You are on page 1of 54

Jata Negara Malaysia merupakan lambang Persekutuan Tanah Melayu yang telah diperkenankan dan diwartakan

oleh Raja-Raja Melayu pada 30 Mei 1952. Reka bentuk Jata Negara telah diusahakan oleh Jabatan Ukur dengan
menggunakan enam warna. Jata Negara menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri dan sebuah
Wilayah Persekutuan yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan. Bintang
bersama-sama anak bulan pula sebagai lambang Agama Islam yang diangkat sebagai agama rasmi Malaysia.
Lima bilah keris pula sebagai lambang Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Johor, Kedah, Perlis,
Kelantan dan Terengganu.
Bahagian sebelah kiri perisai menandakan Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka
mewakili Melaka. Kedua-dua buah negeri tersebut adalah sebahagian daripada Negeri-negeri Selat suatu ketika
dahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya di bahagian tengah yang berwarna merah, hitam, putih dan
kuning itu, warna-warna hitam dan putih mewakili warna Pahang; merah dan kuning mewakili warna Selangor;
hitam, putih dan kuning mewakili warna Perak; dan merah, hitam dan kuning mewakili warna Negeri Sembilan.
Empat buah negeri ini adalah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. Dua ekor harimau juga merupakan
lambang bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan negeri Sabah
di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah bunga raya yang merupakan Bunga
Kebangsaan Malaysia. Cogan “Bersekutu Bertambah Mutu” ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan
tulisan jawi di sebelah kanan. Warna kuning pada awan-awan adalah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha
Mulia Raja-Raja.
Kura-kura (bahasa Inggeris: Tortoise) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di banyak
tempat di dunia.

Isi kandungan

 1Taburan
 2Ciri-ciri
 3Makanan
 4Pembiakan
 5Tabiat
 6Habitat
 7Pemuliharaan
 8Taksonomi
 9Kura-kura di Malaysia
 10Pautan luar

Taburan[sunting | sunting sumber]


Kura-kura terdapat di banyak tempat di dunia termasuk seluruh Malaysia.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]


Kura-kura secara umumnya merujuk kepada haiwan yang tergolong dalam golongan benda
hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrata), kelas reptilia. Tubuh kura-kura dilindungi
oleh kerangka khas atau cengkerang yang bertindak melindungi organ-organ dalamannya.
Bahagian atasnya dikenali sebagai karapas untuk melindungi belakang kura-kura. Manakala
bahagian bawahnya pula adalah plastron untuk melindungi dada haiwan tersebut.

rangka umum kura-kura

Saiz kura-kura berbeza dari beberapa sentimeter sehinggalah dua meter. Pada kebiasaannya
kura-kura mempunyai tempoh hayat yang panjang dan hidup lama, contohnya Kura-kura
Galápagos diketahui hidup selama melebihi 150 tahun. Malah terdapat juga kura-kura dari
spesis Aldabra bernama Adwaita yang diketahui hidup selama 255 tahun.
Kura-kura pertama telahpun wujud pada era dinosaur, kira-kira 200 juta tahun dahulu. Kura-kura
merupakan satu-satunya cabang dari "clade Anapsida" silam, yang termasuk kumpulan seperti
procolophonoids, millerettids dan pareiasaurs. Kebanyakan anapsids menjadi pupus pada akhir
tempoh Permian, kecuali procolophonoids dan susur-galur testudines (kura-kura).
Kesemua kura-kura, sama ada yang masih hidup atau telahpun pupus merupakan dari susunan
Chelonia, termasuk super susunan Testudines.

Makanan[sunting | sunting sumber]


Kura-kura sedang makan kaktus

Kura-kura merupakan haiwan maun. Makanan utama kura-kura adalah tumbuh-tumbuhan


seperti kangkung, sawi, rumput liar, buah dan kuntuman bunga. Sesetengah spesis kura-kura
juga bergantung hidup dengan makan haiwan kecil lain seperti cacing
tanah, ulat, serangga dan siput.

Pembiakan[sunting | sunting sumber]


Sebagai reptilia, kura-kura membiak dengan cara bertelur di dalam sarang yang dibinanya.

Tabiat[sunting | sunting sumber]


Terdapat dua jenis kura-kura yang diketahui berdasarkan tabiat hidup mereka secara umum.
Pertama ialah kura-kura akuatikatau semi-akuatik. Kura-kura jenis ini menghabiskan sepenuh
masanya dengan berada di dalam air. Kedua ialah kura-kura non-akuatik. Tidak seperti kura-
kura akuatik, mereka perlu berada di atas darat dan bukanlah perenang yang baik seperti kura-
kura akuatik.
Kura-kura ialah haiwan ektoterma (berdarah dingin), oleh itu ia sentiasa kelihatan berjemur di
longgokan kayu dan batu untuk mengumpulkan haba pada badannya.

Habitat[sunting | sunting sumber]


Sebuah tempat yang aman, sungai dengan air yang jernih.
Tahukah Anda?

- Kutu boleh melompat 130 kali ganda lebih tinggi daripada ketinggiannya sendiri. Jika manusia
mempunyai kemampuan sedemikian, ini bermakna seorang dengan ketinggian 1.54 meter boleh
melompat sehingga 240 meter.

- Haiwan paling bahaya di muka bumi ini adalah lalat rumah kerana kegemarannya hinggap pada
najis dan menyebarkan penyakit berbahaya kepada manusia dan haiwan lain.

- Ular adalah haiwan karnivor (makan daging) sebenar kerana mereka tidak makan apa-apa selain
daripada binatang.

- Amfibia terbesar di dunia adalah salamander gergasi (katak gergasi) yang boleh membesar
sehingga 1.5 meter anjang.

- Paus biru boleh menghasilkan bunyi yang kuat sehingga 188 desibel. Ini adalah bunyi paling kuat
pernah dihasilkan oleh haiwan dan boleh dikesan sejauh 852.9 kilometer.

- Katak panah yang ditemui di Amerika Selatan dan Tengah adalah haiwan paling berbisa di muka
bumi.

- Dinasor Stegosaurus berukuran 9.1 meter panjang tetapi saiz otaknya hanya sebesar buah
badam.

- Sel otak mempunyai jangka hayat paling panjang, ia hidup selagi tubuh manusia masih bernafas.

- Sel paling panjang dalam tubuh manusia adalah saraf motor. Ia boleh menjangkau 1.37 meter
panjang dari saraf tunjang hingga ke tumit.

- Tulang paling kecil dalam tubuh manusia adalah tulang yang terletak di telinga tengah
berukurang 0.28 sentimeter panjang.

- Seekor penyu kebiasaannya boleh hidup lebih daripada 100 tahun.

- Belalai gajah tidak mempunyai tulang tetapi mempunyai 40,000 otot.

- Cicada (sejenis lalat di Afrika) menghabiskan 17 tahun masa hidupnya untuk tidur dan hanya
dua minggu ia akan bangun untuk mengawan dan kemudiannya mati.

- Sekiranya kulit anda direntangkan, ia boleh meliputi kawasan seluas 18 kaki persegi (5.48 meter
persegi).

- Zirafah mempunyai tulang yang sama banyak dilehernya seperti seorang lelaki dewasa.

- Gelombang lautan boleh bergerak selaju pesawat jet.

- Lukisan helikopter yang pertama pernah ditemui berusia kira-kira 50 tahun.

- Rama-rama memanaskan badannya sehingga mensapai 27.22 darjah selsius sebelum ia boleh
terbang.

