You are on page 1of 2

JBA1125 Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3
MINIT MESYUARAT

SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG PUTERI RESORT

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI BIL 1 / (2017)

Tarikh : 11 Januari 2017

Masa : 1.30 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat SK Tanjung Puteri Resort

Pengerusi : Encik Kamarul Ariff bin Kamarulzaman, Ketua Panitia

Kehadiran(Bilangan) : 12 orang

Turut Hadir (Jika ada) : Tiada

1 UCAPAN KETUA PANITIA


1.1 Ketua Panitia memulakan mesyuarat dengan bacaan Al Fatihah.
1.2 Ketua Panitia mengucapkan ribuan terima kasih atas kedatangan ahli
jawatankuasa panitia.
1.3 Ketua Panitia mengucapkan tahniah atas keberkesanan menjalankan tugas
sebagai guru-guru Pendidikan Jasmani.
1.4 Beliau berharap agar mesyuarat ini dapat berjalan dengan lancar dalam
memantapkan pengurusan dan program-program yang telah dirancang.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Tiada

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1. Bilik sukan
 Guru-guru diingatkan tentang tatacara pengambilan dan pemulangan
peralatan di bilik sukan.
 Guru-guru dikehendaki memantau dan menyusun semula peralatan selepas
selesai aktiviti pembelajaran Pendidikan Jasmani di tempat yang betul.
 Sekiranya murid membantu urusan memulangkan peralatan, guru
dikehendaki memantau pergerakan murid supaya keselamatan terjamin dan
peralatan dapat disusun dengan rapi.

Tindakan : Guru PJ
3.2. SEGAK (Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan)
 Ketua Panitia menerangkan tentang SEGAK kali pertama yang dijadualkan
pada akhir bulan Mac 2017. Guru diberi penjelasan secara ringkas tentang
program SEGAK supaya dapat dijalankan dengan lebih tersusun.
 Pada tahun ini, Ketua Panitia telah berbincang dengan semua guru PJ
tentang penggiliran untuk bertugas semasa ujian SEGAK dijalankan. Ini akan
memberi peluang kepada semua guru PJ untuk merasai pengalaman dan
pendedahan dalam ujian SEGAK.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
JBA1125 Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort PK07 – Pengurusan Mesyuarat

Tindakan : Guru PJ

3.3. Alatan dan bahan bantu mengajar


 Ketua panitia meminta pandangan guru tentang alatan yang diperlukan untuk
membantu guru-guru dalam menjayakan aktiviti PDP Pendidikan Jasmani.
 Semua guru boleh berhubung dengan ketua panitia jika terdapat peralatan
yang diperlukan atau telah rosak.
 Semua guru juga boleh memaklumkan kepada Ketua Panitia sekiranya
memerlukan alatan yang baru untuk kegunaan PDP Pendidikan Jasmani.

Tindakan : Guru PJ

3.4. Buku rekod guru


 Semua guru yang mengajar Pendidikan Jasmani diingatkan untuk menulis
rancangan pengajaran harian RPH setiap kali sebelum PDP dijalankan dan
mengikut format yang betul.
 Elemen KBAT hendaklah dimasukkan ke dalam aktiviti PDP bagi memastikan
potensi murid-murid dapat dipertingkatkan.
 Guru-guru juga diingatkan berkenaan format RPH mengikut format KSSR.
 Semua guru turut diingatkan supaya melengkapkan rekod pengesanan dalam
buku rekod masing-masing.

Tindakan : Guru PJ

4 HAL-HAL LAIN
4.1. En. Abdul Hadi bin Khamis mencadangkan supaya setiap guru dibekalkan
dengan satu wisel khusus untuk kegunaan PDP Pendidikan Jasmani.
4.2. Ketua panitia berharap agar semua guru PJ dapat memberi kerjasama terhadap
semua program sukan sekolah dan peka terhadap keselamatan murid semasa
melakukan aktiviti.

PENUTUP
a. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat / ahli mesyuarat dan penetapan tarikh
mesyuarat yang berikutnya.
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

....................................... ...................................................................
( RAHMAN B AMBAK ) (KAMARUL ARIFF B KAMARULZAMAN)
Setiausaha Ketua Panitia
Panitia Pendidikan Jasmani Panitia Pendidikan Jasmani

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

You might also like