You are on page 1of 34

KANDUNGAN

PERKARA

MUKA SURAT

LOKAN
Oleh: RASDIH@ MOHD RASDIH BIN JAILUN

2
CT 11210397

SIRIH
Oleh: RAZIDI BIN MAT

8
CT 11210311

POKOK RU
Oleh: MOHAMAD BAKRI BIN AMIT

18
CT 11210384

POKOK BAKAU
Oleh: JENRY BIN SAIPARUDIN

22
CT 11210669

MAHKOTA DEWA
Oleh: SULTAN MUSA

27
CT 11210667

RUJUKAN

33

LOKAN
Oleh: RASDIH@ MOHD RASDIH BIN JAILUN CT11210397
PENGENALAN
Lokan(Polimesoda expansa) adalah haiwan bercengkerang dari genus Polumesoda dan
keluarga Corbiculidae yang terdapat di kawasan berair di negara kita dan kawasan lain
diseluruh dunia. Jenis lokan yang lebih besar adalah dari spesis Geloina expansa yang tingal
dalam lumpur air payau. Hidupan ini terdapat dikawasn berair di tepi laut atau dikawasan
tepi sungai yang mempunyai habitat sesuai untuk lokan hidup dalam pasir atau lumpur atu
dikawasan berpasir. Pasti ramai diantara kita yang pernah melihat lokan dijual tetapi
mungkin tidak ramai yang pernah makan isi lokan ini kerana ianya bukan mudah untuk dibeli
kecuali pada musim tertentu atau dikawasan khusus yang ada menghasilkan lokan.

ANATOMI LUARAN DAN DALAMAN LOKAN


Lokan merupakan hidupan yang mempunyai 2 cengkerang yang keras dan mempunyai
warna putih kelabu, kekuningan, belang kehitaman bergantung kepada habitat dimana ianya
hidup. Saiz lokan diantara 4 - 15 cm yang berbentuk seperti kulit kerang tetapi permukaan
kerang adalah licin dan ada juga yang berketak-ketak. Setiap biji lokan boleh di buka
kerangnya dan mengandungi isi lokan yang berwarna kelabu putih yang lembut (Lihat foto
dibawah). Isi lokan ini terletak dibahagian tengah dan melekat kuat pada cengkerang.

Bahagian dalam lokan


2

SUMBER MAKANAN DAN JANGA HAYAT LOKAN


Lokan adalah hidupan yang makan dengan menapis air dan menyaring zat dalam air. Lokan
paya bakau mampu hidup dalam keadaan tanpa air untuk jangkamasa yang lama.
HABITAT LOKAN
Lokan ialah sejenis makanan laut dalam spesies kepah dan kupang mampu menyara
kehidupan pengusaha yang tinggal di pesisiran pantai dan sungai. Umum mengetahui,
mencari lokan bukan tugas mudah kerana terpaksa mengharungi tanah liat yang digenangi
air kehitam-hitaman sehingga paras lutut dan menyusup pula di celah-celah pokok nipah
untuk mencungkil lokan dari tanah lumpur. Kesukaran itu, menyebabkan tidak ramai yang
sanggup meredah tanah berlumpur untuk mencari lokan apatah lagi dalam keadaan paya
bakau yang boleh mendatangkan ancaman haiwan berbahaya seperti ular, biawak mahupun
buaya. Lokan merupakan sejenis makanan laut yang menyerupai siput kepah tetapi
mempunyai saiz yang besar dan kulitnya berwarna coklat. Ramai yang tidak tahu, lokan
boleh didapati di kawasan paya berhampiran dengan sungai dan mudah dicari itu boleh
membiak secara liar mahupun diternak. Kebiasaannya hidupan ini terdapat dikawasn berair
di tepi laut atau dikawasan tepi sungai yang mempunyai habitat sesuai untuk lokan hidup
dalam pasir atau lumpur atu dikawasan berpasir.

Gambar disebelah menunjukkan


kesukaran mencari kerang di
kawasan paya bakau

Gambar menunjukkan kawasan paya bakau

JENIS JENIS LOKAN


Lokan terbahagi kepada 3 jenis iaitu, lokan nipah yang berwarna kehijauan dan bersaiz besar
( kebanyakannya 5 atau 6 ekor boleh mencecah satu kilogram ), lokan bakau kulitnya
kehitaman yang bersaiz sederhana ( kebanyakannya 7 ke 10 ekor boleh mencecah hampir
satu kilogram), dan lokan pasir yang bersaiz kecil dan warnanya sama seperti lokan bakau
dan nipah ( 10 hingga 15 ekor boleh mencecah satu kilogram).

Lokan Nipah

Lokan Jenis Bakau

Lokan Jenis Pasir

SUMBANGAN KEPADA MANUSIA ATAU ORGANISASI LAIN


Tidak dinafikan bahawa lokan merupakan makanan yang sangat digemari oleh orang ramai.
Samada ianya dilakukan secara sendirian mahupun berkumpulan. Akibat daripada
permintaan yang sangat tinggi daripada pengemar pengemar lokan maka pencarian lokan
kini telah menjadi punca perniagaan yang dapat membantu ekonomi penduduk khususnya
dikawasan pesisir pantai dan sungai. Lokan kini menjadi makanan paling digemari oleh
kebanyakan penduduk di Malaysia. Di kalangan penduduk yang berhampiran dengan paya
bakau, kerja-kerja mencari lokan menjadi kegemaran mereka kerana ia menjanjikan
pendapatan tambahan.

Gambar disebelah menunjukkan bagaimana


lokan dibakar

Gambar seorang pengusaha menjual lokan

ANCAMAN HIDUPAN LOKAN


Sikap tamak manusia telah menyebabkan banyak kawasan hutan bakau di negara ini
diterokai setiap hari. Mereka menebang pokok bakau tanpa sebarang kawalan telah
menyebabkan masalah penebangan pokok bakau di negara kita kian meningkat setiap
tahun.Ini menyebabkan habitat haiwan seperti lokan akan musnah dan sekaligus
mengurangkan dan menyebabkan kepupusan lokan. Selain itu haiwan haiwan lain juga
turut terancam dengan penebangan hutan paya bakau tersebut. Antara ancaman kepada
pokok bakau yang kian meningkat ialah disebabkan oleh proses tebus guna tanah,
pembalakan haram dan pencemaran di kawasan hutan paya bakau.
Proses pembalakan secara berleluasa tidak terkecuali bagi hutan paya bakau juga. Hal ini
adalah kerana terdapat sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab menjalankan
kegiatan pembalakan di hutan ini bagi mendapatkan kayu bakau untuk kepentingan ekonomi
mereka. Pembalakan bakau yang tidak mapan boleh mengancam habitat flora dan fauna
marin. Sejumlah besar flora dan fauna yang endemik atau yang sukar dijumpai mungkin
akan lenyap dari muka bumi ini akibat daripada kegiatan yang tidak terkawal ini. Apabila
tanah bakau mula berkurangan maka alam akan mula bertindak balas kerana keseimbangan
5

semulajadi sungai telah terjejas. Tindak balas ini menyebabkan bencana alam yang bukan
sahaja akan memusnahkan kehidupan manusia malahan turut melibatkan ekologi haiwan
dan tumbuh-tumbuhan yang akan memusnahkan sistem ekologi habitat marin (Ahmad
Sanusi Hassan, 2005).

Gambarajah : Pembalakan di Hutan Paya Bakau


Sumber : Google Image

Kawasan hutan bakau merupakan satu kawasan yang menjadi habitat pelbagai hidupan
marin. Antaranya ialah sebagai habitat bagi tumbuhan yang hidup di kawasan percampuran
air tawar dan masin seperti pokok bakau, gelam, nibung dan sebagainya. Selain daripada itu
juga, hutan bakau turut menjadi tumpuan bagi habitat haiwan seperti ketam, udang, kerang,
anak-anak ikan yang sedang menbesar dan beberapa spesis burung yang tidak akan
dijumpai di kawasan lain. Ekoran daripada penebangan dan tebus guna kawasan tanah
bakau maka habitat flora dan fauna marin akan terjejas dan akan menyebabkan wujudnya
satu masalah kekurangan kawasan perlindungan hidupan marin. Hal ini akan menjejaskan
hidupan di kawasan paya bakau berkenaan (Holistik, 2010).
Ekosistem bakau sangat unik kerana ia terdedah kepada keadaan air pasang laut secara
berterusan. Jika jumlah pokok bakau di sesuatu kawasan berkurangan, maka
berkemungkinan besar habitat hidupan pinggir pantai akan musnah dan seterusnya
mengganggu kelestarian ekosistem tersebut. Antara spesis terancam yang boleh didapati di
kawasan hutan paya bakau adalah ikan belacak, memerang licin, burung botak, burung
pacat, cecadu gua dan lotong kelabu
LANGKAH PEMULIHARAAN
Hutan paya bakau sangat berkaitrapat dengan kehidupan lokan. Oleh itu perlu bagi semua
pihak bersama sama menjaga dan mengekalkan habitat bagi haiwan yang bergantung
dengan hutan paya bakau. Kepentingan hutan bakau terhadap alam sekitar dan ekosistem
sememangnya sentiasa disedari dan diberikan perhatian sewajarnya sama ada oleh Jabatan
Alam Sekitar (JAS) atau Jabatan Perhutanan. Oleh sebab itu, pihak JAS, Jabatan Perhutanan
dan badan-badan NGO telah menjalankan beberapa langkah pemeliharaan dan pemuliharaan
bagi memastikan kawasan hutan bakau ini terus terpelihara.
Antara langkah bagi memastikan habitat lokan ini terus terpelihara adalah dengan
mengadakan Program penanaman semula pokok bakau mampu untuk memeliharan kawasan
hutan bakau daripada terus musnah. Peluang kemandirian biji benih bakau adalah terhad
disebabkan keadaan habitatnya adalah lembut dan berlumpur dan berada di kawasan
berpengaruh arus air pasang surut. Biji benihnya mula berkembang semasa anak benih
6

masih melekat pada pokok induk. Namun demikian, tidak semua benih yang jatuh berjaya
mencacak ke dalam tanah. Oleh demikian, program penanaman semula pokok bakau boleh
menolong mencacakkan benih bakau yang tidak berjaya mencacak ke tanah dan menanam
semula anak benih yang telah di berikan oleh Jabatan Alam Sekitar di kawasan tanah bakau
bagi melestarikan kawasan berkenaan (Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, 2006).

