You are on page 1of 17

1

1.0 PENGENALAN

Bahasa Melayu merupakan bahasa yang unik. Bahasa Melayu wujud dari
beberapa peringkat dalam menghasilkan tatatingkat yang terakhir iaitu ayat. Bidang
sintaksis adalah satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan
ayat. Bidang sintaksis ini merangkumi frasa, klausa dan ayat. Dalam bidang inilah
bagaimana dapat kita belajar bagaimana untuk memulakan ayat dan membina ayat
dengan menggunakan tatabahasa yang betul.

Menurut Nik Safiah Karim dan rakan-rakan dalam bukunya Tatabahasa
Dewan, sintaksis ialah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan
atau konstruksi ayat. Selain itu, kita juga dapat faham bahawa bidang sintaksis juga
ialah satu bidang yang mengkaji tentang hukum atau rumus tatabahasa yang
mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok
perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.

Melalui bidang sintaksis inilah kita sebagai penutur bahasa Melayu dapat
mengetahui keunikan bahasa Melayu ini dengan lebih mendalam. Maka, kita
haruslah bangga dengan bahasa yang kita ada kerana bahasa Melayu ialah bahasa
yang paling senang difahami dan mempunyai pelbagai sebab kenapa kita harus
bangga dengan bahasa kebangsaan kita sendiri.



1.1 Objektif Kajian

Objektif kajian kerja kursus kami ialah untuk mengkaji mengenai bidang
sintaksis dengan lebih mendalam. Tugasan ini memerlukan kami untuk mengkaji
mengenai ayat, klausa, frasa dan perkataan. Ia bertujuan untuk mendedahkan
kepada kami mengenai sebagai bakal guru bahasa Melayu mengenai pembinaan
struktur perkataan daripada unsur-unsur bahasa.

2

1.2 Kaedah Kajian

Semasa melakukan tugasan ini, pelbagai kaedah yang digunakan untuk
mencari maklumat. Antaranya ialah menggunakan laman sesawang, dan buku. Saya
mencari maklumat di blog-blog guru di laman sesawang. Selain itu, saya
menggunakan beberapa buku seperti Tatabahasa Dewan, Sintaksis, Bahasa Melayu
1, dan beberapa buah buku lagi. Bahan maklumat mengenai sntaksis sangat banyak
dan mudah dicari di laman sesawang dan buku-buku kerana ilmu mengenai sintaksis
sudah meluas.

1.3 Batasan Kajian

Kajian ini sememangnya untuk mengkaji mengenai bidang sintaksis tetapi
terdapat beberapa perkara yang memerlukan kami untuk mengkaji. Dalam tugasan,
kami ditugaskan untuk menghuraikan definisi ayat, klausa, frasa dan perkataan
dalam bentuk grafik. Kami diperlukan untuk memuat perbandingan antara ayat
tunggal dan ayat dasar berbentuk grafik.

Selepas itu, kami dikehendaki membuat esei mengenai ayat majmuk bahasa
Melayu. Menceritakan mengenai ayat majmuk dari definisi sehinggalah jensi-jenis
ayat majmuk. Setelah selesai kami dikehendaki untuk menganalisis lima ayat dalam
petikan teks ucapan Perdana Menteri dan tajuk bebas untuk dipilih.






3

2.0 BIDANG SINTAKSIS

2.1 Definisi Ayat, Klausa, Frasa dan Perkataan


AYAT
KLAUSA
FRASA
PERKATAAN
4


5

2.2 Perbezaan Ayat Dasar dan Ayat Tunggal


Ayat
Dasar
Ayat
Tunggal
6

2.3 Ayat Majmuk

Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal
atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tentu sehingga
menjadikannya ayat baharu. Konstituen dalam ayat ialah klausa yang membezakan
antara ayat-ayat yang dicantumkan untuk menjadi ayat majmuk. Ayat majmuk
terbahagi kepada tiga jenis iaitu ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan
dan ayat majmuk campuran. Tokoh-tokoh bahasa mengklafisikasikan ayat-ayat
majmuk mengikut fahaman masing-masing.

Zainal Abidin Bin Ahmad atau Zaba (2000: 279) tidak menggunakan istilah
ayat majmuk dalam mengistilahkan jenis-jenis ayat majmuk tapi mengistilahkan ayat-
ayat tersebut sebagai ayat berlapis, ayat berkait dan ayat campuran. Berbeza pula
dengan Asmah Haji Omar (1973: 58) yang menggunakan klausa kompleks bagi
merujuk kepada ayat majmuk. Beliau mengelaskan kepada dua iaitu klausa
kompleks setara dan klausa kompleks tak setara. Selain itu, Abdullah Hassan (1993:
201) membahagikan ayat majmuk kepada dua iaitu ayat majmuk setara dan ayat
majmuk bertingkat. Arbak Othman (1989: 172) juga membahagikan ayat majmuk
kepada dua jenis iaitu ayat berlapis dan ayat berkait.

Secara umumnya dapat kita lihat, dalam ayat majmuk bahasa Melayu terdiri
daripada beberapa jenis iaitu ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan
ayat majmuk campuran. Jenis-jenis ayat majmuk ini mempunyai susunan konstituen
tersendiri mengikut jenis-jenisnya.

