You are on page 1of 8

1/17/24, 2:47 PM Arnab - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Arnab

Arnab (Jawi: ‎‫ )‏ارنب‬atau kelinci merupakan sejenis haiwan mamalia yang tergolong dalam famili
Leporidae yang tergolong dalam order Lagomorpha. Arnab mudah dikenali dengan telinganya yang Arnab
panjang dan tirus, sepasang gigi tengah yang terjojol ke depan, kaki belakang yang besar berbanding kaki
depan, serta ekor yang kontot. Arnab boleh hidup secara liar mahupun dijadikan haiwan peliharaan atau
ternakan yang memberikan sumber makanan kepada manusia.

Peristilahan
Perkataan "arnab" berasal daripada bahasa Arab ‫ أرنب‬arnab[1] Perkataan "kelinci" pula lebih banyak
digunakan di Indonesia menyerap daripada bahasa Belanda, yakni istilah konijntje bentuk kecilan konijn
yang bermaksud haiwan ini.[2][3]

Terdapat juga istilah-istilah lama unik menggambarkan haiwan ini seperti kucing Belanda dan kucing Pengelasan saintifik
tapai (di Riau),[4] tetapi adanya kedua-dua istilah pinjaman di atas boleh disimpulkan bahawa pembezaan
Alam: Animalia
dan pengenalan haiwan bercirikan "arnab" ini bermula dengan perdagangan antarabangsa pada zaman
silam. Bahasa Proto-Austronesia leluhur asal bahasa Melayu mempunyai perkataan *lutuk hasil Filum: Chordata
penelusuran semula kata bermaksud sama dalam bahasa-bahasa serumpun dituturkan di pulau
Kelas: Mammalia
Taiwan[5]:107 yang diamati sebagai satu-satunya kawasan Austronesia didapati haiwan ini (barangkali
Lepus sinensis[6]:466-467[7]), kata ini difahamkan melenyap dengan tiadanya arnab dapat dijumpai luar Order: Lagomorpha
pulau tersebut[5]:107 sehingga penemuan suatu spesies asli di kawasan terpencil dalam pulau Sumatera Keluarga: Leporidae
pada tahun 1972.[8]
Fischer de Waldheim, 1817
Nama saintifik famili "Leporidae" pula berasal daripada perkataan lepus, iaitu arnab dalam bahasa Latin. Genus

Habitat Pentalagus
Bunolagus
Bermacam-macam jenis arnab tinggal di kawasan padang rumput, hutan, gurun, tundra dan tanah Nesolagus
lembap[9] mengikut kesesuaian dengan spesiesnya. Kebanyakan spesies arnab tinggal dalam sarang bawah Romerolagus
tanah yang dimasuki melalui lubang, tetapi berbeza pula dengan arnab dalam genus Lepus yang bertempat Brachylagus
tinggal di atas tanah dengan kawasan rumput yang rata sebagai sarang. Kebanyakan spesies arnab tinggal Sylvilagus
secara berkelompok. Oryctolagus
Poelagus
Lebih separuh jumlah populasi arnab di dunia tinggal di Amerika Utara.[9] Arnab juga merupakan haiwan Caprolagus
asli di Eropah, Asia Tenggara, Asia Timur, Afrika dan Amerika Selatan. Arnab mula-mula memasuki Pronolagus
Amerika Selatan kesan peristiwa Pertukaran Besar Amerika. Sebahagian besar benua itu cuma ada satu Lepus
spesies arnab, iaitu tapeti, manakala di kawasan kerucut selatan benua itu pula tiada spesies arnab yang
asli.

Anatomi
Arnab merupakan mamalia bersaiz sederhana, mengikut spesiesnya, iaitu sekecil Brachylagus idahoensis
yang panjangnya 25–29 cm dari kepala hingga ekor, dan beratnya sekitar 300 gram, hingga sebesar Lepus
europaeus yang mencapai kepanjangan 50–76 cm dan berat 2.5 hingga 5 kilogram. Bulu arnab biasanya tebal
dan lembut, berwarna perang, kelabu, atau kuning pucat. Ekornya berbentuk segumpal kecil bulu berwarna
keperangan (berhujung putih bagi arnab ekor kapas).[10] Arnab liar tidak ketara perbezaannya dari segi
kadaran tubuh atau cara berdiri, dengan tubuh badan yang montok dan berbentuk telur. Lubang arnab

Arnab merupakan haiwan digitigrad, iaitu berjalan secara menjengket. Arnab mempunyai sepasang kaki
belakang berjari empat yang panjang, dan kaki hadapan berjari lima yang lebih pendek (termasuk kuku embun pada tapak kaki).[11] Arnab
mempunyai kaki belakang yang besar dan kuat. Tapak kakinya berbulu supaya mudah mencengkam tanah ketika berlari, apatah lagi dilengkapi
kuku yang kuat di kesemua jari kakinya.

Arnab juga terkenal dengan telinga yang panjang dan boleh digerakkan, serta deria pendengaran yang hebat sekali. Matanya besar dan
penglihatannya bagus pada waktu malam, mencerminkan kehidupan arnab liar sebagai haiwan nokturnal (berjaga malam) atau krepuskul
(berjaga senja).[12] Telinga arnab yang sepanjang 10 cm (4 in) atau lebih, mungkin merupakan kesan adaptasi untuk mengesan pemangsa.

