You are on page 1of 26

TEORI JEAN-JACQUES ROUSSEAU (1712-1778)

DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


1.0 BIODATA TOKOH
JEAN-JACQUES ROUSSEAU (1712-1778)
Beliau adalah seorang ahli falsafah Perancis. Dilahirkan di
Geneva, merupakan anak kepada Isaac Rousseau iaitu seorang
pembuat jam tangan. Ibunya telah meninggal dunia ketika beliau
baru dilahirkan. Pada awal 10 tahun umurnya, dia telah dibesarkan
oleh ayahnya seorang. Setelah tahun 1722 beliau dipisahkan dari
ayahnya yang keluar dari Geneva untuk mengelakkan diri dari
dipenjarakan kerana terlibat dengan pergaduhan. Jean Jacques
telah dihantar ke Bossey oleh sepupunya dan 2 tahun selepas itu
beliau

berpindah

saudaranya.

semula

(Stangroom,

ke

Geneva
J.

&

tinggal
Garvey,

bersama

bapa

J.,

2005)

Beliau dikenali kerana bukunya Emile yang membincangkan asuhan


dan pendidikan awal kanak-kanak. Emile, seorang kanak-kanak
yang digambarkan oleh Rousseau dalam novelnya dibesarkan di
sebuah pulau yang tidak dicemari pengaruh persekitaran yang
penuh dengan kejahatan. Emile belajar daripada alam semula jadi
dengan menggunakan deria di bawah bimbingan ibu dan bapanya
dalam suasana yang sangat indah. Beliau menggambarkan Emile
sebagai seorang kanak-kanak yang berkebolehan, membesar dan

berkembang dalam suasana yang bebas daripada gangguan luar.


(Azizah Lebai Nordin, 2002)
1.1 TEORI NATURALISME
Pandangan beliau dalam pendidikan awal kanak-kanak dikenali
sebagai

naturalisme.

Bagi

Rousseau,

naturalisme

bermakna

meninggalkan pengaruh masyarakat yang penuh dengan kepurapuraan. Hal ini bermakna, kanak-kanak di ajar tanpa sebarang
pengaruh dari luar iaitu berlaku secara proses semula jadi dalam diri
kanak-kanak. Menurut Rousseau, kanak-kanak dilahirkan tanpa
mewarisi sebarang sikap-sikap yang buruk tetapi semula jadi yang
baik.

Alasan

beliau

pendidikan

awal

kanak-kanak

seharusnya

bertindak balas dengan perkara-perkara yang baik dan memberikan


laluan kepada minat dan aktiviti yang spontan daripada kanakkanak.
Menurut Rousseau :
Let us lay it down as and incontrovertible rule that the first
impulses of nature are always right, there is no original sin in the
human heart... the only natural passion is self-love or selfishness
taken in a wider sense. (Anne, G. M. & Kathryn, B. W., 2004)
Walaupun

beliau

bukan

seorang

pendidik,

beliau

telah

mencadangkan atmosfera sekolah seharusnya kurang halangan dan


lebih fleksibel untuk memenuhi kehendak kanak-kanak. Beliau

menekankan penggunaan material yang konkrit daripada yang


abstrak

dan bersimbol.

Beliau

menegaskan

naturalisme

telah

menggantikan pendidikan di dalam cara yang memerlukan seorang


guru lebih fokus kepada pendidikan awal kanak-kanak. Menurut
beliau, dalam bukunya, Emile (1761), pengorbanan sedikit masa
semasa zaman kanak-kanak akan dibalas apabila kanak-kanak itu
dewasa (Anne, G. M. & Kathryn, B. W., 2004). Hal ini bermakna
semasa

zaman

kanak-kanak,

mereka

seharusnya

didedahkan

dengan pendidikan yang bercorak naturalisme iaitu membenarkan


perkembangan individu tanpa gangguan dan halangan. Contohnya,
kanak-kanak dibiarkan bebas meneroka persekitaran sekelilingnya
tanpa

gangguan

dan

halangan

dari

sesiapa.

Bagi

Rousseau,

pendidikan secara semula jadi dapat mempertingkatkan kualiti


seperti kegembiraan, kespontanan dan inkuisitif.
Falsafah beliau, manusia pada asal kejadiannya adalah baik.
Oleh itu pendidikan haruslah menggalakkan supaya kebaikan itu
dapat berkembang. Dalam novelnya Emile beliau menggambarkan
pandangannya terhadap alam seperti berikut God makes all things
good, man meddles with them and they become evil.(Morrison,
2001). Kanak-kanak bagaikan kain putih yang dilahirkan bersih
tanpa sebarang pengaruh yang negatif. Ibu bapa dan persekitaran
di sekelilingnya yang akan menyebabkan bagaimana tingkah laku

kanak-kanak itu terbentuk. Oleh itu, kanak-kanak haruslah diisi,


dididik dan diasuh dengan pelbagai aspek dalam kehidupan dan
harus diberi peluang untuk merasai pelbagai pengalaman dalam
proses pembelajaran dan menjadi seorang individu yang baik.
Dalam

aspek

pendidikan

awal

kanak-kanak,

beliau

menganggap semasa kanak-kanak dilahirkan mereka di dalam


keadaan baik. Mereka harus diberi peluang untuk melahirkan
perasaan dan kecenderungan mereka secara bebas. Rousseau
berpendapat setiap kanak-kanak itu unik dan beliau yakin bahawa
keseimbangan sosial dan emosi itu penting dari pengumpulan
maklumat dan kemahiran. Di dalam falsafahnya, beliau menekankan
empat perkara iaitu, kebebasan, perkembangan, minat dan aktiviti.
Proses

pendidikan

menitikberatkan

berpusatkan

proses

kepada

perkembangan

kanak-kanak

sangat

kanak-kanak

secara

spontan. (Azizah Lebai Nordin, 2002)


