You are on page 1of 33

NAMA KURSUS:

ETNOLINGUISTIK

(JID3002)

TAJUK KAJIAN:

PENGAMALAN UPACARA MAIN PUTERI


DALAM MASYARAKAT MELAYU DI KELANTAN:
SATU KAJIAN ETNOLINGUISTIK

NAMA PENSYARAH:

DR. MAIZURA OSMAN

NAMA AHLI KUMPULAN:

FATMARUHANI BINTI IBRAHIM 17206552/1


NUUR AQILAH BINTI ROSNAN 17205260/1
POVANESWARY MURALEY 17205177/1
GAYATHIRI NILIMANIAM 17207358/1

1
SENARAI KANDUNGAN

BIL. PERKARA HALAMAN

1. Pengenalan 3-5

2. Objektif Kajian 6

3. Bahan Kajian 6

4. Batasan Kajian 7

5. Kaedah Kajian 7-8

6. Sorotan Kajian 8 - 11

7. Dapatan Kajian 11 - 30

8. Kesimpulan 31

9. Bibliografi 32

2
1.0 PENGENALAN

Etnolinguistik merupakan ilmu kajian bahasa yang mengintegrasikan dua bidang ilmu

iaitu linguistik dan antropologi. Bidang ilmu ini merupakan cabang kepada bidang utama

kajian bahasa iaitu linguistik. Bidang linguistik adalah bidang penting dalam mengkaji

sesuatu bahasa. David Crystal (1973) mendefinisikan linguistik sebagai kajian bahasa secara

saintifik dan penyataan ini disusuli oleh Langacker (1987) yang memberi pendapat bahawa

linguistik adalah kajian terhadap bahasa manusia. Ini bermaksud, linguistik merupakan

bidang yang mengkaji bahasa-bahasa yang dihasilkan oleh manusia melalui alat-alat

pertuturan tertentu yang membawa pelbagai makna. Hal ini selaras dengan makna yang

dibawa oleh konsep linguistik iaitu linguistik merupakan kajian bahasa secara saintifik.

Etnolinguistik pula merupakan cabang ilmu linguistik antropologi yang mengkaji

sikap penutur terhadap bahasa masyarakat penutur tersebut. Kajian ini berfokus kepada

bentuk bahasa yang digunakan untuk mewujudkan keakraban dalam masyarakat bahasa

tersebut. Hal ini bermaksud, etnolinguistik adalah kajian linguistik yang meneliti perkaitan

bahasa dengan budaya sesuatu bangsa, kaum, mahupun suku kaum. Matlamat kajian

etnolinguistik adalah untuk melihat perkaitan bahasa dengan budaya manusia penutur bahasa

melalui pengaplikasian kaedah-kaedah tertentu. Aspek utama yang dikaji dalam bidang ini

adalah leksikon dan ayat kerana etnolinguistik adalah untuk mengkaji bahasa dan bukan

budaya semata-mata.

Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa etnolinguistik merupakan bidang yang tidak

asing lagi dalam penyelidikan atau kajian melibatkan bahasa. Bidang ini mengkaji sesuatu

bahasa yang menyentuh aspek linguistik dan budaya bahasa tersebut. Kajian etnolinguistik

juga memaparkan ciri-ciri yang memberi fokus kepada penggunaan bahasa dan fenomena

penggunaannya dalam masyarakat.

3
Masyarakat Melayu terdahulu berpegang kepada kepercayaan animisme, di mana

mereka mempercayai kewujudan makhluk-makhluk halus serta kuasa luar biasa yang dapat

mengawal dan menguasai alam. Ismail Hamid (1998) dan Taha Abd Kadir (2005)

menyatakan bahawa kepercayaan masyarakat Melayu pada zaman dahulu adalah berasaskan

kepada fahaman animisme yang mempercayai bahawa alam ini turut didiami oleh makhluk

halus yang mana menurut Amran Kasimin (2003), kuasa ini seringkali dirujuk sebagai

semangat samada pada haiwan, pokok, gunung-ganang, laut dan lain-lain. Muhammad Jailani

Abu Talib (2010) berpendapat bahawa terdapat lima bentuk kepercayaan warisan masyarakat

Melayu iaitu kepercayaan kepada Allah dan Rasul, ayat-ayat al-Quran, sihir, semangat, dan

magis.

Menurut Norazit Selat (1989) dan Fauzi Yaacob (1993), magis merupakan satu usaha

untuk mengawal dan memanipulasi serta menakhluk kuasa ghaib demi kepentingan individu

yang tertentu. Pengamalan magis dalam masyarakat menjadi sebahagian daripada

kepercayaan orang Melayu serta memberi kesan dalam kehidupan seharian mereka. Dalam

kepercayaan masyarakat Melayu, kepercayaan terhadap wujudnya unsur-unsur di luar batas

kemampuan manusia atau supernatural jelas terlihat dalam beberapa warisan kebudayaan

Melayu. Kepercayaan masyarakat Melayu terhadap alam ghaib telah menjurus kepada

amalan pemujaan yang berbentuk magis.

Marcel Mauss (1972) memberi penyataan bahawa “In magic we have officers, actions

and representations: we call a person who accomplishes magical actions a magician, even if

he is not profesional”. Hal ini bermakna, individu yang melakukan perkara berkaitan magis

dipanggil pengamal magis, walaupun individu tersebut bukanlah seorang yang profesional.

Menurut Norazit Selat (1989) lagi, para pengamal magis berpendapat bahawa sekiranya

amalan yang dilakukan mengalami kegagalan atau kurang berhasil, keadaan ini mungkin

berlaku disebabkan bacaan jampi serapah yang dituturkan adalah kurang tepat atau orang

4
mahupun sasaran yang hendak dimagiskan itu mempunyai pendinding yang kuat. Kegagalan

juga boleh berlaku apabila orang yang ingin menggunakan kuasa magis tersebut tidak

mengikut pantang larang yang telah ditetapkan.

Nor Izzati dan Ramle Abdullah (2015) dalam penulisan mereka yang dipetik dari

Beattie (1979) menyatakan bahawa penjelasan fenomena magis lebih memberatkan kepada

sebab dan akibat. Tambahan pula, magis tidak berlaku dengan sendirinya, ianya berlaku

apabila seseorang melakukan upacara magis, barulah hasil yang diingini akan diperolehi.

Magis ialah perbuatan melakonkan sesuatu situasi, iaitu pengucapan keinginan secara

simbolik, dan bukan menggunakan pengetahuan yang bersifat empirik tentang sifat-sifat

objek semula jadi. Amalan magis bukan sahaja tertumpu dalam kalangan masyarakat primitif,

malah turut terdapat dalam masyarakat-masyarakat lain di dunia, khususnya dalam kalangan

masyarakat Melayu.

Dalam konteks masyarakat Melayu, kepercayaan terhadap magis wujud apabila

anggota masyarakat ingin melindungi diri dan tanaman mereka daripada sesuatu bencana dan

serangan penyakit. Serangan penyakit yang berlaku dipercayai disebabkan oleh dua faktor

iaitu pesakit telah dirasuk oleh makhluk halus kerana telah mengganggu atau menghina

tempat tinggal makhluk tersebut dan jika penyakit tersebut adalah penyakit ganjil,

berkemungkinan disebabkan oleh tindakan manusia lain yang iri hati atau dengki terhadap

pesakit. Individu yang berdengki dengan pesakit telah menggunakan bomoh untuk

menurunkan bala kepada pesakit. Kedua-dua jenis penyakit ini hanya boleh disembuhkan

oleh pawang atau bomoh melalui upacara magis.

