You are on page 1of 35

SISTEM BAHASA

Satuan bahasa yang terlengkap dengan koherensi dan kohesi yang


WACANA berkesinambungan, yang mempunyai permulaan dan pengakhiran yang
nyata dan disampaikan secara lisan atau tulisan.

Unit pengucapan yang paling tinggi dalam susunan tatabahasa dan


AYAT mengandungi makna yang lengkap.

Unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat, dan


KLAUSA menjadi konstituen ayat.

Unit yang terdiri daripada satu susunan yang sekurang-kurangnya


mengandungi dua perkataan atau satu perkataan yang berpotensi untuk
FRASA diperluas.

Bentuk bebas yang terkecil, makna lengkap dan dapat berdiri sendiri dalam
KATA ayat.

Unit terkecil dalam bahasa yang membawa makna atau tugas tatabahasa.
MORFEM

Satuan bunyi terkecil yang dapat membedakan makna.


FONEM

Unit terkecil yang dapat dipisahkan daripada rangkaian bunyi.


FON
TATABAHASA

MORFOLOG SINTAKSIS
I
 Morfologi (‘morphology’)  Sintaksis ditakrifkan sebagai
berasal daripada kata bidang ilmu bahasa yang
‘morphememxe’ yang mengkaji bentuk, struktur, dan
bermaksud ‘the minimal binaan atau konstruksi ayat.
meaningful unit of language’.  Ia juga ialah kajian mengenai
 Morfologi ialah bidang yang hukum atau rumus tatabahasa
mengkaji cara-cara perkataan yang mendasari kaedah
dibentuk daripada bunyi-bunyi penggabungan dan
bahasa. penyusunan perkataan atau
 Bidang ilmu bahasa yang kelompok perkataan untuk
memfokuskan kajiannya pada membentuk ayat dalam
struktur kata, bentuk kata, dan bahasa.
penggolongan kata.  Juga ialah bidang yang
 Unit-unit tatabahasa yang mengkaji cara perkataan itu
menjadi unsur perkataan disusun menjadi ayat.
itulah yang dinamakan
morfem.
 Perkataan lainnya, morfem
ialah unit bahasa yang terkecil,
dan dapat melaksanakan
tugas tatabahasa atau
berfungsi gramatis.
MORFOLOGI

1. Konsep

Morfem Perkataan

Bebas Terikat Akar Dasar

2. Bentuk Kata

Tunggal Terbitan Majmuk Ganda

3. Proses Pembentukan Kata

Pengimbuhan Pemajmukan Penggandaaan

4. Golongan Kata

Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif Kata Tugas


BENTUK KATA

Bentuk kata merujuk rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk


tunggal, misalnya bandar atau terbitan daripada proses pengimbuhan (yang
menghasilkan, misalnya, perbandaran), pemajmukan (yang menghasilkan
bandar raya) dan penggandaan (misalnya, bandar-bandar).

Kata Tunggal
Kata tunggal ialah perkataan yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak
mengalami proses pembentukan kata seperti pengimbuhan, pemajmukan atau
penggandaan. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis kata tunggal:
1) kata tunggal satu suku kata

Bentuk suku kata Contoh perkataan


KV ru
VK am
KVK sen
KKVK Stor
KVKK bank
KKKV skru
KKKVK skrip

2) kata tunggal dua suku kata atau lebih


Bentuk suku kata Contoh perkataan
V+KV ela
V+VK aib
V+KVK adik
VK+KV undi
VK+KVK ambil
KV+V dua
KV+VK liar
KV+KV pasu
KV+KVK jarum
KVK+KV lampu
KVK+KVK sandar
KV+KVK+KVK Belimbing
KV+KV+KV+KVK perajurit
V+KV+KVK+KV+KV universiti
KV+KV+KV+KV+KV+KV maharajalela

Kata Akronim
kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan
huruf awal, suku kata atau gabungan kombinasi awal dan
suku kata daripada satu rangkai kata.

Ditulis serta dilafazkan sebagai satu kesatuan yang wajar.


Akronim tergolong ke dalam kata tunggal seperti:
LUTH MARA ABIM Tabika cerpen

purata Bernama Bernas Intan

KATA TERBITAN

bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu


proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar.

Imbuhan terdiri daripada morfem terikat sementara kata dasar ialah bentuk
morfem bebas yang dapat menerima imbuhan
KATA MAJMUK

Proses pemajmukan ialah proses yang


merangkaikan dua kata atau lebih, dan bentuk
baru yang terhasil akan membawa makna
yang tertentu.

Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai


satu unit.

Bentuk kata majmuk tidak boleh menerima


sebarang penyisipan unsur lain.

KATA GANDA

Kata ganda ialah perkataan yang mengalami proses


pengulangan pada kata dasar, sama ada penggandaan penuh
(contohnya makanan-makanan), atau bahagian (contohnya
lelangit, sayur-mayur).
PROSES PEMBENTUKAN KATA

Selain daripada kata tunggal, maka kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda
terbentuk melalui proses pembentukan kata.

Proses berkenaan diterangkan melalui skema rajah berikut:


Pengimbuhan

proses merangkaikan imbuhan kepada kata dasar untuk


menerbitkan perkataan yang berlainan makna serta fungsi nahunya.

imbuhan terdiri daripada morfem terikat yang dirangkaikan kepada


kata dasar.

Imbuhan tergolong dalam empat jenis, iaitu awalan, akhiran, apitan


dan sisipan.

Imbuhan ialah bentuk morfem yang tidak boleh hadir secara


bersendirian dalam ayat. Ia harus diimbuhkan pada bentuk yang
lain, iaitu dengan kata dasar.

Contoh imbuhan pada awalan ayat

contoh
Awalan Varian Contoh perkataan
penggunaan
Kerabat diraja itu
kerabat, ketladak,
ke- ke makan di warung
kekasih
sahaja.

maksud awalan ke- menjadi penanda orang atau benda dengan memberi tumpuan
kepada maksud yang terkandung dalam kata dasar. Kata nama yang diterbitkan
mungkin konkrit atau abstrak

Orang ramai
pewangi, peragut, membelasah peragut
peN- pe-
pesalah rantai itu sehingga
pengsan.

pemfatwa, Mesin pemproses


pem- pemproses, sawit itu mahal
pemberontak harganya.
Pensyarah itu
pensyarah,
keletihan kerana
pen- penswastaan,
menyampaikan lima
penagih, pendapat
kuliah sehari

pengkritik, pengamal,
pengkhianat, Pengacau itu
pengacau, menggangu
peng-
pengaudit, pengasuh kanak-
penghantar, kanak setiap hari.
pengasuh

pengecualian, Pengebom berani


pengeluar, mati itu terkorban
penge-
pengesan, akibat perbuatan
pengebom sendiri

Pelabur diingatkan
pelabur, pelajar, supaya menyemak
pel- pelayar, pelampau, nombor kad
pelakon pengenalan sebelum
mengisi borang.

Pertapa itu
menghabiskan masa
peR- per pertapa enam purnama untuk
menghabiskan
zikirnya.

Semua tugas
diserahkan kepada
jurutaip, jururunding,
juru- juru- jurutaip, sehingga
jurubahasa
akhirnya dia
meletakkan jawatan.
Majalah itu
dwi-(menunjukkan
dwibahasa, diterbitkan dalam
bilangan dua bagi dwi-
dwifungsi, dwiedaran dwibahasa iaitu
kata dasar)
Tamil dan Inggeris.

eka-(menunjukkan Pengunaan
bilangan satu, ekabahasa, ekabahasa belum
eka-
kadangkala dirujuk ekakaum, ekafungsi tentu menjamin
juga adi-) perpaduan negara

Pengajian
pascasiswazah
pasca-(dirujuk merujuk kepada
pasca- pascasiswazah
kepada `selepas') bidang-bidang
sarjana dan
kedoktoran.

Ahli arekologi itu


pra-(menunjukkan prasejarah, menggali tulang-
pra-
makna `sebelum') prakemerdekaan temulang manusia
prasejarah.

Pelanggan
swa-menunjukkan swalayan, swamodal, mengambil sendiri
swa-
maksud `sendiri') swakarya makanan di restoran
swalayan itu.

Contoh imbuhan pada akhiran ayat

Akhiran contoh perkataan

-man (menunjukkan sifat perkara - samada


seniman, budiman
orang atau benda- yang dirujuk)
-wan (perkara yang dirujuk adalah ahli
olahragawan, usahawan
dalam bidangnya)

-wati (menunjukkan wanita yang ahll dalam


pragawati, olahragawati
bidangnya)

