You are on page 1of 16

TOPIK 2: Morfologi

Bahasa Melayu
(Bentuk Kata)
1 DR.MELVINA/JPM IPGKTAR
2

Bentuk Kata
o Perkataan ialah bentuk  Perkataan yang dibentuk
bahasa yang terkecil dan daripada satu morfem
„makan‟.
mempunyai makna yang
 Dua morfem „makanan‟.
lengkap dan dapat berdiri
 Tiga morfem „diterbitkan‟
dengan sendirinya.
 Dalam bahasa Melayu
o Sebuah perkataan perkatan mempunyai empat
dibentuk daripada satu jenis kata, iaitu:
morfem atau lebih dalam 1) Kata tunggal
satu perkataan. 2) Kata terbitan
3) Kata majmuk
4) Kata ganda
3

Bentuk Kata Tunggal


o Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada satu
perkataan dasar.
o Kata tunggal adalah kata dasar yang tidak menerima sebarang
imbuhan.
o Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada satu
morfem bebas sahaja.
o Kata tunggal, jika dilihat dari segi persukuan kata, boleh
mengandungi satu suku kata atau lebih daripada satu suku
kata.
o Sesuatu suku kata pula boleh dibentuk oleh satu vokal (V) sahaja
atau satu vokal disertai satu konsonan (K) atau beberapa
konsonan.
4

Bentuk Kata Tunggal


o Konsonan hadir sama ada di hadapan vokal atau di
belakangnya atau di hadapan vokal dan di belakangnya
secara serentak.
o Contoh kata tunggal yang mengandungi satu suku kata
dengan penyusunan V dan K yang berbeza-beza adalah seperti
berikut:

V
a (Bahasa Inggeris) “sesuatu”
i: (vokal panjang)(Bahasa Tamil) “lalat”
o (Bahasa Tagalog) “atau”
5

Bentuk Kata Tunggal


KV
yu (Bahasa Melayu) “ikan yu”
ru (Bahasa Melayu) “pokok ru”
na (Bahasa Tagalog) “sudah”

VK
ik (Bahasa Belanda) “saya”
if (Bahasa Inggeris) “jika”
at (Bahasa Tagalog) “dan”

KVK
roh (Bahasa Melayu) “roh”
bah (Bahasa Melayu) “bah”
kan (Bahasa Cina) “melihat”
6

Bentuk Kata Tunggal


KKVK
stor (Bahasa Melayu) “stor”
draf (Bahasa Melayu) “draf”
plan (Bahasa Inggeris) “pelan/rancangan”

KVKK
teks (Bahasa Melayu) “teks”
lift (Bahasa Inggeris) “lif/mengangkat”
cart (Bahasa Inggeris) “kereta tolak”

KKVKK
crust (Bahasa Inggeris) “keraj”
frost (Bahasa Inggeris) “embun beku”
7

Bentuk Kata Tunggal


o Contoh kata tunggal dengan dua suku kata yang mempunyai
berbagai-bagai bentuk susunan K dan V:

a - las (Bahasa Melayu) “alas”


su - a (Bahasa Melayu) “sua”
wa - ras (Bahasa Jawa) “sihat”

o Contoh perkataan dengan tiga suku kata:

ceng - ke - rik (Bahasa Melayu) “cengkerik”


ge - la - gat (Bahasa Melayu) “gelagat”
cem - pe - dak (Bahasa Melayu) “cempedak”
8

Bentuk Kata Tunggal


o Contoh perkataan dengan empat suku kata:

a - nu - ge - rah (Bahasa Melayu) “anugerah”


bi - da - da - ri (Bahasa Melayu) “bidadari”
ma - sya - ra - kat (Bahasa Melayu) “masyarakat”

o Kata tunggal jenis akronim ialah bentuk yang dihasilkan melalui


percantuman bunyi-bunyi pertama dalam sejumlah perkataan, atau
percantuman bahagian-bahagian daripada beberapa perkataan
untuk membentuk satu perkataan baharu.

cer - pen cerita pendek ta - di - ka Taman didikan kanak-kanak


jen - tolak jentera tolak Petronas Petroleum Nasional
ha - kis habis kikis Proton Perusahaan Otomobil Nasional
9

Bentuk Kata Terbitan

 Kata terbitan ialah kata dasar yang telah


berlaku proses penambahan imbuhan seperti
imbuhan awalan, akhiran, sisipan dan apitan.
 Sebahagian besar perkataan yang digunakan
dalam frasa dan ayat bahasa Melayu adalah
terdiri daripada kata terbitan.
 Kebanyakan kata dasar yang menerima
imbuhan ialah morfem bebas sementara
imbuhan merupakan morfem terikat.
10

Bentuk Kata Terbitan

 Ada beberapa bentuk kata seperti: ber- + tapa,


ke- + mudi dan ter- + tawa (bahasa Melayu)
yang terdiri daripada satu akar kata dan satu
imbuhan. Perkataan-perkataan demikian telah
sebati sehingga dianggap sebagai satu
perkataan yang tersendiri.
 Contoh perkataan yang mengandungi kata
dasar daripada jenis kata terbitan dan kata
majmuk ialah:
11

Bentuk Kata Terbitan


(a) Imbuhan dengan kata dasar terbitan:
peN + ketua pengetua
meN + ketepi + -kan mengetepikan

(b) Imbuhan dengan kata dasar majmuk:


ber- + darah panas berdarah panas
peN- + kuat kuasa + -an penguatkuasaan
meN- + anak emas + -kan menganakemaskan
12

Bentuk Kata Majmuk

 Kata majmuk ialah dua kata atau lebih


digabungkan untuk menjadi satu perkataan
baharu dan membawa makna baharu.
 Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan
lazimnya dieja terpisah.
 Kata majmuk dibezakan daripada frasa kerana
tidak dapat disisipkan sebarang unsur antara
unit-unitnya.
13

Bentuk Kata Majmuk

 Contohnya,air hujan, duta besar dan telefon dail terus.


 Dalam bahasa Melayu kata majmuk dieja terpisah, tetapi
terdapat beberapa kecualian oleh sebab kelaziman
penggunana.
Contoh:
Bentuk Lazim Bentuk Kecualian
jalan raya campur aduk antarabangsa kakitangan
daya serap tunjuk ajar bumiputera tanggungjawab
ambil alih jawatankuasa
14

Bentuk Kata Ganda

 Kata ganda ialah kata dasar yang proses


pengulangan sama ada secara keseluruhan
atau secara sebahagian perkataan.
 Terdapat beberapa jenis kata ganda seperti
kata ganda penuh, kata ganda semu, kata
ganda separa, kata ganda berirama dan kata
ganda berimbuhan.
15

Rumusan

 Kata tunggal ialah kata dasar yang tidak menerima sebarang


imbuhan.
 Kata tunggal boleh terdiri daripada satu suku kata, dua suku
kata, tiga suku kata atau lebih.
 Kata terbitan ialah kata dasar yang melalui penambahan
imbuhan, sama ada imbuhan awalan, akhiran, apitan atau
sisipan.
 Kata majmuk ialah dua kata atau lebih digabungkan untuk
menjadi satu perkataan baharu dan membawa makna baharu.
 Kata ganda ialah kata dasar yang proses pengulangan sama
ada secara keseluruhan atau secara sebahagian perkataan.
16

You might also like