You are on page 1of 9

ANALISIS CERPEN PULANGNYA SANG PUTERA OLEH PETER AUGUSTINE GOH

Cerpen merupakan salah satu bidang kesusasteraan Melayu moden. Cerpen ialah sepatah
akronim (singkatan dua patah perkataan) yang dibentuk daripada kata cerita dan pendek. 'Cer'
daripada kata 'cerpen' dan 'pen' daripada 'pendek'. Cerpen ialah suatu bentuk prosa naratif dan
bersifat cereka. Cerpen ialah satu gabungan antara pengalaman dengan rekaan pengarang.
Cerpen ialah kisah rekaan yang relatif pendek dihasilkan dalam bentuk prosa dilihat dari segi
panjang pendeknya, sesebuah cerpen biasanya mengandungi antara 5,000-15,000 patah
perkataan. Ia mempunyai kesatuan terutamanya dalam plot di samping unsur lain seperti tema,
kesan, watak, mood dan gaya.

Cerpen mempunyai ciri khusus yang dapat dilihat dari sudut jumlah perkataan, tema dan
persoalan, binaan plot, watak dan latar. Jumlah perkataan. Jumlah perkataan dalam cerpen
adalah lingkungan 500 hingga 20,000 patah perkataan. Cerpen yang mengandungi 500 patah
perkataan diistilahkan sebagai cerpen mini manakala yang mengungkapkan 20,000 patah
perkataan dikenali sebagai cerpen panjang. Namun dalam keadaan lazim panjang cerpen yang
disiarkan dalam majalah ialah sekitar 2 000 hingga 2 500 patah perkataan. Oleh sebab makna
dari segi istilah cerpen itu ialah cerita pendek maka ada yang menyebutkan panjang cerpen
ialah sehabis meminum secawan kopi atau sehabis menghisap sebatang rokok. Seterusnya,
cerpen mempunyai tema dan persoalan. Cerita hanya satu sahaja dan tidak mungkin
bercabang seperti dalam novel. Seluruh pemusatan cerita tertumpu pada satu persoalan atau
fenomena hidup sahaja. Cerpen juga memiliki hanya satu plot yang dikenali sebagai plot utama
dan tiada plot sampingan. Penampilan watak dalam cerpen terhad bilangannya iaitu memadai
satu hingga tiga watak yang dominan yang menghidupkan cerita.

Saya telah memilih cerpen bertajuk Pulangnya Sang Putera oleh Augustine Toh yang
diterbitkan dalam Berita Harian bertarikh 25 September 2010. Cerpen ini mengisahkan tentang
Razali terkejut dan sedih kerana orang yang disayanginya tidak lagi tinggal di rumah tiga bilik
yang belum habis dibayar. Rumah yang banyak meninggalkan kenangan manis sudah didiami
oleh keluarga lain. Ayahnya telah meninggal dunia manakala ibunya menghidapi demensia dan
tinggal di rumah kebajikan. Razali menyesal teringat akan kisah silamnya yang pahit iaitu dia
telah meringkuk di Los Angeles (LA) selama sepuluh tahun kerana disyaki membunuh seorang
pelacur. Mak Eton, jiran lama Razali menceritakan segala tentang ibunya yang sedih setia
menanti kepulangan anak lelaki tunggal dari LA untuk menjaganya. Kini kekesalan Razali tiada

1
gunanya. Namun begitu, dia tetap berusaha mencari dan ingin berbakti kepada ibunya. Razali
pergi ke rumah kebajikan yang dimaksudkan oleh Mak Eton untuk berjumpa dengan ibunya.
Akhirnya, ada seorang putera bergelar anak bersujud dan mengucup kaki si ibu tua walaupun
tidak mengerti apa-apa.

Pemilihan cerpen ini bertujuan untuk menganalisis sistem bahasa dari aspek
penggunaan tatabahasa. Tatabahasa terbahagi kepada dua iaitu morfologi dan sintaksis.
Menurut Abdullah Hassan (2003) mendefinisikan morfologi sebagai satu bidang ilmu yang
mengkaji bentuk perkataan. Morfologi merupakan bidang tatabahasa yang mengkaji perkataan
dan cara-cara pembentukannya. Morfologi ialah bidang ilmu yang mengkaji struktur, bentuk dan
golongan kata. Struktur kata bermaksud susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang tulisan
yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata ialah rupa unit tatabahasa sama ada
berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.
Golongan kata pula bermaksud proses mengkategorikan perkataan berdasarkan keserupaan
bentuk atau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Justeru, morfologi bahasa
Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata.

