You are on page 1of 3

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun

KERTAS KERJA
PROJEK INOVASI DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
(DENGAN RENTETAN KOSA KATA
UNTUK MENJADI SEBUAH CERITA)

TEMPAT:
SJK C KAY SIN
PERKAMPUNGAN MACHANG BUBOK,
14020 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG.

TARIKH:
30 March 2015 hingga 28 April 2015

1.0 PENGENALAN

Inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan suatu pembaharuan


kreatif dimana kaedah atau cara yang baru digunakan bagi seseorang guru untuk
memastikan objektif pengajarannya tercapai. Penemuan inovasi adalah untuk menangani
masalah bagi meningkatkan sistem pendidikan. Inovasi dalam pendidikan yang
merupakan usaha untuk mengubah proses pembelajaran, perubahan dalam situasi
belajar yang menyangkut soal kurikulum, tempat mengajar dan belajar, mutu
profesionalisme guru dan juga hasil daripada pengurusan pendidikan. Maka dengan ini
adalah sepatutnya sistem pendidikan negara diperbaharui dari semasa ke semasa. Oleh
yang demikian, untuk mencapai hasrat yang dicitakan, terdapat pelbagai aspek di dalam
bidang pendidikan yang perlu dirombak secara perlahan-lahan dan di antaranya ialah
pembaharuan di dalam bidang kurikulum.

2.0 MATLAMAT
Projek Inovasi ‘Bijak Mengeja’ ini berfokus kepada membantu meningkatkan
kemahiran mengeja perkataan KVKVK dalam murid pemulihan. Di samping itu, projek
inovasi ini dapat meningkatkan minat murid untuk belajar melalui penggunaan slaid
powerpoint yang mempunyai animasi, video lagu dan gambar.

3.0 OBJEKTIF
Projek ini dilaksanakan supaya mahasiswa pendidik dapat:
1. Membantu meningkatkan kemahiran mengeja perkataan KVKVK dalam
murid pemulihan.
2. Meningkatkan minat murid untuk belajar.
3. Merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dalam situasi sebenar di sekolah.
4. Merancang, melaksana projek/aktiviti yang telah dipersetujui oleh pihak
sekolah.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PELAKSANAAN


4.1 Tarikh yang dicadangkan ialah pada 9 Mac 2020 iaitu pada hari Isnin.
4.2 Dilaksanakan selama satu jam.
4.3 Masa pelaksanaan hanya melibatkan waktu pengajaran dan pembelajaran
sahaja.

5.0 TEMPAT
Kelas Pemulihan

6.0 KUMPULAN SASARAN

Murid-murid Tahun 3 kelas pemulihan

7.0 JAWATANKUASA INDUK

Penaung : YM. Tuan Mohd Rahimi Tuan Kechik (Guru Besar SK Peringat)
Penasihat : Encik Mohd Partonoor Bin Abdullah (Guru Pembimbing)
Pengerusi : Tengku Zulaikha Binti Tengku Zainal

8.0 PENUTUP

Semoga projek ini akan mencapai matlamat dan objektif yang disasarkan
dengan kerjasama semua pihak yang terlibat. Kejayaan projek ini akan dapat
memberi manfaat kepada murid pemulihan. Diharap kertas cadangan ini
mendapat sokongan dan pertimbangan serta kelulusan dari pihak tuan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

__________________________ ____________________________
(TG ZULAIKHA BINTI TG ZAINAL) (PUAN CHE NOORWANI BINTI CHE WIL)
Mahasiswa Pendidik, Pensyarah Penyelia,
PISMP Semester 8 Ambilan JUN 2016 Internship Semester 8 .
.

Diluluskan oleh,

_________________________________
(YM TUAN MOHD RAHIMI TUAN KECHIK)
Guru Besar,
SK Peringat,
Kota Bharu, Kelantan.

You might also like