Arnab mempunyai dua peranggu gigi acip, iaitu satu di depan dan satu lagi di belakang. Oleh yang demikianlah arnab sebenarnya tidak tergolong
dalam rodensia.[13] Carl Linnaeus pernah menggolongkan arnab dan rodensia dalam kelas Glires; tetapi mereka berdua kemudian diasingkan
kerana ramai sekali yang berpendapat bahawa keserupaan sesama mereka adalah hasil evolusi tumpuan. Akan tetapi, analisa DNA terkini serta
penemuan leluhur sepunya telah menyokong hujah bahawa arnab dan rodensia sama keturunan, oleh itu kedua-duanya sekali dianggap tergolong
dalam satu superkelas iaitu Glires.[14]

Arnab merupakan haiwan pencerna usus belakang, yakni kebanyakan proses pencernaan arnab berlaku di dalam usus besar dan usus buntunya.
Dalam tubuh arnab, sekum adalah 10 kali besar perut. Sekum dan usus besar membentuk kira-kira 40% saluran pencernaan arnab.[15] Perototan
sekum yang unik ini membolehkan salur ususnya menapis bahan berserabut daripada bahan yang lebih mudah dicernakan; bahan berserabut itu
dikumuhkan dalam bentuk tinju, manakala bahan yang lebih berkhasiat itu dibubuh dalam lapis mukus dalam bentuk sekotrop (tinja malam).

https://ms.wikipedia.org/wiki/Arnab 1/8
1/17/24, 2:47 PM Arnab - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
Sekotrop ini kaya dengan zat galian, vitamin dan protein yang diperlukan untuk kesihatan arnab. Arnab memakan bahan kumuh ini untuk
memenuhi keperluan khasiatnya; lapisan mukus membolehkan khasiatnya melalui perut yang berasid untuk dicernakan dalam usus. Proses ini
membolehkan arnab menyarikan khasiat-khasiat yang diperlukan dari makanannya.[16]

Arnab merupakan haiwan mangsa, oleh itu ia sentiasa peka terhadap persekitarannya. Jika berdepan dengan kemungkinan ancaman, arnab
berhenti bergerak dan memperhatikan sekitarnya, kemudian mengingatkan arnab-arnab lain dalam sarang dengan berdetap-detup sekuat-
kuatnya di atas tanah. Arnab mempunyai medan penglihatan yang sangat luas, cukup berguna untuk mengimbas persekitaran di atas
kepalanya.[17] Arnab terlepas dari pemangsa dengan menggali tanah, meloncat pergi secara gerak siku keluang, dan memberikan sepakan yang
kuat dengan kaki belakang sekiranya ditangkap. Gigi yang kuat juga membolehkan arnab menggigit musuh untuk melepaskan diri daripada
pergelutan.[18]

Evolusi

Spesies arnab tertua yang dikenal pasti setakat ini berasal dari akhir zaman Eosen, ketika famili arnab ini sudah berada di Amerika Utara dan
Asia. Sepanjang perjalanan evolusinya, kelompok ini semakin menyesuaikan diri dengan kehidupan berlari dan meloncat dengan pantas.
Misalnya, Palaeolagus, spesies arnab pupus dari epok Oligosen di Amerika Utara, mempunyai kaki belakang yang lebih pendek daripada arnab
zaman sekarang (menandakan bahawa ia mungkin lebih pandai berlari daripada meloncat) tetapi selain itu sama sifatnya dengan arnab modn[19].

Biologi dan tabiat

Pembiakan

Arnab mempunyai kadar pembiakan yang besar sekali. Musim membiak bagi kebanyakan arnab adalah 9
bulan, dari Februari hingga Oktober. Di Australia & New Zealand, musim membiak adalah dari akhir Julai
hingga akhir Januari. Tempoh kebuntingan biasanya adalah 30 hari, ataupun lebih lama lagi bagi arnab dalam
genus Lepus. Arnab biasanya boleh melahirkan 4 hingga 12 ekor anak, tetapi baka yang lebih besar mampu
melahirkan banyak lagi arnab. Seekor anak arnab boleh bercerai susu sebaik mencecah umur 4 hingga 5
minggu. Ertinya, dalam satu musim, seekor ibu arnab boleh melahirkan sebanyak 800 anak, cucu dan cicit.
Arnab betina sedia membiak pada usia sekitar enam bulan, dan arnab jantan pula sekitar tujuh bulan. Arnab
mengambil masa yang sangat singkat untuk pikat-memikat dan mengawan, iaitu selama 30 hingga 40 saat.
Seperinduk anak arnab
Kelakuan arnab ketika pikat-memikat melibatkan jilat-menjilat, hidu-menghidu, dan si jantan mengejar si
betina. Arnab juga sering menyembur kencing sebagai kelakuan seksual. Arnab betina mungkin keguguran
bulu bergumpal-gumpal sewaktu tempoh hamil.

