You are on page 1of 2

Assalamualikum dan Seamat sejahtera….

Saya Nur Alia Afiqa binti Asmadi dari Sekolah Kebangsaan Taman Ria, Padang Serai, Kedah.
Tajuk Bicara Buku saya pada hari ini ialah Teroka Sains 1 (Meneroka Keajaiban Alam Ciptaan
Tuhan) yang ditulis oleh Dr. wan Fahmi bin Dato’ Wan Mohammad Nazarie dan Dr. Nur
Annie Abd Hadi. Buku ini diterbitkan pada tahun 2019 oleh Teroka Sains Sdn Bhd. Buku
mendapat sambutan yang menggalakkan kerana telah di cetak 5 kali sehingga September
2020. Buku ini mengandungi 150 halaman. Saya memilih buku ini kerana buku ini
merupakan buku fakta Sains yang mempunyai gambar menarik. Saya tidak bosan
membacanya.
Buku ini merupakan sebuah buku bukan fiksyen yang mengandungi 5 bab iaitu
1. Angkasa, geografi dan Alam sekitar,
2. Mikrob,
3. Manusia,
4. Alam haiwan dan
5. Alam tumbuh-tumbuhan.
Antara yang menarik ialah planet-planet yang terdapat dalam Sistem Suria kita. Antaranya
Zuhrah merupakan planet terpanas walaupun kedudukannya bukan paling hampir dengan
Matahari. Musytari pula merupakan planet yang terbesar dan Zuhal merupakan planet yang
mempunyai cincin yang sangat cantik yang terdiri daripada ais, debu dan batu. Laut mati
yang terletak di Jordan merupakan laut yang termasin berbanding lautan biasa sehingga
tahap kemasinannya dapat mengapungkan kita.
Bab 2 iaitu mikrob yang terdiri daripada bakteria, virus dan kulat. Terdapat mikrob yang
merbahaya dan membawa penyakit kepada kita, tetapi ada juga yang memberi faedah
seperti dalam perubatan dan makanan. Fakta yang menarik yang ingin saya kongsikan ialah
telur yang tidak dibasuh selamat untuk disimpan kerana masih mempunyai salutan lapisan
pelindung. Ramai yang mencuci telur sebelum dijual atau disimpan supaya kelihatan bersih
dan selamat. Tetapi dengan mencuci telur, pori-pori telur terbuka sekaligus terdedah
kepada jangkitan bakteria semasa tempoh penyimpanan. Jadi cuci telur semasa hendak
memasak bukan selepas membeli dari pasar.
Bab 3 iaitu manusia mempunyai gambar-gambar yang manarik yang menceritakan tentang
otot, sel darah, DNA, tengkorak manusia dan pelbagai fakta menarik. Otak manusia
mempunyai kapasiti memori lebih 4 terabait cakera keras. Gigi manusia pula merupakan
satu-satunya bahagian tubuh manusia yang tidak boleh sembuh sendiri. Rambut dan kuku
akan tumbuh semula apabila dipotong. Begitu juga kulit yang terluka akan sembuh. Tetapi
gigi kekal yang dicabut tidak akan tumbuh semula.
Bab 4 menceritakan tentang alam haiwan dan pelbagai spesies yang unik. Fakta yang
menarik yang ialah sotong Gurita (Otopus) mempunyai 3 jantung, 9 otak dan berdarah biru.
Axolotl pula merupakan sejenis ikan salamander yang mampu tumbuh semula anggota
badannya. Potonglah mana-mana bahagian badan tetap akan tumbuh semula tanda parut.
Tahukan anda bahawa setiap harimau belang mempunyai belang yang berbeza seperti cap
jari manusia, corak belang mereka adalah unik kepada setiap individu.

Bab 5 ialah alam Tumbuhan, pokok Nanas dapat melembutkan daging. Bunga Matahari
kelihatan seperti satu bunga besar. Tetapi setiap kepala terdiri daripada beratus-ratus bunga
kecil yang apabila masak menjadi biji yang kita makan iaitu kuaci.
Rumput akan mengeluarkan bau apabila dipotong. Bau ini merupakan sejenis bahan kimia
yang berfungsi merangsang pertumbuhan sel baharu pada bahagian rumput yang terpotong
tadi. Bahan kimia ini bertindak sebagai antibiotik bagi mengelak infeksi bakteria atau fungus.
Sebab itu kucing apabila sakit akan mengunyah rumput sebagai ubat.
Anda suka makan ubi? Ubi jangan dibuang kulitnya apabila dimasak kerana semua vitamin
terdapat pada kulitnya. Pokok rafflesia merupakan bunga yang terbesar di dunia. Pokok ini
juga terdapat di Malaysia kerana kita beriklim Khatulistiwa. Epal mengandungi 25% udara di
dalamnya, ini menyebabkan epal akan terapung di dalam air.
Apabila kita membaca buku ini, dapat menambahkan pengetahuan tentang fakta dan
informasi berkaitan kesihatan, Sains dan diri. Buku ini tidak bosan kerana mempunyai
gambar-gambar yang menarik dan berwarna. Ayat yang digunakan pula ringkas dan mudah
untuk difahami. Semoga dengan perkongsian bicara buku saya tadi dapat memberikan
sedikit informasi dan ilmu kepada semua. Sekian, terima kasih. Ingatlah membaca dapat
meningkat pengetahuan kita. Bangsa membaca, bangsa berilmu.

You might also like