You are on page 1of 24

1.0 PENGENALAN Morfologi ialah satu bidang yang melakukan kajian mengenai pembentukan kata.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, morfologi bermaksud kajian tentang pembentukan kata dalam bahasa. Menurut Frank Parker dalam bukunya, Linguistics For Non-Linguists, First Edition yang diterjemah oleh Raja Rahawani Raja Mamat, morfologi merupakan suatu bidang pengkajian yang mengkaji pembentukan kata. Beliau menyatakan morphology itu berasal daripada bahasa Latin morphe yang membawa maksud bentuk. Menurut Abdullah Hassan dalam bukunya Morfologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, menakrifkan bahawa morfologi ialah satu bidang yang mengkaji bentuk perkataan. Menurutnya lagi, istilah morfologi ini dipinjam daripada bidang biologi yang mengkaji mengenai pembentukan bentuk tubuh haiwan dan tumbuhan. Konsep bidang ini diguna pakai dalam mengkaji bentuk perkataan tubuh manusia. Selain itu, Abdullah Hassan dalam buku Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu pula mentakrifkan morfologi sebagai bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina, iaitu kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk-bentuk perkataan yang dihasilkan (Abdullah Hassan, 2005: 117). Nik Safiah Karim dan rakan-rakan (2011) berpendapat melalui Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, morfologi merupakan bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan dari segi struktur, bentuk dan penggolongan kata. Stuktur kata ialah susunan ujaran atau lambang yang menjadi unit bahasa yang bermakna, manakala bentuk kata pula ialah unit bahasa, sama ada kata tunggal atau kata yang menerima proses pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan. Pergolongan kata pula diertikan sebagai proses pengkelasan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi. Bentuk perkataan yang diujarkan dalam sesuatu bahasa dipanggil sebagai perkataan. Perkataan yang diujarkan dirakam dalam bentuk lambang-lambang yang lazim dalam bahasa tersebut.

Perkataan yang telah ditulis menggunakan lambang-lambang sesuatu bahasa ini yang dikaji dalam bidang morfologi. Perkataan yang selalu disebut ditulis menggunakan lambang-lambang tulisan dalam ejaan rumi, contohnya perkataan makan. Kajian struktur perkataan inilah yang dipanggil morfologi. 2.0 PROSES PEMBENTUKAN KATA Pembentukan menurut Kamus Dewan Edisi Keempat bererti perihal perbuatan membentuk. Kata pula bermaksud, sesuatu yang diucapkan, dicakap dan diujarkan dan juga merupakan gabungan atau kesatuan bunyi yang mengandungi atau mencapai pengertian tertentu. Gabungan perkataan pembentukan kata boleh ditafsirkan sebagai satu perbuatan yang dilakukan seseorang yang mengujarkan sesuatu dari gabungan atau kesatuan bunyi yang menghasilkan satu yang bermakna. Proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu mempunyai beberapa cara. Dalam bahasa Melayu, ada bentuk perkataan yang bersifat tunggal dan ada juga bentuk perkataan yang terhasil daripada proses pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan. Proses pembentukan kata yang terlibat menghasilkan kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa aglutinatif yang bermaksud penambahan imbuhan pada kata atau kata akar unutk menunjukkan tatabahasa. Kata lain, bahasa Melayu bersifat derivatif yang bermaksud proses pengimbuhan yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar, penerbitan kata.

Salah satu proses pembentukan kata ialah pengimbuhan yang menunjukkan bahasa Melayu ini bersifat derivatif. Nik Safiah Karim dan rakan-rakan dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, menakrifkan imbuhan sebagai unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya (Nik Safiah Karim dan rakan-rakan, 2011:45). Erti kata lain, imbuhan merupakan satu proses gabunhgan morfem imbuhan dengan morfem kata dasar secara rentetan mendatar iaitu digabungkan serentak dengan kata dasar sama ada berbentuk awalan, sisipan dan juga akhiran. Selain itu, proses pembentukan kata juga boleh terhasil daripada proses pemajmukan. Majmuk ialah terdiri atau terbentuk daripada beberapa bahagian menjadi satu kesatuan, manakala pemajmukan bermaksud penggabungan unsurunsur menjadi satu kesatuan. Dalam bahasa Melayu, pemajmukan bermaksud merungkai atau menggabungkan dua kata dasar atau lebih yang membawa maknamakna tertentu sesuatu perkataan. Contohnya perkataan jalan dan raya

