You are on page 1of 42

Penyelidikan Sel Stem

Disediakan oleh:
Kumpulan 3, MORB 212, Seksyen 2/4, Sem 1 09/10
Apa itu sel stem?
Apakah sel stem? Sel stem ialah sel utama kerana dari sel
inilah terbentuknya pelbagai tisu, organ, dan sistem di
dalam keseluruhan sistem tubuh kita.

Sel stem mempunyai kemampuan untuk berubah
menjadi kebanyakan jenis sel atau tisu dalam badan
manusia yang lain.

Sel stem adalah sel kosong berbanding dengan sel-sel
lain yang bersifat tersendiri seperti sel hati, sel lemak,
sel saraf dan sel kulit. Ini bermakna sel stem memiliki
keupayaan terbahagi dan menghasilkan lebih banyak
sel kosong dan merangsang pembentukan sel-sel lain
seperti sel darah merah dan sel darah putih.
Kira-kira 20 tahun yang lalu, saintis dan penyelidik
mendapati darah tali pusat mengandungi banyak sel
termasuk sel stem.

Darah di dalam tali pusat bayi anda adalah sumber sel
stem yang sangat bernilai secara genetiknya unik
kepada bayi dan keluarga anda sahaja.

Sel stem yang ada di dalam tali pusat adalah bahan
binaan kepada darah dan sistem pertahanan yang
biasanya akan ditukarkan kepada sel darah merah, sel
darah putih dan platlet iaitu sel yang akan
memulihkan kecederaan.
Kini, penyelidikan tentang sel stem semakin giat
dijalankan dan telah terbukti ia mampu berkembang
menjadi sel paru-paru, hati, otot, saraf, pakreas dan
rawan.

Oleh itu, ia boleh digunakan untuk menjana sel-sel
dan tisu-tisu gantian bagi merawat lebih 70 jenis
penyakit seperti parkinson, alzheimer, leukemia, angin
ahmar, serangan jantung, kencing manis, penyakit
darah (barah, talasemia, anemia), sklerosis multipel,
artritis reumatoid dan lumpuh saraf tunjang.

Jenis-jenis sel stem pula ialah:

1. Sel stem totipotentsi boleh menjadi apa sahaja jenis
sel dalam tubuh termasuk plasenta.
2. Sel stem pluripotensi yang terhasil dalam tempoh
empat hari selepas proses penyuburan boleh
menjadi apa sahaja jenis sel termasuk sel stem
totipotensi dan sel plasenta.
3. Sel stem multipotensi warisan daripada sel stem
pluripotent dan sel lain dalam tisu.
4. Sel stem progenitor boleh menghasilkan satu jenis
sel.

Apakah perbezaan dan persamaannya?
Dalam laporan NIH, sel stem embrionik berasal
daripada sekumpulan sel yang dikenali sebagai inner
cell mass iaitu sebahagian daripada blastosis. Sel ini
boleh dikultur menjadi sel stem embrio. Selepas 8
minggu, embrio akan matang menjadi fetus dan sel ini
akan bertukar menjadi sel stem fetus. Sel stem embrio
dan fetus dikenali sebagai sel pluripotensi yang boleh
digunakan di dalam terapi perubatan. Walau
bagaimanapun, ia berpotensi untuk membentuk
teratomas(barah)

Sel stem plasenta didapati daripada plasenta manakala
sel stem tali pusat didapati daripada tali pusat setelah
bayi dilahirkan. Mereka juga adalah sel pluripotensi.
Kajian terhadap haiwan dan manusia mendapati sel
stem ini boleh membentuk pelbagai tisu yang spesifik
seperti saraf, hati, jantung, tulang belakang dan lain-
lain lagi. Sel stem tali pusat telah terbukti dapat
merawat strok, kerosakan saraf tunjang, diabetes,
lymphomas, leukimeas, kanser payu darah, dan lain-
lain lagi.