-an pakaian, kudapan, senaman, latihan,

Contoh imbuhan pada apitan ayat

Apitan contoh perkataan

ke....an kezaliman, kesenangan

peranan, pesisiran, pelancongan,


pe...an
pekarangan, peperangan

peN...an penyusunan, pengurangan

Contoh imbuhan sisipan pada ayat

sisipan contoh perkataan

-el- telunjuk, kelengkeng, kelabut

-er- keruping, seruling, serabut

-em- kemuning, kemuncup, kemelut

Imbuhan Pinjaman

Imbuhan Maksud Contoh


maha- teragung maharaja
tata- suatu susunan tatacara
pra- sebelum praperakaunan
swa- sendiri swatenaga
tuna- tiada tunakarya
eka- satu ekafungsi
dwi- dua dwibahasa
tri- tiga tribulan
panca lima pancasila
-man pelaku lelaki seniman
-wati pelaku wanita peragawati
-nita tidak pranita
bi- mencirikan sifat biadab
i- yang terkandung dalam abadi
-wi kata dasar sejarawi
-iah sifat alamiah
-in kata nama lelaki dan mukminin
-at perempuan muslimat
hadirat
pro- setuju probarat
anti- tanda melawan antisosial
poli- banyak poliklinik
auto- secara bersendirian automatik
sub- sebahagian subsistem
supra melebihi suprasegmen
-isme ajaran komunisme
-ik kajian linguistik
-si proses / keadaan klasifikasi
-al keadaan kritikal
-is ahli cerpenis
Imbuhan Kata Kerja

Sisipan dengan sendirinya tidak membentuk kata kerja tetapi kata nama dan kata
adjektif yang mengandungi sisipan dapat menjadi kata kerja dengan imbuhan kata
kerja seperti berikut:

gemerlap -------> bergemerlap

selereak----------> berselerak; menyelerakkan

Contoh imbuhan pada awalan

Akhiran varian contoh perkataan


beR- be- bekerja
bel- belajar
berkawal, berhasrat,
ber-
berziarah
meN me- melawat, merasa
mem- memberi, memproses
mengelak, menggali,
meng-
menghabiskan
mengebom, mengetin,
menge-
mengelupur, mengesahkan
di- di- dipukul, dibaca
memperbaharu,
mempeR- memper- memperhamba,
memperluas, memperdalam
dipeR- diper- diperbaharui
teR- te- terasa, terasuk, terombak
ter- terminum, terpisah, tercarut
Merumuskan akhiran yang membentuk kata terbitan jenis kata kerja dan fungsinya.

akhiran contoh perkataan


-kan buatkan, amalkan, ramaikan, selesaikan
-i jauhi, turuti, masuki

contoh imbuhan apitan yang membentuk kata terbitan jenis kata kerja dan fungsinya

Imbuhan varian contoh perkataan


beR...an ber...an beranggapan, berdampingan
be...an beratapan, berebutan
beR...kan be-...-kan berumahkan, berantaikan
ber-...-kan bertajukkan, berbantalkan
memasukkan, merundingkan,
meN...-kan me-...-kan
meyakinkan
memberikan, mempastikan,
mem-...-kan
memfatwakan
mendirikan, menjadikan,
men-...-kan
menzahirkan
mengambilkan,menggantikan,
meng...-kan
mengkanunkan
mengeposkan, mengetinkan,
menge...-kan
mengesahkan
menN...i me...i meracuni, melindungi, meyakini
mem-...i membeloti, mempelopori
men--...-i menjalani, mensyukuri
mengairi, mengekori,
meng-...-1
menghadiri, menggarami
memperhambakan,
mempeR-...kan memper...-kan
mempersendakan
kecurian, kemalangan,
ke...an ke-...-an
kesiangan
di....i di-...-i diragui, dikasihi, dirindui
di...kan di-...-kan dipulangkan, dibenarkan
diperkenankan,
dipeR...kan diper-....-kan
dipersembahkan, diperlihatkan

Imbuhan Kata Adjektif

Kata adjektif menerima tiga jenis imbuhan - awalan, apitan, dan sisipan. Kata adjektif
juga tidak menerima akhiran

Amati contoh-contoh berikut:

contoh
imbuhan varian contoh perkataan
penggunaan
Awalan
Pesta jualan itu
mencatat
teramai, teruncing, kedatangan
teR- te-
terendah pelanggan
teramai pada tahun
ini.
terbaik, tersohor, ``Kaulah yang terbaik
ter-
terindah bagi diriku,'' katanya.
Persembahan
seindah, seganas,
se- se- pentas kumpulan
sebesar, sehebat
rock itu sehebat
artis-arti rock dari
luar negara.
Apitan
Walaupun cara
beliau berpakaian
kemelayuan, agak kebaratan,
ke...an ke-...-an
kebaratan, ketimuran tetapi pemikirannya
padat dengan
aspirasi kemelayuan.
Sisipan
Minum bergas itu
-el- -el- gelembung, selerak mempunyai
gelembung udara
sejak beristeri dua,
-er- -er- gerigi, serabut fikirannya amat
serabut.
Minyak wangi palsu
gemilang, semerbak,
-em- -em- itu semerbak
gemerlap
baunya.
usaha beliau dalam
perniagaan
-in- -in- sinambung merupakan
kesinambungan
bakat neneknya.
Pemajmukan

