You are on page 1of 6

U4 et.

al
SOALAN TUTORIAL

4. Sejauh manakah yang anda fahami tentang ketaksaan makna leksikal dalam tatabahasa.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2010) mendefinisikan taksa sebagai sesuatu yang
mempunyai makna yang kabur, menyangsikan, meragukan, boleh menimbulkan lebih daripada
satu makna atau tafsiran. Ketaksaan ialah perkataan atau ayat yang mengandungi lebih
daripada satu makna. Jika kita perhatikan ayat ini she has good legs. Ayat tersebut mungkin
membawa maksud wanita itu mempunyai kaki yang sihat (tiada tulang yang patah, tiada buku
lali yang lemah dan sebagainya) atau mungkin memberi maksud wanita itu mempunyai kaki
yang cantik atau wanita ini mempunyai kaki yang baik fungsinya.
Terdapat tiga jenis ketaksaan iaitu ketaksaan struktural, ketaksaan leksikal dan
ketaksaan metafora. Menurut Zulkifley Hamid (2008), ketaksaan struktur wujud apabila dua
atau lebih struktur yang berlainan dihubungkan dengan satu urutan kata yang serupa. Setiap
struktur mempunyai makna yang berlainan. Ketaksaan stuktural melibatkan lebih daripada satu
pentafsiran bagi frasa, klausa dan ayat. Ketaksaan ini melibatkan perubahan semantik terjadi
apabila intonasi bertukar. Dalam hal ini, intonasi menentukan fokus ayat. Sebagai contoh,
kumpulan bola sepak itu menerima piala pusingan yang mengharumkan nama negeri. Selain
itu, ketaksaan leksikal adalah melibatkan lebih daripada satu pentaksiran bagi sesuatu
perkataan. Contohnya, Ali makan sesuatu yang hitam tadi. Tambahan pula, ketaksaan
metafora melibatkan lebih daripada satu pentaksiran bagi unsur-unsur kiasan yang pada
dasarnya sensitif terhadap budaya. Sebagai contoh: Pemakaian gadis itu agak pelik.
Selain itu, proses pelaksanaan ketaksaan makna dalam ayat melibatkan binaan ayat
dalam aspek nahu. Walaupun begitu, ayat tersebut akan menimbulkan keraguan kerana masih
terdapat ketaksaaan makna yang wujud di dalam perkataan tersebut. Contohnya ialah “Rosli
masih menduda walaupun sudah berkahwin”. Walaupun ayat ini dibina secara gramatis, namun
ia tidak boleh dianggap ayat yang betul kerana ketaksaan makna yang wujud dalam ayat
tersebut.
Di samping itu, terdapat empat jenis kekaburan makna iaitu kekaburan referensi,
kekaburan makna, kekaburan spesifikasi dan kekaburan disjungsi. Kekaburan referensial
wujud kerana terdapat perkataan sukar pada objek tertentu. Misalnya, penggunaan perkataan
city dan town digunakan dalam Bahasa Inggeris namun dalam Bahasa Indonesia merujuk
kepada kota.
Seterusnya, kekaburan makna muncul kerana adanya penafsiran yang berbeza atau
tidak pasti terhadap makna kata atau frasa tertentu. Contohnya: lukisan Anita. Pernyataan ini
dapat dimaknakan melalui ayat yang pertama lukisan yang dilukis oleh Anita. Ayat yang kedua
pula, lukisan yang dilukis oleh orang lain tetapi telah dimiliki oleh Anita. Ayat yang ketiga pula
adalah lukisan yang menggambarkan wajah Anita dan ayat terakhir adalah lukisan yang akan
diberikan pada orang yang bernama Anita dan lukisan itu tidak dlukis oleh Anita, tidak dibeli
oleh Anita belum dimiliki oleh Anita dan tidak juga menggambarkan wajah Anita.
Kekaburan spesifikasi muncul kerana sifat makna sesuatu perkataan yang terlalu
umum. Contoh yang diberikan ialah perkataan you 'go' yang maksudnya pergi. Ayat ‘dia pergi
ke kota.’ pada dasarnya dapat membawa makna berbagai gerak seperti jalan kaki, naik kereta,
naik motorsikal, naik kenderaan umum dan sebagainya. Kata ‘pergi’ dianggap tidak cukup
memiliki spesifikasi gerak dan hanya memiliki makna tentang arah gerakan sahaja dan kerana
itu menimbulkan kekaburan.
Kekaburan disjungsi pula muncul kerana pilihan yang menimbulkan penafsiran yang
berbeza, sementara pilihannya terdapat juga di luar pilihan yang disediakan. Contohnya, ayat
‘Encik mahu makan nasi atau mee?’ pada dasarnya mempunyai tiga pilihan jawapan atau
bahkan lebih meskipun pilihan yang diberikan hanya dua.
8. Berdasarkan pengetahuan anda bincangkan proses perubahan makna dalam peribahasa
bahasa Melayu.

