You are on page 1of 9

EKOSISTEM AIR TAWAR

EKOSISTEM AIR TAWAR


Ekosistem air tawar terbahagi kepada ekosistem tasik dan ekosistem sungai.

Ekosistem Tasik Tasik boleh ditakrifkan sebagai jasad air tawar separa tertutup yang dilingkungi oleh daratan. Air tasik adalah tidak bergerak atau dikatakan bertakung, maka tasik membentuk habitat lentik.

Ekosistem Sungai Sungai dikenali sebagai habitat lotik, iaitu prsekitaran air yang mengalir. Pergerakan air satu arah merupakan ciri sungai. Sungai menunjukkan variasi bermusim dari segi isipadu air, kadar pengaliran dan kadar hakisan. Variasi bermusim ini berkaitan rapat dengan kekerapan dan kelebatan hujan sesuatu kawasan. Pergerakan satu arah pada sungai juga menjadikan dasar dan tebing sungai tidak begitu stabil. Pada amnya, air sungai lebih keruh daripada tasik dan kandungan oksigennya lebih tinggi.

Taburan Organisma Di Persekitaran Akuatik Terdapat banyak pengelasan telah diutarakan untuk menerangkan tabuaran ruang organisma yang mendiami habitat akuatik. Berdasarkan pengelasan am yang digunakan secara meluas, tumbuhan dan haiwan akuatik boleh dibahagikan kepada enam kumpulan atau komuniti utama, iaitu plankton, nekton, bentos, perifiton, pleuston dan makrofit akuatik.

Plankton Planton adalah organisma yang biasanya bersaiz mikroskopik dan mempunyai daya pergerakan yang terhad dan membentuk komuniti. Ia terdapat di jasad air, sama ada di tasik, kolam, paya, lombong ataupun sungai, sebahagian besar organisma hidup secara terampai di air. Planton merupakan komponen yang penting di tasik yang mempunyai persekitaran yang berair tenang. Pergerakan air yang deras di sungai tidak membenarkan komuniti organisma seni ini berkembang dengan baik.

Nekton Nekton merupakan sekumpulan fauna atau dikenali sebagai haiwan, yang berenang bebas seperti ikan, kura-kura, katak dan ular. Haiwan-haiwan ini memunyai daya

pergerakan yang kuat dan taburannya tidak dipengaruhi oleh pergerakan air. Haiwan ini boleh menentukan sendiri kedudukannya di jasad air.

Betos Betos ialah kumpulan organisma yang mempunyai hubungan dengan dasar tanpa mengira sama ada organisma ini tumbuhan atau haiwan. Istilah ini digunakan untuk menerangkan hanya kumpulan haiwan yang hidup atau sekurang-kurangnya mempunyai pertalian rapat dengan substrat. Cacing oligoket, cacing nematod, turbelaria, moluska dan larva serangga merupakan fauna yang biasa membentuk komuniti betos.

Perifiton Perifiton merujuk kepada pertumbuhan mikroflora (alga dan bakteria) di atas substrat yang terendam. Bakteria dan alga yang membentuk lapisan berlendir di batu, kayu atau substrat lain yang terendam ini kadangkala dikenali dengan perkataan Jerman aufwuch.

Istilah Epipelik Epilitik Epifitik Epizoik Episamik

Huraian Flora yang hidup di atas sendimen Flora yang hidup di permukaan batu Flora yang hidup di permukaan tumbuhan akuatik Flora yang hidup di permukaan haiwan Flora yang hidup di atas pasir

Jadual 5 : Pengelasan perifiton berdasarkan substrat

Pleuston Pleuston mempunyai penyesuaian untuk hidup di laposan antara udara dengan permukaan air. Organisma makroskopik seperti kiambang dan beberapa jenis serangga seperti Gerris tergolong dalam kategori ini. Komponen pleuston seperti bakteria dan alga secara umum dikenali sebagai neuston. Neuston tinggal di bahagian atas permukaan air dikenali epineuston, manakala yang tinggal di bahagian bawah permukaan air dikenali sebagai hiponeuston.

Makrofit Tumbuhan bahagian pangkal tumbuhan yang hidup di dalam air, manakala pucuknya muncul di permukaan adalah makrofit akuatik. Ia merangkumi tumbuhan vaskular dan juga tumbuhan bukan vaskular. Taburan tumbuhan autotrof ini terhad

kepada kawasan litoral tasik atau sungai yang cetek. Komuniti makrofit akuatik merupakan penghasil primer dalam persekitaran akuatik. Walaupun haiwan akuatik jarang memakan makrofit secara langsung, namun tumbuhan yang mati menyumbangkan asas kepada jaringan makanan detritus.

