You are on page 1of 31

B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i 236

UNIT PELAJARAN 13
ALAM ANIMALIA VERTEBRATA BAHAGIAN I
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda diharap dapat:
1.
2.
3.
4.
5.

6.
7.
8.
9.
10.

Menyenaraikan perbezaan di antara haiwan Protostomia dan Deuterostomia.


Membincangkan lima ciri yang dikongsi dalam kalangan haiwan Filum Kordata.
Mengelaskan haiwan filum Kordata berdasarkan ciri-ciri, kepala, kraniata, vertebrae
rahang, paru-paru, tetrapoda, dan amnion.
Membandingkan ciri-ciri haiwan dengan memberi contoh haiwan dalam Subfilumsubfilum Urokordata, Sefalokordata, dan Vertebrata.
Membezakan empat kumpulan utama haiwan Prokordata tanpa tulang rahang
dengan memberi contoh haiwan bagi Urokordata, Sefalokordata, Myxini dan
Petromyzon.
Menyurih evolusi ikan bertulang rahang dan Tetrapoda awal.
Menyenaraikan kelas ikan bertulang rahang.
Membezakan di antara ikan dalam Kelas Kondrichtes dan Actinopterigii.
Membezakan antara ikan bersirip rugi dan bersirip lobus.
Menyatakan adaptasi bagi setiap contoh haiwan yang dibincangkan yang
membolehkannya mandiri.

PENGENALAN

ebelum kita mempelajari Filum Kordata, mari kita selidiki sejenis haiwan yang
dianggap sebagai missing link di antara Aves dan Mamalia.
Platipus (Ornithorhynchus anatinus), mamalia
semi-akuatik yang endemik di Australia Timur,
termasuk
Tasmania.Haiwan
ini
bertelur,
mempunyai paruh seperti itik, ekornya seperti
memerang,
berkaki
seperti
otter
yang
memeranjatkan saintis di Eropah kali pertama ia
ditemui. Kini ia menjadi fakta menarik yang
dipelajari dalam kursus Evolusi. Morfologinya
yang berbulu berwarna coklat menjadi penebat
yang kalis air dan bertekstur seperti yang terdapat
pada seekor tikus.

B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i 237

ISI KANDUNGAN

Tahukah anda?
Kordata = L. chorda, turus;
Hemikordata = L. hemi,
separuh;
Echinodermata = L. echino,
duri; derma, kulit.

ordata adalah satu daripada filum daripada Alam Animalia yang termasuk dalam
cabang Deuterostomata. Selain daripada Kordata, terdapat dua filum lain iaitu
Ekinodermata dan Hemikordata. Kordata yang berasal daripada haiwan yang
sangat primitif telah berevolusi kerana mempunyai pelan tubuh yang mampu beradaptasi
dengan baik sehingga membentuk organisma yang tidak mempunyai had untuk
bermandiri terhadap pesekitaran kerana mempunyai bentuk dengan fungsi yang khusus.
Dalam modul ini, kita akan bersama-sama mempelajari ciri-ciri yang menjadikan Kordata
haiwan yang paling maju berdasarkan kepada morfologi, fisiologi dan pelakuan yang
diadaptasikan kepada persekitaran.
Anda tentunya telah mengetahui haiwan bertulang belakang (Vertebrata) yang paling
maju dalam kalangan haiwan. Persoalannya apakah mekanisme yang digunakan oleh
Saintis untuk menentukan kemajuan dalam kalangan haiwan-haiwan ini? Jika dalam
tumbuhan peringkat tinggi, saintis menggunakan ciri berbunga dan bilangan kotiledon.
Pada pandangan anda, apakah ciri-ciri yang digunakan untuk mengelasifikasikan haiwan
peringkat tinggi?
Ciri-ciri haiwan Invertebrata (bukan Kordata) yang terus dimiliki oleh haiwan Kordata ialah
simetri bilateral, paksi antero-posterior, tiub selom dalam tiub, metamerisme dan
sefalisasi. Haiwan Kordata mempunyai organ dan sistem organ yang agak seragam
antara satu sama lain. Semasa peralihan untuk mencapai kemajuan, mereka beransuransur menuju kepada sistem organ yang lebih kompleks. Haiwan-haiwan ini memaparkan
proses asas evolusi dengan pembentukan struktur baharu, strategi penyesuaian dan
penyesuaian penyebaran yang jauh lebih baik daripada haiwan-haiwan yang sebelumnya.
Sekali gus, mengembangkan potensi mereka untuk mendiami hampir setiap habitat di
udara, akuatik dan dataran dengan jayanya.

Ciri Asas Haiwan Filum Kordata


otokord (Gr. noton, belakang, + L. chorda, kord) adalah ciri asas yang dikongsi
oleh semua haiwan dalam filum ini. Ciri ini sama ada hanya bersifat sementara
semasa awal perkembangannya atau pun ia kekal sepanjang hayat haiwan
tersebut. Ciri-ciri lain ialah turus korda saraf dorsal, celah dan karung farinks,
endostil atau kelenjar tiroid, ekor pasca anal dan otot bersegmen. Ciri-ciri akan
diperincikan kemudian.

B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i 238
Anda telah mempelajari ahli-ahli yang dalam kumpulan yang besar masih boleh dibezakan
antara satu sama lain. Justeru itu, dalam kalangan haiwan Kordata ada beberapa ciri yang
digunakan untuk membezakan mereka. Ciri-ciri itu disusun daripada ciri primitif ke lebih
maju dengan mempunyai skeleton aksial sepanjang hayat
kranium
(vertebrae)
kraniata dengan rahang
tetrapoda (empat anggota gerak)
embrio dengan
membran tambahan.
Rajah 13.1 menunjukkan Kladogram Filum Kordata. Ia menjelaskan bagaimana ciri-ciri
ringkas menjadi lebih kompleks; daripada haiwan Kordata yang primitif sehingga menjadi
haiwan Kordata yang sangat maju. Sebagai contohnya, cuba kita sama-sama memahami
kladogram ini.
Kita mulai dengan ciri asas yang dipunyai oleh semua haiwan primitif dalam filum Kordata,
(A) Protokordata. Mereka berkongsi ciri-ciri notokord, korda saraf dorsal yang berongga,
celah insang, ekor pasca anal dan endostil. Kumpulan ini dinama Subfilum Urochordata
(contohnya tunikat) yang paling primitif dalam kalangan haiwan filum Kordata hanya
memiliki ciri-ciri ini. Subfilum Sefalokordata (contohnya lanselet) mempunyai ciri tambahan
iaitu mempunyai skeleton aksial sepanjang hidupnya dan ia dikenali sebagai (B)
Eukordata (Kordata sebenar). Jika diperhalusi, haiwan Sefalokordata mempunyai struktur
kepala tanpa kranium (Acraniata). Ikan hag dalam kumpulan Myxini mula membentuk
otak, berorgan deria, dan ginjal berglomerulus. Ini menjadikannya lebih maju daripada
Sefalokordata. Namun ketiga-tiga kumpulan haiwan yang tidak mempunyai kranium ini
digolongkan sebagai haiwan Protokordata (awal Kordata). Ciri yang lebih maju ialah
haiwan (C) Kraniata, yang mempunyai kranium dan inilah permulaan kepada haiwan
Subfilum Vertebrata. Apa yang membezakan mereka pula ialah mereka mempunyai
rahang (Gnatha).
Ciri tanpa rahang (Agnatha) ini menyebabkan Sefalaspidomorfi (contohnya Lamprey) lebih
mundur daripada Kondrities (contohnya yu, pari). Kondrities ini dikenali sebagai (D)
Gnatostomata iaitu haiwan berkranium yang turut mempunyai rahang, mempunyai
skeleton rawan dan mempunyai ekor heteroserkal. Ini menjadikan Kondritties lebih
mundur daripada Osteichties yang mempunyai skeleton bertulang dan mempunyai sama
ada pundi renang atau paru-paru. Ikan berskeleton tulang dan mempunyai empat anggota
gerak ini dikenali sebagai (E) Teleostomi; yang terbahagi pula kepada Aktinopterigii (sirip
kaudal homoserkal, pundi renang dan bersirip ruji) dan Sarkopterigii (yang mempunyai
paru-paru).
Sarkopterigii yang mempunyai empat anggota gerak yang bergelang yang menyerupai
kaki menjadi leluhor kepada Amfibia yang mempunyai empat anggota gerak yang
berfungsi untuk pergerakan di daratan sepenuhnya. Kumpulan haiwan ini dikenali sebagai
(F) Tetrapoda. Ciri seterusnya ialah mempunyai embrio dengan membran tambahan.
Kumpulan haiwan ini dikenali sebagai kumpulan (G) Amniota. Amfibia yang tidak
mempunyai sifat ini menjadi lebih primitif dan membezakannya daripada haiwan Mamalia,
Reptilia dan Aves.

