You are on page 1of 10

KEPUPUSAN FLORA DAN FAUNA

DEFINISI

Menurut Kamus Dewan Flora bermaksud (Bio) keseluruhan tumbuh-tumbuhan


yang terdapat di sesuatu daerah atau pada sesuatu masa.

Manakala Fauna bermaksud (Bio) seluruh binatang yang hidup di sesuatu daerah
tertentu. Kepupusan pula ditakrifkan sebagai habis semua sekali, hilang lenyap,
binasa semuanya, punah.

KESIMPULAN

Kepupusan flora dan fauna ialah kemusnahan dan kepupusan tumbuh


tumbuhan dan haiwan semulajadi.

PENDAHULUAN

Di Malaysia pada penghujung 1989 anggaran 18.5 juta hektar atau 56.3 peratus
daripada bumi di Malaysia diliputi hutan. Hutan hujan tropika kaya dengan flora
dan fauna. Di semenanjung Malaysia lebih kurang 8000 spesies tumbuh
tumbuhan berbunga yang direkodkan dan 2500 daripadanya ialah spesies pokok.
Dari segi faunanya 200 spesies mamalia , 115 spesies ular , 80 spesies katak dan
80 spesies cicak telah disenaraikan.

Hutan bukan sahaja berfungsi sebagai habitat kepada flora dan fauna tetapi
mempunyai kepelbagaian fungsi seperti sumber ubat-ubatan dan kawasan
tadahah air.

Dalam membincangkan tentang kepupusan flora dan fauna ini kita lihat
bagaimana orkid hutan yang cantik telah dilapurkan hampir pupus, faktor ini
mungkin disebebkan oleh keadaan bumi dan perilaku manusia dan kian
menggugat kestabilan alam. Hidupan seperti penyu dilautan juga kian terancam,
menurut laporan Pusat Santuari Penyu Rantau Abang, Terengganu melalui kajian
mereka menunjukan bahawa pada tahun 1986 terdapat 5665 ekor penyu
mentarut tetapi pada tahun 1994 hanya tingga 2247 ekor sahaja. Ini jelas
menunjukkan bahawa kepupusan penyu mentarut ini jika tidak dibendung akan
menyebabkan generasi akan datang tidak lagi mengenali speisi penyu ini.

FAKTOR FAKTOR KEMUSNAHAN DAN KEPUPUSAN

Masalah pembalakan haram .

Menurut laporan Trade Record Analysis of Fauna and Flora menyatakan diantara
1986 hingga jun 1990 , 500,000 hektar hutan di Malaysia ditebang tetapi
kawasan yang dibenarkan hanya 320,000 hektar sahaja.
Pembalakan haram juga menebang spesis pokok yang dilindungi seperti Meranti
dan Cengal.
Membalak di kawasan perlindungan seperti di kawasan hutan simpan dan Taman
Negara.
Apabila kegiatan pembalakan dijalankan ia juga memusnahkan spesis tumbuhan
yang lain contohnya apabila pokok balak tumbang ia juga akan memusnahkan
tumbuhan kecil yang berada disekitar itu. Ia juga akan menyebabkan binatnagbinatang yang hidup dikawasan itu dan lari dan mati.

Pembakaran Hutan

Pembakaran hutan secara terbuka seperti yang berlaku di Kalimantan dan


Sumatera. Ia akan menyebabkan spesis-spesis yang terancam yang ada
dikawasan tersebut akan musnah

Pembukaan Tanah Baru

Pembukaan kawasan pertanian baru seperti pembukaan tanah tanah rancangan


oleh Felda dan Felcra yang turut memusnahkan spesis tumbuh tumbuhan

Pemburu Haram

Pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan-hutan di Malaysia adalah


merupakan satu faktor yang menjurus kepada kemusnahan habitat dan spesis
haiwan ini.
Pemburu haram ini bukan sahaja mengeksploitasikan bintang ini malahan
mengaut keuntungan yang banyak melalui kegiatan ini.
Pemintaan yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan terhadap
bintanag ini menjadi punca utama kegiatan ini berleluasa.
Harimau Malaya meruapa satu spesis yang kian terancam kerana pemburuan
terhadapnya. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina
menyebabkan Harimau Malaya kini hanya tinggal sejumlah yang sedikit sahaja.

Peningkatan Suhu Dunia

Faktor peningkatan suhu dunia ini juga adalah antara punca utama kepupusan
flora dan fauna.
Faktor perubahan iklim ini bukalah perkara baru dalam kepupusan flora dan
fauna ini dimana antara faktor kepupusan binatang prasejaran seperti dinasaour
adalah disebabkan perubahan cuaca dunia.
Fenomena Elnino yang menyebabkan peningkatna suhu dunia yang mendadak ini
menyebabkan ada sesetengah speisi haiwan dan tumbuhan yang terancam
terutama haiwan dan tumbuhan dan tidak sesuai dengan cuaca panas. Faktor ini
akan mnyebabkan kepupusan hidupan ini.

Pencemaran

Seperti mana kita maklumi bahawa keadaan pencemaran yang teruk akan
menyebabkan kepupusan haiwan dan tumbuhan. Faaktor ini yang menyebabakan
banyak hidupan akuatik kian pupus.