Tumbuhan Akuatik Air Tawar Komuniti persekitaran akuatik sama ada di tasik mahupun di sungai memperlihatkan pembahagian struktur bukan sahaja secara fungsi malahan secara ruang. Komuniti organisma yang hidup terampa di persekitaran akuatik ini tidak ditemui dengan persekitaran daratan. Individu komuniti ini bersifat mikroskopik dan mempunyai keupayaan berenang yang terhad atau terbatas, yang dikenali sebagai komuniti plankton. Planton merupakan gabungan tumbuhan, haiwan kulat dan bakteria yang halus.

Fitoplankton Fitoplankton terdiri daripada satu kumpulan flora seni berunisel. Ia boleh wuud dalam bentuk koloni atau sebagai satu rantai panjang. Saiz organisma daripada 1m hingga 200m. Kebanyakan fitoplantion terdiri daripada kumpulan alga yang mempunyai pigmen fotosintesis. Maka ia merupakan pengeluar primer yang penting dalam persekitaran akuatik. Fitoplankton dikelaskan kepada beberapa filum. Kretira morfologi, komposisi bahan simpanan, komposisi dinding sel, bilangan dan aturan flagelum, cara pembiakan membezakan setiap filum ini. Empat kumpulan utama adalah alga biru-hijau (filum Cyanophyta), alga hijau (filum Chlorophyta), diatom (filum Bacillariophyta) dan dinoflagelat (filum Pyrrophyta).

Cyanophyta Ahli kumpulan dikenali sebagai alga biru-hijau. Ia bersifat prokariot (iaitu nukleus yang tidak dilindungi oleh membran). Pigmen fotosintesis tidak ditemui di kloroplas tetapi bertaburan di sitoplasma. Dinding sel menyerupai dinding bakteria gram negatif.

Chlorophyta Dikenali sebagai alga hijau, bersifat unisel hingga kepada alga yang bertalus filament. Selain mempunyai klorofil, ia juga mempunyai kerotenoid dan xantofil yang terkandung di dalam kloroplas. Makanan simpanan utamanya ialah kanji.

Bacillariophyta

Kumpulan alga yang dikenali sebagai diatom. Ia bersifat bentik, boleh ditemui di dasar atau kawasan litoral. Diatom mempunyai bentuk dan saiz yang pelbagai, daripada berunisel hingga sel yang berbentuk rantai seperti Melosira dan TAbellaria. Diatom mempunyai dinding sel yang unik kerana terdiri daripada dua bahagian yang bertindih yang dibuat daripada silica. Bahagian dinding atas dikenali sebagai epiteka, dan bahagian dinding bawah dikenali sebagai hipoteka.

Pyrrophyta Ahli pyrrophyta dikenali sebagai dinoflagelat yang membentuk komuniti plankton. Dinoflagelat lebih berkembang di lautan berbanding ekosistem air tawar. Kumpulan ini mempunyai kedua-dua ciri haiwan dan tumbuhan. Selain flagellum, ia mempunyai pigmen fotosintesis. Simpanan utamanya ialah kanji.

Zooplankton Selain fitoplankton, persekitaran air tawar juga merupakan habitat pelbagai jenis haiwan kecil membentuk komuniti zooplankton. Ahli kumpulan terdiri daripada Protozoa, Rotifera, Cladocera dan Copepoda. Banyak zooplantion merupakan organisma penuras bahan-bahan terampai. Bahan yang dituras termasuk bakteria, ditritus serta alga.

Bentos Bentos ialah komuiti haiwan invertebrat (tidak mempunyai tulang belakang) yang menduduki zon bentik sungai, tasik dan akuatik yang lain. Komposisi bentos terdiri daripada Turbellaria, Nematoda, Anellida, Oligochaete, Hidrudinea, Mollusca, Insecta Plecoptera, Odonata, Ephemeroptera, Hemiptera, Trichoptera, Coleoptera dan Diptera.

Kumpulan taksonomi Turbellaria Nematoda Annelida Mollusca Crustacea Insecta Odonata Ephemeroptera Hemiptera Trichoptera

Contoh cacing pipih cacing gelang tubifex siput ketam stonefly pepatung maifli kutu air caddies fly

Kaedah pemakanan karnivor karnivor, herbivor, parasit Peragut sedimen Peragut Ditritovor Kebanyakan karnivor Karnivor raptorial Peragut Karnivor, herbivor Penuras

Coleoptera Diptera

kumbang lalat duat kepak

Karnivor raptorial Penuras

Jadual 6 : Pengelasan invertebrat yang utama di tasik dan sungai

Nekton Komuniti nekton (nektos bermaksud berenang) terdiri daripada organisma vertebrat (mempunyai tulang belakang yang daya pergerakannya berkembang dengan baik. Disebabkan kemampuan ini, nekton boleh menentukan kedudukannya dan sebarannya tidak bergantung pada arus atau ombak. Dari segi bilangan dan spesies, ikan membentuk sebahagian besar daripada komuniti nekton. Setiap kumpulan vertebrat yang lain (Amphibia, Reptilia, Aves dan Mamalia.