digabungkan menjadi perkataan jalan raya yang memberi maksud yang lain daripada kata dasarnya. Penggandaan juga merupakan satu proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu. Proses pembentukan kata melalui proses ini diterbitkan melalui

penggandaan kata dasar.

Terdapat beberapa jenis penggandaan yang digunakan dalam membentuk kata melalui proses ini iaitu gandaan penuh, separa dan berentak. Gandaan penuh ialah mengulang keseluruhan kata dasar. Separa pula, mengulang pada suku kata awal atau akhir kata dasar. Berentak pula menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyinya. Proses-proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan ini merupakan proses yang menghasilkan bentuk kata dalam bahasa Melayu. Sekiranya kita dapat faham dengan lebih lanjut mengenai proses pembentukan kata ini, kita akan dapat lihat keunikan bahasa Melayu itu sendiri kerana pembentukan kata bahasa Melayu tidak sama dengan pembentukan kata bahasa lain. 2.1 Bentuk Kata Tunggal Bentuk kata tunggal ialah perkataan yang hanya mempunyai satu kata dasar dan tidak menerima sebarang imbuhan atau kata dasar lain yang berbentuk penggandaan mahupun pemajmukan. Habibah Bt Mohd Samin dan Hasnah Bt Awang dalam bukunya Revisi Bahasa Melayu Akademik 1 untuk PPISMP berpendapat bahawa bentuk kata tunggal terbahagi kepada dua jenis iaitu kata tunggal yang merupakan unit yang bebas dan dapat berdiri sendiri dalam satu ayat dan unit yang tidak dapat berdiri sendiri ( Habibah Bt Samin dan Hasnah Bt Awang, 2010:43) Kata tunggal dalam bahasa Melayu terdiri dariapa hanya saytu suku kata, dua suku kata atau lebih dari pada itu. Dalam satu suku kata boleh dibentuk dengan satu vokal (v) atau satu vokal diikuti konsonan (k) dan beberapa konsonan (kk) sama ada di hadapan, di belakang vokal atau serentak di hadapan dan di belakang. 2.1.1 Kata Tunggal Satu Suku Kata Kata tunggal satu suku kata dalam bahasa Melayu amat terhad. Kebanyakan kata tunggal satu suku kata ini merupakan pinjaman dari bahasa asing contohnya bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Terdapat juga perkataan dari dua suku kata dipendekkan menjadi satu suku kata seperti ku untuk aku dan mu untuk kamu, tetapi perkataan ini tidak diterima sebagai kata tunggal satu suku kata.

Terdapat tujuh pola gabungan konsonan-vokal yang membentuk kata tunggal satu suku kata, antaranya ialah KV, VK, KVK, KKVK, KVKK, KKKV, KKKVK. Berikut adalah contoh kata tunggal satu suku kata mengikut pola gabungan konsonan-vokal : POLA GABUNGAN KONSONAN-VOKAL CONTOH PERKATAAN KV ya mi si VK KVK am cat lap bom KKVK khas graf gred KVKK golf teks bank KKKV KKKVK skru skrip straw skrol 1.0 Contoh perkataan kata tunggal satu suku kata 2.1.1 Kata Tunggal Dua Suku Kata Perkataan yang terdapat dalam bahasa Melayu kebanyakkan ialah kata tunggal dua suku kata. Terdapa 11 jenis pola kata tunggal dua suku kata iaitu V + KV, V + VK, V + KVK, VK + KV, VK + KVK, KV + V, KV + VK, KV + KV, KV + KVK, KVK + KV, dan KVK + KVK. Berikut adala contoh perkataan yang mengikut pola kata tunggal dua suku kata :