Gambarajah : Pokok bakau menjadi penampan semulajadi.


Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Bakau#Lokasi

SIRIH
Oleh: RAZIDI BIN MAT CT11210311
Kingdom
Subkingdom
Superdivision
Phylum
Subphylum
Kelas
Subkelas
Order
Family
Genus
Species

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

Plantae
Tracheobionta
Spermatophyta
Tracheophyta
Angiosperma
Magnoliopsida
Magnoliidae
Piperales
Piperaceae
Piper L

Piper betle Linn

PENGENALAN
Sirih merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di
Malaysia juga di kawasan Tropika Asia, Madagascar,
Timur Afrika dan Hindia Barat. Sirih yang terdapat
di Semenanjung Malaysia terdiri daripada empat
jenis, iaitu sirih Melayu, sirih Cina, sirih Keling dan sirih Udang. Spesis sirih terdapat
berbagai-bagai nama tersendiri dalam bahasa Indonesia seperti Sirih carang, Be, Bed, Siyeh,
Sih, Camai, Sirih kerekap, Serasa, Cabe, Jambi, Kengyek dan Kerak.
Nama saintifiknya adalah Piper betel Linn dalam keluarga Piperaceae. Nama betel adalah dari
bahasa Portugis - betle, berasal sebelumnya dari bahasa Malayalam di negeri Malabar yang
disebut vettila. Dalam bahasa Hindi lebih dikenali pan atau paan dan dalam bahasa Sunskrit
pula disebut sebagai tambula dan nagavalli. Manakala dalam bahasa Sinhala Sri Lanka
disebut bulath, bahasa Tamil sebagai vetrilai, bahasa Telugu sebagai tamaapaku, bahasa
Marathi sebagai vidyache pan dan bahasa Thai pula disebut sebagai plu.
ANATOMI DAN CIRI-CIRI SIRIH
Sifat tabii atau fizikal sirih adalah sejenis pepohon yang menjalar dan memanjat pada batang
pokok sekelilingnya atau kayu junjung. Bentuk daunnya agak bujur. Daun-daun sirih yang
subur berukuran antara 8cm 12cm lebar dan 10cm 15cm panjang. Sirih sesuai hidup
dengan ditanam di atas tanah gembur yang tidak terlalu lembab dan memerlukan cuaca
tropika untuk membiak subur dengan air
yang mencukupi.
Sirih Cina mempunyai rasa yang lebih
lembut daripada sirih Melayu. Sirih Udang
pula mempunyai urat daun di belakangnya
yang berwarna merah dan gagangnya juga
berwarna merah. Sirih Melayu adalah yang
digemari dikalangan pengamal makan sirih dan juga kegunaan di dalam adat resam, dimana
8

sirih ini berdaun lebar dan warnanya hijau pekat. Sementara Sirih Keling pula bersaiz
sederhana dan berwarna kehijauan kusam, rasanya yang lebih pedas serta agak keras
daunya ketika dimakan. Berbeza daripada pokok lada hitam, bahagian yang digunakan pada
pokok sirih lebih kepada bahagian daun.
Rasa sirih adalah disebabkan oleh minyak ruapan yang mengandungi fenol dan bahan-bahan
terpene yang menyebabkannya pedas. Bahan-bahan yang terdapat dalam daun sirih ialah
kalsium nitrat, sedikit gula dan tannin.
Faktor-faktor yang menentukan keenakan sirih adalah jenis sirih itu, umurnya dan cahaya
matahari serta keadaan daun-daunnya di bahagian atas tumbuhan itu. Daun sirih untuk
dimakan adalah daun-daun melintang di bahagian atas dahan-dahan sisi dan yang terbaik
adalah yang terbesar sekali. Sirih hutan tidak boleh dimakan, selain daunnya yang keras
rasanya juga tidak enak. Ia tumbuh dipohon pokok yang terdapat di hutan hujan tropika.
KANDUNGAN AKTIF DALAM SIRIH
Sireh sangat kaya dengan kandungan zat berkhasiat. Di antaranya, minyak atsiri,
hidroksikavicol, kavicol, kavibetol, allylpyrokatekol, cyneole, caryophyllene, cadinene,
estragol, terpennena, seskuiterpena, fenil propana, tanin, diastase, gula, dan pati. Sirih
terbukti secara saintifik mengandungi minyak sari(kadinen, kavikol, sineol, eugenol,
karvakol) yang digunakan untuk mengubati keputihan, nafas atau badan berbau, batuk,
radang selaput lendir mata, trauchoma, jantung berdebar-debar, kemurungan, demam
selepas bersalin, air susu terlampau banyak dan sakit mulut dan tekak.
Kesan daripada zat aktif yang terkandung dalam sirih adalah merangsang saraf pusat,
merangsang daya pikir, meningkatkan gerakan peristaltik, merangsang kejang, juga
meredakan sifat mendengkur. Daun sirih boleh mencegah ejakulasi pramatang, mematikan
kulat Candida albicans, anti kejang, analgesik, anestetik, pereda kejang pada otot polos,
penekan pengendali gerak, mengurangi sekresi cairan pada liang vagina, meningkatkan
immunisasi badan, pelindung hati, dan anti- cirit birit.
KANDUNGAN KIMIA SIRIH

Flavournoid Poluphenol; untuk menegangkan kulit, mengelak kedutan kulit dan


membantu melancarkan peredaran darah, membantu memperlahankan proses
penuaan dan amat sesuai sebagai bahan losyen awet muda.

Hydroxyl-Chavicol; membantu menormalkan perjalanan darah dalam pembuluh dan


mempercepatkan pembekuan darah dari luka.

Astrigen; membantu mengecutkan dan memulihkan tisu tisu organ badan yang luka.

Sialagoga; membantu memperbanyakkan rembesan air liur bila dikunyah.

Ekspektoran; membantu menghilangkan lendir dan kahak apabila dimakan. Sesuai


dibuat sebagai ubat batuk dan sakit tekak.

Euginol; membantu membunuh kuman dan menghalang pembiakan fungus dan


kulat.

Alkaloid; bersifat detoksifikasi yang dapat meneutralkan racun di dalam tubuh.

Saponin;
a) Sumber anti bakteria dan anti virus.
b) Meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
c) Meningkatkan vitalitas.
d) Mengurangkan kadar gula dalam darah.
e) Mengurangkan penggumpalan darah.
Flavonoid;
a) Melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan mencegah terjadinya
penyumbatan pada pembuluh darah.
b) Mengurangkan kandungan kolesterol serta mengurangi penumbunan lemak pada
dinding pembuluh darah.
c) Mengurangkan kadar risiko penyakit jantung koroner.
d) Mengandungi antiinflamasi(antiradang).
e) Berfungsi sebagai anti-oksidan.
f) Membantu mengurangi rasa sakit jika terjadi pendarahan atau pembengkakan.
Polifenol: Berfungsi sebagai anti histamin(antialergi).

