You are on page 1of 12

Keldai

Keldai, (Equus africanus asinus) merupakan seekor haiwan mamalia


dari keluarga Equidae. Merupakan haiwan jinak yang digunakan untuk
pengangkutan dan kerja lain, seperti menarik kereta kuda ataupun
membajak ladang.
Keldai boleh memiliki anak campuran dengan kuda. Anak kuda betina
dan keldai jantan disebut baghal. Anak keldai betina dan kuda jantan
disebut hinny. Baghal lebih umum, dan telah digunakan untuk
pengangkutan manusia dan benda.

Bantam Belanda
Bantam Belanda adalah sejenis baka ayam yang berasal daripada
Belanda. Ia juga merupakan baka asli ayam Bantam, bermakna ia
wujud dalam bentuk ayam katik dan tiada hubungan atau kaitan
dengan spesis yang lebih besar. Bantam Belanda memiliki banyak
kelainan warna, dan kebanyakannya dibiakkan sebagai haiwan hiasan
di seluruh dunia.
Bantam Belanda juga adalah sejenis ayam praktikal, menghasilkan
telur yang baik dan keras bagi saiz sepertinya. Ia juga menjadi
haiwan kesayangan di sebabkan reputasinya sebagai haiwan jinak dan
mudah untuk direbankan.

Arnab
Arnab dijadikan haiwan peliharaan di negara-negara Barat sejak abad
ke-19. Arnab yang dibela dalam rumah dengan jagaan yang rapi boleh
hidup sampai 9 12 tahun. Arnab amat digemari ramai sebagai haiwan
belaan di AS terutamanya ketika musim Easter, kerana kaitan haiwan
ini dengan perayaan tersebut. Bagaimanapun, pusat perlindungan
haiwan yang menerima arnab sering mengadu bahawa dalam masa
beberapa minggu atau bulan selepas Easter, meningkatnya arnab
terbuang atau terbiar yang mula-mula dibeli sebagai "hadiah" Easter,
khasnya untuk kanak-kanak.
Arnab belaan boleh disimpan di dalam atau luar rumah. Tempat
simpanan arnab boleh berupa sangkar luar atau dalam rumah, ataupun
petak dalam rumah supaya arnab berasa bebas untuk berjalan ke
mana-mana dalam kawasan rumah.

Kuda
Kuda ialah sejenis mamalia ungulat besar yang mempunyai bilangan
jari kaki yang ganjil dan merupakan salah satu daripada sepuluh
spesies moden dalam famili Equus. Nama saintifiknya Equus caballus
atau Equus ferus caballus. Kuda telah lama merupakan salah satu
haiwan bela jinak yang amat penting dari segi ekonomi, dan telah
memainkan peranan yang penting dalam pengangkutan orang dan
barang muatan selama beribu-ribu tahun. Sedangkan pembelajinakan
kuda terpencil mungkin terjadi seawal 10,000 tahun dahulu, bukti
yang jelas terhadap penggunaan kuda secara meluas oleh manusia
bertarikh di sekitar 2000 SM.
Kuda telah dibiakbakakan dengan teliti supaya haiwan ini dapat
ditunggang, biasanya dengan pelana. Haiwan ini juga boleh dikenakan
abah-abah untuk menarik objek-objek seperti kereta kuda atau
bajak. Dalam sesetengah budaya, kuda merupakan satu sumber
makanan, termasuk daging kuda dan kekadangnya susu; dalam budaya
yang lain, memakan daging kuda adalah pantang larang.

Manusia telah membiakbakakan kuda selama beribu-ribu tahun dan


telah menghasilkan banyak jenis baka yang berbeza-beza. Serupa
dengan pembiakbakaan anjing, kuda telah dibiakbakakan supaya dapat
menghasilkan sifat-sifat dan keupayaan-keupayaan yang khusus;
umpamanya, kuda belima dihasilkan untuk kelajuan yang diperlukan
oleh perlumbaan kuda.