POLA GABUNGAN KONSONAN-VOKAL CONTOH PERKATAAN V + KV ela uda iri V + VK aib air aur V + KVK adik ekor ulat VK + KV ufti erti inti VK + KVK empat indah ombak KV + V dua ria bau KV + VK buih diam giat KV + KV batu baju buku KV + KVK kasut jatuh pulih KVK + KV janji lampu paksi KVK + KVK bantal sandar

bangsal

2.1.2 Kata Tunggal Tiga Suku Kata Kata tunggal tiga suku kata mempunyai bilangan yang sedikit dalam bahasa melayu berbanding dengan kata tunggal dua suku kata. Walaupun bilangannya sedikit, kata tunggal tiga suku kata ini mempunyai pola-pola susunan konsonanvokal yang banyak. Kebanyakan perkataan yang mempunyai tiga suku kata ini merupakan kata-kata pinjaman dari bahasa lain. Berikut adalah pola-pola susunan konsonan bagi kata tunggal tiga suku kata dan berikut adalah contoh kata tunggal tiga suku kata : POLA GABUNGAN KONSONAN-VOKAL CONTOH PERKATAAN KV + V + KV muara biola kuali KV + V + KVK siasat siuman kiamat V + KV +V usia idea urea KV + KV + V mulia benua peria KVK + KV + V tempua mentua KV + KV + VK seluar rasuah sekian KVK + KV + VK berlian tempias manfaat

V + KV + KV

utara irama aroma

V + KV + KVK

ijazah amaran alamat

VK + KV + KV

indera asmara umpama

KV + KV + KV

teruna budaya berita

KVK + KV + KV

bendera jendela misteri

VK + KV +VK

ilmiah ikhtiar

V + KV + VK

akaun elaun amaun

KV + KV + KVK

senangin riwayat binatang

KVK + KV + KVK

tempurung cendawan martabat

KV + KVK + KV

belanja setangi semambu

KVK + KVK +KV KV + KVK + KVK

sempurna kelongsong selumbar pelantar

2.1.3 Kata Tunggal Empat Suku Kata Dan Lebih Kata tunggal empat suku kata dan lebih juga hanya terdapat sebilangan kecil sahaja dalam bahasa Melayu. Kata tunggal empat suku kata atau lebih kebanyakkannya merupakan kata-kata pinjaman. Berikut adalah contoh pola konsonan dan vokal kata tunggal empat suku kata dan lebih : POLA GABUNGAN KONSONAN-VOKAL CONTOH PERKATAAN KV + KV + VK + KV keluarga biduanda keluangsa KV + KVK + KV + KV kerempagi sayembara sejahtera KVK + KV + KV + KV harmonika manjakani sangkakala KVK + KV + V + KV KV + KV + KV + KV sentiasa bidadari panorama selesema KV + KV + KV + KVK musyawarah generator kelemayar KVK + KV + KV + KVK KVK + KVK + KV + KV sentimeter singgahsana dispensari KV + KV + V + KVK mesyuarat nasional V + KV + KVK + KV + KV KVK + KV + KV + KV + KVK universiti cenderawasih kosmopolitan KV + KV + KV + KV +KV + KV maharajalela

2.2 Bentuk Kata Terbitan Kata terbitan merupakan satu proses pembentukan kata yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan. Proses pengimbuhan ialah penggabungan imbuhan dengan kata dasar yang menjadi satu perkataan yang lain. Proses pengimbuhan inilah yang dipanggil pembentukan kata terbitan. Imbuhan terdiri daripada morfem terikat yang tidak boleh berdiri sendiri dan juga morfem bebas iaitu kata dasar yang menjadi pengikat antara morfem terikat dan morfem bebas. Imbuhan atau pembentukan kata terbitan terbahagi kepada empat jenis iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan.

