You are on page 1of 8

Nota Sains Tingkatan 2

Bab3 - Kepelbagaian Biologi / Biodiversiti


Kepelbagaian Biologi
Kepelbagai organisma di Bumi ini adalah
biologi (biodiversity or biological diversity).

juga

Kepelbagai organisma tersebut boleh diklasifikasikan


pengelasan (classification method) yang sesuai.

dikenali

sebagai kepelbagaian

menggunakan

kaedah-kaedah

Pengkelasan (classification) organisma hidup


Satu sistem klasifikasi diperlukan bagi mengkelaskan hidupan (living things) secara teratur
kerana bilangan mereka yang besar serta pelbagai jenis.
Walaupun mereka memiliki ciri-ciri umum yang biasa (common general characteristics),
organisma daripada spesis yang sama masih mempunyai ciri-ciri tersendiri yang boleh
membezakan mereka daripada spesis yang lain.
Klasifikasi (classification) adalah penting untuk membolehkan kajian saintifik yang lebih
mendalam dijalankan bagi peningkatan (improvement) sesuatu spesis itu.

Pengkelasan Haiwan
Kumpulan haiwan boleh dikelaskan (classified) mengikut persamaan dalam ciri-ciri, sifat dan
struktur.
Ciri-ciri yang biasa adalah ciri-ciri yang dimiliki oleh dua atau lebih jenis spesis.
Ciri-ciri biasa pada haiwan adalah termasuk kaedah pembiakan, jenis makanan yang diambil,
habitat dan ciri-ciri fizikal.

Pengkelasan haiwan mengikut ciri-ciri biasa (common characteristics):


Ciri-ciri haiwan

Contoh

Hidup di dalam air

Ketam, ikan, udang, tiram, sotong, kerang, oborobor.

Hidup di atas darat

Anjing, ayam, kucing, tupai, tikus, gajah,rusa,


harimau.

Hidup di dalam air dan di atas darat

Buaya, katak, penyu, singa laut, memerang.

Membiak dengan bertelur

Ayam, ikan, burung, ketam, itik, angsa, lipas.

Membiak dengan melahirkan anak

Ikan paus, ikan lumba-lumba, landak, tenggiling,


kelawar, arnab, lembu.

Herbivor

Arnab, lembu, kambing, zirafah, tupai, siput,


belalang.

Karnivor

Singa, harimau, ikan piranha, labah-labah, buaya,


ular, katak.

Omnivor

Ayam, itik, kucing, lipas, tikus, beruang.

Badan berbulu rambut

Kucing, anjing, lembu, beruang, kelawar.

Badan berbulu pelepah

Burung, ayam, itik.

Badan bersisik

Ikan, tenggiling, cicak, ular.

Haiwan boleh dibahagikan kepada 2 kategori:


1.
2.

Vertebrata (vertebrates)
Invertebrata (invertebrates)

Perbezaan (differences) antara haiwan vertebrata dan invertebrata adalah seperti berikut:
Aspek

Vertebrata

Invertebrata

Tulang belakang

Mempunyai tulang belakang.

Tidak
mempunyai
belakang.

tulang

Sokongan badan

Sokongan utama adalah rangka Sokongan


utama
adalah
dalaman (endoskeleton) yang exoskeleton (seperti kulit keras)
terdiri daripada tulang.
dan tekanan cecair/bendalir.

Vertebrata
Vertebrata (vertebrates) boleh dibahagikan kepada lima (05) kumpulan, iaitu:
1.
2.
3.
4.
5.

Ikan (fish)
Amfibia (amphibians)
Reptilia (reptiles)
Burung (birds)
Mamalia (mammals)

Ciri-ciri vertebrata adalah seperti berikut:

Ikan

Hidup dalam air tawar atau laut.


Badan ditutup dengan sisik dan sirip berlendir (slimy scales and fins).
Sirip gunakan untuk berenang dan mengimbangi badan.
Badan berbentuk torpedo (aerodinamik) untuk mengurangkan rintangan air.
Bernafas melalui insang (gill).
Berdarah sejuk (poikilothermic). Suhu badan berubah mengikut suhu persekitaran.
Bertelur (lay eggs). Bertelur dengan banyak bagi meningkatkan peluang untuk

persenyawaan.
Persenyawaan (fertilisation) berlaku di luar badan, dimana sperma dan telur bersatu di

luar badan ikan betina.