1. Pemajmukan ialah proses menggandingkan dua kata dasar atau lebih untuk memberi
makna tertentu, seperti buah tangan, ketua meja, kerani pos, telefon terus dail,
setiausaha dan sebagainya.

2. Perlu ditekankan bahawa gandingan dua kata atau lebih jika boleh disisipkan kata lain
antara gandingan perkataan itu tidak dikira sebagai majmuk. Ia akan menjadi frasa.
Contohnya:

i. Muda mudi boleh menjadi muda dan mudi

ii. Hitam legam boleh menjadi hitam lagi legam

iii. Hujan renyai boleh menjadi hujan yang renyai

3. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit.

4. Kata Majmuk Rangkai Kata Bebas

Contohnya: alat tulis nasi minyak kerusi malas

5. Kata Majmuk Istilah Khusus

Contohnya: batu kapur carta pai kanta tangan

6. Kata Majmuk Maksud Kiasan

Contohnya: kaki ayam duit kopi berat tangan


Terdapat juga sebilangan bentauk kata majmuk yang disebut sebagai kata
majmuk mantap iaitu dieja secara serangkai, seperti dalam contoh berikut:

antarabangsa apabila padahal olahraga


warganegara

Penggandaan

Proses penggandaaan dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata
dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau
separa. Kata dasar juga boleh digandakan secara berentak, iaitu berdasarkan bunyi
tertentu.
Penggandaan Penuh

Contohnya: pulau-pulau buku-buku cantik-cantik

Penggandaan Separa

Contohnya: jejari sesisir lelangit


Penggandaan Berentak

Contohnya: sayur-mayur lauk-pauk gunung-ganang


GOLONGAN KATA

Golongan Kata Nama

Kata nama ialah perkataan yang menyatakan nama bagi sesuatu seperti orang, benda,
binatang, tempat, konsep, dan sebagainya. Kata nama dapat diikuti dengan frasa yang
atau yang sangat. Penanda bagi kata nama ialah setiap kata nama dapat didahului oleh
kata bilangan, penjodoh bilangan dan kata penentu ini / itu.

Jenis Kata Nama

Terdapat tiga jenis kata nama dalam bahasa Melayu:


a) Kata nama am: adik, sayur, sekolah, lorong, keindahan
b) Kata nama khas: Asraf, Jibrail, Malaysia
c) Kata ganti nama: saya, awak, dia

Kata nama dapat berfungsi sebagai:


a) Subjek ayat: Amir tiba.
b) Pelengkap kata kerja: Abang menjadi guru.
c) Objek langsung kata kerja: Bapa menulis surat.
d) Objek tak langsung: Abang membacakan ibu surat itu.
e) Objek kata depan: Surat daripada Kamal.
f) Kata nama juga dapat berada pada kedudukan kepunyaan: Itu beg Aishah.

Kata Ganti Nama


Kata ganti nama ialah perkataan yang digunakan bagi menggantikan nama benda atau
orang yang tidak disebutkan secara khusus. Kata ganti nama dan subgolongannya dapat
digambarkan seperti dalam rajah yang berikut:

Ganti
Nama

Ganti Ganti
Nama Nama Diri
Tunjuk

Ganti Nama Ganti Nama


Diri Tanya Diri Orang
a) Kata ganti nama tunjuk
Kata ganti nama tunjuk terdiri daripada perkataan ini dan itu, bagi merujuk perkara-
perkara atau benda-benda yang dekat dan jauh.
b) Kata ganti nama diri tanya
Kata ganti nama diri tanya digunakan bagi merujuk benda atau orang dalam bentuk
pertanyaan, dan biasanya menggunakan perkataan apa, siapa, dan mana.
c) Kata ganti nama diri orang
Kata ganti nama diri orang digunakan bagi menggantikan nama orang dan terbahagi
kepada ganti nama diri orang pertama, ganti nama diri orang kedua, dan ganti nama
diri orang ketiga, seperti yang berikut:
Kata ganti diri orang Kata ganti diri orang Kata ganti diri orang
pertama kedua ketiga
saya saudara dia
aku awak beliau
beta kamu mereka
kami engkau ia
kita anda baginda
Golongan Kata Kerja
Kata kerja ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan perbuatan atau keadaan
melakukan sesuatu.

