You are on page 1of 6

JEJAK MONPUS

Pengarang novel ini Zulaiha Paikon yang berasal dari Batu Pahat, Johor merupakan
seorang guru yang bertugas di sekolah menengah di negeri Johor. Selain Novel
Jejak Monpus, beliau juga telah mengarang novel Kala Untuk Perling dan Kasih
Yang Berdebu. Hasil kesusasteraannya telah diiktiraf dan mendapat anugerah Tokoh
Penulis Johor oleh Persatuan Penulis Johor pada tahun 2013 dan sagu hati dalam
sayembara penulisan esei anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2009

SINOPSIS
Sinopsis Novel ini menceritakan tentang Zahar seorang penuntut jurusan Biologi di
Fakulti Sains Hayat, Universiti Teknologi Malaysia. Zahar obses terhadap dunia
serangga sejak kecil dan mendapat galakan oleh ibunya, Qistina sehingga membina
sebuah makmal di rumah mereka. Zahar juga merupakan seorang penuntut yang
berdedikasi sehingga menerima banyak anugerah atas peneylidikan dan inovasi
bersama pihak universiti. Pelbagai spesies ulat bulu yangtelah Zahar kumpulkan di
dalam makmalnya tetapi satu spesies yang paling disayanginya bernama Pus Pus.
Keadaan fizikal Pus Pus lemah telah membuatkan Zahar untuk ke Pulau Pisang bagi
mencari spesies baharu untuk diklonkan dengan Pus Pus. Zahar bernasib baik
kerana telah menjumpai seekor ulat bulu yang cantik dan dinamakan Morgan.
Namun, sesuatu aneh berlaku apabila Morgan mengalami perubahan fizikal.

Selepas itu, beribu ulat bulu telah menyerang kampung Maju Jaya sehinggakan
penduduk kampung dijangkiti penyakit. Ripin dan beberapa orang penduduk
kampung telah menuduh Zahar di atas perbuatannya. Ibu Zahar, Qistina telah
memanggil Jbaatn Kesihatan untuk menyiasat kejadian tersebut. Pihak polis dan
pegawai kesihatan tiba dua hari selepas kejadian telah menggeledah makmal Zahar
tetapi tidak menjumpai apa-apa selain ulat bulu dan rama-rama. Warung Kopi Pak
Mail kecoh tentang serangan ulat bulu di Kampung Maju Jaya yang tersiar di dalam
surat khabar. Ripin dan beberapa rakannya menaikkan nama Zahar yang
menyebabkan kejadian ini berlaku. Zahar dan ibunya tiba di warung tersebut dan
Ripin telah bertengkar dengan Zahar dan pergaduhan mereka bertukar tragedi
apabila Ripin melibaskan pisau ke arah Zahar dan mencederakan bahunya. Zahar
dirawat di Hospital Pontian

Zahar berusaha untuk mencari jalan penyelesaian kepada insiden ini dan mengajak
Fikri ke Pulau Pisang kerana dia yakin bahawa Morgan adalah spesies yang akan
memberikan penawar kepada seranagn ulat bulu di Kampung Maju Jaya. Zahar
telah mengorbankan Morgan untuk melakukan kajian dan keesokannya setelah
pulan daripada kuliah dia mendapati bahan uji kajinya, botol beracun dan buku
formulanya hilang.Selepas menyiasat, Zahar mendapati Ripin merupakan orang
disebalik kehilangan kajiannya dan telah membuat laporan polis. Seminggu
kemudian, Ripin ditahan oleh pihak polis kerana melakukan sindiket penjualan benih
sawit secara haram dan menjumpai bahan kajian Zahar di stor milik Ripin.
Zahar melengkapkan kajiannya dan sebuah formula berjaya dicipta. Formula Zahar
dipatenkan dan dikomersialkan serta diberi nama MONPUS iaitu gabungan nama
ulat bulu Morgan dan Pus Pus. Racun serangga khusus telah dicipta untuk
membunuh ulat bulu yang menyerang penduduk Kampung Maju Jaya. Atas
kejayaan tersebut, Zahar menerima Anugerah Biasiswa Kerusi Canselor daripada
Universiti Oxford, London yang disampaikan oleh ayahnya, Dr. Baharuddin.
MONPUS bukan sahaja telah menyelamatkan nyawa tetapi menjalinkan semula
hubungan yang putus apabila bapa Zahar melamar semula ibunya Qistina