Sel ini wujud selepas kelahiran bayi. Ia biasanya wujud
di dalam badan dan sentiasa digunakan di dalam
proses memulih dan menyembuhkan kerosakan pada
tisu atau sel. Sel ini terdapat di merata-rata bahagian
di dalam badan seperti otak, sum-sum tulang, lemak,
kulit, tulang dan banyak lagi. Sel stem dewasa juga
dikenali sebagai sel stem somatic atau sel stem
master.

1) Sel Stem Embryo
Sel stem embrionik manusia menjadi perhatian
pengkaji-pengkaji oleh kerana pluripotensi
membolehkan sel untuk membahagi kepada semua
jenis sel di dalam badan. Kelemahannya pula ialah sel
ini tidak stabil. Hal ini dibuktikan bahawa 50-70%
daripada embrio manusia gagal membiak dan gugur
dengan tiba-tiba disebabkan oleh perubahan gen atau
masalah ketika implantasi. Berisiko juga untuk
mendapat teratomas.

2) Sel Stem Posnatal
Sel stem plasenta dan tali pusat juga adalah
pluripotent, kurang pencemaran, senang diperoleh
dan dijaga, kurang penolakan imunisasi oleh badan
dan tiada kontroversi dari segi etika dan politik.

3) Sel stem Dewasa
Seperti sel stem posnatal, sel ini juga tiada kontroversi
dari segi etika dan politik. Tambahan pula, ia
mempamerkan lebih plasticity dan pluripotensi
berbanding jangkaan sebelum ini. Ia juga tidak ada
risiko untuk penolakan imunisasi oleh badan dan
risiko membentuk teratoma.


Mengapa orang ramai menentang penyelidikan sel stem?
Secara umumnya, terdapat dua jenis sel stem, iaitu, sel
stem dewasa dan sel stem embriotik.

Antara dua sel ini, hanya sel stem embrionik yang
mendapat tentangan yang hebat daripada orang ramai.

Sel stem dewasa boleh diperoleh daripada badan
sesorang manusia seperti di sumsum tulang, organ
dalaman seperti hati dan salur darah.

Manakala, sel stem embrionik boleh diperoleh
daripada embrio yang baru disenyawakan.

Banyak pihak membantah penyelidikan sel stem
embrionik kerana berpendapat bahawa embrio juga
merupakan nyawa manusia yang patut diberi peluang
yang sama untuk hidup dan tidak dibunuh sesuka hati
untuk tujuan penyelidikan
Perbalahan penyelidikan ini telah mengutarakan isu
tentang hak embrio sebagai manusia.

Golongan pro-penyelidikan telah mengemukakan idea
bahawa embrio tidak dapat dikelaskan sebagai seorang
individu.

Embrio pada tahap sebelum 14 hari mempunyai
peluang untuk berbelah menjadi kembar. Embrio pada
tahap itu tidak boleh dikelaskan sebagai seorang
individu kerana kemungkinannya untuk menjadi dua
atau lebih.
Mereka berpendapat kehidupan manusia bermula
apabila jantung mula berdenyut atau aktiviti dalam
otak mula berlaku. Semua ini akan berlaku lama
selepas peringkat embrio.

Embrio tidak boleh hidup di luar rahim. Oleh itu,
embrio tidak mungkin adalah manusia.

Lebih daripada 1/3 daripada zigot yang terhasil tidak
akan bercantum dengan dinding uterus. Oleh itu,
lebih banyak embrio yang akan hilang akibat nasib
daripada yang digunakan untuk penyelidikan.

Para penyelidik berpendapat bahawa embrio bukan
manusia tetapi setakat segumpalan sel yang mungkin
menjadi manusia.






Namun golongan anti-penyelidikan menentang habis-
habisan alasan itu kerana embrio juga merupakan
benda hidup. Tindakan mengambil nyawa lain untuk
kepentingan diri sendiri adalah membunuh namanya.





Mereka berpendapat embrio patut mempunyai
peluang yang sama untuk hidup seperti manusia
biasa.

Semasa membuat persenyawaan in-vitro, makmal
biasanya menghasilkan lebih daripada 1 embrio.
Embrio tersebut akan dibekukan dan disimpan untuk
kegunaan masa depan. Kira-kira 70,000 embrio yang
sendang disimpan tanpa digunakan di Australia
sahaja.