Proses penghasilan ovum bermula 10 jam selepas mengawan. Selepas mengawan, arnab betina membuat dan
mengalas sarangnya dengan bulu dari gelambir, rusuk dan perutnya. Kelakuan ini juga mendedahkan puting
arnab betina untuk membolehkannya menetek anak-anaknya. Dalam kebanyakan spesies, anak arnab lahir
buta, dogel, dan tidak berupaya (kecuali spesies-spesies dalam genus Lepus dan Sylvilagus yang anaknya
sudah berbulu, boleh membuka mata dan mampu menjaga diri sebaik sahaja dilahirkan). Keimunan pasif
(keimunan yang diperoleh melalui pemindahan antibodi atau limfosit peka daripada haiwan lain) diperoleh
oleh anak arnab sebelum lahir melalui pemindahan plasenta. 10 atau 11 hari selepas lahir, anak arnab boleh
Anak arnab dalam sarang
membuka mata, kemudian ia boleh makan sendiri sekitar usia 14 hari.

Walaupun dogel ketika lahir, namun bulu anak arnab mula tumbuh dalam masa beberapa hari sahaja. Pada
umur 5 hingga 6 minggu, bulu anak arnab yang lembut ini diganti dengan bulu pra-dewasa. Sekitar umur 6 hingga 8 bulan, bulu pertengahan ini
diganti pula dengan bulu dewasa sepenuhnya, selepas itu arnab bersalin bulu dua kali setahun. Oleh sebab susu arnab sangat berkhasiat, anak
arnab hanya perlu ditetek selama beberapa minit, sekali atau dua kali sehari.[20]

Jangka hayat arnab adalah kira-kira 9–12 tahun;[21][22] arnab yang paling panjang usia di dunia mencapai 18 tahun.[23]

Pemakanan

Hampir semua arnab merupakan haiwan maun (kecuali beberapa spesies Lepus),[24][25], yang gemar meragut rumput, herba, dan rumpai
berdaun, tetapi juga memakan buah-buahan dan biji-bijian. Oleh itu, diet arnab mengandungi jumlah selulosa yang banyak dan sukar
dicernakan. Masalah ini diselesaikan dengan mengumuhkan dua jenis tinja yang berbeza, iaitu tahi keras dan biji-biji hitam lembut likat yang
dimakan segera. Arnab memakan semula bahan buangannya sendiri (tidak mengunyah mamahan seperti yang dilakukan oleh lembu dan haiwan
maun yang lain) untuk mencernakan lagi makanannya serta memperoleh khasiat yang mencukupi.[26]

Sama seperti rodensia (tikus dan sebagainya), arnab mempunyai sepasang gigi acip depan yang kuat, tetapi juga dilengkapi sepasang lagi gigi acip
di kedua-dua belah gigi besar pada rahang atas, apatah lagi struktur giginya berbeza daripada gigi acip rodensia. Sama dengan rodensia juga,
arnab tiada gigi taring, tetapi pipinya lebih berisi daripada rodensia. Rumus kegigian kebanyakan spesies arnab ialah

Arnab meragut dengan sekuat-kuat dan secepat-cepatnya pada separuh jam pertama waktu meragut (biasanya pada lewat petang), diikuti
pemakanan yang lebih berpilih pada separuh jam seterusnya. Pada waktu ini, arnab juga mengumuhkan biji-biji tahi yang keras dan tidak
dimakan semula. Jika persekitarannya tidak begitu mengancam, arnab boleh berada di luar sarang berjam-jam lamanya, dan sekali-sekala
meragut makanan. Ketika di luar sarang, adakalanya arnab memakan semula biji-biji kumuhan lembut yang separa tercerna. Kelakuan ini jarang
dapat diperhatikan kerana biji-biji tersebut dimakan semula sebaik sahaja dikumuhkan. Pemakanan semula ini paling biasa berlaku sekejap-
sekejap dalam sarang dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Bijian keras terbentuk daripada cebisan kulit ari dan tangkai tumbuhan yang seakan rumput kering, iaitu hasil buangan akhir selepas bijian
lembut dimakan semula. Tahi keras ini hanya dikumuhkan di luar sarang dan tidak dimakan balik. Tahi lembut biasanya dihasilkan beberapa jam
selepas meragut rumput, iaitu selepas semua tahi keras dikumuhkan. Tahi lembut ini terdiri daripada mikro-organisma dan dinding sel
tumbuhan yang tak tercerna.

Bahan tumbuhan yang terkunyah berkumpul dalam sekum besar, sebuah kebuk sekunder di antara usus besar dan kecil yang berisi sejumlah
besar bakteria simbiosis yang membantu pencernaan selulosa serta menghasilkan vitamin B tertentu. Biji tahi ini terdiri daripada 56% bakteria
pada berat kering, dan oleh itu mengandungi purata 24.4% protein. Biji-biji ini kekal utuh selama enam jam dalam perut, sementara bakteria
https://ms.wikipedia.org/wiki/Arnab 2/8
1/17/24, 2:47 PM Arnab - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
dalamnya terus mencernakan karbohidrat tumbuhan. Tahi lembut terbentuk di sini dan mengandungi vitamin yang sebanyak lima kali ganda
dalam tahi keras. Selepas dibuang, tahi lembut itu dimakan bulat-bulat oleh arnab dan dicernakan semula di dalam perut. Proses pencernaan
berganda ini membolehkan arnab menggunakan khasiat yang mungkin terlepas olehnya ketika mula-mula melalui usus, dan juga khasiat-khasiat
yang terbentuk daripada kegiatan mikrob untuk memastikan supaya arnab memperoleh khasiat yang secukupnya daripada pemakanannya.[10]
Proses bagi arnab ini sama tujuannya dengan peruminatan bagi lembu dan kambing.[27]