Upacara-upacara magis ini termasuklah Wayang Kulit, Mak Yong, Menora, Dikir

Barat, Ulek Mayang, dan Main Puteri. Upacara yang banyak diamalkan dalam masyarakat

Melayu khususnya di Kelantan ialah upacara Main Puteri atau juga dikenali sebagai Main

5
Teri. Oleh itu, kajian ini akan mengupas kepercayaan sebilangan masyarakat Melayu yang

membudayakan pengamalan elemen magis dalam perubatan melalui upacara Main Puteri.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

a) Menghuraikan latar belakang upacara Main Puteri di Kelantan.

b) Menganalisis ucapan yang dilafazkan dalam upacara Main Puteri dan

kesignifikasiannya dengan masyarakat Melayu Kelantan.

c) Mengenal pasti alat muzik yang digunakan dalam upacara Main Puteri dan

kesignifikasiannya dengan masyarakat Melayu Kelantan.

3.1.

3.0 BAHAN KAJIAN

Bahan kajian merupakan aspek yang penting untuk melakukan kajian kerana ia

merupakan sumber untuk mendapatkan maklumat berkaitan kajian. Bahan kajian yang

digunakan oleh pengkaji semasa menjalankan kajian ini adalah meneliti temu bual antara

pengkaji dengan informan yang terpilih. Pengkaji telah menetapkan beberapa soalan untuk

menjawab objektif kajian yang telah ditetapkan. Pengkaji telah menjalankan sesi temu bual

secara bersemuka dengan informan bagi mendapatkan maklumat tentang upacara Main

Puteri. Pengkaji memilih informan ini kerana beliau mempunyai pengalaman dalam upacara

ini. Berikut merupakan biodata bagi informan:

6
Nama Ibrahim bin Ismail
Umur 43 tahun
Pengalaman Pernah mengikuti upacara Main Puteri dan mempelajari
perkara asas tentang pelaksanaan upacara Main Puteri.
4.0 BATASAN KAJIAN

Kajian ini merupakan penyelidikan tentang sesuatu upacara unik yang dijalankan oleh

masyarakat di Kelantan. Dalam kajian ini pengkaji memfokuskan kajian terhadap upacara

Main Puteri di Kelantan. Hal ini demikian kerana pada pandangan pengkaji upacara ini

mempunyai tradisi perubatan yang unik. Kajian ini dibataskan kepada tiga bahagian utama.

Bahagian pertama ialah tentang latar belakang upacara manakala bahagian kedua pula

berkaitan penganalisisan ucapan yang dilafazkan dalam upacara Main Puteri. Bahagian ketiga

pula tentang alat muzik yang digunakan dalam upacara Main Puteri. Bagi bahagian ketiga ini,

pengkaji hanya memilih tiga alat muzik utama yang digunakan dalam upacara Main Puteri.

5.0 KAEDAH KAJIAN

Dalam bahagian ini, pengkaji akan menjelaskan tentang kaedah-kaedah kajian yang telah

diimplementasikan sepanjang kajian ini dijalankan. Kajian ini berfokus pada kaedah

penyelidikan lapangan dan sumber internet.

Kaedah penyelidikan lapangan merupakan salah satu kaedah yang penting bagi

mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Cara mengumpul data

adalah melalui kaedah temubual. Pengkaji mencari informan untuk ditemubual bagi

mengumpul maklumat dan data kajian. Bagi kajian ini, seorang informan yang berasal dari

Kelantan telah dipilih.

7
Setelah mendapatkan informan, pengkaji meneruskan kajian dengan mengaplikasikan

cara mengumpul data melalui kaedah rakaman. Melalui kaedah ini, pengkaji merakam sesi

temu bual yang dijalankan. Untuk memastikan proses rakaman dapat dijalankan dengan

lancar tanpa sebarang masalah, pengkaji telah memastikan alat perakam yang digunakan

dapat berfungsi dengan baik di samping mempunyai kapasiti bateri dan memori yang banyak.

Pengkaji juga memastikan rakaman dibuat di tempat yang tidak bising dan tidak mempunyai

gangguan bunyi yang kuat agar maklumat yang disampaikan dapat dirakam dengan jelas

tanpa sebarang gangguan bunyi asing.

Kajian ini juga menggunakan sumber rujukan internet bagi mendapatkan maklumat

mengenai kajian lepas yang pernah dijalankan berkaitan upacara Main Puteri. Pengkaji

mengumpul maklumat melalui pembacaan dan rujukan daripada beberapa artikel berkaitan

upacara Main Puteri. Rujukan daripada sumber internet ini dapat membantu memperoleh

maklumat yang lebih luas. Kaedah-kaedah yang telah diimplementasikan jelas dapat

membantu pengkaji menjalankan kajian Main Puteri di Kelantan dengan lebih lancar.

6.0 SOROTAN KAJIAN

Dalam bahagian ini, pengkaji akan mengemukakan beberapa kajian lepas yang telah

dijalankan oleh pengkaji-pengkaji lepas berkaitan upacara Main Puteri yang diamalkan di

Kelantan. Terdapat beberapa kajian ilmiah lepas berkaitan dengan tajuk penyelidikan yang

dilakukan oleh pengkaji lepas telah dijadikan sebagai rujukan pengkaji seperti di bawah.

Aida Nurul Ain binti Abd Rahman dan Mohammad Nazzri bin Ahmad (2017) dalam

penyelidikan mereka berkaitan faktor terapeutik dalam Main Puteri memberikan tumpuan

terhadap aspek terapeutik dalam teater tradisional Main Puteri yang didapati mempunyai

kesan penyembuhan pada jasmani, psikologi dan emosi sekaligus mengangkat seni

8
persembahan Main Puteri sebagai sebuah bentuk drama terapi Melayu. Unsur terapeutik yang

dikenal pasti dalam Main Puteri akan dijelaskan dari segi kesan terapeutiknya yang berfungsi

sebagai agen penyembuh penyakit. Unsur terapeutik ini, iaitu Diri dan Peranan (Self and

Role), Luar Sedar (Unconscious), Representasi (Representation), Pemisah (Distancing),

Spontan (Spontaneity), serta Khalayak dan Penyaksian (Interactive Audience and

Witnessing) digariskan sebagai faktor terapeutik Main Puteri. Melalui pembacaan kajian ini,

pengkaji mendapati bahawa setiap faktor terapeutik yang diterangkan mempunyai fungsi dan

saling melengkapi antara satu sama lain sebagai satu mekanisme rawatan untuk mencapai

matlamat terapeutik. Apabila matlamat terapeutik dicapai melalui Main Puteri, bererti

terdapat kesan positif terhadap proses penyembuhan.

