You are on page 1of 3

Apakah Itu Terumbu Karang?

Terumbu karang ialah satu ekosistem marin yang unik, kompleks dan tinggi produktivitinya. Terumbu karang juga dikenali sebagai
sekumpulan organisma yang bersimbiosis dengan sejenis tumbuhan alga yang disebut zooxanhellae. Zooxanthellae ini melakukan
fotosintesis untuk menghasilkan oksigen yang berguna untuk kehidupan. Polip, merupakan organisma pembentuk utama terumbu
karang yang menghasilkan zat kapur. Polip-polip ini mengambil masa  selama ribuan tahun membentuk terumbu karang.

KEPENTINGAN TERUMBU KARANG

1. Sumber perikanan. Kawasan ini sesuai untuk pembiakan dan nurseri kerana terdapat banyak tempat perlindungan danmakanan.
Hampir 30% ikan komersil bergantung kepada kawasan ini untuk membesar dan matang.

2. Perlindungan persisir pantai. Mengurangkan halaju ombak dan menghalang kejadian hakisan.

3. Kepentingan ekonomi. Sumber protein, bahan binaan dan perubatan. Satu per lima protein negara adalah dari laut.

4.Tarikan untuk pelancong. Tahun 1998, pantai merupakan destinasi popular untuk pelancongan.

5.Kitaran karbon. Karang menyerap karbon dan ini mengurangkan jumlah karbon dioksida di atmosfera

6. Antara kepentingan terumbu karang ialah bertindak sebagai benteng dan perlindungan pantai terhadap ombak yang kuat. Terumbu
karang juga menyediakan kawasan yang selamat dan penuh dengan makanan untuk tumbesaran anak-anak ikan

7. Terumbu karang juga merupakan kawasan yang kaya dengan makanan dan perlindungan kepada pelbagai spesies hidupan marin.
Selain daripada menyediakan peluang pekerjaan melalui aktiviti perikanan dan pelancongan, terumbu  karang juga dipercayai dapat
dijadikan ubat untuk melawan penyakit barah. Sehubungan itu, adalah penting bagi kita memelihara kawasan perairan dan hidupan
akuatik.

Antara langkah-langkah pemeliharaan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia ialah :

a) Mewujudkan kawasan taman laut


- untuk jaga terumbu karang dan habitat ikan
- contoh; Taman laut Tunku Abdul Rahman
b) Kuatkuasa undang-undang
- contoh ; Akta perikanan
c) Penyelidikan
d) Pendidikan Alam sekitar
e) Kempen

Antara langkah-langkah pemuliharaan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia ialah :

a) Pembinaan tukun tiruan


- Jadi tempat pembiakan ikan
- Tukun daripada tayar terbuang
- Tanggungjawab jabatan perikanan
b) Pembersihan laut dan pantai
c) Kerjasama antara negara – diadakan untuk memulihkan laut dan
    sumbernya.
- contohnya; Kerajaan Malaysia dan singapura bekerjasama dalam usaha membersihkan laut akibat tumpahan minyak

DEFINISI

Terumbu karang merupakan salah satu ekosistem yang wujud di lautan. Ia terbina dengan jutaan organisma kecil yang berkoloni
(hidup berkumpulan) di habitat laut sekitar suhu 20 hingga 28 darjah celcius. Hidupan di terumbu karang terdiri daripada karang laut
yang kebanyakkannya datang dari famili Cnidari serta subkelas yang bernama Octocorallia, Zoantharia dan juga Tabulata.

KEPENTINGAN

Pada pendapat saya terumbu karang merupakan habitat penting untuk hidupan laut yang lain seperti ikan kerana di sinilah kawasan
makanan paling banyak di lautan. Kawasan terumbu karang mampu menghasilkan makanan melalui proses fotosintesis dan sebab
itulah kawasan terumbu karang mudah dijumpai di kawasan lautan yang kedalamannya antara 40 hingga 70 meter di dasar laut yang
membolehkan cahaya matahari menembusi dasar laut. Selain sebagai tempat hidupan laut mendapatkan makanan, terumbu karang
juga berfungsi sebagai benteng perlindungan pantai terhadap ombak kuat. Maksudnya terumbu karang bertindak sebagai pemecah
ombak besar. 