Arnab tidak boleh muntah kerana dilarang oleh fisiologi sistem pencernaannya.[28]

Hubungan dengan manusia


Rencana utama: Arnab bela jinak

Arnab sebagai haiwan belaan

Arnab juga terkenal sebagai haiwan belaan yang boleh tinggal dalam rumah. Arnab dalam rumah biasanya
dikurung dalam petak atau sangkar, ataupun diletakkan dalam tempat yang selamat untuk berkeliaran atau
bersenam, seperti ruang tamu. Arnab boleh dilatih untuk menggunakan kotak jerami (untuk membuang air)
ataupun menyambut panggilan orang. Arnab bela jinak yang tidak tinggal dalam rumah pula biasanya
ditempatkan dalam sangkar di luar rumah. Ada arnab belaan yang tinggal dalam sangkar di luar pada waktu
siang untuk mendapatkan udara segar dan cahaya matahari, kemudian dibawa masuk pada waktu malam.
Arnab dalam genus Lepus jarang sekali dijadikan haiwan belaan.

Tak kira di dalam atau di luar, kurungan arnab biasanya dimeriahkan dengan alat-alat seperti para, terowong,
bola, dan mainan. Arnab belaan juga diberikan ruang tambahan untuk bersenam, untuk meniru ruang terbuka Arnab Eropah (Oryctolagus
cuniculus)
yang direntasi oleh arnab liar. Petak bersenam juga digunakan sebagai tempat yang selamat untuk arnab
berkeliaran.

Makanan arnab belaan biasanya terdiri daripada rumput Timothy yang tak terhingga, sedikit makanan biji, dan sedikit sayur-sayuran segar.
Arnab memerlukan bekalan air segar yang bersih dan tak terbatas. Arnab ialah haiwan sosial yang boleh mencari teman dengan pelbagai jenis
haiwan, termasuk manusia, arnab lain, tikus belanda ataupun kucing dan anjing. Pertubuhan kebajikan haiwan seperti House Rabbit Society
mengesyorkan agar arnab tidak dijadikan haiwan belaan kanak-kanak kecil kerana kanak-kanak pada usia ini biasanya sukar berdiam diri,
bertenang dan berlemah-lembut ketika bersama arnab. Sebagai haiwan mangsa, arnab merupakan haiwan yang sentiasa berjaga-jaga dan mudah
terkejut. Tulang arnab rapuh sekali, khususnya di bahagian belakang, oleh itu arnab perlu didukung pada perut dan punggungnya apabila
diangkat. Kanak-kanak berusia tujuh tahun ke atas biasanya cukup matang untuk menjaga arnab.[29]

Arnab sebagai sumber makanan dan pakaian

Selain menjadi haiwan peliharaan, arnab juga diternak untuk daging sebagai makanan manusia, terutamanya
di Eropah, Amerika Utara dan Selatan, dan Timur Tengah. Daging arnab masih dijual dalam pasar dan kedai
daging di United Kingdom, tetapi bukan dalam pasar raya, sebaliknya lebih tertumpu di pasar tani dan juga
Borough Market yang terkenal di London, di mana bangkai arnab diperagakan di khalayak umum secara
tergantung bersama burung kuang dan haiwan buruan yang lain.[30] Daging arnab pernah dijual secara besar-
besaran di Sydney, Australia, tetapi kini sudah berkurangan ekoran penyakit miksomatosis yang
diperkenalkan di negara itu untuk cuba menghapuskan populasi arnab buas.

Daging arnab diperoleh dengan memburu atau menternak. Jerat dan senjata berapi digunakan untuk
menangkap arnab liar untuk dimakan. Di merata tempat, arnab juga diternak untuk dagingnya, kemudian Daging arnab di pasaran
disembelih dengan menghentak belakang kepalanya. Daging arnab merupakan sumber protein yang bermutu
tinggi[31], dan boleh digunakan dalam sebanyak cara yang boleh seperti daging ayam. Sebenarnya, seorang
tukang masak terkenal, Mark Bittman berkata bahawa daging arnab ternak sama rasanya dengan ayam kerana
kedua-dua dagingnya ibarat palet kosong yang boleh dilapisi dengan mana-mana perisa yang disukai.[32]
Daging arnab lebih pejal daripada daging lembu, babi dan ayam.

Penggunaan arnab sebagai sumber makanan berdaging dibelenggui beberapa masalah, antaranya termasuk:
tularemia (“demam arnab”)[33], dan juga “kebuluran arnab” yang mungkin sekali disebabkan oleh kekurangan
asid lemak penting dalam daging arnab. Arnab juga menjadi makanan kegemaran ular sawa besar, seperti ular
sawa Burma dan ular sawa rendam, baik di alam liar mahupun dalam kurungan.
Pedati kayu lama yang ditimbuni
kulit arnab, di New South Wales,
Pemakanan arnab adalah terlarang dalam agama Yahudi kerana meskipun mengunyah mamahannya, namun
Australia
kukunya tidak berbelah, seperti yang ditetapkan oleh kitab Imamat[34] dan kitab Ulangan[35] dalam Alkitab
Ibrani.

