You are on page 1of 29

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/301199768

Penyelidikan dan Aplikasi Sel Stem dari Sudut


Perubatan Menurut Perspektif Islam dan Agama Lain di
Malaysia

Chapter · December 2014

CITATIONS READS

0 6,454

4 authors, including:

Mohd Al'Ikhsan Ghazali Siti Salwa Md. Sawari


Universiti Teknologi Malaysia International Islamic University Malaysia
50 PUBLICATIONS   85 CITATIONS    77 PUBLICATIONS   181 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Critical Study on Malaysian Electoral System View project

Zahiri Awang Mat View project

All content following this page was uploaded by Siti Salwa Md. Sawari on 11 April 2016.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


1
Penyelidikan dan Aplikasi Sel Stem
dari Sudut Perubatan Menurut
Perspektif Islam dan Agama Lain di
Malaysia
Mohd Al’Ikhsan Ghazali, Siti Salwa Md. Sawari, Zetty Rohaiza
Muhammad Sahak@Ishak, Lailatul Hamidah Hamdan

1.0 PENGENALAN

Sel stem merupakan satu bidang bioteknologi yang telah dikenali


di seluruh dunia. Sel stem yang diperkenalkan di Malaysia sejak
beberapa tahun yang lepas menjadi jalan penyelesaian kepada
beberapa permasalahan penyakit terutama penyakit genetik.
Kebiasaanya sel kulit kekal sebagai sel kulit di sepanjang hayatnya
dan satu sel saraf kekal sebagai sel saraf sehingga ia mati dan
sebagainya.
2 Bioteknologi Pemangkin Kesejahteraan Ummah: Siri 1

Sel stem ditakrifkan sebagai sel yang berupaya untuk


berubah dan memperbaharui sel secara sendiri (Mayhall et al.,
2004). Itulah sebabnya kenapa ianya dipanggil sel stem. Rajah 1
menunjukan sel stem boleh berubah menjadi pelbagai jenis sel
seperti sel-sel jantung, sel-sel saraf, sel-sel otot, dan lain-lain
(Cook, 2014).

Rajah 1 Sel stem boleh berubah menjadi pelbagai jenis


sel (Mayhall et al., 2004)

Penyelidikan mengenai sel stem bertujuan untuk


memajukan pengetahuan tentang bagaimana organisma
berkembang daripada sel tunggal dan bagaimana sel-sel sihat
menggantikan sel-sel rosak dalam organisma dewasa (National
Institute of Health, 2009).
Ini kerana penyelidikan seumpama ini sangat berguna di
dalam bidang perubatan untuk merawat penyakit, yang sering
dirujuk sebagai ubat regeneratif atau reparative. Penyelidikan sel
stem juga merupakan salah satu disiplin ilmu bioteknologi yang
Penyelidikan dan Aplikasi Sel Stem dari Sudut Perubatan Menurut 3
Perspektif Islam dan Agama Lain di Malaysia

menarik untuk diterokai pada hari ini yang menggunakan sistem


biologi atau organisma hidup untuk dijadikan produk bagi
kegunaan tertentu.
Namun, penyelidikan mengenai sel stem telah
menimbulkan persoalan terutamanya dari sudut perpektif Islam
bagi memastikan ianya tidak memudaratkan dan tidak haram
kepada umat Islam. Sehubungan dengan itu, Dasar Bioteknologi
Kebangsaan telah dilancarkan pada 28 April 2005 (MOSTI, 2005).
Dasar ini dilaksanakan lanjutan daripada perkembangan
bidang bioteknologi yang semakin pesat membangun sehingga
mampu menjana pertumbuhan ekonomi negara. Kerajaan juga
telah memperuntukkan sejumlah RM2.021 bilion dalam
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi membangunkan
industri bioteknologi.
Selain itu Kementerian Kesihatan Malaysia telah
mengeluarkan garis panduan penyelidikan sel stem bagi rujukan
kepada para penyelidik supaya mematuhi etika yang
dikuatkuasakan oleh kerajaan Malaysia (Bahagian Perkembangan
Perubatan, Jabatan Kesihatan Malaysia, 2009).
Penyelidikan berkaitan sel stem telah menunjukkan hasil
yang memberangsangkan terutamanya dari sudut perubatan dan
mencetuskan pelbagai pandangan yang positif tidak terkecuali juga
negatif. Sehubungan dengan itu, penyelidikan sel stem
memerlukan pengkaji untuk menangani soalan-soalan kritikal
terutamanya dari sudut syarak bagi mengelakkan konflik.
Justeru, hukum penggunaan sel stem dalam bidang
perubatan di Malaysia perlu merujuk kepada Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (JAKIM). JAKIM telah mengeluarkan fatwa
bahawa sel stem boleh digunakan untuk tujuan perubatan dan kaji
selidik dengan syarat-syarat tertentu iaitu sel stem dewasa dan sel
stem daripada kanak-kanak yang ingin digunakan harus mendapat
4 Bioteknologi Pemangkin Kesejahteraan Ummah: Siri 1

keizinan dari ibu bapanya dan prosedurnya tidak memudaratkan (e-


Fatwa, 2005).
Begitu juga dengan penggunaan sel stem embrio, darah
tiruan, pengklonan dan sebagainya yang diharuskan melalui syarat-
syarat tertentu. Ini bermakna penggunaan sel ini sewenang-
wenangnya untuk tujuan mengubah atau tujuan komersial adalah
diharamkan.

