You are on page 1of 1

SOALAN PERBANDINGAN NOVEL DISEBALIK DINARA DAN SILIR

DAKSINA ( NILAI KERJASAMA )

Ogos 09, 2017


Novel Di Sebalik Dinara Dan Novel Silir Daksina

a) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu nilai kerjasama bagi setiap
novel.

Novel yang saya pelajari ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor yang
mengisahkan tentang persaingan dunia sains antara Karl dan medina sehingga melupakan
unsur-unsur kemanusiaan dan Novel Salir Daksina karya Nizar Parman yang mengisahkan
konflik kekeluargaan yang berlaku antara Abdullah Kayan dan Rafiqah sehingga membawa
kepada penceraian dan menyebabkan Haiqal Hakimi terpisah dengan ayahnya. Kerinduan
Abdullah Kayan terhadap Haiqal yang mendalam telah menyebabkannya menderita dan
meninggal dunia. Haiqal cuba menjejaki warisan peninggalan ayahnya setelah menerima
manuskrip daripada Ong See Hwa. Kedua-dua novel ini telah memaparkan nilai bekerjasama
bagi tatapan pembaca.

Nilai kerjasama yang terdapat dalam Novel Slir Daksina boleh diperlihatkan melalui
kerjasama diantara penduduk Kampong Seri Purnama dalam menghidupkan semula
kumpulan zapin D’Purnama di Kampung Seri Purnama . JKKK dipengerusi oleh ketua
kampung, Haji Jamil membentuk jawatankuasa bagi majlis persembahan zapin yang akan
dihadiri oleh Datuk Syaiful Azizi, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kampung Seri
Purnama. Tauke Ong juga memberi sokongan kepada program menghidupkan semula tarian
zapin di kampong Seri Purnama. Dia menghadiri mesyuarat bersama-sama Swee Hwa di
balai raya pada malam itu. Tauke Ong memberi persetujuan kepada Haji Jamil untuk menaja
makanan untuk majlis persembahan zapin nanti.

Nilai kerjasama yang terdapat dalam Novel Di Sebalik Dinara boleh diperlihatkan
melalui kerjasama diantara Rosman dan Farisha . Meraka saling bekerjasama untuk
membangunkan syarikat kongsi mereka iaitu Secured Shell. Rosman dan Farisha gigih dan
berusaha untuk memperluaskan empayer syarikat mereka ke tahap yang lebih tinggi . Hasil
kegigihan dan kerjasama mereka telah menjana hasilnya apabila mereka ditawarkan projek di
soft lab bernilai RM 1.5 Juta. Mereka juga bekerjasama untuk menjalankan projek mini yang
ditawarkan oleh Soft Lab.

( JAWAPAN CADANGAN )

https://normanalbertsmkdatojaafar.blogspot.my/2017/08/soalan-perbandingan-novel-
disebalik.html

You might also like