GEOGRAFI PENANAMAN SIRIH


Daun sirih ditanam kebanyakannya di rantau ini dari Selatan dan Asia Tenggara yang
membentang dari Bangladesh, India ke Indonesia. Disebabkan ia adalah pokok menjalar, ia
memerlukan pohon yang sesuai atau tiang yang panjang untuk sokongan. Sirih memerlukan
tanah yang tinggi untuk tumbuh subur. Air bertakung, sifat tanah yang masin dan tanah
beralkali tidak sesuai untuk penanaman.
Sirih ditanam dan ditanam sebagai tanaman penting di luar bandar
Bangladesh. Petani yang menanam sirih disebut barui. Mereka
inilah yang memanam sirih dan menyediakan taman yang disebut
barouj. Barouj ini dipagari dengan buluh dan daun kelapa. Tanah
dibajak membentuk alur-alur 10 hingga 15 meter panjang, 75
sentimeter lebar dan 75 sentimeter dalam. Bahan organik haiwan
dan tumbuhan serta habuk kayu campurkan kepada tanah untuk
tujuan penanaman. Keratan pokok sirih akan ditanam pada awal
musim tengkujuh.
KAEDAH PENANAMAN SIRIH
Menaman pokok sirih adalah amat mudah. Pokok sirih hidup subur di tanah yang tidak
terlalu lembap tetapi kaya dengan bahan organik. la boleh dibiakkan dengan menggunakan
keratan pucuk matang, berukuran 30-50cm panjang
serta mengandungi tidak kurang dari 2-3 nod. Keratan
lebih elok diakarkan terlebih dahulu selama dua bulan
sebelum diubah ke tapak tanaman kekal. Semasa
pengakaran, anak pokok perlu diberi kayu sokongan
sementara tetapi apabila dipindahkan ke tapak
penanaman kekal, kayu sokongan yang lebih teguh
perlu digantikan. Dua bulan selepas diubah, pucuknya
10

dipangkas untuk menggalakkan pengeluaran cabang sisi. Sebahagian dari cabang-cabangnya


akan menjalar di atas tanah menutupi bumi dan ini memberikan tarikan keindahan pokok
sirih di dalam hiasan. Daun sirih boleh dituai apabila pokok telah mencapai umur 3-4 bulan
mengikut kesuburan pokok. Jangka hayat pokok sirih boleh melebihi dari 10 tahun jika
diberikan cukup baja. Baja kimia seperti NPK hijau atau baja organik boleh digunakan.
Sungkupan ataupun perlindungan permukaan tanah daripada cahaya matahari secara terus
juga merupakan satu kaedah yang bileh memastikan kesuburan pokok sirih. Sirih
memerlukan tanah yang sentiasa lembab, tetapi tidak bermaksud kelembapan yang
berlebihan. Kadar siraman adalah kerap tetapi sederhana. Daun kering dan habuk kayu
boleh digunakan sebagai sungkupan. Baja kimia seperti NPK hijau atau baja organik boleh
digunakan pada setiap dua minggu. Dalam masa 3 hingga 6 bulan pokok sirih mencapai 150180 sentimeter tinggi dan akan bercabang. Pada usia ini, penuaian boleh dimulakan dengan
cara memetik daun bersama-sama dengan tangkainya. Tuaian berlangsung 15 hari untuk
satu bulan. Daun yang dituai akan digunakan di dalam negeri atau dieksport ke bahagianbahagian lain di Asia, Timur Tengah, Eropah, dan Amerika Syarikat.
KEGUNAAN SIRIH
Memakan atau mengunyah sirih dianggap sebagai sejenis ketagihan dan dilaporkan
dilakukan setiap hari oleh sebanyak 200 600 juta orang di seluruh dunia. Di seluruh benua
kecil India dan melalui China, Asia Tenggara dan Pasifik dan pendatang ke bahagianbahagian lain di dunia terus membawa tabiat mengunyah sirih di negara-negara baru
mereka itu. Di antara populasi yang berbeza pengguna dan mungkin demografi yang
berbeza misalnya, sebahagian besarnya wanita di Kemboja, tetapi terutama orang di antara
Taiwan orang asli dalam Rantau Pasifik Barat, terdapat bukti bahawa kekerapan penggunaan
sirih meningkat dan penggunaan ini dikaitkan dengan mengunyah tembakau.
Daun-daun bawahnya yang cacat
(bersaiz kecil) dibuat ubat dan
penawar oleh Dukun Melayu.
Sirih bertemu urat adalah yang
menjadi pilihan kepada Mak
Bidan dalam ilmu perubatan
tradisional. Pada masa kini,
kegunaan sirih masih lagi penting
dalam
masyarakat
Melayu
walaupun bilangan orang yang
memakannya mula berkurangan.
Daun sirih adalah satu bahan
penting
dalam
kebudayaan
Melayu. Ia penting dalam adat perkahwinan dan perubatan Melayu tradisional. Ole sebab
itulah kebiasaannya, pokok sirih banyak ditanam di kampung-kampung. Sirih digunakan oleh
orang Melayu sebagai hantaran dalam istiadat perkahwinan orang Melayu. Sirih juga
digunakan dalam upacara menjampi seseorang dalam proses mengubati pesakit.
11

KHASIAT DAUN SIRIH


Namun dalam kajian perubatan moden, memakan sirih boleh menyebabkan penyakit kanser
mulut, hidung dan perut. Ini menjadikan amalan memakan sireh semakin di tinggalkan oleh
masyarakat India dan Melayu. Tafsiran ini di sandarkan kepada tabiat orang India yang
gemar memakan sirih tanpa mengikut peraturan dan rumusan asal serta memakan dalam
kadar dan kuantiti yang terlalu banyak dalam seharian. Jika keadaan ini tidak diperbetulkan
maka ia amat merugikan kerana ia menghilangkan rahsia dan fungsi sebenar daun sirih.
Kajian dan penerangan perlu dijalankan bagi menggalak masyarakat memakan sireh dengan
tatacara yang betul. Ini kerana petua penggunaan sirih mempunyai khasiat yang tinggi
seperti:
1.
Memecahkan angin berkumpul dalam sistem dan melegakan keadaan perut dan
melepaskan angin melalui mulut(sendawa) dan dari dubur(kentut).
2.
Merangsangkan sistem ke arah kestabilan hormon.
3.
Menurunkan tahap pH asid dalam tubuh badan ke tahap normal.
4.
Pembersih darah dan angin kotor.
5.
Mengubati penyakit buasir, bisul, hidung berdarah, sakit gigi.
6.
Pencegahan hamil.
7.
Sebagai bahan kosmetik - penjagaan kulit dan rambut.
8.
Mengubati sakit kepala, migran, darah tinggi dan penyakit yang di sebabkan punca
asid dalam badan.
9.
Merawat bengkak zakar.
10. Merawat bengkak payudara.
11. Mengurangi pengeluaran susu ibu.
12. Merawat penyakit panau, keputihan dan gatal ditempat sulit.
13. Penyakit kulit seperti kudis, kurap kaki, dan kayap.
14. Mengubati haid yang tidak teratur.
15. Perangsang urat saraf, penyegar otot dan sendi-sendi.
16. Mencegah lendir-lendir dalam sistem badan dan melancarkan peredaran darah.
17. Boleh menghilangkan bau nafas yang busuk melalui mulut.
18. Merawat sakit tekak dan mulut.
19. Rawatan batuk.
20. Rawatan bronchitis.
21. Masalah jerawat.
22. Gigi Berlubang, gusi bengkak dan pendarahan gusi.
23. Demam berdarah.
24. Asma.
25. Radang kerongkong.
26. Luka terbakar.
27. Sakit mata.
KAEDAH RAWATAN DAN PENGGUNAAN DAUN SIRIH
1.
Untuk merawat batuk, sebanyak 15 lembar daun sireh direbus dengan tiga gelas air
sehingga tertinggal daripadanya. Air tadi diminum dengan madu.

12

2.

3.

4.
5.
6.
7.

8.
9.
10.
11.
12.

13.

14.

15.

16.
17.

Merawat penyakit bronchitis, sebanyak tujuh lembar daun sirih dan gula batu satu
potong direbus dengan dua gelas air hingga tersisa satu gelas, minum sehari 3 X 1/3
gelas.
Menghilangkan bau badan, lima lembar daun sirih direbus dengan dua gelas air
hingga menjadi satu gelas, minum siang hari atau boleh juga mengamalkan dengan
Sapukan adunan tiga helai daun sirih dan sedikit tawas yang telah diramas sama, ke
atas badan dan ketiak semasa mandi. Biarkan beberapa ketika dan bilas dengan air
bersih.
Merawat luka bakar, daun segar diperah airnya, ditambah sedikit madu, letakkan
pada tempat yang luka bakar.
Hidung berdarah, daun muda satu lembar dilumatkan, digulung dan disumbat ke
dalam hidung berdarah. Baringkan pesakit dengan keadaan kepala meninggi.
Bisul, daun sirih dicuci bersih, digiling menjadi halus, disapukan pada sekeliling bisul
dan dibalut. Sehari diganti dua kali.
Mengatasi mata gatal dan merah, lima hingga enam lembar daun direbus dengan
satu gelas air sampai mendidih. Setelah sejuk cuci mata dengan air tersebut. Sehari
tiga kali sampai sembuh.
Untuk gatal-gatal, sebanyak 20 lembar direbus, airnya dihangatkan sedikit untuk
mencuci.
Menghentikan pendarahan gusi, empat helai daun direbus dengan dua gelas air,
dipakai untuk berkumur.
Merawat sakit tekak dan mulut, daun sirih segar satu atau dua lembar dibersihkan,
dikunyah sampai lumat, hampasnya dibuang.
Untuk menghilangkan bau mulut, ambil dua hingga empat lembar daun sireh
diremas, lalu diseduh, dipakai untuk kumur.
Untuk nafas berbau pula ada dua cara, satu cara dengan mengunyah daun sirih yang
telah dibersihkan sehingga lumat dan biarkan berada dalam mulut seketika sebelum
diluahkan. Cara kedua ialah dengan merebus beberapa helai daun sirih sehingga
mendidih, setelah itu disejukkan dan ditapis, gunakan untuk berkumur dua kali
sehari, pagi dan malam.
Ubat jerawat, ambil tujuh hingga 10 lembar daun sirih ditumbuk sampai halus,
kemudian dituang dengan dua gelas air panas. Airnya dipakai untuk mencuci muka
yang berjerawat. Sehari dilakukan dua sampai tiga kali.
Ubat keputihan, sebanyak 10 lembar daun direbus dengan 2.5 liter air, bila airnya
hangat pakai untuk mencuci liang kemaluan terutamanya setiap kali selepas kencing.
Atau ambil cendana, telur ayam hitam sebiji dan sehelai daun sireh. Asahkan cendana
dengan sireh dan minum dengan kuning telur ayam selama tiga pagi.
Untuk mengurangkan penghasilan susu ibu yang berlebihan, beberapa lembar daun
sirih disapu dengan minyak kelapa, panaskan di atas api hingga menjadi layu, bila
hangat tempelkan dibahagian payudara yang bengkak.
Untuk mengubat hidung berdarah, cuci 2 helai daun sirih segar, digulung kemudian
dimasukkan ke dalam lubang hidung.
Untuk gusi bengkak gunakan 5 hingga 6 helai daun sirih direbus dengan 3 gelas air
hingga mendidih, setelah itu masukkan sedikit garam. Biarkan hingga suam dan
gunakan untuk berkumur dua hingga tiga kali sehari.
13