B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i 239
(A) Kordata (haiwan dengan notokord pada masa tertentu dalam kitar hidupnya)
(B)Eukordata (Kordata yang mengekalkan skeleton aksial sepanjang hidupnya)
(C) Kraniata (Eukordata yang mempunyai kranium) = Vertebrata
(D) Gnathostomata (Kraniata yang mempunyai rahang)
(E) Teleostomi (ikan bertulang + tetrapoda)
(F) Tetrapoda (Vertebrata dengan empat anggota)
(G) Amniota (tetrapoda dengan embrio yang
mempunyai membran tambahan)
Prokordata

Urokordata Sefalokordata
(Tunikata)
(Lanselet)

Agnatha

Sefalaspidomorfi
(Lamprey)

Myxini
(Ikan hag)

Aktinopterigii
(Ikan bersirip ruji)

Kulit licin,
mulut
penghisap
bercakera;
peringkat larva
panjang; 7
pasang insang

Kulit licin
dengan
kelenjar
lendir,
jantung
primitif

Osteikties
(ikan bertulang)
Sarkopterygii
(Ikan berparu;
Selakant)

Reptilia

Amfibia
(katak,
salamander)

Mamalia
(Kelawar,
Paus)

Kondrikties
(Yu, pari)

Sirip ekor
heteroserkal,
sisik plakoid,
skeleton
rawan)

Testudin
(Penyu,
Tuntong)

Lepidosauria
(Cicak, ular)

Krokodilia
(Buaya)

Tengkorak atas
dan bawah

Rambut,
kelenjar susu
Sirip ekor
homoserkal,
sisik sikloid,
skeleton
bertulang

Aves
(Burung)

Beta keratin dalam epidermis


Telur dengan membran embrio luar
Anggota gerak berpasangan berdigit untuk pergerakan di daratan
Elemen unik dalam skeleton atau sirip bergelang atau berkaki
Paru-paru atau pundi renang terbitan daripada salur makanan, endoskeleton bertulang

Rahang, 3 pasang terusan separuh bulat, sepasang anggota gerak, filament insang sebaris dengan penyokong insang
Dua pasang atau lebih terusan separuh bulat, vertebrae
Kepala terbentuk, otak tiga bahagian, organ deria khusus, ginjal berglomerulus, sepasang atau lebih terusan separuh bulat

Skeleton aksial yang kekal sepanjang hayat, kehadiran otot somit


Notokord; korda saraf dorsal berongga; celah farinks; ekor pasca anus, endostil

Rajah 13.1. Kladogram Filum Kordata

B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 240
Ketiga-tiga kumpulan haiwan Amniota ini dibezakan kerana ciri yang khusus dimiliki oleh
setiap satunya. Mamalia ialah haiwan yang mempunyai rambut, melahirkan anak dan
mempunyai kelenjar susu selain mempunyai suhu badan homoitermik. Reptilia pula
terbahagi kepada tiga kumpulan Testudin, Lepidosauria dan Krokodilia. Ketiga-tiga
kumpulan dalam Reptilia ini dibezakan Akhirnya kumpulan Aves (burung) yang
mempunyai bulu dan tulang berongga.
Sebagaimana dalam tumbuhan, habitat yang didiami oleh organisma primitif bermula di
dalam air kepada haiwan yang boleh mendiami dua alam di air dan daratan, kepada
haiwan yang mendiami daratan, kepada haiwan yang menguasai udara dan kumpulan
haiwan yang sangat maju boleh mendiami ketiga-tiga habitat air, udara dan daratan.

Setakat ini, anda telah mempelajari bagaimana pelbagai haiwan


dikelompokkan mengikut ciri-ciri persamaan dan dipisahkan kerana
mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Anda turut telah mempelajari apakah ciri-ciri yang
dipunyai bersama, ciri-ciri maju dan ciri-ciri mundur dalam kalangan haiwan Filum
Kordata.
Semasa anda di sekolah menengah, pastinya anda pernah mengikuti kelas Biologi yang
turut membincangkan kepelbagaian haiwan peringkat tinggi. Pengelasan secara
tradisional telah diguna pakai untuk mengelompokkan haiwan-haiwan kepada beberapa
kumpulan. Apakah perbezaan yang anda dapati dengan pengelasan yang anda telah
pelajari dalam modul ini?

Apakah Ciri-ciri Kordata?


Dalam bab yang sebelum ini, anda telah didedahkan kepada haiwan
Bilateria (mempunyai dua sisi yang sama) terbahagi kepada Protostomia
dan Deuterostomia. Kesemua ahli Kordata ialah dalam kumpulan Deuterostomia. Keduaduanya mempunyai persamaan kerana mempunyai selom sebenar (Euselomata),
mempunyai pelan tubuh bersimetri bilateral dan bermetamer atau segmetasi. Bolehkah
anda senaraikan ciri-ciri umum yang membezakan haiwan dalam kumpulan ini? Untuk
mengingatkan anda, secara ringkasnya perbezaan kedua-dua kumpulan ini seperti pada
Rajah 13.2.
ecara ringkasnya, haiwan Kordata bersimetri bilateral, tubuh bersegmen, tiga
lapisan germa dan selom yang sebenar. Selain daripada mempunyai ciri-ciri
Deuterostomata, haiwan Filum Kordata boleh dibezakan daripada haiwanhaiwan lain kerana mereka mempunyai ciri-ciri nobel. Ini bermaksud ciri-ciri ini
hanya dimiliki oleh haiwan daripada Filum Kordata sahaja.

B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 241
Ciri-ciri tersebut adalah seperti berikut yang setiap satunya seperti yang diilustrasikan
pada Rajah 13.3.
a.
c.
e.

Notokord
Celah dan karung farinks
Ekor pasca anal

b.
d.
f.

Turus korda saraf dorsal


Endostil atau kelenjar tiroid
Otot bersegmen

PROTOSTOMIA (mulut dahulu)

DEUTEROSTOMIA (mulut kemudian)

1.

Blastofor membentuk mulut,


terbentuk kemudian (sekunder)

2.

Pencerutan embrio secara spiral dan telah


ditentukan.

Pencerutan embrio secara radial tidak ditentukan.

3.

Selom yang terbentuk hasil pembelahan


(schizoselous-selom
terhasil
daripada
pembelahan).

Selom terbentuk dengan pembentukan poket


(enteroselous dan selom terhasil daripada perut)

anus

pula

Blastofor membentuk
kemudian (sekunder)

anus,

mulut

terbentuk

Rajah 13.2. Perbandingan antara haiwan kumpulan Protostomata dan Deuterostomata

Notokod

Turus saraf dorsal

Celah dan karung farinks

dorsal
Segmen-segmen otot
Otak
Endostil atau
Kelenjar Tiroid
Ekor pasca anal

Anus
Arka farinks

Rajah 13.3. Sifat-sifat nobel bagi haiwan Filum Kordata.

Mulut

B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 242
Notokord
Notokord bersifat anjal, struktur seperti
rod, yang terdapat di sepanjang tubuh. Ia
adalah bahagian yang pertama terbentuk
dalam embrio. Kalau anda perhatikan,
notokord bertindak sebagai paksi untuk
pelekatan otot. Otot-otot ini pula dalam
susunan bersegmen yang hanya boleh
diperhatikan pada peringkat embrio.
Namun demikian pada haiwan kordata
yang
primitif,
Protokordata
dan
vertebrata tidak berahang struktur ini
dikekalkan sehingga dewasa. Contohnya
pada
Amphioxus
atau
Lanselet
(Branchiostoma
lanceolatum)
dan

Tunikata. Dalam vertebrata berahang, ia


digantikan sepenuhnya atau secara
beransur-ansur dengan rawan atau
cakera
bergelatin
di
celah-celah
vertebrae.

Tubul Korda Saraf Dorsal

tubul dan membesar di bahagian hujung


anterior dan membentuk otak. Korda
saraf melintasi yang dilindungi dalam
arka neural pada turus vertebrae,
manakala otak diselaputi oleh kranium
yang boleh terbentuk daripada rawan
atau tulang. Dalam embrio manusia,
korda saraf ini berkembang kepada
sistem saraf pusat: otak dan korda
spinal.

Bagi
kebanyakan
haiwan
filum
Invertebrata yang mempunyai korda
saraf, kedudukannya ialah ventral
kepada saluran alimentarinya. Berbeza
dengan haiwan filum Vertebrata, korda
tunggal ini berkedudukan dorsal kepada
saluran alimentari dan notokord. Ia
membentuk

notokord

Tubul korda saraf dorsal

Celah dan Karung Farinks


Anda baru sahaja memahami bagaimana
pembentukan korda saraf dorsal dan
otak dibentuk. Bagaimana pula dengan
pembentukan tiub Eustachian, ruang
tengah telinga, tonsil dan kelenjar
paratiroid?

Celah-celah farinks adalah bukaan yang


menghalakan rongga farinks kepada
persekitaran di luar. Dalam haiwan
Kordata akuatik, dua karung terpisah
merentasi ruang farinks dan bersambung
semula membentuk celah farinks. Pada
haiwan vertebrata Tetrapoda, karung-

B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 243
karung farinks ini membentuk beberapa
struktur yang berlainan termasuklah tiub
Eustachian, ruang telinga tengah, tonsil
dan kelenjar paratiroid.
Farinks yang berpori ini terevolusi
menjadi alat menapis makanan yang
terdapat pada Protokordata. Air yang
mengandungi partikel makanan ini
dibawa masuk dengan tindakan silia
melalui mulut dan mengalir keluar
daripada celah-celah farinks. Di sini
makanan terperangkap dalam mukus.
Dalam vertebrata pula, tindakan silia ini
digantikan dengan pengecutan otot
farinks yang membawa masuk air melalui
farinks.

Endostil atau Kelenjar Tiroid


Satu fakta yang anda perlu ketahui
kelenjar tiroid dan terbitannya hanya
ditemui haiwan Kordata dan tidak dalam
haiwan lain. Dengan penemuan fakta ini,
baharulah Saintis mengaitkan ciri
endostil sebagai ciri nobel Kordata.
Endostil, berada di lantai celah farinks,
merembeskan
mukus
yang
memerangkap partikel makanan yang
kecil dan dibawa masuk ke dalam rongga
farinks.

endostil

Celah dan karung farinks

Penambahan jaringan kapilari darah dan


dinding telap gas dalam arka farinks
membawa kepada pembentukan insang
dalaman. Ini dapat
menjelaskan
bagaimana farinks pada alat penapis
makanan dalam haiwan Protokordata
menjadi organ respirasi dalam haiwan
Vertebrata akuatik.