Ikan Di Persekitaran Air Tawar Ikan membentuk sebahagian besar komuniti nekton. Dari segi komposisi, ikan di kawasan tropika berbeza daripada ikan di kawasan temperat. Bukan sahaja terdapat bilangan spesies, malah sesetengah famili ikan ditemui hanya di kawasan tropika. Kumpulan utama ikan Malaysia adalah terdiri daripada famili Cyprinidae, Cobitidae, Siluridae, Anabantidae dan Bagridae.

Ikan-ikan yang biasa ditemui di persekitaran akuatik Famili Cyprinidae Spesies Chela anomalura Rasbora sumatrana Rasbora einthoveni Puntius bulu Puntius schwanenfeldii Puntius daruphani Puntius gonionotus Hampala macrolepidota Osteocheilus hasselti Cyclocheilichthys apogon Probarbus jullieni Leptobarbus hoevenii Labiobarbus leptocheilus Tor tambroides Nama Tempatan Ikan lalang Ikan seluang Ikan susur batang ikan temelian Ikan lampam sungai Ikan krai Ikan lampam jawa Ikan sebarau Ikan terbol Ikan champeras Ikan temoleh Ikan jelawat Ikan kawan Ikan kelah

Cobitidae

Siluridae

Anabantidae

Bagridae

Acanthopsis choirorphynchos Botia pymenophysa Nemachelus selangoricus Kryptopteus bicirrhis Ompok bimaculatus Wallago attu Anabas testudineus Trichogaster pectoralis Osphronemus goramy Betta pugnax Mystus vittatus Mystus nemurus Mystus nigriceps

Ikan tali Ikan lali Ikan pasir Ikan anak tapah Ikan lais Ikan tapah Ikan puyu Ikan sepat Ikan kalui Ikan pelaga Ikan baung Ikan baung Ikan pisang

Jadual 7 : Ikan-ikan yang biasa ditemui di persekitaran akuatik

Nic diekspoit oleh ikan yang banyak dan komuniti ikan menunjukkan pengkhususan untuk memenuhi cara hidup setiap kumpulan. Setiap ruang tasik dari permukaan hingga dasar kebanyakan didiami oleh populasi ikan. Kedudukan ikan pada amnya boleh memberi gambaran tempat populasi ikan mencari makanan. Ikan yang mempunyai mulut ventral dan badan yang leper secara dorsoventral pada amnya merupakan peragut dasaran, manakala yang bermulut terminat dan badan yang leper secara lateral memakan di perairan luas. Kebanyakan ikan pemangsa mempunyai badan lalu arus yang nyata dan ciri ini penting untuk ikan bergerak dengan pantas. Ikan yang hidup di celah-celah batu mempunyai badan yang leper dan kelihatan seperti belut.

Makrofit Akuatik Makrofit akuatik bermaksud tumbuhan makroskopik (dapat dilihat dengan mata kasar) yang biasanya hidup di jasad air. Ia merangkumi tumbuhan vaskular, spesies alga besar seperti Chara dan Nitella, spesies lumut seperti Fontinalis dan spesies paku pakis seperti Azolla dan Salvinia. Kesemua tumbuhan makrofit memerlukan cahaya matahari, maka kebanyakan ditemui di perairan cetek dan selalunya menghasilkan daun terapung. Kebanyakan juga spesies yang tenggelam di air. Jasad air banyak memberi sokongan kepada tumbuhan akuatik dan makrofit menyediakan makanan dan tempat perlindungan untuk organisma dalam air. Tumbuhan akuatik makrofit mempbiak melalui penghasilan biji benih atau secara vegetatif. Fragmentas atau pemisahan jasad tumbuhan kepada segment kecil boleh membentuk individu baru baru dipanggil pembiakan vegetatif. Pembiakan vegetatif melibatkan organ khusus seprti rizom, pokok rayap, ubi dan umbisi.

Mengikut Arber (1920), makrofit dikelaskan mengikut empat kumpulan utama berdasarkan cara pelengkapan tumbuhan dan substrat, iaitu makrofit muncul, makrofit daun terapung, makrofit tenggelam dan makrofit terapung.