Nur Aqidah binti A. Aziz, Mardiana Idayu binti Ahmad, Darlina binti Md. Naim dan

Haron bin Daud (2013), dalam penulisan mereka berkaitan Main Puteri dan persekitaran

fizikal menyatakan bahawa kajian ini dilakukan bertujuan untuk mendokumenkan upacara

ritual penyembuhan Main Puteri dan meninjau parameter fizikal persekitaran semasa

berlangsungnya upacara penyembuhan tersebut. Sehubungan dengan itu, mereka telah

menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual yang mendalam dan pengukuran parameter

fizikal persekitaran yang merangkumi suhu persekitaran, kelembapan relatif, halaju udara,

keamatan cahaya dan tahap bunyi telah dijalankan. Oleh sebab itu, melalui kajian ini dapat

disimpulkan bahawa upacara Main Puteri mempengaruhi aras parameter fizikal persekitaran

disebabkan oleh pergerakan yang dilakukan oleh Tok Teri, pesakit, tari-menari, paluan alat

muzik dan penonton yang keluar masuk daripada pentas. Di samping itu, pengkaji juga

menyatakan bahawa upacara ritual perubatan tradisional Main Puteri ini melibatkan

gabungan penggunaan pelbagai alatan muzik, pergerakan, sumber alam semula jadi,

makanan,tumbuh-tumbuhan dan alunan lagu yang bertujuan untuk mengubat kekusutan jiwa.

9
Hasil kajian menunjukkan bahawa penambahbaikan dan kajian lanjut boleh

dijalankan untuk menilai pengaruh Main Puteri dan mengkaji hubung kaitnya terhadap

parameter fizikal persekitaran. Walau bagaimanapun, keadaan ini memerlukan satu lagi

kajian kes bagi upacara Main Puteri di tempat yang tertutup dan mengambil kira pelbagai

faktor dan pemboleh ubah.

Aishah Haji Mohamed dan A. Aziz Bidin (2012) dalam penulisan berkaitan

Tumbuhan dalam Upacara Perbomohan: Kes Main Teri di Kelantan membincangkan dua

objektif, iaitu mengenal pasti jenis, cara dan bahagian tumbuhan yang digunakan dalam

upacara perbomohan Main Teri dan menganalisis alasan tumbuhan tersebut digunakan.

Penghujahan di sini ialah kepercayaan magis mendasari kegunaan tumbuhan dalam upacara

Main Teri. Perbincangan ini diasaskan kepada data daripada kajian yang dilakukan di

Kelantan sejak tahun 1989 hingga ke tahun 2009 dengan menggunakan kaedah pemerhatian

dan temu bual mendalam. Didapati tumbuhan yang banyak digunakan semasa upacara Main

Teri ialah padi, sirih, pinang, kunyit, kemenyan, bunga cempaka, bunga kenanga, bunga

tanjung, bunga melor dan kelapa. Tumbuhan ini digunakan untuk tujuan mengenal pasti

penyakit, mengetahui kemampuan bomoh mengubati dan mengeluarkan penyakit daripada

tubuh pesakit dan sebagai bahan persembahan kepada makhluk ghaib.

Oleh itu, pengkaji mendapati bahawa, tidak semua tumbuhan yang ada dalam alam

sekitar digunakan dalam upacara perbomohan. Tumbuhan yang ada kontak dengan jampi dan

digunakan dalam bilangan angka ganjil elok digunakan untuk merawat penyakit. Angka

ganjil dipercayai memiliki unsur-unsur kebaikan, kemujaraban dan keberkatan, manakala

angka genap pula dikaitkan dengan keburukan, kejahatan dan kecelakaan Kepercayaan ini

memberi kekuatan kepada orang Melayu kerana ia mewujudkan rasa berupaya untuk

mengawal apa yang tidak boleh dikawal dan disembuhkan oleh perubatan moden dan ini

mengurangkan keraguan yang timbul daripada keadaan risiko dan ketidakpastian yang

10
mereka alami. Kepercayaan tradisi ini merupakan usaha manusia untuk memahami hubungan

penyebab dan kesan penyakit dalam konteks simbolik.

Pada tahun 2011, Azlina Musa dan Yusmilayati Yunos telah menulis sebuah artikel

berkaitan simptom-simptom penyakit dalam Main Puteri. Berdasarkan kajian ini, pengkaji

menceritakan perkara yang berkaitan dengan cara perubatan Main Puteri yang melibatkan

hubungan komunikasi dua hala antara alam nyata dan alam ghaib. Sehubungan dengan itu,

untuk mengetahui punca-punca penyakit yang dihadapi oleh pesakit, Tok Teri telah

menggunakan pelbagai cara antaranya ialah melalui mantera memujuk kuasa spiritual yang

dikatakan sebagai penyebab seseorang itu menjadi sakit. Selain itu, upacara Main Puteri ini

juga melibatkan penggunaan elemen magis dalam peralatan dan bahan yang akan digunakan

dalam upacara Main Puteri serta pengkaji juga mendapati bahawa terdapat unsur yang

menekankan dalam aspek penggunaan peralatan muzik di dalam setiap upacara perubatan

yang dijalankan ke atas pesakit. Oleh sebab itu, pengkaji telah menggunakan kaedah

kepustakaan.

Melalui kajian ini, dapat dirumuskan bahawa upacara Main Puteri adalah salah satu

cara perubatan tradisional yang merupakan ikhtiar manusia dalam menyembuhkan penyakit

yang tidak mampu dikesani melalui cara perubatan moden. Main Puteri masih lagi menjadi

amalan masyarakat Melayu terutama masyarakat pedalaman yang merupakan ikhtiar dalam

menyembuhkan penyakit yang dikatakan penyakit berpunca daripada gangguan makhluk

halus.

7.0 DAPATAN KAJIAN

7.1 Menghurai latar belakang upacara Main Puteri yang diamalkan di Kelantan.

11
Menurut Dayang Mariana dan Abang Bolhassan (2019), upacara ritual yang

dijalankan boleh dibahagikan kepada tiga jenis kategori iaitu untuk tujuan memperoleh

keuntungan yang produktif dalam aktiviti harian, keselamatan serta pemusnahan. Upacara

Main Puteri pula dikategorikan sebagai upacara ritual yang dijalankan untuk keselamatan

iaitu kesihatan.

Upacara penyembuhan tradisional Main Puteri adalah berasal dari Kelantan dan

dikatakan sudah jelas hubungannya dengan orang-orang dari bahagian Selatan Thailand,

Kemboja, dan juga yang orang asli di Semenanjung Malaysia (Ghulam, 2004). Sementara itu,

ada juga unsur-unsur yang sangat penting seperti mantera, peralatan dan sebagainya yang

digunakan dalam persembahan Main Puteri yang mungkin berasal dari budaya Hindu-Buddha

(Ghouse dan Solehah, 2014).

Berdasarkan maklumat yang diperoleh dari informan, selain nama Main Puteri,

terdapat juga panggilan lain yang digunakan bagi upacara ini iaitu Main Teri, Main Pateri

atau Main Puteri. Difahamkan, nama Puteri yang terdapat dalam Main Puteri adalah

disebabkan upacara ini mempunyai kaitan dengan puteri raja pada zaman dahulu yang mana

roh atau semangatnya diseru ketika upacara dijalankan. Maklumat ini disokong oleh Nur

Aqidah (2013) dalam artikelnya yang menyatakan bahawa upacara ini berasal dari istana dan

di bawah naungan raja yang kemudiannya tersebar dalam kalangan rakyat jelata bagi tujuan

perubatan.

