You are on page 1of 3

Definisi Ayat Majmuk

APA ITU AYAT MAJMUK?

Nik Safiah Karim et al..  (2006) membahagikan ayat majmuk kepada tiga jenis iaitu ayat majmuk
gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk campuran. Nik Safiah Karim et al..  (2006)
menjelaskan bahasa ayat majmuk gabungan terbina daripada dua atau lebih klausa bebas yang
menggunakan kata hubung ‘dan’ untuk menggabungkannya. Contohnya, “Ayah pergi ke pejabat dan
emak pergi ke pasar”. Ayat majmuk pancangan pula terbina daripada satu atau lebih klausa tak bebas
dengan menggunakan kata hubung atau kata sendi (Nik Safiah Karim et al.. , 2006). Klausa induk adalah
terdiri daripada klausa bebas yang menerima klausa pancangan (Nik Safiah Karim et al.. , 2006). Ayat
majmuk campuran pula merupakan hasil gabungan ayat majmuk campuran dan ayat majmuk pancangan
(Nik Safiah Karim et al.. , 2006). Contoh ayat ialah “Saya tahu bahawa ibunya sudah meninggal” yang
menunjukkan bahawa kata kerja ‘tahu’ adalah tidak lengkap tetapi dapat dilengkapkan oleh klausa
komplemen, iaitu “bahawa ibunya sudah meninggal.”

Zainal Abidin Bin Ahmad atau Z’aba (2000:276) tidak menggunakan istilah ayat majmuk, tetapi beliau
menggunakan istilah ayat berlapis, ayat berkait dan ayat bercampur. Menurut Z’aba (2000), ayat berlapis
ialah ayat yang dibina daripada dua ayat yang sama tarafnya dan menggunakan kata hubung ‘dan’ untuk
mengaitkan kedua-dua ayat tersebut. Contohnya, “Tangannya patah sebelah dan kakinya luka-luka.”
Ayat jenis berkait pula dibina daripada ayat kecil yang terdiri daripada kata hubung penambat dan
berhubung dengan satu ayat induk yang terdiri daripada klausa induk. Contoh ayat yang ditunjuk oleh
Z’aba (2000) ialah “Setelah saya mandi-manda di kolam itu, saya pun naik ke rumah bersalin pakaian.”
Dalam ayat tersebut, kata hubung penambat ‘setelah’ telah digunakan. Ayat bercampur pula merupakan
persatuan yang terdiri daripada:-
a.) ayat selapis dengan ayat berkait
b.) ayat berlapis dengan ayat berkait
c.) ayat berkait dengan ayat berkait
Contoh ayat bercampur ialah “Orang Cina sangat kuat bekerja dan kita hanya akan dapat melawan
mereka jika kita kuat bekerja seperti mereka itu pula. ” Dalam ayat ini, kata hubung ‘dan’ telah digunakan
untuk menghubungkan ayat selapis dengan ayat berkait (Z’aba, 2000). 

Dalam buku Nahu Melayu Mutakhir (NMM), Asmah Haji Omar (1993:348), menggunakan istilah ‘klausa
kompleks’ bagi merujuk kepada ayat majmuk. Menurut beliau, klausa kompleks terdiri daripada dua, iaitu
klausa komples setara (penggabungan klausa) dan klausa kompleks tak setara (pelapisan klausa).
Asmah Haji Omar (1993:348) menjelaskan bahawa klausa C menjadi subordinat klausa B dan klausa B
menjadi subordinat klausa A dalam klausa kompleks tak setara. Contohnya, “Telah dia yakin tadi bahawa
bukan tangannya yang bakal memegang kapak”. Klausa kompleks setara pula adalah gabungan klausa-
klausa yang sama taraf dan dihubungkan oleh kata penghubung seperti dan, atau, tetapi   dan lain-lain
lagi. Dengan ini, seiap klausa juga boleh dipanggil klausa utama (Asmah Haji Omar, 1993:348). Contoh
ayat yang boleh dianalisis sebagai klausa kompleks setara yang menggunakan kata hubung ‘dan’
merupakan ayat “Ayah pergi ke pejabat dan emak pergi ke sekolah.”

Kesimpulannya, walaupun Z’aba (2000) dan Nik Safiah Karim et al..  (2006) menggunakan istilah yang
berbeza tetapi huraian untuk ayat majmuk adalah sama.Keadaan ini jelas tergambar apabila ayat berlapis
adalah sama dengan ayat majmuk gabungan, ayat berkait pula sama dengan ayat majmuk pancangan
dan ayat bercampur adalah sama dengan ayat majmuk campuran
Di samping itu, terdapat juga perbezaan dalam kalangan ahli-ahli bahasa tentang definisi ayat majmuk,
namun secara ringkasnya dapat disimpulkan secara umumnya, ayat majmuk boleh dibahagikan kepada 3
jenis, iaitu:-
a.) ayat majmuk gabungan
b.) ayat majmuk pancangan
c.) ayat majmuk campuran
Ayat Tunggal
Ayat Tunggal

1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.

2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.

Contoh : Lelaki gemuk itu \ sedang menembak burung.

            Subjek    =  Lelaki gemuk itu

            Predikat  =  sedang menembak burung.

http://tatabahasabm.tripod.com/tata/amajmuk.htm

Ayat Tunggal

 Ayat tunggal ialah ayat terbentuk daripada  satu klausa, iaitu ayat yang terdiri daripada satu subjek dan satu pre
 Ayat dasar juga adalah ayat tunggal, tetapi bukan semua ayat tunggal dapat dianggap sebagai ayat dasar.
 Ayat dasar merupakan ayat tunggal jenis ayat penyata dalam ragam ayat aktif.
 Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.
 Contoh : Lelaki itu /sedang menembak burung.

            Subjek    =  Lelaki itu

            Predikat  =  sedang menembak burung .

 Ayat-ayat berikut ialah contoh ayat-ayat tunggal


(subjek ditebalkan. Selainnya ialah predikat).

Ibu negara Malaysia Kuala Lumpur.


Gunung Kinabalu gunung tertinggi di Asia
Tenggara.
Di dalam almari tali leher ayah.(pasif)
Nama encik siapa?
Berapakah keuntungan kita hari ini?
 

 Telah dinyatakan bahawa ayat tunggal terdiri daripada satu  subjek dan satu predikat Subjek ayat tunggal boleh
predikat ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama

You might also like