You are on page 1of 6

BAHAGIAN A

1. Kesalahan Tatabahasa
Pembetulan
i. di dalam
dalam
ii. Sri Malaysia Hotel
Hotel Sri Malaysia
iii. sukakan
suka akan
iv. aku
saya
(i)

(ii)

(iii)
(iv)

Ulasan:
Penggunaan frasa sendi nama "di dalam" tidak gramatis kerana
kata sendi "di" hanya digunakan khusus di hadapan kata nama
atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata "dalam" lebih
tepat digunakan dalam ayat ini.
Dalam ayat (ii), penggunaan kata "Sri Malaysia Hotel" tidak
menepati peraturan hukum D-M. Oleh itu, penggunaan kata
yang tepat dalam ayat ini ialah "Hotel Sri Malaysia".
Dalam ayat (iii), penggunaan kata "sukakan" tidak tepat. Kata
yang betul ialah "suka akan".
Kata ganti nama diri pertama bagi "aku" dalam ayat (iv) tidak
tepat kerana kata "aku" digunakan apabila bercakap dengan
kawan biasa atau dengan Tuhan. Oleh itu, kata ganti nama diri
yang tepat dalam ayat ini ialah "saya".

Soalan 2
Ejaan
(i)
Bandaraya
Bandar raya
(ii) Stem
Setem
(iii) eka-bahasa ekabahasa
Ulasan:
(i)
Dalam ayat (i), ejaan "Bandaraya" telah ditetapkan
ejaannya sebagai "Bandar raya".
(ii) Ejaan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris yang
tepat bagi ayat (ii) ialah "Setem".
(iii) Ejaan "eka-bahasa" dalam ayat (iii) tidak memerlukan
tanda sempang (-). Ejaan yang tepat ialah "ekabahasa".
Soalan 3
(i)
Kami akan ke negeri Sarawak hujung bulan ini atau
awal bulan hadapan.
(ii) Pulau peranginan itu cantik tetapi tidak dijaga dengan
baik.

(iii)

Murid itu rajin mengulang kaji pelajaran, maka dia


mencapai kejayaan yang cemerlang.
(iv) Jika saya ada masa pada hujung minggu ini, saya akan
menziarahi rakan saya di hospital.
(v) Azwana dan Afifah membaca surat yang dikirim oleh
Bhaga.
(i)

(ii)

(iii)

(iv)

(v)

Ulasan:
Kedua-dua ayat digabungkan menjadi satu ayat
majmuk dengan menggunakan kata hubung gabungan
"atau". Ayat yang terbentuk dikenal sebagai ayat
majmuk gabungan.
Ayat (ii) ialah ayat majmuk gabungan dengan
menggunakan kata hubung gabungan "tetapi" untuk
menggabungkan kedua-dua ayat itu.
Ayat pertama dan kedua digabungkan dengan
menggunakan kata hubung pancangan "maka". Ayat
yang terbentuk ialah ayat majmuk pancangan.
Kedua-dua ayat digabungkan menjadi satu ayat
majmuk dengan menggunakan pancangan "jika". Ayat
yang terbentuk itu dikenal sebagai ayat majmuk
pancangan.
Ketiga-tiga ayat digabungkan menjadi satu ayat
majmuk dengan menggunakan kata hubung gabungan
"dan" dan kata hubung pancangan "yang". Ayat yang
terbentuk dikenal sebagai ayat majmuk campuran.
Soalan 4
(i) Bagai tikus membaiki labu
(ii) Bagai anjing dengan kucing

BAHAGIAN B
Soalan 5
(i)
Berdasarkan petikan tersebut, bonda berharap agar
dapat menghantar adik ke sekolah agama setelah adik
tamat sekolah rendah. Bonda berharap juga agar adik
menjadi ustaz dan mewarisi kealiman suaminya.

Dalam petikan tersebut, adik malas untuk belajar.


Selain itu, adik bersikap biadab kerana dia
menggunakan bahasa yang kurang sopan semasa
menyatakan pendiriannya.
(iii) Pada pendapat saya, murid suka ponteng sekolah
kerana mereka mudah dipengaruhi oleh ajakan rakan
mereka yang juga suka ponteng sekolah. Selain itu,
mereka tidak berminat terhadap pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.
Soalan 6
(i) Penyajak menggambarkan laut sebagai suatu tempat
yang keadaannya berwarna biru, luas, serta indah.
(ii) Terdapat dua contoh gaya simile dalam Sajak Laut,
iaitu bagai berlumba dan bagai malumalu ia mengintip.
(iii)
Pada pendapat saya, aktiviti manusia yang
mengalirkan sisa kilang dan sampah sarap ke laut telah
menjejaskan laut. Selain itu, sikap manusia yang cuai,
iaitu menyebabkan berlakunya tumpahan minyak
daripada kapal menjadi penyebab terjejasnya laut.
(ii)