Informan menambah bahawa bagi nama Pateri pula secara literalnya diambil dari

perkataan pateri atau memateri yang bermaksud membetulkan sesuatu yang rosak. Hal ini

dikonsepsikan sebagai membetulkan ‘angin’ pesakit yang ‘tersekat’ agar mereka dapat

melepaskannya dan menghilangkan sakit yang dialami. Menurut informan juga, upacara ini

merupakan satu bentuk terapi muzik dan teater tradisional yang menggunakan dialog, tarian

12
serta muzik masyarakat Melayu tradisional Kelantan bagi merawat pesakit. Upacara ini

berfungsi sebagai ikhtiar rawatan terhadap penyakit jasmani dan rohani yang dihadapi oleh

tubuh badan manusia.

Berdasarkan informan upacara ini diamalkan oleh masyarakat dahulu disebabkan oleh

faktor-faktor seperti kekurangan sistem perhubungan, kedudukan pusat kesihatan dan juga

hospital yang jauh dari tempat tinggal. Selain itu, difahamkan bahawa penyakit-penyakit

yang memerlukan perubatan Main Puteri adalah penyakit yang tidak dapat dikesan dan

diubati oleh perubatan moden seperti rasukan, terkena buatan orang, tekanan jiwa, dan

penyakit angin atau ‘gila’. Informan turut berkongsi tentang kepentingan upacara Main Puteri

ini. Main Puteri dikatakan menjadi seni muzik rakyat tradisi yang bukan sahaja berperanan

untuk memberikan hiburan dan mengisi masa lapang , malahan ianya mempunyai pengertian

yang lebih mendalam dan bermakna. Masyarakat Melayu terutamanya yang terdahulu

mempercayai ianya satu keperluan dalam keperluan bercorak ritual. Main Puteri mempunyai

kedudukan yang tetap dalam masyarakat Melayu, khususnya di desa-desa yang agak

terpencil.

Menurut informan Main Puteri akan menyelami masalah yang dialami pesakit dan

sepanjang upacara ini berlangsung, Tok Teri dan Tok Minduk akan memberikan ucapan

semangat dan motivasi melalui lagu agar pesakit lebih kuat untuk menghadapi dan

melupakan masalah yang dialami. Upacara ini dikenali sebagai upacara ‘pelepas angin’ yang

bertujuan untuk menjadikan pesakit sebagai ‘orang baru’ dan melupakan masalah yang

dihadapi. Muzik mampu menyirami jiwa secara fizikal dan rohani. Muzik sangat diperlukan

dalam kehidupan manusia. Fitrah manusia selain amat menyukai muzik kerana nilai

estetikanya, ia juga sebenarnya dapat menghidupkan dan mendorong manusia menyatakan

aspirasi hidup mereka kepada masyarakat. Jadi secara langsung, muzik yang dimainkan dapat

menyelami perasaan pesakit dan berpotensi untuk menyembuhkannya.

13
Pesakit yang mencari rawatan melalui upacara Main Puteri ini lazimnya disebabkan

mereka mengalami beberapa jenis penyakit yang mempunyai kaitan dengan semangat

dalaman yang biasanya tidak dapat dikesan oleh mata kasar. Penyakit yang paling kerap

dialami ialah disebabkan oleh ‘angin’. Menurut informan, penyakit angin adalah sejenis

penyakit yang terjadi akibat angin seseorang itu selalu dihalang. Penyakit angin sekat ini akan

berlaku sekiranya hajat pesakit tidak dapat dipenuhi.

Menurut informan juga, penyakit lemah semangat, tekanan jiwa atau gila mempunyai

simptom-simptom seperti rasa resah, tidak mempunyai selera makan, tiada mood, letih, tidak

bersemangat dan kemurungan yang mana gejala ini berkait rapat dengan aspek rohani.

Simptom-simptom ini menandakan bahawa orang tersebut telah jatuh semangatnya atau

mengalami lemah semangat. Hilang semangat juga boleh dikatakan berpunca dari hubungan

yang tidak menyenangkan dengan roh seperti mereka yang tinggal di kawasan tertentu yang

mana kawasan atau tempat tersebut terkena bala atau pernah berlaku kematian.

Selain itu, rasukan atau gangguan makhluk halus. Rasukan ini berlaku apabila

seseorang itu terkena buatan orang yang tidak suka atau membencinya. Menurut informan,

penyakit ini adalah yang paling banyak disembuhkan oleh upacara Main Puteri. Ini kerana,

pesakit yang terkena rasukan tidak dapat disembuhkan oleh mana-mana kaedah atau

peralatan daripada rawatan moden. Oleh itu, upacara Main Puteri adalah diperlukan untuk

menyembuhkan pesakit yang tidak dapat disembuhkan oleh kaedah lain. Peralatan, ucapan

dan unsur-unsur lain yang terdapat dalam upacara Main Puteri menyebabkannya mempunyai

keistimewaan tersendiri untuk menyembuhkan penyakit berbanding kaedah-kaedah lain.

Informan juga menyatakan bahawa dalam persembahan Main Puteri, semua ahli

memainkan peranan penting dalam keseluruhan proses penyembuhan. Ahli utama dalam

upacara ini ialah Tok Teri dan ahli yang kedua penting ialah Tok Minduk. Oleh kerana

14
struktur terapi ini melibatkan ensemble muzik maka, Tok Teri menjadi pengantara roh

manakala Tok Minduk memainkan instrumen rebab dibantu oleh ensemble muzik. Peranan

Tok Minduk dan Tok Teri amat penting, kedua-dua tokoh ini akan melakonkan watak-watak

penting untuk menyelami emosi pesakit. Mereka juga akan memberikan semangat baru

kepada pesakit melalui dialog-dialog dan ucapan yang dibaca sepanjang upacara Main Puteri

berlangsung. Pengendali ensemble atau alat muzik memainkan peranan penting dalam

memilih karya muzik yang betul semasa menjalankan upacara Main Puteri. Hal ini kerana,

terdapat lagu khusus untuk penyakit tertentu. Hanya lagu yang sesuai dan ‘kena’ dengan

penyakit sahaja yang mampu membangkitkan angin pesakit.

7.2 Menganalisis ucapan yang dilafazkan dalam upacara Main Puteri dan

kesignifikasiannya dengan masyarakat Melayu Kelantan.

Pada bahagian ini, pengkaji akan menghuraikan dengan lebih lanjut tentang ucapan

atau lagu yang dilafazkan oleh Tok Teri ketika menjalankan upacara Main Puteri ini.

Maklumat dan data kajian diperoleh daripada sesi temu bual yang telah dijalankan dengan

seorang informan yang pernah terlibat dengan upacara Main Puteri.

Dalam bahagian ini juga, pengkaji terlebih dahulu akan melampirkan dua buah lagu

atau ucapan yang dilafazkan oleh Tok Teri dalam dialek Kelantan ketika upacara Main Puteri

berlangsung. Pengkaji seterusnya akan menganalisis frasa dan kata yang dilafazkan dalam

ucapan tersebut dari aspek fonemiknya. Perkataan bahasa Melayu standard bagi perkataan-

perkataan dalam dialek Kelantan yang digunakan juga akan disertakan.

Secara umumnya, muzik mempunyai pengaruh yang besar dan mempunyai tarikan

yang amat luar biasa terhadap manusia. Muzik bukan sahaja memberi ketenangan dan

inspirasi tetapi turut menjadi saluran untuk manusia meluahkan perasan, meredakan tekanan

15
dan sebagai bentuk mencapai kepuasan naluri. Oleh itu, muzik merupakan salah satu elemen

penting dalam upacara Main Puteri.

