You are on page 1of 2

Dalam sejarah perkembangan linguistik moden, kita dapat lihat beberapa orang tokoh yang

menyumbang kepada pemodenan ilmu linguistik pada masa itu, sekali gus mempengaruhi ilmu
kajian linguistik pada hari ini. Oleh itu, selain daripada Ferdinand de Saussure dan Edward
Sapir, seorang lagi ahli linguistik Amerika yang menyumbang dalam pemodenan ini, iaitu
Leonard

Bloomfield.

Leonard Bloomfield (1887 1949) merupakan salah seorang ahli linguistik struktural yang
terkenal di Amerika Syarikat pada zamannya. Dalam pengkajian bahasa, Bloomfiled
menggunakan konsep Ferdinand de Saussure sebagai asas pengkajian, iaitu dalam struktur
bahasa. Beliau turut meneliti dua kejadian sejarah di Amerika, sehingga mencetuskan
pemesatan perkembangan aliran struktural. Hashim Hj. Musa (1994) menyatakan, kajian
sejarah yang dilakukan oleh Bloomfield ialah berkenaan wujudnya bahasa-bahasa orang asli di
Amerika Syarikat yang begitu banyak dan pelbagai serta kegiatan penaklukan dan peperangan
yang mengakibatkan kehilangan bahasa-bahasa tersebut ekoran kematian penutur-penutur jati
bahasa itu.
Selain menjadi seorang ahli linguistik, Bloomfield juga terkenal dengan teori behaviorisme yang
berakar daripada pemikiran Plato yang percaya bahawa proses bahasa ini berpunca daripada
proses peniruan atau mimetic. Setiap perkataan yang dilafazkan pasti mempunyai struktur.
Sebagai contoh, sekiranya seseorang individu itu menyebut rumah, strukturnya mesti rumah,
bukan hamuratau maruh. Beliau lebih mengutamakan bahasa lisan sebagai objek kajian dan
menyebabkan wujudnya Linguistik Deskriptif. Berkenaan bahasa dan struktur, Bloomfield
mengetengahkan kaedah penganalisisan struktur ayat yang perlu ditentukan, iaitu kaedah
pemenggalan berstruktur. Contohnya:
Diselesaikan
di

selesai

kan

Kata Sendi Nama

Kata Kerja

Kata Sendi Nama

Kaedah Pemenggalan Berstruktur

Menurut Bloomfield, bahasa merupakan sejumlah isyarat yang berupa unsur-unsur vokal. Hasil
daripada analisis yang dilakukan pada bahasa adalah sama dan menemui hakikat bahawa
hubungan bahagian bermula daripada fonem, morfem, kata, frasa dan seterusnya ayat. Hal ini

juga dikenali sebagai Linguistik Taksonomi kerana mengkaji bahagian-bahagian bahasa dengan
terperinci.

Pendekatan yang diambil oleh Bloomfield dalam asas kajian linguistik struktural bermula
daripada perakaman bunyi-bunyi bahasa. Kemudian, berlakunya pengenalpastian bunyi-bunyi
kepada bentuk-bentuk distingtif atau fonem berdasarkan rumus fonemik. Seterusnya, penelitian
terhadap penyusunan fonem-fonem dan pencantuman yang membentuk unit-unti terkecil yang
mempunyai makna. Pada tahap ini, proses ini membentuk morfem sama ada morfem tersebut
bebas atau tidak bebas. Penelitian morfem-morfem yang dapat membentuk unit terkecil yang
bebas boleh menjadi unsur atau komponen kepada ayat, iaitu perkataan. Dalam hal ini
peraturan yang mengawal pembentukan morfem dan perkataan ialah rumus morfemik.
Kemudian, penyusunan dan pencantuman perkataan-perkataan diteliti berdasarkan peraturan
yang dikenali sebagai rumus sintaksis untuk membentuk ayat dan bahagian-bahagiannya, iaitu
frasa dan klausa. Dalam hal ini, hubungan antara anggota binaan sintaksis dilihat dari segi
hubungan yang terdekat. Menurut Bloomfield, hubungan antara komponen binaan ayat tersebut
boleh ditimbulkan daripada tahap yang paling rendah, iaitu satu hubungan yang paling rapat
pada peringkat frasa yang paling kecil dan meningkat secara hieraki kepada hubungan kategori
frasa dan klausa, dan sekali gus menjadi sebuah ayat yang lengkap dan tersusun.

You might also like