Endostil ditemui dalam Protokordata dan


larva lamprei. Sebahagian sel dalam
endostil merembeskan protein beriodin.
Pada pendapat anda, apakah sel yang
mempunyai ciri seperti ini pada haiwan
Vertebrata? Sekiranya anda memberikan
jawapan sebagai sel pada kelenjar tiroid,
ia adalah jawapan yang tepat. Sel-sel
pada kelenjar tiroid yang terdapat pada
lamprei dewasan dan haiwan Vertebrata
yang lain dikatakan sebagai mempunyai
ciri homolog kepada sel-sel endostil ini.
Dalam kalangan haiwan Kordata yang
lain, endostil dan farinks yang berpori ini
menjalinkan
kerjasama
untuk
membentuk alat penapis makanan yang
berkesan.

B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 244
Ekor Pasca Anal
Gabungan ekor pasca anal dengan
struktur otot yang bersegment (somatik)
dan notokord membekalkan motiliti
kepada larva tunikata dan amphioxus
untuk berenang dengan bebas. Jika
anda amati, struktur yang terdapat di
bahagian selepas anus ini jelas
memberikan gambaran yang ia terevolusi
untuk memberikan gerakan melonjak ke
hadapan di dalam air. Keberkesanannya
bertambah terutamanya dalam ikan
apabila terbentuknya sirip.

Ekor pasca anal

Ekor pada manusia hanyalah struktur


vestigial (tulang koksiks, satu siri
vertebrae kecil pada hujung turus spina)
berbanding dengan kebanyakan haiwan
mamalia dewasa yang lain mempunyai
ekor yang bergoyang-goyang!!

Rehat sebentar!!!!
Cuba taakulkan kesemua ciri nobel haiwan dalam filum Kordata yang telah terubahsuai
menjadi struktur yang lebih kompleks untuk membolehkan haiwan menjadi lebih maju!!!

Bagi mempastikan anda telah menguasai beberapa konsep yang telah


diperkenalkan setakat ini cuba uji kefahaman anda dengan menjawab soalansoalan berikut.
a.

Terangkan ciri-ciri umum haiwan Filum Kordata. Bezakan struktur yang terdapat
pada Amphioxus sp. dengan Homo sapien.

b.

Senaraikan ciri-ciri lain yang dapat membezakan kesemua subfilum dalam


kalangan haiwan filum Kordata.

Subfilum Sefalokordata
ekarang kita akan meneroka bagaimana beberapa ciri yang terdapat pada setiap
kumpulan haiwan Protokordata dan Agnatha tersesuai dengan fisiologi dan
persekitaran mereka. Subfilum haiwan Kordata yang paling primitif dan paling
awal terpisah daripada kumpulan haiwan Ekinodermata (juga haiwan kumpulan
Deuterostomata) ialah Sefalokordata dan Urokordata. Terdapat beberapa pendapat yang

B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 245
membincangkan di antara kedua-duanya yang mana yang lebih primitif. Perbincangan
yang sering kita perdebatkan antara telur dan ayam yang mana wujud terlebih dahulu?
Mari kita mempelajari lanselet (Branchiostoma sp.) haiwan yang mewakili kumpulan
Sefalokordata (Gr. kephale, kepala + L. chorda, korda). Anda pernah menonton filem
berjudul Lancelots? Lancelot ialah perwira yang sangat setia kepada King Arthur, Raja
England satu ketika dahulu. Kesemua mereka dianugerahkan pedang semasa dilantik
sebagai lanselot. Perkataan itu digunakan untuk menerangkan morfologi lanselet. Ia
berbentuk bilah pedang (Rajah 13.4).

Rajah 13.4 Lanselet (Amphiouxus lanceolatus/Branchiostoma lanceolatus), larva (L) dan


dewasa (D).
A Sirip beruji
B Korda saraf
E Farinks dengan celah insang
I Liang atrio
J Mionem

C Notokord
D Tentakel
F Sekum pencernaan (hepatik)
G Usus
K Anus
L Ekor
M Gonad

H Atrium

Lanselet berukuran antara 3 hingga 7 cm panjang. Mereka juga dikenali sebagai


Amphioxus (Gr. amphi, dua hujung + oxys, tajam) tetapi kini dikenali sebagai
Branchiostoma (Gr. Branchia, insang + stoma, mulut/bukaan). Kalau anda perhatikan,
lanselet haiwan yang menarik kerana mempunyai struktur yang paling ringkas tetapi
menepati ciri-ciri nobel haiwan Kordata. Cuba senaraikan kelima-lima ciri tersebut.

ADAPTASI LANSELET
emasa dalam bentuk larva, lanselet memerangkap plankton dalam
persekitarannya. Pergerakan mereka berselang-seli daripada berenang dan
menjadi pasif. Apabila dewasa, mereka lebih banyak berada pada bahagian
lantai lautan dengan bahagian posterior terbenam ke dalam pasir. Hanya
bahagian anteriornya yang terdedah kepada air. Gambarkan bagaimana mereka
memerangkap makanan? Cuba hubung kaitkan dengan peranan farinks dengan celah

B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 246
insang dan permukaan tubuhnya yang bermukus. Apakah fungsi sekum hepatik?
Bagaimanakah pula mereka menjalankan proses pengangkutan?
Selepas sahaja makanan memasuki mulutnya yang didesak oleh silia yang terdapat
dalam kaviti buccal. Makanan melepasi celah farinks dalam farinks dan terperangkap
dalam mukus. Di sinilah partikel makanan yang halus dipisahkan oleh mukus dan dihantar
ke sekum hepatik. Setibanya di sini, ia terfagositosis dan dihadam secara intraselular.
Sebagaimana tunikata, air yang ditapis melalui atrium terlebih dahulu dan meninggalkan
tubuhnya melalui liang atrio.
Sebagai haiwan yang lebih maju tetapi sangat ringkas, mereka mampu menjalankan
pengangkutan tertutup yang kompleks. Prosesnya menyamai Pisces tetapi tanpa jantung.
Darah dipam ke hadapan dalam aorta vental secara pengecutan mirip seperti peristalsis
oleh dinding tiub dan dihantar ke bahagian atas menerusi cabang arteri dalam arka insang
dan seterusnya ke aorta dorsal. Dari sini, darah diangkut kepada tisu-tisu tubuh melalui
kapilari dan dikumpulkan di vena yang mengembalikan darah ke aorta ventral. Darah
mereka tidak berwarna, tiada eritrosit dan juga tanpa hemoglobin.
Seperti yang ditunjukkan pada dalam Rajah 13.4, sistem saraf berada di bahagian dorsal
di atas daripada notokord. Organ sarafnya juga ringkas dengan otak hanyalah vesikel
yang terdapat di bahagian hujung anterior korda saraf.
Haiwan ini mempunyai jantina berasingan (diesius). Gamet dilepaskan dalam atrium dan
melalui liang atrio untuk dikeluarkan ke persekitaran supaya dapat disenyawakan. Larva
menetas sejurus telur disenyawakan dan beransur-ansur memperoleh bentuk haiwan
dewasa.

Inilah keajaiban ciptaan yang Maha Kuasa. Seringkas mana pun


organisma terbentuk, mereka masih mampu hidup dan terus mandiri
sebagaimana haiwan yang lebih maju. Seperti lanselet, mereka memenuhi untuk berada
dalam Filum haiwan Kordata dengan sempurna. Mereka dianugerahi dengan beberapa
struktur seperti sekum hepatik yang merembeskan enzim pencernaan, otot bersegmen
yang membenarkan pergerakan ke kiri dan ke kanan.
Kesemua ini adalah struktur asas untuk mencapai struktur yang lebih kompleks dan
efisyen yang disesuaikan untuk haiwan yang lebih maju. Justeru, sekumpulan saintis
bersetuju subfilum ini yang paling primitif berbanding dua subfilum yang lain, Urokordata
dan Vertebrata.

B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 247

Subfilum Urokordata
ubfilum Urokordata (Gr. oura, tail + L. chorda, korda, + ata, dengan ciri)
memperoleh nama ini kerana semasa larva mereka ialah kordata yang berekor
dan lebih dikenali sebagai tunikata. Kebanyakan individu dewasa bagi organisma
mempunyai sifat sesil (tidak berenang). Walaupun semasa larva, mereka
mempunyai bentuk berudu yang bersaiz mikroskopik tetapi mempunyai kesemua ciri-ciri
nobel haiwan Filum Kordata. Semasa larva mengalami metamorfosis, notokord (yang
hanya terdapat di bahagian ekornya) dan ekornya mengecil dan hilang, sementara korda
saraf dorsalnya mengecil menjadi ganglion tunggal (Rajah 13.5). Daripada penerangan di
atas, cabaran untuk anda ialah, lengkapkan pelabelan untuk Rajah 13.5 untuk larva.

Air masuk

Farinks
dengan
celah insang
Tunik
Atrium
Air
keluar
Anus

Usus
Esofagus
Perut

jantung

Rajah 13.5 Tunikata, Ciona sp., dewasa (D) dan larva (L).

