You are on page 1of 4

JENDELA MENHADAP JALAN

DARIPADA PELAJAR CEMERLANG


SINOPSIS

Kak Mimah bersetuju membantu Lili untuk menyelesaikan


masalah keluarga yang dihadapi oleh Che Jah, yang akan
diletakkan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. Kak
Mimah akan balik ke Kuala Lumpur dan akan membuat laporan
berkaitan dengan kes tersebut dan Lili akan menjadi saksi.
Danel datang ke rumah ketika datuk dan nenek tiada di rumah.
Lili bersembang dengan Danel hanya di pangkin sambil
membincangkan pembinaan masjid dan merancang untuk
mengadakan pertemuan dengan penduduk-penduduk kampung.
SINOPSIS

Novel ini dimulakan dengan kisah Lili yang berat hati untuk pulang bercuti ke kampung datuk dan nenek
kerana mahu memanfaatkan cuti sekolah terakhirnya bersama rakan-rakan. tetapi demi menjaga hati
ibunya, Lili akur dan pulang ke kampung. Dalam perjalanan pulang ke kampung, Lili bertemu dengan
Geetha dan Danel di dalam bas. Tanpa sedar, mereka berkongsi kisah-kisah kehidupan penduduk
kampung kepada Lili. Datuk Lili enggan menjawab pertanyaan Lili berkenaan corak dan binaan jendela
kampungnya. Lili mula tertarik dengan suasana kampung yang bertentangan dengan gaya hidup di bandar.
Datuk Lili merupakan pengamal rawatan tradisional telah memanjangkan pertemuan Lili dengan Danel
dan Geetha. Ibu Geetha dan Bapa Danel telah lama menggunakan khidmat datuk Lili. Sejak hari pertama
tiba di kampung, Lili disambut dengan isu memasang kubah surau dan pembinaan masjid dalam kalangan
penduduk kampung. Lili juga mendengar tentang isu anak-anak Che Jah yang terlibat dengan penyalah
gunaan dadah serta gemar mencuri. Lili memikirkan tentang masalah yang dihadapi Kampung Sentosa
dan menyuarakannya kepada nenek tetapi neneknya selalau meminta agar jangan masuk campur hal-hal
orang dewasa.
PENGAJARAN

1) Kita seharusnya taat dan mendengar nasihat daripada ibu dan bapa kita : Lili yang
akur dengan suruhan ibunya untuk pulang bercuti ke kampung mereka di DUngun,
Terengganu 2) Kita mestilah prihatin dengan masalah yang melanda ahli keluarga dan
juga masyarakat : Lili yang prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh Che Jah dan
membantunya dengan pertolongan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat 3) Kita
perlu bertindak berani dalam menghadapi cabaran hidup : Danel memberanikan diri
untuk menyelamatkan Lili yang diculik oleh Haziq dan Rafiq.

You might also like