Tema
Kegigihan seorang anak muda dalam menjalankan kajian saintifik demi
menyelamatkan nyawa manusia yang diancam oleh serangan ulat bulu

Persoalan

1) Persoalan kepentingan ilmu dalam kehidupan :


Zahar mengaplikasikan pengetahuannya dalam bidang sains biologi untuk mencipta
penawar bagi menyelesaikan masalah yang melanda Kampung Maju Jaya

2) Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya :


Qistina keberatan untuk melepaskan Zahar pergi ke Pulau Pisang untuk mencari
spesis ulat bulu Pus Pus kerana bimbang akan keselamatan anaknya

3) Persoalan sifat dendam yang akan merugikan diri sendiri :


Ripin yang berdendam terhadap Zahar telah ditangkap kerana menipu dalam
kerjanya

4) Persoalan pencemaran alam sekitar yang meninggalkan kesan kepada


masyarakat :
Zahar risau apabila melihat banyak pencemaran berlaku di Hutan Paya Bakau
Tanjung Piai.
Watak dan perwatakan

1) Zahar
Watak utama
Anak tunggal dalam keluarga dan berumur 22 tahun
Seorang pelajar dalam jurusan Biologi di Fakulti Sains Hayat, Universiti Teknologi
Malaysia
Seorang yang mempunyai minat yang mendalam terhadap serangga sejak kecil
Sorang yang gigih menjalankan penyelidikan sains berkaitan dengan kehidupan
serangga.

2) Qistina
Ibu kepada Zahir
Merupakan guru Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Sri Yasin
Seorang guru yang berdedikasi terhadap kerjayanya

3) Professor Dr. Baharuddin


Ayah kepada Zahar dan bekas suami kepada Qistina
Bekerja sebagai seorang saintis di Universiti Oxford, London
Berhijrah ke luar dari Malaysia selepas berpisah dengan Qistina
Seorang yang tidak bertanggungjawab kerana telah meninggalkan anak dan
isterinya tanpa sebarang cerita

4) Mawar
Rakan sekuliah dan sekampung kepada Zahar
Anak sulung daripada lima adik beradik
Seorang yang mengambil berat terhadap Zahar dan memberikan inspirasi kepada
Zahar

5) Munirah 
Rakan sekuliah Zahar di universiti
Seorang yang cemburu melihat perhubungan baik antara Mawar dan Zahar
Seorang yang optimistik dan suka akan cabaran
Plot
Permulaan
Zahar dan Qistina telah diperkenalkan oleh pengarang. Zahar merupakan penuntut
di dalam bidang Biologi di Fakulti Sains Hayat, Universiti Teknologi Malaysia. Dia
juga mempunyai minat yang mendalam terhadap serangga khususnya spesies ulat
bulu dan rama-rama

Perkembangan
Salah satu spesies ulat bulu yang dibela Zahar menjadi lemah dan beliau telah pergi
ke Taman Paya Bakau Tanjung Piai untuk mencari pengganti tetapi tidak jumpa
sehinggalah dia tiba di Pulau Pisang dimana Zahar dan Fikri menemui satu spesies
ulat bulu yang boleh diklonkan bersama Pus Pus

Perumitan
Satu serangan daripada beribu ulat bulu telah menyerang Kampung Maju Jaya.
Ripin dan rakan-rakanya menuduh Zahar yang menyebabkan serangan tersebut. Ibu
Zahar telah bertindak untuk memanggil Jabatan Kesihatan bagi menyiasat kejadian
yang berlaku.

Klimaks
Formula ciptaan Zahar hilang bersama bahan ujikajinya daripada makmal. Selepas
membuat kaji selidik, Ripin merupakan individu yang bertanggungjawab di atas
perkara tersebut dan Zahar telah membuat laporan polis

Peleraian
Zahar berjaya mencipta formula yang bernama MONPUS untuk menghapuskna ulat
bulu yang menyerang Kampung Maju Jaya. Ripin telah ditangkap oleh polis kerana
melakukan perniagaan anak benih sawi secara haram. Zahar mendapat
pengiktirafan sehingga ke Universiti Oxford dimana bapanya yang menyampaikan
anugerah tersebut dan kemudian melamar kembali ibunya Qistina.