Anda tentu telah mempelajari haiwan Filum Porifera yang mempunyai dua bukaan untuk
aliran air masuk dan keluar. Begitu juga dengan tunikata, terdapatnya dua sifon untuk
tujuan yang sama. Apabila makanan dibawa masuk ke dalam bahagian ventral tengah
farinks, terdapat satu alur yang menempatkan endostil yang bersilia dan bermukus. Cuba
ingat semula, apakah peranan endostil ini dan lakarkan pada Rajah 13.5 bagaimanakah
pergerakan makanan berlaku, di manakah ia dihadam dan juga bahan kumuh
dikeluarkan?
Bagaimana pula dengan sistem pengangkutannya? Dalam tunikata, jantung terdapat di
bahagian tengah tubuhnya dengan dua saluran di setiap sisi. Satu ciri yang hanya khusus
untuk tunikata dan tidak pada Kordata yang lain ialah jantungnya mengepam darah ke
satu arah untuk beberapa saat, berhenti sebentar dan mengepam pula ke arah yang
bertentangan.

B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 248
Berbanding dengan Amphioxus yang diesious, tunikata haiwan hermoprodit. Sel germa
dibawa keluar melalui sifon aliran keluar dan persenyawaan silang berlaku.
Sekali lagi cuba bandingkan kedua-dua larva dan dewasa haiwan tunikata ini. Apakah ciriciri nobel haiwan Kordata yang masih dikekalkan dalam haiwan dewasa dan ciri mana
pula yang disingkirkan? Sekiranya jawapan anda endostil dan celah farinks sahaja yang
masih diwarisi haiwan dewasa, dan anda turut mendapati ciri-ciri notokord, ekor dan tubul
korda saraf dorsal yang telah digugurkan; bermakna anda telah menguasai ciri-ciri nobel
Kordata dengan baik.
Masihkah anda ingat pada persoalan yang dikemukakan pada awal perbincangan kita
tentang antara kedua-dua subfilum ini mana yang paling primitif? Saintis menggunakan
teknik ekspresi gen Hox yang mengawal pembentukan otak yang merupakan ciri penting
untuk subfilum seterusnya iaitu Vertebrata yang mempunyai kraniata.
Anda telah mempelajari Lanselet membentuk stuktur yang membengkak pada hujung
anterior korda saraf dorsalnya. Saintis mendapati ekspresi gen Hox yang terdapat dalam
struktur ini sama seperti yang membentuk otak hadapan, otak tengah dan otak belakang
dalam vertebrata. Justeru, mereka mencadangkan yang otak vertebrata adalah struktur
yang diwarisi daripada lanselet.
Bagi saintis yang mengkaji tunikata pula mendapati gen yang dikaitkan dengan subfilum
vertebrata ialah organ-organ jantung dan kelenjar tiroid. Sebaliknya, tunikata pula tidak
langsung mempunyai perkaitan dengan transmisi impuls saraf dengan vertebrata. Ini
membuktikan yang gen ini hanya muncul dalam kalangan vertebrata unik dalam titisan
evolusi haiwan vertebrata.
Kedua-dua kumpulan saintis ini mempunyai fakta yang tersendiri untuk menerangkan
hubungan haiwan subfilum Urokordata dan Sefalokordata dalam filum Prokordata
berevolusi dan bermodifikasi menjadi haiwan yang lebih maju dalam subfilum Vertebrata.
Terserahlah kepada anda untuk berpihak kepada kumpulan yang mana satu!

Rehat sebentar!!

Fakta yang anda perlu ketahui. Walaupun larva Tunikata hanya berusia beberapa minit
sebelum ia bertukar menjadi dewasa, ciri-ciri yang dipamerkan sangat penting untuk
meletakkannya sebagai haiwan dalam filum Kordata!

B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 249

Penyesuaian yang menjadikan Subfilum Vertebrata


lebih Maju
ika dibandingkan haiwan Subfilum Vertebrata dengan haiwan-haiwan Protokordata
ini, saiz mereka sangat besar dan memerlukan penyesuaian fisiologi untuk
memastikan mereka mandiri dalam persekitaran yang lebih mencabar. Begitu juga
mereka perlu dilengkapi dengan mekanisme yang lebih berkesan untuk
menangkap mangsa dengan proses pencernaan yang lebih maju untuk menampung
kadar metabolisme yang tinggi.

Haiwan Prokordata berada di dalam kumpulan ini kerana mereka hanya mempunyai ciriciri nobel haiwan Kordata. Untuk haiwan-haiwan yang berada selepas daripada ini,
terdapat beberapa ciri seperti vertebrae dengan kraniata, rahang, empat anggota gerak,
embrio dengan membran tambahan menjadikan haiwan Subfilum Vertebrata melonjak
menjadi haiwan yang sangat maju.
Adaptasi seterusnya ia mempunyai simpanan lemak di dalam ekornya yang turut ditemui
pada Tasmanian devil. Kakinya lebar dan bercantum berciri plastik menjadikan ia paling
mirip kepada itik yang digunakan untuk berjalan di daratan. Kedudukan anggota geraknya
yang terletak di sisi badan, menjadikannya lebih mirip kepada reptilia. Suhu badannya
320C dan bukannya 370C seperti kebanyakan mamalia berplasenta yang lain. Seperkara
lagi, mereka mempunyai 10 kromosom jantina berbanding hanya dua dalam mamalia!!
Platypus jantan mempunyai kromosom XYXYXYXYXY!! Genomnya yang telah disekuens
menunjukkan ia mempunyai elemen 80% mamalia dan bakinya daripada reptilia, burung,
amfibia dan ikan. Mungkinkah kesemua ciri yang dipamerkan oleh platipus ini mewakili
sebahagian kecil Monotremata yang Berjaya mandiri hasil daripada penyesuaian terhadap
persekitaran yang ekstrim semasa berlakunya Hanyutan Benua suatu ketika dahulu?

Subfilum Vertebrata mempunyai kepelbagaian yang sangat tinggi dan dalam modul ini ia
dibahagikan kepada dua bahagian; Gnatostomata (ikan dan keluarganya) yang
dibincangkan bersama-sama unit ini dan Tetrapoda (Amfibia, Reptilia dan Burung serta
Mamalia yang dimasukkan dalam unit seterusnya.

Subfilum Vertebrata

ubfilum Vertebrata (L. vertebratus, tulang belakang) mengandungi kesemua


haiwan yang mempunyai ciri tulang belakang. Ciri ini diperkembangkan kepada
beberapa ciri yang lain yang seterusnya membezakan satu kumpulan haiwan
vertebrata dengan kumpulan yang lain.

B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 250
Apakah adaptasi umum haiwan Subfilum Vertebrata untuk penyesuaian dengan saiz yang
lebih besar dan pergerakan yang lebih aktif? Modifikasi pada skeleton dan otot
mengizinkan pergerakan yang lebih pantas. Untuk haiwan yang lebih maju, adaptasi
diperoleh dengan modifikasi untuk ciri-ciri mengesan, memerangkap dan menghadamkan
makanan. Mereka juga perlu kesemua adaptasi ini untuk menyokong kadar metabolik
yang semakin tinggi.

Notokod
Ciri yang termodifikasi ialah notokord telah digantikan dengan satu turus vertebrae yang
keras dan terpisah termasuklah sebahagian yang menjadi rahang terletak berhampiran
dengan kraniata (kepala). Kraniata hidup yang ada pada masa ini berkongsi ciri-ciri yang
membezakan mereka daripada kordata lain. Hasil daripada dupliasi gen, kraniata
mempunyai dua set atau lebih gen Hox (lanselet dan tunikata hanya mempunyai satu set).
Kumpulan gen yang menghasilkan molekul permulaan dan faktor transkripsi turut
diduplikasi. Penyebaran sekuen dalam gen yang terduplikasi ini mengarah kepada
bertambahnya kekompleksian genetik. Inilah yang membolehkan kraniata mempunyai
morfologi yang lebih kompleks.
Apakah ciri yang diperolehi daripada modifikasi kraniata ini? Sel-sel neutral yang terhasil
berhampiran dengan sepanjang tiub neutral menyebar ke seluruh tubuh yang menjadi
struktur termasuklah gigi, sesetangah tulang dan rawan tengkorak, bahagian lapisan
dalam kulit (dermis) di kawasan muka, beberapa jenis neuron dan kapsul deria yang
menbentuk mata dan organ-organ deria yang lain.

Celah Farinks
Bagi haiwan kraniata akuatik, celah farinks berevolusi menjadi celah insang. Jika dalam
lanselet, struktur ini digunakan untuk pemakanan secara saringan. Kini celah insang
berhubung dengan otot dan saraf yang membenarkan air dipum melalui celah-celahnya.
Pengepaman ini membantu pengambilan makanan dan turut membantu pertukaran gas.
Apakah struktur yang dibentuk dalam kraniata yang tinggal di darat? (Hal ini telah
diterangkan semasa ciri-ciri nobel haiwan Kordata dibincangkan di awal modul ini.)
Haiwan Kraniata yang lebih aktif daripada Prokordata juga mempunyai kadar metabolisme
yang tingi dan sistem otot yang lebih baik. Haiwan diadaptasi untuk mempunyai otot di
sepanjang
saluran
pemakanan
untuk
membantu
penghadaman
dengan
menggerakkannya dalam saluran. Ini dapat dilakukan dengan modifikasi otot skeletalnya.

B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 251

Otot Skeletal
Apabila haiwan Vertebrata memperoleh tulang belakang (vertebrae) sekali gus
memberikannya ciri endoskeletal (skeleton dalaman). Ciri ini jauh lebih ekonomik
berbanding dengan skeletal luaran (eksoskeleton) yang terdapat pada haiwan Artropoda.
Endoskeleton memberikan peluang untuk haiwan Vertebrata mendapatkan saiz yang tidak
terhad dan menjadikannya organisma yang terbesar untuk kedua-dua akuatik (paus) dan
daratan (gajah).
Bagaimana ciri ini berfungsi? Otot bersegmen boleh dilekatkan kepada skeletal ini yang
merupakan perancah. Otot ini juga telah berubah daripada bentuk V dalam Sefalopoda
kepada bentuk W. Kompleks yang terbina ini membekalkan kuasa pengawalan ke atas
badan yang semakin bertambah ukurannya.