Jenis Kata Kerja


Terdapat dua jenis kata kerja:
a) Kata kerja transitif
b) Kata kerja tak transitif

Setiap kata kerja dapat disertai oleh kata bantu (sudah, telah, belum) atau diperluas
dengan perkataan dengan (berjalan dengan cepat, menendang dengan kuat).
Kata Kerja Transitif
Kata kerja transitif ialah kata kerja yang diikuti objek. Kata kerja transitif tidak boleh berdiri
sendiri tanpa objek. Kata kerja transitif seperti menendang bola, menelefon kawan,
memukul anjing, dan memakan nasi. Penggunaan kata kerja transitif dapat diperlihat
seperti dalam contoh ayat:

Subjek Kata Kerja Transitif Objek


1. Ammar membaca buku setiap pagi
2. Ibu menanak nasi
3. Penjaja menjual ikan
4. Bapa membasuh kereta semalam

Oleh sebab itu, setiap ayat yang mempunyai kata kerja transitif perlu mempunyai objek
untuk menerangkan dengan lengkap tentang perbuatan yang dilakukan.
Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang sempurna maknanya dan dapat berdiri sendiri
dalam ayat dengan tidak memerlukan objek. Kata kerja tak transitif seperti menangis,
berenang, berdering, dan mendarat. Kesemua contoh kata kerja tersebut tidak perlu
diikuti objek kerana maknnya sudah sempurna. Contoh:
1. Jam loceng itu berdering (pagi tadi).
2. Gadis itu menangis (kerana bapanya meninggal dunia).
3. Air sungai itu mengalir (deras).
4. Pesawat itu mendarat (di landasan).

Kata Kerja Tak Tarnsitif Tak Berpelengkap

Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek
atau penyambut sesudahnya, dan boleh berdiri sendiri sebagai frasa predikat seperti
contoh berikut:
Kata kerja tak transitif tak berpelengkap
Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap.Contohnya:
1. Semua orang sudah datang.
2. Dia suka menyanyi.
3. Emak sedang berdoa.

Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap yang diikuti unsur keterangan. Contohnya:
1. Semua orang sudah datang ke majlis itu.
2. Budak itu menyanyi pada malam hari.
3. Dia suka bergurau dengan adik kecilnya.
4. Emak sedang berdoa dengan khusyuknya.

Kata kerja tak transitif berpelengkap pula mesti diikuti oleh pelengkap untuk
menyempurnakan maksud ayat. Pelengkap hadir selepas kata kerjat tak transitif, seperti
dalam contoh-contoh berikut:
Kata Kerja Tak Transitif

Kata kerja tak transitif


a) Kata nama sebagai pelengkap. Contohnya:
1. Dia menjadi guru bahasa Melayu.
2. Saya ada wang.
3. Rumahnya bertiangkan batang menanti.
a) Kata adjektif sebagai pelengkap. Contohnya:
1. Buah-buahan itu menjadi busuk.
2. Kesihatan Ahmad bertambah baik.
3. Peserta itu tidur lena.
a) Frasa sendi nama sebagai pelengkap. Contohnya:
1. Adik berjalan-jalan di tepi pantai.
2. Burung itu hinggap di dahan pokok.
3. Pelajar itu melawat ke Putrajaya.

Golongan Kata Adjektif

Kata adjektif, juga dikenali sebagai kata sifat, ialah perkataan yang menjadi unsur inti
dalam binaan frasa adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada satu atau beberapa
perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur lain seperti kata bantu atau kata
penguat. Ayat yang mempunyai kata adjektif adalah seperti contoh yang berikut:
Ahmad sangat pandai bermain muzik.
Pemuda itu baik sungguh.
Buah cempedak itu enak sekali.

Jenis-jenis Kata Adjektif


1. Kata adjektif sifat / keadaan
Kata adjektif sifat / keadaan ialah perkataan yang digunakan bagi menerangkan sifat atau
keadaan sebagai unsur keterangan kepada kata nama, seperti contoh berikut:
Contoh perkataan: kuat pintar nakal
keras lemah sihat
bijak cergas jahat
Contoh ayat: 1. Budak nakal selalu kena marah.
2. Dia lemah dalam matematik.
3. Kubu pertahanan pemberontak itu amat kuat.
4. Anak Pak Kamar bijak sekali.
5. Peserta itu berdiri dengan cergas.

