You are on page 1of 7

1.

0 Pengenalan

Kajian mengenai bahasa telah dijalankan dalam suatu tempoh yang panjang. Secara
umumnya, setiap bahasa mempunyai sistem yang tersendiri. Bahasa Melayu mempunyai sistem
yang spesifik dan terbentuk daripada unsur-unsur yang membawa kepada pembentukan satu
sistem. Sistem bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu sintaksis atau
tatabahasa dan morfologi.

Istilah morfologi dikenalpasti berakar daripada perkataan bahasa Inggeris, iaitu ‘morf’ yang
membawa maksud bentuk dan perkataan ‘logi’ pula bermaksud kajian. Morfologi adalah bidang
kajian linguistik tentang struktur, bentuk serta golongan kata. Menurut Abdullah Hassan(2006),
morfologi merupakan bidang linguistik yang berperanan untuk mengkaji kaedah kata dibentuk
seiring dengan unsur-unsur pembentukan kata, proses pembentukan kata serta penghasilan
bentuk kata. Morfologi merupakan kajian yang membincangkan selok-belok bentuk kata dan juga
fungsi perubahan bentuk kata seperti fungsi semantik dan juga fungsi tatabahasa(Ramlan,2009).
Nida(1962) menjelaskan pendapatnya bahawa morfologi merupakan kajian tentang morfem serta
gabungan morfem yang membentuk kata.

Di samping itu, morfologi mempunyai unsur-unsur yang tersendiri, iaitu morfem dan kata.
Morfem berada di tingkat terbawah dalam bidang morfologi manakala kata berada di atasnya.
Kajian tentang morfem dan kata melibatkan bentuk kata, golongan kata dan proses pembentukan
kata. Morfem ialah unsur tatabahasa terkecil yang mempunyai makna atau fungsi tatabahasa.
Morfem terbahagi kepada dua bahagian iaitu morfem bebas serta morfem terikat. Selain itu, kata
merupakan lambang yang mempunyai susunan fonem yang tetap. Kata mengandungi satu
morfem atau lebih yang merupakan bentuk bebas terkecil yang berperanan sebagai unsur dalam
ayat. Menurut Chaer(2008), kata ialah unsur terpenting dalam bahasa. Kata terbahagi kepada
dua asas iaitu akar kata dan juga dasar kata.

2.0 Bentuk Kata

Setiap ayat yang terkandung dalam sistem bahasa Melayu terdiri dari kata. Setiap kata
mempunyai bentuk yang tersendiri. Bentuk kata ialah kaedah sesuatu kata dibentuk hingga
menjadi sesuatu struktur. Setiap struktur kata boleh terdiri daripada satu morfem atau lebih.
Bentuk kata boleh dikelaskan kepada empat kategori iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata ganda
serta kata majmuk.
2.1 Kata Tunggal

Kata tunggal merupakan bentuk kata yang tidak mengalami sebarang proses pembentukan
kata seperti penggandaan, pemajmukan serta pengimbuhan. Kata tunggal terhasil daripada
gabungan bunyi yang berpandukan suku kata. Pemisahan kata tunggal kebiasaannya berlaku
berdasarkan suku kata lalu menghasilkan pola suku kata. Selain itu, kata akronim juga boleh
dikelaskan ke dalam kata tunggal misalnya tabika, kugiran dan lain-lain lagi. Golongan kata bagi
kata tunggal dapat dikategorikan seperti berikut:

Golongan Kata Tunggal Contoh


Kata Nama Tunggal harimau, itik, baju
Kata Kerja Tunggal pecah, karam, hancur
Kata Adjektif Tunggal besar, tinggi, masam
Kata Tugas Tunggal sedang, oleh, sangat

Antara ciri kata tunggal ialah terdiri daripada satu morfem bebas sahaja serta tidak menerima
sebarang proses pembentukan kata. Kata tunggal juga tidak boleh dipisah-pisahkan kepada
bentuk yang lebih ringkas yang bermakna dan mampu membentuk bentuk dasar. Secara
ringkasnya, kata tunggal dapat dibahagikan kepada empat pola suku kata iaitu kata tunggal satu
suku kata, kata tunggal dua suku kata, kata tunggal tiga suku kata serta kata tunggal lebih empat
suku kata.