- Seekor ikan pausboleh berenang selama tiga bulan tanpa makan.

- Secara purata, manusia minum air sebanyak 16 tan sepanjang kehidupannya.


- Walaupun Gunung Everest dengan ketinggian 29,028 kaki (8,848 meter) adalah gunung tertinggi
di dunia, Mauna Kea, sebuah gunung berapi aktif di Hawaii sebenarnya lebih tinggi. Hanya 13,796
kaki (4,205.02 meter) bahagian Gunung Mauna Kea berada di atas paras laut, sebaliknya
ketinggian sebenarnya adalah 33,465 kaki (10,200.1 meter) jika diukur dari dasar laut ke puncak.

- Terdapat kira-kira 500 buah gunung berapi aktif di bumi. Ini merupakan bilangan yang berada di
atas permukaan bumi tetapi banyak lagi yang terdapat di bawah laut yang tidak dapat dilihat.
49 Bangunan Bersejarah Di
Malaysia Yang Menarik | Jom
Pulang Ke Masa Lampau
August 16, 2018 0 By MELAKATOUR
Rate this post

Malaysia, walaupun kecil jika dilihat pada peta dunia, kekayaan negara ini dalam
aspek yang lain tidak boleh dibilang dengan jari. Salah satunya adalah kewujudan
tempat-tempat bersejarah untuk diteroka bagi yang ingin kembali ke masa lampau
dan lari dari dunia moden buat seketika.
Di dalam artikel ini kami telah senaraikan 50 buah bangunan bersejarah di Malaysia
yang cukup menarik untuk dilawati dan diselami kisahnya. Senarai ini telah
dibahagikan mengikut negeri. Teruskan membaca.

Kuala Lumpur
49. Bangunan Sultan Abdul Samad

Sumber: Mad Mughal Memes


Bangunan Sultan Abdul Samad adalah ibarat ‘icing on the cake’ untuk bandaraya
Kuala Lumpur. Bangunan ini tersergam indah di hadapan Dataran Merdeka, anda
boleh bersantai untuk menikmati pemandangannya yang lebih-lebih lagi memukau
jiwa pada waktu malam sambil menikmati angin bandar.
Dibina pada abad yang ke-19 iaitu pada tahun 1893, bangunan ini memiliki reka
bentuk Moghul dan Moorish dengan pengaruh Islam berdasarkan 3 buah kubah
yang terdapat padanya.
Pada awalnya bangunan ini dikenali sebagai Pejabat Baru Kerajaan, namun, pada
tahun 1948, setelah Persekutuan Tanah Melayu terbentuk, Bangunan Sultan Abdul
Samad dinamakan sebagai Sekretariat Persekutuan.
Pada tahun 1974 pula, pejabat-pejabat Kerajaan Negeri Selangor telah dipindahkan
ke
Shah Alam, dan sejak dari itu, bangunan ini telah diberikan nama yang baru
bersempena dengan nama Sultan Selangor yang memerintah dari tahun 1857 ke
1898, Sultan Abdul Samad.
Alamat: Jalan Raja, City Centre, 50050 Kuala Lumpur

48. Masjid Jamek Kuala Lumpur

Similar: MK Premier Travel Tours


Siapa sangka di KL ini masih ada lagi sesuatu yang telah berusia lebih daripada
seabad dalam keadaan pembangunan yang rancak ni kan? Inilah usia Masjid Jamek
Kuala Lumpur yang dibina pada tahun 1907, menjadikan ia sebuah masjid yang
tertua di KL.
Seni binanya adalah berdasarkan reka bentuk Moghul daripada utara India. Ianya
telah direka bentuk oleh seorang pembantu arkitek, Arthur Benison Hubbock.
Setelah menikmati ketenangan berada di sekitar masjid, anda boleh melawat banyak
lagi tarikan lain di sekitar contohnya China Town, Jalan Tar dan Little India yang
semuanya boleh dilawati dengan hanya berjalan kaki dari sini.
Alamat: Jalan Tun Perak, City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
47. Muzium Telekom

Sumber: Koh Seok Ann


Berjalan-jalan di KL tiba-tiba anda terlihat sebuah bangunan yang tak ubah macam
di luar negara, cukup unik reka bentuknya. Untuk pengetahuan anda, muzium ini
memiliki 2 rupa yang berbeza. Macam mana tu? Bahagian bangunan yang
menghadap Jalan Gereja memiliki pengaruh seni bina Roman dengan 8 buah tiang
yang tinggi. Manakala bahagian bangunan yang menghadap Jalan Raja Chulan pula
memiliki gaya Eropah.
Muzium Telekom ataupun Muzium Telekomunikasi Negara adalah lokasi di mana
anda sekeluarga dapat melihat perkembangan dunia telekomunikasi Malaysia dari
tahun 1870-an sehinggalah ke dunia moden.
Jangan tak tahu, orang zaman dulu tak guna wayar atau satelit untuk berhubung,
tapi menggunakan peralatan seperti buluh, kayu yang dipanggil ketok-ketok dan
sebagainya. Di muzium ini, anda dapat melihat bagaimana sistem kod Morse wujud
di Tanah Melayu yang bermula daripada sambungan kabel ke Hindia Timur
Belanda yang kemudiannya berkembang ke London dari Melaka dan Pulau Pinang.
Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 5.00pm) | Cuti Umum Tutup
Bayaran Masuk: RM5
Alamat: Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur
46. Muzium Diraja Negara

Sumber: Eve Jess


Terletak di Jalan Istana, Muzium Diraja Negara telah berdiri di sini sejak dari tahun
1928 lagi. Bangunan yang bersejarah ini pada asalnya merupakan rumah agam milik
seorang jutawan Cina, Chan Wing. Bangunan muzium ini telah direka bentuk oleh
sebuah firma seni bina Swan MacLaren yang terkenal dari Singapura.
Muzium yang dahulunya sebuah rumah kediaman ini memiliki keluasan 11.34
hektar. Rumah dengan gaya seni bina Palladian ini pada ketika itu merupakan
rumah agam dengan saiz yang tidak dapat ditandingi oleh rumah lain di sekitar
Tanah Melayu.
Bangunan ini kemudiannya telah diubahsuai dengan penambahan bilangan bilik
daripada 13 kepada 20 buah, balai mengadap, dapur untuk memuatkan 100 orang,
satu dewan santapan, empat bilik tetamu dan dua balai kemasukan.
Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 5.00pm)
Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM2 | Warga Emas RM3
Alamat: Jalan Istana, Kuala Lumpur
Baca: 32 Destinasi Menarik Di Kuala Lumpur
Selangor
45. Istana Bandar (Alaeddin)

Sumber: Istana Bandar


Dibina pada penghujung abad ke-19 dan siap pada tahun 1905, Istana Bandar
(Alaeddin) adalah sebuah peninggalan antik yang memiliki seni binaan yang unik.
Sewaktu pembinaan istana, tukang-tukang Cina yang mahir turut terlibat dimana
mereka menghasilkan ragam hiasan serta ukiran dengan pengaruh Cina sendiri.
Secara keseluruhannya, istana ini memiliki pengaruh Islam dari Timur Tengah dan
juga India.
Sekiranya anda ke sini, anda dapat melihat keindahan lanskapnya yang
dipercantikkan dengan kehadiran kolam-kolam di hadapan istana.
Untuk pengetahuan anda, istana ini pernah menjadi tempat bersemayam Sultan Sir
Alaeddin Sulaiman Shah dan permaisuri baginda sehingga baginda mangkat pada
1889. Bangunan ini kemudiannya menjadi tempat pertabalan sultan Selangor ke-7.
Selepas kemerdekaan, iaitu pada tahun 1957, istana ini telah tidak digunakan lagi
kerana pusat pemerintahan mula dipindahkan ke KL.
Alamat: Kampung Sungai Ingat, 42700 Banting