Awalan akhiran Apitan Sisipan


Imbuhan awalan ialah imbuhan yang hadir sebelum kata dasar. Contohnya berlari, dalam perkataan berlari imbuhan ber- hadir sebelum kata dasar. Imbuhan awalan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan. Berikut adalah contoh perkataan imbuhan dalam kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Kata Adjektif secantik teringan terjernih Pelari pengebom juruukur Kata Nama Kata Kerja melawan terjebak belajar

10

Imbuhan yang kedua ialah imbuhan akhiran. Imbuhan akhiran ialah proses di mana imbuhan wujud selepas kata dasar. Contoh perkataan yang terlibat dalam proses imbuhan akhiran ialah makanan. Perkataan makanan wujud dari gabungan perkataan makan dan imbuhan akhiran an. Imbuhan akhiran dalam bahasa Melayu hanya wujud dalam dua bentuk kata sahaja iaitu kata nama terbitan dan kata kerja terbitan. Berikut adalah contoh imbuhan akhiran dalam bentuk kata nama terbitan dan kata kerja terbitan. Kata Nama Terbitan budiman cawangan mainan larian panaskan tiduri Kata Kerja Terbitan

Imbuhan yang wujud antara kata dasar dipanggil imbuhan apitan. Imbuhan apitan ini iaialah imbuhan ketiga dalam proses pembentukan kata terbitan. Imbuhan apitan juga boleh wujud dalam kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Berikut adalah contoh pembentukan kata terbitan dalam proses imbuhan apitan: Kata Nama Terbitan pentakrifan pengehadan pelajaran Kata Adjektif Terbitan memainkan membaharukan mengkhayalkan Kata Kerja Terbitan kemerahan keinggerisan kearaban

Jenis imbuhan yang terakhir ialah sisipan. Imbuhan sisipan merupakan imbuhan yang disisip dicelah kata dasar. Contoh imbuhan sisipan ialah er-, -el- dan em-. Imbuhan sisipan ini tidak terlalu produktif dalam proses pembentukan kata terbiatan kata terbitan baharu tidak lagi dibentuk dengan sisipan. Imbuhan sisipan ini hanya boleh wujud dalam kata nama, kata adjektif dan kata kerja. Contoh pembentukan kata terbitan dalam proses imbuhan sisipan adalah seperti berikut:

11

Kata Nama Terbitan Kelengking Keruping

Kata Adjektif Terbitan Kelebak Gerodak

Kata Kerja Terbitan jelajah gelegak

2.3 Bentuk Kata Majmuk Proses pemajmukan kata ialah satu proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang menghasilkan bentuk makna perkataan yang khusus. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain contohnya yang, dan, dan sebagainya. Dalam proses pembentukan kata majmuk bahasa Melayu, kata majmuk dibahagikan kepada tiga kelompok rangkaian kata bebas, berbentuk istilah khusus dan mendukung maksud kiasan.

BENTUK KATA MAJMUK

Rangkaian kata bebas

Istilah khusus

Maksud kiasan

12

Berikut antara contoh kata majmuk yang terdiri dalam beberapa kelompok yang dinyatakan di atas:

Rangkaian bebas biru langit air sungai nasi lemak jam dinding bom tangan

Istilah khusus model linear segi empat peti suara atur cara kata sentuh

Maksud kiasan lintah darat buah hati cakar ayam ringan tulang makan angin

Dalam kata majmuk jugak terdapat beberapa bentuk perkataan yang telah mantap. Bentuk kata yang mantap ini sudah dianggap utuh walaupun bentuk kata itu terhasil daripada dua kata dasar. Bentuk kata majmuk yang mantap ini dieja bercantum sebagai satu perkataan. Contoh perkataannya ialah antarabangsa, warganegara, tandatangan, tanggungjawab dan sebagainya. Kata majmuk juga boleh menerima proses penggandaan. Proses

penggandaan kata majmuk ini hanya melibatkan penggandaan unsur pertama sahaja. Contohnya: alat-alat tulis jirim-jirim organik suku-suku kata Ketua-Ketua Menteri kapal-kapal selam

