You are on page 1of 13

RIS

SEMESTER 2 SESI 2013/2014


KRM 3053 : KEMAHIRAN DALAM MATEMATIK
TAJUK TUGASAN

TUGASAN 2

KUMPULAN
UPSI 12 (A132PJJ)
DISEDIAKAN OLEH
NAMA

NO. ID

NO. TELEFON

SIMBA ANAK JELUM

D20102046661

014-8701997

TUTOR E-LEARNING: DR. MAZLINI BINTI ADNAN


TARIKH SERAH: 27 APRIL 2014

SIMBA ANAK JELUM

D20102046661

TAJUK 1 : HEURISTIK ANALOGI


Untuk menyelesaikan masalah dengan cara analogi, Novick dan Holyoak (1991) telah
menyenaraikan empat langkah yang boleh dilaksanakan oleh guru. Iaitu retrieval, mengenalpasti
masalah yang hampir sama dan sudah pernah diselesaikan sebelum ini. Seterusnya,
melaksanakan proses mapping, iaitu membentuk kaitan masalah yang sedang dihadapi (target
problem). Kaedah ini memerlukan pelajar mengimbas kembali pengalaman lepastentang soalan
tersebut. Kemudian mengadakan adaptation, iaitu penyesuaian cara penggunaan prosedur yang
sama untuk masalah baru yang dihadapi. Akhir sekali, proses learning, iaitu menentukan skema
abstrak secara keseluruhan untuk masalah yang dihadapi.

Pengalaman lepas (previous experience) : Murid telah belajar bagaimana untuk


membundarkan kepada sa terdekat
Masalah baru : Murid diarahkan untuk membundarkan kepada puluh terdekat. Keduadua kaedah pembundaran adalah asma. Oleh yang demikian, murid boleh menggunakan strategi
yang sama berdasarkan pengalaman lepas untuk menyelesaikan masalah yang baru.

Aktiviti Pengajaran
Kelas

: 2 Iswara

Masa

: 7.45 am 8.15 am

Bidang

: Nombo

Tajuk

: Nombor Bulat Hingga 1 000

Tandard kandungan

: Membundarkan sebarang nomborh ingga 1000 kepada puluh dan ratus


yang terdekat

KRM3053 KEMAHIRAN DALAM MATEMATIK

SIMBA ANAK JELUM

D20102046661

Langkah Pengajaran

Permulaan pengajaran, guru memberikan set induksi kepada murid.


~ Guru memberikan satu situasi kepada murid.
Semasa dalam perjalanan menghantar barang dari Bandar Tawau ke Luasong, tiba-tiba lori
yang dipandu oleh Pak Cik Husin mengalami kemalangan. Salah sebuah tayar lori Pak Cik
Husin meletup. Pak Cik Husin perlu mencari bengkel yang terdekat untuk membaiki tayar lori
yang meletup itu. Lokasi kemalangan berada di antara Bengkel Ah Beng dan juga Bengkel
Ringgo. Pada pandangan kamu, bengkel yang mana akan dipilih oleh Pak Cik Husin untuk
membaiki tayar lori yang meletup itu?
-Proses Retrival
~ Seterusnya guru mengeluarkan kad gambar dan kad garis nombor. Guru menerangkan
kegunaan kad gambar dan kad garis nombor tersebut dan dilekatkan pada papan putih.

Bengkel Ah Beng

450

451

Lori Pak Cik Husin

452

453

KRM3053 KEMAHIRAN DALAM MATEMATIK

454

455

456

Bengkel Ringgo

457

458

459

460

SIMBA ANAK JELUM

D20102046661

Proses Mapping dan Adaptation

254 adalah hampir dengan 250.


Oleh itu, 454 dibundarkan kepada puluh yang terdekat ialah 450.
Disitu letaknya Bengkel Ah Beng

Bengkel Ah Beng

450

451

Lori Pak Cik Husin

452

453

454

455

456

Bengkel Ringgo

457

458

459

460

Proses Mapping dan Adaptation

457 adalah hampir dengan 460.


Oleh itu, 457 dibundarkan kepada puluh yang terdekat ialah 460.
Disitu letaknya Bengkel Ringgo.