Bulu arnab adakalanya digunakan untuk membuat pakaian dan perhiasan diri, seperti skaf dan topi. Arnab Angora diternak untuk bulunya yang
panjang dan halus dan boleh dicukur seperti bulu biri-biri. Arnab juga bagus untuk menghasilkan tahi dan kencing yang penuh dengan nitrogen,
untuk meningkatkan daya pengeluaran pokok lemon. Susu arnab juga memberikan faedah perubatan dan khasiat kerana kekayaan kandungan
proteinnya.[36]

Masalah alam sekitar

Arnab menjadi punca masalah alam sekitar apabila dilepaskan ke alam liar oleh manusia. Disebabkan kekuatan selera dan kadar pembiakannya,
penjarahan arnab liar mendatangkan masalah kepada para petani. Pelbagai cara telah digunakan untuk membendung populasi arnab, seperti
menyembur gas, membina pagar, menembak, menjerat, dan membela feret sebagai pemangsa, namun cara-cara yang paling berkesan ialah
penciptaan penyakit miksomatosis dan kalisivirus. Di Eropah, di mana arnab diternak secara besar-besaran, arnab dilindungi daripada ancaman
miksomatosis dan kalisivirus dengan sejenis virus terubah suai secara genetik yang dibangunkan di Sepanyol.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Arnab 3/8
1/17/24, 2:47 PM Arnab - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
Di Australia dan New Zealand, arnab dipandang sebagai haiwan perosak sehingga tuan tanah diwajibkan oleh
undang-undang untuk mengawalnya.[37][38]

Arnab dalam kebudayaan dan kesusasteraan


Oleh sebab kebolehannya banyak beranak, arnab dilihat sebagai lambang kesuburan atau kelahiran semula, dan
sekian lama dikaitkan dengan musim bunga dan perayaan Easter (seperti Arnab Easter). Peranan spesies arnab
sebagai haiwan mangsa juga menjadikan arnab sebagai lambang kemurnian hati.
Arnab Eropah yang diserang
penyakit miksomatosis di
Shropshire, England.
Budaya rakyat dan mitos

Dalam budaya rakyat, arnab sering dijadikan watak penipu yang menggunakan kelicikan untuk mengatasi
musuhnya.

Dalam mitologi Aztek, satu dewata 400 dewa-dewi arnab yang bernama Centzon Totochtin, diketuai oleh
Ometochtli atau Dwi-Arnab, melambangkan kesuburan, keraian, dan kemabukan.
Dalam mitologi Cina, seekor ‘arnab jed’ mengiringi dewi Chang'e di Bulan. Arnab juga ialah satu daripada dua
belas bintang dalam zodiak Cina. Harus diambil perhatian bahawa versi Vietnam bagi zodiak Cina
menggantikan arnab dengan kucing, kerana arnab bukan haiwan asli di Vietnam.
Kaki arnab dibawa sebagai azimat yang dipercayai membawa tuah. Amalan ini terdapat di merata dunia, Apabila dibawa masuk ke tempat
semenjak seawal-awal tahun 600 SM di Eropah.[39] baru, arnab boleh membiak
Dalam mitologi Jepun, arnab tinggal di Bulan untuk membuat pulut mochi. Ini berasal dari corak tompok- secara berlebihan sehingga
tompok gelap pada permukaan bulan yang menyerupai arnab yang berdiri berjengket-jengket sambil mengacau ketenteraman
menumbuk lesung. Mitos Korea ada cerita yang seumpama ini, cuma arnab di bulan membuat kuih tteok. manusia, seperti di kampus
universiti ini.

Arnab cereka

Perwatakan arnab sebagai tukang helah menonjol dalam budaya popular Amerika; misalnya watak Br'er Rabbit dalam cerita rakyat kaum
Amerika Afrika; tidak lupa juga watak kartun kesukaan ramai, Bugs Bunny ciptaan Warner Bros. Arnab yang bersifat manusia turut muncul
dalam filem, bahan sastera dan teknologi, khususnya watak Arnab Putih (White Rabbit) dan March Hare dalam Alice's Adventures in
Wonderland oleh Lewis Carroll; tidak lupa juga siri Peter Rabbit oleh Beatrix Potter.

Pengelasan
Arnab pernah digolongkan dalam order Rodentia sehingga tahun 1912, kemudian dialihkan ke order baru
Lagomorpha bersama pika.

Order Lagomorpha

Famili Leporidae
Genus Pentalagus
Arnab Amami/Ryūkyū, Pentalagus furnessi
Genus Bunolagus
Arnab Bushman, Bunolagus monticularis
Genus Nesolagus
Arnab Belang Sumatera, Nesolagus netscheri
Arnab Belang Annam, Nesolagus timminsi Arnab Ekor Kapas Timur (Sylvilagus
floridanus)
Genus Romerolagus
Arnab Gunung Berapi, Romerolagus diazi
Genus Brachylagus
Arnab Kerdil, Brachylagus idahoensis
Genus Sylvilagus

Subgenus Tapeti

Arnab Paya, Sylvilagus aquaticus


Tapeti, Sylvilagus brasiliensis
Arnab Ekor Kapas Dice, Sylvilagus dicei
Arnab Ekor Kapas Omilteme, Sylvilagus insonus
Arnab Rawang, Sylvilagus palustris
Arnab Tanah Pamah Venezuela, Sylvilagus varynaensis

