You are on page 1of 9

NOVEL SILIR DAKSINA BAB 14: MENCARI KESERASIAN

YA ALLAH YA RABBI...AMPUNKAN DOSA KAMI

BAB 14: MENCARI KESERASIAN

SINOPSIS

Sejak kebelakangan ni, Haikal semakin sibuk dan sentiasa menghabiskan masa di balai raya. Haikal
meninjau persiapan di balai raya selepas solat isyak. Pentas telah dibina. Ada penduduk kampung

yang hadir menonton latihan zapin. Golongan veteran, Pak Cik Bakar, Haji Salim Wak Arif Pak Cik Tasrif
dan Haji Leman semuanya telah dimamah usia tetapi masih bertenaga bermain alat muzik

zapin. Tauke Ong juga turut bergoyang-goyang kakinya mengikut alunan muzik zapin. Akhirnya Haikal
akur dengan desakan Pak Cik Bakar danTauke Ong untuk sama-sama menari tarian zapin. Namun begitu
Wak Arif sedih kerana anak-anak muda kampung itu masih tidak menunjukkan minat kecuali Lazim yang
pandai menari Zapin.

Akan tetapi, Lazim tidak dapat hadir kerana berkerja syif malam. Haji Salim memberi jaminan

Lazim akan ikut serta pada minggu hadapan kerana pada minggu itu dia berkerja syif malam.

Haikal cuba menolak ajakan Pak Cik Bakar kerana tidak tahu menari zapin tapi akhirnya akur apabila Pak
Cik Bakar, Wak Parmin, Abang Ramlan dan Wak Seman bersungguh-sungguh mahu mengajarnya. Semasa
latihan Tauke Ong tekun memerhati Haikal menari lalu

tersenyum seperti ada menyimpan sesuatu rahsia. Selesai latihan, Haikal diajar secara teori tarian

zapin ketika berehat di warung Wak Min. Tarian yang memenatkan bagi Haikal. Haikal mula berasa

seronok berada di tengah-tengah kumpulan zapin itu dan menunggu Lazim untuk turut serta. Namun
jiwa Haikal tersentuh

kerana anak-anak muda kampung tidak menunjukkan minat terhadap seni ini. Haikal berasa jika hal ini
berterusan, seni zapin jincat akan pupus. Haikal meluahkan kebimbangan kepada Pak Cik Bakar. Bagi Pak
Cik Bakar, semuanya kerana tiada minat sedangkan zapin dan kompang ialah warisan budaya. Anak-anak
muda kampung patut berasa bertanggungjawab mewarisinya turun-temurun.
Bagi Haikal, dia amat suka tinggal di Kampung Seri Purnama yang kaya dengan kebudayaan. Mungkin
itulah sebabnya arwah ayahnya sanggup pulang dan tinggal di kampung itu. Bagi Pak Cik Bakar

pula, arwah ayah Haikal seorang yang kuat keinginan dan luar biasa orangnya. Arwah ayahnya sanggup
berpisah dengan uminya hanya kerana kecintaan yang terlalu dalam terhadap kebudayaan yang

ada di Kampung Seri Purnama. Dia tidak mahu tarian zapin jincat lenyap begitu sahaja. Haikal

berasa jiwa orang seni sememangnya halus.

Pak Cik Bakar cuba menangkap punca sebenar Haikal kembali ke Kampung Seri Purnama ialah

kerana manuskrip yang diterimanya. Maka, isi manuskrip terakhir karangan arwah ayahnya yang

belum selesai diceritakan kepada Pak Cik Bakar. Watak-watak dalam manuskrip seperti Ai Ling, Tauke
Lim, Abang Bakir, Pak Haji Salam, Roslan, Ramli

diceritakan kepada Pak Cik Bakar. Ai Ling digambarkan pandai menari zapin. Haikal berasa sangsi

sama ada Ai Ling ialah Swee Hwa anak Tauke Ong yang menari zapin. Lalu Pak Cik Bakar menasihati
Haikal berusaha mengenali Swe Hwa bagi mencari rahsia di sebalik manuskrip itu. Namun, Haikal kurang
pasti cara untuk memenuhi saranan Pak Cik Bakar kerana sedar akan

kampung itu penuh dengan adat dan kebudayaan yang perlu dihormati. Jangan hanya kerana dia anak
Abdullah Kayan, dia boleh berbuat sesuka hati. Kepercayaan penduduk kampung perlu dijaga.