Menteri-Menteri Besar

Selain itu, dalam penggandaan kata majmuk juga terdapat satu kecualian bagi bentuk kata majmuk yang sudah mantap. Bagi kata majmuk yang sudah mantap, penggandaan perkataan tersebut melibat keseluruhan unsur tersebut. Contohnya: tanggungjawab-tanggungjawab warganegara-warganegara sukarela-sukarela setiausaha-setiausaha suruhanjaya-suruhanjaya tandatangan-tandatangan

13

Selain dari penggandaan, kata majmuk juga boleh menerima proses pengimbuhan kata. Pengimbuhan kata majmuk terbahagi kepada dua bentuk. Bentuk yang pertama ialah apabila kata majmuk menerima imbuhan awalan atau akhiran, ejaan tetap terpisah. Manakala yang kedua, apabila kata majmuk menerima imbuhan apitan, ejaan menjadi bercantum. Berikut adalaha contoh kata majmuk menerima proses imbuhan: Imbuhan Awalan dan Akhiran bercampur aduk mengambil alih menemu bual daya serapan Imbuhan Apitan menggariskasarkan mencampuradukkan menyatupadukan diurusniagakan

2.4 Bentuk Kata Ganda Proses penggandaan ialah satu proses menggandakan kata dasar. Dalam proses ini melibatkan penggandaan penuh, separa berentak. Proses pembentukkan kata ganda ini terbahagi kepada tiga iaitu penggandaan penuh, separa dan berentak.

Penggandaan Penuh

Penggandaan Separa

Penggandaan Berentak

14

Proses penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar tersebut kata tunggal atau berimbuhan. Berikut adalah contoh penggandaan penuh kata tunggal dan imbuhan: Kata Tunggal baju-baju murid-murid kereta-kereta Kata berimbuhan ketua-ketua ajaran-ajaran persatuan-persatuan

Penggandaan yang kedua pula penggandaan separa. Penggandaan separa ialah satu proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Penggandaan separa juga melibatkan kata tunggal dan kata terbitan. Berikut adalh contoh pergandaan separa kata tunggal dan kata terbitan: Kata Tunggal lelaki gegelang sesiku berlari-lari buah-buahan berkasih-kasihan Kata berimbuhan

Penggandaan

yang ketiga ialah penggandaan berentak. Penggandaan

berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Berdasarkan perubahan dan pengulangan bunyi-bunyi tersebut, maka penggandaan berentak dibahagikan kepada tiga jenis iaitu penggandaan berentak pengulangan vokal, pengulangan konsonan dan berentak bebas. Berikut adalah contoh penggandaan berentak: Pengulangan vokal kuih-muih sayur-mayur gotong-royong hiruk-piruk cerai-berai Pengulangan konsonan gunung-ganang suku-sakat huyung-hayang kontang-kanting kucar-kacir Berentak bebas ipar-lamai lintang-pukang remeh-temeh simpang-siur anak-pinak

15

3.0 GOLONGAN KATA

Definisi Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain atau golongan yang sama.

Dalam Bahasa Melayu ada empat bentuk golongan kata :

i. Kata Nama ii. Kata Kerja iii Kata Adjektif / Sifat iv Kata Tugas 3.1 KATA NAMA Kata nama menunjukkan nama benda, nama orang, nama tempat dan nama perkara. Kata nama ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa dan lazimnya perkataan demikian menamakan orang, tempat, benda atau konsep. Kata nama boleh dikelompokkan kepada tiga jenis :

a) Kata Nama Khas

- kata nama yang merujuk kepada nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. i) Kata Nama Khas Hidup Manusia contoh : Lina, Ahmad, Tun Abdul Razak ii) Kata Nama Khas Hidup Bukan Manusia contoh : Tompok, Si Belang, Jalak, Jibrail iii) Kata Nama Khas Tidak Hidup Balakong, Proton Saga, Parit Buntar, Pasar Seni, Planet Marikh.