44. Rumah Banglo (Hatter’s Castle) – Ladang


Pulau Carey
Sumber: selangor.gov.my
Kalau anda Google Hatter’s Castle ini, anda akan terlihat senarai list yang tak ada
kaitan dengan istana di Pulau Carey ni, tapi adalah senarai tentang filem klasik
British tahun 1940-an yang diadaptasikan daripada novel hasil penulisan A.J.
Cronin. Rumah banglo di Pulau Carey ini pula, dinamakan dengan nama yang sama
mungkin kerana ini novel kegemaran pemiliknya.
Rumah indah ini memiliki reka bentuk Britain dan Perancis yang diilhamkan oleh
pengasas Pulau Carey iaitu Edward Valentine Carey pada tahun 1923. Jurutera
yang terlibat dalam pembinaannya didatangkan dari Denmark iaitu C.L Gjorup.
Keadaan di sekitar rumah ini sungguh tenang dan penuh dengan kehijauan, tidak
jauh dari rumah ini terdapat sebatang pokok ketapang dan pokok ara yang sangat
besar. Walaupun sudah berdekad lamanya, rumah ini masih dalam keadaan yang
baik kerana dijaga oleh pemilik ladang, Golden Hope Plantation.
Alamat: Sime Darby West Estate, Heritage Island, Pulau Carey, 42960

43. Masjid Bandar


Sumber: Victor Loo
Masjid Bandar yang klasik ini telah dibina sebaik selesainya pembinaan Istana
Bandar (Alaeddin) iaitu pada tahun 1905. Jarak antara masjid ini dengan istana
hanyalah dalam 200 meter. Masjid yang dirasmikan pada 18 Jun 1924 ini pernah
menjadi Masjid Negeri di Selangor. Untuk pengetahuan anda, masjid ini mampu
menampung 500 jemaah pada satu-satu masa.
Mengenai reka bentuknya, Masjid Bandar memiliki reka bentuk yang diinspirasikan
dari seni bina pemerintahan Deli di Medan, Sumatera Utara serta campuran antara
seni bina Islam di Timur Tengah dan India.
Alamat: Jalan Istana Kampung Bandar, 42700 Jugra, Selangor

42. Kota Raja Mahadi


Sumber: Kamarul Effendi Arifin
Terletak tidak jauh dari bangunan Majlis Perbandaran Klang, Kota Raja Mahadi ini
telah dibina oleh Raja Mahadi bin Raja Sulaiman ketika kemuncaknya peperangan
Klang iaitu pada tahun 1866. Peperangan Klang berlaku akibat perebutan kuasa
untuk memerintah daerah Klang antara Raja Mahadi dan Raja Abdullah.
Kubu yang terletak di Bukit Kota ini tidak lagi digunakan sebaik dua buah
peperangan saudara berakhir.
Alamat: 60, Jalan Raya Barat, Kawasan 1, 41100 Klang

41. Bangunan Sultan Suleiman Shah


Sumber: Peter CB Yap
Bangunan Sultan Suleiman Shah adalah sebuah bangunan warisan
kebangsaan yang dibina pada tahun 1909 dengan reka bentuk kolonial, dibina oleh
arkitek bernama A.B. Hubback.
Pada asalnya, bangunan ini digunakan oleh British dan kemudiannya bertukar
tangan dengan pihak Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua. Selepas peperangan
berakhir, bangunan ini telah digunakan oleh beberapa pihak berkuasa tempatan
sehinggalah ianya dijadikan sebagai Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz pada tahun
2005.
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (10.00am – 5.00pm) | Isnin Cuti Umum Tutup
Alamat: Bangunan Sultan Suleiman, 41000 Klang, Selangor Darul Ehsan
Baca: 37 Destinasi Menarik Di Selangor Untuk Sesisi Keluarga

Perak
40. Galeri Sultan Azlan Shah
Sumber: Mohd Fairul Hatim
Galeri Sultan Azlan Shah bertempat di dalam sebuah istana lama yang dinamai
Istana Ulu atau nama-nama lainnya Istana Kota, Istana Cempaka Sari dan Istana
Cinta Berahi, banyaknya nama untuk satu istanakan?
Istana ini mula dibina pada tahun 1898 dan segalanya selesai pada tahun 1903.
Bahan-bahan untuk membuat istana ini didatangkan daripada negara-negara seperti
India, Itali, Perancis dan dari Tanah Melayu sendiri. Sewaktu pembinaannya, bahan-
bahan binaan dari luar negara telah didatangkan dengan menggunakan kapal-kapal
dagangan yang menggunakan Sungai Perak, manakala bahan tempatan pula
diangkut menggunakan gajah. Bayangkanlah suasana ketika itu. Pasti meriahkan?
Di dalam Galeri Sultan Azlan Shah ini anda dapat melihat pameran pelbagai
barangan peninggalan Sultan Perak yang termasuklah pemberian-pemberian
daripada luar negara, foto-foto salasilah kerabat Diraja dan banyak lagi.
Alamat: Galeri Sultan Azlan Shah, 33000 Kuala Kangsar, Perak

39. Kellie’s Castle


Sumber: Nova Octavani
Beraura misteri, Kellie’s Castle adalah sebuah bangunan bersejarah yang dibina
oleh seorang pengusaha ladang dari Scotland, William Kellie Smith pada tahun 1915
untuk dijadikan sebagai lambang cinta kepada isterinya serta untuk mengembalikan
kenangan kepada rumah yang jauh di Scotland.
Namun, sedihnya, pembinaan istana ini terpaksa dihentikan secara serta-merta
kerana Kellie telah mati secara mengejut pada tahun 1926. Walaupun tidak 100%
siap, istana ini dikatakan memiliki banyak ruang rahsia yang termasuklah terowong-
terowong bawah tanah.
Alamat: Kellie’s Castle, 31000 Batu Gajah

38. Masjid Ubudiah

Sumber: AERIAL SKY STUDIO


Kalau anda nak tahu, Masjid Ubudiah ini juga dikatakan sebagai salah satu masjid
yang terindah di Malaysia. Datang dulu ke sini, baru anda tahu betapa cantiknya
masjid ini. Asalnya, masjid ini telah dibangunkan kerana nazar Sultan Idris Murshidul
Adzam Shah I, Sultan Perak ke-28 yang menjalankan pemerintahan dari 1887 ke
1916.
Masjid yang didirikan di Bukit Chandan ini mula dibina pada tahun 1913 dengan kos
sebanyak RM220,000 (pada ketika itu) dengan bantuan seorang arkitek, A.B.
Hubback dan kerja pelaksanaan pula oleh ketua jurutera negeri Perak, Caufield.
Dapat dilihat masjid ini memiliki pengaruh seni bina Islam-India serta bentuk segi
lapan yang unik.
Alamat: Jalan Istana, 33000 Kuala Kangsar

