You are on page 1of 5

1.

0 PENGENALAN Sastera kanak-kanak merupakan bidang yang sangat menarik dan penting kerana peranannya dalam mewujudkan dunia kanak-kanak yang menggembirakan. Bagi mereka yang berpeluang menatapi bahan sastera kanak-kanak dalam proses pendidikan dan pembesaran mereka, cerita dan watak-watak yang segar akan terus hidup dalam ingatan sehingga menjadi kenang kenangan abadi yang sukar dipadamkan. Sastera kanak-kanak menampilkan penulis, pelukis dan penerbit terkenal. Sastera dan penerbitan kanak-kanak merupakan sebahagian komponen yang tidak dapat dipisahkan dari aspek pengajaran dan pembelajaran. Sastera kanak-kanak digunakan secara umum untuk dinikmati bukan sahaja oleh kanakkanak tetapi juga oleh orang dewasa. Kebanyakkan pengkaji sastera kanak-kanak menyatakan bahawa bukan mudah untuk mendefinisikan istilah buku sastera kanakkanak secara tepat dan dipersetujui umum. Terdapat perbezaan daripada satu budaya ke satu budaya yang lain, dari satu zaman ke satu zaman yang lain. Keadaan ini akan menyulitkan kita untuk membincangkan pengertian buku atau sastera kanak-kanak. Sastera kanak-kanak pada umumnya dianggap sebagai suatu yang mudah untuk kanak-kanak membaca dan memahami. Bagi subjek KAZ1073Sastera Kanak-Kanak Dan Teknik Bercerita. Saya telah diberikan tugasan untuk mengulas sebuah cerita kanak-kanak. Ulasan buku yang perlu diulas hendaklah berkaitan dengan dengan empat elemen iaitu, intelek

(kognitif), emosi (perasaan), imaginasi (khayalan) dan teknik (susunan cerita). Buku yang dipilih hendaklah sesuai dengan umur kanak-kanak dalam lingkungan umur empat hingga enam tahun.

2.0 ULASAN BUKU Buku yang saya pilih bertajuk Sebelum Hujan Turun karya Sulaiman Zakaria. Buku ini merupakan fiksyen sains untuk kanak-kanak. Buku ini telah diterbitkan oleh Arowana Publications. Buku yang berfiksyen sains ini tidak terlalu awal untuk memperkenalkan kanak-kanak beberapa topik berhubung sains kerana mereka secara semula jadi mempunyai perasaan ingin tahu akan perkara-perkara yang
1

terjadi di persekitaran mereka. Dalam siri ini, terdapat lapan buah buku cerita yang menunjukkan perkara-perkara yang aneh dan menganggumkan tentang dunia haiwan dan tumbuhan di sekeliling kita. Sebagai panduan kepada ibu bapa dan guru-guru, fakta-fakta disediakan pada setiap akhir cerita ini. maklumat tambahan ini kemudia akan dapat diberitahu kepada kanak-kanak supaya cerita-cerita ini lebih menarik dan dapat menambahkan pengetahuan am mereka.

Buku ini mengisahkan seekor arnab yang dalam perjalanan pulang ke rumah dan berjumpa dengan beberpa ekor haiwan yang menunjukkan tindak balas dengan segera kepada persekitaran. Buku cerita sebelum hujan turun, bermula dengan kisah apabila seekor arnab berjumpa dengan burung layang-layang yang terbang rendah. Lalu arnab itu menanyakan kepada layang-layang sebab burung layanglayang itu terbang begitu rendah. Burung layang-layang memberitahu bahawa dia akan memakan kepinding-kepinding yang basah kuyup dan tidak boleh terbang tinggi.

Setelah itu, arnab ke kolam ikan dan arnab berasa hairan apabila melihat banyak ikan timbul di permukaan air. Arnab terus menanyakan kepada ikan dengan kehairanan kenapa mereka timbul di permukaan air. Ikan tersebut menjawab mereka memerlukan udara yang segar kerana udara di dalam air semakin kurang apabila hujan akan turun. Arnab dalam kehairanan terus berlari pulang. Semasa berlari pulang, arnab terlihat semut yang berpindah dari sarang-sarang mereka. Arnab pun menanyakan mengapa semut terburu-buru untuk berpindah ke tempat baharu. Semut pun menjawab bahawa dia akan berpindah ke tempat yang lebih tinggi sebelum sarang mereka ditenggelami air.

Setalah itu, arnab terus berlari pulang untuk memberitahu ibunya bahawa hujan akan turun dan menyuruh ibunya mengangkat padi yang dijemur. Ibunya menanyakan bagaimana arnab tersebut mengetahui tentang hujan akan turun. Lalu arnab pun menjawab dengan bangga bahawa layang-layang terbang rendah, ikan-

ikan timbul di permukaan air dan semut-semut pula bepindah. Semua ini menunjukkan tanda-tanda hujan akan turun.

3.0 PENILAIAN

3.1 Unsur Intelek Melalui pembacaan saya, buku ini sangat bersesuaian dengan kanak-kanak kerana menggunakan perkataan-perkataan yang mudah dan ayat-ayat yang ringkas. Buku ini banyak memberi idea kepada kanak-kanak untuk mengembangkan intelektual kanak-kanak. Hal ini kerana perkembangan intelektual kanak-kanak merupakan paras pengetahuan dan keupayaan kanak-kanak menggunakan pengetahuan kanak-kanak untuk memahami dunia di sekitar mereka. Menurut Jean Piaget, ketika ini kanak-kanak mengalami tahap perkembanga intelektual peringkat operasi konkrit iaitu mereka sudah mampu membentuk pemikiran logik yang terhad kepada objek maujud.