16

b) Kata Nama Am

- Kata nama yang merujuk kepada benda-benda atau perkara yang umum sifatnya. i) Kata Nama Am Abstrak jenis kata nama yang bukan berkonsepkan kebendaan, contohnya roh, angin, kedamaian, kemerdekaan, demokrasi. ii) Kata Nama Am Konkrit kata nama yang berkonsepkan kebendaan, contohnya sungai, isteri, bapa, kambing.

c) Kata Ganti Nama

i) Kata ganti nama tunjuk - kata nama yang berfungsi merujuk kepada sesuatu perkara atau benda - ada dua : itu ( merujuk kepada benda yang jauh) dan ini (merujuk kepada benda yang dekat) ii) Kata ganti nama diri kata ganti nama yang menjadi pengganti nama sesuatu benda, perkara atau manusia. Kata ganti nama diri pula boleh dibahagikan kepada: - Kata ganti nama diri tanya jenis kata yang berfingsi menanyakan hal benda, perkara atau manusia. - Terdapat tiga bentuk : - Siapa merujuk kepada orang - Apa merujuk kepada benda atau perkara - Mana merujuk kepada benda - Kata ganti nama diri orang jenis ganti nama yang merujuk kepada manusia yang terdiri daripada tiga kategori : - orang pertama saya, aku, beta, patik, kita - orang kedua saudara, kamu, awak, engkau, anda - orang ketiga ia, dia, beliau, mereka, nya.

17

3.2 KATA KERJA Kata kerja berperanan untuk menunjukan sesuatu perbuatan atau sesuatu keadaan. Kata kerja dapat dibahagikan seperti berikut:

1) Kata Kerja Transitif : a) Kata Kerja Transitif Aktif b) Kata Kerja Transitif Pasif

2) Kata Kerja Tak Transitif : a) Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap b) Kata Kerja Tak Transitif Tak Berpelengkap

Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh objek untuk melengkapkan maksud. Objek yang mengikuti kata kerja transitif ialah frasa nama. Contoh : - Suhaina menjahit baju kurung untuk adiknya. Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang berfungsi dalam ayat aktif dan menerima awalan men dengan atau tanpa akhiran kan atau i.

Contoh : - Mastura mencuci pakaian di dalam bilik air

Kata kerja transitif pasif pula ialah kata kerja yang berfungsi dalam ayat pasif. Kata kerja yang terhasil dari proses transformasi ayat aktif menjadi ayat pasif akan mewujudkan kata kerja transitif pasif. Contoh : - Pakaian dicuci oleh Mastura.

Kata kerja tak transitif tak berpelengkap adalah bentuk kata kerja yang paling ringkas, iaitu boleh berdiri sendiri dengan tanpa diikuti oleh pelengkap atau objek. Kata kerja jenis ini boleh terdiri daripada kata kerja dasar (tanpa imbuhan) dan dengan imbuhan awalan.

18

Contoh : - terbang, tidur, berlari, berenang.

Kata kerja transitif berpelengkap bermaksud kata kerja ini perlu diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat. Contoh : - Ali duduk sejak tadi. - Kakak duduk di atas kerusi

3.3 KATA SIFAT / ADJEKTIF Kata sifat ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Ia boleh dikenal pasti dan dibezakan dari kata nama atau kata kerja dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat. Kata sifat menceritakan sifat benda (kata nama) dan sifat perbuatan (kata kerja). Kata sifat alam Bahasa Melayu dibahagikan kepada sembilan berdasarkan kriteria makna.

1) Kata Sifat Keadaan - memberi makna keadaan kata nama yang diterangkan. Contoh : orang jahat, budak pintar 2) Kata Sifat Warna - membawa makna warna untuk menerangkan kata nama. Contoh : langit biru, bibir merah. 3) Kata Sifat Ukuran - menyatakan ukuran kata nama. Contoh : perahu panjang, pokok renek 4) Kata Sifat Bentuk - menerangkan mengenai bentuk kata nama. Contoh : jalan bengkok, mata bulat

19

5) Kata Sifat Jarak - menerangkan kata nama dari segi ruang. Contoh : jalan pintas, kawan jauh.

