You are on page 1of 1

Berdasarkan novel yang saya kaji di tingkatan 5 iaitu Silir Daksina karya Nizar

Parman, terdapat dua peristiwa yang saya anggap menarik terdapat dalam novel yang
saya pelajari.
Peristiwa pertama yang saya anggap menarik ialah peristiwa Haiqal menjejaki
tempat asal arwah bapanya. Haiqal telah pergi ke Kampung Seri Purnama yang
terletak di Batu Pahat untuk menjejaki tempat asal arwah baoanya yang banyak
berjasa kepada penduduk kampung. Peristiwa ini sangat menarik kerana keberanian
Haiqal hanya pergi seorang diri ke Batu Pahat untuk menjejaki tempat asal arwah
bapanya walaupun dihalang oleh ibunya.
Peristiwa kedua ialah Haiqal menari Zapin dengan See Hwa bagi menggantikan
Lazim yang kemalangan sewaktu pulang dari tempat kerja. Peristiwa ini menarik
kerana seorang gadis yang bukan berbangsa Melayu dapat menari tarian tradisional
Melayu dengan baik sekali. See Hwa merupakan pengerusi kelab tradisional di
sekolahnya. Peristiwa ini mengingatkan seseorang pelajar supaya mempunyai rasa
cinta dan bangga terhadap budaya warisan bangsa walaupun berbeza etnik.

You might also like