2. Kata adjektif warna


Kata adjektif warna sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang
memberi pengertian warna, seperti contoh berikut:
Contoh perkataan: jingga perang hitam
putih biru kelabu
Contoh ayat: 1. Adik suka pakai baju hijau.
2. Pakaian pelajar sekolah berwarna putih.
3. Baju kesukaan saya berwarna kuning.
4. Kereta merah itu kepunyaan abang.
5. Dia memiliki mata berwarna biru.

3. Kata adjektif ukuran


Kata adjektif ukuran sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang
memberi pengertian ukuran, seperti contoh yang berikut:
Contoh perkataan: tebal gemuk panjang
nipis kurus pendek
tinggi rendah kecil
Contoh ayat: 1. Buku tebal itu sudah saya baca.
2. Anaknya masih kecil lagi.
3. Badannya semakin kurus.
4. Kertas nipis itu tidak boleh digunakan lagi.
5. Pokok itu semakin hari semakin tinggi.
4. Kata adjektif bentuk
Kata adjektif bentuk sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang
memberi maksud rupa bentuk, seperti contoh berikut:
Contoh perkataan: lurus bulat bujur
bengkok leper bundar
lonjong buncit tajam
Contoh ayat: 1. Jalan lurus mudah dilalui.
2. Bentuk buah kelapa itu lonjong.
3. Mukanya bujur sirih.
4. Pinggan leper itu untuk pinggan makan.
5. Matanya tajam memandang ke hadapan.

5. Kata adjektif waktu


Kata adjektif waktu sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang
memberi pengertian konsep masa, seperti contoh yang berikut:
Contoh perkataan: kerap awal sering
jarang lewat silam
baharu dahulu lampau
Contoh ayat: 1. Kedatangannya lewat hari ini.
2. Dia berada di kampus sehari suntuk.
3. Kenangan silam sukar dilupakan.
4. Nenek masih menyimpan barang-barang lama.
5. Cikgu menasihatkan kami supaya datang awal.

6. Kata adjektif jarak


Kata adjektif jarak sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang
memberi makna konsep ruang seperti contoh yang berikut:
Contoh perkataan: nyaris dekat
hampir jauh
Contoh ayat: 1. Rumahnya tidak jauh dari Pejabat Pos.
2. Universiti itu dekat dengan lebuhraya.
3. Dia berdiri hampir dengan kereta saya.

7. Kata adjektif cara


Kata adjektif cara sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang
memberi pengertian keadaan kelakuan atau ragam, seperti contoh yang berikut:
Contoh perkataan: pantas deras ligat
lambat gopoh perlahan
laju cermat cepat
Contoh ayat: 1. Kereta itu dipandu dengan laju.
2. Siapa cepat dia dapat.
3. Gasing itu berpusing ligat.
4. Arus sungai itu sangat deras.
5. Dia cermat apabila berbelanja.

8. Kata adjektif perasaan


Kata adjektif perasaan ialah perkataan yang digunakan sebagai unsur keterangan
kepada kata nama yang memberi pengertian atau konsep perasaan, seperti contoh yang
berikut:
Contoh perkataan: kasih takut malu
sayang hendak geram
cinta rindu marah
Contoh ayat: 1. Dia masih marah kepada saya.
2. Nenek itu terlalu kasih akan cucunya.
3. Mereka amat rindu akan kampung halaman.
4. Kanak-kanak itu takut akan kucing.
5. Pemuda itu masih malu untuk bersuara.

9. Kata adjektif pancaindera


Kata adjektif pancaindera sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan
yang membawa konsep sentuh, dengar, pandang, bau, dan rasa seperti contoh yang
berikut:
 Indera sentuh
Contoh perkataan: lembik kasar licin
halus kesat keras

Contoh ayat: 1. Lantai itu licin kerana baru dicuci.


2. Kulit mukanya sangat halus.
3. Kain yang kesat itu ialah kain lap.
4. Buku itu berkulit keras.
5. Dawai kasar itu untuk dibuat ampaian.

 Indera dengar
Contoh perkataan: nyaring lembut mersik
merdu garau serak

Contoh ayat: 1. Suaranya merdu bagai buluh perindu.


2. Teriakannya nyaring sungguh.
3. Kebanyakan lelaki bersuara garau.
4. Saya suka mendengar suaranya yang lembut.
5. Alunan musik itu mersik.