Dalam upacara Main Puteri juga, anggota utama dalam upacara ini ialah Tok Teri dan

Tok Minduk. Peranan Tok Minduk dan Tok Teri amat penting kerana kedua-dua tokoh ini

akan melakonkan watak-watak penting untuk menyelami emosi pesakit dan memberikan

semangat yang baru kepada pesakit melalui ucapan atau lagu yang dilafazkan oleh Tok Teri

dan Tok Minduk. Hal ini kerana dalam upacara Main Puteri, dipercayai bahawa muzik yang

disertakan adalah berkait rapat dengan naluri dan emosi individu sehingga membentuk bakat,

perasaan dan keperibadiannya.

Ucapan / Lagu 1:

Sulong kecik

Penganjo rajo nakdeng

Penganjo dewo

Saye pengasoh sipak

Gadeng pemato hite

Negeri koto tahkek

Kebayak bungo

Senyio rajo

Tanoh se ale

Minekaba

Telak gadeng

Gere kecik

Dule suaso

Gedong manek

16
Gati puro

Jadual 1: Senarai Frasa dan Transkripsi Fonemik Frasa

dalam Ucapan Upacara Main Puteri

BARIS FRASA DALAM UCAPAN TRANSKRIPSI FONEMIK

1 sulong kecik /suloɳ keciɁ/

2 penganjo rajo nakdeng /peɳanǰo raǰɔ nakdeɳ/

3 penganjo dewo /peɳanǰo dewɔ/

4 saye pengasoh sipak /sayɛ peɳasoh sipaɁ/

5 gadeng pemato hite /gadɛɳ pematɔ hitɛ/

6 negeri koto tahkek /nəɣəɣi kɔtɔ tahkeɁ/

7 kebayak bungo /kəbajaɁ buɳɔ/

8 senyio rajo /səɳijo raǰɔ/

9 tanoh se ale /tanɔh sə alɛ/

17
10 Minekaba /minɛkaba/

11 telak gadeng /təlaɁ gadɛɳ/

12 gere kecik /gəɣɛ kəciɁ/

13 dule suaso /dulɛ suasɔ/

14 gedong manek /gədoɳ maneɁ/

15 gati puro /gati puɣɔ/

Jadual 2: Senarai Frasa dalam Ucapan Upacara Main Puteri dan Maksudnya dalam

Bahasa Melayu Standard

BARI FRASA DALAM UCAPAN MAKSUD DALAM BAHASA


S MELAYU STANDARD

1 sulong kecik sulung kecil

2 penganjo rajo nakdeng penganjur raja nakding

3 penganjo dewo penganjur dewa

4 saye pengasoh sipak sayang pengasuh sifat

5 gadeng pemato hite gading permata hitam

6 negeri koto tahkek negeri kota tahkit

7 kebayak bungo kebayat bunga

8 senyio rajo senyiur raja

9 tanoh se ale tanah se alam

18
10 Minekaba minangkabau

11 telak gadeng telat gading

12 gere kecik tempat duduk kecil

13 dule suaso dulang suasa

14 gedong manek gedung manik

15 gati puro ganti pura

Ucapan / Lagu 1:

Kesignifikasiannya dengan masyarakat Melayu Kelantan.

Baris 1: sulong kecik

Diambil daripada nama putera sulung kepada Sultan Umar iaitu Raja Kecil Sulong

yang merupakan Raja pemerintah Kelantan dari Dinasti DiRaja Jembal. Pada tahun 1721,

berikutan kemangkatan Sultan Umar, tampuk pemerintahan kerajaan Kelantan telah diberikan

oleh baginda kepada adinda baginda iaitu Raja Pah dan suaminya Long Bahar iaitu anak Datu

Pengkalan Tua Raja Jambu Patani sebagai Raja pemerintah Kelantan yang baharu dengan

Raja Pah sebagai Permaisurinya.

(Sumber: Portal Rasmi Pejabat Sultan Negeri Kelantan)

Baris 2: penganjo rajo nakdeng

Baris 3: penganjo dewo

19
Berasal dari bahasa Jawa iaitu penganjo yang merujuk kepada pendamping pengantin

perempuan dalam budaya masyarakat Acheh Selatan. Tugas penganjo adalah untuk mengusir

atau menghilangkan hal-hal yang buruk dari pengantin perempuan yang akan berkahwin.

Oleh itu, ucapan Baris 2 dan Baris 3 ini merujuk kepada entiti yang menjadi pendamping

kepada Raja Nakding iaitu salah seorang kerabat raja Kelantan pada suatu masa dahulu serta

pendamping kepada dewa-dewa yang berkait dalam amalan upacara Main Puteri ini.

Pendamping yang disebut penganjo inilah yang akan mengusir makhluk halus punca penyakit

daripada badan pesakit yang mengikuti upacara Main Puteri.

(Sumber: Dasrita, 2018 dan Informan)

Baris 5: gadeng pemato hite

Merujuk kepada permata cincin berwarna hitam yang diperbuat daripada gading

gajah. Dalam masyarakat Melayu khususnya di Kelantan, batu permata unik yang lazimnya

disemat di cincin mempunyai manfaat dan keistimewaan masing-masing bergantung kepada

jenisnya. Dipercayai bahawa, gading gajah pada suatu ketika dahulu digunakan oleh

Maharaja Cina sebagai bahan membuat chopstick milik baginda. Ia digunakan sebagai

penolak santau untuk membenteng diri baginda daripada disantau atau diracun. Oleh itu,

dalam masyarakat Melayu Kelantan, gading gajah dikatakan mempunyai banyak manfaat

terutamanya jika diperolehi daripada gajah yang mati beragan atau terbiar di hutan. Antara

manfaatnya adalah dapat mempengaruhi kata dan fikiran, sebagai sumber tenaga batin dan

kekuatan tubuh. Selain itu, sebagai penunduk, pendinding diri, penawar duri dan racun seperti

bisa haiwan dan pelbagai lagi.

(Sumber: Informan)

20
Baris 6: negeri koto tahkek

Dikatakan merujuk kepada salah satu negeri alam ghaib yang terdapat dalam amalan

ilmu ghaib dalam masyarakat Melayu Kelantan pada zaman dahulu. Asa-usul atau latar

belakang tentang tempat ini adalah kabur kerana tidak pernah diceritakan secara jelas oleh

pengasas ucapan ini, atau pada satu tahap, sejarahnya hilang kerana tidak diturunkan kepada

generasi yang seterusnya.

(Sumber: Informan)

Baris 7: kebayak bungo

Baris 8: senyio rajo

Kebayat merupakan nama lain bagi baju kebaya yang digunakan di beberapa daerah

di Indonesia. Dikatakan bahawa kebayat bunga ini merujuk kepada kebaya berbunga yang

dipakai oleh Puteri Raja dari negeri Senyiur iaitu sebuah desa di daerah Muara Ancalong,

bandar Kutai Timur, wilayah Kalimantan Timur, Indonesia. Puteri dari negeri ini disebut

dalam lagu upacara Main Puteri adalah kerana dipercayai bahawa terdapat orang besar dalam

kerajaan Kelantan yang dahulunya dikenali dengan nama Negeri Tanjung Pura yang

berhubungan dengan puteri dari Negeri Senyiur tersebut.