37. Kompleks Sejarah Pasir Salak


Sumber: Khair Azhar
Kalau anda suka melihat suasana rumah yang klasik, anda boleh melawat Kompleks
Sejarah Pasir Salak. Antara tarikan yang boleh dilihat di sekitar kompleks ini adalah
dua buah Rumah Kutai iaitu rumah tradisi Perak, monumen J.W.W. Birch, meriam
Lela Rentaka, kubu Datuk Maharaja Lela dan kubur Sipuntum.
Mengikut sejarah, kawasan ini adalah tempat dimana residen Inggeris pada ketika
itu, J.W.W. Birch mati dibunuh oleh orang Perak, dan disebabkan ini, Sultan Perak
telah dibuang jauh ke Pulau Seychelles.
Alamat: Kompleks Sejarah Pasir Salak, Kampung Gajah, Perak

36. Muzium Perak


Sumber: Muzium Perak Taiping Rasmi
Terletak di Taiping, Muzium Perak ini merupakan sebuah muzium yang tertua di
Malaysia. Muzium dengan reka bentuk neo-klasikal Inggeris ini telah dibina pada
tahun 1883 oleh residen-residen Inggeris yang berada di Perak pada ketika itu.
Antara barangan yang terdapat di sini adalah artifak-artifak peninggalan Melayu di
Perak, namun yang paling banyak terdapat di sini adalah koleksi-koleksi botani dan
zoologi yang melibatkan spesimen-spesimen haiwan bersaiz kecil hinggalah kepada
gajah.
Bayaran Masuk: Dewasa RM2 | Kanak-kanak RM1
Alamat: Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Perak
Baca: 72 Tarikan Pelancong Paling Popular Di Perak

Melaka
35. Kota A Famosa
Sumber: Vinnity Malaysia
Memang banyak bangunan bersejarah di Malaysia tetapi Kota A Famosa boleh
dikatakan yang selalu menjadi sebutan ramai. Kota A Famosa adalah sebuah kota
yang telah dibina pada tahun 1511 menggunakan buruh-buruh paksaan sewaktu
dibawah taklukan Portugis.
Namun begitu, kini, bukan keseluruhan kota ini dalam keadaan yang sempurna,
kerana satu-satunya struktur yang masih dalam bentuk asal hanyalah pintu gerbang
kota ini iaitu Pintu Gerbang Santiago. Dikatakan bahawa pintu gerbang ini adalah
struktur Eropah yang tertua di rantau Asia.
Bangunan yang telah pun berusia lebih daripada 500 tahun ini masih teguh berdiri
kerana menggunakan antara jenis batuan yang paling kukuh iaitu Batu Lada
ataupun Batu Letrik yang agak sukar untuk dicari.
Waktu Operasi: Sepanjang Hari
Bayaran Masuk: Percuma
Alamat: Jalan Parameswara, Bandar Hilir, 78000 Alor Gajah, Melaka

34. Baba Nyonya Heritage Museum


Sumber: Asia-Europe Museum Network
Nak tahu lebih banyak tentang komuniti yang unik Baba Nyonya? Jangan lepaskan
peluang untuk melawat Baba Nyonya Heritage Museum sekiranya ke Melaka.
Muzium ini pada asalnya merupakan tempat tinggal bagi keluarga Cina, iaitu
keluarga Chan yang datang untuk berniaga dari tahun 1865 ke 1919.
Pada tahun 1985 pula ia mula dibuka sebagai muzium yang diuruskan sendiri oleh
generasi ke-4 keluarga ini. Dipamerkan di dalamnya adalah perabot-perabot asal
yang dipelihara dengan baik, yang masing-masing memiliki ciri Baba Nyonya yang
sangat cantik untuk diamati.
Waktu Operasi: Isnin – Khamis (10.00am – 5.00pm) | Jumaat, Sabtu Ahad
(10.00am – 6.00pm)
Bayaran Masuk: Dewasa RM15 | Kanak-kanak (5 – 12 Tahun) RM10
Alamat: 48-50, Jalan Tun Tan Cheng Lock, 75200 Melaka

33. The Stadthuys


Sumber: Mohammed Ishmael
The Stadthuys adalah antara tarikan di Melaka yang tak patut anda lupa untuk
singgahi sebab kat sinilah anda dapat bergambar dengan menarik bukan sahaja
oleh kerana reka bentuk dan warna bangunan ini, tapi juga disebabkan oleh barisan
beca yang penuh warna-warni dan berbunga-bunga yang beratur panjang di dinding
luar bangunan.
Dibina pada tahun 1650, The Stadthuys pada asalnya adalah penempatan rasmi
untuk Gabenor Belanda. Jangan terkejut, sebenarnya ketika zaman Belanda,
bangunan ini berwarna putih, namun pada tahun 1911, iaitu sewaktu zaman
penjajahan British, bangunan ini telah dicatkan dengan warna merah seperti yang
dilihat sekarang.
Alamat: Persimpangan bulatan Jalan Quayside, Admiral Street, dan Jalan Chan
Koon Cheng, Bandar Hilir Melaka

32. Independence Monument Museum


(Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan)
Sumber: Uwe Aranas / CC BY 3.0
Bangunan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan pada asalnya digunakan sebagai
tempat orang-orang atasan dan pegawai kerajaan bersosial, namun selepas
kemerdekaan, ianya dibuka kepada orang ramai sebelum dijadikan bangunan
memorial pada tahun 1985.
Bangunan yang dibina pada tahun 1911 ini kini menjadi tempat penyimpanan
pelbagai dokumen-dokumen, artifak, majalah, keratan akhbar dan lain-lain lagi yang
penting kepada negara dari zaman Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah Tanah
Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
Alamat: Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Jalan Parameswara, Melaka,
Bandar Hilir, 75000
Baca: 32 Destinasi Menarik Di Melaka

Negeri Sembilan
31. Istana Lama Seri Menanti
Sumber: Negeri Sembilan – Negeri Beradat
Pernah tak anda tertanya-tanya, apa maksud ‘Seri Menanti’ tu sebenarnya? Untuk
pengetahuan anda, Seri Menanti adalah nama 3 batang padi yang tumbuh di
kawasan sekitar yang dinamakan sebagai Padi Menanti ataupun ‘semangat padi
yang menanti’. ‘Seri’ pula bermaksud ‘padi’ di dalam bahasa Jawa. Baru tahu kan?
Istana Lama Seri Menanti ini adalah sebuah istana 4 tingkat yang dibina untuk
menggantikan Istana Pulih yang telah terbakar sewaktu Perang Bukit Putus. Istana
ini telah direka oleh dua orang tukang iaitu Taib dan Kahar dengan arahan Yang di-
Pertuan Besar yang mahu istana ini dibina dengan reka bentuk alam Minangkabau.
Yang menariknya, istana indah ini telah dibina tanpa menggunakan walaupun satu
batang paku besi! Macam mana tu? Untuk menyambung dari satu bahagian dengan
bahagian yang lain, mereka menggunakan sambungan kayu yang dinamakan
pasak.
Alamat: Istana Lama Seri Menanti, Seri Menanti, Kuala Pilah

30. Rumah Putih


Sumber: orangnogori.com
Rumah Putih adalah sebuah bangunan bersejarah yang dibina pada tahun 1912
oleh B.P. Habbach. Bahan asas yang digunakan dalam pembinaan bangunan
berwarna putih ini adalah batu-bata yang kemudiannya dikemaskan dengan simen.
Bangunan dengan reka bentuk British ini, pada awalnya digunakan sebagai pusat
pentadbiran British sebelum dijadikan sebagai pejabat kerajaan negeri yang kini
telah pun dipindahkan ke bangunan baru.
Sekiranya anda ke sini, anda juga dapat melihat tugu peringatan yang berdiri di
hadapannya. Di samping itu, di dalam kawasan yang sama juga, iaitu di hadapan
bangunan ini, adalah kawasan di mana Hari Memperingati Pahlawan diadakan
setiap tahun.
Alamat: Berhampiran Wisma Negeri