Pujian Tauke Ong bahawa Haikal pandai menarikan tarian zapin amat mengejutkan Haikal. Haikal

berasa langkahnya masih sumbang berbanding Lazim yang masih boleh menangkap gerak zapin

walaupun sudah lama tidak menari. Terasa malu apabila menjadi tumpuan semasa latihan tarian zapin.

Haikal mula melihat sambutan anak-anak muda dengan aktiviti yang dirancang. Beberapa orang anak
muda mulai hadir menonton latihan yang bagi Haikal sudah cukup sebagai sokongan kepada kumpulan
Zapin D’Purnama. Termasuklah

Swee Hwa, Puan Khei dan Tauke Ong. Haikal sedar Swee Hwa sentiasa memerhati dirinya semasa

dia berlatih menari.

Haikal sentiasa sentiasa ditunjukajarkan oleh Lazim tentang rentak tarian zapin jincat. Lazim
memang penari zapin jincat yang hebat. Haikal berasa beberapa anak muda kampung perlu dilatih

bermain muzik untuk digandingkan dengan Lazim agar zapin jincat tidak terkubur.

Haikal sering tidur agak lewat sejak malam kebelakangan. Adakalanya mencecah subuh matanya

masih segar. Ingatannya merewang-rewang mengingati kata-kata Lazim dan Pak Cik Bakar. Ingatannya
merewang-rewang pada jalan cerita manuskrip arwah ayahnya, bagaikan ada sinkronisasi dengan realiti
yang

dihadapinya. Haikal sedar dia mesti mendekati Swee Hwa dan tidak boleh

menyia-siakan peluang yang ada itu. Benarkah Ai Ling itu Swee Hwa? Benarkah Swee Hwa pandai
menari

zapin seperti yang digambarkan di dalam manuskrip? Tetapi mengapa Swee Hwa tidak mahu

menunjukkan bakatnya sebaliknya hanya memerhati sahaja latihan zapin dijalankan.

Dalam keadaan masih berteka-teki, Swee Hwa mempelawanya bersiar-siar di pantai. Pantai yang tidak
terlalu cantik tetapi penuh kenangan bagi Swee Hwa. Swee Hwa

menceritakan keistimewaan pantai itu kepada Haikal. Swee Hwa memberitahu Haikal pantai itu

penuh dengan kenangan. Kenangan dia bersama-sam arwah ayah Haikal. Di pantai itu arwah ayah Haikal
membeitahu Swee Hwa betapa dia terlalu

menyayangi Haikal. Ayahnya bercerita tentang Haikal sehinggakan Swee Hwa berasa jika haikal

tidak kembali ke kampung Seri Purnama, Swee Hwalah yang akan ke Kuala Terengganu mencari

Haikal. Haikal melepaskan pandangan ke laut lepas lalu bertanya sama ada manuskrip itu satu

kenyataan hidup ayahnya bukan rekaan. Swee Hwa hanya menganggukkan kepalanya. Tetapi Haikal keliru
kerana manuskrip itu tidak disudahkanoleh ayahnya. Bagi Swee Hwa, anya Haikal dan arwah

ayahnya yang tahu sebabnya. Swee Hwa hanya bertugas menyerahkan manuskrip itu kepada Haikal.
Sedarlah Haikal,manuskrip itu perlu mencapai penutupnya.

Tiba-tiba Seww Hwa memberitahu Haikal bahawa dia suka melihat Haikal menari zapin yang sama
seperti arwah ayahnya. Swe Hwa meyakinkan Haikal bahawa dia memang pandai menari dan mesti

berganding dengan Lazim pada majlis persembahan pada minggu hadapan. Sebaliknya Haikal
menguja Swee Hwa yang Swee Hwa pandai menari zapin, seperti yang tertulis di dalam manuskrip

ayahnya.. Haikal terus meminta Swee Hwa menari zapin jika mahu Haikal menari zapin. Swee Hwa hanya
mendiamkan diri, sementara Haikal berharap Swee Hwa memberikan jawapannya.

PERSOALAN

1. KESUNGGUHAN GENERASI TUA MAHU MEWARISKAN SENI BUDAYA BANGSA

KEPADA GENERASI MUDA

l Pak Cik Bakar, Wak Arif dan Haji Salim bersungguh-sungguh mengajar Haikal zapin jincat semasa latihan
zapin di balai raya sehingga Haikal berasa

suka akan tarian itu.

l Pak Cik Bakar menunjuk ajar tarian itu secara teori pula kepada Haikal di warung Wak Min .

l Tauke Ong yang hadir menyaksikan latihan zapin bersungguh-sungguh memberi galakan kepada Haikal
untuk cuba menari zapin dengan tunjuk ajar Pak Cik

Bakar.