Melalui pembacaan saya terhadap buku Sebelum Hujan Turun, unsur intelek yang terdapat dalam buku ini adalah apabila burung layang-layang dan haiwanhaiwan lain menyatakan tentang tanda-tanda hujan akan turun. Arnab berfikir tentang bagaimana haiwan-haiwan lain mengetahui tanda-tanda hujan akan turun. Apabila perubahan cuaca, haiwan akan menunjukkan tindak balas terhadap persekitaran. Arnab dapat memberitahu ibunya tentang keadaan cuaca selepas arnab berjumpa dengan haiwan-haiwan yang melakukan aktiviti yang menunjukkan tanda-tanda hujan akan turun. Contohnya, apabila layang-layang terbang rendah, adalah menunjukkan bahawa hujan akan turun. Sebaliknya, apabila layang-layang terus terbang tinggi, ini menunjukkan hari yang cerah. Selain itu, ikan akan timbul di permukaan air untuk mendapatkan udara yang segar apabila kandungan oksigen di dalam air tidak mencukupi. Setelah itu, apabila semut-semut mula berpindah ke tempat yang tinggi. Hal ini kerana mereka merasakan pengurangan kelembapan udara.

3.2 Unsur Emosi Emosi memainkan peranan penting dalam kehidupan kanak-kanak. Lazimnya apabila sesuatu pengalaman emosi itu menyenangkan. Mereka akan berasa terdorong untuk mencapai sesuatu matlamt itu. Emosi menambahkan keseronokkan kepada pengalaman seharian mereka dan akan menjadi penggerak kepada tindakan dan memberikan makna kepada bentuk tindakan yang diambil. Contohnya, apabila gembira, mereka akan melakukan aktiviti dengan seronok dan apabila sedih mereka akan menunjukkan sifat-sifat agresif. Ini menunjukkan perlakuan merekan menandakan keadaan emosi mereka.

Di dalam kisah sebelum hujan turun ini unsur emosi kurang diserlahkan kerana buku ini lebih kepada unsur intelek bagi menunjukkan tahap pemikiran kanak-kanak. Namun begitu, unsur emosi yang ketara kelihatan adalah gembira dan keseronokkan arnab apabila dia mendapat pujian daripada ibunya kerana telah mempelajari sesuatu daripada tindakan haiwan-haiwan lain. Selain itu, emosi ketakutan juga dapat dilihat apabila arnab berlari ke rumahnya kerana bimbang padi yang dijemur oleh ibunya belum diangkat dan kemungkinan akan basah kerana hujan akan turun dengan lebat.

3.3 Unsur Imaginasi Kanak-kanak dan imaginasi adalah sesuatu yang saling berkait rapat. Mereka belajar menerusi imaginasi. Imaginasi kanak-kanak kadang-kadang melangkaui jangkaan. Di antara individu yang paling memberi kesan terhadap imaginasi kanakkanak ialah mereka yang paling rapat dengannya iaitu ibu bapa atau pengasuh Menurut Marjorie Taylor, seorang pakar psikologi merangkap penyelidik daripada University of Oregon in Eugene, kanak-kanak menggunakan imaginasi sebagai alat pemikiran mereka. Mereka menggunakan imaginasi untuk mencari penjelasan kepada beberapa perkara yang sukar mereka fahami dalam kehidupan, seperti masalah keluarga, isu ketuhanan, mahupun dunia kanak-kanak sebelum kelahiran. Kanak-kanak juga gemar berimaginasi bagi mengatasi kesakitan dan kedukaan yang mereka alami.
4

Melalui pembacaan saya menerusi buku ini, unsur imaginasi kanak-kanak kanakkanak akan meningkat dengan adanya unsur suspen dan tanda Tanya. Iaitu apabila arnab mula memikirkan keadaan ikan apabila timbul di permukaan air, dan semutsemut mula berkumpul untuk berpindah ke kawasan lain dalam jangka masa yang terdekat.

3.4 Unsur Teknik Teknik sastera kanak-kanak adalah cara pengaarang mengolah dan

menggunakan ayat untuk menarik perhatian pembaca. Contohnya meletakkan adegan-adegan yang aneh dalam sesebuah buku cerita.

Di dalam buku ini lebih kepada teknik visual iaitu gambar yang menarik dan besar. Melalui gambar kanak-kanak dapat mengolah ceritanya sendiri. Selain itu, teknik cerita jenis berunsurkan sains dan alam sekitar juga lebih ditekankan kerana buku ni merupakan jenis buku berfiksyen sains. Contoh nya tentang perubahan cuaca dan alam semula jadi.

4.0 KESIMPULAN Banyak haiwan dan alam semula jadi memiliki kelebihan yang diperolehi sejak lahir yang membolehkan mereka bertindak balas dengan segera kepada persekitaran. Apabila cuaca berubah, haiwan-haiwan akan menunjukkan tindak balas yang lebih hebat daripada manusia. Ini bukan beerti haiwan-haiwan ini dapat meramal cuaca. Ini hanyalah hasil tindak balas fisiologi haiwan-haiwan ini kepada perubahan di persekitaran mereka. Manusia sebaliknya mampu membuat kesimpulan yang baik terhadap perubahan cuaca terhadap pemerhatian secara mendalam dan berulangulang terhadap kelakuan haiwan-haiwan. Buku berfiksyen sains ini akan meningkatkan perkembangan kognitif kanak-kanak dan membuatkan kanak-kanak berfikir.

You might also like