29. Masjid Jamek di Jalan Dato’ Bandar


Tunggal
Sumber: Masjid Jamek Bandar Seremban
Masjid Jamek yang terletak di Jalan Dato’ Bandar Tunggal merupakan sebuah
masjid dengan reka bentuk unik yang tertua di Negeri Sembilan. Masjid yang dibina
pada tahun 1924 ini berdiri di atas tanah yang telah diwakafkan oleh Dato Bandar
Haji Ahmad Ali dan keluarga Sheikh Abdul Kadir yang merupakan pendakwah Islam
yang terkenal pada zaman itu.
Jika dilihat dengan terperinci, reka bentuk Masjid Jamek ini kelihatan agak sama
dengan yang terdapat di negeri Melaka.
Alamat: Jalan Dato Bandar Tunggal, Bandar Seremban, Seremban

28. Istana Lama Ampang Tinggi


Sumber: orangnogori.com
Istana Lama Ampang Tinggi merupakan istana yang siap dibina pada tahun 1865.
Sebaik pembinaannya selesai, istana ini diduduki oleh Yamtuan Ulin sebelum
dihadiahkan kepada puteri baginda, Tunku Cindai yang berkahwin dengan Tunku
Muda Chik.
Selepas itu, istana ini diturunkan pula kepada anaknya yang bernama Tunku Halijah.
Bermula daripada itu, rumah ini dijadikan tempat tinggal keluarga Tunku Muda Chik
dari masa ke masa dan diabaikan sepenuhnya bermula dari tahun 1930.
Pada tahun 1953, bangunan lama ini telah dibuka dan diangkut ke Seremban untuk
dibina semula dan siap setahun kemudian. Pada tahun 1980 pula, istana ini sekali
lagi dipindahkan untuk dibawa ke dalam Kompleks Budaya Negeri Sembilan iaitu di
dalam tapak Muzium Negeri Sembilan. Kini, anda boleh masuk ke dalamnya untuk
melihat pelbagai barangan antik dan khazanah Negeri Sembilan.
Alamat: Kompleks JKKN Negeri Sembilan, Sungai Ujong, Negeri Sembilan, 70200
Seremban
Baca: 35 Tempat Menarik Di Negeri Sembilan

Johor
27. Muzium Diraja Abu Bakar
Sumber: Muzium diraja Sultan Abu Bakar
Muzium Diraja Abu Bakar terletak di dalam sebuah bangunan yang dahulunya
adalah Istana Besar Johor. Istana yang siap dibina pada tahun 1866 ini telah dibina
dengan pengaruh reka bentuk Resaissance di bawah seliaan arkitek Eropah.
Perabot-perabot yang terdapat di dalam istana ini telah ditempah oleh Almarhum
Sultan Abu Bakar dari negara England.
Bangunan ini kemudiannya telah dibaikpulih untuk dijadikan muzium pada tahun
1982. Di dalam muzium ini anda dapat melihat pameran barangan yang diperbuat
daripada perak, cenderahati dan barang-barang kemas. Di samping itu, turut dapat
dilihat adalah foto-foto keluarga Diraja sejak pemerintahan Sultan Abu Bakar.
Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (9.00am – 5.00pm)
Alamat: Grand Palace, 80500 Johor Bahru, Johor

26. Bangunan Sultan Ibrahim


Sumber: Fxchua / CC By 4.0
Bangunan Sultan Ibrahim yang terletak di atas Bukit Timbalan ini adalah lokasi
dimana terletaknya jabatan-jabatan Kerajaan Negeri Johor. Mula dibina pada tahun
1938, bangunan dengan ketinggian 11 tingkat ini siap sepenuhnya pada tahun 1942
dengan perbelanjaan sebanyak RM2 juta.
Reka bentuk bangunan ini agak unik dengan gabungan seni bina Kolonial, Islam dan
Melayu Johor. Di hadapan istana ini terdapat lukisan 8 bintang yang menjadi simbol
kepada 8 buah daerah yang terdapat di dalam negeri Johor. Pada bahagian pintu
masuknya pula terdapat ukiran dengan motif flora yang termasuklah lada hitam serta
bunga cengkih yang merupakan hasil utama Johor.
Alamat: Jalan Abdullah Ibrahim, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru

25. Stesen Keretapi Lama Johor Bahru


Sumber: Tim Tan
Stesen Keretapi Lama Johor Bahru pada suatu ketika dulu pernah menjadi stesen
yang penting menghubungkan Johor Bahru dengan kawasan bandar yang lain.
Bangunan yang dirasmikan pada tahun 1932 ini memiliki reka bentuk barat yang
cukup unik.
Namun begitu, bangunan ini telah ditutup pada tahun 2010 setelah stesen keretapi
terbaru siap dibina bersebelahan dengan stesen ini.
Alamat: Jalan Tun Abdul Razak, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

24. Masjid Sultan Abu Bakar


Sumber: My Kampong Kampong
Berada di Jalan Skudai, Johor Bahru, masjid yang mula dibina pada tahun 1892 dan
siap pada tahun 1900 ini telah direka bentuk oleh arkitek Melayu, Tuan Haji
Mohamed Arif bin Punak yang mendapatkan inspirasi daripada bangunan-bangunan
zaman Victoria Inggeris memandangkan Sultan Johor pada ketika itu, Sultan Ibrahim
ibni Sultan Abu Bakar agak cenderung kepada budaya dan gaya Inggeris.
Masjid ini juga telah dibina dengan sedikit sentuhan elemen Melayu dan Moorish.
Masjid yang dinamakan sempena nama ayahanda kepada Sultan Ibrahim, Sultan
Abu Bakar ini dapat memuatkan dalam 2000 jemaah pada satu-satu masa.
Alamat: Jalan Abu Bakar, 80100, Johor Bahru, Johor

23. Galeri Seni Johor


Sumber: Chongkian / CC By 4.0
Bagi pencinta seni, lawatan ke Galeri Seni Johor pasti dapat menjadi satu highlight
yang terindah anda ketika di Johor. Di samping pameran lukisan yang menarik untuk
dilihat, reka bentuk bangunan ini sendiri dapat membuatkan jiwa seni anda bahagia.
Bangunan yang terletak di Jalan Petrie ini telah dibina pada tahun 1910 dan
digunakan sebagai kediaman Dato’ Abdullah Jaafar yang merupakan Menteri Besar
Johor ketiga. Bangunan ini kemudiannya dijadikan sebagai markas tentera Jepun
dan seterusnya dibiarkan terabai dalam waktu yang lama.
Selepas itu, bangunan ini digunakan oleh Jabatan Pendidikan sebelum dipilih untuk
menjadi lokasi Galeri Seni Johor kerana seni binanya yang sangat mengujakan.
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Jumaat (9.00am – 4.30pm)
Bayaran Masuk: Percuma
Alamat: JKR 144, Jalan Petrie, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru
Baca: 50 Tempat Menarik Di Johor