2. USAHA MERUNGKAI RAHSIA KEHIDUPAN SEBENAR SEORANG TOKOH

KEBUDAYAAN

l Haikal menggunakan kesempatan bersiar-siar di tepi pantai untuk mendapat kepastian tentang watak Ai
Ling di dalam manuskrip arwah

ayahnya. Swee Hwa mengaku Ai Ling ialah dirinya. Usahanya berjaya apabila segalanya terjawab

setelah Swee Hwa mengakui bahawa jalan cerita di dalam manuskrip itu ialah satu realiti dan Haikal
perlu menyudahkannya.

3. GOLONGAN MUDA YANG MASIH MENGHORMATI DAN MENGAMALKAN ADAT

SOPAN DALAM MASYARAKAT

l Haikal tidak mahu menggunakan kesempatan sebagai anak Abdullah Kayan untuk melanggar adat dan
budaya yang masih kuat dalam masyarakat Kampung Seri Purnama. Walaupun dia perlu

merapati Swee Hwa untuk mendapat rahsia hidup arwah ayahnya. Dia bimbang jika terlalu rapat
dengan Swee Hwa akan mengundang rasa kurang senang penduduk kampung itu.

WATAK DAN PERWATAKAN

1. HAIKAL

l Meminati tarian zapin

MATANG FIKIRANNYA

l Haikal tidak mahu melanggar adat dan budaya Kampung Seri Purnama hanya semata-mata mahu
mendekati Swee Hwa. Haikal tidak mahu merosakkan kepercayaan orang kampung

kepadanya.

TEKUN

l Haikal tekun mempelajari rentak tarian zapin jincat dengan tunjuk ajar Pak Cik Bakar.

2. SWEE HWA

l Pandai menari zapin

l Menyimpan rahsia hidup Cikgu Abdullah Kayan

PERAHSIA

l Swee Hwa masih tidak mahu mengaku bahawa dia pandai menari zapin setelah diuja oleh Haikal. Dia
beseloroh mengatakan dia hanya pandai menari tarian Singa.

l Swee Hwa hanya mengangkat bahu apabila Haikal mengatakan Swee Hwa pandai menari zapin

berdasarkan manuskrip ayahnya.

3. PAK CIK BAKAR

l Penari zapin
l Banyak menyimpan kisah hidup Abdullah Kayan

TEKUN

l Tekun berlatih tarian zapin sehingga tengah malam

l Tekun mengajar Haikal tarian zapin jincat secara praktikal dan teori tarian itu.

NILAI

NILAI KEMANUSIAAN

1. KETEKUNAN

l Haikal tekun mempelajari tarian zapin jincat daripada Pak Cik Bakar

l Pak Cik Bakar bersungguh-sungguh mengajar Haikal teknik menari zapin jincat dan teorinya.

NILAI KEMASYARAKATAN

2. KETINGGIAN BUDI

l Haikal amat menghormati kepercayaan penduduk Kampung Seri Purnama dan tidak mahu

melanggar adat kampung itu semata-mata mahu merapati Swee Hwa. Haikal amat menjaga nama baik
arwah ayahnya.

PENGAJARAN

1.KITA HENDAKLAH BERSUNGGUH-SUNGGUH BERUSAHA MENGHIDUPKAN SEMULA SENI BANGSA DEMI


JATI DIRI BANGSA

l Haikal bersungguh-sungguh mengikuti latihan tarian jincat yang tidak pernah dikenalinya semata-mata
mahu melihat tarian itu hidup dan menjadi kebanggaan penduduk Kampung Seri Purnama

l Haikal terfikir untuk mencari anak-anak muda pemain muzik untuk digandingkan dengan Lazim yang
pandai menari zapin agar
tarian itu tidak terkubur.

2. GOLONGAN VETERAN HENDAKLAH MEWARISKAN SENI WARISAN BANGSA KEPADA GENERASI MUDA
DEMI KESINAMBUNGAN WARISAN BANGSA

l Pak Cik Bakar menurunkan ilmu tentang tarian zapin kepada Haikal semasa latihan zapin di balai

raya. Antara perkara penting ialah penari mesti peka dengan paluan marwas untuk melajukan atau

melambatkan gerakan tarian,

LATAR

LATAR MASA DAN LATAR TEMPAT

1.MALAM DI BALAI RAYA KAMPUNG SERI PURNAMA

l Penduduk Kmapung Seri Purnama membuat pesiapan di balai raya. Pentas dibina dan dialas

dengan ambal

l Penari zapin giat berlatih

l Haji Sulaiman, Haji Salim, Wak Arif, PAk Cik Bakar, Haji Leman dan Pak Cik Tasrif giat berlatih memainkan
alat-alat muzik.