(Sumber: Informan)

Baris 9: tanoh se ale

Baris 10: minekaba

21
Merupakan sebahagian daripada pantun merisik yang digunakan oleh masyarakat

dahulu sebagai antara pantun pembuka kepada acara penyampaian hajat. Baris yang terdapat

dalam pantun tersebut berbunyi “sealam tanah Minangkabau”. Istilah merisik dalam konteks

upacara ini merujuk kepada fasa mencari tahu tentang makhluk halus atau semangat buruk

yang terdapat dalam badan pesakit. Hal ini bertujuan untuk mengenal pasti punca penyakit

yang dihadapi. Kesignifikasian nama Minangkabau yang digunakan dalam ucapan ini pula

adalah kerana Minangkabau dahulunya merupakan kawasan kerajaan Pagaruyung.

Dimaklumkan bahawa pada zaman dahulu, terdapat ramai keturunan dari Pagaruyung yang

melarikan diri akibat perang antara Rawa iaitu pihak agama dengan Minang iaitu pihak adat

dan menetap di Kelantan khususnya kawasan Besut, Bachok dan sekitarnya.

(Sumber: Informan)

Baris 12: gere kecik

Merujuk kepada tempat duduk yang seperti bangku, biasanya tanpa tempat bersandar,

diperbuat daripada kayu, batu dan disokong oleh tiga atau empat kaki. Tempat duduk ini

lazimnya diletakkan di luar rumah. Kesignifikasian baris ini terhadap masyarakat Melayu

Kelantan adalah kerana masyarakat terdahulu lazimnya bersama-sama menghabiskan masa

bersantai di tempat duduk ini khususnya apabila terdapat kunjungan saudara mara atau jiran

tetangga yang datang menziarah pada waktu petang. Dimaklumkan juga bahawa dalam

sesetengah upacara Main Puteri, jika pesakit datang sendiri ke tempat rawatan Tok Teri,

maka pesakit akan ditempatkan di atas gere kecik yang disediakan khas yang mana tempat ini

akan digantikan dengan tikar atau sejadah sekiranya Tok Teri yang berkunjung ke rumah

pesakit.

(Sumber : Informan)

22
Baris 13: dule suaso

Merujuk kepada sejenis dulang besar yang berkaki yang diperbuat daripada logam.

Dulang suasa juga dikategorikan sama seperti dulang hantaran yang merupakan sebuah alat

atau alas kepada hadiah atau buah tangan yang hendak diserahkan oleh rombongan lelaki

kepada pihak perempuan, dan sebaliknya. Kesignifikasian baris ini dalam ucapan adalah

kerana dulang ini lazimnya akan diisi dengan beberapa barang atau perkara yang menjadi

simbol dalam upacara Main Puteri seperti pulut kuning, nasi guru, ayam panggang, telur

dadar, bertih, dan tepung beras.

(Sumber :

Informan)

Ucapan / Lagu 2:

Ore laing sega mega

Jatoh ko nik kuruh kering

Sakek tok sega deme tok kebah

Mandi tok basoh slimuk tok lindong

Make tok kenye

Kalu sunggoh nik nok tanggong

Sako ayoh zuriak mok bondo

Nik bako baek

Nik tanggong biya baek

23
Jadual 3: Senarai Frasa dan Transkripsi Fonemik Frasa

dalam Ucapan Upacara Main Puteri

BARIS FRASA DALAM UCAPAN TRANSKRIPSI FONEMIK

1. ore laing sega mega /ɔɣɛ laiɳ səga məga/

2. jatoh ko nik kuruh kering /ʤatoh kɔ niɁ kuɣuh kəɣiɳ/

3. sakek tok sega deme tok kebah /sakeɁ tɔɁ səga dəmɛ tɔɁ kəbah/

4. mandi tok basoh slimuk tok lindong /mandi tɔɁ basɔh slimuɁ tɔɁ lindoɳ/

5. make tok kenye /makɛ tɔɁ kəŋɛ/

6. kalu sunggoh nik nok tanggong /kalu suɳgoh niɁ nɔɁ taɳgoɳ /

7. sako ayoh zuriak mok bondo /sakɔ ayɔh žuɣiaɁ mɔɁ bɔndɔ/

8. nik bako baek /niɁ bakɔ baeɁ/

9. nik tanggong biya baek /niɁ taɳgoɳ bija baeɁ/

Jadual 4: Senarai Frasa dalam Ucapan Upacara Main Puteri dan Maksudnya dalam

Bahasa Melayu Standard.

BARI FRASA DALAM UCAPAN MAKSUD DALAM BAHASA


S MELAYU STANDARD
1. ore laing sega mega orang lain sihat sejahtera

2. jatoh ko nik kuruh kering apabila kamu, kurus kering

3. sakek tok sega deme tok kebah sakit tidak baik, demam tidak kebah

4. mandi tok basoh slimuk tok lindong mandi tidak basah, selimut tidak lindung

5. make tok kenye makan tidak kenyang

6. kalu sunggoh nik nok tanggong kalau sungguh kamu hendak menanggung

7. sako ayoh zuriak mok bondo saka ayah zuriat mak bonda

24
8. nik bako baek kamu keturunan baik

9. nik tanggong biya baek kamu tanggung yang baik

Ucapan / Lagu 2:

Kesignifikasiannya dengan masyarakat Melayu Kelantan.

Baris 1: ore laing sega mega

Baris 1 bermaksud ‘orang lain sihat sejahtera’. Sihat bererti bebas daripada sebarang

penyakit. Tubuh badan akan berfungsi dengan sebaiknya sebagaimana asal ia diciptakan.

Apabila ada gangguan sama ada sistem dalaman tidak berfungsi sebagaimana asalnya atau

ada serangan dari luar ke dalam tubuh, maka kesihatan akan terbantut, lalu tubuh menjadi

sakit dan tidak sihat lagi. Oleh itu, baris ini cuba untuk menerangkan bahawa terdapat

masyarakat lain yang kehidupannya sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera berbanding baris

yang seterusnya yang mengatakan sekiranya seseorang itu sakit dan lambat baik maka tubuh

badannya akan menjadi kurus kering dan tidak bermaya.

(Sumber: Informan)

Baris 2: jatoh ko nik kuruh kering

Baris 3: sakik tok sega deme tok kebah

Baris 2 bermaksud ‘apabila kamu, kurus kering’ diikuti dengan Baris 3 yang

bermaksud ‘sakit tidak baik, demam tidak kebah’. Kedua-dua ucapan tersebut ada kaitan

antara satu sama lain. Jika seseorang itu sakit dan lambat untuk sembuh maka ini akan

menyebabkan tubuh badannya akan menjadi lemah, kurus kering dan tidak bermaya.