1.2 SUMBANGAN
Menurut Azizah Lebai Nordin di dalam bukunya Pendidikan
Awal Kanak-kanak Teori dan Amali (2002), sumbangan Rousseau
yang terbesar adalah huraiannya tentang ciri semula jadi kanakkanak mengikut peringkat umur yang berbeza. Pandangan Rousseau
tentang pendidikan ini telah membentuk kurikulum yang disusun
mengikut peringkat umur yang berbeza dan berdasarkan minat dan

kecenderungan

kanak-kanak.

Pendidikan

harus

berteraskan

pengalaman, kanak-kanak menggunakan objek sebelum mengenali


sumber, dan mereka diperkenalkan dengan perkara konkrit sebelum
abstrak.
Hal ini sangat berkaitan dengan pembelajaran sains untuk
pendidikan

awal

kanak-kanak.

Semulajadinya

kanak-kanak

mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi dan mereka akan mula
mencari jawapan untuk pertanyaan-pertanyaan mereka. Jika kanakkanak itu cenderung dalam perkara bertukang atau membina
sesuatu, dia akan membuat eksperimen ke atas blok-blok kayu
untuk

membentuk

bangunan

atau

membina

kayu

itu tinggi,

kemudian menjatuhkannya semula. Manakala, jika kanak-kanak itu


mempunyai minat atau cenderung pada bunyi-bunyian, dia akan
lebih menumpukan pada bunyi blok-blok kayu apabila jatuh, apabila
diketuk dan apabila dibaling. Hal ini terserah kepada kecenderungan
minat mereka dan kemampuan mereka untuk mengkaji bahan
tersebut tanpa arahan atau halangan dari orang dewasa atau guru.
Dalam matapelajaran sains, kanak-kanak akan didedahkan dengan
perkara konkrit sebelum abstrak sepertimana yang telah disarankan
oleh Rousseau.
Peranan
membiarkan

seorang

guru

kanak-kanak

adalah

menjadi

meneroka

pembimbing

untuk

dan

memperoleh

pengetahuan,

bukan

sekadar

mengharapkan

pengajaran

guru

dengan menggunakan buku teks. Beliau juga mengemukakan teori


pendidikan yang berpendapat bahawa pembelajaran berlaku melalui
pemerhatian secara langsung terhadap bahan-bahan yang maujud.
Hal ini supaya kanak-kanak boleh memperolehi ilmu yang lebih
berkesan.

Selain

itu,

kanak-kanak

juga

dapat

mengaitkan

pembelajaran dengan kehidupan seharian mereka.


Peranan seorang guru sains juga selaras dengan pendapat
Rousseau.

Seorang

guru

sains

tidak

seharusnya

menyekat

pembelajaran kanak-kanak pada buku teks atau kertas-kertas kerja.


Mereka haruslah mendedahkan kanak-kanak pada ilmu sains yang
lebih berkesan. Membiarkan kanak-kanak membuat pemerhatian
dan seterusnya mengkaji pemerhatian mereka bagi mendapat
jawapan. Sains juga sangat menitikberatkan penggunaan bahanbahan maujud bagi memberi kanak-kanak mendapat ilmu yang
lebih berkesan.
Beliau banyak menekankan kepada pembelajaran kanak-kanak
secara semula jadi. Kandungan kurikulumnya mengandungi aktivitiaktiviti yang berdasarkan pengalaman deria kanak-kanak. Rousseau
percaya bahawa kanak-kanak perlu didedahkan dengan penggunaan
pelbagai objek dan aktiviti-aktiviti yang meminta mereka melaluinya
sendiri

seperti

merasai

benda

yang

panas

atau

sejuk,

membandingkan saiz kecil atau besar dan rasa keras atau lembut.
(Azizah Lebai Nordin, 2002). Proses ini merupakan pembelajaran
dari pengalaman pertama kanak-kanak. Mereka diberi peluang
untuk meneroka dan melalui pengalaman tersebut dengan sendiri.
Antara contoh-contoh aktiviti sains yang berkaitan dengan saranan
beliau ialah :
Memerhatikan daun yang berlainan bentuk
Mendengar bunyi burung
Menanam pokok
Melukis bayang-bayang diri sendiri pada masa yang berlainan
Bermain dengan magnet
Memerhatikan perubahan cuaca
Berjalan disekeliling sekolah untuk memerhatikan jenis-jenis binatang
Beliau juga menyarankan ibu bapa dan guru menggunakan
kaedah pengajaran yang semula jadi dalam perkembangan awal
kanak-kanak.
parents and teachers allow children to develop according to their
natural abolities, do not interfere with development by forcing
education, and tend not to overprotect them from the corrupting
influences of society.(Marrison,1995)
Menurut Azizah Lebai Nordin (2002), ibu bapa dan guru perlu
membuat pemerhatian terhadap perkembangan kanak-kanak dan
menyediakan pengalaman-pengalaman berdasarkan masa yang
sesuai. Pendidikan pada pandangan Rousseau berlaku melalui tiga
punca

iaitu

semula

jadi,

manusia

dan

benda.