Dari Skeletal Rawan Ke Skeletal Tulang


Pada mulanya skeletal terbina daripada rawan tetapi digantikan dengan tulang. Anda
telah pun didedahkan yang semua embrio Vertebrata mempunyai anatomi yang hampir
sama. Tahukah anda bahan yang membina rangka skeletal embrio? Ya, rawan. Rawan
digunakan kerana ia mempunyai kadar tumbesaran yang cepat dan anjal sangat sesuai
untuk membina kerangka skeletal. Bagi sesetengah ikan primitif seperti Ostraderm, ciri
kulit sisik bertulang memberikannya perlindungan daripada pemangsa.
Kita juga harus ingat yang haiwan Vertebrata masih mengekalkan ciri eksoskeletalnya
walaupun telah dimodifikasi secara meluasnya. Ciri ini telah dimajukan menjadi sisik pada
ikan. Pada Vertebrata lain, ia menerima ciri tambahan dengan adanya struktur keratin
yang diterbitkan daripada epidermis menjadi sisik pada Reptilia, bulu pada Aves dan
rambut pada Mamalia. Bahan yang sama juga didapati pada kuku dan tanduk.
Selain daripada dua ciri di atas, Vertebrata beradaptasi dengan modifikasi untuk
meningkatkan kecekapan sistem fisiologinya termasuk sistem penghadaman, respirasi
dan peredaran.

Penambahbaikan Kepada Sistem Fisiologi


Untuk memastikan haiwan Vertebrata mendapatkan tenaga dengan cepat, kadar
metaboliknya mesti dipertingkatkan. Justeru, sistem fisiologinya perlu dimodifikasi.
Masihkah anda ingat yang sebelum ini, farink yang berliang berevolusi menjadi alat
penapis makanan haiwan Prokordata yang lebih primitif yang hanya dilengkapi dengan
silia dan mukus untuk menggerakkan air bagi memerangkap partikel makanan yang kecil.

B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 252
Dalam haiwan Vertbrata, Kraniata juga mempunyai jantung dengan sekurang-kurangnya
dua ruang, sel darah merah dengan hemaglobin, dan ginjal yang mengeluarkan bahan
kumuh daripada darah.

Bandingkan ciri-ciri haiwan Kraniata dengan Prokordata dengan merujuk kepada ciri-ciri
baharu yang terhasil daripada modifikasi ciri-ciri sebelumnya.

AGNATHA DI MANAKAH KEDUDUKAN IKAN HAG?


Kumpulan haiwan yang paling asas dalam kraniata ialah
Myxini yang ahlinya ialah ikan hag. Fosil hidup ini
mempunyai tengkorak daripada rawan, tetapi mereka tidak
mempunyai rahang dan vertebrae. Mereka berenang seperti
pergerakan ular dengan menggunakan otot bersegmen
yang mengenakan tekanan terhadap notokord yang
dikekalkan sehingga dewasa. Mereka mempunyai otak yang
kecil, mata, telinga dan liang nasal yang disambungkan
kepada farinks. Di sekeliling mulutnya terdapat struktur
seperti gigi yang dibina daripada protein keratin untuk
memerangkap mangsa atau sisa-sisa makanan di dasar
laut.

ajian molekular yang dijalankan cuba untuk merungkaikan kontraversi kedudukan


ikan hag ini. Isunya adakah ikan hag ini jenis vertebrata-ikan yang tergenerasi
(yang sangat rapat kepada lamprei) atau ia mewakili satu peringkat evolusi turus
vertebrae (seperti dalam lanselet). Asalnya, dalam skema pengelasan ikan hag
dan lamprei kedua-duanya dimasukkan dalam kumpulan Siklostomata (Agnatha-tanpa
rahang), sebagai kumpulan vertebrata yang paling tua yang mandiri bersama-sama
Gnatostomata (berahang). Pada masa kini, skema alternatif mencadangkan vertebrata
berahang (Gnatostomata) lebh rapat pertaliannya kepada lamprei daripada ikan hag (ini
bermaksud ikan lamprei tersenarai dalam Subfilum Vertebrata dan mengeluarkan ikan
hag daripada senarai.) Skema ini mengenalkan kategori baharu Kraniata ke dalam
Subfilum Vertebrata. Secara ironinya, pembuktian DNA yang dijalankan masih
menyokong skema asal yang diperkenalkan!

Pada pandangan anda adakah ikan hag memerlukan struktur baharu untuk membantunya
bergerak dengan lebih pantas? Cuba kaitkan dengan tabiat pemakanan mereka.

B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 253

Ikan hag boleh menghasilkan lendir sehingga beberapa liter kurang daripada seminit jika
ia diserang. Ciri lendir ini sedang dikaji oleh para doktor dan jurutera untuk
memanfaatkannya untuk menghasilkan lendir tiruan yang boleh digunakan untuk gel
pengisi ruang dan mungkin juga untuk menghindarkan pendarahan semasa pembedahan.

Sekarang kita akan mendalami pula kumpulan Agnatha yang lebih maju dalam Subfilum
Vertebrata dengan memperoleh ciri tulang belakang. Ciri adaptasi yang diperolehi
kumpulan ini membolehkannya mendapatkan makanan dan menghindari daripada
diserang pemangsa dengan gerakan yang lebih pantas.

Sekali lagi anda diperlukan untuk mengingat semula duplikasi gen Hox yang
menghasilkan ciri-ciri tambahan. Vertebrata yang di akuatik mendapat ciri sirip dorsal,
ventral, ventral dan juga anal yang diperteguhkan dengan struktur tulang dipanggil sirip
rugi yang memberikan keanjalan untuk ikan berenang untuk mendapatkan makanan atau
menjauhi pemangsa. Seterusnya adaptasi insang untuk menjadikan pertukaran gas lebih
efisyen dan pergerakan berenang menjadi lebih pantas. Kumpulan Agnatha yang berada
di antara Ikan Hag dan kumpulan ikan yang lebih maju Kondritchties ialah
Sefalospidomorfi yang diwakili oleh lamprei.
Nampaknya anda telah mempelajari sebahagian daripada haiwan daripada Filum Kordata
yang terdiri daripada kumpulan Prokordata dan Agnatha. Semua haiwan yang
dibincangkan dalam unit ini mempunyai ciri-ciri asas yang akan diadaptasi dan
dikembangkan dalam haiwan Kordata yang lebih maju. Sehingga kini ciri-ciri haiwan
Filum Kordata yang telah anda pelajari ialah ciri-ciri nobel, kraniata dan bukaan mulut.

Lamprei laut
(Petromyzon marinus)

Lamprei
(Petromyzontida),
vertebrata
yang
terawal
memperoleh ciri tulang belakang. Lamprei mempunyai ciri
parasit dengan mengepit mulut tidak berahangnya kepada
mangsa. Lidahnya yang bergerigi digunakan untuk
mencengkam dan menyedut darah mangsa. Semasa larva,
lamprei
mendapatkan
makanan
secara
menyaring
makanannya dan menghabiskan masa dalam sedimen seperti
lanselet. Beberapa spesies lamprei berada dalam bentuk larva
dalam jangka masa yang panjang untuk menjadi dewasa.
Seterusnya menjalankan proses mengawan dan mati.
Skeletonnya masih dibina daripada rawan tetapi tanpa
kolagen. Ciri ini membezakannya daripada ikan Kondrichties.

B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 254

SUBFILUM VERTEBRATA

ubfilum Vertebrata mempunyai bilangan ahli yang terbesar dan perlbagai.


Kemajuan yang dicapai menjadikan mereka boleh mendiami hampir seluruh
habitat di pelosok dunia ini. Apa yang mengkagumkan ialah kesemua haiwan ini
berasal daripada leluhor yang sama (monofiletik, mono, satu; filetik, asal-usul).

Apakah inovasi utama yang diperolehi mereka? Kita telah pelajari haiwan yang terdahulu
hampir tidak mempunyai otak, memerangkap makanan dengan menapisnya, mereka
mempunyai tulang hasil daripada rembesan mineral yang menjadi keras. Vertebrae, satu
siri segmen tulang atau rawan yang menggantikan notokord untuk berpasangan dengan
otot. Turus vertebrae ini menjadi sebahagian daripada skeleton dalam menjadi lebih anjal.
Penyatuan antara vertebrae dan otot meningkatkan kebolehpergerakan dan tulang yang
keras membolehkan pengecutan yang lebih kuat. Hasilnya? Haiwan berahang yang anjal,
bergerak pantas yang mendominasi lautan. Kita akan sama-sama mempelajari
bagaimana kemandirian ini diperoleh hasil daripada kemajuan anggota gerak Tetrapoda,
embrio dengan membran tambahan, neural sabit, beberapa organ dalaman utama, dan
skeleton dalam.
Setelah mendapat ciri vertebrata, rahang mencorakkan evolusi haiwan vertebrata menjadi
struktur yang menyokong celah insang dalam farinks. Ini adalah satu inovasi nobel yang
menghasilkan kepelbagaian mekanisme mendapatkan makanan. Selain daripada itu,
mekanisme mempertahankan diri juga dipertingkatkan. Sebagai contohnya ikan
memperoleh mata yang lebih baik untuk mengesan pemangsanya atau pun otak yang
lebih besar untuk mencari cara melepaskan diri. Corak dalam organ deria dan sistem
saraf yang bermula daripada vertebrata primitif terus menjadi semakin kompleks dan maju
dalam vertebrata daratan.
Sirip yang mengalami evolusi juga satu inovasi yang membantu untuk pergerakan
melonjak ke hadapan, semakin stabil, dan memandu tubuh di dalam air. Sesetengah ikan
mendapat struktur sirip ventral dengan sokongan daripada skeleton dalam adalah
permulaan kepada anggota gerak. Sirip yang berskeleton, mempunyai otot bermodifikasi
untuk berfungsi sebagai kaki atau tangan mahu pun kepak yang berevolusi dalam
kalangan amfibia, reptilia, burung dan mamalia.
Anjakan dalam sistem respirasi juga mencorakkan kemajuan dalam Vertebrata. Jika
dalam lanselet, oksigen dan karbon dioksida meresap merentasi kulit. Kemudiannya
dalam vertebrata awal, pasangan insang mula terevolusi. Insang merupakan organ yang
lembap, lipatan yang sangat nipis yang dibekalkan dengan saluran darah. Struktur ini
menjadi permukaan yang luas untuk pertukaran gas antara persekitaran dan tubuh.
Oksigen meresap daripada air dalam mulut ke dalam saluran darah di antara setiap
insang sementara karbon dioksida pula meresap ke dalam air sekelilingnya.

