You are on page 1of 7

Flora dan Fauna Di Malaysia

Malaysia merupakan salah sebuah daripada dua belas negara di dunia yang
dikenali sebagai pusat megadiversiti flora dan fauna berdasarkan kekayaan dan
kepelbagaian sumber asli. Flora dan fauna memberikan sumbangan yang besar
terhadap nilai kepelbagaian yang tinggi ini. Kepelbagaian tumbuhan di negara ini
adalah dianggarkan sebanyak 15,000 spesies tumbuhan bervaskular peringkat
tinggi. Bagi kepelbagaian hidupan liar pula, Malaysia mempunyai kira-kira 286
spesies mamalia, lebih daripada 150,000 spesies invertebrata, 1,000 spesies kupu-
kupu dan 12,000 spesies rama-rama dan lebih daripada 4,000 spesies ikan laut.
Selain dari tumbuhan bervaskular peringkat tinggi, kesemua bilangan ini
hanya merupakan anggaran kasar sahaja kerana sehingga kini masih tiada
maklumat terperinci bagi sebilangan besar spesies yang terdapat di Malaysia.
Kumpulan flora yang amat kekurangan maklumat tentang kepelbagaiannya
adalah tumbuhan peringkat rendah seperti kulat, briofit, liken dan alga. Bagi
kumpulan fauna pula,julat kepelbagaian serangga dan herpetofauna adalah tidak
diketahui. sebahagian besar daripada maklumat yang ada sehingga kini adalah
tertumpu kepada Semenanjung Malaysia. Di Sabah dan Sarawak pula, terdapat
banyak sumber maklumat yang dapat menerangkan tentang fauna seperti
serangga dan herpetofauna.
Malaysia mempunyai kekayaan flora yang beraneka serta pelbagai jenis.
Sesejenis pokok biasanya tidak terhad kepada sesuatu kawasan kecil sahaja.
Tumbuhan ini tidak mengenal sempadan atau kawasan sesebuah negara. Oleh
kerana ini, tumbuhan yang wujud di Malaysia boleh didapati juga di kawasan
jirannya iaitu Negara Thai Selatan, Indonesia dan Singapura.
Untuk mengekalkan dan menamakan tumbuhan flora ini, pengetahuan
tentang ciri-ciri luar bahagian-bahagian pokok tersebut perlu di ketahui. Semua
tumbuhan boleh dibahagikan kepada dua kumpulan besar. Satu kumpulan adalah
pokok-pokok berbunga seperti rumput ,orkid, lantana dan keembong. Kumpulan
kedua adalah tumbuhan tidak berbunga seperti pokok paku-pakis, lumut dan
kulat.
Menurut Kamus Dewan,
Flora bermaksud(Bio)keseluruhan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sesuatu
daerah atau pada sesuatu masa.
Manakala Fauna bermaksud(Bio) seluruh binatang yang hidup di sesuatu daerah
tertentu. Kepupusan pula ditakrifkan sebagai habis semua sekali, hilang lenyap,
binasa semuanya, punah.

Flora
Dalam botani, flora mempunyai dua maksud. Maksud pertama merujuk kepada
"semua tumbuhan yang hidup di dalam sesuatu kawasan atau zaman", khususnya
tumbuhan yang asli. Maksud kedua merujuk kepada "buku atau karya" yang
memerihalkan spesies tumbuhan yang terdapat di dalam sesuatu kawasan atau
zaman bagi tujuan pengenalpastian. Sesetengah flora klasik dan moden
disenaraikan di bawah.
Istilah "flora" berasal daripada bahasa Latin, Flora, yang merupakan dewi untuk
bunga dalam mitologi Rom. Istilah padanan untuk haiwan ialah fauna. Flora, fauna
dan bentuk hidupan lain seperti kulat dirujuk bersama sebagai biota. Semua flora
dan fauna di dalam sesuatu kawasan dirujuk bersama sebagai biota.