Kucing
Kucing dikenali sebagai kucing bela jinak ialah mamalia karnivor kecil
dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar
Afrika, Felis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun
dahulu di zaman Mesir purba, di mana ia digunakan untuk menjaga
simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain. Hari ini kucing
merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling
terkenal di dunia.
Kucing yang keturunannya berdaftar secara rasmi dipanggil kucing
baka, kucing baka tulen atau kucing pertunjukan. Kucing baka tulen
adalah kurang dari satu peratus daripada keseluruhan populasi
kucing; kucing yang mempunyai baka campuran dirujuk sebagai bulupanjang bela jinak dan bulu-pendek bela jinak.
Terdapat pelbagai baka kucing domestik, ada yang tidak berbulu
ataupun ekor, dan mereka wujud dalam beraneka warna yang
berlainan dan ada juga mempunyai banyak warna. Mereka adalah

pemangsa yang mahir dan diketahui bahawa mereka memburu lebih


dari seribu spesies haiwan lain sebagai makanan. Mereka juga haiwan
yang pintar dan ada yang berkebolehan untuk menggunakan
mekanisma ringkas seperti tuil pintu atau tandas manusia, seperti
yang dijelaskan dibawah. Mereka berhubung dengan mengiau
("meow"/"miaou"), mengeluarkan bunyi 'purrr', berdesis dan juga
isyarat anggota. Kucing boleh dikatakan baru lagi dijinakkan, oleh itu
kucing juga boleh hidup di kawasan liar dan selalunya mereka akan
membentuk satu koloni kecil. Hubungan manusia dan kucing
menyebabkan kucing dipuja di dalam dongeng dan legenda dari
beberapa bangsa, contohnya Mesir Purba, Viking dan juga Cina.

Harimau
Harimau (Panthera tigris) merupakan spesies binatang terbesar di
kalangan empat jenis "kucing besar" dalam genus Panthera, dan anggota
famili Felidae. Harimau yang berasal dari Asia timur dan selatan ini ialah
sejenis haiwan pemangsa dan maging. Subspesies harimau yang lebih besar
boleh mencecah panjang 3.3 meter (11 kaki) dan berat 300 kilogram
(660 paun).Selain kebesaran dan kegagahannya, ciri-ciri terpenting yang
dimiliki harimau ialah corak belang menegak berwarna gelap yang melapisi
bulunya yang berwarna keputihan atau merah kejinggaan.
Harimau yang mempunyai ciri amat mudah menyesuaikan diri dengan
persekitaran baru, terdapat dari kawasan taiga Siberia, ke padang rumput
terbuka, ke paya bakau tropika, antara lainnya. Harimau ialah haiwan yang
biasanya gemar bersendiri dan berkelakuan kewilayahan, dan sering

memerlukan kawasan habitat yang amat luas untuk menampung keperluan


memburu mangsanya. Dan kerana mudah didapati di sebilangan kawasan di
dunia yang paling padat kependudukan manusianya, menyebabkan sering
terjadinya konflik antara harimau dan manusia. Tiga daripada sembilan
subspesies harimau moden sudah diisytiharkan pupus dan enam yang
selebihnya digolongkan sebagai terancam. Punca-punca utama harimau
terancam ialah kemusnahan dan fragmentasi habitat, dan juga kegiatan
memburu.
Walau apapun, harimau tetap menjadi salah sejenis megafauna berkarisma
yang paling terkenal di dunia. Harimau banyak memainkan peranan penting
dalam mitos dan budaya rakyat, di samping masih mendapat tempat dalam
bidang perfileman dan kesusasteraan moden. Lukisan harimau sering
dijumpai pada bendera dan jata negara, sebagai maskot sukan, dan haiwan
kebangsaan sebilangan negara Asia, termasuk Malaysia.

Singa

Singa (Panthera leo) adalah mamalia karnivor yang terangkum dalam


keluarga Felidae. Digelar Raja Rimba, ia merupakan salah satu
daripada empat jenis kucing besar dalam genus Panthera. Dengan
jantannya yang sangat besar, melebihi 250 kilogram (550 paun)
beratnya, haiwan ini adalah kucing yang kedua terbesar selepas
harimau.