1.2 DEFINISI DAN KEPENTINGAN SEL STEM

Sel stem adalah sel-sel asas untuk setiap organ dan tisu dalam
badan kita. Sepanjang kehidupan manusia, kita terus bergantung
kepada sel stem untuk menggantikan tisu yang cedera dan sel-sel
yang hilang setiap hari, seperti yang terdapat dalam kulit, rambut,
darah dan lapisan usus kita. Sel stem mempunyai dua ciri utama
iaitu, pertamanya keupayaan untuk memperbaharui dan
membahagikan sel secara tersendiri, dan keduanya keupayaan
untuk membezakan, memberi kebangkitan kepada sel-sel matang
yang membentuk organ-organ dan tisu (Gonzales & Bernad, 2012).
Sel stem atau sel induk adalah sel istimewa yang memiliki
keupayaan untuk berkembang (membahagi) dalam tempoh yang
tidak tetap dan boleh berubah menjadi pelbagai jenis sel yang
khusus. Keupayaan yang dikenali sebagai keplastikan (plasticity)
ini, adalah sifat biasa bagi telur-telur yang telah disenyawakan dan
sel-sel awal embrio (juga dikenali sebagai blastomer).
Telur yang telah disenyawakan dan mempunyai kebolehan
untuk membentuk semua sel di dalam tubuh, mempunyai
keupayaan perkembangan keplastikan yang paling tinggi. Oleh itu,
ia bersifat totipoten, iaitu ia boleh berkembang menjadi embrio
yang lengkap apabila diasingkan daripada kumpulan blastomer.
Penyelidikan dan Aplikasi Sel Stem dari Sudut Perubatan Menurut 5
Perspektif Islam dan Agama Lain di Malaysia

Terdapat dua punca utama sel stem (Cook, 2014), iaitu sel
stem dewasa dan sel stem embrio. Sel stem dewasa ialah satu sel
tidak matang di antara sel-sel yang telah berubah di dalam satu tisu
atau organ. Sel stem dewasa boleh diperolehi daripada janin yang
gugur, darah tali pusat, sum-sum tulang, darah dan otak. Sel-sel ini
kurang mampu bertukar menjadi sel-sel khas berbanding dengan
sel stem embrionik. Bilangannya agak kurang dan kadangkala
sukar diperolehi (contohnya, daripada bahagian otak dan retina
mata).
Peranan utama sel stem dewasa ini di dalam organisma
hidup adalah untuk mengekalkan dan memperbaiki tisu-tisu tempat
mereka berada. Sebahagian saintis menggunakan istilah sel stem
somatik (somatic stem cell). Sel stem embrionik pula diperolehi
daripada tubuh embrio yang terbentuk akibat persenyawaan luar
(in-vitro fertilisation), ataupun melalui teknologi pengklonan
(pemindahan nuklear sel somatik).
Apabila ditempatkan di dalam kultur, sel-sel stem ini
berkembang dan mula membahagi, dan para saintis kini sedang
berusaha untuk menghasilkan jenis-jenis sel yang boleh diguna
pakai bagi menyembuhkan pelbagai penyakit (Ruff et al., 2011).
Jenis-jenis sel stem pula seperti di Rajah 2 ialah (Bahagian
Perkembangan Perubatan, Jabatan Kesihatan Malaysia, 2009):

i. Sel stem totipotent boleh menjadi apa sahaja jenis sel dalam
tubuh termasuk plasenta.
ii. Sel stem pluripotent yang terhasil dalam tempoh empat hari
selepas proses penuburan boleh menjadi apa sahaja jenis sel
termasuk sel stem totipotent dan sel plasenta.
iii. Sel stem multipotent warisan daripada sel stem pluripotent
dan sel lain dalam tisu.
iv. Sel stem progenitor boleh menghasilkan satu jenis sel.
6 Bioteknologi Pemangkin Kesejahteraan Ummah: Siri 1

Rajah 2 Jenis-jenis sel stem

1.2 APLIKASI SEL STEM

Sel stem merupakan satu bidang bioteknologi yang telah lama


diperkenalkan di dunia. Sel stem yang diperkenalkan di Malaysia
beberapa tahun lepas menjadi jalan penyelesaian kepada beberapa
pemasalahan penyakit terutama berkaitan genetik. Teknologi sel
stem mempunyai aplikasi untuk sains asas, penyelidikan
perubatan, dan terapi. Sel stem sesuai untuk kajian proses
kompleks awal dan berkembang menjadi lebih daripada dua ratus
jenis sel dalam tubuh manusia.
Kajian sel stem boleh membenarkan penyelidik untuk
menyelidik penyakit dan kecacatan disebabkan oleh
ketidaknormalan genetik atau struktur di dalam sel-sel dan tisu. Sel
stem digunakan untuk menghasilkan sejumlah besar genetik
seragam tisu organ seperti hati, otot, atau saraf.
Penyelidikan dan Aplikasi Sel Stem dari Sudut Perubatan Menurut 7
Perspektif Islam dan Agama Lain di Malaysia

1.2.1 Aplikasi Terapeutik

Penggunaan sel stem untuk membaiki atau menggantikan tisu yang


rosak atau berpenyakit telah mendapat faedah yang besar. Antara
teknologi sel stem adalah termasuk penyakit Parkinson, kecederaan
saraf tunjang, strok, diabetes, penyakit jantung, artritis reumatoid,
osteoartritis, penyakit buah pinggang, penyakit darah, buta, distrofi
otot, penyakit hati, kehilangan gigi, dan botak.
Beberapa orang penyelidik telah membuat spekulasi
bahawa teknologi sel stem mungkin membenarkan keseluruhan
organ perut, hati, buah pinggang, dan lain-lain untuk ditanam dan
digunakan untuk pemindahan (Loeffler & Roeder, 2002).
Sel stem juga boleh digunakan bersama-sama dengan terapi
lain. Sebagai contoh, mereka boleh digunakan untuk menambah
sel-sel imun yang boleh digunakan untuk merawat tulang belakang
kecederaan saraf dan diabetes. Salah satu bentuk terapi yang
melibatkan sel stem telah digunakan untuk hampir empat puluh
tahun (Stem Cells and Public Policy, 2006).
Penggunaan sel stem dewasa dalam darah (hematopoietic
sel-sel) yang diambil dari sum-sum tulang untuk merawat
leukemia, limfoma, dan darah gangguan lain. Sejak tahun 1987,
lebih daripada dua puluh ribu pesakit telah menerima
hematopoietic pemindahan menggunakan tidak berkaitan
penderma melalui Kebangsaan Penderma Program sumsum, dan
banyak beribu-ribu lagi telah menerima pemindahan itu daripada
saudara-mara (Choon, 2009).

