You are on page 1of 2

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : TENGKU ZULAIKHA BINTI TENGKU ZAINAL


(b) Sektor / Unit/ Organisasi : IPG KAMPUS KOTA BHARU
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Gred Utama / P&P / AKP1 / AKP2
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : ....................................................................................
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan


HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
1. Tajuk Buku:
AHMAD ALI SEMAN PhD
2. Pengarang:
WARTI BT KIMI
3. Tahun
2014 (356 ms)
diterbitkan:
FREEMIND HORIZONS SDN. BHD.
4. Diterbitkan oleh:

5. Sinopsis Buku
Yang Dibaca: Buku ini menyediakan maklumat-maklumat lengkap bagi rujukan dan
bahan bacaan yang tepat dan sesuai bagi kalangan semua pelajar,
guru-guru sekolah serta pensyarah akademik di Institut Pendidikan
Guru dan Institut Pengajian Tinggi Awam. Malaysia adalah sebuah
negara yang masyarakatnya mengandungi pelbagai kumpulan etnik
dan budaya. Dari segi sejarah, masyarakat Malaysia merupakan
masyarakat yang berilmu, bermoral dan mendukung cita-cita murni
bangsa Malaysia berasaskan kepada konsep negara bangsa. Keadaan
ini ditonjolkan oleh pemimpin dan rakyat melalui idea pemikiran, nilai-
nilai yang terdapat dalam sosiobudaya, perlambangan, jiwa
kemanusiaan dan kerohanian yang diamalkan oleh masyarakat.
Konsep masyarakat Malaysia dan konsep bangsa Malaysia adalah
berbeza. Konsep masyarakat Malaysia boleh dilambangkan sebagai
konsep payung yang meliputi konsep bangsa Malaysia. Konsep
bangsa Malaysia pula merujuk kepada satu cita-cita politik misalnya
sebagai mana dinyatakan dalam Wawasan 2020. Wawasan 2020 telah
menggariskan cita-cita menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
maju menjelang tahun 2020 dan akan lahirlah bangsa bersepadu yang
dikenali sebagai bangsa Malaysia. Bangsa Malaysia yang diinginkan
berteraskan kepada hubungan etnik yang harmonis. Pembentukan
bangsa Malaysia diukur berpandukan kepada tiga perspektif utama
iaitu kenegaraan, kewarganegaraan dan kebangsaan. Semangat
kenegaraan dipupuk dalam diri rakyat untuk kestabilan negara sebagai
kumpulan sosial. Pemupukan ini boleh dibuat melalui simbol bendera
Malaysia, lagu kebangsaan dan Rukun Negara.
Nilai pengajaran dan manfaat yang diperolehi daripada buku ini ialah
6. Manfaat/ kita sebagai rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa
pengajaran yang bangsa, kaum dan agama perlulah mengekalkan keharmonian dan
diperoleh keamanan. Keamanan negara sangat penting kerana dapat
daripada buku
yang dibaca: meningkatkan kepercayaan masyarakat luar negara untuk datang
melancong dan melabur ke negara kita dan ini dapat meningkatkan
pendapatan negara. Rakyat Malaysia menggunakan suasana aman
damai yang wujud bagi meningkatkan produktiviti, berkreativiti,
berinovatif dan berdaya saing untuk memajukan diri sendiri sekaligus
menguntungkan negara kerana mempunyai penduduk yang dinamik
dan progresif.

7. Tandatangan: TENGKU ZULAIKHA BINTI TENGKU ZAINAL

You might also like