Hidupan seperti ikan lumba-luma dan paus pembunuh (killer weil) semakin pupus
disebabkan pencemaran air terutama disebabkan oleh tumpahan minyak dilaut
dan kegitan manusia yang suka mengotorkan laut.
Beruang panda yang merupakan antara habitat yang istimewa yang hanya
terdapat di negara China kian terancam kepupusannya disebabkan pencemaran
alam. Kepupusan pokok buluh juga menjadi penyebab kepada kepupusan
hidupan ini kerana pokok buluh merupakan makanan utama habitat ini.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI

Mendokumentasikan kekayaan dan kepelbagaian spesis yang ada dalam hutan


sebelum sesuatu tindakan mengubah status kawasan dilakukan.
Mewujudkan sistem pengurusan hutan berkekalan yang dapat melindungi unsurunsur hutan terutama kepelbagaian hayat spesis yang menghadapi bahaya
kepupusan. ( Penanaman hutan semula, menghadkan atau menentukan kapasiti
hasilan hutan
Mengiktiraf lebih banyak kawasan hutan asli sebagai taman rekreasi ,taman laut
atau taman negara dengan keluasan mencukupi.
Memperketatkan akta dan tindakan undang-undang pembalakan khasnya untuk
mencegah pembalakan haram.,( membalak di kawasan perlindungan hutan
TAMAN NEGARA ) pemburuan haram atau pemusnahan spesis tumbuhan yang
tidak terkawal seperti tumbuhan jenis orkid .
* Masalah pembalakan haram Laporan Trade Records of Fauna and Flora
menyebut di antara tahun 1986 dan Jun 1990 500.000 hektar hutan di Malaysia
ditebang tetapi kelulusan jumlah kawasan yang dibenarkan hanya 320.000
hekter.
Pemerliharaan penyu di pusat Santuari Penyu Rantau Abang.JumlahBancian
penyu mendarat di Rantau Abang didapati merosot di mana jumlah pada tahun
1996 sebanyak 5665 ekor merosot kepada 2247 ekor pada tahun 1994.
Menjalankan usaha penyelidikan oleh FRIM, Perhilitan dan Jabatan Alam
Sekitar..Contohnya usaha-usaha pihak pihak Perhilitan untuk mengkaji kepupusan
Harimau Malaya.(Sekarang jumlah hanya 600 ekor seluruh Malaysia )
Penguatkuasaan Undang-undang oleh kerajaan
Akta kualiti Alam Sekitar ( EQA) 1974
Pembuangan sisa minyak ke laut di denda RM 500.000

Pelan Tindakan Kebangsaan Pendidikan Alam Sekitar 1986


Peraduan menulis esei ,puisi dan kempen-kempen (Cintailah Sungai kita )

Black Shrew

Black shrew haiwan Malaysia yang hampir pupus


Black Shrew (Tikus Hitam?) sangat jarang ditemui, hinggakan saiz sebenarnya
tidak diketahui. Walaubagaimanapun, beberapa saksi yang pernah menemuinya
mengatakan haiwan ini adalah dalam lingkungan 20 - 100mm. Satu spesimen ini

pernah ditemui di Gunung Kinabalu, Sabah. Sehingga kini, tiada data statistik
diperolehi bagi haiwan ini dan dikhuatiri telah pupus.

Badak Sumatra

Badak Sumatra haiwan Malaysia yang hampir pupus


Badak Sumatra merupakan spesies badak yang paling kecil dengan berat dalam
lingkungan 500 - 800 kg. Selalu ditemui di kawasan berpaya dan hutan hujan,
badak ini menjadi rebutan pemburu yang inginkan tanduknya.
Tapir Malayan

Tapir Malayan haiwan Malaysia yang hampir pupus


Tapir Malayan ini merupakan spesies tapir / cipan / tenuk / badak tampung yang
paling besar berbanding 3 lagi spesies yang ada di dunia. Uniknya tapir ini
kerana warna nya dengan tompokan putih dan hitam memudahkan nya untuk
melakukan proses penyamaran. Oleh kerana kulitnya yang tebal dan kebolehan

berlari dengan pantas, maka tapir ini jarang ditangkap oleh pemangsa lain,
kecuali manusia!

Kancil

Kancil haiwan Malaysia yang hampir pupus


Kancil merupakan haiwan bijak yang selalu muncul dalam kisah-kisah
penglipurlara rakyat Malaysia. Dengan saiz nya yang sangat kecil, haiwan ini
hanya memakan buah dan juga daun-daun. Boleh ditemui di Malaysia, Borneo
dan Indonesia.
Spesies tumbuh - tumbuhan yang TERANCAM di Malaysia.
Ini adalah antara spesies tumbuh-tumbuhan yang terancam di Malaysia. Marilah
kita sama-sama membantu memelihara dan memulihara flora kita.

1. Palma Daun Payung (Johannesteijmania magnifica)

2. Periuk Kera Raja (Nephenthens rajah)

3. Bunga Padma (Rafflessia hasselti)

4. Ara (Ficus albipila)

You might also like