KRM3053 KEMAHIRAN DALAM MATEMATIK

SIMBA ANAK JELUM

D20102046661

~ Guru kemudiannya menerangkan konsep pembundaran yang pernah diajarkan kepada murid.

Kurang / kekalkan nombor

Banyak / tambahkan satu

Bundarkan kepada puluh yang terdekat

7626
7630
KRM3053 KEMAHIRAN DALAM MATEMATIK

SIMBA ANAK JELUM

D20102046661

Lembaran Kerja
Nama :_________________________________

Tarikh :_________________

Asuh Minda: Bundarkan nombor berikut kepada puluh yang terdekat.

a. 291 =

b.

829 =

c. 955 =

d.

411 =

e. 268 =

f.

548 =

g. 423 =

h.

355 =

KRM3053 KEMAHIRAN DALAM MATEMATIK

SIMBA ANAK JELUM

D20102046661

TAJUK 2 : HEURISTIK GAMBAR RAJAH JALUR

Heuristik melukis gambar rajah merupakan satu strategi yang amat berguna dan dapat
membantu pelajar membuat perwakilan / model matematik secara separa konkrit (semi-concrete)
dan seterusnya membantunya menyelesaikan masalah. Heuristik gammbarajah boleh membantu
pelajar memahami sesuatu masalah dengan lebih jelas. Selepas melukis gambarajah secara kasar
tetapi jelas, pelajar boleh menandakan maklumat yang diberikan dalam masalah pada
gambarajah itu. Penggunaan heuristik gambar rajah ini sesuai digunakan dalam menyelesaikan
masalah dalam bentuk ayat matematik. Masalah diwakilkan secara visual dengan menggunakan
gambar rajah yang mudah dan ia juga dapat membantu murid memahami konsep.

Aktiviti Pengajaran
Kelas

: 4 Kembara

Masa

: 8.15 am 8.45 am ( 30 minit)

Bidang

: Nombor Dan Operasi

Tajuk

: Pecahan

Standard Kandungan : 7.5 (i) Menyelesaikan masalah harian melibatkan penambahan dan
penolakan dua pecahan wajar dengan menggunakan pelbagai strategi.

Langkah Pengajaran:

Permulaan pengajaran, guru melaksanakan set induksi. Selepas itu ;


~ Guru memanggil ketua kumpulan ke depan untuk mengambil bahan manipulatif.
Baiklah, sekarang cikgu minta setiap ketua kumpulan untuk datang ke depan mengambil bahan
pengajaran kita sebentar lagi.

Bahan tersebut ialah satu soalan dalam bentuk ayat matematik dan kad gambar reben. Soalan
ayat matematik tersebut ialah :

KRM3053 KEMAHIRAN DALAM MATEMATIK

SIMBA ANAK JELUM

Sabariah membeli 3m reben. Dia menggunakan

D20102046661

daripada reben

itu untuk mengikat sebuah hadiah.


Hitung panjang, dalam m, reben yang masih belum diguna?

~ Guru meminta murid menyenaraikan maklumat yang terdapat dalam soalan kepada bentuk
gambar rajah.
Sekarang cikgu mahu dalam kumpulan kamu, cuba senaraikan maklumat yang ada dalam
soalan tu. Pertama sekali kamu perlu tahu, berapakah panjang reben yang ada dengan Sabariah?
Semua sudah dapat?

Kemudian, berapa panjang reben yang telah diguna oleh Sabariah?

Dan yang terakhir, kamu perlu tahu apa yang diminta oleh soalan kamu tu.
Kalau masih kurang faham, kamu boleh panggil cikgu dan cikgu akan tolong kamu.

3m

KRM3053 KEMAHIRAN DALAM MATEMATIK

SIMBA ANAK JELUM

D20102046661

a. Reben = 3 meter
b. Reben yang telah diguna =
c. Baki reben yang belum diguna = ?

~ Guru bertanya kepada murid


Reben tersebut telah dibahagi kepada berapa bahagian?