7



Ayat majmuk yang pertama ialah ayat majmuk gabungan. Ayat majmuk
gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu
dengan cara menggabungkan atau cantumkan ayat dengan kata hubung yang
sesuai seperti dan, tetapi dan sebagainya. Ayat majmuk gabungan hanya terdapat
klausa bebas iaitgu klausa yang dapat berdiri sendiri walaupun digabungkan tanpa
menggunakan kata hubung. Ayat majmuk gabungan terdiri daripada dua ayat
tunggal juga boleh terdiri daripada banyak klausa. Ayat majmuk gabungan terbahagi
kepada tiga gabungan iaitu gabungan berurutan, gabungan bertentangan dan
gabungan berpasangan.



Ayat
Majmuk
Ayat Majmuk
Gabungan
Ayat Majmuk
Campuran
Ayat Majmuk
Pancangan
Gabungan
berturutan
Gabungan
bertentangan
Gabungan
berpasangan
8

Ayat majmuk gabungan berurutan adalah ayat yang disusun secara berurutan
satu demi satu. Klausa-klausa digabungkan menggunakan kata hubung seperti dan,
lalu, kemudian, serta, sambil, tambahan pula, malahan dan akhirnya. Dalam ayat
majmuk gabungan berurutan, tanda baca koma ( , ) juga boleh digunakan bagi
menggantikan kata hubung dalam menghasilkan ayat majmuk gabungan berurutan.
Ayat majmuk gabungan yang kedua ialah ayat majmuk gabungan bertentangan. Ayat
majmuk gabungan ini mempunyai dua klausa yang bertentangan. Klausa yang
bertentangan ini menggunakan kata hubung tetapi, sebaliknya, melainkan, padahal
dan sebagainya. Ayat majmuk gabungan yang ketiga ialah ayat majmuk gabungan
berpasangan. Ayat majmuk ini terbentuk daripada dua klausa yang menjadi
berpasangan dengan menggunakan kata hubung berpasangan seperti lebih baik ...
daripada, apakah ... ataupun, adakah ... atau, dan sebagainya.

Ayat Majmuk Gabungan Berurutan





Ayat Majmuk Gabungan Bertentangan






Ayat Majmuk Gabungan Berpasangan




Dia tidak pernah kebuluran lagi Amin tidak pernah kebuluran lagi dan
Dia dan amin tidak pernah kebuluran lagi
Kedua-dua kegiatan berkenaan
tidak boleh dianggap pelengkap
sebaliknya Kedua-dua kegiatan berkenaan
wajar dianggap sebagai kegiatan
asas
Kedua-dua kegiatan berkenaan tidak boleh dianggap pelengkap sebaliknya wajar dianggap
sebagai kegiatan asas
Mereka bayar hari ini Mereka bayar esok Sama ada ... atau
Sama ada mereka bayar hari ini atau bayar esok
9

Ayat majmuk pancangan ialah di mana satu ayat utama atau ayat induk dan
satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk untuk
menjadi sebahagian ayat induk. Ayat majmuk pancangan dibahagikan kepada tiga
iaitu ayat relatif, ayat komplemen dan ayat keterangan.


Ayat relatif ialah ayat yang ditandai dengan penggunaan yang. Contoh ayat
ialah emak menggosok baju yang ada di dalam bakul. Ayat majmuk pancangan
komplemen pula wujudkanya perkataan abahwa yang digunakan untuk
menyambungkan klausa bebas dan klausa terikat. Contoh ayat ialah penduduk itu
menyedari bahawa mereka telah ditipu ayat komplemen telah dibahagikan kepada
empat tiga jenis iaitu ayat komplemen frasa nama, ayat komplemen frasa kerja dan
ayat komplemen frasa adjektif.

Ayat majmuk pancangan yang ketiga ialah ayat keterangan. Ayat majmuk
keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat
kecil atau lebih yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat. Ayat keterangan
berfungsi memberikan huraian lanjut kepada kata kerja ayat induk. Terdapat
sembilan jenis ayat keterangan bagi menjadi ayat penerang sebagai klausa kecil
bagi mencantumkan dengan klausa induk. Antara sembilan jenis keterangan itu ialah
keterangan musabab, keterangan akibat, keterangan syarat, keterangan waktu,
Ayat Relatif
Ayat
Komplemen
Ayat
Keterangan
10

keterangan pertentangan, keterangan harapan, keterangan tujuan, dan keterangan
perbandingan.

Ayat majmuk yang ketiga ialah ayat majmuk campuran ialah ayat majmuk
yang mengandungi lebih daripada satu ayat, yakni terdiri daripada campuran ayat
tunggal dengan ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk. Dalam
ayat majmuk campuran boleh dicampurkan ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk
pancangan. Contoh ayat yang dapat kita lihat mempunyai kata hubung gabungan
dan kata hubung pancangan relatif Aiman sedang menonton televisyen tetapi
kawan-kawannya yang sudah letih sudah lama nyenyak tidur.