18.

19.

20.

21.

22.
23.

24.

25.
26.

27.

28.

29.
30.

31.

Untuk menghilangkan bau badan, 2 hingga 3 helai daun sirih direbus dengan gelas
air hingga mendidih, angkat daunnya dan masukkan gula batu sebelum diminum. Jika
tidak mahu minum airnya, kaedah lain ialah dengan mengambil sehelai daun sirih dan
di calit sedikit kapur sirih. Ramas daunnya dan sapukan pada ketiak.
Ari-ari pedih, ambil sirih bertemu urat, sebiji bauh pala dibenamkan ke dalam abu
panas, sebiji pinang yang telah dibelah tiga bahagian serta disapu dengan kapur dan
makan pada sebelah pagi, tengahari dan petang. Amalkan selama tiga hari berturutturut.
Asma Tujuh helai daun sirih ditumbuk lumat bersama satu sudu teh lada putih dan
campurkan minyak kayu putih secukupnya agar menjadi pepesan. Sapukan pada
dada pesakit serta leher, amalan ini akan menghilangkan penyakit asma. Atau boleh
juga mengamalkan dengan menggambil tujuh helai sireh bertemu urat, tujuh helai
daun lalang muda dan seulas lengkuas sebesar ibu jari kaki. Rebuskan dengan satu
liter air hingga mendidih sepenuhnya. Minum setengah gelas air rebusan dengan
mencampurkan sesudu makan madu lebah serta sesudu teh air limau nipis, sebelum
tidur.
Barah Tiga helai daun sireh bertemu urat dihancurkan lumat berserta kapur sirih
sebesar ibu jari kaki dan sesudu makan madu lebah untuk menjadi pepesan. Sapukan
tiga kali sehari dibahagian yang sakit.
Batuk Lelah Daun sirih dilayur dan dituam ke dada pesakit. Air daun sirih diguna
untuk minuman kepada pesakit.
Bau Mayat Untuk menghilangkan bau mayat yang melekat pada tangan atau baju
setelah menyelesaikan kerja-kerja mandi mayat, ambil beberapa helai daun sirih,
ramaskan dan rendamkan bersama baju beberapa ketika sebelum dibilas dengan air
bersih.
Bayi Selsema Beberapa tangkai daun sirih tekan dengan jari hingga mengeluarkan
lendirnya, kemudian sapukan pada batang hidung bayi. Cara ini akan melegakan
selsema dan pernafasan menjadi mudah.
Berak Darah Akar korma, gambir dan jintan putih dimakan dengan sirih pinang.
Demam Tujuh helai daun sirih, kemenyan sebesar ibu jari dan tiga ulas bawang
merah. Giling halus dan tampalkan di dahi. Lakukan dua kali sehari, cara ini bagi
menghilangkan demam dan sakit kepala selepas bersalin.
Demam Panas Tiga helai daun sirih diramas ke dalam semangkuh air bersih
bersama buah pinang muda yang telah dipecah-pecahkan dan jaramkan pada kepala,
lakukan beberapa kali sehingga panas badan berkurangan.
Gatal Vagina Tujuh helai daun sirih direbus dengan dua gelas air, campurkan sedikit
asam jawa hingga mendidih. Setelah air menjadi suam bolehlah membasuhnya.
Lakukan setiap hari hingga sembuh, terutama untuk ibu-ibu yang baru lepas bersalin.
Gegata Layurkan daun sirih di atas bara api dan sapukan pada badan yang
ditumbuhi gegata. Rasa miang dan gatal akan hilang dengan segera.
Kencing Sekiranya kencing berasa sakit, daun pepesan, sirih bertemu urat, daun
pulasari dan bawang merah sebiji dan digiling lumat serta sapukan pada ari-ari dan
bahagian pinggang.
Kutu Babi Petik daun sirih bersama tangkainya dan titiskan getah sirih ke atas kutu
babi yang melekat pada kulit tubuh, ia akan menjadi mudah untuk dicabut.
14

32.
33.
34.

35.
36.

37.
38.
39.

40.

41.
42.

43.

Luka dalam mulut(ulcer) Tempelan(paste) dari ramuan sirih pinang ditepekkan


pada luka untuk menyembuhkan luka dengan cepat pada bibir mulut.
Muntah Bawang merah, jintan hitam, makan dengan sirih pinang dan semburkan
sepahnya dileher dan dadanya.
Payu Dara Untuk menegangkan lagi payu dara, layurkan daun sirih yang telah
disapukan dengan minyak zaitun di atas api yang sederhana, atau menggunakan lilin.
Apabila daun telah terasa suam dan agak layu, lalu tekapkannya ke atas kedua-dua
payu dara dan biarkan seketika. Lakukan dua atau tiga kali seminggu.
Pedih Perut Lada sulah tujuh butir dan bacakan surah al-Ikhlas tiga kali serta
makan dengan sirih pinang serta semburkan sepahnya pada ulu hati.
Penyakit Kelamin Sepah sirih dihasilkan samada secara kunyahan atau ditumbuk
lumat dan disapukan pada bahagian yang sakit. Atau giling lumat daun sirih, sedikit
gula merah dan sedikit garam rebuskan hingga sebati, minum airnya sebanyak tiga
kali sehari hingga sembuh.
Ruam Peluh Rebuskan beberapa helai daun sirih dan tapiskan airnya. Sapukan air
rebusan ke atas ruam dua kali sehari selama tiga hari berturut-turut.
Sakit Gigi Kunyah sepiak sirih hingga lumat pada gigi yang sakit. Untuk beberapa
ketika sakit gigi akan berkurangan.
Sakit Hati Bawang putih sepuluh ulas, garam jantan sebuku, sedikit jemuju dan
sehelai daun sirih bertemu urat. Tumbuk lumat ramuan tersebut dan bubuhkan air
panas sebelum diminum. Amalkan selama tiga pagi, dan ambil segengam garam
serta goreng sangan (goreng tanpa minyak), bungkuskan ke dalam kain bersih serta
tuamkan kebahagian hati di atas dada.
Sakit Jantung Untuk meredakan sakit jantung, renekkan tiga helai daun sirih
bertemu urat berserta lada ekor dan minum airnya ketika masih suam. Lakukan
selama tujuh hari berturut-turut diwaktu pagi.
Sakit Kepala Daun sirih diramas kedalam air sejuk serta dimasukkan seketul garam
jantan untuk di buat jaram (disapu atau dititik sehingga membasahi kulit kepala).
Sakit Mata Ramaskan beberapa helai daun sirih muda dan masukkan kedalam air
serta didihkan seketika, tapiskan dengan kain bersih ke dalam mangkuk dan biarkan
hingga pesam-pesam kuku. Rendamkan mata yang sakit serta kelip-kelipkannya.
Buat berulang kali sehingga sembuh.
Zahir Batin Terung perak, bunga lawang, kulit kayu manis, kulit delima, air bawang
merah, halia padi, lada sulah tujuh biji, sireh bertemu urat, minyak lenga (minyak
bijan) dan digiling lumat-lumat serta disimpan dalam bekas bertutup. Apabila hendak
bersetubuh maka sapukan pada alat kelamin lelaki, maka nikmat untuk perempuan.
Atau temu hitam dihiris dan dijemur kering, akar legundi, akar maja digiling halus
dijadikan tepung maka makan dengan sireh pinang selama tiga hari berturut-turut.
Memperbanyakkan air mani dan meningkatkan kenikmatan bersetubuh. Atau Sireh
bertemu urat tujuh helai, makan tujuh pagi. Jangan setubuh dengan perempuan
selama memakannya. Menguatkan alat kelamin lelaki ketika bersetubuh. Atau Akar
telang putih dan akar jeruju makan dengan sireh pinang. Amalkan untuk beberapa
hari. Membesar dan menguatkan alat kelamin lelaki. Atau Akar rembega dimakan
dengan sireh pinang, perahkan ludahnya kedalam lubang alat kelamin lelaki. Ia
menjadi bertambah kuat dan besar.
15