Sekiranya embrio tersebut tidak digunakan, embrio
tersebut akan dihapuskan.

Daripada membazir embrio itu, para penyelidik
berpendapat bahawa embrio tersebut lebih baik
digunakan untuk tujuan penyelidikan.
Embrio manusia yang
diperoleh daripada kaedah in-
vitro adalah manusia dan
tertakluk kepada hak mereka.
Maruah dan hak untuk hidup
mereka harus dihormati sejak
ketika kewujudan mereka.
Tindakan untuk menghasilkan
embrio manusia untuk
dijadikan bahan biologikal
yang dipakai buang adalah
tidak bermoral.

-Pope John Paul II-
Ada juga yang berpendapat bahawa, embrio bukan
manusia kerana embrio tidak mempunyai kesedaran
diri.

Mereka menganggap embrio tidak dapat berfikir, tidak
dapat merasa kesakitan dan boleh digunakan
sewenang-wenangnya untuk penyelidikan.

Namun kenyataan itu adalah salah kerana bayi tidak
mempunyai kesedaran diri sehingga berusia beberapa
bulan.


Kita tidak boleh terus menggunakan saat kelahiran
sebagai sempadan seseorang itu adalah manusia atau
tidak.

Kenyataan seperti itu akan menimbulkan persoalan
tentang isu pengguguran pula.

Sekiranya embrio yang belum dilahirkan bukan
manusia, bolehkah kita menggugurkannya secara sah
di sisi undang-undang?

Bolehkah kita membunuh fetus yang berusia enam
bulan untuk tujuan penyelidikan?
Kita sentiasa mempersoalkan hak embrio untuk
hidup. Bagaimana pula dengan hak seorang manusia
untuk hidup?

Adakah bermoral sekiranya kita menyelamatkan
embrio yang belum tentu akan menjadi manusia dan
mengabaikan penyelidikan yang boleh
menyelamatkan seorang manusia yang sedang hidup,
bernyawa, mempunyai orang tersayang, keluarga dan
kawan serta mempunyai masa depan di dunia ini?

Di sini, kita bertanya nyawa siapa yang lebih berharga?
Manusia atau embrio?
Seperti yang telah dijelaskan sel stem secara umumnya
terdiri daripada dua jenis:
Sel stem embrionik
Sel stem dewasa

Sekiranya sel stem mempunyai potensi yang besar
untuk mengubati pelbagai penyakit yang sebelum ini
dianggap tidak boleh diubati, mengapa kita tidak
menggunakan sel stem dewasa yang kurang mendapat
tentangan orang ramai?

Sel stem embrionik membentuk sebahagian besar
embrio dan adalah lebih senang untuk diasingkan
daripada sel stem dewasa yang membentuk
sebahagian kecil sesesuatu bahagian badan. Sebagai
contoh: Daripada 1000 sel dalam sumsum tulang
hanya 1 sel stem yang boleh digunakan.




Sel stem embrionik membahagi lebih cepat daripada
sel stem dewasa. Sifat ini membolehkannya menjadi
lebih praktikal untuk tujuan perunbatan.
Sel stem embrionik mempunyai kebolehan untuk
membahagi kepada lebih banyak jenis sel berbanding
dengan sel stem dewasa. Oleh sebab itu, aplikasinya
dalam bidang perubatan adalah lebih luas dan lebih
banyak penyakit yang dapat diubatinya.

Sekiranya pesakit mempunyai masalah genetik atau
dicemari toksik, sel stem dewasa yang diperoleh
daripada pesakit juga akan mempunyai masalah yang
sama. Sel stem embrionik diambil daripada penderma
yang sihat tidak akan mempunyai masalah-masalah
seperti itu.


Sel stem embrionik boleh diperoleh secara banyak dan
mudah melalui makmal persenyawaan in-vitro.
Penyelidikan boleh dijalankan secara besar-besaran
tanpa memerlukan penderma manusia yang banyak.