Pahang
22. Masjid Negeri (Madrasatul Firdaus)
Sumber: Norazam Mamat Nor
Masjid yang comel berwarna terang ini, Masjid Negeri ataupun Madrasathul Firdaus
adalah sebuah bangunan yang tertua yang terletak di bandar Kuala Lipis. Berapa
tua? Bayangkanlah, bagaimana sebuah masjid yang tidaklah segah bangunan-
bangunan kolonial lain ini mampu berdiri dengan teguh sejak tahun 1888 lagi.
Sangat menakjubkan bukan? Lagi satu sebab kenapa masjid ini sangat istimewa
adalah kerana ia tidak pernah ditenggelami banjir walaupun ketika banjir besar
melanda pada tahun 1971, yang peliknya, masjid ini terletak di tebing Sungai Jelai.
Wow!
Untuk pengetahuan anda, masjid ini telah dibina pada abad ke-19 oleh seorang
saudagar Arab dari Yemen yang bernama Habib Hassan. Jangan lepaskan peluang
untuk bersolat di sini ya?
Alamat: Masjid Negeri Lama (Madrasatul Firdaus), Kuala Lipis, Pahang

21. Bangunan Bekas Suk Pahang


Sumber: Saiful F Ramli
Teringin melihat di mana tempat kelahiran bekas Perdana Menteri Malaysia Datuk
Seri Najib Tun Razak? Inilah lokasinya. Rumah yang siap dibina pada tahun 1920 ini
pernah menjadi tempat tinggal Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, bapa beliau,
ketika menjadi setiausaha Kerajaan Pahang.
Alamat: Terletak di atas Bukit Bius

20. Pahang Club


Sumber: Abdullah Hadi Jr.
Pahang Club adalah sebuah bangunan lama hasil binaan penjajah British yang
terawal dibina di negeri Pahang iaitu pada tahun 1907.
Pada asalnya, ia dibina untuk dijadikan sebagai kediaman Superintenden Ulu
Pahang pada ketika itu iaitu Hugh Clifford, kemudiannya, mulai tahun 1922 ke 1926
rumah ini menjadi tempat kediaman Inspektor Polis British.
Bermula daripada pertengahan tahun 1926, bangunan ini dijadikan sebagai kelab
khas untuk pegawai-pegawai tinggi British. Namun selepas negara mencapai
kemerdekaan, ianya dibuka kepada semua rakyat tempatan. Kini, bangunan ini
tidak lagi digunakan.
Alamat: Pahang Club, 27200 Kuala Lipis, Pahang

19. Muzium Sultan Abu Bakar


Sumber: Siang Siang
Dibina pada tahun 1888, bangunan ini telah digunakan sebagai tempat penginapan
residen-residen Inggeris pada tahun 1898. Struktur asal bangunan ini adalah
daripada kayu namun pada tahun 1929, ianya telah digantikan sebagai bangunan
batu 2 tingkat. Ketika waktu pencerobohan Jepun, bangunan ini pernah digunakan
sebagai markas tentera Jepun.
Mulai tahun 1976 pula, ianya telah dijadikan sebagai Muzium Sultan Abu Bakar.
Dalam muzium ini terdapat banyak pameran barangan bersejarah untuk dilihat
seperti barangan tembikar dan kaca antik daripada China, dan banyak lagi artifak-
artifak yang lain.
Alamat: Muzium Negeri Pahang, Jalan Sultan Ahmad, 26600 Pekan
Baca: 20 Destinasi Terbaik Di Kuantan Pahang

Kelantan
18. Masjid Kampung Laut
Sumber: Melayu
Nak lihat masjid yang tersangatlah tua usianya di Malaysia ni? Datanglah ke Masjid
Kampung Laut. Jangan terkejut jika dikatakan bahawa masjid ini telah berusia
sekitar 300 ke 400 tahun kerana dibina pada tahun 1730. Tua ya amat bukan?
Masjid ini telah dibina oleh para mubaligh yang sewaktu pelayaran meraka di
sepanjang Kepulauan Melayu mengalami nasib yang malang di mana kapal mereka
bocor. Namun begitu, mereka berjaya mendarat dengan selamat di kawasan pantai
yang terdekat. Masjid ini kemudiannya dibina untuk memperingati peristiwa tersebut.
Sekiranya anda ke sini, anda dapat melihat ciri reka bentuk Jawa dan teknik binaan
klasiknya yang tidak langsung menggunakan paku. Lokasinya, hanyalah dalam 10
km dari bandar Kota Bharu.
Namanya, Masjid Kampung Laut adalah bersempena dengan nama lokasi asal
masjid ini yang terletak di kawasan Jajahan Tumpat iaitu Kampung Laut. Kini, ianya
terletak di dalam kawasan Pusat Pengajian Tinggi Islam, Nilam Puri.
Alamat: Jalan Kuala Krai, 16010 Kota Bharu

17. Istana Balai Besar


Sumber: Muhamad Fadhli Ahmad
Istana Balai Besar ataupun Istana Susmana Besar adalah sebuah bangunan lama
yang telah dibina pada tahun 1840 oleh Sultan Muhammad II sebagai menggantikan
pusat pentadbiran dari Kota Saba ke Kota Bharu.
Istana ini telah menjadi tempat bersemayam Sultan-sultan Pahang yang lalu.
Sehingga kini, bangunan ini masih kekal digunakan untuk menjalankan sebarang
upacara rasmi negeri.
Alamat: Jalan Tengku Seri Akar, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu

16. Istana Jahar (Muzium Diraja Negeri


Kelantan)
Sumber: Istana Jahar
Bangunan yang kelihatan sungguh menarik di pandangan mata dengan warna hitam
dan kuning ini, merupakan pada asalnya dibina oleh Sultan Muhammad II pada
tahun 1887 untuk cucuandanya yang bernama Long Kundur Bendahara.
Pembinaannya disambung oleh Sultan Ahmad selepas Sultan Muhammad II
mangkat.
Pada tahun 1889, Long Kundur telah menjadi Sultan Muhammad III dan menjadikan
Istana Jahar sebagai Balai Besar dan tempat bersemayam baginda dan Sultan-
sultan yang kemudian iaitu Sultan Muhammad IV dan Sultan Ismail. Bangunan ini
kini digunakan sebagai Muzium Diraja Negeri Kelantan.
Alamat: Jalan Sultan, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu

15. Muzium Perang Kelantan (Bank Kerapu)


Sumber: Zafrani Arifin
Dibina pada tahun 1912, sebaik siap dibina, bangunan ini telah digunakan sebagai
bank oleh The Mercatile Bank of India Ltd. Ianya dipanggil sebagai Bank Kerapu
kerana permukaan bangunan ini yang agak menggerutu disebabkan oleh
penggunaan simen berbatu-batu kecil. Kalau anda nak tahu, bangunan ini
merupakan bangunan batu yang pertama di Kelantan.
Ketika Perang Dunia Ke-2, bangunan ini telah digunakan oleh polis Jepun sebagai
ibu pejabat, penjara, bilik siasatan serta tempat untuk mendera tahanan perang.
Setelah kejatuhan Jepun, ia digunakan semula sebagai bank sehingga tahun 1981
sebelum dijadikan Balai Seni Lukis Kraftangan Kelantan.
Mulai tahun 1992, fungsinya telah diubah kepada Muzium Memorial Perang Dunia
Ke-2 yang mempamerkan banyak barangan berkaitan dengan peperangan yang
terdiri daripada artifak, foto dan artikel.
Bayaran Masuk: Dewasa RM2 | Kanak-kanak RM1
Alamat: Hilir Padang Merdeka, Kota Bharu, Kelantan
Baca: 19 Destinasi Pelancongan Popular Di Kelantan