6) Kata Sifat Waktu - memberi penjelasan konsep masa sebagai unsur keterangan. Contoh : makanan segera, rumah baru

7) Kata Sifat Cara - membawa makna keadaan kelakuan atau ragam untuk menerangkan kata nama. Contoh : air deras, hujan lebat

8) Kata Sifat Perasaan. - memberi pengertian kepada konsep perasaan yang terkandung dalam sesuatu kata nama. Contoh : suka akan, penuh ragu 9) Kata Sifat Pancaindera - terdiri daripada yang memberi makna rasa, pandang, dengar, bau dan sentuh. Contoh : makanan lazat (konsep rasa) 3.4 KATA TUGAS Kata tugas mempunyai tugas yang mustahak di dalam ayat. Kata tugas tidak mempunyai makna tetapi ia digunakan dalam ayat dan frasa untuk menjalankan sesuatu tugas tatabahasa. Fungsi kata tugas ialah menjadi penghubung, penentu, penguat, pedepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri, penanya dan penyeru. Ada 16 jenis kata tugas yang boleh dikelompokkan berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsinya dalam binaan ayat, iaitu :

- kata hubung - kata penegas - kata tanya - kata nafi - kata seru - kata pemeri - kata perintah - kata sendi nama - kata pembenar - kata arah

20

- kata pangkal ayat - kata bilangan - kata bantu - kata penekan - kata penguat - kata pembenda

4.0 RUMUSAN

Morfologi merupakan satu bidang yang mengkaji pembentukan kata. Morfologi merupakan satu bidang yang penting dalam pembentukan kata sesuatu bahasa. Bermula dari pembentukan kata inilah wujudnya frasa, klausa ayat sehinggalah wacana. Fokus penting dalam morfologi ialah pembentukan kata awal dalama bahasa melayu iaitu pembentukan kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Morfologi ini memfokuskan kajian terhadap perkataan dalam bahasa Melayu yang menunjukkan perubahan dan perkembangan yang pesat, terutama dalam bidang kosa kata dan yang melibatkan perubahan bentuk-bentuk kata. Pembentukan kata dalam bahasa Melayu amat menarik kerana terdapat pelbagai proses yang menjadi penguat dalam kosa kata bahasa Melayu. Melalui penerangan yang dibuat mengenai proses pembentukan kata. Dapatlah kita lihat keunikan bahasa Melayu itu sendiri. Oleh itu, guru bahasa Melayu arus menyelami ilmu morfolgi dengan sebaik mungkin bagi memperkenalkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang unik antara bahasa lain.

21

5.0 REFLEKSI

Assalamualaikum, akhirnya selesai sudah tugasan BMM 3109 iaitu Morfologi Bahasa Melayu. Tugasan ini banyak memberi pemahaman dengan lebih mendalam mengenai proses pembentukan kata bahasa Melayu dan pencantuman perkataan bahasa Melayu (akronim). Melalui tugasan ini, sedikit sebanyak membantu saya dalam menambah pengetahuan saya sebagai seorang guru bahasa Melayu. Ilmu yang saya dapat melalui tugasan ini akan saya gunakan sebagai bekal untuk saya mengajara anak bangsa kelak.

Selain itu, tugasan ini juga memerlukan saya menyiapkan satu tutorial pembelajaran bagi satu proses pembentukan kata. Melalui tugasan ini, banyak memberi saya idea yang banyak dalam melakukan pelbagai aktiviti untuk murid di sekolah. Sekian, terima kasih.

22

6.0 BIBLIOGRAFI

Abdullah Hassan, 2006. Morfologi, Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, Kuala Lumpur : PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd Abdullah Hassan ,(2004).Tatabahasa Bahasa Melayu (Morfologi dan Sintaksis). Pahang:PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. Abdullah Hassan. (1986) Penerbitan Kata dalam Bahasa Melayu.Petaling Jaya. Penerbit Fajar Bakti. Hasnah Binti Awang dan Habibah Binti Samin (Munsyi Dewan), 2010. Revisi Bahasa Melayu Akademik. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood, 2011. Tatabahasa Dewan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Hajar Abdul Aziz, 2008. Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu 1, Selangor Darul Ehsan : Oxford Fajar Sdn Bhd.

23

LAMPIRAN

24

You might also like