Semula

jadi

merupakan faktor utama dalam pendidikan awal kanak-kanak. Hal


ini kerana faktor ini dapat membantu kanak-kanak lebih memahami
sesuatu pembelajaran dan penerokaan yang dilakukan oleh mereka.
Kanak-kanak itu secara semula jadinya mempunyai rasa ingin tahu
dan suka meneroka sesuatu bagi mendapat pengetahuan baru. Oleh
itu, guru perlu memerhatikan murid dan menanyakan soalan ke
arah membimbing kanak-kanak lebih memahami perkara yang
mereka sedang terokai. Guru perlu memberi peluang kepada kanakkanak untuk menceritakan apa yang mereka sedang lihat, fikir,
melakukan, akan melakukan atau apa jua persoalan yang berada di
dalam minda mereka. Manusia pula merupakan aspek penting di
dalam pendidikan. Hal ini kerana manusia adalah mereka yang
menerima pembelajaran dan yang memberi pengajaran. Manakala
benda adalah sumber yang membantu manusia lebih memahami
sesuatu pembelajaran. Ketiga-tiga punca pendidikan ini dapat
membantu perkembangan sains dalam diri kanak-kanak dengan
lebih baik.
2.0 PERSEKITARAN AWAL SAINS UNTUK KANAK-KANAK
Dalam

pembelajaran

sains

awal

kanak-kanak,

proses

pembelajaran harus melalui proses bertindak dan berfikir. Cara yang


terbaik

adalah

dengan

memberi

kanak-kanak

aktiviti

dari

pengalaman sendiri. Seorang guru harus mengetahui bahawa setiap

kanak-kanak mempunyai rasa ingin tahu yang tersendiri. Rasa ingin


tahu ini akan membuatkan kanak-kanak suka bertanya banyak
soalan. Hal ini kerana pembelajaran dilakukan oleh kanak-kanak itu
sendiri (orang lain tidak boleh belajar untuknya). Selain itu,
pembelajaran berlaku semasa kanak-kanak cuba memahami alam
persekitaran

mereka

bersamaan

dengan

teori

Rousseau

iaitu

pendidikan berlaku melalui tiga punca iaitu semula jadi, manusia


dan benda. Oleh itu, pembelajaran akan berlaku apabila kanakkanak mula membina pengetahuan daripada persekitaran mereka.
Pembelajaran

adalah

satu

proses

interaksi

kanak-kanak

dengan persekitarannya. Persekitaran ini terdiri daripada rakan


sebaya, orang dewasa dan alam sekitar. Kanak-kanak secara semula
jadinya mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Semua objek yang
terdapat di sekeliling mereka boleh menjadi alatan permainan
mereka. Mereka akan berimaginasi dengan objek yang terdapat di
alam sekitar mereka dan bermain secara aktif dengan peralatan
tersebut. Hal ini kerana kanak-kanak merupakan ahli sains secara
semula

jadi,

mereka

akan

menerokai

persekitaran

melalui

pemerhatian seterusnya melakukan percubaan iaitu bereksperimen.


Pembelajaran

ini

merupakan

salah

satu

aspek

yang

telah

dipertengahkan oleh Rousseau di dalam sumbangan beliau untuk


pendidikan awal kanak-kanak.

Di dalam pembelajaran inkuiri, kanak-kanak diberi peluang untuk


belajar tentang persekitaran secara semula jadi. Mereka digalakkan
untuk bertanya pelbagai soalan dan melakukan eksperimen bagi
mencari jawapan untuk soalan yang mereka kemukakan. Perasaan
ingin tahu kanak-kanak juga diterapkan secara semula jadi dan
dibiarkan

agar

kanak-kanak

lebih

bermotivasi

untuk

mencari

jawapan. Mereka diberi aktiviti-aktiviti berdasarkan pengalaman


sendiri dan memerlukan pemikiran minda yang kreatif. Selain itu,
pembelajaran inkuiri juga memerlukan penglibatan kanak-kanak
secara langsung dan aktif dari segi mental dan fizikal. Aktiviti sains
melalui pembelajaran ini memerlukan kanak-kanak melakukan
eksperimen daripada guru hanya mengajar mata pelajaran sains itu
semata-mata.
Manakala pembelajaran secara penerokaan pula memberi kanakkanak idea-idea yang menarik. Pembelajaran ini adalah hasil yang
diperolehi daripada pembelajaran inkuiri. Ia memerlukan kanakkanak meneroka secara aktif dan membina idea bagi membentuk
konsep-konsep yang baru. Pembelajaran ini juga memerlukan
penglibatan yang aktif dan pengalaman sebenar dalam melakukan
sebarang penerokaan. Penerokaan yang aktif melibatkan kanakkanak

untuk

membuat

pemerhatian.