1.2.2 Aplikasi Sel Stem di Malaysia

Di Malaysia, sejarah tercatat sekitar 1997 apabila Hospital


Universiti (ketika itu) melakukan pemindahan sel stem darah tali
pusat kepada seorang kanak-kanak pesakit talasemia major yang
8 Bioteknologi Pemangkin Kesejahteraan Ummah: Siri 1

didermakan oleh adiknya yang baru lahir (Utusan, 2010). Begitu


juga pada tahun 2005, buat pertama kalinya Pusat Perubatan
Universiti Malaya (PPUM) berjaya melakukan pemindahan sel
stem darah periferal alogenik daripada penderma yang tidak
mempunyai hubungan persaudaraan dengan pesakit yang
menderita penyakit leukemia.
Pemindahan darah tali pusat juga bergantung kepada
keserasian penderma-penerima, jumlah sel stem yang berada dalam
darah tali pusat dan tahap penyakit yang dihidapi oleh seseorang.
Proses pengumpulan darah tali pusat juga tidak invasif, tidak
menyakitkan dan tiada risiko kepada ibu dan bayi. Selain itu, sel
stem darah tali pusat jua lebih mudah diterima oleh badan dan
mempunyai risiko penolakan yang rendah.
Sel ini yang ada di dalam tali pusat adalah building block
kepada darah dan sistem pertahanan yang biasanya akan
ditukarkan kepada sel darah merah, sel darah putih dan platelet,
iaitu sel yang akan memulihkan kecederaan. Oleh itu ia boleh
digunakan untuk merawat sel-sel dan tisu-tisu gantian bagi
merawat 70 jenis penyakit seperti parkinson, alzheimer, leukemia,
angin ahmar, serangan jantung, kencing manis, penyakit barah,
talasemia, anemia, sklerosis berbahagi, artritis reumatoid dan
lumpuh saraf tunjang.

1.2.3 Rawatan Sel Stem di Malaysia

Rawatan atau terapi Sel Stem digunakan secara meluas dalam


bidang klinikal di Malaysia bagi merawat penyakit-penyakit
kronik. Kaedah ini disebut sebagai transplant atau pemindahan.
Kaedah pemindahan yang terkenal pada masa kini adalah
pemindahan sel stem dewasa dan pemindahan sel stem plasenta.
Bagi pemindahan sel stem dewasa, ia terbahagi kepada dua
iaitu sel stem dari tulang sum-sum dan sel stem dari darah. Bagi
Penyelidikan dan Aplikasi Sel Stem dari Sudut Perubatan Menurut 9
Perspektif Islam dan Agama Lain di Malaysia

pemindahan plasenta pula, ia lebih kepada pemindahan sel stem


dari darah tali pusat.

1.2.3.1 Pemindahan Sel Stem Dewasa – Sel Stem dari Tulang


Sumsum

Rawatan atau terapi sel stem yang paling terkenal. Cara ini
digunakan secara meluas untuk merawat leukemia, kanser dan
pelbagai jenis penyakit darah. Sel stem dari tulang sum-sum akan
diekstrak keluar dari badan pesakit (American Cancer Society,
2014).

1.2.3.2 Pemindahan Sel Stem Dewasa – Sel Stem dari Darah

Peripheral Blood Stem Cells (PBSC) atau Sel


Stem Darah Periferal. Walaupun kebanyakan darah sel stem berada
di dalam tulang sumsum kita, sebilangan juga hadir dalam aliran
darah kita. Sel stem dari darah juga boleh digunakan seperti sel
stem dari tulang sumsum kita untuk merawat penyakit seperti
leukemia, kanser dan penyakit darah. Darah dari pesakit sendiri
atau penderma digunakan (Haut, Cohn, Morgan, Hubbell, Danner-
Koptik, Olszewski, Schaff, & Kletzel, 1998).

1.2.3.3 Pemindahan Sel Stem Tali Pusat – Sel Stem dari Darah
Tali Pusat

Sel stem darah tali pusat, iaitu, sel stem hemopoietik (HSC) atau
lebih dikenali dengan nama Cord Blood Stem Cells. Ianya
diperolehi dari tali pusat bayi yang baru lahir. Sejak beberapa
tahun kebelakangan ini, kajian telah membuktikan bahawa darah di
dalam tali pusat didapati kaya dengan sel stem dan terbukti
berguna dalam merawat jenis masalah kesihatan yang sama seperti
10 Bioteknologi Pemangkin Kesejahteraan Ummah: Siri 1

mana dalam kaedah mengunakan sel stem dari tulang sum-sum


(Sari Dewi, 2014).
Malah pesakit yang mengunakan kaedah mengunakan sel
stem dari darah tali pusat kurang terdedah terhadap penolakan
badan dibandingkan kaedah mengunakan sel stem dari tulang sum-
sum atau kaedah mengunakan sel stem dari darah. Ini kerana sel-
sel tersebut belum cukup matang sehingga dilihat sebagai suatu
ancaman oleh immune system tubuh badan penerima.
Darah tali pusat juga belum cukup matang untuk
menyerang sel-sel di dalam tubuh badan penerima. Untuk
menggunakan sel stem bayi, apa yang penting adalah:

i. Jumlah sel stem darah tali pusat bayi perlu mencukupi


untuk pesakit;
ii. Sel stem bayi perlu sepadanserasi dengan pesakit;
iii. Sel stem bayi pula perlu bebas penyakit.

Kini, darah tali pusat yang disimpan di dalam bank mula


mendapat perhatian pelbagai pihak setelah usaha menyebarkan
kebaikan dan kepentingan darah ini kepada masyarakat dilakukan
secara telus. Melalui bank darah tali pusat oleh Pusat Darah
Negara yang disediakan oleh kerajaan, setiap ibu bapa boleh
menyimpan aset biologi ini dengan lebih selamat dan terancang
untuk jangka masa panjang yang berpotensi menyelamatkan nyawa
bayi dan ahli keluarga yang lain sekiranya diperlukan.

1.2.4 Pusat Penyimpanan Darah Tali Pusat

Darah tali pusat apabila disimpan dengan baik dapat bertahan


sehingga 10 tahun (Strauer & Steinhoff, 2011). Pengumpulan atau
`pengambilan sel darah tali pusat boleh dilakukan secara peribadi
menerusi hospital atau pun klinik swasta. Selain Pusat Darah
Penyelidikan dan Aplikasi Sel Stem dari Sudut Perubatan Menurut 11
Perspektif Islam dan Agama Lain di Malaysia

Negara, Malaysia kini mempunyai 4 bank utama untuk menyimpan


sel darah tali pusat iaitu:

i. StemLife Berhad
ii. CryoCord Sdn. Bhd.
iii. CellSafe International Sdn. Bhd.
iv. StemTech International

Bergantung kepada ibu bapa mahu memilih pusat yang mana satu
sebagai pusat pelaburan sel stem anak-anaknya. Ini merupakan
satu insuran hayat yang berkesan dari segi kos dalam menghadapi
penyakit yang tidak dijangka.