Flora di Malaysia
Bunga pakma
Bunga Pakma atau Rafflesia merupakan genus sejenis tumbuhan berbunga
dengan bunga yang besar, dan bunga Pakma spesies Rafflesia arnoldii merupakan
yang terbesar di dunia dengan saiz 91 cm (3 kaki) diameter, 1.9 cm (3/4 inci) tebal
dengan berat 7 kilogram (15 lbs). Bunga Pakma yang pertama telah direkodkan
oleh Sir Stamford Raffles dan Dr Joseph Arnold pada tahun 1816. Bunga Pakma
spesies itu diberi nama Rafflesia arnoldii sempena nama mereka. Bunga Pakma itu
dijumpai di bandar Bengkulu (Bencoolen) di Sumatera. Bunga Pakma adalah
bunga rasmi negara Indonesia dan juga negeri Sabah di Malaysia.
Rafflesia ialah tumbuhan yang aneh. Pada hakikatnya, apabila ia sudah
kembang, ia mengeluarkan bau yang teramat busuk, dan tumbuhan ini juga agak
berat. Tidak seperti tumbuhan lain, rafflesia tidak mempunyai daun untuk
memproses karbon dioksida dan cahaya matahari bagi menghasilkan gula dan
oksigen.
Rafflesia juga tidak mempunyai akar untuk menyerap air dan mineral dari
tanah untuk diproses sebagai protein. Apa yang ada cumalah tisu-tisu yang
kelihatan seperti tiub-tiub halus yang panjang memasuki tumbuhan perumah. Ini
menunjukkan bahawa rafflesia adalah sejenis parasit di mana ia tidak perlu
manghasilkan nutrisinya sendiri. Ia hanya perlu menyerap nutrisi tersebut dari
perumahnya, di mana perumahnya juga adalah tumbuh-tumbuhan lain.
Pokok Bunga Anggerik
Taburan famili Orchidaceae
Bunga anggerik (bahasa Inggeris: Orchid, daripada Orchidaceae) ialah famili
terbesar pohon berbunga (Angiosperma). Anggerik merupakan bunga kebangsaan
bagi negara Singapura. Kini nama Inggeris digunakan secara meluas dengan ejaan
Orkid.
Taman Botani Diraja Kew menyenaraikan 880 genus dan hampir 22,000 spesies,
akan tetapi jumlah yang tepat tidak diketahui (mungkin sehingga 25,000)[3]
disebabkan pertikaian taksonomi.
Bunga anggerik merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sering di tanam
sebagai pokok hiasan. Tumbuhan berbunga mula muncul pada zaman Cretaceous.
Pokok berbunga pertama adalah angiosperma.

Pokok Periuk Kera


Periuk kera adalah tumbuhan karnivor yang hidup melata di sekitar Malaysia.
Pokok Periuk kera mempunyai nama sainsnya Nepenthes spp. .
Pokok Periuk Kera biasanya tumbuh di tanah berasid, tidak subur, kekurangan
nitrogen. Pokok Periuk Kera merupakan pokok maging yang memerangkap
serangga dalam periuknya untuk membekalkan sebahagian dari nitrogen yang
diperlukannya.
Nepenthes bermula sebagai pokok rosette dan matang sebagai pokok memanjat
bersulur paut (tendril climbers). Sesetengan sulur membentuk periuk berongga.
Spesies berlainan mempunyai periuk berbentuk dan bewarna yang berlainan.
Kebanyakan spesies tumbuh di atas tanah, sementara sesetengah merupakan
epifit (epiphytic).
Punca Kepupusan Hidupan Flora Dan Fauna Di Malaysia
1. Kemusnahan Dan Perubahan Habitat
Aktiviti pemusnahan manusia yang paling jelas ialah pembalakan dan penerokaan
kawasan baru untuk pembangunan. Aktiviti-aktiviti ini akan memusnahkan
sesuatu habitat dan spesies haiwan dalam sesuatu jangka masa tertentu.
Penerokaan kawasan-kawasan hutan boleh memusnah atau mengecilkan habitat
haiwan tertentu seperti harimau dan gajah yang memerlukan kawasan yang luas
untuk aktiviti-aktiviti hidup. Kawasan hutan yang kecil akan mengurangkan
kemampuan haiwan-haiwan ini mencari makanan dan juga mencari pasangan
untuk tujuan pembiakan. Kematiandan pengurangan bilangan adalah kesan
utama yang akan berlaku disebabkan masalah ini.
2. Pembakaran Hutan
Pembakaran hutan secara terbuka akan menyebabkan spesies-spesies flora dan
fauna terancam yang ada di kawasan tersebut akan musnah. Lebih menyedihkan,
kebakaran hutan yang besar dantidak dapat dikawal akan memusnahkan sesuatu
spesies haiwan selama-lamanya.
3. Pemburuan Haram
Pemburuan haram berlaku akibat permintaan tinggi daripada negara-negara
seperti Amerika Syarikat, Britian dan Eropah terhadap haiwan-haiwan eksotik
yang hanya terdapat di Malaysia.Dianggarkan hampir 200,000 spesies primat
dijual untuk tujuan penyelidikan setiap tahun sehingga menyebabkan beberapa
spesies haiwan tersebut hampir pupus kini.
4. Keperluan Barangan Berasaskan Haiwan
Pembunuhan terhadap harimau, memerang, paus, badak, dan gajah untuk tujuan
mendapatkan kulit, gading dan bahagian-bahagian lain yang dikatakan memberi
kekuatan kepada manusia terus berleluasa. Permintaan yang tinggi terutama
dalam bidang perubatan Cina menyebabkan Harimau Malaya kini hanya tinggal
jumlah yang sedikit sahaja.
5. Pencemaran Alam
Hidupan seperti ikan lumba-lumba dan paus pembunuh (killer whale)
semakin pupus disebabkan pencemaran air terutama disebabkan oleh tumpahan
minyak dan kegiatan manusia yang suka mengotorkan laut.

kemusnahan habitat

pembakaran hutan

pencemaran alam

You might also like