11


3.0 ANALISIS AYAT



( Subjek ) ( predikat )
Sesungguhnya, kisah perjalanan hidup Malaysia penuh bewarna-warni.


Sesungguhnya, kisah perjalanan hidup Malaysia penuh bewarna-warni.
( KPA ) (KN) ( FN ) (KNK) ( FA )


perjalanan hidup penuh bewarna-warni
( KK ) ( KA ) ( KA ) (KG)

Sesungguhnya kisah perjalanan hidup Malaysia penuh bewarna-warni
( KPA ) (KN ) ( KK ) ( KA ) ( KN ) ( KA ) ( KG )
Sesungguhnya, kisah perjalanan hidup Malaysia penuh bewarna-warni.

12






( Subjek ) ( Predikat )
Umpamanya, tindakan tahanan pencegahan.



Umpamanya, tindakan tahanan pencegahan.
( FK ) ( FK )


Umpamanya, tindakan tahanan pencegahan.
( KPM ) (KK ) ( KK ) ( KK )


Umpamanya, tindakan tahanan pencegahan.

13

.



Subjek Predikat
Di atas segalanya kerajaan akan tetap memastikan hak mereka yang terbabit terpelihara.
FSN FN





Di atas segalanya kerajaan akan tetap memastikan hak mereka yang terbabit terpelihara.


Di atas segalanya kerajaan akan tetap memastikan hak mereka yang terbabit terpelihara
KSN KN KNA KK KN KGN KH KK KK
Di atas segalanya kerajaan akan tetap memastikan hak mereka yang terbabit terpelihara.
14


AMG


Sebagai sebuah negara Malaysia dan seluruh warganya kini berada dipersimpangan jalan.
A1 KH A2


Sebagai sebuah negara Malaysia seluruh warganya kini berada dipersimpangan jalan.
FN FN FN FN


Sebagai sebuah negara Malaysia seluruh warganya kini berada dipersimpangan jalan


Sebagai sebuah negara Malaysia seluruh warganya kini berada dipersimpangan jalan
(KH) (KB) (KN) (KNK) (KN) (KN) (KN) (KN) (KT) (KN)
Sebagai sebuah negara Malaysia dan seluruh warganya kini berada dipersimpangan jalan.

15






( Subjek ) ( Predikat )
Sebaliknya, ayuhlah kita bersama mendaya sebuah masa depan yang sarat dengan harapan dan kemuliaan.


Sebaliknya, ayuhlah kita bersama mendaya sebuah masa depan yang sarat dengan harapan dan kemuliaan.

Sebaliknya, ayuhlah kita yang sarat dengan harapan dan kemuliaan.
bersama mendaya sebuah masa depan
dengan harapan dan kemuliaan
masa depan yang sarat

Sebaliknya ayuhlah kita bersama mendaya sebuah masa depan yang sarat dengan harapan dan kemuliaan
(FN) (KS) (KGN) (KN) (KK) (KB) (KN) (KA) (KH) (KA) (KH) (KK) (KH) (KA
Sebaliknya, ayuhlah kita bersama mendaya sebuah masa depan yang sarat dengan harapan dan kemuliaan.

16

4.0 REFLEKSI

Assalamualaikum, akhirnya selesai sudah tugasan BMM 3110 iaitu Sintaksis
Bahasa Melayu. Tugasan ini banyak memberi pemahaman dengan lebih mendalam
mengenai proses pembinaan ayat bahasa Melayu dan pencantuman ayat dalam
bahasa Melayu menjadi pelbagai ayat majmuk.. Melalui tugasan ini, sedikit sebanyak
membantu saya dalam menambah pengetahuan saya sebagai seorang guru bahasa
Melayu. Ilmu yang saya dapat melalui tugasan ini akan saya gunakan sebagai bekal
untuk saya mengajara anak bangsa kelak.

Selain itu, tugasan ini jega memerlukan saya menyiapkan satu tutorial
pembelajaran bagi jenis-jenis ayat tunggal. Melalui tugasan ini, saya dapat membca
dan memahami dan memudahkan saya ingat dan hafal mengenai jenis-jenis ayat
tunggal yang terdapat dalam bahasa Melayu. Akhir kata, tanpa guru siapalah saya.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing En.
Noor Azni bin Yahya yang banyak memberikan bimbingan kepada saya. Sekian,
terima kasih.




















17

5.0 BIBLIOGRAFI

BUKU
Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani, Razali Ayob, Zulkifli Osman, 2006.
Sintaksis, Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, Kuala Lumpur :
PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd
Goay Teck Chong, Chpp Say Tee, Teks Pra-u STPM Bahasa Malaysia, (2008),
Pearson Malaysia Sdn. Bhd
Hazama Harun, Norazila Daud, siri Latihan Tatabahasa, (2012) EPH Publishing (M)
Sdn. Bhd.
Hasnah Binti Awang dan Habibah Binti Samin (Munsyi Dewan), 2010. Revisi Bahasa
Melayu Akademik. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood, 2011.
Tatabahasa Dewan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Hajar Abdul Aziz, 2008. Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu 1, Selangor Darul
Ehsan : Oxford Fajar Sdn Bhd.

You might also like