1.2.5 Penggunaan Sel Stem Embrio (ES) , Sel Germa


Embrio dan Sel Stem Dewasa dalam Penyelidikan

Sel stem embrio (ES), sel germa embrio (EG) dan sel stem dewasa
mempamerkan potensi yang sama dalam penyelidikan saintifik.
Oleh kerana mereka adalah dalam kategori sel stem, mereka turut
berkongsi beberapa ciri-ciri utama yang sama (Lios, n.d).
Sebagai contoh, mereka mempunyai keupayaan untuk
replikasi sama diri dalam tempoh masa yang tidak terbatas dalam
tubuh manusia dan boleh menjanakan sel-sel khusus. Ia juga telah
menunjukkan bahawa ketiga-tiga jenis sel ini boleh diasingkan
daripada sel-sel lain dan disimpan dalam persekitaran makmal
tertentu yang membolehkan mereka mengekal dalam keadaan yang
tidak khusus.
Ini adalah penting dalam penyelidikan saintifik terkawal.
Eksperimen juga telah menunjukkan bahawa semua jenis sel stem
dapat direplikasi dan dikhususkan apabila dipindahkan ke dalam
haiwan yang mempunyai sistem imun yang rendah. Sel-sel
kemudian menjalani homing, satu proses di mana sel-sel yang
12 Bioteknologi Pemangkin Kesejahteraan Ummah: Siri 1

dipindahkan akan tertarik ke tapak cedera haiwan yang berpenyakit


itu. Homing diharapkan dapat menjadi prosedur klinikal yang
berguna.
Selain persamaan, terdapat beberapa perbezaan penting
antara sel stem embrio (ES), sel germa embrio (EG) dan sel stem
dewasa. Asal usul ketiga-tiga jenis sel menentukan perbezaan
mereka iaitu sel-sel ES diperoleh daripada jisim sel dalaman
blastocyst dalam embrio membangun, sel-sel EG diperolehi
daripada sel germa primordial fetus, dan sel stem dewasa ditemui
di tisu-tisu khas dalam badan manusia. Perbezaan antara ES, EG,
dan sel-sel stem dewasa mengakibatkan kekurangan dan kelebihan
yang berbeza bagi setiap jenis sel stem dalam penyelidikan
saintifik dan pembangunan (Pera, Reubnoff, Trounson, 2000).
ES dan EG sel-sel mempunyai beberapa kelebihan yang
jelas ke atas sel stem dewasa mengenai penyelidikan dan kegunaan
klinikal. Sebagai contoh, sel-sel ES dan EG adalah pluripotent, ia
bermakna mereka mempunyai potensi untuk dijanakan kepada
semua jenis sel-sel dalam badan (The National Academies, 2011).
Sel stem dewasa adalah multipotent, bermakna mereka
hanya mempunyai potensi untuk dijanakan kepada jenis sel yang
terhad. Setakat ini, tiada lagi sel stem dewasa yang telah
dibuktikan sebagai pluripotent. Ini bermakna bahawa sel ES dan
EG berpotensi menyediakan sumber yang boleh diperbaharui
sebagai sel penggantian untuk mana-mana tisu dalam badan
manusia.
Sel stem dewasa hanya berguna secara klinikal untuk tisu
dewasa tertentu dimana sel stem itu berasal. Sel-sel ES dan EG
banyak didapati di organisma membangun, terutamanya
berbanding dengan sel stem dewasa, dimana ia adalah terhad
dalam badan dewasa. Sebagai hasilnya, ES dan EG sel adalah lebih
mudah untuk dikenal pasti, diasingkan, dan ditulenkan berbanding
sel stem dewasa yang amat sukar untuk dikenal pasti, diasingkan
Penyelidikan dan Aplikasi Sel Stem dari Sudut Perubatan Menurut 13
Perspektif Islam dan Agama Lain di Malaysia

dan ditulenkan di makmal (Stem Cells and Public Policy, 2006).


Ini menjadikan penyelidikan dengan ES dan sel-sel EG lebih
mudah daripada penyelidikan sel stem dewasa.
Walau bagaimanapun, sel stem dewasa mempunyai
beberapa kelebihan berbanding dengan sel-sel ES dan EG. Sebagai
contohnya, sel stem dewasa boleh didapati untuk seumur hidup
organisma, manakala sel ES dan EG hanya ditemui dalam
organisma membangun. Ini membolehkan sel stem dewasa dalam
seseorang individu dikaji dalam jangka masa yang lebih lama.
Selain itu, penyingkiran sel stem EG dan ES daripada
embrio akan mengakibatkan kematian embrio. Tetapi penyingkiran
sel stem dewasa tidak melibatkan kematian embrio, oleh itu sel
stem dewasa adalah kurang ar-Ruumit dari segi etika.
Tambahan pula, sel stem dewasa tidak mempunyai masalah
penolakan imun selepas pemindahan kerana mereka boleh
dipindahkan kembali ke badan asal dimana mereka datang dari.
Sel-sel ES dan EG berasal dari embrio dan fetus, dan dipindahkan
ke dalam orang yang berlainan genetik. Oleh itu, penolakan oleh
sistem imun manusia adalah satu isu dalam penggunaan sel-sel ES
dan EG.
Akhirnya, sel-sel ES mempunyai kelebihan dan kelemahan
yang kukuh berbanding dengan sel stem yang lain. Pertama, sel-sel
ES mampu mereplikasi dalam makmal jauh lebih baik daripada sel
stem EG atau dewasa. Sel-sel ES boleh memperbaharui dirinya
selama 2 tahun sebanyak 300 kali (Bakalora, Buchholz, Jung &
Wong, 2009).
Sel-sel EG hanya boleh menggandakan dirinya sebanyak
70-80 kali secara maksima. Sementara itu, sel stem dewasa hanya
mempunyai keupayaan yang terhad untuk mereplikasi di dalam
makmal. Replikasi di makmal adalah penting untuk penyelidikan
yang berterusan. Namun, sel-sel ES berkemungkinan tinggi
berkembang menjadi tumor. Jika sel-sel ES tanpa pembezaan
14 Bioteknologi Pemangkin Kesejahteraan Ummah: Siri 1

diambil dari makmal dan disuntik ke dalam tetikus, tumor benigna


(berbahaya) boleh bertumbuh.
Atas sebab ini, para saintis tidak merancang menggunakan
sel-sel ES tanpa pembezaan dalam pemindahan atau aplikasi
terapeutik yang lain. Sel-sel EG, sebaliknya tidak membentuk
tumor ini. Pada tahap ini, ia masih tidak diketahui sama ada tumor
akan terbentuk atau tidak dalam sel stem dewasa yang
dipindahkan. Persamaan dan perbezaan ES, EG, dan sel stem
dewasa telah diringkaskan dalam carta berikut:

Jadual 1 Es, EG dan Sel Dewasa – Persamaan

Kebolehan
untuk
Kebolehan Kebolehan
Jenis sel replikasi Kebolehan
untuk untuk
stem dengan Homing
pembezaan diasingkan
sendiri

ES, EG & Ya Ya Ya Ya
dewasa

Jadual 2 ES, EG dan Sel Stem Dewasa - Perbezaan

Cenderung
Kemudah
Jenis penolakan
Jangka Jenis potensi -an
sel Bilangan oleh sistem
Masa sel pengenal-
stem imun
pastian
ES & Hanya pluripotent Banyak Senang tinggi
EG ditemui
dalam
organisma
yang sedang
Penyelidikan dan Aplikasi Sel Stem dari Sudut Perubatan Menurut 15
Perspektif Islam dan Agama Lain di Malaysia

berkembang

Dewa Ditemui multipotent Sedikit Susah tiada


sa sepanjang
hayat
organisma

Jadual 3 ES, EG & Sel Stem Dewasa – Perbezaan II

Jenis sel Asal Kadar replikasi Kecenderungan


stem dalam
pembentukan
tumor
ES inner cell mass Boleh mengganda Boleh membentuk
of blastocyst/ sel sehingga 300 kali tumor sekiranya
jisim dalaman dipindahkan di
blastocyst peringkat tanpa
pembezaan
EG kuman sel asal Boleh menggandakan Tidak membentuk
fetus sehingga 70-80 kali tumor
Dewasa Tisu yang dalam Replikasi yang terhad Tidak diketahui
perkembangan,
dan dikhususkan

1.3 KEUPAYAAN SEL STEM PLURIPOTENT DAN SEL


STEM DEWASA

Berdasarkan informasi daripada saintis, manfaat penggunaan sel


stem pluripotent dan dewasa masih tidak jelas dalam pembangunan
terapi (Kennedy et al., 2000).
Kedua-dua pluripotent dan sel stem dewasa mempunyai
kelebihan dan kekurangan mereka (merujuk jadual di bawah).
Sebagai contoh, kelebihan utama sel stem pluripotent adalah
16 Bioteknologi Pemangkin Kesejahteraan Ummah: Siri 1

keupayaan mereka untuk menghasilkan apa-apa sel khusus di


dalam tubuh manusia. Walau bagaimanapun,wujudnya kontroversi
disebabkan mereka berasal dari embrio atau fetus manusia (Liou,
n.d).
Sel stem dewasa, sebaliknya, tidak akan ditolak oleh sistem
imun pesakit kerana sel ini diasingkan daripada pesakit,
dibahagikan dengan teknik tertentu, dan kemudian dipindahkan
kembali ke dalam pesakit. Oleh sebab sel stem diasingkan daripada
orang dewasa, ia tidak mengalami masalah etika. Walau
bagaimanapun, sel stem dewasa hanya boleh didapati di tisu badan
yamg tertentu sahaja, maka menghadkan jenis tisu yang boleh
digunakan.
Baru-baru ini, kajian pada keplastikan sel stem dewasa
telah dijalankan, dimana sel stem dewasa daripada satu tisu telah
diuji untuk menjana sel-sel khusus tisu lain. Setakat ini,
keputusannya adalah amat tidak memuaskan. Secara kesimpulan,
ramai saintis bersetuju bahawa sel stem pluripotent dan dewasa
mempunyai kesesuaian dalam rawatan yang berbeza (The National
Academies, 2011).

Jadual 4 Pluripotent vs. Multipotent Sel Stem

Jenis Sel Kelebihan Kekurangan


Stem
Pluripotent boleh digunakan diperolehi daripada
pada mana-mana embrio dan fetus.
sel tertentu dalam Boleh menangani
tubuh manusia masalah kemungkinan
agak mudah untuk dalam penolakan imun
dikenalpasti
Multipotent Boleh diasingkan Hanya ditemui dalam
daripada pesakit bilangan tisu yang
dewasa. Tiada terhad.
Penyelidikan dan Aplikasi Sel Stem dari Sudut Perubatan Menurut 17
Perspektif Islam dan Agama Lain di Malaysia

peluang dalam Susah dikenalpasti


penolakan imun
(jika sel stem
berasal dari pesakit
yang sama)

1.4 CABARAN YANG DIHADAPI DALAM


PENYELIDIKAN SEL STEM

Walaupun penyelidikan sel stem menunjukkan pencapaian yang


memberangsangkan, penyelidik masih menghadapi banyak cabaran
biologi, teknologi, dan etika yang perlu diatasi sebelum inovasi ini
boleh dibangunkan dan dimasukkan ke dalam amalan klinikal.
Pertama, penyelidikan yang lebih asas perlu dilakukan
untuk memahami sepenuhnya proses pengkhususan sel dalam
manusia. Pada masa ini, para saintis sedang berusaha
menghasilkan kaedah yang boleh dipercayai dalam keadaan
kebolehulangan untuk menjadikan sel stem kepada sel-sel dan tisu
jenis tertentu yang diperlukan untuk pemindahan (The National
Academies, 2011).
Selain itu, sebelum sel-sel matang yang berasal dari ES
atau sel stem EG boleh digunakan dalam pemindahan, saintis perlu
mengatasi masalah penolakan imun. Ini kerana sel-sel ini adalah
berlainan genetik daripada penerima, maka ketidakserasian antara
mereka perlu diminimumkan.
Penyelidikan sel stem dewasa juga telah menghadapi
banyak kesukaran, termasuk mencari, mengasingkan dan mengenal
pasti sel-sel, mengembangkan sel stem dewasa dalam makmal dan
membuktikan keplastikan (Stem Cells and Public Policy, 2006).
Di samping cabaran-cabaran teknologi, penyelidik juga
perlu menghadapi kontroversi etika dalam penggunaan ES dan sel-
18 Bioteknologi Pemangkin Kesejahteraan Ummah: Siri 1

sel EG. Penyelidik, pengamal perubatan, dan masyarakat am perlu


bersetuju mengenai garis panduan etika yang diterima sekiranya
pengunaan sel stem dibenarkan dalam amalan klinikal.