Kata tunggal ialah bentuk perkataan yang terdiri daripada satu morfem bebas sahaja
dan boleh berdiri sendiri dalam frasa. Kata tunggal merujuk kepada perkataan-perkataan yang
tidak mengalami sebarang proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Kata tunggal
merupakan bentuk kata dasar dan bentuk inilah yang mendirikan perkataan itu sendiri.
Contohnya, dalam cerpen ini terdapat kata tunggal satu suku kata, dua suku kata, tiga suku
kata dan empat suku kata dan lebih. Contoh perkataan bagi kata tunggal tersebut boleh rujuk di
lampiran muka surat (2). Seterusnya kata terbitan bermaksud kata dasar yang telah menerima
sekurang-kurangnya satu imbuhan. Kata terbitan ialah hasil daripada penggabungan kata dasar
dengan imbuhan-imbuhan awalan, akhiran, sisipan atau apitan. Contoh perkataan bagi kata
terbitan boleh rujuk di lampiran muka surat (3,4). Selain itu, kata ganda ialah kata dasar yang
mengalami proses pengulangan. Kata ganda terdiri daripada kata ganda penuh, kata ganda
separa, kata ganda berentak dan kata ganda berimbuhan. Contoh perkataan bagi kata ganda
boleh rujuk di lampiran muka surat (2).Bentuk kata yang terakhir ialah kata majmuk. Kata
majmuk disebut sebagai rangkai kata. Kata majmuk merujuk kepada proses yang
merangkaikan dua atau lebih kata dasar dan bentuk yang terhasil itu membawa makna yang
tertentu. Kata majmuk terdiri daripada kata majmuk rangkai kata bebas, kata majmuk rangkai
kata setara, kata majmuk istilah khusus dan kata majmuk simpulan bahasa. Contoh perkataan
bagi kata majmuk boleh rujuk di lampiran muka surat (2).

2
Pembentukan kata menerangkan bagaimana sesuatu kata itu dibina dan dibentuk
sehingga dapat menghasilkan ayat dan ujaran dalam sesuatu bahasa. Pembentukan kata
dibahagikan kepada empat iaitu pengimbuhan, penggandaan, pemajmukan dan
pengakroniman. Contoh semua pembentukan tersebut boleh rujuk di lampiran muka surat (5).
Manakala penggolongan kata bermaksud proses menjeniskan perkataan berdasarkan
keserupaan bentuk atau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.
Penggolongan kata dibahagikan kepada empat iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan
kata tugas. Kata nama ialah kata yang merujuk khusus pada sesuatu nama orang, haiwan,
benda, institusi, undang-undang, bangsa, bahasa dan pangkat. Menurut Sulaiman Masri (2006)
mendefinisikan kata nama sebagai perkataan yang menyatakan nama bagi orang, benda,
binatang, tempat, konsep dan sebagainya. Tamsilnya, dalam cerpen ini terdapat kata nama am,
kata nama khas dan kata ganti nama. Contoh perkataan bagi kata nama boleh rujuk di lampiran
muka surat (6).

Kata kerja pula ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja,
manakala unsur lain yang hadir dalam binaan frasa kerja boleh terdiri daripada objek,
pelengkap, kata bantu dan keterangan. Sebagai contoh, dalam cerpen ini terdapat kata kerja
tak transitif dan kata kerja transitif. Contoh perkataan bagi kata kerja boleh rujuk di lampiran
muka surat (7). Penggolongan kata yang seterusnya ialah kata adjektif. Kata adjektif ialah
perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Kata adjektif tersebut boleh
disertai oleh kata penguat sebagai unsur keterangan dalam binaan tersebut. Contohnya, dalam
cerpen ini terdapat kata adjektif sifat, perasaan, cara, ukuran, bentuk, waktu, warna, jarak dan
pancaindera. Contoh kata adjektif boleh rujuk di lampiran muka surat (7). Kata tugas juga
merupakan salah satu penggolongan kata. Kata tugas ialah golongan kata yang berbeza
daripada kata nama, kata kerja dan kata adjektif kerana kata ini tidak berfungsi sebagai unsur
inti dalam binaan frasa. Tamsilnya, dalam cerpen ini terdapat kata hubung, kata tanya, kata
pembenar, kata bantu, kata penguat, kata nafi, kata pemeri, kata arah, kata bilangan dan kata
sendi nama. Contoh perkataan bagi kata tugas boleh rujuk di lampiran muka surat (8).