Embrio juga boleh dihasilkan secara pengklonan sel
badan pesakit. Risiko badan tidak menerima sel stem
embrionik yang terhasil adalah rendah. Pengklonan
untuk tujuan perubatan adalah dipanggil pengklonan
teraputik dan tidak patut dianggap sama seperti
pengklonan untuk menghasilkan individu baru seperti
pengklonan kambing biri-biri, Dolly.
Namun, bukan semua pihak yang bersetuju dengan
kenyataan yang telah disampaikan.

Ada pihak yang berpendapat pembahagian sel stem
embrionik adalah tidak terkawal dan boleh
menyebabkan kanser.


Ada juga penyelidikan baru yang telah mengesahkan
penggunaan sel stem dewasa mungkin mempunyai
kesan yang lebih baik daripada sel stem embrionik.







Sel stem embrionik juga boleh diperoleh daripada
sumber lain yang tidak mengambil nyawa lain seperti
tali pusat.

Apa yang boleh kita jangkakan tentang masa depan
penyelidikan ini?
Oleh sebab isu tentang etika, kajian mengenai sel stem
adalah terkawal dengan terdapat banyak penyekatan
terhadap sumbangan bahan embrionik dan
penyekatan ini adalah dikenakan pada semua kajian
samada dilaksanakan oleh pihak kerajaan atau pihak
persendirian.

Oleh sebab itu, President George W. Bush memboikot
dan melarang kajian ke atas sel embrio dan fetus
selepas 9 Ogos 2001. Sebelum ini juga President
Clinton telah mengharamkan penggunaan wang
kerajaan untuk memusnahkan embryo bagi tujuan
kajian.
Sebagai langkah mengatasi pembantahan golongan
pro-kehidupan embrio, sesetengah penyelidik telah
mula mencipta sel stem embrionik manusia tanpa
mengambil nyawa embrio.

Satu kes pada Mac 2004,di mana seorang ahli biologi
Harvard Doug Melton, telah mencipta 17 sel stem
embrionik manusia yang baru.

Walaupun sel ini masih membiak di dalam mouse
feeder cells, tetapi kegunaannya untuk diaplikasikan
di dalam klinikal adalah terhad.


Daripada kajian ke atas haiwan, ia didapati membawa
risiko untuk menyebarkan virus dari haiwan tersebut
dan akan membawa penyakit.

Selain itu, sel stem embrionik juga berisiko
membentuk sel barah (tumor).

Kebelakangan ini, kajian mengenai stem sel telah
berkembang dan terdapat peningkatan jumlah kajian
yang ditunjukkan di dalam jurnal saintifik.
Sel stem dewasa telah lama digunakan untuk merawat
pelbagai keadaan seperti masalah jantung dan
leukaemia.

Namun, sel stem embrionik tidak patut diketepikan
begitu sahaja kerana potensinya untuk berkembang
dengan penyelidikan adalah amat besar.

Dengan kajian dan sokongan yang berterusan, saintis
akan berupaya mengkaji tentang sel stem yang
berguna untuk merawat penyakit yang kita dan orang
yang tersayang .

Kita mungkin mempunyai perbezaan pendapat
tentang isu ini samada menyokong atau menentang
penyelidikan sel stem.

Namun, semua orang sudah tentu inginkan kehidupan
yang selesa, bebas daripada penyakit dan cacat cela.

Dalam setiap konflik, sudah tentu ada pengorbanan
yang perlu dibuat untuk suatu kebaikan bersama.

Masalahnya dalam konfil ini adalah samada
pengorbanannya adalah embrio manusia ataupun
kemajuan bidang perubatan.



Tanpa kemajuan kita tidak akan dapat bergerak ke
hadapan, menuju ke arah masa depan. Namun,
apakah kos yang perlu dibayar untuk kemajuan ini?

Adakah nilai keperimanusiaan kita setimpal dengan
nilai kemajuan perubatan?

Masa depan penyelidikan ini adalah tidak tentu. Kita
tidak akan dapat memastikan keputusan yang
diperoleh hasil penyelidikan ini adalah
memberangsangkan. Tetapi kita dapat pasti bahawa
tidak kira apa hasil penyelidikan ini, kita dapat
bergerak selangkah ke arah kemajuan sejagat.

You might also like