Teknik Plot

Teknik imbas kembali : Zahar teringat akan saat perkenalannya dengan Mawar
seminggu selepas mereka memulakan kuliah di Universiti Teknologi Malaysia

Teknik dialog : Zahar yang berbual dengan Malcom tentang pokok bakau sewaktu
mereka ke Taman Paya Bakau di Tanjung Piai

Teknik saspens : Pembaca tertanya-tanya tentang keadaan Zahar selepas terkena


pisau lipat yang dilibas oleh Ripin

Teknik pemerian : Pengarang memerihalkan Zahar yang suka bermain dengan


serangga sejak kecil lagi.
Latar

Latar masa

Waktu Pagi : Qistina dihantar ke sekolah oleh anaknya Zahar kerana keretanya
rosak

Waktu Petang : Zahar telah ke balai polis untuk disoal siasat Waktu Malam :
Semalaman Zahar menghadap baha eksperimennya tetapi tidak membuahkan hasil

Waktu Subuh : Penduduk kampung begerak ke tempat kerja di ladang getah ,


kelapa sawit dan kebuh

Latar tempat

Makmal Zahar : tempat dimana Zahar membuat ujikaji berkaitan spesies ulat bulu
dan rama-rama

Tanjung Piai : Zahar dan Fikri mencari spesies baharu ulat bulu untuk diklonkan
bersama spesies Pus Pus

Pulau Pisang : Zahar menemui satu spesies ulat bulu Monarch yang berpotensi
untuk diklonkan

Warung Kopi Pak Mail : Lokasi pergaduhan antara Ripin dan Zahar sehingga Zahar
cedera dan dimasukkan ke hospital

Universiti Teknologi Malaysia : Zahar menghadiri kuliah sebagai penuntut di


Fakulti Sains Hayat

Latar masyarakat

Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan : Dr. Baharuddin, Qistina dan


Zahar terlibat dalam bidang akademik dan menjalankan tugas masing-masing untuk
kepentingan masyarakat umum

Masyarakat yang terdiri daripada penuntut universiti : Zahar, Mawar, Fikri dan
Malcom merupakan penuntut dalam bidang Sains Hayat di Universiti Teknologi
Malaysia

Masyarakat yang mempunyai sifat dendam : Ripin yang berdendam dengan


Zahar sentiasa membuat provokasi dan khianat kepada Zahar
Gaya Bahasa

Peribahasa : Bagai ikan pulang ke lubuk, seperti mencurah air ke daun keladi

Simile : Cinta seperti kerja, amat meletihkan. Tiba-tiba perasaan Fikri seperti
dihenpap beban yang berat

Inversi : Beberapa minit kemudian, mereka suda memasuki perkarangan sekolah

Metafora : tiari kehidupan, lautan masa Personafikasi : Burung-burung berkicauan


menyambut kedatangan pagi

Nilai

Bijaksana : Zahar yang tekun mengkaji dan menambah ilmu pengtahuan dalam
minatnya terhadap serangga

Keberanian : Zahar dan rakan-rakanya berani untuk menjelajah beberapa kawasan


untuk mencari spesies serangga demi kajian

Kasih Sayang : Qistina bimbang terhadap keselamatan anaknya Zahar selepas


Zahar dituduh orang kampung kerana menyebabkan serangan ulat bulu ke atas
penduduk kampung

Tanggungjawab : Zahar bersimpati terhadap nasib penduduk Kampung Maju Jaya


dan berusaha mencari penawar kepada penyakit tersebut

Setiakawan : Fikri sentiasa bersama Zahar dalam melakukan kajian dan menjelajah
mencari spesies serangga di mana-mana

Pengajaran

Kita hendaklah gigih dalam berusaha mencari kejayaan untuk menyelesaikan


sesuatu masalah seperti Zahar yang berjaya mendapatkan formula untuk melawan
serangan ulat bulu kepada orang awam

Kita seharusnya menyayangi ibu dan bapa kita kerana mereka banyak berjasa
kepada kita ibarat Zaahar yang menyayangi ibunya walaupun tanpa kehadiran
bapanya setelah mereka bercerai

Kita sewajarnya mengelak daripada melakukan pertuduhan melulu terhadap


seseorang tanpa usul periksa dan bukti. Contohnya penduduk Kampung Maju Jaya
yang mempercayai Ripin bahawa Zahar adalah punca serangan ulat bulu terhadap
penduduk kampung

You might also like