Aspek tatabahasa juga melibatkan sintaksis. Sintaksis bermaksud bidang kajian tentang
prinsip dan proses pembinaan ayat dalam bahasa tertentu. Menurut Nik Safiah Karim (2013)
mendefinisikan sintaksis sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan
binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi
juga hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan

3
perkataan atau kelompok perkataan bagi membentuk ayat dalam bahasa. Sintaksis terbahagi
kepada tiga iaitu frasa, klausa dan ayat. Frasa ialah binaan yang terdiri sekurang-kurangnya
satu perkataan yang berpotensi untuk menjadi unit yang lebih besar. Frasa menjadi subjek atau
predikat dalam binaan ayat serta menjadi konstituen kepada klausa. Sebagai contoh, dalam
cerpen ini terdapat frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh frasa
boleh rujuk di lampiran muka surat (9). Seterusya, binaan klausa terdiri daripada subjek dan
predikat. Klausa adalah sebuah ayat di dalam ayat iaitu ayat yang menjadi unsur kepada ayat
lain ataupun dikenali sebagai anak ayat. Tamsilnya, dalam cerpen ini terdapat klausa bebas
dan klausa tak bebas. Contoh klausa boleh rujuk di lampiran muka surat (9).

Manakala ayat pula ialah unsur yang paling tinggi di dalam tatabahasa. Penggabungan
unsur-unsur seperti kata, frasa dan klausa membentuk binaan yang dikatakan ayat. Ayat ialah
susunan perkataan yang memberikan makna yang lengkap. Terdapat dua bahagian dalam ayat
iaitu subjek dan predikat. Menurut Zulkifli Osman (2006) mendefinisikan subjek iaitu konstituen
ayat dan terdiri daripada perkataan atau beberapa perkataan. Subjek bermaksud bahagian ayat
yang diterangkan manakala predikat ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek. Menurut
Hasuria Che Omar (2009) menerangkan ayat sebagai unit pengucapan yang paling tinggi
letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh
terbentuk daripada satu atau beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri
dengan kesenyapan serta mengandungi intonasi yang sempurna.

Terdapat empat jenis pola ayat iaitu FN+FN, FN+FK, FN+FA dan FN+FS. Contoh pola
ayat yang terdapat dalam cerpen boleh rujuk di lampiran muka surat (10). Seterusnya, bentuk
ayat dibahagikan kepada tiga iaitu ayat dasar, ayat tunggal dan ayat majmuk. Contoh bentuk
ayat yang terdapat dalam cerpen boleh rujuk di lampiran muka surat (11). Terdapat empat jenis
ayat iaitu ayat penyata, ayat perintah, ayat seruan dan ayat tanya. Contoh jenis ayat yang
terdapat dalam cerpen ini boleh rujuk di lampiran muka surat (12). Ragam ayat pula terdiri
daripada ayat aktif dan ayat pasif. Contoh ragam ayat boleh rujuk di lampiran muka surat (13).
Seterusnya susunan ayat juga sangat penting dalam sistem bahasa. Terdapat dua jenis
susunan ayat iaitu susunan biasa dan susunan songsang. Contoh susunan ayat boleh rujuk di
lampiran muka surat (13). Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis proses peluasan ayat
antaranya ialah peluasan frasa nama sebagai subjek, peluasan frasa predikat, peluasan
dengan kata hubung dan peluasan melalui proses komplementasi. Contoh peluasan ayat dalam
cerpen ini boleh rujuk di lampiran (14).

4
Namun begitu, terdapat beberapa kesalahan tatabahasa yang dapat dikesan dalam
penulisan cerpen ini. Kesalahan tatabahasa bermaksud semua bentuk kesalahan dalam
pembinaan ayat yang gramatis. Kesalahan ini melibatkan kesalahan hukum tatabahasa.
Kesalahan tatabahasa yang pertama ialah kesalahan ejaan. Sebagai contoh dalam cerpen ini
perkataan meringkuk dieja dengan salah iaitu merengkuk. Selain itu, kesalahan tatabahasa
yang dapat saya kesan ialah kesalahan penggunaan huruf besar. Perkataan dia pada
permulaan ayat dalam cerpen ini ditulis dengan huruf besar. Di samping itu, kesalahan
tatabahasa dalam cerpen ini ialah penggunaan kata sendi nama. Penulis menggunakan
perkataan daripada untuk menerangkan tempat. Kesalahan seterusnya yang dapat dikenal
pasti dalam penulisan cerpen ini ialah lewah. Lewah dalam bahasa merujuk satu penggunaan
atau pemakaian perkataan yang dianggap berlebihan atau sengaja dilebih-lebihkan. Contohnya,
dalam cerpen ini penulis menggunakan perkataan sangat mencurah-curah. Perkataan
mencurah-curah ialah mengalir dengan banyaknya serta deras. Perkataan sangat mencurah-
curah dianggap lewah dalam aspek tatabahasa. Semua kesalahan tatabahasa tersebut boleh
rujuk lampiran muka surat (15).