B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 255
Insang menjadi lebih efisyen dalam ikan yang bersaiz lebih besar dan aktif. Insang tidak
boleh berfungsi jika berada di luar persekitaran berair. Permukaan nipis ini melekat antara
satu sama lain. Dalam ikan yang merupakan leluhor kepada vertebrata daratan
membentuk dua kantung yang berkembang atas dinding saluran pemakanan dan
terevolusi menjadi paru-paru; struktur yang masih lembap di dalam persekitaran dalam
tubuh. Insang digantikan dengan paru-paru sewaktu vertebrata mula menakluki daratan.
Penyesuaian ini menjadikan organ jantung meningkatkan pengambilan oksigen dan
pengeluaran karbon dioksida. Vertebrata daratan lebih bergantung pada paru-paru
daripada insang mereka. Kecekapan sistem pengangkutan seiring dengan evolusi paruparu.
Justeru, dalam era Karboniferous, plakoderma dan lain-lain ikan berahang pupus dengan
kebangkitan pemangsa yang lebih pantas dan bijak menggantikan mereka di lautan.
Melalui penyesuaian dalam inovasi utama yang diterangkan di atas, bersama-sama nasib
yang menyebelahi mereka, pewaris ikan tanpa rahang dan berahang berjaya mandiri
sehingga ke hari ini.

Ikan Bertulang Rahang dan Kebangkitan Haiwan Tetrapoda


ajah 13.6 menunjukkan bagaimana kesemua inovasi utama yang dibincangkan di
atas diadaptasi dengan baik dalam kalangan haiwan vertebrata dan ditunjukkan
dalam Kladogam ini.

R
Tunikat
a

Lanselet

Ikan
Hag

Lamprei

Ikan
rawan

Ikan
bersirip
rugi

Ikan
bersirip
lobus

Ikan
paruparu

Amfibia

Reptilia

Aves

Mamalia

Amniota

Tetrapoda

Rahang
Vertebrata
Kraniata
Leluhor
Kordata

Rajah 13.6

Kladogram filum Kordata.

Paru-paru
atau pundi
renang

B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 256
Dalam kalangan empat kumpulan ikan, hanya satu yang mempunyai skeleton rawan
manakala yang lainnya berskeleton tulang. Kesemua kumpulan Vertebrata Moden
mengalami evolusi semasa penyebaran dengan penyesuaian kraniata berahang. Rahang
ialah turus vetebrae, sirip berpasangan, dan paru-paru adalah kunci utama kemajuan
untuk kewujudan ikan moden, amfibia, reptilia, burung, dan mamalia.

IKAN BERAHANG

Tahukah anda?
Ikan, kumpulan Vertebrata yang paling
dominan, dengan bilangan dan diversiti
yang paling tinggi.

ebelum ini anda telah diperkenalkan dengan kraniata tanpa rahang seperti Ikan
hag dan lamprei yang tidak berahang. Terdapat sekumpulan haiwan lagi dengan
rahang dikenali sebagai Superkelas Gnatostomata (Gr. gnathos, rahang + stoma,
bukaan/mulut). Gnatostomata telah mengatasi bilangan kumpulan haiwan
kraniata tanpa rahang dan contoh-contohnya ialah jerung, ikan bersirip ruji, ikan bersirip
lobus, amfibia, reptilia (termasuk burung) dan mamalia.

Rahang, satu struktur yang dilengkapi gigi membolehkan haiwan gnatostomata


memegang makanan dengan lebih kuat dan mengoyakkannya. Hipotesis yang
dikemukakan bagi menerangkan pembentukan rahang ini menyatakan struktur ini
berevolusi dengan modifikasi dua pasang turus atau rod skeleton (berwarna hijau dan
merah) yang menyokong bahagian anterior celah insang farinks (Rajah 13.7). Baki celah
farinks ini tidak diperlukan lagi untuk menapis makanan ini berfungsi sebagai tapak utama
untuk pertukaran gas respirasi dengan persekitaran luar. Jika anda berminat boleh layari
http://www.pnas.org/content/107/25/11441.full.pdf+html untuk keterangan lanjut tentang
hipotesis ini.

Celah insang

Kranium

Mulut
Rod skeleton

Rajah 13.7 Pembentukan rahang dalam kalangan haiwan gnatostomata.


Selain daripada haiwan-haiwan ini berkongsi ciri rahang, mereka juga mengalami
perubahan untuk menggandakan bilangan gen Hox. Dalam kalangan haiwan Kordata
mundur, mereka hanya mempunyai satu set gen ini. Dalam haiwan gnatostomata, ia telah
digandakan sebanyak empat kali. Malahan, genom haiwan ini turut digandakan.

B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 257
Perubahan ini membolehkan ciri-ciri nobel selain daripada rahang turut dihasilkan. Otak
hadapan mengalami pertambahan saiz dan menambah kepada kecekapan organ deria
seperti bau dan penglihatan. Ciri lain yang diperoleh haiwan gnatostomata akuatik ialah
sistem garisan lateral, organ yang membentuk garisan di setiap sisi badan yang sensitif
kepada getaran dalam air di sekeliling mereka.

Kondrichties
erung dan ikan pari adalah antara pemangsa yang bersaiz besar saiz dan yang
paling berjaya di lautan. Mereka ini tergolong dalam Kelas Kondrichties yang
bermaksud bertulang rawan. Ini bukan bermakna keseluruhan skeleton terbina
hanya daripada rawan tetapi terdapat juga kalsium yang mengukuhkannya!
Kondrichties terbahagi kepada dua kumpulan dengan jerung, ikan pari sebagai ahlinya
dan kumpulan lain terdiri daripada ratfish atau kimaera (Rajah 13.8a-c).

Rajah 13.8 Beberapa contoh Kondrichties. (a) Jerung (Carcharhinus sp.), (b) Ikan pari
(Dasyatis sp.) dan (c) Kimaera (Hydrolagus sp.).
Kebanyakan jerung mempunyai tubuh yang berbentuk torpedo dan perenang yang
meluncur laju tetapi dengan keseimbangan yang tidak begitu baik. Sirip kaudal banyak
membantu dengan melonjakkan tubuh ke hadapan. Begitu juga dengan bantuan sirip
dorsal, pelviks dan pektoral. Jerung mengekalkan daya keapungannya dengan amaun

B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 258
minyak yang disimpan dalam hatinya bersama-sama beban beratnya yang menjadikannya
terus terapung. Ciri ini turut membantunya untuk terus bernafas untuk proses pertukaran
gas respirasi. Namun begitu, mereka juga banyak berehat di lantai lautan dan semasa ini,
pernafasan dibantu oleh otot pada rahang dan farinks yang mengepam air menyelaputi
insang.
Makanan jerung dan ikan pari ialah plankton. Jerung juga karnivor dan memerlukan gigi
yang tajam untuk mengoyak pemangsanya. Gigi yang rosak diganti dengan barisan gigi
yang secara beransur-ansur bergerak ke hadapan. Walaupun saluran makanan mereka
agak pendek berbanding dengan vertebrata lain, ususnya berbentuk spiral berinjap yang
disesuaikan untuk meningkatkan luas permukaan dan melambatkan pergerakan makanan
untuk melalui saluran makanan.
Kehidupan di lautan disesuaikan dengan deria penglihatan yang tajam walaupun mereka
sebenarnya tidak boleh membezakan warna. Mereka mempunyai nostril tetapi bukan
untuk bernafas dan hanya berfungsi sebagai deria bau (olfaktori). Jerung tidak
mempunyai cuping telinga yang digunakan untuk mentransmitkan gelombang bunyi
kepada organ auditori dalam haiwan daratan. Jadi, bagaimanakah mereka boleh
mendengar? Bunyi diterima melalui air dan seluruh tubuh badannya mentransmisikan
bunyi kepada organ pendengaran telinga dalamnya.
Penyesuaiannya seterusnya ialah telur jerung disenyawakan secara dalaman. Jerung
jantan mempunyai klasper pada sirip pelviks untuk memindahkan sperma ke dalam
saluran pembiakan jerung betina. Ada juga jerung yang membiak secara oviparous,
bermaksud telur menetas di luar tubuh ibunya. Bagaimana jerung memastikan telurnya
selamat? Mereka membungkus telur dengan lapisan perlindungan. Apakah istilah yang
digunakan untuk menerangkan telur yang telah disenyawakan dan berkembang dalam
saluran oviduk? Adakah jawapan anda ovoviviparus? Ia bermaksud embrio menerima
makanan daripada telur kuning, berkembang dan menetas dalam uterus dan dilahirkan.
Sesetengah pula adalah viviparus. Perkembangan embrio bergantung pada makanan
daripada ibunya melalui plasenta pundi yolka, menyerap cecair makanan daripada uterus
atau dengan memakan telur lain. Terdapat juga kloaka yang merupakan satu bukaan
untuk kedua-dua sistem penghadaman dan sistem perkumuhan.
Walaupun ikan pari berkongsi kumpulan yang sama dengan jerung, mereka mempunyai
gaya hidup yang berbeza. Kebanyakan mereka mendiami kawasan yang paling dalam
dan memakan moluska dan krustasea menggunakan rahangnya. Sirip pektoral yang
besar bertindak seperti sayap dan bentuk tubuh yang leper memudahkan pergerakan
dalam air. Ekornya yang panjang dan dalam beberapa spesies dilengkapi dengan bahan
beracun menjadikannya berfungsi sebagai alat pertahanan.

