You are on page 1of 13

Haiwan dapat dikelaskan

berdasarkan kepada ciri-ciri


sepunya mereka. Pengelasan
haiwan dapat dibahagikan kepada
dua iaitu vertebrata dan
invertebrata.

Haiwan vertebrata adalah haiwan yang
mempunyai tulang belakang.
Vertebrata yang berdarah panas mengekalkan
suhu badan mereka pada tahap yang tetap.
Vertebrata yang berdarah sejuk mempunyai suhu
badan yang berubah-ubah mengikut suhu di
sekeliling.
Vertebrata dapat dibahagikan kepada lima
kumpulan yang utama iaitu mamalia, amfibia,
reptilia, burung dan ikan.


Ciri-ciri mamalia ialah:
badan dilitupi dengan rambut atau bulu,
bernafas melalui peparu,
berdarah panas,
melahirkan anak kecuali platipus dan tenggiling yang
bertelur,
melakukan persenyawaan dalam; anak membesar di
dalam badan ibu sebelum dilahirkan,
kebanyakan mamalia hidup di darat; ikan lumba-lumba
dan ikan paus hidup di dalam air,
Contoh mamalia ialah orang utan, gajah, beruang,
kucing, lembu dan arnab.



Ciri-ciri burung ialah:
berdarah panas,
bernafas melalui paru-paru,
badan dilitupi bulu pelepah,
melakukan persenyawaan dalam,
telur bercangkerang keras.


Ciri-ciri ikan ialah:
hidup di dalam air,
bernafas melalui insang,
melakukan persenyawaan luar,
berdarah sejuk,
dilitupi kulit bersisik berlendir,
mempunyai telur yang tidak bercangkerang.


Ciri-ciri amfibia ialah:
boleh hidup di air dan di darat,
bernafas menggunakan insang semasa
kecil dan peparu semasa dewasa,
berdarah sejuk,
mempunyai kulit yang lembap,
melakukan persenyawaan luar,
bertelur tanpa cangkerang,
Contoh amfibia ialah katak dan kodok.



Ciri-ciri reptilia:
berdarah sejuk,
bernafas dengan menggunakan peparu,
mempunyai kulit bersisik dan kering,
melakukan persenyawaan dalam,
bertelur dan telur bercangkerang,
Contoh reptilia ialah ular, cicak, buaya, penyu
dan biawak.



Haiwan invertebrata pula ialah haiwan yang tidak
mempunyai tulang belakang.
Kebanyakan invertebrata tinggal di dalam air
kerana air boleh membantu menampung berat
badannya.
Invertebrata adalah kumpulan haiwan yang paling
banyak bilangannya di bumi ini.
Sesetengah invertebrata mempunyai kulit atau
cangkerang keras bagi melindungi diri seperti
ketam dan kumbang.


Sesetengah invertebrata berbadan lembut
menggunakan bendalir badannya untuk tujuan
sokongan seperti cacing tanah dan lintah.
Pada amnya, invertebrata boleh dikelaskan
kepada dua kumpulan iaitu yang berkaki dan yang
tidak berkaki.
Contoh haiwan invertebrata yang lain ialah
belalang, lipas, lipan, siput, obor-obor, rama-
rama dan kalajengking.

You might also like