Contohnya,

kanak-kanak

memerhati perubahan suhu, angin, awan, warna, bentuk, tekstur


dan bau.
Kedua-dua pembelajaran inkuiri dan belajar melalui penerokaan ini
sangat bersesuaian dengan pendapat Rousseau iaitu, parents and
teachers allow children to develop according to their natural
abolities, do not interfere with development by forcing education,
and tend not to overprotect them from the corrupting influences of
society.(Marrison,1995)
Kanak-kanak juga digalakkan bertanya soalan dan mencari
jawapan

melalui

penerokaan

dan

eksperimen.

Hal

ini

akan

membantu kanak-kanak menjana daya pemikiran yang lebih kreatif


dan inovatif. Selain itu, penerokaan yang aktif melibatkan kanakkanak

membuat

perbandingan

contohnya

bekas

manakah

mempunyai paling banyak air dan bahan apakah dapat tertarik


dengan magnet. Kanak-kanak juga digalakkan untuk melakukan
pengelasan

seperti

mengumpulkan

daun-daun

dan

mengasingkannya mengikut warna atau saiz serta mereka juga


sangat digalakkan untuk berkomunikasi untuk pembelajaran aktif.
Penerokaan aktif akan mengembangkan kemahiran pembelajaran
sepanjang

hayat

kanak-kanak

iaitu

kebolehan

membuat

pemerhatian yang tepat, bertanya soalan, membuat perbandingan,


membuat pengelasan dan berkomunikasi.

Dalam aktiviti sains, guru haruslah menjadi seorang yang fleksibel


dan kreatif. Guru harus bersedia dengan sebarang persoalan
daripada

kanak-kanak.

Guru

juga

harus

pandai

merancang

pembelajaran dan aktiviti yang dapat menggalakkan perasaan ingin


tahu dalam diri setiap kanak-kanak contohnya membekalkan bahanbahan yang menarik untuk diterokai dan dimainkan oleh kanakkanak. Bagi menjawab soalan kanak-kanak dengan lebih baik, guru
harus menyediakan persekitaran dan peluang untuk kanak-kanak
meneroka. Kanak-kanak harus diberi peluang untuk membuat
eksperimen dan menyelesaikan masalah tanpa sebarang pengaruh
daripada

guru.

Kanak-kanak

harus

diberi

pendedahan

dan

kebebasan untuk mencari jawapan melalui pengalaman sendiri.


Tugas guru hanyalah sebagai perangsang dan panduan kepada
kanak-kanak bagi mencapai objektif pembelajaran. Semua ciri-ciri
guru ini sangat berhubung kait dengan teori naturalisme yang di
sarankan oleh Rousseau.
Sebagai fasilitator juga, guru perlu membimbing kanak-kanak untuk
memerhatikan objek, peristiwa dan perlakuan yang biasa. Guru juga
harus menggalakkan kanak-kanak bertanya soalan semasa mereka
memanipulasikan bahan-bahan itu untuk mencari jawapan kepada
soalan yang muncul dalam otak mereka, contohnya semasa kanakkanak merasakan jenis pasir yang berbeza, mereka mungkin akan

bertanya kenapa ianya berlainan. Guru juga harus menunjukkan


minat terhadap bahan yang kanak-kanak sedang teroka dengan
memberi

reaksi

teruja

dan

positif

terhadap

mereka.

Bagi

menunjukkan bahawa guru berminat terhadap apa yang diterokai


oleh kanak-kanak, guru boleh bertanya pelbagai soalan kepada
kanak-kanak, mempamerkan sikap mari kita cari (lets find out)
yang merupakan asas dalam pembelajaran sains dan merangsang
kanak-kanak untuk terus meneroka. Perkara ini sangat bertepatan
dengan teori naturalisme Rousseau iaitu guru perlu menekankan
empat perkara iaitu, kebebasan, perkembangan, minat dan aktiviti.
3.0 PERKAITAN ANTARA TEORI DAN KEPENTINGAN AKTIVITI
SAINS
Aktiviti sains menggalakkan kanak-kanak untuk meneroka dan
mengenali dunia sekeliling mereka. Sama seperti apa yang telah
diperkatakan oleh Rousseau di dalam teori naturalismenya. Setiap
kanak-kanak mampu belajar secara semula jadi dan meninggalkan
segala pengaruh dan halangan dari masyarakat sekeliling.
Penekanan teori naturalisme Rousseau mempunyai perkaitan
dengan pembelajaran inkuiri dan secara penerokaan. Selain itu,
teori ini juga merupakan asas bagi menggalakkan kanak-kanak
mendapat pembelajaran yang bermakna dalam hidup. Kanak-kanak
juga diberi peluang untuk meneroka persekitaran tanpa syarat,

peraturan dan pengaruh dari orang dewasa. Mereka dapat belajar


secara semula jadi melalui pengalaman sebenar.
Sains juga boleh membantu kanak-kanak membesar dengan
kepintaran yang semula jadi. Kanak-kanak juga mempunyai
keupayaan untuk menyelesaikan masalah sendiri dan membina
konsep kendiri yang baik. Melalui sains juga, kanak-kanak diberi
pembelajaran yang berpusatkan kepada kanak-kanak dan
mementingkan pengalaman sebenar kanak-kanak dalam
pembelajaran. Rousseau juga bersependapat dengan cara
pembelajaran berpusatkan pelajar. Beliau juga bersetuju bahawa
setiap kanak-kanak itu belajar dengan semula jadinya. Peluang ini
dapat menggalakkan kanak-kanak lebih aktif dalam kelas. Hal ini
akan membantu perkembangan sosio emosi kanak-kanak dengan
lebih baik. Kanak-kanak yang pasif juga akan turut mengikuti proses
pembelajaran secara aktif. Hal ini kerana Rousseau juga percaya
bahawa setiap kanak-kanak itu unik dan dilahirkan dengan auraaura yang positif.
Antara pendekatan yang boleh diambil kira bagi menggalakkan
proses pembelajaran aktif kanak-kanak adalah melalui project
approach . Di dalam pendekatan ini, kanak-kanak akan diberi
peluang untuk menjalani aktiviti secara aktif dari fasa pertama
sehinggalah fasa terakhir. Fasa pertama memerlukan kanak-kanak