Soalan 7
(i) Novel 6:20
Setiap novel akan memaparkan latar masyarakat yang
menunjukkan gambaran keadaan masyarakat dalam
cerita merangkumi bangsa atau etnik, status dan
kehidupan sosial, ekonomi, dan sebagainya yang
bersesuaian dengan watak. Novel 6:20 karya Siti
Jasmina Ibrahim turut mengemukakan beberapa latar
masyarakat dalam penulisannya.
Antara latar masyarakat yang terdapat dalam novel
6:20 termasuklah masyarakat yang bertanggungjawab.
Contohnya, Haji Syaqif menjalankan tugas sebagai
wakil
rakyat
dengan
penuh
dedikasi
dan
bertanggungjawab terhadap amanah yang dipikulnya.
Latar masyarakat seterusnya ialah masyarakat yang
terpengaruh oleh sesuatu perkara yang datang dari
luar. Contohnya, Iskandar, Reny, dan Jerry adalah

antara golongan remaja yang mengikuti sate fahaman


baharu yang diajarkan dan disampaikan melalui Kelab
WX2. Latar masyarakat yang sanggup berkorban turut
dipaparkan dalam novel 6:20. Contohnya, Puan Deliah
sanggup melakukan pengorbanan yang besar dengan
merahsiakan tugasnya yang sebenar sehingga beliau
rela suami dan anaknya sendiri menganggapnya
seorang pengkhianat negara.
Demikianlah latar masyarakat dan contoh yang
terdapat dalam novel 6:20.
(ii) Novel Cempaka Putih
Setiap novel akan memaparkan latar masyarakat yang
menunjukkan gambaran keadaan masyarakat dalam
sesuatu cerita merangkumi bangsa atau etnik, status
dan kehidupan sosial, ekonomi, dan sebagainya yang
bersesuaian dengan watak. Novel Cempaka Putih karya
Rohani Deraman turut mengemukakan beberapa latar
masyarakat dalam penulisannya.
Antara latar masyarakat yang terdapat dalam Novel
Cempaka Putih termasuklah masyarakat orang asli
yang bersatu hati. Contohnya, masyarakat orang asli di
kampung Kuala Batu bergotong-royong mengadakan
kenduri untuk menyambut kedatangan pegawai
pertanian, iaitu Encik Hasrul. Latar masyarakat
seterusnya ialah masyarakat yang bertanggungjawab.
Contohnya, Encik Hasrul sanggup bertukar kerja di
sebuah perkampungan orang asli di kawasan
pedalaman
setelah
dinaikkan
pangkat
kerana
menjalankan
tanggungjawabnya
memajukan
masyarakat pedalaman. Latar masyarakat yang
percaya kepada dukun turut dipaparkan dalam novel
Cempaka
Putih.
Contohnya,
walaupun
Satiah
menghidap penyakit barah paru-paru, Pak Morit tetap
percaya bahawa dukun berupaya mengubati penyakit
anaknya itu.

Demikianlah latar masyarakat dan


terdapat dalam novel Cempaka Putih.

contoh

yang

(iii) Novel Merenang Gelora


Setiap novel akan memaparkan latar masyarakat yang
menunjukkan gambaran keadaan masyarakat dalam
cerita merangkumi bangsa atau etnik, status dan
kehidupan sosial, ekonomi, dan sebagainya yang
bersesuaian dengan watak. Novel Merenang Gelora
karya Ruslan Ngah turut mengemukakan beberapa
latar masyarakat dalam penulisannya.
Antara latar masyarakat yang terdapat dalam novel
Merenang Gelora termasuklah masyarakat yang
prihatin terhadap anak. Contohnya, Encik Tan
menghantar Meng Kong ke asrama supaya Meng Kong
lebih berdisiplin dan mengubah sikap buruknya. Latar
masyarakat seterusnya ialah masyarakat yang bijak
mengurus masa. Contohnya, Badri dan Badrul berada
di tempat menunggu bas seawal pukul 6:40 pagi agar
tidak ketinggalan bas. Latar masyarakat yang terjebak
dalam gejala sosial turut dipaparkan dalam novel
Merenang Gelora. Contohnya, Shahrul, Kumar, dan
Meng Kong terlibat dalam gejala sosial seperti melepak,
menjual telefon bimbit yang dicuri, dan bercampur
dengan mat motor.
Demikianlah latar masyarakat dan contoh yang
terdapat dalam novel Merenang Gelora.
BAHAGIAN C
Soalan 8
Amalan kitar semula, iaitu mengubah bahan yang
menjadi sisa kepada suatu sumber yang dapat
mewujudkan persekitaran yang lebih bersih. Selain itu,
amalan kitar semula dapat mengurangkan ancaman
slam sekitar seperti pencemaran air bawah tanah dan
udara. Dalam jangka panjang, amalan kitar semula
dapat menjimatkan kos kerana kita tidak perlu lagi

menyelenggarakan tapak pelupusan sampah. Amalan


kitar semula membantu kita mengurangkan kuantiti
sampah kerana bahan buangan boleh dikitar semula
dan diproses menjadi bahan mentah untuk kegunaan
pelbagai industri sekali gus menyelamatkan hutan
apabila kita tidak perlu menebang pokok untuk
menghasilkan kertas.
(88 patah perkataan)

You might also like