KESAN PENGGUNAAN SIRIH KEPADA KESIHATAN


Dalam monograf penyelidikan saintifik yang luas, kumpulan pakar WHO untuk penyelidikan
kanser yang dilaporkan pada tahun 2004 mendapati bahawa kadar peratusan kanser mulut
di antara semua jenis kanser didiagnosis di hospital-hospital di Asia menjadi jauh lebih tinggi
daripada yang biasanya ditemui di negara-negara barat, di mana tabiat mengunyah sirih,
dengan atau tanpa tembakau menjadi tabiat. Dalam banyak kajian deskriptif, penyiasat telah
memperoleh sejarah mengunyah sirih dengan tembakau dari siri pesakit dengan kanser
mulut dan dalam semua kajian-kajian ini peratusan pesakit yang mengamalkan mengunyah
daun sirih didapati sangat besar.
Pada sekitar awal tahun 1985, saintis mengaitkan tumor kulit atau pentadbiran subkutan
ekstrak air sirih pada tikus. Pada hamster, karsinoma forestomach berlaku selepas mukosa
kantong pipi dengan implantasi pelet lilin yang
mengandungi sirih serbuk dengan tembakau ke dalam
kantong pipi. Karsinoma berlaku di dalam beg kecil pipi
berikutan implantasi pelet lilin. Dalam populasi
manusia,
mereka
melaporkan
memerhatikan
kekerapan tinggi sel micronucleated di mukosa orang
yang mengunyah sirih di Filipina dan India. Beberapa
kajian susulan telah menunjukkan transformasi
malignan dari proporsi leukoplakia mulut, submukosa
fibrosis yang secara amnya diterima sebagai syaratsyarat pra kanser yang berkaitan dengan tabiat
mengunyah sirih.
Dalam satu kajian yang dilakukan di Papua New
Guinea, saintis mendapati kanser sel skuamus tumor yang paling banyak di temui. Mereka
melaporkan bahawa kanser mulut tertumpu di sudut mulut dan pipi, dan sepadan dengan
tepat dengan mengunyah tapak daun sirih dengan kapur dalam 77% daripada 169 kes.
Kapur digunakan bersama pinang yang dikunyah diletakkan di dalam daun sirih
menyebabkan pH min meningkat kepada 10, yang dihasilkan dari bahan-bahan sirih. Para
saintis mendakwa bahawa ia adalah mekanisme yang mungkin karsinogenesis untuk tumor
ini.
Dalam satu kajian yang dilakukan di Taiwan, saintis mendapati sirih meningkatkan risiko
penyakit kardiovaskular dan kematian. Dalam kajian ini, mereka meneliti hubungan antara
mengunyah pinang dan obesiti umum (BMI 25 kg / m2) dan obesiti pusat. Menggunakan
beberapa analisis regresi linear, selepas pelarasan bagi gangguan potensial, mereka
mendakwa penggunaan sirih secara statistik signifikan dengan obesiti.
Dalam kajian yang lain, saintis melaporkan tahap risiko kanser mengunakan sirih (tanpa
tembakau ditambah) selain kanser mulut. Selain kanser mulut, peningkatan ketara dilihat
antara pengunyah untuk kanser esofagus, hati, pankreas, peti suara, paru-paru, dan semua
kanser. Ini adalah kerana mengunyah dan merokok, merupakan tabiat yang diamalkan
bersama oleh kebanyakan pengunyah sirih. Sebuah penerbitan Lancet Oncology mendakwa

16

bahawa daun sirih, atau paan masala, boleh menyebabkan tumor di bahagian yang
berlainanan di badan dan bukan hanya rongga mulut seperti yang difikirkan sebelumnya.
Pada bulan Oktober, 2009, 30 saintis dari 10 negara bertemu di Agensi Antarabangsa untuk
Penyelidikan Kanser (IARC), sebuah kumpulan yang ditaja oleh Pertubuhan Kesihatan
Sedunia untuk menilai semula kekarsinogenan pelbagai agen termasuk sirih dengan pinang,
dan mekanisme karsinogenesis. Mereka menyimpulkan terdapat bukti yang cukup bahawa
sirih tanpa tembakau membawa kepada tumor dalam rongga mulut dan esofagus, dan sirih
yang ditambah tembakau ialah punca karsinogen ke rongga mulut, farinks dan esofagus.
Beberapa laporan mencadangkan bahawa daun sirih dengan mempunyai kesan kesihatan
yang buruk, sebagai contoh, satu kertas penyelidikan kajian kromosom daripada
penggunaan sirih pada manusia. Satu lagi kajian saintifik dari Jepun menunjukkan bahawa
tikus makmal yang makan campuran daun sirih dan pinang mempunyai penebalan teruk dari
saluran penghadaman atas manakala setelah menjalani diet daun sirih sahaja, tikus makmal
akhirnya memiliki papiloma forestomach.
Pasukan penyelidik dari Taiwan, Malaysia dan Papua New Guinea telah melaporkan bahawa
tabiat ibu-ibu mengandung yang memakan sirih semasa mengandung boleh menjejaskan
bayi dalam kandungan. Kesan sirih dan pinang adalah serupa dengan yang dilaporkan untuk
ibu-ibu yang mengambil alkohol atau tembakau semasa kehamilan. Berat badan bayi yang
lahir berkemungkinan rendah, saiz bayi yang kecil dan kelahiran pra matang didapati jauh
lebih tinggi.

17

POKOK RU
Oleh: MOHAMAD BAKRI BIN AMIT CT11210384
PENGENALAN
Pokok Ru (Casuarina equisetifiloa) adalah sejenis tumbuhan dari keluarga Casuarinaceae
yang banyak terdapat di kawasan pantai di Negara kita. Pokok Ru juga dikenali sebagai
Pokok Rhu, Rhu Laut, Aru (Malaysia), Son Thala (Thailand), ai samara, aru, cemara, eru
(Indonesia), beach she-oak, casuarina, sea oaks (English), pki laong, duong (Vietnam ),
Jangli saru, jungle (Hindi) dan sebagainya.
Pokok Ru merupakan pokok dikotiledon. Dikotiledon
atau "dikot" ialah sekumpulan tumbuhan berbunga
yang bijinya biasa mengandungi daun-daun embrio
atau kotiledon. Pokok Ru adalah dari jenis Pokok Malar
Hijau yang tumbuh subur di kawasan tropika. Mengikut
kajian dan penelitian, pokok ini dipercayai natif di Asia
Selatan terutama di Malaysia dan dan kawasan
Oceania. Ramai di antara kita yang kenal pokok ini
kerana ia ditanam di kawasan pantai, tepi jalan dan
juga di dalam kawasan tanaman bunga sebagai pokok
perhiasan dan penghadang angina (wind Breaker ).
JENIS-JENIS POKOK RU
Terdapat dua spesies pokok Ru jenis tropika ini iaitu
Casuarina equisetifolia subspecies equisetifolia dan
satu lagi adalah Casuarina equisetifolia subspecies
incana. Jenis pertama adalah yang banyak di Negara
kita adalah pokok Ru bersaiz besar (sehingga mencecah ketinggian 35 meter) sementara
jenis kedua adalah bersaiz kecil sedikit dengan ketinggian sekitar 12 meter sahaja.

Casuarina equisetifolia subspecies equisetifolia


18

Casuarina equisetifolia subspecies incana


MORFOLOGI DAN CIRI-CIRI POKOK RU
Morfologi pokok Ru mudah kita fahami
dimana kita akan dapat melihat batangnya
yang besar, keras dan mempunyai warna
kelabu coklat dengan kulit yang tebal. Kayu
pokok Ru merupakan jenis kayu yang keras
dan sesuai untuk digunakan untuk pelbagai
tujuan yang berasaskan kayu keras.
Pokok Ru ini mempunyai daun yang keras
seperti jarum yang tajam (pine needle-like
leaves). Daun Ru adalah bewarna hijau dan amat tahan dalam banyak keadaan sama ada air
masin, hujan lebat dan tiupan angin serta musim kemarau.
Paling unik mengenai pokok Ru adalah buahnya
yang berbentuk kon seperti jenis pokok conifers.
Pokok ini mempunyai banyak dahan yang kukuh
dan tidak mudah patah walaupun tiupan angin
kencang di tepi pantai. Akar tunjang yang jauh
masuk ke dalam tanah juga mampu menahan
pokok daripada tumbang dan mampu menghalang
daripada hakisan pantai.

19

KEGUNAAN POKOK RU
Pokok Ru mempunyai banyak kegunaan
untuk pelbagai tujuan sebagai contohnya
sesuai dijadikan sebagai tiang rumah,
perabut, batang cangkul, kerusi, meja,
papan,
almari,
dan
banyak
lagi.
Bagaimanapun ia kurang sesuai untuk
tujuan kraftangan berasaskan ukiran kerana
kualiti kayunya yang keras.
Selain daripada itu, kayu daripada pokok Ru
merupakan bahan bakar yang baik kerana
kurang mengeluarkan asap dan amat tahan
lama dibakar selain daripada bahang panas
yang tinggi. Perusahaan membuat arang dari kayu
pokok Ru sangat baik permintaannya terutamanya
untuk dijadikan bahan bakar di musim sejuk. Dari segi
bidang perubatan pula, ia boleh atau mampu
menghilangkan masalah muntah-muntah dan sakit
perut dengan meminum air kulit batang pokok Ru
yang direbus.