saling berkongsi idea dengan topik yang telah diutarakan oleh guru.
Kanak-kanak akan diberi galakan untuk memberi pendapat dalam
merangka isi-isi penting dalam topik yang dipilih oleh guru. Mereka
akan didedahkan dengan perkara-perkara yang menjadi kebiasaan
dalam persekitaran mereka. Hal ini bagi mencari maklumat dari
pengetahuan sedia ada kanak-kanak.
Fasa kedua pula memerlukan kanak-kanak melakukan
eksperimen bagi mendapat lebih banyak maklumat berkenaan topik
yang telah diberikan oleh guru. Mereka akan digalakkan untuk
meramal, membuat hipotesis dan mencari jawapan bagi andaian
yang telah mereka lakukan. Kanak-kanak juga akan membuat
soalan-soalan baru bagi memenuhi perasaan ingin tahu mereka
dengan topik yang dikemukakan oleh guru. Fasa terakhir
merupakan fasa bagi kanak-kanak berkongsi kefahaman mereka
pada topik yang telah dikemukakan guru. Mereka akan
mempamerkan hasil usaha kajian mereka bagi menunjukkan tahap
pencapaian pembelajaran yang telah dihasilkan oleh mereka.
Pendekatan ini sangat berkait dengan teori naturalisme yang
diutarakan oleh Rousseau.
Di dalam falsafah Rousseau, beliau menekankan empat perkara
iaitu, kebebasan, perkembangan, minat dan aktiviti. Hal ini juga
sangat bersesuaian dengan aktiviti sains di mana kanak-kanak

memerlukan kebebasan untuk meneroka dan seterusnya, dapat


membantu perkembangan mereka dengan baik. Berdasarkan
falsafah ini, kebebasan merupakan bagaimana kanak-kanak itu
diberi peluang untuk belajar dan meneroka dengan pengalaman
sendiri. Pembelajaran ini dapat memberi ingatan yang lebih
bermakna dalam kehidupan kanak-kanak tersebut. Ini juga dapat
membantu perkembangan kanak-kanak dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelektual. Proses ini akan lebih membantu kanak-kanak
membesar dengan lebih sihat dan baik. Kanak-kanak merupakan
individu yang unik kerana mereka mempunyai perbezaan dalam
bakat dan minat. Oleh itu, peluang yang diberikan oleh guru bagi
kanak-kanak bebas meneroka sangat penting untuk menggalakkan
minat kanak-kanak secara berterusan. Hal ini juga membantu
perkembangan kanak-kanak secara individu.
Bagi mewujudkan perkembangan yang baik dalam diri setiap
kanak-kanak, penekanan Rousseau tentang aktiviti harus
dititikberatkan lagi. Hal ini kerana aktiviti merupakan tunjang utama
dalam pembelajaran kanak-kanak. Guru seharusnya lebih kreatif
dalam merencanakan aktiviti yang sesuai dan menarik minat semua
kanak-kanak. Guru juga harus bijak mengendalikan keunikan yang
ada dalam diri setiap kanak-kanak bagi merangsang perkembangan

yang menyeluruh. Keempat-empat faktor ini merupakan perkara


penting dalam teori naturalisme Rousseau.
4.0 AKTIVITI SAINS YANG SESUAI DENGAN TEORI
NATURALISME
Berikut merupakan cadangan bagi melakukan aktiviti sains
mengikut teori naturalisme :
1. Eksperimen sains
a) Eksperimen mengenai deria
b) Eksperimen bayang-bayang
c) Eksperimen sifat air
2. Seni
a) Membuat doh
b) Membuat cetakan tapak tangan
c) Mencampurkan warna
3. Drama
a) Bercerita
b) Melakonkan watak-watak dalam kisah dongeng
c) Berpura-pura berperwatakan seperti orang dewasa
4. Nyanyian dan tarian
a) Menyanyi lagu yang diimprovisasikan sendiri
b) Menari mengikut lagu chicken dance dengan membuat pergerakan
sendiri

c) Mencipta alat muzik menggunakan bahan terbuang


5. Aktiviti luar bilik darjah
a) Bermain pasir
b) Bermain air
c) Berkebun
Contoh aktiviti sains yang menggunakan air :
Memerhati air menyejat
Membaca buku cerita tentang air
Menyiram pokok : air diperlukan oleh tumbuhan
Campurkan air dengan semua jenis cecair : susu, jus limau, minyak,
sabun dan madu
Perhatikan sama ada air diserap oleh semua bahan
Perbincangan mengenai semasa hujan, ke mana air pergi?
Air dalam bekas yang berlainan bentuk
Memerhatikan paras air setelah mendapat pengganti air
Benda yang tenggelam dan timbul di dalam air
Bermain dengan air
Membandingkan paras air dalam bekas yang berlainan bentuk dan
saiz
6.0 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, Jean Jacques Rousseau telah mengukuhkan
lagi bahawa sains sangat penting di dalam pendidikan awal kanak-