Terdapat dua jenis penyakit yang terpaksa dihadapi oleh manusia iaitu penyakit luaran dan

25
juga penyakit dalaman. Penyakit luaran adalah merangkumi segala jenis penyakit luaran atau

pun penyakit yang boleh dirasai sakit pada tubuh badan manusia. Contohnya, demam boleh

mengakibatkan tubuh badan manusia itu akan mengalami suhu badan yang melebihi suhu

badan normal bagi tubuh badan manusia. Terdapat juga tanda-tanda demam seperti batuk-

batuk dan juga tubuh badan menjadi letih serta lesu kerana demam. Seterusnya ialah penyakit

dalaman adalah merangkumi penyakit dalaman manusia yang tidak boleh dilihat dengan

pancaindera manusia tetapi manusia hanya boleh merasai penyakit yang dihadapi. Antara

penyakit dalaman yang memerlukan perubatan Main Puteri ialah penyakit angin, penyakit

terkena buatan manusia. Penyakit-penyakit yang dihadapi oleh tubuh badan manusia adalah

memerlukan pengubatan Main Puteri bagi memulihkan penyakit tersebut. Oleh itu, penyakit

luaran dan dalaman seperti ini boleh menyebabkan seseorang itu sakit dan lambat untuk

sembuh maka akan menyebabkan tubuh badannya akan menjadi lemah, kurus kering dan

tidak bermaya.

(Sumber: Informan)

Baris 4: mandi tok basah slimuk tok lindong

Baris 5: make tak kenye

Baris 4 bermaksud ‘mandi tidak basah, selimut tidak lindung dan Baris 5 pula

bermaksud ‘makan tidak kenyang’. Kedua-dua ucapan tersebut saling berkaitan antara satu

sama lain. Baris 4 dan 5 ini mengatakan bahawa seseorang pergi ke upacara Main Puteri

adalah kerana orang tersebut jatuh sakit. Sehubungan itu, untuk mengetahui punca-punca

penyakit yang dihidapi oleh pesakit, pelbagai cara digunakan oleh Tok Teri untuk melihat

simptom penyakit seperti melalui mantera memujuk kuasa spiritual seperti jin, syaitan dan

iblis yang dikatakan menjadi punca seseorang itu jatuh sakit. Oleh kerana itu, pesakit tersebut

26
mengalami beberapa masalah dan berada dalam keadaan tidak stabil. Ini boleh menyebabkan

urusan harian pesakit terganggu dari segi fizikal dan mental.

(Sumber: Informan)

Baris 6: kalu sunggoh nik nok tanggong

Baris 7: sako ayoh zuriak mok bondo

Baris 6 bermaksud ‘kalau sungguh kamu hendak menanggung’. manakala Baris 7

pula bermaksud ‘saka ayah zuriat mak bonda’. Kedua-dua ucapan ini juga saling berkaitan

antara satu sama lain. Saka dalam ucapan ini merujuk kepada benda halus atau keturunan

makhluk halus pendamping daripada ibu bapanya. Istilah “saka”, dalam pemahaman

masyarakat Melayu Kelantan, merujuk kepada ilmu yang diturunkan kepada waris seperti

daripada ibu bapa atau datuk nenek kepada anak ataupun cucu dengan sengaja, seperti

melalui pengakuan waris untuk menerimanya, atau secara tidak sengaja seperti melalui

penerimaan sesuatu barang seperti keris lama yang melambangkan penerimaan waris

terhadap ilmu saka tersebut.

(Sumber: Hasbullah & Wan Faizah, 2012 dan Informan)

Baris 8: nik bako baek

Baris 9: nik tanggong biya baek

Baris 8 bermaksud ‘kamu keturunan baik’. dan Baris 9 pula bermaksud ‘kamu

tanggung yang baik’. Ucapan Baris 8 tersebut memberi tahu bahawa pesakit sebenarnya

berasal dari keturunan yang baik. Manakala, Baris 9 pula memberitahu bahawa jika pesakit

ingin bertanggungjawab atas keturunannya, biarlah perkara baik sahaja yang ditanggungnya.

Secara ringkasnya, maksud ucapan tersebut adalah bertujuan untuk memberikan kesedaran

27
kepada pesakit bahawa mereka tidak sepatutnya berada dalam keadaan yang sebegitu dan

mereka harus bangkit seterusnya keluar dari keadaan buruk yang mereka hadapi.

(Sumber: Informan)

7.3 Mengenalpasti alat muzik yang digunakan dalam upacara Main Puteri.

Pada bahagian ini, pengkaji akan menyenaraikan dan menerangkan alat muzik yang

mengiringi nyanyian atau ucapan Tok Teri dan Tok Minduk sewaktu menjalankan upacara

Main Puteri. Ensemble atau peralatan muzik yang mengiringi upacara Main Puteri terdiri

daripada rebab sebagai alat muzik utama, sepasang gong, gedombak, gendang, sepasang

canang dan sepasang kesi. Terdapat juga peminjaman alat dari teater tradisional Wayang

Kulit seperti serunai, geduk dan gedombak yang digunakan bergantung kepada babak dan

lagu yang dimainkan.

Setiap alat muzik ini perlu disimpan dan dijaga dengan rapi sekiranya tidak

digunakan. Biasanya, peralatan muzik ini akan dibalut dengan kain kuning sekiranya tidak

digunakan dan diletakkan di tempat yang selamat. Kesemua alat muzik ini akan diasapkan

dengan kemenyan yang disediakan sebelum upacara Main Puteri. Hal ini bertujuan untuk

membuang sial atau gangguan makhluk halus yang menumpang pada alat muzik berkenaan

semasa tidak digunakan. Satu persatu alat muzik akan diasapkan, di mana selepas diasapkan

akan dimainkan sebagai percubaan sehingga menghasilkan bunyi dan paluan yang baik.

Keadaan ini akan dilakukan satu persatu sehingga kesemuanya selesai (Nor Izzati:2015).

Berikut merupakan antara alat muzik utama yang digunakan dalam upacara Main Puteri:

i) Rebab

28
Rebab merupakan sejenis alat muzik yang penting dalam upacara Main Puteri. Rebab

dikatakan berasal dari keluarga alat muzik Chordofon, yang berbentuk seperti sebuah gitar

bertali tiga. Penciptaan alat muzik ini dikatakan telah dipengaruhi oleh alat muzik dari Asia

Barat. Kemasukan alat ini ke Asia Tenggara pula dipercayai dibawa oleh pedagang Arab.

Alat muzik ini mempunyai tiga bahagian seperti pucuk rebung, batang dan muka. Bahagian

muka rebab dibalut dengan kulit perut lembu. (Matusky, 1997; 27). Di penjuru sebelah kiri

atas bahagian muka pula dilekatkan dengan kulit getah lebah yang di panggil sebagai ‘susu’.

Pada masa dahulu, tali rebab ini diperbuat daripada benang besar dan kemudian digantikan

dengan benang kasar. Namun sekarang tali benang telah digantikan dengan tali gitar, gambus

atau biola mengikut peredaran waktu. Alat muzik ini digunakan untuk tujuan tertentu dalam

upacara Main Puteri iaitu gesekan rebab menunjukkan panggilan yang dibuat kepada

penawar penyakit (Mardiana Idayu:2013). Alat muzik ini berfungsi sebagai intro dan keynote

kepada lagu serta memainkan melodi bersama nyanyian daripada bridge kepada verse yang

mengiringi nyanyian Tok Minduk dan Tok Teri.

Gambar 1: Rebab

ii) Gendang

Gendang merupakan alat dari kumpulan memranofon yang mempunyai dua muka

kulit serta baluh berbentuk seperti tong panjang. Baluh yang berbentuk cembung diperbuat

dari kayu nangka. Gendang terdiri dari dua jenis iaitu gendang anak dan gendang ibu. Kulit

yang digunakan adalah dari belulang kambing dan lembu dan ditegangkan dengan tali rotan.