Subgenus Sylvilagus

Arnab Ekor Kapas Gurun, Sylvilagus audubonii


Arnab Ekor Kapas Gunung Manzano, Sylvilagus cognatus
Arnab Ekor Kapas Mexico, Sylvilagus cunicularis
Arnab Ekor Kapas Timur, Sylvilagus floridanus
Arnab Tres Marias, Sylvilagus graysoni
Arnab Ekor Kapas Gunung, Sylvilagus nuttallii
Arnab Ekor Kapas Appalachian, Sylvilagus obscurus

https://ms.wikipedia.org/wiki/Arnab 4/8
1/17/24, 2:47 PM Arnab - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
Arnab Pergunungan Davis, Sylvilagus robustus
Arnab Ekor Kapas New England, Sylvilagus transitionalis

Subgenus Microlagus

Arnab Ekor Kembang, Sylvilagus bachmani


Arnab Ekor Kembang San Jose, Sylvilagus mansuetus
Genus Oryctolagus
Arnab Eropah, Oryctolagus cuniculus
Genus Poelagus
Arnab Bunyoro, Poelagus marjorita
Genus Pronolagus
Arnab Batu Merah Natal, Pronolagus crassicaudatus
Arnab Batu Merah Jameson, Pronolagus randensis
Arnab Batu Merah Smith, Pronolagus rupestris
Genus Caprolagus
Arnab Assam, Caprolagus hispidus
Genus Lepus

Subgenus Macrotolagus

Arnab Jack Antelop, Lepus alleni

Subgenus Poecilolagus

Kelinci Kasut Salji, Lepus americanus

Subgenus Lepus

Kelinci Artik, Lepus arcticus


Kelinci Alaska, Lepus othus
Kelinci Gunung, Lepus timidus

Subgenus Proeulagus

Arnab Jack Berekor Hitam, Lepus californicus


Arnab Jack Bertepi Putih, Lepus callotis
Kelinci Tanjung, Lepus capensis
Arnab Jack Tehuantepec, Lepus flavigularis
Arnab Jack Hitam, Lepus insularis
Kelinci Belukar, Lepus saxatilis
Kelinci Gurun, Lepus tibetanus
Kelinci Tolai, Lepus tolai

Subgenus Eulagos

Kelinci Castroviejo, Lepus castroviejoi


Kelinci Yunnan, Lepus comus
Kelinci Korea, Lepus coreanus
Kelinci Corsica, Lepus corsicanus
Kelinci Eropah, Lepus europaeus
Kelinci Granada, Lepus granatensis
Kelinci Manchuria, Lepus mandschuricus
Kelinci Berbulu, Lepus oiostolus
Kelinci Tanah Tinggi Habsyah, Lepus starcki
Arnab Jack Berekor Putih, Lepus townsendii

Subgenus Sabanalagus

Kelinci Habsyah, Lepus fagani


Kelinci Savana Afrika, Lepus microtis

Subgenus Indolagus

Kelinci Hainan, Lepus hainanus


Kelinci India, Lepus nigricollis
Kelinci Burma, Lepus peguensis

Subgenus Sinolagus

Kelinci Cina Selatan, Lepus sinensis

Subgenus Tarimolagus

Kelinci Yarkand, Lepus yarkandensis

https://ms.wikipedia.org/wiki/Arnab 5/8
1/17/24, 2:47 PM Arnab - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
Subgenus incertae sedis

Kelinci Jepun, Lepus brachyurus


Kelinci Abisinia, Lepus habessinicus

Lihat juga
Arnab kerdil

https://ms.wikipedia.org/wiki/Arnab 6/8
1/17/24, 2:47 PM Arnab - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
Jackalope