kanak. Ini kerana mereka bukan sahaja didedahkan dengan


eksperimen dan subjek-subjek sains, tetapi secara semula jadinya
kanak-kanak telah belajar mengenali dunia sekeliling mereka tanpa
pengaruh dan halangan luar.
Teori naturalisme juga telah mengukuhkan bahawa pembelajaran
sains yang berpusatkan kanak-kanak dapat membantu mereka lebih
berminat untuk belajar dengan berkesan. Kanak-kanak mempunyai
rasa ingin tahu yang tersendiri. Mereka sangat unik dan mampu
belajar secara semula jadi. Aktiviti sains adalah salah satu cabang
bagi mereka mencuba dan belajar menyelesaikan masalah di
samping diberi peluang untuk meneroka.
Ibu bapa dan orang dewasa di sekeliling kanak-kanak harus
memberi peluang kepada mereka untuk meneroka persekitaran
mereka tanpa sebarang sekatan. Namun, ibu bapa dan orang
dewasa haruslah memberi garis panduan bagi mengelakkan
sebarang kecederaan atau kekeliruan dalam diri kanak-kanak.
Mereka harus memberi kerjasama dengan pihak sekolah dalam
memastikan perkembangan yang berterusan dalam diri kanakkanak. Selain itu, perkara ini dapat mengelakkan kerencatan rasa
ingin tahu dan minat kanak-kanak.
Seorang guru sains juga harus kreatif dalam menyediakan aktiviti
sains agar kanak-kanak tidak terpengaruh dengan halangan dan

terbantut di dalam satu perkembangan tertentu. Guru yang kreatif


harus bersedia dalam membantu dan membuka peluang kepada
kanak-kanak untuk bebas meneroka.
Kami sangat bersetuju dengan teori naturalisme yang ditekankan
oleh Rousseau dalam pendidikan awal kanak-kanak. Ia sangat
berkaitan dengan aktiviti sains yang memerlukan kanak-kanak
meneroka tanpa pengaruh dari guru dan orang dewasa. Teori ini
juga menekankan aspek sifat-sifat semula jadi dalam diri kanakkanak iaitu aktif dalam melakukan sesuatu, rasa ingin tahu yang
tinggi dan suka mencuba sesuatu yang baru. Ia juga sangat
berkaitan dengan pembelajaran inkuiri, pembelajaran secara
meneroka dan project approach.

Siapakah John Locke ( 1632-1704 )

John Locke

John Locke mendapat pendidikan di University of Oxford, England dalam bidang falsafah,
sains tabie dan perubatan. Beliau juga pernah memegang jawatan penting dalam kerajaan.
Ketika berumur 34 tahun, Locke telah bertemu dengan Lord Ashley yang kemudiannya Lord
ini bergelar Earl of Shartesbury. Pada tahun berikutnya, Locke telah dilantik sebagai doktor
peribadi kepada Earl of Shartesbury di samping menjadi sahabat dan setiausaha kepada Earl.
Pada ketika itu, Earl merupakan individu yang berpengaruh di dalam kancah politik. Namun
begitu Earl of Shatesbury dan Locke telah dibuang negeri ke Netherland akibat Earl yang
menggunakan pengaruh raja dan istana di dalam politiknya. Kemudiannya, beliau kembali
semula ke England pada tahun 1699.
Ketika di dalam buangan tersebut Locke telah menerbitkan dua buah buku iaitu Two
Treatises on Goverment dan Essays Corncerning Human Understanding. Kedua-dua
tulisannya ini diterbitkan pada tahun 1690. Kedua-dua karyanya inilah yang telah
mengangkat nama Locke dalam alam falsafah moden. Seterusnya, ketika masa tua Locke
banyak dihabiskan dengan menumpukan hidup kepada agama. Beberapa tahun sebelum
meninggal dunia Locke juga telah mempelajari agama di Epistles of St. Paul. Beliau
meninggal dunia pada tahun 1704 ketika berusia 72 tahun.
Falsafah John Locke merangkumi ilmu pengetahuan iaitu mengenai sekitar persoalan
epistemologi. Locke amat berminat membincangkan tentang asal usul ilmu pengetahuan dan
kesahihannya. Namun begitu, Locke menolak pendapat yang diutarakan oleh golongan