Penulis menggunakan beberapa peribahasa Melayu dalam cerpen ini. Menurut Ainon
Mohd (2002) mendefinisikan peribahasa sebagai bahasa kiasan yang mantap. Peribahasa ialah
suatu susunan kata dalam bentuk kiasan yang mempunyai pengertian yang tersirat. Susunan
kata-kata kiasan ini tercipta berdasarkan pengalaman kehidupan seharian oleh masyarakat.
Peribahasa juga menjadi suatu bentuk luahan sindiran dan pengajaran yang digunakan oleh
nenek moyang secara kiasan yang diwarisi oleh generasi demi generasi sejak berzaman.
Peribahasa berfungsi untuk menghiasi karangan dan percakapan serta boleh dijadikan
pedoman hidup kerana isinya yang luas. Contoh peribahasa dalam cerpen ini boleh rujuk di
lampiran muka surat (16).

Kesimpulannya, penggunaan tatabahasa sangat penting dan perlu dititikberatkan dalam


sistem bahasa Melayu. Tatabahasa perlu dipelajari untuk menguasai sesuatu bahasa itu
dengan baik. Sebagai seorang guru, amatlah penting kita mempelajari ilmu berkaitan
tatabahasa agar kita dapat mengajar dan mencurahkan ilmu yang betul kepada murid. Kita
perlu banyak membaca dan merujuk dari pelbagai sumber berkaitan dengan sistem bahasa
Melayu terutamanya tatabahasa. Sekiranya kita rajin membaca maka bertambahlah
pengetahuan kita kerana membaca jambatan ilmu.

5
PENULISAN REFLEKTIF

Alhamdulillah, sejuta kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah S.W.T, kerana dengan izin dan
rahmat daripada-Nya dapatlah saya sempurnakan kerja kursus projek bagi subjek PKPK 3163
iaitu Sistem Bahasa Melayu. Sebelum melangkah ke intipati refleksi seterusnya, terlebih dahulu
saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing subjek iaitu Puan
Zaleha Binti Mohd Noor dan Haji Nik Azhar Bin Nik Ab. Rahman kerana telah banyak
menyumbangkan jasa dalam memberikan tunjuk ajar serta bimbingan sepanjang tugasan kerja
kursus ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang saling bekerjasama dan
tidak lokek untuk berkongsi ilmu serta pengetahuan berkaitan dengan tugasan ini. Dengan
bantuan rakan-rakan, proses untuk mencari maklumat dan menyiapkan tugasan ini menjadi
lebih mudah.

Sesungguhnya, kerja kursus yang diberikan sudah tentu memberikan impak yang
mendalam terhadap diri saya. Tugasan kerja kursus ini berkaitan dengan sistem bahasa Melayu
iaitu dari aspek penggunaan tatabahasa. Tugasan ini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan
saya tentang penggunaan tatabahasa yang betul melalui menganalisis cerpen. Guru perlu
mempelajari penggunaan tatabahasa supaya ilmu pengetahuan dan kemahiran dapat diajar
dan dikongsi kepada orang lain terutamanya kepada murid-murid kelak. Tatabahasa adalah
bidang yang menumpukan kepada pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu
bahasa. Tatabahasa berperanan untuk menghuraikan pemilihan penggunaan bahasa itu untuk
membina ayat-ayat yang baik. Oleh itu, dapatlah dinyatakan bahawa ia merupakan dasar yang
menjadi pedoman dan pegangan dalam menentukan betul atau salah sesuatu bentuk bahasa
pertuturan atau penulisan yang dihasilkan. Menurut Tatabahasa Dewan, aspek tatabahasa
menyentuh kepada dua sudut, iaitu melibatkan cara perkataan dibentuk daripada bunyi-bunyi
bahasa dan cara perkataan disusun menjadi ayat. Huraian di peringkat perkataan disebut
morfologi, manakala huraian di peringkat ayat disebut sintaksis.