l Haikal mencuba bermain tamborin apabila diajak oleh Pak Cik Bakar berkali-kali.

l Haji Salim memberitahu Pak Cik Bakar Lazim tidak dapat menghadiri latihan tarian zapin kerana
berkerja syif malam dan akan hadir pada minggu hadapan

l Haikal berasa gelisah kerana tidak tahu menari zapin menolak ajakan Pak Cik Bakar

l Haikal belajar tarian zapin dengan tunjuk ajar Pak Cik Bakar

l Beberapa anak muda kampung hadir menyaksikan latihan tarian zapin.

l Tauke Ong, Puan Khei dan Swee Hwa datang menyaksikan latihan tarian zapin. Swee Hwa

sentiasa fokus pada langkah tarian Haikal.


2. MALAM DI WARUNG WAK MIN

l Haikal diberi tunjuk ajar tentang tarian zapin secara teori oleh Pak Cik Bakar

3. PETANG DI RUMAH PAK CIK BAKAR

l Haikal bertanya tentang penglibatan anak-anak muda dengan aktiviti tarian zapin kepada Pak Cik Bakar.

l Haikal diberitahu oleh Pak Cik Bakar, anak-anak muda kampung itu tidak meminati tarian zapin dan
kompang juga.

l Pak Cik Bakar meluahkan kekhuatirannya kerana baginya mati budaya bermakna bangsa itu

seakan-akan sudah mati.

l Pak Cik Bakar memberitahu Haikal, arwah ayahnya sangat luar biasa dan kuat kezamannya. Dia

sanggup berpisah dengan umi Haikal semata-mata mahu kembali ke kampung Seri Purnama untuk
menghidupkan semula kebudayaan yang

ada di kampung itu.

l Pak Cik Bakar diberitahu bahwa manuskrip arwah ayahnya belum selesai.

l Haikal menceritakan semua watak-watak yang ada dalam manuskrip kepada Pak Cik Bakar.

l Pak Cik Bakar menasihati Haikal untuk mendekati Swee Hwa apabila Haikal meluahkan

kesangsiannya tentang watak Ai Ling dalam manuskrip itu.

4. BEBERAPA MALAM KEBELAKANGAN

l Haikal tidak dapat tidur lena ketika kokokan ayam telah sayup-sayup kedengaran.

l Haikal terkenang-kenang kata-kata Pak Cik Bakar tentang Swee Hwa.

l Haikal teringat manuskrip yang ditulis arwah ayahnya dan berasa ada sinkronasasi antara Swee

Hwa dengan Ai Ling.

l Haikal terikir-fikir cara untuk mendekati Swee Hwa kerana tidak mahu menggangu emosi Swee Hwa.

5. PETANG DI PANTAI
l Haikal teringat akan Ratna yang lama menyepikan diri dan Pantai Batu Buruk

l Swee Hwa berjalan beriringan dengan Haikal di tepi pantai

l Beberapa orang kanak-kanak mengutip kulit-kulit siput ditemani ibu bapa mengingatkan Swe Hwa pada
zaman kecilnya.

l Sambil jalan beriringan, Haikal bertanya kepada Swee Hwa tentang realiti sebenar di sebalik

manuskrip dan sebab manuskrip itu tidak ada penutupnya.

l Swee Hwa mengaku semua yang tertulis ddalam manuskrip itu ialah kisah benar dan Haikal dan arwah
ayahnya sahaja yang tahu jawapan tentang kisah di dalam manuskrip itu

l Haikal buntu memikirkan cara untuk menyudahkan manuskrip itu.

l Ketika duduk di sebuah bongkah batu besar di pantai Haikal diberitahu Swee Hwa yang cara dia

menari sama seperti arwah ayahnya menari.

l Haikal meminta Swee Hwa menari zapin dengan Lazim kerana dia yakin Swee Hwa pandai menari zapin.

LATAR MASYARAKAT

1. MASYARAKAT DESA YANG CINTA AKAN WARISAN BUDAYA BANGSA SENDIRI

l Pak Cik Bakar, Wak Arif, Haji Salim, Pak Tasrif antara golongan veteran yang terlalu mencintai

seni tarian zapin. Mereka memberi komitmen yang tinggi untuk menghidupkan semula tarian zapin

jincat. Mereka berlatih bersungguh-sungguh dan Haikal mendapati mereka masih mahir memainkan alat
muzik zapin walupun

dimamah usia.

You might also like