Rujukan
19. Savage, RJG, & Long, MR (1986). Mammal Evolution: an illustrated
1. "arnab" (http://wold.clld.org/word/7126183983972958). World guide. New York: Facts on File. m/s. 128–129. ISBN 0-8160-1194-X.
Loanword Database (WOLD). Max Planck Digital Library. Dicapai
pada 10 Oktober 2017. 20. "Rabbit Pictures & Facts: Diet, Digestive Tract, and Reproduction" (h
ttp://fohn.net/rabbit-pictures-facts/rabbit-diet-digestive-tract-reproduc
2. "kelinci" (http://wold.clld.org/word/71261839112214375). World tion.html). Fohn.net. Dicapai pada 2010-08-30.
Loanword Database (WOLD). Max Planck Digital Library. Dicapai
pada 10 Oktober 2017. 21. Animal Lifespans (https://web.archive.org/web/20060427184844/htt
p://www.tesarta.com/www/resources/library/lifespans.html) from
3. M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Tesarta Online (Internet Archive)
Sijs, penyunting (2009). "konijn" (https://www.etymologiebank.nl/tref
woord/konijn). Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. 22. The Life Span of Animals (http://www.sonic.net/~petdoc/lifespan.ht
Amsterdam – melalui EtymologieBank. m) from Dr Bob's All Creatures Site
4. Wilkinson, Richard James (1901). A Malay-English dictionary (http 23. "What's the lifespan of a rabbit?" (https://www.rabbit.org/fun/life-spa
s://archive.org/details/aeg2034.0001.001.umich.edu/page/544/mod n.html). House Rabbit Society. Dicapai pada 2010-09-27.
e/2up?q=rabbit). Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 545. 24. Best, Troy L.; Henry, Travis Hill (1994). "Lepus arcticus" (http://jstor.
Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam org/stable/3504088). Mammalian Species (457). American Society
domain awam. of Mammalogists (diterbitkan June 2, 1994). m/s. 1–9.
5. Robert, Blust (2002). "The History of Faunal Terms in Austronesian doi:10.2307/3504088 (https://doi.org/10.2307%2F3504088).
Languages" (https://www.jstor.org/stable/3623329). Oceanic OCLC 46381503 (https://www.worldcat.org/oclc/46381503).
Linguistics. Universiti Hawai'i. 41 (1): 89–139. doi:10.2307/3623329 25. "Snowshoe Hare" (http://www.enature.com/fieldguides/detail.asp?cu
(https://doi.org/10.2307%2F3623329). rFamilyID=556&curGroupID=5&lgfromWhere=&curPageNum=2)
6. Blust, Robert (1995). "The Prehistory of the Austronesian-Speaking (HTML). eNature: FieldGuides. eNature.com. 2007. Dicapai pada
Peoples: A View from Language" (https://www.jstor.org/stable/25801 2008-03-23.
085). Journal of World Prehistory. 9 (4): 453–510. ISSN 0892-7537 26. "Information for Rabbit Owners - Oak Tree Veterinary Centre" (http
(https://www.worldcat.org/issn/0892-7537). "Among the indigenous s://web.archive.org/web/20120623015452/http://www.oaktreevet.co.
fauna were...the Formosan hare (Lepus sinensis formosus, uk/Pages/leaflets/rabbit%20general.htm). Oaktreevet.co.uk.
Thomas)..." Diarkibkan daripada yang asal (http://www.oaktreevet.co.uk/Pages/l
7. Smith, A.T.; Johnston, C.H. (2019). "Lepus sinensis" (https://www.iuc eaflets/rabbit%20general.htm) pada 2012-06-23. Dicapai pada
nredlist.org/species/41286/45189035). Senarai Merah Spesies 2010-08-30.
Terancam IUCN. 2019: e.T41286A45189035. 27. The Private Life of the Rabbit, R. M. Lockley, 1964. Chapter 10.
doi:10.2305/IUCN.UK.2019-1.RLTS.T41286A45189035.en (https://d 28. "True or False? Rabbits are physically incapable of vomiting.
oi.org/10.2305%2FIUCN.UK.2019-1.RLTS.T41286A45189035.en). (Answer to Pop Quiz)" (https://www.rabbit.org/fun/answer11.html).
8. Meijaard E & Sugardjito J (2008). Nesolagus netscheri (http://www.i 29. "Children and Rabbits" (https://www.rabbit.org/faq/sections/children.
ucnredlist.org/details/14662). Senarai Merah Spesies Terancam html). Rabbit.org. Dicapai pada 2010-08-30.
IUCN 2008. IUCN 2008. Dicapai pada 2009-01-22. Listed as 30. Furness Fish & Game (http://www.boroughmarket.org.uk/page/3012/
Vulnerable B1ab(i,ii,iii,iv,v) ver 3.1 Meat?name=F), Borough Market. Dicapai pada 17 Januari 2011.
9. "Rabbit Habitats" (https://web.archive.org/web/20090804053012/htt 31. "Rabbit: From Farm to Table" (https://web.archive.org/web/2008070
p://courses.ttu.edu/thomas/classpet/1998/rabbit1/new_page_2.htm). 5212650/http://www.fsis.usda.gov/Factsheets/Rabbit_from_Farm_to
Diarkibkan daripada yang asal (http://courses.ttu.edu/thomas/classp _Table/index.asp). Diarkibkan daripada yang asal (https://www.fsis.u
et/1998/rabbit1/new_page_2.htm) pada 2009-08-04. Dicapai pada sda.gov/Factsheets/Rabbit_from_Farm_to_Table/index.asp) pada
2009-07-07. 2008-07-05. Dicapai pada 2010-12-06.
10. "rabbit". Encyclopædia Britannica (ed. Standard Edition). Chicago: 32. "How to Cook Everything :: Braised Rabbit with Olives" (http://www.h
Encyclopædia Britannica, Inc. 2007. |edition= has extra text owtocookeverything.tv/htce/TakeOnTheRecipes/detail/recipeId-24.ht
(bantuan) ml). 2008. Diarkibkan (https://web.archive.org/web/2008051713420
11. "Rabbits: Rabbit feet" (https://web.archive.org/web/2009030415450 8/http://www.howtocookeverything.tv/htce/TakeOnTheRecipes/detai
1/http://en.allexperts.com/q/Rabbits-703/rabbit-feet-1.htm). l/recipeId-24.html) daripada yang asal pada 2008-05-17. Dicapai
Diarkibkan daripada yang asal (http://en.allexperts.com/q/Rabbits-7 pada 2008-07-17.
03/rabbit-feet-1.htm) pada 2009-03-04. Dicapai pada 2010-07-13. 33. "Tularemia (Rabbit fever)" (http://health.utah.gov/epi/fact_sheets/tula
12. Chapman, J. & Schneider, E. (1984). Macdonald, D. (penyunting). rem.html). Health.utah.gov. 2003-06-16. Dicapai pada 2010-08-30.
The Encyclopedia of Mammals. New York: Facts on File. m/s. 714– 34. Imamat 11:6 (http://bibledbdata.org/onlinebibles/indonesian_tb/03_0
719. ISBN 0-87196-871-1. 11.htm), Alkitab.
13. Brown, Louise (2001). How to Care for Your Rabbit. Kingdom 35. Ulangan 14:7 (http://bibledbdata.org/onlinebibles/indonesian_bis/05
Books. m/s. 6. ISBN 9781852791674. _014.htm), Alkitab.
14. Ferrets, Rabbits, and Rodents: Clinical Medicine and Surgery 36. Houdebine, Louis-Marie; Fan, Jianglin (1 June 2009). Rabbit
15. "Feeding the Pet Rabbit" Biotechnology: Rabbit Genomics, Transgenesis, Cloning and
16. Dr. Byron de la Navarre's "Care of Rabbits" Susan A. Brown, DVM's Models (http://books.google.com/books?id=AYCC8FLbX2wC&pg=P
"Overview of Common Rabbit Diseases: Diseases Related to Diet" A69). シュプリンガー・ジャパン株式会社. m/s. 68–72.
17. Sharon L. Crowell Davis, Behavior of Exotic Pets (http://books.googl ISBN 9789048122264. Dicapai pada 8 October 2010.
e.com/books?id=kPFW95tjKpQC&lpg=PA75&dq=rabbit%20exotic% 37. "Feral animals in Australia - Invasive species" (http://www.environme
20behavior%20teeth&pg=PA69#v=onepage&q=rabbit%20teeth&f=f nt.gov.au/biodiversity/invasive/ferals/index.html).
alse). Wiley Blackwell, 2010, m/s. 70 Environment.gov.au. 2010-02-01. Dicapai pada 2010-08-30.
18. Susan E. Davis and Margo DeMello, Stories Rabbits Tell: A Natural 38. "Rabbits - The role of government - Te Ara Encyclopedia of New
And Cultural History of A Misunderstood Creature (http://books.goog Zealand" (https://www.teara.govt.nz/en/rabbits/7). Teara.govt.nz.
le.com/books?id=ZCS5yfJ7NAEC&lpg=PA28&dq=rabbit%20%20tee 2009-03-01. Dicapai pada 2010-08-30.
th&pg=PA28#v=onepage&q=rabbit%20%20teeth&f=false). Lantern
39. Ellis, Bill: Lucifer Ascending: The Occult in Folklore and Popular
Books, 2003, m/s. 27.
Culture (University of Kentucky, 2004) ISBN 0-8131-2289-9