Rationalisme. Hal ini adalah kerana pemikir golongan rationalisme mengemukakan konsep
innate ideas yang amat ditentang oleh Locke. Innate ideas dapat ditafsirkan sebagai sumber
atau alat utama manusia untuk memperoleh ilmu pengetahuan. Locke amat menentang
konsep innate ideas ini adalah kerana Locke beranggapan adalah mustahil bagi suatu benda
itu ada dan tiada pada waktu yang sama. Locke juga beranggapan kebenaran seperti itu
bukanlah berbentuk innate kerana idea sedemikian bukan diberikan kepada seseorang ketika
dilahirkan.
Locke turut menegaskan bahawa untuk memastikan sesuatu fakta itu adalah tepat dan benar,
seseorang itu hendaklah terlebih dahulu mengkaji asal-usul idea tersebut. Hal ini juga boleh
menentukan had pengetahuan kita. Menurut Locke lagi, hanya mental fakulti atau kuasa
sahaja yang dianggap innate (semula jadi) dalam proses mendapatkan dan mencari ilmu
pengetahuan, sedangkan ilmu pengetahuan yang aktual itu sendiri diperoleh melalui
pancaindera dan pengalaman. Minda (mind) pula mendapatkan ilmu pengetahuan daripada
kelima-lima pancaindera dan kemudiannya mencetak semua ilmu pengetahuan pada fikiran
seolah-olah minda sebelumnya hanya merupakan tabula rasa (black tablet) atau umpama
sekeping kertas yang tidak mempunyai apa-apa tulisan di atasnya dan tanpa sebarang idea.
Oleh yang demikian, semua bahan yang digunakan untuk berhujah dan untuk mendapatkan
ilmu pengetahuan datangnya daripada pengalaman. Justeru itu, falsafah John Locke telah
dipanggil sebagai Empericisme.
Selain itu, Locke di dalam hujahnya juga menolak adanya innate idea. Hal ini adalah kerana
Locke menyatakan bahawa sekiranya sesuatu prinsip atau sesuatu ilmu pengetahuan itu
dicetak dalam fikiran sebelum ia diketahui melalui pengalaman, maka ia sesuatu yang sukar
untuk menentukan kesemulajadian (innateness) ilmu pengetahuan tersebut. Oleh itu, adalah
salah untuk mendakwa bahawa kita mula menyedari kebenaran apabila kita mula
menggunakan kerja-kerja akal (reason) sebelum ia mengetahui sesuatu. Tambahan lagi, oleh

kerana sesuatu itu belum dialaminya maka ia bukan merupakan satu ilmu baginya sebab
belum menjadi suatu pengalaman bagi dirinya. Undang-undang moral contohnya tidak boleh
dilabelkan sebagai innate kerana undang-undang demikian tidak bersifat terbukti sendiri dan
tidak juga bersifat penerimaan sejagat.
Di samping itu, Locke juga turut meyatakan bahawa apa yang dianggap sebagai suatu dosa
kepada seseorang itu mungkin juga perkara itu merupakan tanggungjawab bagi seseorang
yang lain. Oleh itu, hal seperti itu bukanlah semula jadi kerana ia masih memerlukan
pertimbangan akal bagi menentukan kebenarannya (validity). Locke turut menganggap apa
yang dimaksudkan dengan innate idea itu hendaklah meliputi ilmu pengetahuan yang
diperoleh atau dipunyai oleh kanak-kanak atau uncultured people serta uneducated people.
Beliau turut menyatakan apa yang dikatakan oleh Decrates berhubung dengan the idea of
God sebagai innate itu sebenarnya adalah tidak benar. Hal ini adalah kerana banyak lagi
kaum-kaum yang sama kurang mempunyai idea of God tersebut ataupun kurangnya the
knowledge of God. Tambahan lagi, menurut Locke sekalipun manusia itu mempunyai
kefahaman ketuhanan dalam dirinya, tidaklah juga bererti bahawa idea tersebut merupakan
idea yang innate. Locke turut berhujah dengan memberikan contoh kepanasan, api, matahari,
dan bilangan juga tidak dianggap sebagai innate sungguhpun ia diterima sejagat (universally
recognised) dan diketahui oleh semua orang tentang hakikat benda tersebut. Justeru itu, John
Locke menganggap minda yang dimiliki seseorang itu adalah seperti tabula rasa atau a dark
chamber, atau an empty cabinet, atau a white paper void of all characters without any ideas.
Sehubungan dengan itu, Locke menyatakan bahawa minda itu mula dilengkapi dengan ilmu
pengetahuan apabila bersumberkan pengalaman pancaindera. Locke turut membahagikan
pengalaman pancaindera kepada dua jenis iaitu dalaman dan luaran. Hal ini membawa erti
terdapat dua cara bagaimana pengalaman boleh diperolehi seseorang. Pertamanya, melalui
sensasi. Melalui sensasi ini minda seorang akan dilengkapi dengan nilai-nilai sensasi. Sensasi