B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 259

IKAN BERSIRIP RUGI DAN BERSIRIP LOBUS

ebanyakan Vertebrata tergolong dalam gnatostomata yang dipanggil Osteiches


(ikan bertulang). Tidak seperti Kondrichties, hampir kesemua mereka
mempunyai endoskeleton bertulang dengan kalsium fosfat (Rajah 13.9).

Rajah 13.9 Beberapa contoh Osteichties. Ikan trout (a), ikan keli (b), ikan gelama (c), dan
ikan kembung (d).
Kebanyakan ikan ini bernafas dengan menyedut masuk air menyelaputi empat atau lima
pasang insang yang terletak dalam ruang yang dilindungi oleh operkulum. Air masuk ke
dalam mulut melalui farinks, dan keluar di antara insang disebabkan pergerakan
operkulum dan pengecutan otot-otot di sekeliling ruang insang.
Kawalan keapungan ikan bertulang berbeza dengan ikan rawan kerana mereka dilengkapi
dengan pundi renang. Jika pergerakan gas daripada darah ke pundi renang meningkatkan
keapungan; pengangkutan semula gas ke dalam darah menyebabkan haiwan tenggelam.
Ikan bertulang mempunyai beberapa kumpulan yang mempunyai paru-paru yang
membantu dalam pertukaran gas dalam insang. Charles Darwin mencadangkan yang
paru-paru berevolusi daripada pundi renang tetapi banyak penemuan saintis menunjukkan
sebaliknya!

B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 260
Dalam kebanyakan ikan bertulang, kulit mereka diselaputi oleh sisik yang nipis dan
bertulang dan ia berbeza daripada sisik berbentuk gigi pada jerung. Kelenjar dalam kulit
merembeskan mukus yang merupakan adaptasi untuk mengurangkan rintangan semasa
berenang. Sebagaimana gnatostomata kuno akuatik yang dijelaskan sebelum ini, ikan
mempunyai sistem garis lateral yang boleh diperhatikan sebagai sebarisan titik-titik atas
kulit pada kedua-dua belah tubuh mereka.
Ikan bertulang mempunyai variasi dalam pembiakannya. Walaupun kebanyakannya ialah
oviparous dengan persenyawaan luar, ada yang menjalankan persenyawaan dalam dan
mempunyai ciri melahirkan. Adakah anda tahu ada ikan yang menjaga telur yang telah
disenyawakan. Bukan itu sahaja, malahan tugasan itu dijalankan oleh ikan jantan.
Bolehkah anda kenal pasti spesies tersebut?

Ikan Bersirip Rugi


Ita sangat mengenali ikan daripada Kelas Actinopterygii (Gr. aktis, rugi/pencar +
pteryx, sirip atau kepak) kerana terdapat lebih kurang 27,000 spesies adalah
daripada kumpulan ini. Ikan daripada kumpulan ini telah mengalami banyak
modifikasi sejak awal kemunculannya kira-kira 444 416 juta tahun yang lalu.
Siripnya yang berbentuk rugi ini memberi kesan kepada pergerakan, pertahanan dan
beberapa fungsi yang lain. Cuba anda dapatkan maklumat tentang ikan-ikan bersirip rugi
dan perhatikan kepelbagaiannya. Ada yang sentiasa berada dalam kumpulan, mempunyai
bentuk yang menyerupai karang laut, mempunyai warna penyamaran dan pelbagai lagi.
Sila lengkapkan Jadual 9.1 di bawah untuk memadankan modifikasi, adaptasi dan
fungsinya.

Ikan Bersirip Lobus


elain daripada ikan bersirip rugi, terdapat juga sekumpulan Osteichties yang
bersirip lobus yang dikenali sebagai Kelas Sacropterigii (Gr. sarkos, isi + pteryx,
sirip, kepak). Ciri utama yang dimodifikasi ialah sirip lobusnya yang mempunyai
tulang berbentuk rod yang diselaputi oleh otot dalam sirip-sirip pektoral dan
pelvisnya. Semasa zaman Devonian (416-359 juta tahun yang lalu), mereka tinggal di
kawasan berlumpur seperti di tanah paya. Mereka mungkin menggunakan sirip berlobus
ini untuk berenang dan juga berjalan di bawah permukaan air untuk melintasi substrat
seperti tanah paya ini. Sehingga kini hanya beberapa spesies ikan bersirip lobus ini yang
dikenali sebagai selakants (Actinistia) yang boleh ditemui di Afrika Selatan, Pulau
Comoros di India dan juga di Laut Indian Timur berdekatan Indonesia. Sekumpulan ikan
bersirip lobus (Dipnoi) yang baru ditemui turut mempunyai paru-paru di Hemisfera
Selatan. Ikan ini dipercayai berasal dari laut tetapi kini ditemui di air tawar, kolam dan

B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 261
paya yang airnya tenang. Mereka timbul di permukaan air untuk menyedut udara dan
masuk ke paru-paru melalui farinks. Mereka masih mengekalkan insang yang menjadi
organ utama dalam pertukaran gas. Jika air paya berkurangan, mereka beraestivasi di
dalam lumpur.
Sekumpulan lagi yang berjaya menguasai daratan yang dikatakan berasal daripada ikan
bersirip lobus dan berparu ini jauh lebih maju dari-ada selokant dan ikan berparu. Mereka
adalah organisma yang teradaptasi dengan baik untuk hidup di daratan dan muncul
sebagai vertebrata yang mempunyai anggota gerak dan kaki, dipanggil Tetrapoda yang
merupakan garis keturunan termasuk manusia sendiri!

AKTIVITI
Jadual 13.1

Padankan ikan bersirip rugi (Kelas Aktinopterigii) dengan modifikasi, fungsi


dan adaptasinya.

Contoh ikan
bersirip rugi
Thunnus albacares

Adaptasi
I

II

Hippocampus
ramulosus
Gymnothorax dovii

Pterois volitans

IV

E.

Anguilla anguilla

F.

Salmo salar

VI

G.

Hypsurus caryi

VII

H.

Opistognathus
macrognathus

VIII

III

Dimodifikasi sehingga menyerupai kuda laut yang juga


mempunyai haiwan jantannya yang menjaga telur yang
telah bersenyawa.
Sentiasa berenang dalam berkumpulan sebagai strategi
pertahanan.
Juga mendiami di celah-celah karang laut dan mempunyai
warna yang terang dan menyerlah. Kelihatan sangat cantik
tetapi mempunyai venom pada durinya yang boleh
mencederakan dan menimbulkan kesakitan kepada
mangsanya.
Mempunyai tubuh yang seperti ular yang merupakan
pemangsa yang menerjah mangsanya daripada lubanglubang karang laut.
Menghabitat lautan sehingga dewasa tetapi kembali ke air
tawar untuk bertelur.
Menghabitat air tawar sehingga dewasa tetapi kembali ke
lautan untuk bertelur.
Menjaga telur yang telah tersenyawa di dalam mulutnya
yang dijalankan oleh induk jantan. Meninggalkan telur ini di
dalam liang semasa mereka keluar mencari makan.
Mereka melahirkan anak (ovoviviparus).

B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 262

Semak Penguasaan Konsep Anda....


a.
b.
c.

Apakah ciri-ciri yang dikongsi bersama oleh kedua-dua jerung dan ikan gelama?
Apakah ciri-ciri yang membezakan antara kedua-duanya pula?
Senaraikan ciri-ciri adaptasi gnatostomata akuatik.
Bayangkan sekiranya kita boleh menukar sejarah kehidupan haiwan vertebrata.
Adakah mungkin haiwan vertebrata yang mengkolonisasi daratan ini merupakan
terbitan daripada gnatostomata akuatik selain daripada ikan bersirip lobus?
Jelaskan.

RINGKASAN
1.

2.

3.
4.
5.

6.

7.
8.

9.
10.