CIRI-CIRI PENANAMAN POKOK RU DI PESISIRAN PANTAI


Terdapat pelbagai spesies yang ditanam di kawasan berpasir seperti Rhu Pantai (Casuarina
equisetifolia), Bintagor Laut (Calophyllum inophyllum), Ketapang (Terminalia catappa), Kelat
Jambu Laut (Syzygium grande) dan lain-lain. Pokok Ru boleh ditanam melalui biji benih.
Ciri-ciri kawasan yang sesuai untuk penanaman pokok pesisiran pantai adalah:
1. Di kawasan pantai berpasir, dan tidak digenangi oleh air
2. Tidak terkena pasang surut air laut
3. Tidak mengalami hakisan pantai
yang serius

ANCAMAN TERHADAP POKOK RU


Pelbagai
aktiviti
manusia
yang
berikutan dengan arus pembanggunan
dunia
menyebabkan
kerosakkan
terhadap alam sekitar termasuk flora
dan fauna. Negara kita juga tidak
terkecuali dari kejadian sebegini.
20

Antara aktiviti manusia yang mengancam spesies pokok Ru adalah:


1.
2.
3.

Penggunaan batang pokok Ru untuk dijadikan sebagai tiang dan pemfailan tanah yang
tidak terancang.
Penebangan pokok Ru yang berleluasa bagi bagi tujuan penempatan atau rumah serta
menubuhkan tempat peranginan.
Tiada sistem pemuliharaan dan pemeliharaan terhadap pokok Ru.

21

POKOK BAKAU
Oleh: JENRY BIN SAIPARUDIN CT11210669
PENGENALAN
Pokok Bakau merujuk kepada tumbuhan
yang hidup di kawasan berpaya di muara
sungai, antara pertembungan air tawar
dan air laut. Pokok bakau terdiri
daripada pelbagai spesies antaranya
termasuk spesies Api-api Avicennia spp.,
bakau
Kurap
Rhizophora
spp.,
Perepat Sonneratiaspp. dan
Berus Bruguiera spp.
Pokok Bakau biasanya memiliki buahnya yang berbulu dan bahagia bawah daun yang
berbulu. Bulu pada daun menyimpan air dengan memerangkap lapisan udara dan dengan itu
mengurangkan kehilangan air melalui penyejatan. Di sesetengah tempat,buahnya direbus
dan dimakan, kadang kala ia dijual sebagai sayuran. Bunganya wangi dan menghasilkan
madu dan didebungakan oleh serangga. Avicennia menghasilkan antara madu yang terbaik.
Di Malaysia, hutan Bakau biasanya dilindungi dan kawasan hutan Bakau Simpan yang telah
digazetkan diuruskan oleh Jabatan Perhutanan untuk pengeluaran kayu secara mapan. Pada
masa ini Malaysia mengamalkan sistem penebangan secara clear-felling mengikut giliran
iaitu dalam jangka masa 20 hingga 30 tahun.
KEPENTINGAN
Pokok bakau ini merupakan salah satu spesies cepat tumbuh dan yang digunakan dalam
penanaman semula hutan bakau bagi melindungi persisiran pantai (yang lain adalah
Sonneratia dan Rhizophora). Ia jarang dijadikan arang dan biasanya digunakan bagi
menyalai ikan atau getah.
Hutan bakau juga merupakan sumber balak kayu bakau yang tahan bagi pembinaan di
kawasan lecah dan dalam air. Kayu bakau tanah mampu berendam dalam air tanpa rawatan
rumit dan tahan lama.
Hutan bakau penting sabagai tempat anak
ikan berlindung. Sekiranya kawasan hutan
bakau di sesuatu tempat itu pupus atau
tercemar, keseluruhan populasi ikan dan
industri nelayan di kawasan tersebut akan
terancam kerana tiada lagi tempat bagi
anak ikan berlindung dan membesar.
Selain itu hutan bakau turut digunakan
oleh beratus jenis burung berhijrah sebagai
tempat perlindungan untuk bertelur dan
berehat. Selain itu ia menjadi habitat
22

penting bagi pelbagai jenis ketam seperti ketam Nipah, dan udang. Di Sabah, hutan bakau
juga merupakan habitat Kera Bekantan dan Sabah mempunyai kawasan bakau terbesar
berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia.
Hutan bakau juga bertindak sebagai pemampan hakisan ombak. Ini kerana akarnya yang
berceranggah membantu mengukuh dan mengikat tanah daripada hakisan ombak, malah
mampu meluaskan lagi kawasan tanah kerana daun dan sampah sarap yang terperangkap
pada akarnya yang berserabut mendap dan menimbun. Kawasan hutan bakau biasanya
tumbuh rapat dan padat dan memiliki akar udara yang berceranggah menonjol dari dalam
air. Hutan bakau ini mampu memperlahankan aliran air, dengan itu membenarkan bendasing
dan lumpur halus yang terapung dalam air untuk mendak membentuk kawasan berlumpur.
Proses ini mampu untuk menebus guna tanah dan menghasilkan pantai baru.
Hutan bakau juga terbukti mampu bertindak sebagai pemampan tsunami kerana sifatnya
yang tumbuh secara padat dan akarnya yang kukuh dipersisiran kuala. Oleh itu hutan bakau
turut ditanam semula di Malaysia, dan Indonesia .
TABURAN KELUASAN KAWASAN BAKAU DI MALAYSIA
Terdapat 586,036 hektar hutan bakau di Malaysia;
57 % di Sabah
26 % di Sarawak
17% di Semenanjung Malaysia
Pulau-pulau berhampiran pantai yang paling banyak ditumbuhi bakau ialah 6 buah pulau
yang merangkumi gugusan Pulau Klang dan Pulau Kukup di Johor.
NILAI EKOLOGI

Hutan bakau penting untuk perlindungan kawasan pantai :


Ia melindungi pesisir daripada kuasa fizikal seperti ombak yang menghakis pinggir
pantaidan angin pantai yang kencang.
Hutan bakau menstabilkan kawasan pantai dan bertindak sebagai penampan semula jadi
terhadap ribut taufan.
Bakau menjadi tempat perlindungan beberapa spesies flora dan fauna yangmempunyai
penyesuaian yang unik. Banyak spesies udang marin dan ikan mencari makanan,
bertelur dan membesar di sini.
23

Kawasan bakau dan dataran lumpur yang berkaitan dengannya adalah tapak penting
bagi burung-burung residen dan hijrah mencari makan dan bersarang .
Hutan bakau mampu mengurangkan kesan ombak tsunami di sepanjang pinggir pantai
di utara Kedah, Perlis dan Perak

MASALAH HUTAN BAKAU


Hutan bakau tidak tahan dengan tahap gangguan yang tinggi dan amat sensitif terhadap :

penukaran tanah

penebangan hutan

penebusgunaan

pencemaran
Banyak kawasan bakau ditebang untuk memberi laluan kepada kegiatan :

akuakultur

ternakan ikan dalam sangkar

kolam ternakan udang dan ikan air masin

Zon perindustrian yang berdekatan dengan pelabuhan

Pembinaan kawasan pangkalan nelayan

Pelabuhan dan tapak gudang kontena-kontena

Perbandaran dan perkampungan nelayan poinggir pantai

Tempat pembuagan sisa cecair ole kapal dagangan dan bot nelayan
Ekosistem yang mudah terjejas (sensitif) ini perlu dipulihara sebagai simpanan alam semula
jadi atau taman alam. Banyak usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan kesedaran awam
dan menanamkan rasa tanggungjawab dalam diri kita untuk memulihara warisan bakau
semula jadi yang menyimpan sebahagian daripada flora dan fauna dunia yang terancam.
Pelbagai keadaan yang tidak menyenangkan wujud di dalam dan di sekitar hutan bakau.
Namun begitu ia juga merupakan ekosistem tanah bencah yang paling produktif. Tahap
kemasinan yang tinggi, kandungan oksigen yang rendah di dalam air dan tanah, keadaan
tanah yang tidak stabil dan tidak berupaya menyokong pokok-pokok besar adalah di antara
beberapa aspek persekitaran ini.
Walau bagaimanapun, tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang mendiami kawasan bakau telah
menyesuaikan diri dengan persekitaran sebegini dengan membentuk beberapa ciri
penyesuaian yang istimewa. Tumbuh-tumbuhan bakau mengatasi kandungan oksigen yang
rendah dengan akar udara khas yang dikenali sebagai pneumatofor iaitu akar yang tumbuh
secara menegak daripada permukaan tanah untuk mendapatkan oksigen.
Kawasan bakau mempunyai tanah lembut yang seakan-akan tanah liat dan tumbuhtumbuhan bakau dapat tumbuh dengan tegap dengan menggunakan akar banir dan akar
sokong.
Tanah yang berkelodak dan perubahan pasang surut (air pasang surut) tidak sesuai bagi
perkembangan anak pokok bakau. Untuk mengatasi masalah ini, tumbuh-tumbuhan bakau
mempunyai kaedah percambahan biji benih yang unik yang dikenali sebagai vivipariti.
Tumbuh-tumbuhan vivi parus mempunyai biji benih yang boleh membesar dan
24