Perubahan makna merupakan salah satu fenomena bahasa yang selalu berlaku dalam
mana-mana bahasa di dunia ini. Oleh sebab itu, sifat dinamis dan evolusi, serta akibat akan
terdedah kepada pelbagai fenomena seperti pertembungan dengan bahasa-bahasa lain, serta
faktor-faktor sosial seperti kemasukan idea-idea baharu dan perkembangan ilmu baharu seperti
sains dan juga bidang teknologi, maka bahasa sentiasa menampilkan perubahan makna.

Peribahasa merujuk kepada ayat atau susunan kata yang mendukung makna tertentu
atau membawa maksud berkias, berlapik dan tersirat. Menurut Sapiah Haji Said (2004),
peribahasa adalah ayat yang tersusun pendek dan menepati makna dan pengertian yang ingin
disampaikan secara turun-temurun. Menurut Za’ba (1965), peribahasa adalah susunan kata
yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak
perkataannya. Menurut Aminuddin (2018), peribahasa dalam bahasa Melayu merupakan
khazanah falsafah dan pemikiran bangsa Melayu yang mempunyai nilai kebijaksanaan dan juga
kecerdikan. Hal ini telah menunjukkan peribahasa merupakan elemen yang sangat penting
terutamanya bagi masyarakat Melayu untuk mengungkapkan minda, pemikiran dan juga akal
budi. Masyarakat telah menerapkan peribahasa dalam kehidupan mereka sejak awal lagi
sebagai panduan dalam hidup mereka selain daripada dijadikan sebagai ikhtibar, pedoman dan
juga pengajaran dalam kalangan mereka.

Semantik atau makna boleh dilihat dalam dua sudut iaitu pengembangan makna dan
penyempitan makna. Peluasan makna meliputi sintaksis dan pragmatik dan menurut Nor
Hashimah Jalaluddin (1992 :1) yang memetik pendapat Sperber dan Wilson (1980) bahawa
pengkajian makna belum dapat dipastikan makna sepenuhnya mengikut apa yang dihajati oleh
penutur. Perubahan makna secara keseluruhan bermaksud makna kata yang berbeza sama
sekali dengan maksud asalnya. Menurut Za'ba, perubahan makna secara keseluruhan dari segi
bahasa dapat dilihat dari penggunaan peribahasa, simpulan bahasa, kata kiasan, bidalan,
pepatah, perumpamaan, kata perbilangan dan kata hikmat.

Di samping itu, perubahan peribahasa dari aspek leksikal telah memperlihatkan


bahawa pemikiran masyarakat sekarang telah berubah dan ia adalah selaras dengan
perubahan persekitaran yang dilalui oleh masyarakat kini. Perubahan peribahasa dari aspek
makna turut dipengaruhi oleh faktor persekitaran yang sentiasa pantas berubah seiring
dengan perkembangan teknologi dan arus kemodenan. Perubahan aspek leksikal ini telah
membawa banyak perubahan makna yang ketara dalam peribahasa Melayu dan ia
memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan sesuatu maksud yang tersirat dan
tersurat. Leksikal ditakrifkan sebagai sesuatu kata yang berfungsi atau memainkan
peranan dari sudut penggunaan kata dalam sesebuah bahasa tanpa menghiraukan
peraturan atau pun sistem bahasa. Oleh itu, bahagian ini akan melihat dan
membincangkan perubahan dari aspek makna leksikal dan juga bentuk leksikal.

Perubahan makna leksikal ini boleh diperhatikan melalui peribahasa bagai menatang
minyak yang penuh. Berdasarkan kepada peribahasa tersebut, dapat dilihat bahawa makna
leksikal menatang telah membawa kepada perubahan maksud yang ingin disampaikan oleh
penutur atau penulis. Kamus Pelajar Edisi kedua (2016) memberi maksud menatang sebagai
membawa sesuatu di atas telapak tangan manakala maksud menatang bagi peribahasa baharu
merupakan kata basahan atau bahasa kasar yang digunakan untuk mencaci atau menghina
sesuatu. Leksikal menatang ini diperolehi dari perkataan binatang dan merupakan bahasa pasar
yang sering kali digunakan bagi menyatakan sesuatu yang tidak enak. Menatang adalah variasi
dialek yang digunakan di Malaysia Timur seperti Kelantan dan Terengganu. Peribahasa ini
diujarkan bagi menyuarakan isi hati masyarakat tentang kenaikan harga minyak. Walaupun
pada dasarnya peribahasa ini melucukan, namun penyampaian maksud peribahasa itu amat
telus dan tajam bagi menyatakan isi hati tentang kenaikan harga minyak. Dapat dilihat bahawa
terdapat perubahan makna leksikal dalam peribahasa tersebut dalam menyampaikan sesuatu
ungkapan secara berbeza tetapi dapat difahami akan motif dan maksud penyampaiannya.
Dengan maksud yang lain, penutur dapat menentukan bahawa apa yang diujarkannya
mempunyai ciri-ciri yang relevans yang optimal iaitu ujaran tersebut dapat memberikan kesan
konteks yang maksimum serta audiens dapat merumuskan ujaran tersebut dengan pantas.