Selain itu, terumbu karang juga penting sebagai sumber perikanan. Kawasan ini sesuai untuk pembiakan dan nurseri kerana terdapat
banyak tempat perlindungan dan makanan. Hampir 30% ikan komersil bergantung kepada kawasan ini untuk membesar dan matang.
Hidupan yang terdapat pada terumbu karang merupakan sumber protein, bahan binaan dan perubatan. Terumbu  karang juga
dipercayai dapat dijadikan ubat untuk melawan penyakit barah. Satu per lima protein negara adalah dari laut. Di samping itu, terumbu
karang berperanan sebagai perlindungan persisir pantai untuk mengurangkan halaju ombak dan menghalang kejadian hakisan. Dengan
ini kita dapat mengurangkan masalah tanah runtuh di persisiran pantai dan mengekalkan landskap sedia ada.

Pada zaman ini, terumbu karang merupakan tarikan untuk pelancong. Tahun 1998, pantai merupakan destinasi popular untuk
pelancongan. Dengan ini kita dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat melalui aktiviti pelancongan di
kawasan terumbu karang. Terumbu karang juga menyediakan kawasan yang selamat dan penuh dengan makanan untuk tumbesaran
anak-anak ikan. Terumbu karang juga merupakan kawasan yang kaya dengan makanan dan perlindungan kepada pelbagai spesies
hidupan marin. Sehubungan itu, adalah penting bagi kita memelihara kawasan perairan dan hidupan akuatik.

USAHA MEMELIHARA

Di Malaysia, kawasan terumbu karang digazetkan sebagai Taman Marinuntuk memastikan ianya sentiasa dipelihara. Salah satu contoh
Taman Marin yang ada ialah Taman Marin Tunku Abdul Rahman di Kota Kinabalu Sabah. Terumbu karang terbesar di dunia terletak
di Queensland, Australia.
Seterusnya, usaha memelihara terumbu karang yang boleh dilaksanakan ialah mewujudkan taman laut. Taman laut membolehkan
usaha pemuliharaan sumber-sumber laut yang telah mengalami ancaman kepupusan atau kecacatan. Dengan ini, karang yang terdapat
di taman laut boleh mencapai tahap kematangan tanpa dirosakan atau diganggu pertumbuhannya.

Pada tahun 1995, kerajaan telah mewartakan 38 buah pulau di Malaysia sebagai Taman Laut. Tujuannya adalah bagi memastikan
tahap penjagaan dan pemulihan yang rapi dan teratur di samping melarang aktiviti-aktiviti yang boleh merosakkan terumbu karang di
kawasan tersebut. Kita tidak boleh mengharapkan pihak kerajaan semata-mata untuk menjaga dan memulihara terumbu karang. Kita
sendiri boleh memainkan peranan untuk memulihara terumbu karang dengan cara yang mudah.

Elakkan membuang sampah ataupun sisa ke dalam sungai dan laut. Gunakan tempat membuang sampah yang sesuai. Di samping itu,
amalkan mengitar semula bahan-bahan tidak terpakai seperti botol dan tin. Elakkan daripada membeli perhiasan atau permainan yang
diperbuat daripada batu karang. Apabila kita pergi berkelah di tepi pantai, jangan mengutip batu karang, siput ataupun hidupan yang
lain yang terdapat di tepi pantai. Elakkan mengguna sabun secara berlebihan kerana air yang mempunyai campuran air sabun yang
tinggi boleh mencemar air laut dan akhirnya mengancam terumbu karang.

Jika kita pergi berkelah di tepi pantai patuhilah petua "jangan mengambil apa-apa pun kecuali mengambil gambar dan jangan
tinggalkan apa-apa pun kecuali bekas tapak kaki" Sempana Tahun Terumbu Karang Sedunia 1997 (International Year of the Reef
1997, marilah kita bersama-sama meningkatkan pengetahuan tentang terumbu karang dan usaha kita untuk mengekalkan keaslian,
kecantikan dan keunikan terumbu karang.

You might also like