 Indera pandang
Contoh perkataan: comel hodoh molek
cantik buruk segak

Contoh ayat: 1. Pemuda segak itu guru saya.


2. Kakaknya suka berpakaian cantik.
3. Rumah buruk itu tidak berpenghuni.
4. Dia ingin mengahwini pemuda tampan.
5. Pakaian pengantin itu molek sungguh.

 Indera bau
Contoh perkataan: wangi hanyir harum
busuk hancing tengik

Contoh ayat: 1. Bunga ros itu harum baunya.


2. Bangkai ikan itu menyebabkan bau hanyir.
3. Nasi tengik itu tidak boleh dimakan.
4. Setiap hari dia memakai minyak wangi.
5. Bau busuk itu datangnya dari lori sampah.

 Indera rasa
Contoh perkataan: manis kelat masam
masin payau lazat
Contoh ayat: 1. Setiap hari kita minum air tawar.
2. Semua orang suka makanan lazat.
3. Buah limau masam rasanya.
4. Saya tidak suka minum ubat pahit.
5. Kuih tradisional itu terlalu manis.

Golongan Kata Tugas

Golongan kata yang bersifat pelbagai jenis (keterangan) yakni terkandung dalamnya
golongan-golongan kecil yang berbeza tetapi mempunyai satu sifat yang sama iaitu tidak
boleh menjadi unsur inti bagi frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif.
Kata tugas masuk ke dalam ayat, klausa atau frasa untuk mendukung
maksud sesuatu tugas sintaksis tertentu. Fungsi kata tugas dalam ayat adalah sebagai
pemeri, penerang, penentu, penghubung, pembenar, penguat, penegas, dan beberapa
tugas yang lain.
kata hubung : dan, atau, tetapi
kata seru : wah,amboi, cis
kata tanya : apa, berapa, siapa
kata perintah : sila, tolong, harap
kata pangkal ayat : hatta, maka, syahadan
kata bantu : akan, sudah, pernah
kata penguat : sangat, amat, paling
kata penegas : juga, lah, tah, kah, pun
kata nafi : tidak, bukan
kata pemeri : ialah, adalah
kata sendi nama : di, dari, dalam, daripada
kata pembenar : ya, betul, benar
kata bilangan : dua, segala, banyak
kata arah : atas, bawah, tepi
SINTAKSIS

 Sintaksis ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur,
dan binaan atau konstruksi ayat.
 Ia juga ialah kajian mengenai hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari
kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan
untuk membentuk ayat dalam bahasa.

FRASA

satu binaan atau unsur ayat yang


terdiri daripada sekurang-kurangnya
dua perkataan atau jika terdiri
daripada satu perkataan, ia
berpotensi untuk diperluas menjadi
dua perkataan atau lebih

tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan


predikat.

ada empat jenis frasa iaitu FN, FK, FA dan FS. Menurut
binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis
iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik.
Frasa

Banyak
Satu perkataan
perkataan

Frasa nama

 Frasa nama boleh terdiri daripada satu perkataan atau banyak perkataan.
 Frasa nama juga boleh terdiri daripada kata inti+kata inti atau kata inti+kata
penerang.
 Jika terdiri daripada beberapa perkataan maka inti frasa hendaklah kata nama.

Contoh:

Bas awam Basikal adik Basikal Raleigh

Frasa Kerja (FK)

 Frasa kerja boleh terdiri daripada satu atau beberapa perkataan dengan kata
kerja sebagai intinya. Dalam ayat, frasa kerja wujud dalam predikat.
 Frasa kerja terbahagi kepada dua jenis, iaitu frasa kerja transitif dan frasa kerja
tak transitif. Binaan frasa kerja secara umumnya sama dengan kata kerja.

Frasa Adjektif

 Frasa Adjektif sebagai frasa endosentrik berintipati kata adjektif. Frasa adjektif
boleh menjadi predikat.
 Sebagai unsur keterangan, FA hadir setelah kata kerja atau FK, manakala sebagai
unsur penerang FA hadir setelah kata nama atau FN. Kata penguat seperti sangat,
betul, benar, betul-betul ialah penerang kata sifat.

Frasa Sendi Nama

 Frasa sendi nama wujud bersama frasa nama dan mungkin diikuti oleh kata arah
sebelum frasa nama.
 Frasa ini boleh didahului oleh kata Bantu Oleh kerana sifatnya eksosentrik, ia
hanya wujud bersama frasa nama.