2.1.1 Kata Tunggal Satu Suku Kata

Bil Pola Suku Kata Contoh


1 KV ya, mi
2 VK ah, eh, am
3 KVK rel, tin, lap
4 KKVK krim, draf, dril
5 KVKK teks, zink, golf
6 KKKV skru
7 KKKVK straw, skrin

2.1.2 Kata Tunggal Dua Suku Kata


Bil Pola Suku Kata Contoh
1 V+KV isi, ulu, iri
2 V+VK air, aur, ais
3 V+KVK emas, usik, obor
4 VK+KV inci, erti, asli
5 VK+KVK intan, akrab, ampun
6 KV+V dia, tua, dua
7 KV+VK tuah, jauh, liar
8 KV+KV buku, mata, sama
9 KV+KVK tekak, kelas,corak
10 KVK+KV lampu, bantu, sendi
11 KVK+KVK sandar, junjung, bangsal

2.1.3 Kata Tunggal Tiga Suku Kata

Bil Pola Suku Kata Contoh


1 KV+V+KV biasa, niaga, cuaca
2 KV+V+KVK tiarap, ziarah
3 V+KV+V anoa, usia, urea
4 KV+KV+V mulia, cerai
5 KVK+KV+V landau, rahsia, mentua
6 KV+KV+VK keruan, rasuah
7 KVK+KV+VK tempias, lengkuas
8 V+KV+KV irama, udara, azali
9 V+KV+KVK ibarat, ijazah
10 VK+KV+KV asrama, indera

2.1.4 Kata Tunggal Lebih Empat Suku Kata

Bil Pola Suku Kata Contoh


1 KV+KV+VK+KV keluangsa
2 KV+KVK+KV+KV sayembara, peristiwa
3 KVK+KV+KV+KV bendahara, laksamana
4 KVK+KV+V+KV sentiasa
5 Kv+KV+KV+KV serigala, dinihari
6 KV+KV+KV+KVK munakahat, parajurit
7 KVK+KV+KV+KVK sentimeter
8 KVK+KVK+KV+KV dispensari
9 KV+KV+V+KVK nasional
10 V+KV+KVK+KV+KVK universiti
11 KVK+KV+KV+KV+KVK cenderawasih
12 KV+KV+KV+KV+KV+KV maharajalela

2.2 Kata Terbitan

Kata terbitan merupakan bentuk kata wujud hasil daripada proses pembentukan kata
pengimbuhan. Dengan erti kata lain, kata terbitan mengandungi dua morfem atau lebih, iaitu
morfem terikat dan morfem bebas. Kata terbitan boleh dipenggal-penggalkan kepada beberapa
bentuk yang lebih kecil yang bermakna serta perlu ditanda dengan imbuhan atau morfem terikat.
Kata terbitan terbahagi kepada empat iaitu kata terbitan berawalan, kata terbitan berakhiran, kata
terbitan berapitan serta kata terbitan bersisipan. Imbuhan awalan diletakkan pada kata dasar
untuk menerbitkan kata nama terbitan, kata kerja terbitan dann kata kerja terbitan.

2.2.1 Kata Terbitan Berawalan

Bil Awalan Kata Dasar Contoh


1 pe- lukis pelukis
2 peN- jual penjual
3 peR- bara perbara
4 ke- ketua ketua
5 se- baik sebaik
6 KKKV jumpa berjumpa
7 KKKVK baik terbaik
8 meN- masak memasak
9 di- baca dibaca

2.2.2 Kata Terbitan Berakhiran

Bil Akhiran Kata Dasar Contoh


1 -an gubah gubahan
2 -kan laksana laksanakan
3 -i jauh jauhi

2.2.3 Kata Terbitan Berapitan

Bil Pola Suku Kata Kata Dasar Contoh


1 pe-…-an dalam pedalaman
2 peN-…-an dalam pendalaman
3 peR-…-an lawan perlawanan
4 ke-…-an kuat kekuatan
5 beR-…-an peluk berpelukan
6 beR-…-kan selimut berselimutkan
7 meN-…-kan beli membelikan
8 meN-…-i jauh menjauhi
9 di-…-kan tidur ditidurkan
10 di-…-i racun diracuni
11 ke-…-an racun keracunan