inilah yang akan menyediakan apa sahaja idea yang terpancar dari pengalaman luaran, iaitu
dari objek luaran manusia. Keduanya, pengalaman diperoleh daripada refleksi atau pantulan
atau juga pancaindera dalaman. Refleksi inilah yang akan membekalkan minda seseorang
dengan idea-idea yang dihasilkan oleh kerja-kerja refleksi itu seperti berfikir, meragui,
percaya, mengetahui, berkehendak dan sebagainya. Locke menyifatkan idea itu adalah apaapa sahaja yang dapat difahami atau dapat dimengertikan oleh minda secara langsung
ataupun sesuatu yang menjadi objek kepada persepsi, pemikiran atau kefahaman. Hal ini
bermakna bahawa refleksi menyediakan idea yang menjadi sebahagian dari alam dalam tubuh
badan.
Locke juga menggambarkan cara bagaimana idea itu dapat diterima seseorang dengan
menggambarkannya seperti sebuah papan hitam yang menerima coretan tulisan kapur yang
dituliskan di atasnya. Pengalaman pancaindera memberi nilai-nilai sensasi kepada minda
seperti kekuningan, panas, lembut, manis, dan sebagainya. Kemudiannya pula, minda akan
membuat refleksi keatas aktiviti-aktiviti dan keadaan-keadaan tersebut, menyediakan atau
menerima pula idea-idea set kedua seperti dalam persepsi, berfikir, meragu, percaya,
mengetahui dan berkehendak. Semua aktiviti refleksi dan idea itu hanya akan dibawa kepada
operasi-operasi sensori dalaman setelah minda menerima pengalaman pancaindera. Hal ini
bermaksud sebelum pengalaman pancaindera memaklumkan sesuatu kepada minda, maka
kerja-kerja refleksi tidak dapat dilaksanakan oleh sensa dalaman.
John Locke juga telah membezakan antara idea-idea mudah (simple) dan idea-idea sukar
(complex). Menurut Locke, idea-idea sukar ini adalah intipati (abstraction) atau gabungan
daripada beberapa idea mudah. Idea-idea yang diterima oleh seseorang itu merupakan ideaidea mudah. Hal ini disebabkan minda mempunyai kebolehan untuk mengulangkannya,
membandingkannya, menggabungkannya dengan apa sahaja maklumat supaya ia menjadi
satu idea yang sukar. Idea-idea mudah yang datang kepada kita sama ada melalui pengalaman

pancaindera ataupun melalui refleksi yang terdiri daripada empat jenis. Jenis refleksi yang
pertama merupakan idea yang kita terima dari satu deria sahaja seperti idea-idea tentang
warna, suara, rasa, dan bau. Keduanya pula, refleksi idea yang didapati melalui dua atau lebih
deria yang digabungkan secara serentak seperti idea yang berhubungkait dengan ruang,
pengembangan, bentuk, diam dan gerak. Ketiganya pula, idea yang diperolehi dari refleksi
semata-mata iaitu terdiri daripada idea yang dibentuk oleh kekuatan berfikir iaitu yang
disebut sebagai kefahaman serta kuasa untuk berkehendak. Hal ini umpamanya mengingati,
berkehendak, menilai, mengetahui dan mempercayai. Keempatnya pula, idea yang didapati
melalui kedua-dua sekali iaitu sensasi dan refleksi seperti idea berhubung dengan kelazatan,
kesakitan, kekuasaan, kewujudan dan kesatuan.
Seperti yang diketahui, gabungan beberapa idea yang mudah akan membentuk idea yang
sukar. Tuhan sebagai contoh merupakan sebuah idea yang sukar. Hal ini adalah kerana idea
tentang tuhan merupakan gabungan beberapa idea mudah seperti kewujudan, masa,
pengetahuan, kuasa dan lain-lain. Fikiran seseorang mempunyai kekuatan untuk mengetahui
beberapa perkara dan kemudiannya menggabungkannya hingga menjadi tiada kesudahan
(infinity). Oleh kerana Locke mendapatkan idea sukar atau abstrak daripada sensasi maka
beliau telah diselar sebagai Norminalist dan kebanyakan ahli-ahli falsafah Inggeris adalah
terpengaruh dengan pendapat beliau.
John Locke turut membezakan idea-idea sama ada sukar atau mudah dengan hakikat yang
objektif iaitu benda atau alam nyata yang dinamakan atau digelar oleh idea tersebut. Menurut
apa yang disebut sebagai idea tersebut sebenarnya berada di luar daripada kita. Benda sebenar
tersebut mempunyai kualiti tertentu atau mempunyai kuasa tertentu. Kuasa atau nilai yang
dimaksudkan itu meliputi dua jenis iaitu prima dan nilai yang sekunder. Kualiti prima
menurut Locke merupakan kualiti yang dimiliki oleh objek itu sendiri dan ia tidak boleh
dipisahkan atau tidak boleh diceraikan dari benda yang sebenar. Contoh-contoh yang

terlingkup di dalam golongan kualiti prima ialah kepadatan, pengembangan, bentuk, gerak
dan diam. Apabila kita mengatakan bahawa kita sedang mengalami atau merasai kualitikualiti primer, maka idea kita sebenarnya hanyalah merupakan salinan daripada kualiti itu
sendiri, juga sebagai bentuk-bentuk mental atau gambaran kepada hakikat benda itu sematamata seperti mana benda itu sendiri. Kualiti sekunder pula menurut Locke ialah kualiti yang
bukanlah sebahagian dari objek tersebut. Kita boleh sahaja menggantikannya serta-merta
dengan kualiti sekunder yang lain pula tanpa melibatkan objek itu sendiri dari segi
kewujudannya. Sebagai contoh, kualiti sekunder ialah warna, bunyi, bau dan rasa.
Umpamanya seketul batu merah itu memang ada dan mengambil ruang tertentu untuk wujud,
tetapi warna merah yang dilihat itu hanyalah kualiti sekunder sahaja kerana kemerahan warna
itu hanya melalui deria penglihatan kita dan kualiti ini tidak menjadi sebahagian dari objek
batu itu sendiri.
Demikianlah beberapa teori John Locke yang mana teori-teori daripada beliau telah menjadi
teras bagi teori-teori aliran empericisme dan juga teori-teori pendidikan oleh tokoh-tokoh
pendidikan kemudiannya.

You might also like