You are on page 1of 4

2.

1 KAEDAH, TEKNIK DAN AKTIVITI PENGAJARAN BAHASA DAN MATEMATIK YANG


BERSESUAIAN UNTUK MURID DISLEKSIA

Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku dalam kalangan
murid terutamanya murid pemulihan. Mohd. Sharani (2004) menjelaskan maksud disleksia
adalah kanak-kanak yang tidak dapat membaca kerana tidak dapat menterjemahkan dengan
betul lambang-lambang bertulis sama ada dalam huruf itu sendiri, dalam suku kata ataupun
dalam perkataan-perkataan. Kanak-kanak disleksia tidak dapat mengimbangi daya mengingati
huruf dengan perkataan dan menghadapi masalah dalam mengingati bentuk huruf, bunyi huruf
dan gabungan perkataan.

Terdapat beberapa kaedah yang bersesuaian untuk murid disleksia. Antaranya ialah
kaedah pengajaran multisensori. Melalui kaedah ini, murid perlu belajar secara aktif dan
interaktif dengan menggunakan pelbagai deria. Kaedah ini dipanggil sebagai VAKT iaitu terdiri
daripada visual (penglihatan), audio (pendengaran), kinestetik (pergerakan) dan taktil
(sentuhan). Kaedah VAKT merupakan kaedah yang menggabungkan deria penglihatan dan
pendengaran dengan tulisan iaitu melalui kinestetik atau pergerakan.

Guru boleh menggunakan kaedah VAKT untuk pengajaran bahasa contohnya murid
mempelajari abjad. Setiap abjad terdiri daripada bentuk, nama dan bunyi. Ketiga-tiga elemen ini
perlu diajar secara eksplisit melalui kaedah ini. Sebagai contoh, guru menunjukkan kad dengan
abjad serta gambar kata kunci. Guru perlu memberi arahan iaitu “nama huruf ini ialah ‘a’,
bunyinya adalah /a/, kata kunci=‘api’. Kemudian, guru meminta murid menulis abjad atas kertas
pasir atau permaidani dan menyebut bunyi abjad secara serentak dengan pergerakan. Selain
itu, guru boleh mengajar murid menggunakan tanah liat untuk membuat abjad, kemudian murid
menyentuh dan menyebut bunyi serentak. Selepas itu, murid diminta menulis di atas kertas dan
menyebut bunyi serentak.

Kaedah cermin juga boleh dilakukan kepada murid yang menghadapi masalah disleksia.
Kaedah ini memerlukan murid untuk berdiri di hadapan cermin. Kemudian, guru akan menyebut
huruf, suku kata atau perkataan kepada murid. Oleh itu, murid dikehendaki mengulang semula
apa yang telah disebut oleh guru sambil memandang cermin. Selain itu juga, kaedah fonik
sesuai untuk pengajaran bahasa bagi murid disleksia. Kaedah fonik ini menekankan kepada
hubungan bunyi-bunyi dengan huruf-hurufnya. Sebagai contoh, ba + ta terus disebut sebagai
[ ba ] + [ ta ] dan seterusnya disebut sebagai [ bata ].
Kaedah VAKT juga sesuai digunakan untuk pengajaran Matematik. Murid membentuk
angka pada pasir atau di udara. Guru juga boleh menggunakan objek konkrit yang boleh
dikendalikan seperti surat kayu, nombor dan lain-lain. Murid menghafal fakta atau nombor
sambil melakukan sesuatu pergerakan. Guru boleh mengajar murid mengira dengan
pergerakan seperti menaiki tangga, berjalan, skiping dan lain-lain. Guru bercerita mengenai
nombor dengan murid contohnya saluran televisyen, tarikh, nombor rumah dan sebagainya.
Selain itu juga, murid belajar mengira menggunakan duit syiling yang sebenar. Hal ini murid
dapat rasa dan sentuh dengan sendiri permukaan duit syiling.

Di samping itu, guru boleh melakukan aktiviti permainan yang sesuai dengan
pengajaran Matematik seperti menggunakan papan permainan, domino dan dadu. Guru perlu
menggunakan perkataan matematik yang betul dan mudah difahami oleh murid contohnya
berapa ramai, kurang, lebih atau sama. Guru juga boleh menggunakan bahan pengajaran
dalam bentuk ICT seperti menggunakan slaid interaktif serta melalui video berkaitan pengajaran
Matematik. Hal ini dapat menarik minat murid terhadap pembelajaran Matematik.