1.5 HUKUM DAN FATWA STEM SEL

Agama Islam ialah satu agama yang suci dan lengkap


dalam mengajar manusia berkaitan kehidupan di dunia malah juga
di akhirat. Ia juga memandang berat akan penemuan baharu ini
yang melibatkan embrio manusia dan juga keupayaan teknologi
perubatan dalam membantu manusia menjalani kehidupan yang
lebih sihat.Mengikut Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan
kali ke-51 pada 11 Mac 2002 (e-fatwa, 2012), telah memutuskan
seperti berikut dalam menentukan kegunaan sel stem:

i. Pengklonan manusia untuk apa-apa tujuan sekalipun adalah


haram kerana ia bertentangan dengan fitrah kejadian
manusia yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T.
ii. Penggunaan sel stem bagi tujuan perubatan dalam kajian
yang ambil bukan dari proses pengklonan adalah
diharuskan selagi ianya tidak bercanggah dengan hukum
syarak.

Manakala mengikut Jawatankuasa Muzakarah kali ke 67 pada 22


Februari 2005 (Cook, 2014) yang juga membincangkan hukum
khusus mengenai pengklonan terapeutik dan penyelidikan sel stem
telah memutuskan bahawa:
i. Pengklonan terapeutik untuk tujuan rawatan perubatan
seperti mencipta sel-sel tertentu atau menggantikan organ
yang telah rosak dengan mengambilkira langkah-langkah
sempadan yang dibenarkan oleh syarak adalah diharuskan.
Penyelidikan dan Aplikasi Sel Stem dari Sudut Perubatan Menurut 19
Perspektif Islam dan Agama Lain di Malaysia

ii. Harus menggunakan embrio yang disimpan beku atau


lebihan embrio daripada proses persenyawaan di luar rahim
(IVF) untuk tujuan penyelidikan dengan syarat mendapat
persetujuan pasangan suami isteri yang menerima rawatan
dan kajian tersebut dilakukan sebelum mencapai tahap
alaqah (blastocyst);
iii. Penyelidikan ke atas pra-embrio selain dari untuk tujuan
terapeutik hendaklah mendapat kebenaran daripada
pasangan suami isteri danpra-embrio hasil penyelidikan ini,
tidak boleh sama sekali ditanam dalam rahim isteri atau
mana-mana wanita yang lain.
iv. Harus melakukan penyelidikan ke atas pra-embrio untuk
mengetahui penyakit genetik bagi pasangan yang berisiko
tinggi dan hanya embrio yang dikenalpasti bebas dari
penyakit sahaja boleh ditanam ke dalam rahim ibunya
dalam tempoh perkahwinan yang sah. Sebarang
penyelidikan yang berunsurkan komersial yang tiada kaitan
dengan kesihatan ibu atau janin adalah tidak dibenarkan.
v. Rawatan kejuruteraan genetik ke atas pra-embrio yang
melibatkan pengubahsuaian sifat semulajadi seperti rambut,
warna rambut, kebijaksanaan, ketinggian dan sebagainya
termasuk memilih jantina adalah haram. Bagaimanapun
pemilihan jantina diharuskan sekiranya faktor jantina
menyebabkan suatu penyakit genetik yang serius yang
boleh membawa kematian.
vi. Penyelidikan hendaklah dijalankan secara sah dan proposal
penyelidikan mestilah jelas, saintifik dan dikendalikan oleh
penyelidik yang benar-benar mempunyai kemahiran,
amanah dan bertanggungjawab.
vii. Sel stem daripada sumber-sumber yang dinyatakan di
bawah adalah harus digunakan untuk tujuan rawatan
perubatan dan kaji selidik.
20 Bioteknologi Pemangkin Kesejahteraan Ummah: Siri 1

Pada 25 Mei 2006 Jabatan Mufti Negeri Selangor Darul Ehsan


juga turut menyatakan bahawa sel stem daripada sumber-sumber
yang dinyatakan adalah harus digunakan untuk tujuan rawatan
perubatan dan kaji selidik melalui fatwa no. P.U. 13 (Jabatan Mufti
Negeri Selangor, 2012). Sumber-sumber sel stem adalah seperti
berikut:

a) Daripada seorang dewasa (sel stem dewasa) dengan izin


dan prosedurnya tidak mengakibatkan mudarat.
b) Daripada seorang kanak-kanak dengan keizinan
ibubapanya dan prosedurnya tidak mengakibatkan mudarat.
c) Daripada uri dan darah tali pusat bayi dengan keizinan
ibubapanya.
d) Daripada janin yang gugur secara spontan atau keguguran
akibat daripada rawatan perubatan yang dibenarkan syarak
dengan syarat yang mendapat keizinan ibu bapanya, bukan
janin yang digugurkan secara sengaja atau digugurkan
tanpa sebab-sebab perubatan yang dibenarkan oleh syarak.
e) Daripada lebihan embrio (excess embryos) yang disimpan
beku daripada teknologi bantuan kesuburan IVF dengan
syarat mendapat keizinan ibu bapanya. Sel stem daripada
embrio yang dihasilkan secara sengaja dengan teknologi
Somatic Cell Nuclear Transfer (SCNT) adalah tidak di
benarkan berdasarkan kaedah sad al-zaraie (menutup pintu
keburukan).

