You are on page 1of 14

BAB 1: KERAJAAN AWAL MELAYU

BAHAGIAN A

1. Menurut pendapat Profesor Emeritus Dato’ Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul
Rahman, Kerajaan Alam Melayu meliputi kawasan

A India

B Barat China

C Papua New Guinea

D Kepulauan Atlantik

2. Maklumat berikut berkaitan dengan pendapat tokoh tempatan tentang kerajaan Alam
Melayu.

 Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Pendeta (Dr.) Ismail


Hussein
 Abdul Hadi Haji Hassan

Pandangan mereka hampir sama tentang kerajaan Alam Melayu dari aspek

A tempat tinggal
B penduduk
C geografi
D bahasa

3. Penduduk Alam Melayu mempunyai


ikatan keserumpunan

Antara berikut, yang manakah aspek keserumpunan tersebut?

I Agama
II Bahasa
III Budaya
IV Ekonomi

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

4. Apakah faktor yang mendorong penggunaan bahasa Melayu di Alam Melayu semakin
meluas?

A Perluasan kuasa ke kawasan sekitar

B Menyebarkan pengaruh bahasa kepada pedagang

C Menyebarkan penggunaan bahasa ke negeri takluk

D Pelayaran orang Melayu ke semua kawasan Alam Melayu

5. Iatilah berikut mempunyai persamaan dengan bahasa Melayu.

Limo

Istilah tersebut telah digunakan oleh etnik

I Jawa

II Tagalog

III Melanau

IV Kadazandusun

A I dan II

B I dan IV

C II dan III
D III dan IV

6. Maklumat berikut berkaitan dengan perkembangan budaya masyarakat Alam Melayu.

Kepandaian membuat gangsa


Kemahiran masyarakat dalam bidang tersebut menunjukkan

A sifat toleransi masyarakat

B penerapan nilai-nilai moral

C penerapan amalan budi bahasa

D keaslian dalam proses penciptaan

7. Antara berikut yang manakah merupakan pusat pemerintahan kerajaan Champa?

A Dai Viet

B Janaputra

C Inderagiri

D Indrapura

8. Apakah faktor yang membolehkan kerajaan Funan mencapai zaman


kemasyhurannya?

A Perluasan empayar

B Kekayaan bahan mentah

C Sifat keberanian pemerintah

D Hubungan dengan negara luar


9. Pernyataan berikut adalah berkaitan dengan Alam Melayu.

Kerajaan yang menjadi pusat perdagangan utama di Alam


Melayu dan menjadi pusat pengajian agama Buddha

Maklumat tersebut merujuk kepada kerajaan

A Angkor

B Champa

C Srivijaya

D Majapahit

10. Pernyataan berikut adalah berkaitan dengan pemerintah sebuah kerajaan.

Pemerintah Angkor yang telah berjaya meluaskan


empayar hingga ke sempadan Annam

Pemerintah Angkor tersebut ialah

A Jayavarman VII

B Fan Shih-man

C Che Bong Nga

D Vyadhapura

11. Apakah yang berlaku kepada kerajaan Majapahit selepas kematian Patih Gajah Mada?

A Penindasan rakyat

B Menjadi tidak maju

C Kerajaan menjadi lemah

D Perebutan kuasa berlaku


12. Apakah yang dapat dibanggakan oleh kerajaan Kedah Tua semasa kemasyhurannya?

A Kesuburan tanah

B Keunikan seni budaya

C Kegiatan perdagangan

D Kebijaksanaan pemerintah

13. Mengapakah Patih Gajah Mada dianggap penting kepada kerajaan Majapahit?

A Meluaskan empayar

B Mengasaskan kerajaan

C Menyebarkan agama Islam

D Menguasai laluan perdagangan

14. Maklumat berikut berkaitan dengan kerajaan Alam Melayu.

Pemerintah Pusat kerajaan

Raja Ganji Pangkalan

Apakah kerajaan tersebut?

A Gangga Negara

B Champa

C Angkor

D Funan
15. Pada pendapat anda, apakah faktor utama yang membolehkan kerajaan Alam Melayu
menjadi masyhur?

A Kebijaksanaan kepimpinan

B Mengekalkan warisan tradisi

C Menjalin hubungan diplomatik

D Pengurusan kewangan yang cekap

16. Kerajaan Funan merupakan kerajaan Alam Melayu yang muncul sezaman dengan
kerajaan

A Empayar China

B Empayar India

C Empayar Rom

D Empayar Jawa

17. Apakah faktor yang mendorong kepada kemajuan perdagangan dan kemakmuran
ekonomi kerajaan Alam Melayu?

A Mengamalkan amalan toleransi

B Sikap keterbukaan pemerintah

C Sikap merendah diri masyarakat

D Budaya tolong-menolong
18. Apakah faktor penyebaran agama Buddha di Lembah Bujang?

A Peranan sami dan Asoka

B Peranan pemerintah tempatan

C Galakan daripada golongan raja

D Masyarakat tertarik dengan pengaruh Buddha

19. Mengapakah kerajaan Alam Melayu menjalinkan hubungan diplomatik dengan


kerajaan China dan India?

A Memajukan ekonomi

B Mengukuhkan kedudukan

C Mengembangkan pengaruh agama

D Mendapatkan bantuan ketenteraan

20. Apakah nilai yang boleh dicontohi oleh masyarakat pada hari ini daripada kerajaan
masyarakat kerajaan Alam Melayu yang membawa banyak kemajuan dalam pelbagai
bidang?