Terengganu
14. China Town
Sumber: Low Boon Chew
China Town bukan sahaja ada di KL, malahan hampir di seluruh negeri dan juga di
seluruh dunia. Memang hebat penangan masyarakat Cina ni! Untuk China Town
yang terletak di Terengganu ini, tidak ubah seperti di kawasan China Town yang
lain, penuh dengan warna-warni yang terang.
Berjalan dekat sini, anda dapat melihat deretan-deretan kedai yang antik, ada juga
yang memiliki ukiran yang tersendiri. Ada bangunan yang dibuat daripada simen dan
ada juga yang diperbuat daripada kayu.
Sebagai info, China Town di Terengganu merupakan tempat penempatan
masyarakat Cina yang datang dari tanah besar China dalam abad ke-19. Terdapat
banyak lorong yang menarik untuk dilihat di sini dengan tema-tema tertentu seperti
Lorong Warisan Dunia yang menunjukkan info tentang tarikan menarik di dunia,
Lorong Mesra Alam yang dihiasi dengan keindahan flora dan banyak lagi.
Alamat: Kampung Cina, Jalan Bandar, Kuala Terengganu

13. Kota Lama Duyung


Sumber: Edmund Ssik
Terletak hanyalah 7 km dari bandaraya Kuala Terengganu di Pulau Duyung, Kota
Lama Duyung telah dibina pada tahun 1919 oleh pegawai kanan Pentadbiran Negeri
Terengganu, Dato’ Biji Sura.
Rumah ini digelar sebagai Kota Lama kerana ia turut dikelilingi oleh tembok batu.
Yang menariknya tentang rumah ini, ia merupakan rumah yang dibina menggunakan
batu-bata yang satu-satunya terdapat di daerah ini pada ketika itu. Reka bentuknya
diinspirasikan daripada seni bina Melayu Terengganu pada zaman 1920-an.
Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00am – 6.00pm) | Jumaat Tutup
Bayaran Masuk: Percuma
Alamat: Pulau Duyung Kecil, 20100 Kuala Terengganu

12. Masjid Putih


Sumber: orangnogori.com
Masjid Putih ataupun juga dikenali sebagai Masjid Besar dan Masjid Abidin adalah
sebuah masjid yang dibina antara tahun 1783 ke 1808 oleh Sultan Zainal Abidin II.
Masjid unik ini pada awal binaannya langsung tidak menggunakan tiang. Ketika
zaman pemerintahan Sultan Umar, bangunan masjid ini telah digantikan dengan
batu bata.
Kemudiannya ditambah dengan 3 buah kubah dan 3 tiang bulat oleh Tengku
Panglima Besar. Masjid ini telah mengalami banyak pengubahsuaian sehingga
dapat memuatkan dalam 2,500 orang jemaah pada satu-satu masa.
Alamat: Jalan Masjid Abidin, 20000 Kuala Terengganu
Baca: 35 Tempat Percutian Menarik Di Kuala Terengganu

Kedah
11. Rumah kelahiran Datuk Seri Dr. Mahathir
Mohamad
Sumber: Kedah Darul Aman
Alor Setar Kedah adalah daerah dimana Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr.
Mahathir Mohamad telah dilahirkan iaitu pada 20 Disember, 1925.
Daripada seorang rakyat biasa yang dibesarkan di dalam rumah papan yang
hanyalah berbumbungkan daun nipah, beliau telah membesar menjadi seorang
doktor dan seterusnya sebagai pemimpin negara.
Rumah satu bilik ini telah dipulihara oleh Arkib Negara pada tahun 1992.
Waktu Operasi: Selasa – Khamis (10.00am – 5.30pm) | Jumaat 10.00am –
12.00pm 3.00pm – 5.30pm | Isnin Kecuali Cuti Umum Cuti Sekolah Tutup
Bayaran Masuk: Percuma
Alamat: Nombor 18, Lorong Kilang Ais, Jalan Pegawai, Alor Setar, Kedah

10. Balai Seni


Sumber: Balai Seni Negeri Kedah
Bangunan dengan gabungan reka bentuk barat dan timur ini adalah hasil rekaan
seorang arkitek bernama Muhammad bin Lebai Tambi. Pembinaannya dimulakan
pada 21 Januari 1893 untuk digunakan sebagai Mahkamah Tinggi yang dirasmikan
oleh Sultan Abdul Hamid Shah.
Bangunan ini kemudiannya bertukar fungsi beberapa kali sehinggalah pada tahun
1983 dimana ia telah dijadikan sebagai Balai Seni Negeri yang dirasmikan oleh
sultan pada 25 Julai 1983.
Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 5.00pm) | Jumaat Tutup Sementara Pada
12.30pm – 2.30pm
Bayaran Masuk: Percuma
Alamat: Balai Seni Negeri Kedah, Medan Bandar, Jalan Raja, 05100 Alor Setar

9. Masjid Zahir (Zahir Mosque)


Sumber: Mazrullizam Mahadzir
Masjid Zahir (Zahir Mosque) adalah sebuah masjid lama yang dibina pada tahun
1912. Tapak dimana masjid ini didirikan adalah kawasan perkuburan pahlawan-
pahlawan Kedah yang telah terkorban sewaktu mempertahankan Kedah daripada
serangan Siam pada tahun 1821.
Setelah pembinaannya siap, masjid ini dirasmikan oleh Sultan Abdul Hamid Shah
pada hari yang mulia iaitu Jumaat, 15 Oktober 1915.
Masjid ini memiliki 5 buah kubah yang besar melambangkan 5 rukun Islam. Masjid
Zahir didirikan di atas tanah yang berkeluasan 124,412 kaki persegi. Dewan
solatnya berkeluasan 62 X 62 kaki persegi dan dikelilingi oleh ruang beranda yang
berkelebaran 4 kaki.
Alamat: Jalan Kampung Perak, Bandar Alor Setar, 05150 Alor Setar

8. Istana Pelamin
Sumber: Safuwan Fauzi
Istana Pelamin telah dibina pada tahun 1736 oleh Sultan Muhammad Jiwa (1710-
1778) dan dijadikan sebagai tempat bersemayam Sultan-sultan yang kemudian di
Kedah serta tempat berjalannya pelbagai majlis Diraja.
Istana ini telah melalui banyak ‘dugaan’ seperti kemusnahan sewaktu kedatangan
Bugis pada tahun 1771 dan diabaikan ketika dibawah taklukan Siam dari tahun 1821
ke 1842. Namun, pada tahun 1851, ia telah dibaikpulih oleh Sultan Ahmad Tajuddin
Mukarram Shah dan kembali meriah dengan pelbagai majlis termasuklah majlis-
majlis perkahwinan.
Istana ini dinamakan sebagai Istana Pelamin selepas berlangsungnya sebuah majlis
perkahwinan yang dikatakan paling meriah pernah diadakan iaitu pada tahun 1904.
Mulai tahun 1983, bangunan ini telah ditukarkan fungsinya sebagai Muzium Diraja
Kedah sehingga kini.
Alamat: Kedah Royal Museum, Bandar Alor Setar, 05000 Alor Setar
Baca: 50 Tempat Menarik Di Kedah