mengeluarkan akar dan pucuk muda semasa ia masih lagi berada bersama pokok induk.
Anak benih ini kemudiannya akan jatuh daripada induknya dan tertanam di dalam tanah. Ia
akan terus membesar atau kekal dorman sehinggalah dihanyutkan arus ke tempat yang lebih
sesuai untuk membesar.
KEPELBAGAIAN BIOLOGI
Hutan bakau merupakan tempat tinggal bagi lebih daripada 60 spesies tumbuh-tumbuhan.
Empat jenis utama yang mempunyai penyesuaian paling ketara ialah :
Avicennia (Api-api)
Rhizophora (Bakau)
Sonneratia(Perepat)
Bruguiera (Berus/Tumu)
HABITAT BAKAU
Habitat bakau menampung jumlah haiwan yang besar, daripada yang paling halus
(zooplankton) sehinggalah kepada reptilia yang besar :
Buaya Muara.
Ketam Rebab
Ketam Lumpur
Ikan Belacak
Udang Kara
Ular Bakau
Lotong Kelabu
Memerang Licin
Beruk
Kelawar.
HIDUPAN HUTAN BAKAU
Banyak spesies ikan , krustasia dan udang menakluki kawasan bakau semasa air pasang
untuk mencari makan. Haiwan ini merupakan hidupan yang bergerak perlahan atau tidak
bergerak langsung yang dijumpai di akar dan pokok bakau contohnya ;
Siput
Tiram
Teritip
KEGUNAAN HUTAN BAKAU
Banyak spesies ikan, udang dan ketam yang bernilai
komersial hidup di kawasan bakau dan persekitarannya.
Keuntungan daripada kegiatan perikanan di kawasan bakau
mencecah berjuta-juta ringgit setahun. Penduduk setempat
dan lain-lain kawasan turut menggunakan pokok bakau
sebagai sumber kayu balak.
Penduduk di kawasan pantai pula menggunakan kayu bakau
untuk membina rumah dan bot (sebagai rasuk, alang, pelancar dan tiang). Kayu bakau juga
25

digunakan untuk membuat perangkap ikan. Bakau juga dijadikan arang dan kayu api selain
daripada menjadi sumber bahan api.
Selain itu, bahagian daripada pokok bakau ini
juga boleh dihasilkan bahan kraftangan dan
barangan rumah (pemegang alatan dan
perabot). Tanin yang diperolehi daripada kulit
pokok bakau digunakan untuk mewarnakan
jaring ,kain layar dan pelekat plastik.
Banyak bahagian tumbuh-tumbuhan bakau
boleh dimakan dan sememangnya dijadikan
makanan oleh penduduk setempat. Terdapat
juga beberapa bahagian dan spesies bakau
yang boleh menghasilkan ubat-ubatan (contohnya dedaun , tunas , buah-buahan dan biji
benihnya).

26

BUAH MAHKOTA DEWA (PHALERIA MACROCARPA )


Oleh: SULTAN MUSA CT11210667
Alam
Divisi
Kelas
Order
Famili
Genus
Species
Binomial name

:
:
:
:
:
:
:
:

Tumbuhan
Magnoliophyta/ Spermathophyta
Magnoliopsida/ Dicotyledoneae
Malvales
Thymelaeaceae

Phaleria
Phaleria macrocarpa (Scheff.) Boerl @ Phaleria Papuana Warb
Phaleria macrocarpa

PENGENALAN
Buah Mahkota Dewa (Phaleria macrocarpa)
adalah
pokok malar-hijau yang
tebal,
membesar dengan baik dalam iklim
tropika, merupakan tanaman jenis pohon
yang berkembang dan tumbuh sepanjang
tahun, ianya mampu mencapai ketinggian 34m. Batang bergetah terdiri dari kulit yang
berwarna coklat kehijauan dan batang kayu
berwarna putih, ianya berakar tunjang.
Phaleria Macrocarpa bermakna Mahkota tuhan, sejenis tumbuhan dari keluarga
Thymelaeaceae. Nama diberikan kepada buah ini kerana dikatakan ia diturunkan dari langit,
hasil dari doa- munajat hambanya dari tuhan kepada manusia. Mahkota Tuhan merupakan
tumbuhan asli dari kepulauan Papua (Irian Jaya) terletak di timur jauh kepulauan Indonesia,
daerah Maprik. Menurut penduduk bandar Wewak pokok Mahkota Dewa hanya sebagai
hiasan halaman rumah dan buahnya beracun ketika ditanya manafaat mahkota dewa.
Beberapa abad dahulu benih pokok Mahkota Dewa dibawa dari pulau Papua oleh bomohbomoh tradisional Jawa dan menanamnya di kawasan lapang Istana Solo dan Jogyakarta.
Pawang dan bomoh menggunakan buah beracun ini dengan cara tertentu untuk dijadikan
sumber penyembuh yang berguna. Ilmu Pengetahuan perubatan ini, tetap menjadi rahsia
bersama resepi tertuanya didalam dinding istana di Jawa untuk beberapa generasi
sebelum ia tersebar kepada orang ramai. Kaum Jawa merujuk buah ini sebagai 'Makuto
Dewo dan tabib Cina menamakan nya 'Pau', dadah warisan (patrimony drug).
Kini tumbuhan ini tidak lagi menjadi harta yang dirahsiakan dalam bulatan bijak merawat.
Disebabkan nilai ekonomi dan faedah perubatan, ramai telah mula menanam
pokok Mahkota Dewa. Pokok ini mudah tumbuh, tanpa memerlukan sebarang rawatan khas
atau pengendalian. Ia boleh tumbuh di kawasan-kawasan dari 0 - 1000 meter di atas paras
laut, boleh mencapai ketinggian sehingga 5 meter dan mudah menghasilkan bunga yang
akhirnya berkembang sebagai buah.

27

Keseluruhan bahagian dari tumbuhan, biji, buah, daun dan ranting kesemuanya
mengandungi ciri-ciri perubatan. Mahkota Dewa boleh digunakan sebagai dadah tunggal
atau sebagai campuran bersama herba-herba lain untuk menguatkan kesannya dan untuk
meneutralkan racun. Walaupun Mahkota dewa rasanya agak manis, adalah perlu diingatkan
bahawa ia tidak boleh dimakan begitu sahaja atau sebelum pemprosesan dijadikan sebagai
ubatan. Ia merupakan tumbuhan beracun yang boleh membawa maut.
Bagaimanapun, terdapat beberapa cara tertentu untuk menjadikan ia selamat untuk
digunakan sebagai perubatan tradisional. Buah hijau belum matang serta buah masak
merah boleh diracik dan dikeringkan dibawah matahari. Ambil satu sudu (tidak lebih) isi
yang dah diracik dan dikeringkan lalu campurkan kedalam segelas air panas mendidih untuk
dijadikan minuman rendaman. Adalah dipercayai bahawa isi buah Mahkota Dewa
mengandungi sebatian anti-oksida untuk melawan kanser. Tidak disyorkan kepada wanita
hamil mengguna ubat ini kerana boleh mendatangkan kemudaratan keatas janin dalam
kandungan.
Mahkota Dewa sering digunakan dalam rawatan perubatan alternatif bagi pelbagai penyakit.
Masa penyembuhan berbeza, bergantung kepada berat badan pesakit dan tahap penyakit
itu. Satu penyakit kronik seperti kanser memerlukan kira-kira lapan bulan penyembuhan
dengan dos pengambilan sebanyak dua sudu isi kering yang sudah diracik kedalam segelas
air panas. Jika keadaan penyakit menunjukkan tanda-tanda penyembuhan maka dos
pengambilan dikurangkan.
Mahkota Dewa turut dipercayai dapat menyembuh penyakit-penyakit lain dan penyakit
bersangkutan kesihatan seperti tekanan darah tinggi, mati pucuk, insomnia, selsema, sakit
sendi, alahan, penyakit jantung, aduan pundi kencing, asid urik dan masalah hati. Walau
bagaimanapun, penggunaan perubatan tradisional ini harus dirunding terlebih dahulu
dengan pakar herba.
KHASIAT MAHKOTA DEWA
1. Daun
: mengandungi antihistamin, alkaloid, saponin dan polifenol (lignan).
2. Kulit Buah : mengandungi alkaloid, saponin & flavonoid.
3. Buah
: alkanoid, tannin, flavonoid, fenol, saponin, lignan, minyak asiri dan sterol.
Daun

28

Daun berbentuk lonjong, lansing, memanjang & hujungnya runcing, tepi daun rata,
permukaan daun licin dan tidak berbulu.
Bunga
Bunga mahkota dewa berwarna
putih dan berbau harum. Bunga
tersebut
berukuran
kecil
menyerupai bunga cengkih.