Jenis Ayat

 Ayat sebagai unit bahasa yang tertinggi boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu
ayat tunggal dan ayat majmuk.
 Penjenisan ini dibuat berasaskan bilangan klausa dalam ayat berkenaan. Jika
dipandang ayatnya dari segi ragamnya, kita dapati pula ayat aktif dan ayat pasif.
 Jika kita amati pula tujuan ayat, maka kita dapati pula ayat penyata, ayat tanya,
ayat perintah dan ayat seru.

Ayat Tunggal

 Ayat tunggal ialah ayat terbentuk daripada satu klausa, yakni ayat yang terdiri
daripada satu subjek dan satu predikat.
 Ayat dasar juga adalah ayat tunggal, tetapi bukan semua ayat tunggal dapat
dianggap sebagai ayat dasar. Ayat dasar merupakan ayat tunggal jenis ayat
penyata dalam ragam ayat aktif.

Ayat berikut ialah contoh ayat tunggal (subjek ditebalkan. Selainnya ialah predikat).

Gunung KInabalu gunung tertinggi di Asia Tenggara

Ayat Perintah
 Kata perintah bertugas untuk memberi tindak balas kepada orang yang
mendengar (pihak kedua) sebagai larangan, silaan dan permintaan.

Jenis perintah Kata perintah Contoh penggunaan

Larangan Jangan, usah Rakyat jangan mudah


terpengaruh dengan
dakyah komunis.

Usah pergi ke sungai yang


dalam airnya.

Silaan Sila, jemput Sila menjamu selera.

Jemput ke rumah saya


malam esok, ada kenduri
kawin

Permintaan Tolong, minta Tolong jangan cemarkan


nama baik diri sendiri.

Minta bersihkan meja


awak.

Ragam Ayat

 Kata kerja tak transitif ada dua bentuk, iaitu aktif dan pasif.
 Ayat yang menggunakan kata kerja transitif aktif mengandungi subjek dan predikat
yang mengandungi objek. Dengan menggunakan imbuhan pasif di- atau kata
bantu pasif kena, ayat transitif aktif dapat ditukar ragamnya menjadi ayat pasif.
 Di samping itu, ayat aktif yang subjeknya terdiri daripada kata ganti diri orang
pertama ( seperi saya, kami aku) dan orang kedua (seperti awak, kamu, engkau,
anda) , kata ganti nama berkenaan boleh digunakan sebagai penanda pasif pada
dasar kata kerja.

Ayat Aktif Ayat Pasif


Subjek Predikat Subjek Predikat
Frasa Nama Frasa Nama
Frasa Nama Kata kerja Frasa Nama Kata Kerja
(Objek) (Objek)
Cikgu memotong rumput Rumput dipotong oleh cikgu
Kereta itu melanggar tembok Tembok itu terlanggar oleh kereta itu
ayam goreng Ayam goreng oleh kucing
Kucing itu meratah kena ratah
itu itu itu

 Ayat aktif mementingkan frasa nama yang menjadi subjek, iaitu cikgu, kereta itu
dan kucing itu.
 Ayat yang sama apabila dipasifkan, mementingkan objek ayat aktif , yakni rumput,
tembok itu dan ayam goreng itu, dan oleh sebab itu, objek tadi dijadikan subjek
ayat pasif. (lihat jadual di atas).
 Dalam hal ini berlaku perubahan peranan kepada frasa nama.

Ayat songsang

 Ayat-ayat pasif yang dibentuk oleh kata ganti nama boleh didepankan predikatnya
untuk menjadi ayat songsang. LIhat jadual di bawah:

Ayat Aktif Ayat Pasif


Subjek Predikat Subjek Predikat
mengarang puisi saya karang
Saya Puiis ini
malam ini semalam
mengukus kek itu awak masak untuk
Awak Kek itu
untuk cikgu cikgu
menanam pokok- Pokok-pokok bunga
Kami kami tanam
pokok bunga itu itu

 Ayat boleh disongsangkan seperti berikut:


 Saya karang puisi ini semalam
 Awak masak kek itu untuk cikgu
 Kami tanam pokok-pokok bunga itu.

 Ayat-ayat berkenaan di atas bukan ayat transitif aktif.


 Kata ganti nama diri saya, awak, dan kami bukan subjek ayat berkenaan.
 Subjek ayat berkenaan ialah puisi, kek dan pokok-pokok bunga.
 Ayat-ayat ini ialah ayat pasif songsang.
 Predikat ayat-ayat berkenaan dicetak miring.

You might also like