29
Timbre dan suku kata bagi gendang adalah ‘cak’ dan ‘ting’ bagi gendang anak manakala,

timbre ‘duh’ pula adalah untuk gendang ibu. Terdapat juga gendang yang diperbuat daripada

kayu yang berkualiti dan tahan lasak untuk mengeluarkan bunyi yang baik. Ia menggunakan

kulit harimau di sebelah kanan dan kulit kambing di sebelah kiri. Permukaan kulit kiri

dimainkan dengan tangan manakala sebelah kanan pula dimainkan dengan paluan kayu

Kemuning. Kedua-dua jenis gendang ini mempunyai tali yang memudahkannya untuk digalas

ke tempat-tempat permainan. Sekeliling gendang dililit dengan rotan keras sepanjang 1 kaki.

Alat ini lazimnya dibalut dengan kain berwarna kuning. Gendang digunakan dalam upacara

Main Puteri kerana pukulan gendang melambangkan pukulan kepada penyakit supaya

penyakit yang dihidapi hilang (Mardiana Idayu:2013).

Gambar 2: Gendang

iii) Canang

Canang merupakan sejenis alat muzik yang berasal dari keluarga gong yang berukuran

kecil. Ia merupakan dua gong kecil yang berbusut diletakkan secara mendatar di dalam kotak

kayu. Canang dipukul menggunakan dengan pemukul kayu yang dibalut dengan getah di

hujungnya. Sama juga seperti tetawak kedua-duanya mempunyai pic yang berbeza. Canang

30
berperanan sebagai alat penanda masa dalam upacara Main Puteri. Canang diperbuat daripada

perenggu atau loyang dan bahagian tepinya melengkung ke dalam. Pada bahagian muka

canang pula ada tombol kecil. Pemalu canang diperbuat daripada kayu dan bahagian yang

dipalu ialah bahagian tombol canang. Biasanya canang dimainkan secara berpasangan iaitu

Canang ; 'ibu' dan 'anak'. Perbezaan antara dua canang ini akan hanya dapat dikesan melalui

bunyi yang dihasilkan oleh alat muzik tersebut.

Gambar 3: Canang

8.0 KESIMPULAN

Kajian ini telah mengupas kepercayaan sebilangan masyarakat Melayu yang

membudayakan pengamalan elemen magis dalam perubatan melalui upacara Main Puteri.

Masyarakat Melayu terdahulu sememangnya berpegang kuat kepada fahaman animisme dan

ianya telah diperturun serta diwarisi dari generasi ke generasi. Kajian ini telah menghuraikan

31
tentang latar belakang upacara, menganalisiskan ucapan yang dilafazkan dalam upacara Main

Puteri dan juga alat muzik yang digunakan dalam upacara Main Puteri.

Keadaan ini menyebabkan wujudnya segelintir masyarakat pada hari ini yang masih

berpegang dan mengamalkan fahaman tersebut. Situasi ini dapat dibuktikan melalui

kepercayaan anggota masyarakat terhadap persembahan kebudayaan tradisional masyarakat

Melayu seperti upacara Main Puteri. Hal ini boleh dikatakan kerana Main Puteri adalah salah

satu cara perubatan tradisional yang merupakan ikhtiar manusia dalam menyembuhkan

penyakit yang tidak mampu dikesani melalui cara perubatan moden.

Upacara Main Puteri yang dahulunya diamalkan sebagai alternatif bagi

menyembuhkan penyakit telah berubah fenomenanya. Kini, Main Puteri ini lebih berfokus

kepada persembahan kebudayaan dan berfungsi sebagai hiburan pada masa lapang bagi

masyarakat yang pernah mengamalkannya. Persembahan upacara Main Puteri yang

dipertontonkan di teater dan disiarkan dalam dokumentari televisyen adalah satu inisiatif

yang amat baik untuk memastikan budaya masyarakat Melayu yang pernah diamalkan dan

menjadi kelaziman dalam masyarakat pada suatu masa dahulu tidak hilang ditelan zaman.

Kesimpulannya, biarpun upacara Main Puteri ini tidak lagi menjadi amalan lazim

dalam masyarakat sebagaimana pada masa dahulu namun, ianya merupakan satu budaya yang

sangat signifikan dalam masyarakat Melayu khususnya di Kelantan. Nilai yang pernah

dibawa oleh upacara ini menjadikannya wajar untuk dihargai dan sentiasa diingati sebagai

antara identiti masyarakat Melayu itu sendiri.

BIBLIOGRAFI

Aida Nurul Ain Abd Rahman & Mohammad Nazzri Ahmad (2017). Faktor Terapeutik dalam
Main Peteri. Jurnal Pengajian Melayu, 28(1), 21–44.
https://ejournal.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/9611

32
Aishah@Eshah Haji Mohamed, & Abd Aziz Haji Bidin. (2012). Tumbuhan dalam Upacara
Perbomohan: Kes Main Teri di Kelantan (Plants in the healing ritual ceremony: The
case of Main Teri in Kelantan). Geografia-Malaysian Journal of Society and Space,
8(4). https://ejournal.ukm.my/gmjss/article/view/18335
Azlina Musa & Yusmilayati Yunos. (2011). Simptom-Simptom Penyakit dalam Main Teri:
Satu Kajian Kes di Kampung Pasir Mas, Kelantan (Symptoms Of Disease In Main
Teri: A Case Study In Kampung Pasir Mas, Kelantan). Jurnal Melayu, 8.
Hasbullah, H. W. A. H. (2012). Penyakit Saka sebagai Culture-Bound Syndromes (CBS)
dalam Masyarakat Melayu di Kelantan, Malaysia: Kepelbagaian Rawatan Alternatif.
Sosiohumanika, 5(1).
https://journals.mindamas.com/index.php/sosiohumanika/article/viewFile/464/462
Nur Aqidah A. Aziz, Mardiana Idayu Ahmad, Darlina Md. Naim & Haron Daud. (2013).
(et.al)Main Pateri dan Persekitaran Fizikal: Kajian Kes di Kampung Jedok, Ayer
Lanas, Kelantan. Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu.
http://jurnal.dbp.my/index.php/Melayu/article/view/4527
Portal Rasmi Pejabat Sultan Negeri Kelantan
https://pejsultan.kelantan.gov.my/index.php/mediasuk/sejarah-kesultanan-kelantan
Dasrita. (2018). Efektivitas Penggunaan Simbol Komunikasi Nonverbal dalam Tradisi
Perkawinan. https://repository.ar-raniry.ac.id/id/eprint/5965/2/Dasrita.pdf
Mansur, Moh. Dahlan.  (1970).  Sedjarah Minangkabau.  Djakarta :  Bhratara
Mohd Rosli bin Saludin & Siti Hajar binti Raihan, “Selilit pulau percaSelembang Tanah
Melayu Sealam tanah Minangkabau Sebengkah tanah terbalik Sehelai akar yang putus
Sejenang kuda berlari,”  Malaycivilization, accessed January 10,
2022, https://www.malaycivilization.com.my/items/show/100730.
Navis, A. A. (1984). Alam terkembang jadi guru : adat dan kebudayaan minangkabau (Cet.
1). Grafiti Pers.

33

You might also like