You are on page 1of 11

Haiwan Invertebrata

Pada amnya, haiwan boleh dikelaskan kepada 2 kumpulan utama, iaitu:


1. Haiwan tidak bertulang belakang (invertebrata)
2. Haiwan bertulang belakang (vertebrata)
Haiwan tidak bertulang belakang (invertebrata)
Apa dia haiwan invertebrata? Jika ingin mengetahuinya, silalah menonton video You Tube yang
berjudul "An invertebrate is an animal without a backbone".

Setelah menontonnya, adakah anda telah mendapat gambaran yang jelas mengenai apa dia
haiwan invertebrata? Sekarang, marilah kita bersama-sama mengenalinya dengan lebih terperinci
lagi melalui contoh-contoh yang diberikan seperti berikut:
A. Haiwan bercangkerang seperti udang, siput babi, ketam dan kura-kura.

Udang

Siput Babi

Ketam

Kura-kura
B. Haiwan berkepak dan berkaki enam seperti rama-rama, lipas dan nyamuk.

Rama-rama

Lipas

Nyamuk

C. Haiwan berkulit licin, lembap dan lembut seperti pacat, cacing tanah dan ubur-ubur.

Pacat

Cacing tanah

Ubur-ubur
D. Haiwan berkaki lebih daripada enam seperti labah-labah, lipan dan kala jengking

Labah-labah

Lipan

Kala jengking

Pengelasan Haiwan
Haiwan dapat dikelaskan berdasarkan kepada ciri-ciri sepunya mereka. Pengelasan haiwan dapat
dibahagikan kepada dua iaitu vertebrata dan invertebrata.
Haiwan Vertebrata
Haiwan vertebrata adalah haiwan yang mempunyai tulang belakang. Vertebrata yang berdarah
panas mengekalkan suhu badan mereka pada tahap yang tetap. Vertebrata yang berdarah sejuk
mempunyai suhu badan yang berubah-ubah mengikut suhu di sekeliling. Vertebrata dapat
dibahagikan kepada lima kumpulan yang utama iaitu mamalia, amfibia, reptilia, burung dan ikan.
Mamalia
Ciri-ciri mamalia ialah:
1) badan dilitupi dengan rambut atau bulu,
2) bernafas melalui peparu,
3) berdarah panas,

4) melahirkan
bertelur,

anak kecuali platipus dan tenggiling yang

5) melakukan persenyawaan dalam; anak membesar di dalam badan ibu sebelum dilahirkan,
6) kebanyakan mamalia hidup di darat; ikan lumba-lumba dan ikan paus hidup di dalam air.
7) Contoh mamalia ialah orang utan, gajah, beruang, kucing, lembu dan arnab.
Mammals
Ikan

Ciri-ciri ikan ialah:


1) hidup di dalam air,
2) bernafas melalui insang,
3) melakukan persenyawaan luar,
4)berdarah sejuk,
5) dilitupi kulit bersisik berlendir dan
6) mempunyai telur yang tidak bercangkerang.
Fish

Amfibia

Ciri-ciri amfibia ialah:


1) boleh hidup di air dan di darat,
2) bernafas menggunakan insang semasa kecil dan peparu semasa dewasa,
3) berdarah sejuk,
4) mempunyai kulit yang lembap,
5) melakukan persenyawaan luar,
6) bertelur tanpa cangkerang.
7) Contoh amfibia ialah katak dan kodok.
Amphibians
Reptilia
Ciri-ciri reptilia:
1) berdarah sejuk,

2) bernafas dengan menggunakan peparu,

3) mempunyai kulit bersisik dan kering,

4) melakukan persenyawaan dalam,


5) bertelur dan telur bercangkerang.
6) Contoh reptilia ialah ular, cicak, buaya, penyu dan biawak.
Reptiles
Burung

Ciri-ciri burung ialah:


1) berdarah panas,
2) bernafas melalui paru-paru,
3) badan dilitupi bulu pelepah,
4) melakukan persenyawaan dalam.
5) telur bercangkerang keras.

You might also like