Buah
Buah mahkota dewa terdiri
dari kulit, isi, cengkang dan
biji. Buah berbentuk bulat,
berdiameter
3-5cm,
permukaan licin, beralur,
ketika muda warnanya hijau
dan merah setelah masak.
Daging
buah
berwarna
putih, berserat dan berair.

Cengkang
Cengkang buah merupakan kulit dari
biji yang juga termasuk bahagian
yang sering di manafaatkan sebagai
ubat, ianya perlu di rebus terlebih
dahulu.

29

Biji
Merupakan bahagian tanaman paling beracun. Bentuknya
bulat lonjong berdiameter sekitar 1cm & berwarna coklat,
bahagian dalam berwarna putih.

Buah mahkota dewa mengandungi beberapa bahan aktif seperti:


1. Alkaloid bersifat detoksifikasi yang mampu meneutralkan racun dalam tubuh.
2. Saponin yang bermanfaat sebagai:
sumber anti bakteria dan antivirus.
meningkatkan sistem imun tubuh
mengurangkan kadar gula dalam darah
mengurangkan penggumpalan darah
3. Flavonoid yang mampu:
melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan mencegah terjadinya
kesumbatan pada pembuluh darah
mengurangi kandungan kolesterol serta mengurangi pengumpulan lemak pada
dinding pembuluh darah
mengurangi kadar risiko penyakit jantung koronari
mengandung antiinflamasi (antiradang)
berfungsi sebagai anti-oksidan
membantu mengurangi rasa sakit jika terjadi pendarahan atau pembengkakan
4. Polifenol yang berfungsi sebagai anti histamin (antialergi).
SIFAT DAN KHASIAT
1. Kulit dan isi
:mengubati disentri (cirit berdarah), psoriasis dan jerawat.
2. Daun dan Biji
:mengubati pelbagai jenis sakit kulit seperti ekzim dan gatal-gatal.
3. Buah
:antitumor, antidisentri, antiinsekta, mengubati eksim, hepatotoksik
dan antibodi.
KHASIAT MAHKOTA DEWA
Herba Mahkota Dewa mengandungi pelbagai khasiat untuk orang dewasa mahupun kanakkanak. Khasiatnya berbeza mengikut bahagian seperti daun, biji, buah, batang atau
ranting dan akar.
Antaranya seperti berikut : Mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan serta mengurangi penambahan
lemak di dinding pembuluh darah
Penyingkiran racun @ toksin daripada sesuatu bahan di dalam tubuh seterusnya
dapat meneutralkan racun di dalam badan.
Berfungsi sebagai bahan anti-bakteria dan anti-virus.
Meningkatkan sistem ketahanan badan dan daya hidup
Meningkatkan daya tahan kepada penderita diabetes dan darah tinggi.
Mengurangkan kadar gula dalam darah dan pengumpulan darah.
30

Membantu mengurangkan kadar angin dalam badan.


Sebagai bahan untuk anti-virus ,anti-bakteria , anti-oksidan , anti- alergi dan anti-

radang
Membantu melancarkan peredaran darah di dalam badan dan mengelakkan

berlakunya penyumbatan pada pembuluh darah.


Membantu mengurangkan kesakitan taktakala berlaku pedarahan dan pembengkakan
di tubuh badan
Mengurangkan kesan daripada penyakit jantung koroner
Mengubati dan mengurangkan penyakit kanser seperti kanser payudara dan kenser
rahim.
Meningkatkan stamina dan ketahanan badan tehadap influeza
Bertindak sebagai bahan bagi membantu proses penyembuhan penyakit Tekanan
darah tinggi

CARA PENYEDIAAN
Buah mahkota dewa (kulit dan
isi) dihiris nipis-nipis, kemudian
dijemur sehingga benar-benar
kering. Kemudian, rebus hirisan
tadi dan minum air rebusan.

Cara penyediaan:
a. Basuh semua bahan
b. Rebus dalam 5 cawan air, sehingga menjadi 3 cawan.
c. Ditapis dan dibiarkan sehingga sejuk.
Peraturan minum:
3 kali sehari, setiap 1 cawan diminum 1 jam sebelum makan
Sukataan untuk kencing manis : bahan-bahan:
5-6 biji buah mahkota dewa
Cara penyediaan:
a. Buah mahkota dewa dibasuh terlebih dahulu
b. Dihiris nipis-nipis
c. Direbus dalam 5 cawan air sehingga menjadi 3 cawan air.
d. Ditapis dan dibiarkan sehingga sejuk.
Peraturan minum:
3 kali sehari, setiap 1 cawan diminum 1 jam sebelum makan

31

Sukatan untuk Reumatik dan Gout : bahan-bahan:


5 gram isi buah mahkota dewa
15 gram akar sidaguri
10 gram kering sambiloto
Cara penyedian:
a. Buah mahkota dewa dibasuh terlebih dahulu
b. Dihirisan nipis-nipis
c. Direbus dalam 5 cawan air sehingga menjadi 3 cawan air.
d. Ditapis dan dibiarkan sehingga sejuk.
Peraturan minum:
3 kali sehari, setiap 1 cawan diminum 1 jam sebelum makan
Sukatan untuk Hepatitis: bahan-bahan:
5 gram isi kering buah mahkota dewa
15 gram pegaga
10 gram kering sambiloto
15 gram daun mahkota dewa
Cara penyedian:
a. Buah mahkota dewa dibasuh terlebih dahulu
b. Dihirisan nipis-nipis
c. Direbus dalam 5 cawan air sehingga menjadi 3 cawan air.
d. Ditapis dan dibiarkan sehingga sejuk.
Peraturan minum:
3 kali sehari, setiap 1 cawan diminum 1 jam sebelum makan
Catatan
Bahagian buah terutamanya bijinya beracun, ianya perlu
memakannya.
Ibu hamil dilarang meminum hasil pemprosesan tumbuhan ini.

32

di rebus sebelum

RUJUKAN
1.

Hermina de Guzman-Ladion (1999). Tanaman Herba Penyembuh Ajaib. Panduan


Penggunaan Berkesan Tanaman Berubat. Home Health Education Service Sdn. Bhd.
Bandar Baru Permas Jaya, Masai. Johor Bahru.

2.

Ahmad Sanusi Hassan (2005). Seni Bina Tanah Paya. Universiti Sains
USM.

3.

Azrul Affandi Sobry (2007).


Terengganu.

4.

Field, C.D. (Ed) (1996). Restoration of mangrove ecosystems. Japan : Okinawa.

5.

Google Image (2011). Taburan hutan paya bakau di Malaysia. Diperolehi daripada
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Bakau#Lokasi pada 30.11.2011.

6.

Google Image (2011). Pokok bakau sebagai habitat semulajdi haiwan. Diperolehi
daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Bakau#Lokasi pada 30.11.2011.

7.

Google Image (2011). Pokok bakau menjadi penampan semulajadi. Diperolehi


daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Bakau#Lokasi pada 30.11.2011.

8.

Google Image (2011). Pembalakan dan pencemaran hutan paya bakau. Diperoleh
daripda http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Bakau#Lokasi pada 30.11.2011.

9.

Holistik (2010). Mengekalkan kehijauan alam sekitar.


Komunikasi (Medkom).

10.

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (2006). Program penanaman pokok


bakau dan spesis-spesis yang sesuai di persisiran pantai negara. Kuala Lumpur :
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.

11.

Lewis R.R. (2005).


Ecological engineering for successful management and
restoration of mangrove forests. US : Ecological Engineering. Mangor K (2004).
Shoreline Management Guidelines. Denmark : Horsholm.

12.

Mohd Affendi, Marzalina H.M. dan Wan Tarmeze W.T (2007). Teknik penyediaan
anak benih liar Api-api Putih (Avicennia alba). Prosiding Bengkel Hutan Pesisiran
Pantai Negara: Kesedaran dan Tindakan Bersama. Malaysia : Terengganu.

13.

Mohamad Mahathir (2004). Kajian ekologi hutan paya bakau Sungai Balok, Kuantan,
Pahang. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.

Malaysia

Hutan paya bakau jana sumber laut.

33

Setiu :

Johor : Unit Media dan

14.

Mokhtar Jaafar, Asmah Ahmad, Zaini Sakawi (2010). Kemandirian industri ekopelancongan : Kes tarikan pelancongan kelip-kelip Kg. Kuantan. Bangi : UKM.

15.

Rohana binti Omar dan Halimah binti Mat (2006). Pengurangan tanah paya. Pulau
Pinang : Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pulau Pinang.

16.

wikipedia.org/wiki/Pokok_Bakau

17.

www.friendsofmangrove.org.my

18.

www.sabahtourism.com/destination/kota-kinabalu-wetlands

19.

geografialamsekitar.blogspot.com

20.

amsran85.blogspot.com

21.

http://www.plantwise.org/KnowledgeBank/Datasheet.aspx?dsid=16718

22.

https://edis.ifas.ufl.edu/hs394

23.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Ru

24.

http://labroots.com/user/publications/detailSearch/ipi/Pubmed/id/21264814/title/genetic-variation-of-casuarina-equisetifoliasubsp-equisetifolia-and-c.-equisetifolia-subsp-incana-populations-on-the-northerncoast-of-senegal

34

You might also like