A Kerajinan

B Kejujuran

C Ketabahan

D Keterbukaan
BAB 2:SISTEM PEMERINTAHAN DAN KEGIATAN EKONOMI MASYARAKAT
KERAJAAN ALAM MELAYU

BAHAGIAN A

1. Kerajaan Funan dibahagikan kepada tujuh buah wilayah.

Siapakah yang dilantik untuk mengetuai wilayah-wilayah tersebut?

A Putera raja

B Pembesar pusat

C Golongan agama

D Golongan tentera

2. Yuvaraja telah dilantik sebagai pembantu raja dalam kerajaan Srivijaya.

Apakah maksud Yuvaraja?

A Raja Kecil

B Raja Muda

C Putera sulong

D Putera Mahkota

3. Maklumat berikut berkaitan dengan gelaran raja di kerajaan Alam Melayu.

 Maharaja
 Sri Bathara
 Sri Maharaja

Apakah kerajaan yang menggunakan gelaran tersebut?

A Kerajaan Angkor

B Kerajaan Majapahit

C Kerajaan Kedah Tua

D Kerajaan Gangga Nagara


4. Mengapakah raja-raja Champa diiktiraf sebagai pemerintah yang mulia dan suci?

A Dikaitkan dengan Dewa Siva

B Dibantu oleh golongan agama

C Dilantik mengetuai pentadbiran

D Dianggap sebagai ketua kerajaan

5. Maklumat berikut berkaitan dengan pentadbiranwilayah kerajaan Srivijaya.

Pentadbiran Keturunan

Kedatuan Datu berketurunan raja

X Datu bukan berketurunan raja

Siapakah pentadbir X?

A Pradatuan

B Pakuwuan

C Kabupaten

D Kebuyutan

6. Rajah berikut merupakan hierarki pentadbiran di kerajaan Angkor.

Raja X Raja Muda

Apakah X?

A Pembesar

B Permaisuri

C Ketua bandar

D Kerabat diraja
7. Antara berikut, yang manakah tugas ketua kerajaan bagi Kerajaan Kedah Tua?

I Mengawal keamanan

II Menjaga keselamatan

III Memajukan perdagangan

IV Menguruskan keagamaan

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

8. Maklumat berikut berkaitan dengan kejayaan kerajaan Angkor.

Menghasilkan beras yang mencukupi untuk


menampung keperluan rakyat

Apakah faktor kejayaan tersebut?

A Membuka kawasan baru

B Membina sistem pengairan

C Membawa masuk buruh luar

D Menggunakan tanaman bergilir

9. Apakah tugas Ketua Air dalam kerajaan Champa?

A Menjaga perairan negara

B Membekalkan bekalan air

C Membina sistem perparitan

D Menyelenggarakan terusan
10. Jawatan berikut telah dilantik oleh kerajaan Srivijaya di kawasan pelabuhan.

Tuhan Vatakvurah

Apakah tugas jawatan tersebut?

A Mengutip cukai barangan

B Menentukan harga barangan

C Mengawal keselamatan negara

D Menyelia kegiatan perdagangan

11. Apakah barang dagangan yang diperlukan oleh pedagang India di Alam Melayu?

A Garam

B Mangkuk

C Kapur barus

D Sarang burung

12. Mengapakah pemerintah kerajaan Angkor membina baray?

A Menyimpan air

B Menyuburkan tanah

C Mengelakkan banjir

D Mempertahankan negara

13. Kerajaan Majapahit telah membina beberapa sistem pengairan.

Apakah kesan pembinaan sistem pengairan tersebut?

A Melicinkan kegiatan menternak binatang

B Memudahkan kemasukan pedagang luar

C Meningkatkan pengeluaran padi sawah

D Mengatasi masalah banjir


14. Maklumat berikut merupakan barang dagangan yang dibeli oleh pedagang Arab di
Alam Melayu.

 Rempah
 Kayu wangi

Mengapakah pedagang Arab membeli barang dagangan tersebut?

A Didagangkan semula

B Dibuat minyak wangi

C Dianggap barang mewah

D Dijadikan bahan masakan

15. Apakah kegunaan gaharu oleh masyarakat kerajaan Alam Melayu?

A Bahan pewangi

B Bahan makanan

C Produk kesihatan

D Barang perhiasan

16. Apakah hasil hutan yang sesuai digunakan sebagai bahan binaan dan barang
kraftangan?

A Rotan

B Damar

C Gading

D Gaharu
17. Rajah berikut merujuk kepada sebuah kerajaan Alam Melayu.

Tanah yang subur Terletak di Sungai Mekong

Apakah kerajaan X?

A Majapahit

B Srivijaya

C Angkor

D Champa

18. Pilih pasangan yang tepat berkaitan dengan pengeluar rempah ratus di Alam Melayu.

Rempah Ratus Lokasi Pengeluar

A Buah pala Jawa

B Lada Hitam Pulau Banda

C Jintan manis Hulu Musi

D Bunga cengkih Kepulauan Maluku

19. Antara berikut, yang manakah merupakan pusat perlombongan bijih besi di Angkor?

A Indrapura

B Amaravati

C Pergunungan Hue

D Pergunungan Phnom Dek

20. Sistem beraja di Alam Melayu terbahagi kepada pemerintahan pusat dan wilayah.
Apakah kesan pembahagian pemerintahan tersebut?

A Meningkatkan kemajuan ekonomi

B Menjaga kebajikan masyarakat

C Mengekalkan keharmonian

D Mewujudkan kestabilan

You might also like