Haiwan Filum Kordata mempunyai ciri-ciri nobel yang hanya dipunyai oleh
kumpulan haiwan ini sahaja yang terdiri daripada notokord, tubul korda saraf
dorsal, celah farinks ekor pasca anal, endostil, dan otot bersegmen.
Dua daripada subfilumnya terdiri daripada haiwan-haiwan yang tidak bertulang
belakang, Urokordata dan Sefalokordata. Mereka mempunyai kepala yang belum
berkembang dengan baik.
Urokordata (Tunikata) mempunyai ciri sesil semasa dewasa tetapi larvanya
mempunyai ciri berenang.
Sefalokordata (Lanselet) mengandungi ahli yang termasuklah Amphioxius,
mempunyai bentuk ikan.
Sufilum Vertebrata pula mengandungi kesemua haiwan bertulang belakang
termasuk ikan hag, walaupun ia tidak bertulang belakang kerana masih berkongsi
ciri-ciri yang lain.
Ciri haiwan dalam Subfilum Vertebrata mempunyai kepala yang berkembang baik,
bersaiz lebih besar, pergerakan lebih baik dan mempunyai bentuk tubuh. Ciri
bentuk tubuh ini diperolehi kerana mereka mempunyai endoskeleton.
Ciri endoskeleton membolehkan perletakan otot yang memberi pergerakan yang
lebih cekap.
Celah farinks yang berotot menambah keberkesanan sistem respirasi. Begitu juga
dengan saluran makanan yang berotot, jantung dengan ruang, sistem saraf
dengan pembentukan otak dan organ deria membolehkan kadar metabolisme
ditingkatkan.
Untuk memastikan haiwan dapat mencapai kemajuan, ciri seterusnya yang
diperolehi haiwan Subfilum Vertebrata ini ialah rahang.
Haiwan Kordata yang mula-mula mendapat ciri rahang ialah Superkelas
Gnatostomata yang terbahagi kepada Kelas Kondrichthyes, Aktinopterigii dan
Sarkopterigii.

B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 263
11.

12.

13.

14.

Kelas Kondrichthyes (Contoh: yu, pari, jerung) mempunyai skeleton rawan, sirip
berpasangan, deria yang baik, pemangsa yang aktif, gigi poliodont tidak bercantum
pada rahang, tiada pundi renang, intestin dengan injap berspiral, sirip kaudal
heteroserkal, dan klasper terdapat pada haiwan jantan.
Kelas Aktinopterigii (ikan bersirip rugi)mempunyai skeleton bertulang, operkulum
pada insang, sirip berpasangan, pundi renang, dua ruang jantung dengan atrium
dan ventrikel tidak terpisah, dan gigi berenamel. Contoh: ikan kembung, gelama.
Kelas Sarcopterigii (ikan bersirip lobus) mempunyai skeleton bertulang, operlum
pada insang, sirip berpasangan dengan skeleton yang berotot, intestin dengan
injap spiral, mempunyai paru-paru, atrium dan ventrikel terpisah separa, sirip
kaudal honoserkal, dan gigi berenamel. Contoh: Selakant dan ikan paru-paru.
Ciri yang lebih maju yang diperoleh haiwan yang lebih maju ialah anggota gerak
yang bersendi berpasangan dan embrio yang mempunyai membran tambahan.

PETA KONSEP
FILUM KORDATA

Ciri-ciri nobel haiwan Kordata

Subfilum

Ciri utama

Notokord
Turus saraf korda dorsal

Urochordata
(Tunikata)

Prokordata
5 ciri novel haiwan kordata,
bentuk tunik

Celah Farinks

Ekor pasca anus


Endostil

Sefalokordata
(Lanselet)

Vertebrata (Kumpulan Primitif)

Otot bersegmen
Myxini (Ikan hag)

Sefalaspidomorfii (Lamprei)

Prokordata
5 ciri novel haiwan kordata,
bentuk bilah pedang,
Skeleton aksial sepanjang
hayat.
Kehadiran otot
bersomit/segmen
Kraniata, vertebrata, agnatha,
otak ringkas, badan berlendir,
jantung ringkas

Kraniata, vertebrata, agnatha,


7 pasang insang, neural
krest, mulut penghisap, hayat
larva yang panjang

B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 264

KATA KUNCI
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Kordata
Notokord
Tubul korda saraf dorsal
Endostil
Otot bersegmen
Ekor pasca anal
Celah farinks
Urokordata
Sefalokordata
Vertebrata

11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.

Kraniata
Gnatha (rahang)
tetrapoda
Lanselet
Tunikata
Ikan hag
Lamprei
insang
Sirip rugi
Kondrichties

21.
22.
23.
24.
25.
26.
27.
28.
29.
30.

Osteichties
sisik
Pemakan penapis
Ikan paru
amfibia
reptilia
burung
mamalia
platipus
amniota

PENILAIAN KENDIRI
1. Rujuk kepada rajah ini untuk menjawab soalansoalan berikut:
a. Namakan haiwan ini
b. Labelkan struktur A K.
c. Kenal pasti kesemua ciri-ciri nobel haiwan dalam
filum Kordata.
d. Dalam subfilum manakah haiwan ini dikelaskan?
e. Apakah modifikasi kesemua struktur nobel ini
pada haiwan yang lebih maju?
2. Jawab soalan berikut dengan merujuk kepada
rajah di sebelah.
a. Namakan haiwan ini.
b. Labelkan struktur A F.
c. Dalam subfilum manakah haiwan ini dikelaskan?
d. Mengapakah kedua-dua haiwan ini dikelaskan
dalam dua subfilum yang berbeza?

sifon

dewasa

larva

B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 265
3. Rajah di sebelah haiwan yang menjadi
perdebatan untuk dikelaskan dalam Subfilum
Vertebrata.
a. Kenal pasti haiwan ini.
b. Senaraikan
ciri-ciri
yang
dikenal
pasti
sekumpulan saintis untuk mengelaskannya
sebagai haiwan dalam Subfilum Vertebrata?
c. Apakah ciri-ciri unik haiwan ini?
4. Nyatakan ciri-ciri haiwan Subfilum Vertebrata.

BIBLIOGRAFI
Audesirk, T., Audesirk, G. & Byers, B. E. 2008. Biology: Life on Earth. 8th Edition. New
Jersey: Pearson Education Hall.
Hickman, C. P., Roberts, L. S., Keen, S. L., Larson, A., dan Eisenhour, D. J. (2009).
Animal Diversity 5th Ed. Boston: McGraw Hill, Higher Education.
Reece, J. E., Urry, L. A., Cain, M. L., Wasserman, S. A., Minorsky, P. V., dan Jackson, R.
B. (2011). Campbell Biology 9th Ed. Boston: Pearson.
Starr, C., Evers, C. A., & Starr, L. (2011). Biology: Concepts and Applications. Belmont:
CA: Thomson Brooks/Cole.

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS


A
Urokordata

Pengelasan tradisional untuk Filum Kordata seperti ditunjukkan pada Rajah


13.6. Rajah 13.4 boleh digunakan untuk tujuan membanding-bezakan keduadua kaedah pengelasan ini.
Sefalokordata

Myxini

Sefalaspidomorfii

Kondrikhties

Osteikties

Amfibia

Reptilia

Aves

Mamalia

Kordata
Protokordata
Akraniata
Agnatha

Vertebrata
Kraniata
Gnatostomata
Pisces
Tetrapoda
Anamniota

Amniota

B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 266
Perbezaan antara kedua-dua pengelasan ini ialah dalam pengelasan terkini:
a.
b.
c.

Membahagikan kumpulan Pisces bertulang kepada Aktinopterygii (ikan bersirip


rugi) dan Sarcokopterygii (Ikan berparu).
Mamalia mempunyai cabangnya tersendiri dan terletak di antara Amfibia dan
Reptilia.
Aves diletakkan selepas Reptllia (Krokodilia) dan menunjukan Aves berasal
daripada Reptilia sebagai lelulurnya.

B
a.

b.

c.

a.

b.

Kedua-dua gnatostomata mempunyai rahang, empat kluster gen Hox, bahagian


otak hadapan yang bersaiz lebih besar, sistem garisan di kedua-dua sisi tubuh.
Skeleton jerung terbina daripada rawan. Manakala ikan gelama berskeleton
daripada
tulang.
Jerung
mempunyai
injap
spiral
dalam
sistem
penghadamannya.ikan gelama mempunyai operkulum dan pudi renang, dan juga
sirip berugi yang menyokong pergerakan dalam air.
Gnatostomata akuatik mempunyai rahang (adaptasi untuk memakan) dan
sepasang sirip dan sirip pektoral (adaptasi untuk berenang). Mereka juga
mempunyai bentuk larus (adaptasi berenang) dan pundi renang atau mekanisme
yang lain (mempunyai simpanan minyak dalam jerung) untuk keapongan.
Boleh. Ia mungkin boleh terjadi. Pasangan apendej gnatostomata akuatikselain
daripada sirip berlobus boleh menjadi asas kepada pembentukan anggota gerak.
Kolonisasi daratan oleh gnatostomata akuatik selain daripada ikan bersirip lobus
dibantu oleh mereka yang mempunyai paru-paru yang membolehkan haiwan
untuk mendiami daratan bernafas.

Tetrapoda muncul 365 juta tahun dahulu apabila sirip sesetengah ikan bersirip
lobus berevolusi menjadi anggota tetrapoda. Ciri tambahan yang diperolehi ialah
empat anggota gerak juga dilengkapi jari. Selain daripada itu leher turut terbentul
(mengandungi vertebrae yang memisahkan bahagian kepala dengan bahagian
tubuh yang lain), lingkungan pelviks yang bercantum dengan tulang belakang dan
hilangnya ciri celah insang.
Sesetengah spesies yang sepenuhnya tinggal di akuatik adalah paedomorfik,
mereka mengekalkan ciri larva yang diadaptasi untuk terus hidup di air sehingga
dewasa. Bagi yang tinggal di daratan yang kering, mereka mengorak tanah untuk
tinggal di tempat lembap atau di bawah timbunan daun. Mereka melindungi telur
dengan membentuk buih-buih, vivapari dan beberapa adaptasi yang lain.

You might also like