2.1.1 Kata Terbitan Bersisipan

Bil Pola Suku Kata Kata Dasar Contoh


1 -em- serbak semerbak
2 -er- suling seruling
3 -el- ganggang gelanggang
4 -in- sambung sinambung

3.3 Kata Majmuk


Kata majmuk ialah bentuk kata yang terhasil daripada proses pemajmukan, iaitu proses
merangkaikan dua kata atau lebih yang membentuk kata dengan maksud yang baharu. Secara
asasnya, gabungan kata dasar yang berfungsi satu unit yang menyokong satu maksud khusus
merupakan komponen utama kata majmuk. Ejaan setiap kata majmuk kebiasaannya dieja secara
berjarak di antara kata dasar tetapi terdapat sebahagian kecil kata majmuk yang dieja secara
bergabung. Kata majmuk yang dikenali sebagai kata majmuk mantap adalah seperti
jawatankuasa, olahraga, matahari dan sukarela.

Selain itu, kata majmuk terbahagi kepada tiga golongan kata iaitu kata nama majmuk, kata
adjektif majmuk dan kata kerja majmuk. Antara ciri kata majmuk adalah terdiri daripada dua
morfem bebas atau lebih. Struktur kata majmuk tidak dapat diubah dan sebarang unsur kata tidak
boleh diselit di antara kata majmuk. Kata majmuk boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu kata
majmuk rangkaian kata bebas, kata majmuk istilah serta kata majmuk kiasan. Antara contoh kata
majmuk kiasan atau lebih dikenali sebagai simpulan bahasa adalah naik minyak dan lintah darat.
Nota kaki dan pelan induk merupakan contoh bagi kata majmuk istilah.

3.4 Kata Ganda

Akhir sekali, kata ganda ialah salah satu bentuk kata yang terhasil daripada proses
menggandakan kata dasar atau lebih dikenali sebagai proses penggandaan. Kata ganda juga
dikenali sebagai kata yang diulang. Semua kata ganda perlu diletakkan tanda sempang kecuali
kata ganda separa tunggal. Kata ganda terdiri daripada beberapa golongan kata seperti kata
kerja ganda, kata nama ganda dan kata adjektif ganda. Antara ciri kata ganda adalah seperti
yang berikut.

Bil Ciri Contoh


1 Terbentuk daripada dua morfem atau lebih Kerusi-kerusi

2 Mengalami proses penggandaan Seluar= seluar-seluar


3 Mengandungi tanda sempang kecuali kata ganda
Tamu-tamu=tatamu=tetamu
separa tunggal (tiada penggunaan tanda sempang)
Akhir sekali, kata ganda terbahagi kepada tiga jenis iaitu kata ganda penuh, kata ganda separa
serta kata ganda berentak. Antara contoh kata ganda penuh ialah bas-bas, wanita-wanita dan
malu-malu. Kata ganda separa seperti rerambut dan lelabah merupakan kata yang digandakan
sebahagian kata dasar sama ada yang terdiri daripada kata tunggal atau kata terbitan. Kata
ganda berentak merupakan kata yang digandakan berdasarkan rentak bunyi yang tertentu.
Antara contoh kata ganda berentak ialah lintang-pukang, kaya-raya dan gotong-royong.

4.0 Rumusan

Secara kesimpulannya, morfologi dapat dirumuskan sebagai salah satu bidang yang sangat
penting untuk diperi perhatian terutamanya buat para pengkaji bahasa Melayu kerana bidang
morfologi ini menekankan kajian yang mendalam mengenai sistem bahasa. Bidang morfologi
yang menjadi tunjang kepada pembentukan generasi masa depan yang peka terhadap
perkembangan penggunaan bahasa Melayu yang asli. Setiap pihak terutamanya warganegara
Malaysia yang berwibawa seharusnya mendalami setiap ciri-ciri bentuk kata bagi memastikan
mereka dapat menggunakan sistem bahasa Melayu yang tepat dalam kehidupan seharian.
Usaha pemerkasaan penggunaan bahasa Melayu yang menepati piawaian seharusnya
dilaksanakan dengan lebih kerap supaya setiap pihak tidak tersasar daripada landasan sistem
bahasa yang tepat.

You might also like