Mempunyai garis deria (sensory line) untuk mengesan rangsangan luar (external

stimuli).
Terdapat beberapa ikan jenis terdiri dari tulang rawan (cartilaginous) seperti jerung.
Sesetengah ikan mempunyai beg udara dalam badan untuk lebih mudah terapung.

Amfibia

Boleh hidup di atas darat dan di dalam air.


Mempunyai kulit yang lembap (moist) dan terdedah yang berfungsi sebagai organ
pernafasan tambahan kerana gas meresap dengan mudah ke dalam sel-sel badan.
Berdarah sejuk (poikilothermic).
Bertelur. Bertelur dengan banyak bagi meningkatkan peluang untuk persenyawaan.
Persenyawaan berlaku di luar badan.
Berudu (tadpoles) bernafas melalui insang dan hidup dalam air manakala katak dewasa
tinggal di atas tanah dan nafas melalui paru-paru serta kulit lembap (moist skin).
Mempunyai selaput renang pada kaki untuk membantunya berenang.
Tidak mempunyai telinga luar/cuping telinga.
Contoh: katak, kodok, salamander, cicak.

Reptilia

Mempunyai kulit yang kering dan bersisik (dry and scaly skin).
Sisik melindungi badan reptilia.
Bertelur.
Persenyawaan berlaku dalam badan reptilia betina, dimana sperma dan telur bersatu di
dalam badan reptilia betina.
Berdarah sejuk (poikilothermic).
Kebanyakannya mempunyai dua pasang kaki, kecuali ular.
Bernafas melalui paru-paru (lungs).
Mempunyai satu jenis gigi sahaja.
Giginya tajam dan berbentuk kon.
Tidak mempunyai telinga luar/cuping telinga.
Contoh: buaya, kura-kura, penyu, cicak, ular.

Burung

Tinggal di atas darat.


Badannya dilindungi oleh bulu pelepah (feathers).
Bulu pelepahnya adalah kalis air serta boleh memerangkap haba.
Mempunyai sepasang sayap yang boleh laras, dari depan

badan.

Sayap

membolehkannya terbang.
Sesetengah burung boleh berenang, seperti itik dan penguin.
Bertelur. Telurnya mempunyai cengkerang keras (hard shell).
Persenyawaan berlaku di dalam badan.
Berdarah panas (homoiothermic). Suhu badan kekal/tetap serta tidak berubah mengikut
suhu persekitaran.
Bernafas melalui paru-paru.
Tidak mempunyai gigi, tetapi menggunakan paruh (beak) untuk mematuk (peck)

makanan.
Mempunyai kaki bersisik keras serta kuku tajam.
Badannya berbentuk aerodinamik untuk mengurangkan rintangan udara semasa

terbang.
Contoh: burung kiwi, burung merpati, burung helang, burung kakak tua, burung penguin.

Mamalia

Kebanyakkannya tinggal di atas darat, kecuali ikan paus dan ikan lumba-lumba yang
tinggal di dalam air.
Badan diliputi dengan rambut (hair) dan bulu (fur).
Kulitnya mempunyai kelenjar peluh (sweat glands).
Mempunyai cuping telinga.
Berdarah panas.
Mamalia betina mempunyai kelenjar susu bagi menyediakan susu untuk anaknya.
Persenyawaan berlaku di dalam badan.
Melahirkan anak dari rahim mamalia betina, kecuali platypus yang bertelur.
Bernafas melalui paru-paru.
Mempunyai pelbagai jenis dan bentuk gigi untuk fungsi yang khusus dan berbeza.
Contoh: manusia, monyet, arnab, anjing, lembu, zirafah, ikan paus, kelawar.
Beberapa jenis mamalia menunjukkan ciri-ciri yang luar biasa. Contohnya, kelawar
mempunyai sepasang sayap, landak mempunyai bulu berduri, platypus bertelur serta
mempunyai paruh seperti itik.

You might also like