Singa-singa hidup selama lebih kurang 1014 tahun di dalam hutan


belantara, manakala dalam penawanan, haiwan ini boleh hidup melebihi
20 tahun. Singa amat suka bergaul, berbanding dengan kucing-kucing
yang lain. Sekawanan singa terdiri daripada sekawanan singa betina
dan anak-anak berkait serta sebilangan kecil singa jantan dewasa.
Kawanan singa ini sangat menjaga wilayahnya. Anak-anak singa jantan
yang telah dewasa akan diusir. Singa betina lazimnya memburu secara
berkumpulan,dan biasanya memburu ungulat-ungulat besar seperti
kuda belang, kerbau, zirafah, badak air dan juga gajah muda. Singa
adalah benar-benar pemangsa, walaupun haiwan ini juga mencari-cari
makanan jika terdapat peluang. Sedangkan singa pada umumnya tidak
memburu manusia, sesetengahnya diketahui menjadi pemakan manusia
dan mencari-cari mangsa manusia.

Serigala

Serigala (Canis lupus) ialah ahli buas terbesar >ubspe Canidae. Ia


merupakan pemandiri Zaman Air Batu yang berasal dari zaman
Pleistosen Akhir sekitar 300,000 tahun dahulu. Kajian penjujukan
DNA dan hanyutan genetik mengesahkan bahawa serigala berkongsi
leluhur sama dengan anjing bela jinak (Canis lupus familiaris).

Walaupun aspek tertentu kesimpulan ini telah dipersoalkan, termasuk


baru-baru ini,jasad utama bukti mengesahkannya. Beberapa
>ubspecies serigala telah dikenal pasti, meskipun bilangan sebenar
subspesiesnya masih terbuka untuk perbincangan. Serigala lazimnya
merupakan pemangsa apeks dalam ekosistem yang didudukinya.
Walaupun tidak dapat menyesuaikan diri sebaik spesies canid umum,
serigala boleh hidup biak di hutan beriklim sederhana, padang pasir,
gunung, tundra, taiga, padang rumput, dan malahan kawasan bandar.

Beruang Polar
Beruang Polar (Ursus maritimus), adalah mamalia besar dalam aturan
maging, keluarga biologi Ursidae. Ia adalah spesies circumpolar yang

terdapat di dan sekitar Lautan Artik. Ia adalah haiwan maging


mamalia daratan terbesar. Beruang Polar dewasa jantan seberat
antara 400 hingga 600 kilogram dan kadang kala melebihi 800
kilogram. Beruang Polar betina sekitar separuh berat beruang jantan
dan biasanya seberat antara 200 hingga 300 kilogram. Beruang
jantan dewasa sepanjang 240 hingga 260 sentimeter dan beruang
betina antara 190 hingga 210 sentimeter. Ketika baru lahir, bayi
beruang seberat 600 hingga 700 gram.

Harimau Bintang
Harimau bintang biasanya mempunyai bulu berwarna kuning dengan
roset gelap dan bintik, dan warna lebih cerah di bahagian bawah.
Namun terdapat banyak perbezaan dalam subspesies harimau bintang

yang berbeza. Terdapat juga harimau bintang yang semuanya hitam,


juga dipanggil harimau kumbang hitam.
Asalnya harimau bintang hidup di seluruh Afrika (tapi bukan di
Sahara) dan Asia Selatan. Namun hari ini banyak subspesies harimau
bintang, terutamanya di Asia, diancam kepupusan, pupus atau hampir
mati.
Harimau bintang sangat aktif pada waktu malam. Ia dapat memanjat
dengan sangat baik, dan banyak masanya tinggal di atas pokok. Ia
selalunya makan mamalia sederhana besar, dan juga burung, reptilia
serta serangga. Harimau bintang memburu pada waktu yang berbeza
dalam sehari, dan mereka juga menggunakan cara berbeza untuk
memburu.
Harimau bintang biasanya hidup sendirian dan cuba untuk tidak
berjumpa dengan harimau bintang lain. Ia hanya bersama-sama
apabila mengawan. Anak harimau bintang meninggalkan ibunya selepas
13 - 18 bulan.

BIODATA

NAMA

DURKASHINI A/P VIJAYAKUMAR

KELAS

5 THIRUVALLUVAR

ALAMAT :

NO 19, JALAN EMPAT. TAMAN DESA DAMAI

HOBI

CITA-CITA

MEMBACA BUKU CERITA

PROFESSOR

You might also like