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang


dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa Islam amat
menekankan penjagaan kesihatan tubuh badan sebagai salah satu
prinsip dalam Maqasid al-Syariah. Walau bagaimanapun,
penggunaan ubat dari sumber yang haram untuk mengubati sesuatu
Penyelidikan dan Aplikasi Sel Stem dari Sudut Perubatan Menurut 21
Perspektif Islam dan Agama Lain di Malaysia

penyakit adalah dilarang berdasarkan umumnya hadith Rasulullah


SAW:

:
):
(

Maksudnya: Dari Abi Darda’ RA, Rasulullah SAW


berkata: Sesungguhnya Allah telah menurunkan
penyakit dan penawar, dan Dia telah menjadikan
bagi tiap-tiap penyakit itu penawar, maka kamu
semua berubatlah dan janganlah kamu semua
berubat dengan (perkara-perkara) yang haram.

(Riwayat Abi Daud)

Namun begitu, dalam keadaan-keadaan dharurah atau terpaksa,


terdapat kelonggaran yang diberikan dalam pengharaman ini demi
untuk menghilangkan kesakitan dari tubuh badan. Pengklonan
untuk tujuan perubatan seperti mencipta sel-sel tertentu bagi
menggantikan organ yang telah rosak hukumnya adalah harus (e-
Fatwa, 2012)

1.6 SEL STEM MENURUT PANDANGAN AGAMA


KRISTIAN

Pandangan Kristian mengenai proses kloning manusia


dapat dikaji dengan terang beberapa prinsip Alkitabiah. Pertama,
umat manusia diciptakan dalam rupa Allah, dan kerana itu ia
22 Bioteknologi Pemangkin Kesejahteraan Ummah: Siri 1

adalah bersifat unik. Jelaslah bahawa ia adalah sesuatu yang perlu


dihargai dan tidak dilakukan seperti komuniti yang dijual atau
diperdagangkan walaupun dengan mengambil DNA sendiri dan
menciptakan organ yang sama yang terdiri dari DNA itu sendiri.
Walaupun ini mungkin benar, namun demikian
melakukannya adalah seumpama merendahkan kehidupan
manusia. Proses kloning menuntut penggunaan embrio manusia;
dan walaupun sel dapat dihasilkan untuk membuat organ yang
baru, untuk mendapatkan DNA yang diperlukan beberapa embrio
harus dimatikan.
Pada hakikatnya kloning akan “membuang” banyak embrio
manusia sebagai “barang sampah,” membantutkan pertumbuhan
embrio-embrio itu ke keadaan yang lebih dewasa. Menurut
Alkitab, Allah adalah satu-satuNya yang memiliki hak kedaulatan
mutlak atas hidup manusia. Berusaha mengawal hal-hal
sedemikian adalah bagi menempatkan diri pada kedudukan Allah.
Jelaslah bahwa manusia tidak boleh melakukan hal
demikian. Namun kita bukanlah sekadar kumpulan molekul dan
unsur-unsur kimia. Al-kitab dengan jelas mengajar bahawa Allah
menciptakan setiap kita dan memiliki rencana khusus untuk setiap
kita.
Lebih lagi, Dia menginginkan hubungan pribadi dengan
setiap kita, melalui Anak-Nya, Yesus Kristus. Sekalipun ada
aspek-aspek kloning manusia yang mungkin bermanfaat, umat
manusia tidak dapat mengawal arah perkembangan teknologi
kloning. Manusia tidak berada dalm kedudukan untuk menjalankan
tanggung jawab atau memberi penilaian yang harus dilakukan
untuk mengatur kloning manusia.
Penyelidikan dan Aplikasi Sel Stem dari Sudut Perubatan Menurut 23
Perspektif Islam dan Agama Lain di Malaysia

1.7 SEL STEM MENURUT AGAMA BUDDHA

Dari sudut pandang buddhis, mereka percaya bahawa tidak ada


kekuatan yang boleh melawan hukum-hukum Dhamma – hukum
alam yang “mengatur” semesta ini. Sel stem terbentuk sekitar 4-5
hari setelah persenyawaan (Keown, 2004).

Oleh yang demikian tahap embryogenesis pada 4-5 post-


fertilization ianya masih tidak lagi berada di dalam kategori
makhluk hidup. Dan pengambilan stem cell dari tahap
embryogenesis ini masih tidak dianggap sebagai pembunuhan
kerana belum berada di dalam kategori tersebut.
Daripada pandangan yang telah diutarakan menunjukkan
bahawa jika terjadinya therapeutic cloning yang dibuat di minggu
pertama pembentukan maka ia tidak disebut sebagai pembunuhan.
Dengan sendirinya, praktik therapeutic cloning seharusnya tidak
dianggap bertentangan dengan etika Buddhis (Keown, 2004).

1.8 STEM SEL MENURUT AGAMA HINDU

Menurut ajaran Hindu, ada tiga jenis makhluk yang diciptakan


Tuhan, iaitu tumbuhan, haiwan, dan manusia, sesuai dengan ruang
dan waktu. Manusia merupakan yang paling sempurna, kerana ia
mempunyai kelebihan dalam menentukan dan memilih mana yang
baik dan mana yang buruk. Tubuh manusia, termasuk seluruh
elemennya, juga mempunyai kudrat sendiri-sendiri. Kuku di kaki,
rambut di kepala, dan seterusnya, itu memiliki kudrat masing-
masing. Semua itu berjalan menurut hukum kudrat atau hukum
kemahakuasaan. (Javaram, 2014)
24 Bioteknologi Pemangkin Kesejahteraan Ummah: Siri 1