Kemudian murid menjawab Ada 5 bahagian cikgu. berdasarkan maklumat b iaitu pecahan .
Seterusnya, guru mengarahkan murid untuk mewakilkan reben tersebut dengan sebuah gambar
rajah jalur seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.
Sekarang, cikgu mahu kamu wakilkan reben tersebut dengan jalur yang ada 5 bahagian. Cikgu
mahu setiap murid cuba lukis sendiri jalur masing-masing.

3m

Semua sudah lukis rajah jalur masing-masing?

Bagus!
KRM3053 KEMAHIRAN DALAM MATEMATIK

SIMBA ANAK JELUM

D20102046661

~Langkah seterusnya, guru meminta murid untuk menunjukkan pecahan yang mewakili reben
yang telah digunakan.
Sekarang cikgu mahu kamu lorek atau warnakan berapa bahagian yang telah digunakan oleh
Sabariah untuk mengikat hadiah.

3m

~ Kemudian, guru meminta murid untuk menukarkan nilai pecahan reben yang telah digunakan
kepada bentuk meter (m).
Baiklah, kalau sudah lorek dan warnakan bahagian yang diguna. Sekarang cikgu mahu kamu
tukar nilai pecahan tu kepada bentuk meter (m). Boleh?

1.8m

x 3m = 1.8m

KRM3053 KEMAHIRAN DALAM MATEMATIK

10

SIMBA ANAK JELUM

D20102046661

Bagus, nampaknya kamu masih ingat apa yang cikgu ajar dulu tentang cara penukaran nilai
bentuk pecahan kepada unit yang diminta. Iaitu dengann menDA..RAB pecahan dengan
jumlah keseluruhan reben. Kita perlu darab

dengan berapa?

(3 cikgu.)
Pandai!

~ Akhir sekali, guru meminta murid menyelesaikan masalah ayat matematik yang diberi
berdasarkan maklumat perwakilan yang telah dilaksanakan.
Baiklah sekarang semua maklumat sudah ada, jadi cikgu mahu kamu selesaikan berapa meter
(m) reben yang belum diguna. Boleh kira sekarang.

Reben = 3m

Reben yang telah diguna = 1.8m

Reben yang belum diguna = 1.2m

a. Reben = 3 meter
b. Reben yang telah diguna =

@ 1.8m

c. Baki reben yang belum diguna = 3m 1.8m

= 1.2m

KRM3053 KEMAHIRAN DALAM MATEMATIK

11

SIMBA ANAK JELUM

D20102046661

Bahan :
Kad Soalan
Kad Gambar Reben

Lembaran Kerja :

1. Sebekas guli diagihkan kepada Ali dan Ahmad. Bilangan guli yang
diperoleh Ali adalah 3 kali bilangan guli yang diperoleh Ahmad. Jika
Ali mendapat 165 biji guli, kira jumlah guli di dalam bungkusan itu.

2. Pak Tamrin ada 189 biji buah ciku. Dia memberi 39 biji kepada Amir.
Baki buah ciku itu dibahagikan secara sama banyak kepada anakanak jirannya iaitu Lee Chong, Thambi dan Misbun. Kirakan jumlah
buah ciku yang diterima oleh Misbun.

KRM3053 KEMAHIRAN DALAM MATEMATIK

12

SIMBA ANAK JELUM

D20102046661

Rujukan
Kementerian Pelajaran Malaysia, (2011). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Matematik
Tahun 2. Kuala Lumpur: Bahagian pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pelajaran Malaysia, (2013). Dokumen Standard Sekolah Rendah Matematik
Tahun 4. Kuala Lumpur: Bahagian pembangunan Kurikulum.
Mohd Uzi, (2006). Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Melalui Penyelesaian Masalah.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noor Shah & Mohd Uzi, (2013). Modul KRM3073 Pengajaran Matematik Sekolah Rendah.
Tanjung Malim: Pusat Program Luar.
Noor Shah, Kor Liew Kee, Mohd Uzi & Rosidah Ahmad, (2014). Modul KRM3053 Kemahiran
Dalam Matematik Sekolah Rendah. Tanjung Malim. Pusat Program Luar.

KRM3053 KEMAHIRAN DALAM MATEMATIK

13

You might also like