengenali beliau. Hakikatnya, beliaulah yang
digelar Keris Mas. Beliau merupakan seorang wartawan, editor, pengkritik dan sasterawan yang memberi
impak besar kepada masyarakat dengan karyanya yang berkisarkan isu masyarakat seperti Anak
Titiwangsa dan Dua Zaman. Dalam karier kewartawanan, beliau bertugas di akhbar Melayu Raya dan
Warta Negara sebelum berpindah ke Utusan Melayu di Singapura. Kemudian, beliau berpindah ke Dewan
Bahasa dan Pustaka sebelum bersara pada tahun 1977. Hasil daripada kerja kerasnya, beliau diangkat
sebagai Sasterawan Negara pada tahun 1981 dan menjadi penerima pertama dalam anugerah tersebut.
Kini, namanya terus diabadikan seperti Kolej Keris Mas di UKM.

Usman Awang

“Kalau tak berani, tak payah jadi penulis”, kata-kata ini menjadikan dirinya lebih bersemangat dalam
memperjuangkan seni Bahasa Melayu. Nama Usman Awang memang tidak perlu diperkenalkan lagi.
Beliau sememangnya lagenda penulisan negara yang berani untuk mengkritik status Bahasa Melayu
melalui karyanya. Bermula sebagai anggota polis kemudian mula menulis untuk Mingguan Melayu
sehingga bersara pada tahun 1985 setelah bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka. Dalam karyanya,
beliau menggunakan nama Tongkat Warrant untuk menyembunyikan identitinya. Antara karyanya yang
popular seperti Kurang Ajar, Ke Makam Bonda, dan Pak Utih. Beliau diangkat sebagai Sasterawan Negara
pada tahun 1983. Kini, namanya masih ada di Malaysia seperti SK Dato Usman Awang di Johor.
A. Samad Said

Mempunyai sifat ketegasan yang sama dengan seperti sasterawan, Usman Awang dalam kritikan dan
pandangan melalui karyanya yang mempunyai banyak nilai yang tersirat seperti naskah Salina. Walaupun
perjalanan hidupnya masih berkontroversi, namun semangatnya sebagai seorang pengarang haruslah
dicontohi lebih-lebih lagi untuk menggerakkan ASAS 50 bagi menekankan nilai kesusasteraan. Hasil
daripada kerja kerasnya, beliau dianugerahkan Sasterawan Negara pada tahun 1985 dan Sasterawan
Nusantara pada tahun 1999.

Muhammad Haji Salleh

Sebagai seorang ahli akademik, beliau memfokuskan ilmu dalam membentuk masyarakat. Beliau komited
untuk membawa sastera Melayu ke benua luar daripada Asia Tenggara. Beliau juga telah menjadi
pencetus kepada penubuhan Universiti Islam Riau dan Universiti Jambi sebagai pusat kajian Melayu.
Antara teks sastera klasik yang dikajinya ialah Hikayat Isma Yatim dan Hikayat Hang Tuah. Karya-karya ini
telah diterjemah ke dalam 12 bahasa termasuk bahasa Denmark dan Itali. Beliau telah dianugerahkan
Sasterawan Negara pada tahun 1991.

Zurinah Hassan

Dilahirkan di Alor Setar, Kedah, karya yang beliau hasilkan lebih bersifat neutral dengan banyak
memasukkan elemen tempat supaya isi yang disampaikan santai dan tidak berat seperti Tanjung Dawai
dan Pantai Remis. Karya-karyanya juga telah diterjemah ke dalam bahasa Rusia seperti Kota Melaka dan
Catatan Untuk Suami. Pada tahun 2015, beliau mencipta sejarah apabila menjadi wanita pertama
dianugerahkan Sasterawan Negara setelah penilaian terhadap karya dan impaknya dalam penyebaran
ilmu sebagai seorang penyair.

You might also like