Makrofit Muncul Makrofit muncul terdiri daripada tumbuhan akuatik yang berakar umbi di pinggiran lembap di habitat akuatik. Ia merupakan tumbuhan semi-akuatik yang tidak memerlukan bekalan air yang banyak, malahan air yang banyak boleh membunuh tumbuhan ini. Ia kadang-kala boleh ditemui jauh dari gigi air. Pada amnya ia tinggi dengan rizom menjalar yang panjang. Rizom mencengkam tanah dan mengukuhkan kedudukan tumbuhan di dasar yang lembut. Contoh tumbuhan jenis ini ialah Phragmitis commnis,Typha angustata, Sagittaria, sagittifolia, dan Scripus.

Rajah 12 : Tumbuhan muncul di persekitaran akuatik. (a)Scirpus mucronatus. (b)Phragmites communis. (c)Pontederia cordata. (d)Typha angustata. (e)Eleocharis tetraquetra. (f)Sagittaria sagittifolia.

Makrofit Daun Terapung Makrofit ini hidup dengan subur di kawasan cetek dan berakar umbi di dasar tetapi mempunyai daun terapung di permukaan air. Makrofit daun terapung yang

biasanya di persekitaran akuatik termasuklah Nelumbo nucifera, Nymphoides indica dan Nymphaea lotus.

Rajah 13 : Makrofit daun terapung di persekitaran air tawar. (a) Nelumbo nucifera (b) Hydrocleis nymphoides (c) Nymphaea lotus (d) Nuphar lutea (e) Nymphoides indica

Nelumbo Nucifera atau lebih dikenali sebagai teratai mempunyai bunga berwarna putih kemerahan yang kembang pada waktu pagi. Teratai boleh dijumpai di kawasan yang cetek di pinggir tasik, longkang dan tali air di sawah. Malahan, di Tasik Chini yang mempunyai kedalaman purata dua meter, tumbuhan ini boleh dijumpai di tengah tasik terutamanya pada musim kemarau. Sebaran tumbuhan ini adalah melalui umbisi dan biji. Nymphaea lotus atau kelipok mempunyai rizom yang terbenam dalam lumpur dan daripada struktur ini muncul daun-daun terapung di permukaan air. Lapisan atas daunnya dilindungi oleh satu lapisan lilin yang berfungsi menghalang air daripada terkumpul pada daun. Di lapisan atas daun terdapat stoma. Bunga putih yang terbentuk di permukaan air didebungakan oleh serangga.

Makrofit Tenggelam Makrrofit tenggelam berbeza daripada makrofit muncul memandangkan keseluruhan jasad tumbuhan ini berada di dalam air. Bahagian batang, rizom dan akar makrofit tenggelam terbenam dan mencengkam dasar, manakala bahagian atas batang termasuklah daun dan bunga sentiasa digenangi air. Tumbuhan ini wujud dalam kumpulan yang padat dan tebal di dasar. Tumbuhan jenis tenggelam mendapat keseluruhan bekalan oksigen dan karbon dioksida daripada air di sekeliling. Bagi bekalan nutrient pula, tumbuhan ini memperoleh daripada air atau lumpur di dasar. Akar tumbuhan ini boleh memainkan peranan sebagai organ penyerap nutrient di samping sebagai organ pelekap. Lelumut (Hydrilla verticillata) merupakan spesies yang kerap ditemui. Lelumut boleh ditemui di tali air, longkang, tasik dan sungai yang mengalir dengan perlahan. Tumbuhan tenggelam mempunyai batang yang panjang dan lampai. Daun-daunnya nipis tersusun secara lingkaran di sekeliling batang. Lelumut berkembang cepat melalui cara vegetatif. Pucuknya yang patah boleh berkembang menjadi tumbuhan yang baru. Blyza echinosperma (rumput lumut) kerap ditemui di air yang mengalir dengan perlahan atau tempat bertakung. Ia membunga dan berbuah sepanjang tahun.

Makrofit Terapung Makrofit terapung hidup dengan bebas di permukaan air. Ia biasanya mempunyai akar, tetapi akar hanya tergantung di dalam air dan tidak mencengkam. Selain daripada menyerap air dan unsur terlarut, akar juga berperanan sebagai organ pengimbang. Di Malaysia,, kiambang ialah contoh makrofit terapung. Keladi bunting (Eichhornia crassipes) ialah sejenis kiambang yang terapung dengan bantuan pangkal petiolnya yang gelembung berisi udara.

You might also like