Selain itu, saya dapat menganalisis dan mengelaskan sesuatu perkataan dan ayat
mengikut fungsi masing-masing melalui tugasan individu iaitu menganalisis cerpen yang telah
dipilih. Sebagai contoh, saya mempelajari berkaitan bentuk kata iaitu kata tunggal, kata terbitan,
kata ganda dan kata majmuk. Saya juga dapat mempelajari tentang penggolongan kata iaitu
terdiri daripada kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas dengan lebih mendalam.
Penggolongan kata ini sangat penting dan perlu dipelajari. Hal ini demikian kerana tajuk ini

6
dipelajari oleh murid sekolah rendah. Saya juga dapat menganalisis cerpen dari aspek sintaksis
iaitu frasa, klausa dan ayat. Namun begitu, saya kurang memahami dan agak susah untuk
membezakan frasa dan klausa. Melalui tugasan ini, saya dapat mengetahui pola ayat, bentuk
ayat, jenis ayat, ragam ayat, susunan ayat dan peluasan ayat. Semua ini berbeza dan
mempunyai fungsi yang tersendiri. Namun begitu, saya membaca dan mencari maklumat yang
berkaitan dengan tatabahasa dari pelbagai sumber seperti buku dan internet. Sekiranya kita
hendak melakukan sesuatu, kita akan menyempurnakannya dengan sedaya upaya bak kata
pepatah hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Saya juga dapat mempelajari dalam
mengesan kesilapan tatabahasa dalam penulisan cerpen. Di samping itu, tugasan ini dapat
meningkatkan pengetahuan dan kreativiti dalam menghasilkan carta alir yang menarik dan
mudah difahami.

Saya juga dapat meningkatkan interaksi dan sosial dengan rakan-rakan melalui tugasan
ini. Rakan-rakan saya tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan membantu saya dalam
menyelesaikan tugasan ini. Saya kerap bertanya dengan rakan-rakan tentang tugasan ini
sekiranya saya tidak faham. Kalau segan bertanya kita akan membuat kesilapan kerana malu
bertanya sesat jalan, malu mengayuh perahu hanyut. Tugasan ini memberi pengalaman yang
baru serta meningkatkan kosa kata. Saya dapat menganalisis beberapa perkataan yang baru
yang tidak pernah saya dengar sebelum ini seperti belasungkawa melalui penulisan cerpen
yang telah saya pilih. Bagi pendapat saya, penulisan cerpen ini banyak menggunakan
perkataan yang menarik dan jarang dijumpai. Gaya penulisan cerpen ini mudah difahami oleh
pembaca dan cerita cerpen tersebut dapat disampaikan dengan baik. Namun begitu, terdapat
beberapa kesalahan tatabahasa dikenal pasti dalam cerpen ini.

Kesimpulannya, aspek tatabahasa sangat penting dan perlu dipelajari. Tatabahasa


menjadi suatu dasar dalam menyusun sesuatu ayat dengan betul. Penggunaan tatabahasa
yang betul dapat menghasilkan ayat yang gramatis serta penulisan yang baik. Ilmu
pengetahuan ini dapat digunakan untuk mengajar murid-murid kelak.

7
BUKU

Abdullah Hassan. (2003). Tatabahasa Pedagogi Bahasa Melayu Untuk Sekolah Menengah.

Kuala Lumpur: PTS Profesional Sdn. Bhd.

Ainon Mohd & Abdullah Hassan. (2002). Koleksi Terindah Peribahasa Melayu. Selangor: PTS

Millenia Sdn. Bhd.

Hasuria Che Omar, Noriah Mohamed & Radiah Yusoff. (2009). Bahasa Verbal dan Bukan
Verbal.

Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

Nik Safiah Karim. (2013). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan

Pustaka.

Sulaiman Masri & Ahmad Khair Mohd Nor. (2006). Tatabahasa Melayu Mesra Pengguna. Kuala

Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Zulkifli Osman. (2006). Sintaksis. Kuala Lumpur: PTS Profesional Sdn. Bhd.

INTERNET

Muhammad Syazwan. (2009). Retrieved from


https://www.scribd.com/doc/19336456/Penggolongan-Kata

Syara. (2010). Retrieved from https://www.scribd.com/doc/35225726/PEMBENTUKAN-KATA-


TERBITAN

Zuraida Othman. (2010). Retrieved from https://www.scribd.com/doc/35941904/SINTAKSIS

8
9

You might also like