Perlis
7. Muzium Negeri Kangar / Muzium Kota
Kayang (Rumah Tetamu Kangar)
Sumber: Azizi Bin Anas
Muzium Negeri Kangar berdiri di atas tanah berkeluasan 4.84 ekar yang suatu ketika
dahulunya diberikan Raja Syed Alwi kepada adik lelaki baginda Syed Salim yang
menjadi ketua menteri kepada Raja.
Pada sekitar kurun ke-19, Syed Salim telah mendirikan rumahnya di atas tanah yang
luas ini untuk didiami bersama keluarganya sebelum dijual kepada Kerajaan Negeri
selepas Perjanjian Bangkok ditandatangani.
Bangunan ini telah dijadikan kediaman rasmi Penasihat British yang pertama,
Meadow Frost serta pewarisnya sehinggalah Perang Dunia Kedua (1941) yang
memperlihatkan rumah ini diambil alih oleh tentera Jepun. Dari tahun 1943 ke 1945
pula ia digunakan oleh tentera Thai.
Setelah negara mencapai kemerdekaan, bangunan ini dijadikan sebagai kediaman
rasmi Ketua Menteri Perlis. Sedihnya, bangunan asal di atas tanah ini dirobohkan
pada tahun 1991 dan digantikan dengan replika bangunan yang sama yang
berfungsi sebagai Muzium Negeri.
Alamat: Muzium Kota Kayang, 02000 Kuala Perlis
Baca: 29 Tempat Menarik Di Perlis

Sarawak
6. Kubu Margherita
Sumber: The Brook Gallery
Kalau dilihat reka bentuk Kubu Margherita ni terasa macam melancong ke negara
Eropah. Kubu yang berwarna putih ini telah siap dibina dengan reka bentuk istana
lama Inggeris pada tahun 1879 oleh Sir Charles Brooke dan diberikan nama
sempena nama isterinya, Margaret Brooke.
Terletak di atas bukit, kubu ini menyajikan pemandangan yang seluas pandangan
mata ke semua arah di kawasan sekitarnya. Kubu ini dibina untuk menjadi lambang
kestabilan kerajaan dan kekuatannya.
Alamat: Fort Margherita, Petra Jaya, 93050 Kuching

5. Kubu Alice
Sumber: Ho Ho Luho Lembang
Satu-satunya peninggalan sejarah yang terdapat di Sri Aman Sarawak, keseluruhan
bajet pembinaan kubu ini telah dibiayai oleh Charles Brooke. Kubu ini telah dibina
dalam hanya 12 bulan dengan bahan-bahan binaan yang terdiri daripada kayu
belian derma. Dikatakan, peralatan-peralatan binaan kubu ini telah dibawa dari
muara Sungai Skrang.
Sekiranya anda ke sini, anda berpeluang untuk menikmati pemandangan di sekitar
Kubu Alice ini yang cukup indah oleh kerana lokasinya yang amatlah strategik.
Kawasan di sekitar kubu ini turut dikelilingi dengan meriam yang sering digunakan
untuk menyerang musuh tempatan pada ketika itu.
Alamat: Jalan Kuching/Serian 95000 Pantau, Sri Aman Sarawak, Jalan Sri Aman,
Pekan Sri Aman

4. The Old Courthouse


Sumber: Shk Denny
The Old Courthouse adalah sebuah bangunan bersejarah dibina pada tahun 1883
oleh Charles Brooke yang boleh di temua di bandar Kuching. Pada asalnya ianya
digunakan sebagai pejabat kerajaan dan tempat majlis upacara negeri dijalankan.
Di bahagian hadapan bangunan ini, terdapat monumen Charles Brooke yang
berketinggian 6 meter. Pada monumen yang dibina dalam tahun 1924 ini, terdapat
panel dengan 4 angka yang melambangkan kepelbagaian masyarakat di Sarawak
iaitu Melayu, Kayan, Dayak dan Cina.
Alamat: Jalan Tun Abang Haji Openg, 93000 Kuching
Baca: 23 Destinasi Percutian Menarik Di Sarawak

Sabah
3. Agnes Keith House
Sumber: Agnes Keith House
Siapa sangka rumah kayu yang kelihatan begitu terpancar ciri tradisional tempatan
ini sebenarnya merupakan milik keluarga mat saleh daripada Amerika, Agnes Keith.
Kalau anda gemar membaca sastera lama, mungkin anda pernah dengar nama ini,
kerana Agnes Keith telah membukukan pengalamannya-pengalamannya sewaktu
menetap di Sabah.
Rumahnya sebelum ini pernah menjadi kuarters kerajaan Inggeris yang dipanggil
sebagai Newlands. Agnes dan keluarganya tinggal di sini sehingga tahun 1942 dan
kembali lagi selepas Perang Dunia Ke-2. Namun, sekembalinya ke sini, rumah ini
dilihat telah musnah terbakar dek kerana perang. Oleh itu, mereka telah membina
rumah ini sekali lagi dengan reka bentuk yang sama. Mereka tinggal di sini
sehinggalah tahun 1952.
Bangunan ini dibaikpulih 50 tahun kemudian dan dibuka kepada orang awam mulai
tahun 2004. Di dalamnya terdapat perabot-perabot dengan ciri-ciri kolonial dan
barangan antik yang lain.
Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 5.00pm)
Bayaran Masuk: Dewasa RM2 | Warga Emas Atas 55 Tahun Kanak-kanak Bawah
12 Tahun Percuma
Alamat: Agnes Keith House, 90000 Sandakan, Sabah
2. Bangunan Pelancongan Sabah (Sabah
Tourism Board/ Jesselton Post Office)

Sumber: Ronnie Rayner Gampaih


Bangunan yang meletakkan pejabat Pelancongan Sabah ini merupakan bangunan
yang tertua di dalam bandaraya Kota Kinabalu. Sebelum Perang Dunia Ke-2,
bangunan ini dikenali sebagai Jesselton Post Office yang dirasmikan pada tahun
1918 oleh Mr. Pearson.
Alamat: Sabah Tourism Board, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu

1. Menara Jam Atkinson (Atkinson Clock


Tower)
Sumber: Tuan Jaya Holidays
Menara Jam Atkinson pada asalnya telah dibina untuk memperingati Pegawai
Daerah pertama Jesselton iaitu Francis George Atkinson yang telah menemui
kematian setelah diserang malaria ketika berusia hanya 28 tahun.
Ibunya, Mary Edith, telah memberikan jam talam dua muka untuk bangunan ini.
Namun begitu, bangunan asal yang telah siap dibina pada tahun 1905 ini digantikan
dengan bangunan yang baru pada tahun 1964.
Pada asalnya, menara ini dibina dengan hanya menggunakan kayu Merbau ataupun
Mirabau dengan ketinggian 48 kaki. Namun reka bentuknya telah banyak berubah
sebaik diperbaharui.
Alamat: Atkinson Clock Tower, Kota Kinabalu, 88400
Baca: 45 Tempat Menarik Di Sabah Yang Istimewa

Inilah antaranya tarikan-tarikan bangunan klasik yang telah berusia beratus tahun
yang terdapat di negara Malaysia. Siapa sangka negara sekecil ini memiliki terlalu
banyak peninggalan bersejarah dengan aura misteri dan reka bentuk unik yang
sangat menarik untuk diteroka dan dilihat di depan mata sendiri.
Sebenarnya masih banyak lagi bangunan bersejarah di Malaysia sehingga boleh
dijadikan koleksi buku yang berjilid-jilid jika ingin disenaraikan kesemuanya.
Diharapkan senarai ini dapat membantu anda dan keluarga merancang percutian
dengan tema ‘kembali ke masa lampau’ pada musim cuti yang akan datang.
Selamat bercuti!
https://www.worldheritage.com.my/blog/2018/08/16/49-bangunan-bersejarah-di-malaysia-yang-
menarik-jom-pulang-ke-masa-lampau-4/

You might also like