Bacaan lanjut
Windling, Terri. The Symbolism of Rabbits and Hares (http://www.endicott-studio.com/rdrm/rrRabbits.html)

Pautan luar
Jabatan Perkhidmatan Veterinar: Arnab Pedaging (http://www.dvs.gov.my/web/guest/arnab_pedaging) Wikimedia Commons
Diarkibkan (https://web.archive.org/web/20110314055835/http://www.dvs.gov.my/web/guest/arnab_pedagi mempunyai media

https://ms.wikipedia.org/wiki/Arnab 7/8
1/17/24, 2:47 PM Arnab - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
ng) 2011-03-14 di Wayback Machine, laman sesawang khusus untuk penggiat arnab daging komersil oleh berkaitan Arnab (https://
Kementerian Kesihatan Malaysia commons.wikimedia.or
(Inggeris) American Rabbit Breeders Association (http://www.arba.net/), sebuah pertubuhan yang g/wiki/Category:Rabbit
memupuk segala cara pembelaan arnab) s?uselang=ms)
(Inggeris) House Rabbit Society (https://www.rabbit.org/), pertubuhan aktivis yang memupuk
pembelaan arnab dalam rumah) Buku resipi Wikibuku mempunyai
(Inggeris) The Language of Lagomorphs (http://language.rabbitspeak.com/), maklumat resipi
pemahaman bahasa gerak-geri arnab) Arnab
(Inggeris) World Rabbit Science Association (http://world-rabbit-science.org/), sebuah
pertubuhan sains kesihatan arnab antarabangsa

l · b · s (https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Templat:Lagomorpha&action=edit) Spesies Lagomorpha yang maujud [Buka]

Perancis (https://catalogue.bnf.fr/ark:/12148/cb119713669) (data) (https://data.bnf.fr/ark:/12148/cb119713669) ·


Jerman (https://d-nb.info/gnd/4029486-9) ·
Kawalan kewibawaan: Perpustakaan negara Israel (http://uli.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=NLX10&find_code=UID&request=987007555692105171) ·
Amerika Syarikat (https://id.loc.gov/authorities/subjects/sh85110203) ·
Republik Czech (https://aleph.nkp.cz/F/?func=find-c&local_base=aut&ccl_term=ica=ph121991&CON_LNG=ENG)

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Arnab&oldid=5992084"

https://ms.wikipedia.org/wiki/Arnab 8/8

You might also like