1.9 KESIMPULAN

Teori pembaharuan sel stem telah menjadi satu anjakan paradigma


baru dalam sains kesihatan. Sel stem yang diperkenalkan di
Malaysia sejak beberapa tahun yang lepas menjadi jalan
penyelesaian kepada beberapa permasalahan penyakit terutama
penyakit genetik. Proses ini melibatkan pengetahuan dan
kemahiran tinggi untuk menghasilkan sesuatu pengeluaran yang
berguna dan dapat dimanfaatkan oleh manusia.
Kini, darah tali pusat yang disimpan di dalam bank mula
mendapat perhatian pelbagai pihak setelah usaha menyebarkan
kebaikan dan kepentingan darah ini kepada masyarakat dilakukan
secara telus. Melalui bank darah tali pusat oleh Pusat Darah
Negara yang disediakan oleh kerajaan, setiap ibu bapa boleh
menyimpan aset biologi ini dengan lebih selamat dan terancang
untuk jangka masa panjang yang berpotensi menyelamatkan nyawa
bayi dan ahli keluarga yang lain sekiranya diperlukan.
Beberapa disiplin ilmu diperlukan seperti genetik dan
bidang-bidang biologi serta kejuruteraan kimia, teknologi
maklumat, dan sebagainya. Pernyataan fatwa yang dikeluarkan
oleh JAKIM mengatakan bahawa sel stem boleh digunakan untuk
tujuan perubatan dan kaji selidik dengan syarat-syarat tertentu iaitu
sel stem dewasa dan sel stem daripada kanak-kanak yang ingin
digunakan harus mendapat keizinan dari ibu bapanya dan
prosedurnya tidak memudaratkan.
Begitu juga dengan penggunaan sel stem embrio, darah
tiruan, pengklonan dan sebagainya dengan mengambil kira
langkah-langkah sempadan yang dibenarkan oleh syarak adalah
diharuskan.
Penyelidikan dan Aplikasi Sel Stem dari Sudut Perubatan Menurut 25
Perspektif Islam dan Agama Lain di Malaysia

RUJUKAN

American Cancer Society. 2014. Leukemia_Acute Myeloid


(Myelogenous). Di ambil pada 8/6/2014 dari
http://www.cancer.org/acs/groups/cid/documents/webconte
nt/003110-pdf.pdf
Bahagian Perkembangan Perubatan, Jabatan Kesihatan Malaysia,
2009. Guidelines For Stem Cell Research and Therapy.
National Library of Malaysia.
Bakalora2009. The Economics of Stem Cell Research. Di ambil
pada 8/6/2014 dari http://www.wpi.edu/Pubs/E-
project/Available/E-project-050409-
141307/unrestricted/The_Economics_of_Stem_Cells.pdf
Choon, A. R. 2009. Sel Stem. Berita Harian.
Cook, M. 2014. The Stem Cell Debate. AUSTRALASIAN
BIOETHICS INFORMATION.
www.australasianbioethics.org.
e- fatwa. 2012. Bahagian Pengurusan Fatwa, Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia. Diperoleh dari http://www.e-
fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pengklonan-
terapeutik-dan-penyelidikan-sel-stem-stem-cell .
e-Fatwa. 2005. Hukum Pengklonan Terapeutik Dan Penyelidikan
Sel Stem (Stem Cell). Di ambil pada 7/6/2014 dari
http://www.e-fatwa.gov.my/kategori-
fatwa/perubatan?page=2
Gonzales, M. A. & Bernad, A. 2012. Characteristic of Adult Stem
Cells. Landes Biosciences and Springer.
Haut, P. R., Cohn, S., Morgan, E., Hubbell, M., Danner-Koptik,
K.,
Jabatan Mufti Negeri Selangor Darul Ehsan. 2012. Diperoleh dari
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp
26 Bioteknologi Pemangkin Kesejahteraan Ummah: Siri 1

Javaram, V. 2014. Hinduism- Gods and Goddess in the Vedas. Di


ambil 8/7/2014 dari
http://www.hinduwebsite.com/hinduism/vedicgods.asp
Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI). 2005. Biotek
Malaysia. Diperoleh dari
http://www.mosti.gov.my/index.php?option=com_content
&view=article&id=362&lang=bm
Kennedy, I. et al. 2000. Nuffield Council on Boethics. London.
Keown, D. 2004. No Harm' Applies to Stem Cell Embryos: One
Buddhist's. Di ambil dari
http://www.beliefnet.com/News/Science-
Religion/2004/04/No-Harm-Applies-To-Stem-Cell-
Embryos-One-Buddhists-
View.aspx#c6YWExSDYReE6x3f.99
Liou, S. (n.d). HOPES, http://hopes.stanford.edu/
Loeffler, M. & Roeder, I. 2002. Tissue Stem Cells: defination,
Plasticity, Heterogeneity, Self-Organization and Models- A
Conceptual Approach. Cell Tissues Organs. Institute for
Medical Informatics, Statistics and Epidemiology
University of Leipzig, Liebigstr
Mayhall, E. A. et al. 2004. The Clinical Potential of Stem Cells.
Current Opinion in Cell Biology. Di ambil dari
www.sciencedirect.com
National Institute of Health. 2009. Stem Cell Basics. Diperoleh
dari
http://stemcells.nih.gov/staticresources/info/basics/SCprime
r2009.pdf
National Research Council. 2011. Understanding Stem Cells. An
Overview of The Science and Issues From the National
Academies. Institute of Medicine.
Olszewski, M. et al., 1998. Efficacy Of Autologous Peripheral
Blood Stem Cell (PBSC) Harvest And Engraftment After
Penyelidikan dan Aplikasi Sel Stem dari Sudut Perubatan Menurut 27
Perspektif Islam dan Agama Lain di Malaysia

Ablative Chemotherapy In Pediatric Patients. Biology of


Blood and Marrow Transplantation (4):38–42.
Pera, M. F. et al. 2000. Contemmentary: Human Embryonic Stem
Cells. Journal of Cell Sciences 113: 5-10.
Ruff, C. Wilcox, J & Fehling, M.G. 2011. Current Status of Stem
Cell Treatments For Cerebral Palsy: A Gude For Patients,
Families and Caregivers. University of Toronto..
Sari Dewi, R. 2014. Sprulina Platensis Mencegah Penurunan
Komponen Darah Perifer Pada Tikus (Rattus Norvegius)
Yang Diberikan Cycloph Amide. Thesis Sarjana.
Universitas Uda Yana Denpasar.
Stem Cells And Public Policy. 2006. The Century Foundation, Inc.
New York City. Di ambil 8/6/2014 pada dari
http://tcf.org/publications/pdfs/pb566/Stemcellbasics.pdf
Strauer, B. & Stenhoff, G. 2011. 10 Years of Intracoronary and
Intramyocardial Bone Marrow Stem Cell Therapy of the
Heart From the Methodological Origin to Clinical Practice.
Journal of American College of Cardiology. 58(11): 1095-
2015.
The National Academies. 2011. Understanding Stem Cells, An
overview of the issues from the national academies,
http://delsold.nas.edu/dels/rpt_briefs/Understanding_Stem_
Cells.pdf
Utusan. 2010. Diperoleh dari
http://www.utusan.com.my/kesihatan.
View publication stats

You might also like