Peribahasa ‘laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak’ telah meminjam warna
dan sifat bunga tersebut dalam memerikan kelakuan seorang wanita. Bunga dedap merupakan
sejenis tumbuhan hutan. Bunga ini memang cantik dipandang kerana warnanya yang merah dan
memiliki kelopak yang berbentuk jantung serta menarik susunannya pada hujung dahan secara
memanjang. Walaupun nampak cantik tetapi kekurangan bunga dedap adalah tidak berbau
malahan bunga tersebut mempunyai racun pada bahagian biji, akar, batang dan daunnya.
Gambaran wanita yang cantik tetapi tidak berbudi bahasa dikiaskan dengan lahiriah bunga
dedap. Warna merah bunga dedap dilambangkan sebagai rupa paras seorang wanita yang
cantik tetapi garang. Perwatakan atau tabiat wanita yang tidak berkelakuan baik atau tidak
mempunyai budi bahasa dihubungkan dengan bau yang tidak ada pada bunga dedap. Racun
yang ada pada daun dan biji bunga dedap serta duri yang terdapat pada rantingnya
menyebabkan bunga ini takut didekati kerana bimbang mudarat diri. Sekiranya dipadankan
dengan wanita, racun pada bunga dedap itu sebagai tanda amaran agar berhati-hati dengan
wanita yang mempunyai sifat seperti bunga dedap. Walaupun tampak cantik dengan warnanya
yang merah tetapi ada muslihat terselindung di sebaliknya. Menurut Nor Hasimah (2000),
peribahasa yang melambangkan kehinaan wanita sebenarnya bukan bertujuan menghina
wanita tetapi adalah garis panduan cara wanita harus dididik berdasarkan norma sosial yang
disampaikan melalui peribahasa.

Seterusnya, peribahasa ‘bagaimana acuan begitulah kuihnya’ membawa maksud


perangai anak kebiasaannya mengikut perangai ibu bapa. ‘Acuan’ ialah bekas tempat menuang
bahan yang hendak dibentuk. Bentuk-bentuk acuan kebiasaannya dijumpai dalam pelbagai rupa
dan bentuk yang berbeza-beza. Acuan boleh digunakan untuk menghasilkan bentuk objek yang
sama dengan bekas acuan yang digunakan seperti kuih, biskut dan kek. Manakala perkataan
‘kuih’ ialah makanan tradisional masyarakat Melayu yang dihasilkan dengan pelbagai cara
termasuklah dengan menggunakan acuan. Dalam peribahasa ini, ‘acuan’ dapat difahami
sebagai ‘ibu bapa’, manakala ‘kuih’ dapat difahami sebagai ‘anak-anak’. Penggunaan ‘acuan’
yang dikaitkan dengan ‘ibu bapa’ menunjukkan makna tersirat yang digambarkan oleh
masyarakat Melayu melalui penggunaan objek di sekeliling mereka. Bentuk ‘kuih’ yang
dihasilkan daripada ‘acuan’ secara tidak langsung menggambarkan cerminan yang menjadi ciri-
ciri utama makna peribahasa yang bertemakan kekeluargaan. Oleh itu, penggunaan perkataan
‘acuan’ untuk menggambarkan sikap atau perangai anak-anak yang mengikut perangai ibu atau
bapa adalah amat tepat kerana acuan akan menghasilkan objek yang sama dengan bentuk
bekasnya.

Lebih-lebih lagi, peribahasa seperti ‘perlahan selagi tercapai’. Secara amnya,


peribahasa ini telah bermaksud pencapaian matlamat adalah lebih penting walaupun
memerlukan masa yang lama. “Perlahan” dalam peribahasa ini membawa maksud pencapaian
sasaran yang memerlukan masa yang panjang dan lama. Perkataan “tercapai” pula bermaksud
berjaya mencapai sesuatu matlamat yang ditetapkan. Peribahasa ini merupakan moto bagi
masyarakat yang menekankan bahawa asalkan adanya usaha yang dicurahkan, kejayaan pasti
akan diperoleh kerana mereka mempercayai bahawa setiap kejayaan matlamat mempunyai
masa yang tersendiri. Sekiranya segala pengurusan ingin dipercepatkan, kegagalan mungkin
akan terjadi.

Tuntasnya, melalui peribahasa, keindahan dan kehalusan bahasa Melayu dapat dilihat
dengan jelas. Peribahasa berupaya mendidik walaupun melalui teguran, sindiran, teladan dan
pengajaran yang tersirat di sebalik peribahasa. Rashiqah Ilmi Abd Rahim (2010) berpendapat
bahawa perkembangan semasa telah mengakibatkan penghayatan terhadap peribahasa Melayu
kian tipis. Tambah Goh Suzie (1998) lagi, aspek peribahasa kurang dititikberatkan walaupun
peribahasa ialah elemen penting dalam kemahiran berbahasa. Penutur Bahasa Melayu
terutamanya remaja lebih selesa menggunakan bahasa slanga yang lebih popular seperti “tau
tak pa” daripada peribahasa “tak tumbuh tak melata”. Semoga keindahan bahasa seperti
peribahasa ini dapat dipelihara dan dikekalkan penggunaannya agar tak lapuk dek hujan, tak
lekang dek panas.

You might also like