2.2 CARA UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH YANG DIHADAPI OLEH MURID-MURID


YANG MENGALAMI MASALAH DISGRAFIA DAN DISKALKULIA

Disgrafia merupakan salah satu sub-kategori disleksia. Definisi bagi disgrafia adalah luas dan
lazimnya ditakrifkan sebagai masalah pembelajaran yang sering dikaitkan dengan kesukaran
dalam mengeja, tulisan tangan yang tidak kemas, tidak betul dan sukar dibaca serta
bermasalah dalam memindahkan maklumat pada kertas. Hal ini adalah kerana menulis
memerlukan satu set kemahiran motor halus dan kemahiran memproses maklumat. Secara
amnya, ciri-ciri disgrafia adalah seperti pegangan pensel dan posisi badan yang tidak betul,
mudah penat apabila menulis atau menyalin ayat, pembalikan kedudukan huruf dalam
perkataan, ayat yang tidak lengkap, susunan ayat tidak kemas dan seragam serta menunjukkan
ciri-ciri tingkah laku seperti mengelak apabila diarahkan menulis pada papan putih dan
membaca.

Terdapat beberapa langkah bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-
murid yang mengalami masalah disgrafia. Antaranya ialah guru perlu mengajar murid cara
memegang pensel yang betul. Peralatan untuk menulis mestilah selesa untuk dipegang.
Sebagai contoh, murid yang menghadapi disgrafia haruslah menggunakan alat tulis seperti
pensel yang besar. Kanak-kanak disgrafia ini akan lebih berminat untuk menulis atas kertas jika
mereka diberikan pensel yang mempunyai berbagai-bagai warna yang cantik. Selain itu, kertas
mestilah besar dan mempunyai garisan supaya kanak-kanak ini dapat menulis di atas garis
yang sama.

Langkah yang seterusnya bagi membantu murid pemulihan yang menghadapi masalah
disgrafia ialah guru perlu menggunakan kaedah VAKT. Kaedah VAKT ialah terdiri daripada
visual (penglihatan), audio (pendengaran), kinestetik (pergerakan) dan taktil (sentuhan).
Kaedah VAKT merupakan kaedah yang menggabungkan deria penglihatan dan pendengaran
dengan tulisan iaitu melalui kinestetik atau pergerakan. Melalui kaedah VAKT, murid dapat
melihat dan menyebut perkataan sambil menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya.
Prosedur pengajaran kaedah VAKT ialah murid memerhati perkataan yang dipelajari iaitu
melalui visual dan audio. Kemudian, guru menyebut perkataan dan murid mendengar dan
seterusnya murid menyebut sambil memerhati perkataan itu. Murid cuba menulis perkataan itu
berdasarkan ingatannya. Murid membandingkan hasil tulisan dengan perkataan asal.

Selain daripada disgrafia, diskalkulia juga merupakan sub-kategori disleksia. Menurut


Mohd Zuri Ghani, Aznan dan Che Ahmad diskalkulia merupakan sejenis masalah yang dihadapi
oleh kanak-kanak yang tidak dapat melakukan operasi yang melibatkan angka dan simbol
dalam Matematik. Diskalkulia mencirikan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak dalam
Matematik secara amnya dan dalam operasi Matematik secara khususnya. Punca utama
masalah dihadapi oleh kanak-kanak yang mengalami diskalkulia ialah pengamatan.

Terdapat beberapa cara untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid
diskalkulia. Antaranya ialah memberi keyakinan tentang harga diri yang tinggi kepada murid
yang menghadapi masalah diskalkulia kerana mereka juga boleh berjaya seperti orang normal
yang lain. Selain itu, guru perlu memberi pendedahan kepada mereka bahawa Matematik
adalah sebahagian daripada kehidupan seharian mereka. Seterusnya, membantu mereka
dalam mengurus dan memproses maklumat yang berkaitan dengan kuantiti dan ruang. Guru
boleh menggunakan bahan pengajaran dalam bentuk ICT seperti menggunakan slaid interaktif
serta melalui video berkaitan pengajaran Matematik. Hal ini dapat menarik minat murid
terhadap pembelajaran Matematik.

Di samping itu, guru juga perlu menggunakan bahan-bahan konkrit dalam pengajaran
Matematik seperti surat kayu, nombor dan lain-lain. Murid boleh mengira dengan menggunakan
duit syiling yang sebenar. Hal ini murid dapat rasa dan sentuh dengan sendiri permukaan duit
syiling sambil belajar mengira. Selain itu juga, murid boleh belajar mengira sambil melakukan
sesuatu pergerakan contohnya menaiki tangga, berjalan, skiping dan sebagainya. Guru juga
boleh bercerita mengenai nombor seperti saluran televisyen, tarikh, nombor rumah dan lain-lain.
Guru boleh melakukan permainan yang sesuai dengan pengajaran Matematik seperti
menggunakan papan permainan, domino dan dadu.

You might also like